Pahang Daily Online |
- MB Pahang Nafi Dakwaan Muflis, Tetapi Dia Tidak Pula Fikir Negeri Ini Tanggung Hutang Besar Dari Kerajaan Pusat Yang Memang Menuju Ke Arah Itu
- Sensasi: Terbongkar, Anak Mantan Exco Kerajaan Negeri Pahang Khabarnya Menjadi Salah Seorang Peserta Ratu Cantik Mak Nyah Miss Malaysia 2010
- Isu Pahang: Taklimat Lynas Malam Ini, Rakyat Di Jemput Hadir Walau Pun Pihak Penganjur Hanya Benarkan Peserta Yang Di 'Undang Khas' Sahaja !
- Panas: Video Aksi Lucah Ratu Cantik Mak Nyah Di Kuantan, MB Harus Bertanggungjawab Kerana Ia Di Adakan Di Hotel Anak Syarikat Kerajaan Negeri
- Panas: Setiausaha UMNO 'Indera Mahkota' Dakwa Projek Lynas Tidak Berbahaya Dan Mendedahkan Ada Pemimpin Pembangkang Telah Beri Sokongan
Posted: 12 Apr 2011 12:03 AM PDT KUANTAN, 12 April - Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob (foto) menyangkal dakwaan pembangkang kononnya kerajaan negeri itu telah muflis sehingga terpaksa memohon bantuan syarikat dan badan-badan berkanun. Beliau berkata dakwaan itu tidak berasas kerana kerajaan negeri sentiasa mampu menyalurkan pelbagai bantuan dan sumbangan kepada kumpulan sasar selain meneruskan projek pembangunan di seluruh negeri. "Mana ada kerajaan negeri muflis, jika benar kerajaan negeri sedemikian, bagaimana kita masih mampu memberi bantuan kepada rakyat miskin, orang kurang upaya serta menyediakan peruntukan tahunan kepada Yayasan Pahang untuk menaja pelajar cemerlang daripada keluarga berpendapatan rendah meneruskan pengajian ke universiti," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang di sini, Selasa. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Leong Ngah Ngah (DAP-Triang) berkenaan langkah yang diambil syarikat dan badan berkanun kerajaan negeri bagi membantu kewangan kerajaan negeri Pahang. Adnan berkata semua syarikat dan badan berkanun kerajaan yang ditubuhkan atas tujuan perniagaan mencatatkan keuntungan berdasarkan prestasi kewangan tahunan yang membanggakan. Beliau berkata kerajaan negeri hanya memberi bantuan pada awal penubuhannya tetapi pada masa ini, mereka yang menjana pendapatan dan beroleh keuntungan tidak lagi mendapat peruntukan kewangan daripada kerajaan negeri. "Sebaliknya, kerajaan negeri masih mempunyai tanggungjawab ke atas mana-mana badan berkanun yang ditubuhkan untuk menyediakan khidmat sosial bagi pastikan kebajikan dan keperluan rakyat dipenuhi seperti Lembaga Muzium Pahang, Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang dan Lembaga Pembangunan Tioman," katanya. [Terkadang lucu juga apabila mendengar MB Pahang ini mempertahankan "benang yang basah". Jawapan "kebudak-budakan" yang diberika menunjukkan betapa beliau tidak faham langsung ekonomi dan apa yang dimaksudkan dengan "muflis" itu. Kenyataan beliau kerajaan negeri sentiasa mampu menyalurkan pelbagai bantuan dan sumbangan kepada kumpulan sasar membuktikan tidak muflis adalah meragukan sama sekali. Ini kerana umum mengetahui banyak anak syarikat kerajaan negeri yang "bankrap" semasa zaman Adnan menjadi Menteri Besar Pahang. Lihat apa yang berlaku kepada Astana Golf & Country Club yang bukan sahaja bankrap malahan telah disita pula. Begitu juga dengan Mentiga Corporation, apa yang berlaku kepada sebuah kilang papan terbesar di Asia Tenggara itu dulu?. Kini telah dilelong oleh kerajaan pimpinan Adnan. Rakyat juga tertanya-tanya, apa