Pahang Daily Online |
- Panas: Video Aksi Lucah Ratu Cantik Mak Nyah Di Kuantan, MB Harus Bertanggungjawab Kerana Ia Di Adakan Di Hotel Anak Syarikat Kerajaan Negeri
- Insiden Mak Nyah Anjurkan Acara Maksiat Untuk Kutipan Dana Anak Yatim Dan Rumah Kebajikan, Mufti Pahang Di Gesa Tidak Menjadi Syaitan Bisu!
- Panas: Helikopter Bawa 'Pembantu Khas' Kepada Muhyiddin Yassin Terhempas Dekat Dataran Sibu
- Panas: Memalukan, Umat Islam Kecewa Kerajaan Pahang Benarkan Pertandingan Ratu Cantik Mak Nyah Miss Malaysia 2010 Di Adakan Di Negeri Ini !
- Isu Pahang: Memalukan, "Lapan Tahun" Bisnes Beroperasi Tetapi "Medan Selera Taman Sepakat" Milik Koperasi MPK Tidak Punyai Tandas Awam !
- Kontroversi: Isu Jam Tangan 'Omega', Anwar Beri Jawapan 'Bahawa Dia Tidak Ingin' Terperangkap Dengan Provokasi Mainan Media Perkakas UMNO!
| Posted: 11 Apr 2011 07:30 AM PDT ![]() KUANTAN, 11 April - Kerajaan Negeri Pahang dibawah pimpinan Dato' Seri DiRaja Adnan Yaakob (foto) digesa mengambil tindakan tegas kepada Hotel Vistana dekat sini kerana dipercayai telah menganjurkan Aksi Lucah Pertandingan Ratu Cantik Mak Nyah yang diberi nama Miss Malaysia Pahang 2010 seperti yang didedahkan baru-baru ini. Ramai yang terkejut dengan paparan video yang telah berjaya kami jejaki dari laman web ohtidak.com ini. Setelah diamati ternyata gambaran hotel yang dipaparkan ialah Hotel Vistana di mana Kerajaan Negeri Pahang memegang 13.71% ekuitinya, menerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP). Ini bermakna Kerajaan Negeri Pahang dalam tidak sengaja perlu dipertanggungjawabkan kerana menaja program mungkar dan maksiat seperti ini. Acara ini biar pun bertujuan amal untuk mengutip derma tabung anak yatim dan rumah kebajikan, namun dek kerana ia melibatkan mak nyah dan ponda-pondan maka ternyata ia "haram" dan "ditegah oleh Agama Islam" itu sendiri. Soalnya, kenapa pemimpin UMNO BN yang mengatakan mereka beragama Islam dan berusaha mengamalkan cara pemerintahan "amal makruf nahi mungkar" tergamak membiarkan program ini diadakan. Malah, lebih mengejutkan tetamu yang hadir juga adalah terdiri daripada beberapa orang pemimpin termasuk yang bergelar "Dato" itu sendiri. Inilah video panas mengenai program tersebut yang berjaya juga kami jejaki dilaman ohtidak.com (terimakasih kepada anda yang telah membantu) ![]() Bukti, Hotel Vistana Kuantan adalah anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang Klik imej untuk ke laman web rasmi PKNP bagi mengesahkan bukti ini |
| Posted: 11 Apr 2011 01:26 AM PDT KUANTAN, 11 April - Orang ramai terutamanya umat Islam di negeri ini yang kecewa dengan "aksi seks" akibat penganjuran satu pertandingan Ratu Cantik Mak Nyah (Pondan) Miss Malaysia 2010 kini menunggu kenyataan daripada Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Pahang iaitu Dato' Hj Abdul Rahman Hj Osman (foto) atas insiden tersebut. Ketika menyatakan tujuan acara itu, pihak penganjur mengatakan ia diadakan bagi tujuan mengutip dana untuk diserahkan kepada anak yatim dan rumah kebajikan. Namun, memandangkan acara itu dianjurkan oleg golongan "Mak Nyah" iaitu satu golongan manusia yang dilaknat Allah atas muka bumi ini maka sepatutnya Mufti Pahang mengeluarkan kenyataan beliau. Jika tidak umat Islam di negeri ini pasti akan keliru dengan konsep kutipan amal yang dilakukan oleh golongan Mak Nyah terbabit. Tambahan pula acara itu dipenuhi dengan aksi seks yang cukup menghairahkan. Tindakan Mufti Pahang yang "mendiamkan diri" umpama "syaitan bisu" ini amatlah tidak wajar sebenarnya. Beliau harus tampil dan tidak