yang berlaku kepada saham KUMIPA dan juga Yayasan Basmi Kemiskinan Pahang?. Semuanya terlingkup dan tidak bermaya lagi. Adnan perlu faham "muflis" bukan bermakna terus tidak ada wang untuk menyara kehidupan. Ramai usahawan yang muflis tapi masih boleh bermewah-mewah. Muflis bermakna hutang yang membelenggu Kerajaan Negeri Pahang lebih tinggi daripada hasil pendapatan yang diperolehi. Sebab itulah, Pahang terpaksa membawa masuk pelabur-pelabur berisiko demi untuk menampung ekonomi negeri Pahang itu sendiri sebenarnya. Pahang menanggung hutang yang besar kepada Kerajaan Pusat, berbeza dengan Kelantan dan negeri pembangkang yang lain. Bukankah ini bukti ia menjurus ke arah itu sebenarnya. Maka, kenapa harus dinafikan begitu saja tanpa melihat hakikatnya. Malah, Kerajaan Negeri Pahang beberapa kali terpaksa meminjam wang daripada Genting kerana mahu membayar gaji kakitangan kerajaan negeri selama ini. Kenapa MB malu untuk mengaku?]. |
Posted: 11 Apr 2011 06:23 PM PDT KUANTAN, 12 April - Orang ramai di bandar ini semakin tidak faham apakah akan jadi kepada "Agama Islam" jika ternyata tiada undang-undang syariah yang ketat untuk mengawal aktiviti maksiat di negeri ini. Apa guna ada penguasa agama dan jabatan agama yang terbabit, jika kesalahan yang jelas melanggar kesucian agama Islam itu dipersendakan oleh orang Melayu yang kononnya beragama Islam itu sendiri. Terbaru, isu pendedahan pertandingan ratu cantik mak nyah "Miss Malaysia Pahang 2011" yang diadakan sebuah hotel di sini. Secara berani ada peserta yang mengaku mereka menyertai pertandingan itu kerana tahu bahawa undang-undang syariah di Pahang tidak ada kuasa untuk mendakwa mereka biarpun didapati salah di mata rakyat sekali pun. Antara kenyataannya "Kami tidak takut menyertai pertandingan itu kerana pihak penganjur menjelaskan negeri berkenaan (Pahang) tidak mempunyai undang-undang yang boleh disabitkan kepada golongan mak nyah mahupun penganjuran program berkenaan". Bukankah kenyataan ini jelas sekali satu penghinaan dan menjatuhkan maruah Kerajaan Negeri Pahang sendiri. Bahkan, sepatutnya Mufti Pahang mengambil peranan untuk menjawab segala kecelaruan ini. Namun, nampaknya masing-masing mengambil sikap berdiam diri dan tidak mampu untuk berkata apa-apa. Mungkin kerana terkejut dengan pendedahan yang dibuat ini agaknya. Jika inilah caranya, maka rakyat berhak menolak mereka dalam pilihanraya umum akan datang. Jika tidak agama Islam akan terus dipersendakan dan dipermainkan oleh pihak luar. Apakah gelaran "Kuantan Hatyaai Pantai Timur" mahu diambil kembali oleh Kerajaan Negeri?, selepas dimalukan oleh pihak media satu ketika dulu. Maka, lakukanlah perubahan. [Paling menggemparkan, siasatan terbaru kami mendapati salah seorang peserta pertandingan tersebut dipercayai merupakan anak kepada "Mantan Exco Kerajaan Negeri Pahang" sendiri rupanya. Maklumat masih dikumpul untuk mengetahu dan mengesahkan siapakah bekas exco terbabit. Tambahan pula beliau dikatakan masih memegang beberapa jawatan penting dalam pentadbiran kerajaan negeri pada masa ini. Jika maklumat ini benar dan sahih, maka sudah pastilah ini satu berita yang amat dinanti-nantikan oleh umat Islam di Pahang sebenarnya. Mereka akan terkejut, sebuah negeri yang dipimpin oleh orang Melayu beragama Islam membenarkan penganjuran acara maksiat dalam sebuah hotel yang mana kerajaan negeri ada ekuitinya dan kini yang terlibat pula anak mantan seorang exco kerajaan negeri Pahang. Soalnya siapakah mantan exco terbabit?. Tunggu pendedahan eksklusifnya selepas ini]. |
Posted: 11 Apr 2011 05:26 PM PDT KUANTAN, 12 April - Orang ramai terutamanya penduduk Kuantan dan sekitarnya yang mahu mendengar serta mendapatkan maklumat terperinci tentang Projek Lynas bolehlah hadir ke majlis taklimat awam yang bakal diadakan di Komplek Dagangan Indera Mahkota dekat Bandar Indera Mahkota jam 8.00 malam ini. Seperti biasa taklimat akan diberikan oleh pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), Jabatan Alam Sekitar Pahang (JAS) serta Lembaga Perlesenan Tenaga Atom dan Nuklear Malaysia (AELB). Makluman diterima, program pada malam ini kawalannya agak ketat berbeza dengan taklimat terdahulu. Difahamkan, pihak polis telah diarahkan untuk memantau dan mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang didapati menimbulkan provokasi. Malah, terdapat juga maklumat mengatakan hanya mereka yang mempunyai pas jemputan sahaja dibenarkan masuk oleh pihak penganjur. Soalnya sekarang, jika maklumat ini benar maka ia jelas sekali membelakangkan hak rakyat untuk sama-sama terlibat dalam majlis penerangan awam projek berkenaan. Kenapa Kerajaan Negeri Pahang begitu takut dengan suara-suara rakyat jika mereka jujur dan ikhlas dalam meluluskan projek berkenaan. Apapun, rakyat digesa hadir dan tidak gusar dengan ugutan dan tekanan yang akan diberikan oleh pihak berkenaan. Kebenaran haruslah ditegakkan dalam hal ini dan bukan menjadikan rakyat sebagai "bahan eskperimen" untuk mengiyakan apa yang menakutkan mereka selama ini. Rakyat berhak untuk terlibat dan tidak perlu pihak berkenaan takut dan gusar dengan kehadiran mereka. Justeru itu orang ramai dijemput hadir untuk bersama-sama dalam program malam ini. Siaran eksklusif tentang Projek Lynas yang telah disiarkan oleh TV2 (RTM) [Rakyat perlu bangkit untuk membantah demi masa depan generasi akan datang. Kita tidak mahu diri kita dipersalahkan akibat kealpaan dan kesilapan kita gagal untuk mempertahankan nasib mereka hari ini. Masihkan kita ingat kenyataan pakar-pakar ketika bantahan rakyat terhadap pembinaan projek kilang kertas Malaysia Newsprint Industries (MNI) di Temerloh dulu?. Masihkah kita ingat kenyataan pakar ketika bantahan rakyat terhadap pembinaan projek Raub Australian Gold Mining (RAGM) di Bukit Koman Raub dulu?. Semua pakar mengatakan ia tidak berbahaya dan tidak membahayakan penduduk. Namun apa yang berlaku hari ini?. Rakyat yang tidak bersalah diundang berbagai penyakit, malah sungai-sungai juga mula tercemar menyebabkan tahap kesihatan semakin terjejas dari masa ke semasa. Semua ini gara-gara kenyataan pakar berkenaan. Maka itu, apakah kita harus biarkan pula Lynas Malaysia Sdn Bhd (LMSB) meneruskan operasi mereka hanya berdasarkan kenyataan pakar-pakar itu lagi?. Mereka hanya merancang tetapi tuhan yang menentukan. Marilah kita bangkit bertindak sekarang!. Difahamkan juga selepas solat asar petang ini satu lagi taklimat awal bakal diadakan di Surau Al-Ikhwan Taman LKNP Bukit Setongkol. Oleh itu, marilah sama-sama kita bela rakyat!]. |