menundukkan diri (seperti pada foto berkenaan). Apa yang lebih menarik ialah ada mufti dari negeri lain pula yang memberi kenyataan beliau tentang isu ini. "Haram tetap haram. Walaupun matlamat mahupun niat dipasang bertujuan untuk kerja amal dan kebajikan, cara yang dilaksanakan ternyata salah di sisi Islam," kata Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid. Beliau berkata, keadaan dan sifat pertandingan itu sendiri ternyata salah iaitu dengan menggunakan peserta pertandingan terdiri daripada golongan mak nyah sebagai aset peraduan untuk mengutip dana sumbangan yang jelas haram dalam Islam. "Hasil diperoleh melalui penganjuran pertandingan ratu cantik golongan mak nyah itu sudah semestinya tidak halal di sisi agama dan tidak wajar untuk didermakan kepada mana-mana pihak walaupun ia bertujuan membantu golongan yang memerlukan," katanya lagi. [Tahniah kita ucapkan kepada Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid (foto) kerana lebih berani bersuara daripada Mufti Pahang ini. Malah dalam isu "Video Seks" yang hangat dipertakakan baru-baru ini pun Mufti Pahang membisu umpama "Syaitan Bisu", biar pun rakan-rakan yang lain dari Perak dan Perlis keluarkan kenyataan. Apakah begini caranya seorang tokoh agama memegang jawatan. Kepada siapa yang dia bertanggungjawab agaknya?. Apa yang kita tahu Mufti Pahang ini pun sibuk dengan perniagaan restorannya Lebak Cafe yang sedang hangat diperkatakan di Indera Mahkota. Biar pun pekerja restoran terbabit tidak menunaikan tuntutan agama termasuk solat Jumaat, namun kerana bekerja di Cafe Mufti maka dia biarkan sahaja. Apakah sifat sebegini layak ada kepada seorang Mufti agaknya. Mufti hanya menjadi pembaca dia ketika majlis-majlis rasmi kerajaan, sebaliknya tidak berani untuk menegur hatta membuat kenyataan yang bercanggah daripada aspirasi kerajaan UMNO BN di Pahang. Maka, tunggulah kamu akan jawapan Allah diakhirat kelak]. |
| Panas: Helikopter Bawa 'Pembantu Khas' Kepada Muhyiddin Yassin Terhempas Dekat Dataran Sibu Posted: 11 Apr 2011 12:49 AM PDT SIBU, 11 April - Panas, sebuah helikopter terhempas sejurus berlepas dari Dataran Sibu, di tengah-tengah bandar raya ini pada 1.40 petang hari ini selepas menurunkan tiga penumpangnya termasuk pembantu khas kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di dataran itu. Juruterbang helikopter itu, satu-satunya yang berada di dalam pesawat itu ketika kejadian, dihantar segera ke Hospital Sibu untuk rawatan. Keadaan juruterbang itu masih belum diketahui. Setiausaha Akhbar Muhiyddin, Hafiz Abdul Halim yang ketika itu sedang berjalan menuju ke RH Hotel, kira-kira 100 meter dari dataran itu terkejut dengan kejadian itu. "Helikopter itu tidak mengalami apa-apa masalah semasa kami berlepas dari Bintangor atau semasa dalam penerbangan. Saya sedang berjalan menuju hotel apabila saya dengar ia terhempas," kata Hafiz yang sebelum itu menaiki helikopter itu bersama-sama dua pegawai keselamatan. Muhyiddin dan pegawai khas beliau yang menaiki helikopter berasingan turut mendarat di dataran yang sama sebelum kejadian itu. Mereka juga baru pulang dari Bintangor. "Muhyiddin dan rombongannya selamat," kata Hafiz.