Posted: 11 Apr 2011 10:49 AM PDT KUANTAN, 12 April - Kerajaan Negeri Pahang dibawah pimpinan Dato' Seri DiRaja Adnan Yaakob (foto) digesa mengambil tindakan tegas kepada Hotel Vistana dekat sini kerana dipercayai telah menganjurkan Aksi Lucah Pertandingan Ratu Cantik Mak Nyah yang diberi nama Miss Malaysia Pahang 2010 seperti yang didedahkan baru-baru ini. Ramai yang terkejut dengan paparan video yang telah berjaya kami jejaki dari laman web ohtidak.com ini. Setelah diamati ternyata gambaran hotel yang dipaparkan ialah Hotel Vistana di mana Kerajaan Negeri Pahang memegang 13.71% ekuitinya, menerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP). Ini bermakna Kerajaan Negeri Pahang dalam tidak sengaja perlu dipertanggungjawabkan kerana menaja program mungkar dan maksiat seperti ini. Acara ini biar pun bertujuan amal untuk mengutip derma tabung anak yatim dan rumah kebajikan, namun dek kerana ia melibatkan mak nyah dan ponda-pondan maka ternyata ia "haram" dan "ditegah oleh Agama Islam" itu sendiri. Soalnya, kenapa pemimpin UMNO BN yang mengatakan mereka beragama Islam dan berusaha mengamalkan cara pemerintahan "amal makruf nahi mungkar" tergamak membiarkan program ini diadakan. Malah, lebih mengejutkan tetamu yang hadir juga adalah terdiri daripada beberapa orang pemimpin termasuk yang bergelar "Dato" itu sendiri. Inilah video panas mengenai program tersebut yang berjaya juga kami jejaki Agak menyedihkan bila Mufti Pahang gagal mengeluarkan kenyataan isu ini. Malah pihak jabatan agama di Pahang sendiri didapati membisu tanpa dapat memberikan apa-apa komen dari sudut pandangan Islam. Kini semua terkejut dengan pendedahan ini, malah dari sumber kami di Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sendiri kini tidak sangka perkara ini berlaku di Pahang. Jika sebelum ini kami pernah mendedahkan tentang seorang Pegawai Kanan MUIP yang ditangkap khalwat di sebuah hotel di bandar ini. Kini kejadian "memalukan" seperti ini pula berlaku dikala umat Islam bercelaru dengan berbagai isu agama yang sengaja dimainkan media sebelum ini. Kini bagaikan "bala Allah" tiba-tiba acara mungkar seperti ini pula berlaku di Kuantan yang pernah digelar "Hattyai Pantai Timur" satu ketika dulu. Kami juga cuba mencari, siapakah Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab terhadap Hal Ehwal Islam di Pahang. Rupa-rupanya seperti dijangka beliau ialah Menteri Besar Pahang sendiri iaitu Dato' Seri DiRaja Adnan Yaakob. Manakala seorang lagi exco yang dipertanggungjawabkan dalam hal ehwal Dakwah Islamiah pula ialah Dato' Hj. Mohamad Safri Abd Aziz. Soalnya, apakah yang dilakukan oleh kedua-dua pemimpin UMNO BN ini agaknya?. Sudahlah negeri Pahang cukup terkenal dengan pusat hiburan maksiat seperti Genting Hihglands, Cameron Highlands, Pulau Tioman, Cherating dan lain-lain lagi. Kini acara mungkar seperti ini, sudah pasti menjatuhkan imej serta mencemarkan nama baik Kerajaan Negeri Pahang yang kononnya dipimpin oleh orang Melayu yang beragama Islam. Dato' Seri Adnan Yaakob ( Hal Ehwal Islam) dan Dato' Safri Aziz (Dakwah Islamih) dua exco yang wajar dipertanggungjawabkan Bukti, Hotel Vistana Kuantan adalah anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang Klik imej untuk ke laman web rasmi PKNP bagi mengesahkan bukti ini [Apa yang berlaku ini jelas sekali mencemarkan kesucian agama Islam dan memalukan umat Islam dalam sebuah negeri yang dipimpin oleh orang Islam. Justeru itu, seluruh rakyat Pahang digesa bijak menilai isu seperti ini. Apakah kita mahu membiarkan dan melihat