[Sungguh mengejutkan tatkala mendapat berita ini. Namun, mujurlah hanya pemandu helikopter tersebut sahaja yang menerima musibah ini dan Timbalan Perdana Menteri sendiri juga tidak menaikinya. Soalnya sekarang, apakah hak seorang Setiausaha Akhbar TPM boleh menggunakan kemudahan helikopter sebegini sedangkan TMP sendiri menaiki helikopter yang berasingan?. Bermewah betul BN di Pilihanraya Negeri Sarawak ini sebenarnya. Bayangkan jika mereka tergamak menyewa dua buah helikopter yang sepatutnya boleh dinaiki dalam helikopter yang sama, maka berapa pula wang yang dibawa untuk ditaburkan kepada rakyat agaknya. Apakaj helikopter ini terhempas selepas menurunkan berjuta-juta wang "rasuah pilihanraya" BN itu?. Mujurlah TPM tidak mengalami apa-apa musibah dalam kejadian ini. Walau bagaimana pun ia sedikit sebanyak akan menyebabkan TPM dan PM tidak berani lagi menaiki helikopter untuk berkempen di seluruh negeri Sarawak sebenarnya. Ini satu peluang terbaik untuk rakyat menolak UMNO BN dari terus berkuasa di negeri Bumi Kenyalang itu pada hari pengundian tidak lama lagi]. |
| Posted: 11 Apr 2011 12:01 AM PDT ![]() KUANTAN, 11 April - Umat Islam di negeri ini kecewa dengan sikap Kerajaan Negeri Pahang membenarkan penganjuran Miss Malaysia 2010 di negeri ini seperti yang didedahkan dalam Metro Ahad semalam. Mengejutkan apabila pertandingan ratu cantik itu disertai oleh golongan Mak Nyah (pondan). Acara yang diadakan secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di sini dikatakan berselindung di sebalik motif kerja amal untuk membantu golongan kurang bernasib baik. Lebih menggemparkan, acara tersebut turut dihadiri golongan kenamaan bergelar Datuk dan artis terkenal, Noraniza Idris yang bertindak sebagai juri. Penganjur dikatakan memilih negeri berkenaan sebagai tuan rumah berikutan kekaburan undang-undang syariah di negeri itu untuk menghukum golongan mak nyah jika berpakaian dan berkelakuan seperti wanita di khalayak. Pertandingan ratu cantik mirip di Pattaya, Thailand itu terbongkar selepas didedahkan di beberapa laman web sejak Selasa lalu. Salah seorang peserta yang menyertai acara tersebut mengakui pertandingan berkenaan diadakan tahun lalu di sebuah hotel bertaraf empat bintang di sebuah negeri di pantai timur. Menurutnya, rata-ratanya disertai individu beragama Islam dan kebanyakannya sudah menukar jantina menerusi pembedahan dan suntikan hormon. "Kami tidak takut menyertai pertandingan itu kerana pihak penganjur menjelaskan negeri berkenaan tidak mempunyai undang-undang yang boleh disabitkan kepada golongan mak nyah mahupun penganjuran program berkenaan. "Apapun, pertandingan ini bukan untuk suka-suka saja, kami juga terbabit dalam kerja amal. Dalam kata lain, sambil 'enjoy', buat benda baik," kata peserta terbabit. ![]() Aksi perserta pertandingan Miss Malaysia 2010 menjawab soalan juri ![]() Ini pula Youtube video acara tersebut, tapi telah dihalang untuk semua melihatnya selepas isu ini dibongkarkan di internet dan Metro Ahad [Persoalannya sekarang kenapa Kerajaan Negeri Pahang tidak memantau perkara ini. Mana peri Exco Hal Ehwal Islam (MB sendiri), mana pergi Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan lain-lain yang sepatutnya terlibat. Masakan pula mereka semua boleh terlepas daripada pantauan pihak berkenaan?. Apakah ini petanda adengan "ghairah" boleh diadakan di hotel-hotel di Malaysia. Tambahan pula ia dilakukan oleh golongan "pondan" yang dilaknat Allah itu. Satu tamparan yang amat serius juga untuk Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakkob (foto), ini kerana tidak ada satu undang-undang syariah atau sekatan yang berkaitan dengan gejala tidak bermoral seperti ini. Walaupun mungkin tidak ada satu undang-undang khas. Sepatutnya perkara seperti ini janganlah dibiarkan dan terlepas pandang. Dalam ertrikata lain membiarkan seumpama menggalakkanya juga. Dalam Islam kaum lelaki dilarang keras menyerupai perempuan dan bergitu juga sebaliknya. Sebenarnya Allah s.w.t. telah menjadikan antara kaum lelaki dan wanita ada perbezaan yang penuh hikmah dari segi penampilan, jiwa, suara dan kekuatan. Sesungguhnya Allah dan RasulNya melaknati wanita Islam yang berpakaian menyerupai kaum lelaki dan disebaliknya. Dalam bab ini Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Bukan dari golongan kami siapa saja wanita yang menyerupai lelaki dan siapa saja lelaki yang menyerupai wanita." (Musnad Ahmad, no: 6875 dengan sanad yang dinilai hasan oleh Ahmad Syakir).Bahkan 'Abdullah ibn 'Abbas r.a. menerangkan bahawa: "Rasulullah s.a.w. melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki." (Shahih al-Bukhari, no: 5546). Harapan kita tidak adalah pulak pihak yang membuat tayangan video seks di hotel sekitar Kuantan selepas ini hendaknya selepas ini, sama seperti kes tayangan "Video Seks Datuk T" di Carcosa Seri Negara]. |
| Posted: 10 Apr 2011 06:44 PM PDT ![]() KUANTAN, 11 April - Orang ramai yang berkunjung ke Medan Selera Taman Sepakat dekat sini hairan dan kecewa apabila dimaklumkan "tandas awam" tidak disediakan di kawasan itu. Senario ini bukanlah "omongan kosong" semata-mata, tetapi ia adalah "realiti dan kebenaran" yang sengaja tidak diendahkan oleh pihak yang bertanggungjawab membangunkan kawasan itu sejak lapan tahun yang lalu. Malah, kawasan itu juga dipercayai tidak mempunyai kemudahan surau seperti kebiasaannya. Sistem perparitannya juga tidak sempurna dan sistem letak kereta yang tidak terurus dan merbahaya kepada lalu lintas. Tambahan pula kawasan itu terletak di tepi jalan utama dari Gambang ke pusat bandar Kuantan. Sebenarnya, banyak lagi masalah lain yan berlaku, namun fokus utama yang mahu diperkatakan ialah ketiadaan tandas awam di kawasan ini cukup memalukan sebenarnya. Tidak pernah berlaku dalam sejarah mana-mana kawasan "foodcourt" di negara kita yang tidak mempunyai tanda, hatta di kawasan pedalaman sekali pun. Namun ia berlaku dalam kawasan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang mana dipercayai diuruskan sendiri oleh KOSPEK (foto) iaitu Koperasi Kakitangan Majlis Perbandaran terbabit. Difahamkan, terdapat 16 gerai yang telah dibina disitu berkonsepkan "foodcourt", soalnya kenapa mereka tidak menekankan keperluan orang ramai yang berkunjung ke situ?. Akibat ketiadaan "tandas awam" di situ ia menyebabkan pelanggan yang berkunjung ke situ semakin berkurangan dari masa ke semasa. Ia bukan sahaja menyusahkan para peniaga malahan pelanggan yang mahu menggunakan perkhidmatan tersebut. Soalnya sekarang, kenapa perkara ini boleh berlaku dalam zaman moden ini?. Siapakah yang harus dipersalahkan agaknya. Difahamkan, perkara ini sudah beberapa kali diajukan kepada pihak atasan sejak lapan tahun yang lalu, namun tiada tindakan diambil sehingga ke hari ini. Jika kawasan tersebut adalah kawan gerai biasa, mungkin ia tidak menjadi masalah. Namun, pihak KOSPEK menjadikan kawasan terbabit sebagai "foodcourt" yang sepatutnya mempunyai ciri-ciri keselamatan dan kemudahan yang sewajarnya. Namun, ini tidak berlaku dan terus dibiarkan begitu sahaja. Wajarkah, tempat menjamu selera seperti ini yang terletak ditepi jalan utama tidak punyai tandas mahu pun surau. Dipercayai juga dialog dan aduan sudah kerap dibuat, namun hasil dan jawapannya tetap "tunggu dan lihat". Lapan Tahun Bersabar Menunggu Tandas Awam Lebih saya simpati apabila dilihat pengunjung bertanya "dimana tandas?". Jawapannya tiada semata-mata. Pengunjung pun dilihat "pusing belakang" dengan hampa. Dikalangan peniaga mungkin mereka boleh mencari masjid atau surau berdekatan tetapi apa jadi jika pengunjung bukan Islam atau pelancong-pelancong luar. Sungguh amat menyedihkan lagi, dikalangan peniaga sendiri yang terpaksa menggunakan wang dan tenaga mereka untuk membina "kotak-kotak" kecil sebagai tempat mereka bersembahyang. Mungkin kerana mereka-mereka di situ bersembahyang menyebabkan mereka boleh bersabar sehingga lebih 8 tahun. Pengunjung setia, Safar Bidin, 54 sempat ditanya, berkata "Kalau ada ADUN kawasan ini meninggal dunia, Pak Cik rasa " Masalah boleh selesai". ADUN yang berkenaan sewajarnya tidak "meninggal akal" untuk selesaikan masalah kawasan. Tidak dinafikan pihak yang berkenaan mungkin telah berusaha selesaikan masalah yang disebutkan tadi kerana ianya bukanlah perkara baru, namun wajar disegerakan kerana jika terlepas pandang nanti akan memberi banyak kesan langsung kepada peniaga di situ. Malah isu ini boleh menyebabkan nama Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) sendiri tercemar di mata dunia. Keadaan itu menyebabkan mereka yang ingin "melepaskan hajat" terpaksa berbuat demikian di tandas masjid, surau atau di belakang-belakang atau tempat dan sudut-sudut gelap yang selamat (foto sebenar sebagai bukti). Dalam masa sama, sudah pastilah tidak sesuai jika tandas masjid atau surau berdekatan (1 kilometer) dijadikan tandas awam kerana ia akan mengotorkan persekitaran dan menyukarkan jemaah untuk beribadat. Tambahan pula ia akan membebankan pihak pengurusan masjid atau surau kerana perlu tanggung bil air yang digunakan orang ramai. Tandas masjid bukan tandas awam yang boleh digunapakai sesuka hati oleh orang ramai tetapi khusus bagi mereka yang ingin solat dan beribadat. Kalau ramai menggunakan tentunya timbul pelbagai masalah, masakan hanya yang "tak elok" dihantar ke masjid.Orang Ramai Terkilan Sikap Lepas Tangan MPK Dalam pada itu, seorang pemandu kereta sewa yang enggan namanya disiarkan memberitahu, dia hairan, masakan MPK terlepas pandang dalam perkara yang sebagini besar. Dan bayangkan kiranya isu ini menjadi isu negeri atau negara. Siapa yang akan mendapat malu? ''Saya membawa ramai pelancong dan keadaan ini amat memalukan. Bila pelancong bertanya…"., katanya. Sebagai pemandu kereta sewa, apa jawapan yang boleh dia berikan?. Mungkin MPK ada jawapannya. Seorang peniaga kasut dari Ipoh yang datang menginap di Kuantan, Stevan Khor, 50, pula memberitahu, dia pernah menyuarakan masalah tersebut dengan menalipon sendiri tetapi tiada tindakan diambil oleh pihak bertanggungjawab. Seorang warga emas, Zulkifli Majid, 68, bakal persara berkata, kemudahan asas seumpama itu penting terutama di tempat yang sering dikunjungi orangramai, apalagi seperti Pak Cik yang "dah senja" ni. "Pak Cik ada penyakit kencing tak lawas tapi makan selera lagi. Pak Cik nak cadangkan supaya pihak MPK bertindak segera kerana tandas ini satu keperluan asas, tambahan pula orang tua macam Pak Cik Tak apalah kalau kena bayar asalkan keselesaan diberi keutamaan, Pak Cik ada pencen", katanya. Sementara itu, Mariam Ismail, 50an, berkata "masalah ketiadaan tandas sebenarnya lebih menghantui kaum wanita.. Pihak MPK sepatutnya sedar masalah ini. Kalau lelaki tak kisahlah, sebab mereka boleh buang air di mana-mana sahaja,. Kalau wanita…!?.. Malu-malu ",katanya. Seorang penduduk dari Lubuk Merbau yang tinggal di Taman Sepakat, Ahmad Nazam, 40, menyatakan, ketiadaan tandas memang sesuatu yang menyusahkan dan memalukan. Peniaga, Rohana Bachok, 49, berkata longkang yang selalu tersumbat dan air tasik yang bertakung berhampiran dengan tempat makan menyebabkan saya tidak jadi untuk makan di situ. Bau yang dihadirkan dari tasik itu terlalu busuk.MPK Langgar Syarat Lulus Lesen Tanpa Tandas Rata-rata pengunjung yang ditemui mahu pihak Majlis Perbandaran Kuantan segera membina tandas awam dan surau demi keselesaan mereka. Bayangkan nasib peniaga dan pengunjung yang terpaksa menahan lama atau berjam-jam untuk melepaskan hajat tetapi tidak kesampaian. Bayangkan sekiranya anda sendiri yang terlibat sebagai mangsa ketiadaan tandas. Walau apapun alasan atau sebarang sebab dalaman yang diberikan sebagai faktor ketiadaan tandas di situ, itu hanyalah sebagai jawapan bijak "ahli politik" yang telah diasuh menjawab. Ini sukar diterima, Justeru, saya berharap pihak yang berkenaan mengambil tindakan segera dan sewajarnya apatah lagi ia adalah membabitkan imej baik MPK sendiri Sudah tiba masanya untuk pihak terbabit mengambil jalan penyelesaian secepat mungkin kerana jika perkara ini dibawa ke Dewan Undangan Negeri atau ke Dewan Rakyat kita bimbang slogan "Rakyat didahlukan, akan jadi Rakyat didahulu kenakan". Saya percaya sekiranya semua masalah ini dapat diatasi sebaik mungkin, ia pasti membawa pulangan baik kepada MPK malah dalam masa sama dapat membantu mempromosikan Negeri Pahang dan peniaga yang terlibat. Ramai juga yang terkejut dan tertanya-tanya kenapakah pihak Majlis Perbandaran Kuantan boleh meluluskan lesen kepada peniaga untuk menjalankan perniagaan di situ, sedangkan di situ tidak mempunyai tandas seperti disyaratkan dalam undang-undang kecil MPK bagi restoran atau pun penjualan makanan.[Berdasarkan kepada undang-undang dan syarat, sesebuah restoran atau warong kopi atau gerai makan perlulah mempunyai tandas sebelum lesen boleh dikeluarkan. Bagaimana pula bahagian Kesihatan MPK dan Jabatan Kesihatan Kuantan…?. Mungkin juga mereka terlepas pandang atau jawapan lain…Kes Terpencil.. Namun, disitu seolah-olah ada perkara yang tidak diketahui sebab-sebabnya berlaku. SPRM dicadangkan "jangan siasat". Mungkin ia yang pertama di Malaysia agaknya. Justeru itu amatlah diharapkan agar pihak MPK dapat memantau perkara ini dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pegawai yang meluluskan lesen di situ Jika inilah senario yang berlaku, maka sudah pastilah ia akan mencemarkan nama baik Majlis Perbandaran Kuantan malah Kerajaan Negeri Pahang itu sendiri sebenarnya.. Mana mungkin perkara sebegini boleh terlepas pandang bagi sebuah Majlis Tempatan yang hebat seperti ini. Semoga tindakan segera dapat diambil oleh MPK !]. |
| Posted: 10 Apr 2011 05:58 PM PDT
[Nampaknya, pihak-pihak berkenaan masih lagi cuba untuk membuat provokasi terhadap isu video seks ini. Lantaran itulah mereka sanggup lakukan apa saja hatta mendesak Anwar untuk membuat kenyataan tentang perkara ini. Media arus perdana dan NGO yang terbabit sememangnya menanti kesempatan untuk semua ini. Kerana itu sahajalah cara yang terbaik untuk mereka menyelamat ketiga-tiga "Trio" yang terlibat dalam isu penayangan video seks lucah lelaki mirip Anwar baru-baru ini. Mereka kini tahu, rakyat tidak percaya dengan semua itu mala sokongan rakyat terhadap ceramah-ceramah Anwar di Sarawak membuktikan pengundi di sana juga sudah faham permainan politik sempit "otak kuning" UMNO BN sekarang ini. Justeru itulah kita mengharapkan agar isu video seks ini akan memerangkap BN di Sarawak, jika tidak menang sekali pun harapan kita agar BN gagal mendapat 2/3 majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak selepas ini]. |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
















Tiada ulasan:
Catat Ulasan