semua ini terus berlaku di depan mata. Bukan sahaja Kerajaan Negeri Pahang gagal menerapkanm nilai-nilai Islam dalam pentadbirannya. Malah kenyataan salah seorang peserta pertandingan itu "Kami tidak takut menyertai pertandingan itu kerana pihak penganjur menjelaskan negeri berkenaan tidak mempunyai undang-undang yang boleh disabitkan kepada golongan mak nyah mahupun penganjuran program berkenaan" jelas sekali membuktikan undang-undang Islam di Pahang ditahap yang sungguh memalukan. Apakah kita fikir Allah tidak murka melihat semua ini. Maka itu, lakukanlah perubahan dan pastikan pemimpin Islam yang sepatutnya diangkat untuk menjadi penguasa di negeri ini. Jika terus dibiarkan UMNO BN berkuasa, maka semakin punah ranah agama, iman, akhlak dan akidah umat Islam terutamanya generasi muda. Pastikan kerajaan negeri berubah selepas Pilihanaya Umum ke-13 nanti. Masa yang dinanti sudah tiba. Selamatkan Islam dan generasi kita !]. |
Posted: 11 Apr 2011 08:26 AM PDT KUANTAN, 12 April - Penduduk bandar ini dan sekitarnya diharap tidak khuatir dengan Projek Pembinaan Kilang Memproses Radioaktif "Rare Earth" Lynas yang sedang rancak dijalankan dekat Kawasan Perindustrian Gebeng di sini. Demikian didedahkan oleh salah seorang pemimpin UMNO negeri ini, Bahazelan Wahab (foto). Beliau yang juga merupakan Setiausaha UMNO Bahagian Indera Mahkota menegaskan dalam posting terbarunya di laman sembang sosial Facebook beliau. "Mengikut pendapat dan pandangan seorang Pemimpin PAS YB Dr Che Rosli Che Mat yang juga pakar dan profesor dalam science and Atomic, Projek Lynas di gebeng adalah selamat dan Lynas mengunakan lanthanide sebagai bahan mentahnya yang sangat berbez...a dengan rare earth yang di bukit merah! menakala pandangan YB Leong Ngah Ngah dari DAP pulak mengatakan dia yakin projek ini tidak merbahaya setelah mendengar penjelasan daripada pakar AELB dan DOE! Bahkan mereka mengatakan ini bukan kilang nuklear! Pihak Lynas pulak mengalu alukan pakar-pakar berkecuali dan berkelayakan untuk menyemak lapuran keselamatan radiasi dan alam sekitar, bahkan mencadangkan supaya pakar tersebut menyertai AELB dan DOE untuk menjalankan ujian mereka sendiri! apa kah alasan kita lagi untuk mengatakan Projek ini tidak selamat! Ada ke kawan-kawan yang tau dan pakar dalam bidang radiasi ini untuk memberikan fakta untuk membolehkan kita menolak projek Lynas ini? kita memang sedang menunggu perunding bebas di bentuk", katanya semalam. [Sebelum ini beliau telah beberapa kali menegaskan projek tersebut tidak berbahaya dan meminta orang ramai tidak terpengaruh dengan "putar belit" pihak pembangkang. Malah kenyataan beliau itu telah menimbulkan kemarahan ramai pihak yang membantah projek berkenaan. Apapun, kenyataan beliau yang mengaitkan pemimpin PAS dan DAP yang kononnya menyokong isu ini perlulah disiasat. Apakah ia benar dikeluarkan oleh pemimpin terbabit, atau sekadar bagi menguatkan hujjah beliau semata-mata. Difahamkan malam ini (12 April) satu lagi Taklimat Awam Isu Lynas akan diadakan selepas solat asar petang ini di Surau Al-Ikhwan Taman LKNP Bukit Setongkol. Manakala pada malam ini jam 8.00 malam sekali lagi di Komplek Dagangan Indera Mahkota. Justeru orang ramai adalah dijemput hadir untuk sama-sama mendapatkan maklumat dan memahami info sebenar isu Lynas ini]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan