Khamis, 7 April 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Tragedi: Dua "Pasangan Remaja" Di Percayai Mati Lemas Di Rempuh "Kepala Air" Ketika Berkelah Di Air Terjun "Gunung Berembun" Petang Semalam !

Posted: 07 Apr 2011 12:54 AM PDT

SEREMBAN, 7 April - Dua pasangan remaja yang berkelah di air terjun Gunung Berembun di sini, Rabu dirempuh 'kepala air' menyebabkan seorang remaja wanita mati lemas manakala pasangan kekasihnya hilang dihanyutkan arus deras itu. Mayat Khairulhiza Khairul, 18, dari Mambau ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian pada pukul 4.30 petang. Usaha mencari Mohd Rozane Baddarudin, 19, dari Klang yang dihanyutkan 'kepala air' itu masih diteruskan, kata Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Abu Bakar Katain. Beliau berkata, pasangan itu bersama dua lagi rakan mereka Mohd Halim Shiddik, 19, dan Nurul Faezah Noor, 19, dari Kuala Kubu Baharu ke kawasan air terjun itu untuk berkelah pada pukul 12 tengah hari. "Kejadian dipercayai berlaku pada pukul 3 petang semasa mereka sedang bersiap untuk balik dan berada di tepi tebing. "Mereka dirempuh oleh kepala air yang datang secara tiba-tiba selepas hujan di kawasan pergunungan itu...air naik dengan tiba-tiba dengan arus yang kuat menyebabkan dua daripada mereka hanyut," katanya kepada pemberita di tempat kejadian. Khairulhiza adalah jurujual di pusat membeli belah Terminal One, di sini manakala tiga lagi remaja terbabit merupakan pelajar Kolej Negeri. Nurul Faezah berkata mereka datang ke air terjun itu dengan dua buah motosikal "Kami sedang berkemas dan hujan turun renyai-renyai. Tiba-tiba datang arus sungai yang kuat dan merempuh tebing. Saya sempat menyelamatkan diri dengan berpaut pada kayu," katanya lagi.

[Sesuatu yang perlu diambil ikhtibar dalam kes seperti ini ialah, sila nasihatkan anak-anak anda agar tidak berdua-duaan ditempat yang boleh menimbulkan fitnah seperti ini. Remaja terbabit mengakui mereka datang ke kawasan tersebut menaiki dua buah motosikal. Bermakna mereka membonceng bersama pasangan kekasih masing-masing. Apabila berada di kawasan air terjun seperti ini, banyak kejadian tidak dingini berlaku sebenarnya. Mereka bebas melakukan apa sahaja termasuk mandi manda dengan pasangan masing-masing tanpa halangan. Tambahan pula lokasi terbabit jauh dari orang ramai dan ketika kejadian hujan turun dengan lebatnya. Cuba bayangkan, apakah remaja terbabit duduk disitu untuk kebaikan atau melakukan maksiat. Banyak kejadian maksiat berlaku membabitkan remaja di tempat seperti ini. Maka itu, kemungkinan "kepala air" yang datang itu adalah amaran Allah kepada hambanya yang engkar dengan perintah agama. Biar pun tiada bukti mereka melakukan maksiat tetapi situasi yang berlaku sememangnya menjurus ke arah itu sebenarnya. Ambillah ikhtibar atas apa yang berlaku dan pastikan anak-anak anda tidak terjerumus ke lembah kehinaan seperti ini. Mati bersama kekasih, apakah begini namanya "sehidup semati"].

Sensasi: Doa Rakyat Malaysia, Akhirnya Terbukti Pelakon Lelaki Dalam Video Seks "Datuk T" Yang Di Dedahkan Itu Comfirm Bukan Anwar Ibrahim

Posted: 06 Apr 2011 07:51 PM PDT

Satu Malaysia kecoh... kerana klip video kurang dua minit. Ada yang mengatakan orang itu mirip Anwar Ibrahim, tidak kurang yang sangsi. Anwar berkata beliau "tidak peduli' kerana tahu pelaku dalam rakaman itu bukan beliau. Tindakan oleh pihak yang memuatkan video itu jelas untuk mengaibkan lagi Anwar setelah beliau enggan tunduk kepada ugutan supaya beliau dan isterinya berundur dari politik adalah sesuatu yang amat dihajati oleh Umno, namun tidak kesampaian. Walau bagaimanapun setiap sesuatu itu ada hikmahnya. Kepada mereka yang mempunyai kepakaran di bidang video dan mahu menegakkan kebenaran (tanpa dipengaruhi laporan media arus perdana) rakaman pendek Youtube membolehkan mereka menguji kesahihan video Datuk "T" itu buat kali pertama dengan "barang kes itu sendiri." Jelas beberapa persoalan asas muncul selepas melihat klip satu minit 41 saat itu, secebis daripada rakaman 21 minit yang didalangi oleh gadingan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Sharzyl Eskay dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim. Bagi mereka yang arif dalam penerbitan video persoalan pertama adalah kenapa wajah pelaku tidak jelas. Jawapan adalah kerana Kamera "night vision" digunakan. Kamera ini biasa digunakan apabila keadaan sesuatu tempat adalah gelap tetapi bilik hotel yang dirakam jelas mempunyai lampu dengan pancaran bayang jelas kelihatan pada dinding.

Pantulan Bayang Pada Dinding Memusykilkan

Jadi kenapa kamera itu digunakan? Jawapan paling logik adalah tindakan itu disengajakan kerana kamera sedemikian akan memastikan muka pelaku dalam rakaman adalah "soft", dan samar-samar. Ini membolehkan pelbagai tafsiran dibuat mengenai identiti pelaku. Persoalan penting adalah kenapa pihak yang membuat rakaman tidak menggunakan kamera biasa yang akan menampakkan dengan jelas wajah pelaku jika tujuan rakaman adalah untuk mendedahkan Anwar melakukan perbuatan sumbang. Persoalan seterusnya ialah apa signifikannya bayang-bayang pelaku yang tertera jelas pada dinding. Mereka yang arif dalam penerbitan video akan terus menjurus kepada bayang-bayang pelaku yang dihasilkan oleh kilauan lampu di sekitar bilik hotel berkenaan. Bilik diterangi dengan lampu, menyebabkan pantulan bayangan pada dinding dan pada tubuh ketiga-tiga pelaku setiap kali mereka melintasi lampu yang dimaksudkan. Jika bilik diterangi sebegitu rupa, agak mustahil pelaku tidak tahu tujuannya. Agak mustahil pelaku tidak tahu mereka sedang dirakamkan (hakikat ini akan diperkuatkan dengan hujah seterusnya). Rakaman itu akan menunjukkan bahawa kedua-dua pelaku, satu berseluar dan satu bertuala begitu tekun menggunakan remote control (alat kawalan jauh) berwarna hitam yang diletakkan di atas meja di mana kamera "night vision" dipasang. Mungkin pihak "sebelah sana" akan mendakwa "remote contol" itu adalah untuk penghawa dingin bilik namun ini amat disangsikan kerana kedua-dua pelaku menghalakan "remote control" itu kepada apa yang ada di atas meja berkenaan. Fakta kedua-dua pelaku lelaki mencapai dan menggunakan alat "remote control" dan mengajukannya pada arah sama sebelum beredar adalah petanda jelas pelaku dalam video tahu malah mendalangi rakaman itu. Satu kelemahan kamera "night vision" adalah ia boleh mengambil visual wajah pelaku secara samar-samar atau "soft". Namun ia tidak dapat sembunyi atau melunturkan imejnya.

Perut Buncit Tetek Labuh Aksi Paling Melucukan

Oleh kerana itu perut buncit dan "tetek labuh" pelaku tidak dapat dikaburkan. Ini membolehkan perbandingan jelas dibuat antara susuk tubuh Anwar dan pelaku dalam video itu. Segala pengamatan ini diperkuatkan dengan beberapa fakta asas kenapa video yang dinaikkan di Youtube disunting dari sudut-sudut tertentu yang pelakunya mirip iras wajah Anwar. Kenapa agaknya pihak berkenaan tidak memuatkan keseluruhan video berkenaan di Youtube? Jawapannya tentu kerana jika lebih banyak sudut pelaku dalam video itu ditonjolkan, risiko adalah lebih besar dan pelbagai persoalan akan ditanya oleh rakyat dan sekali gus menghakis persepsi yang cuba ditanam oleh dalang rakaman itu di minda rakyat. Media arus perdana telah memainkan klip rakaman itu berulang kali di televisyen. Akhbar kawalan Umno turut memuatkan gambar dari klip itu di muka depan dan di muka dalam dengan mesej yang sama tak syak lagi memang Anwar dalam rakaman video mengadakan seks dengan pelacur. Namun pengamatan yang teliti mengenai video itu oleh pakar-pakar berkaitan akan mendapati video berkenaan dihasilkan oleh seorang yang tahu menggabungkan "kuasa" kamera dengan penataan cahaya lampu' untuk mencapai maksud yang dihajatkan oleh pihak yang mengupahnya. Persoalan-persoalan yang dibangkitkan dalam rencana ini menguatkan hujah bahawa polis tidak sekadar boleh menyiasat ketulenan video itu semata-mata tetapi memperinci sama ada pelaku dalam rakaman itu benar-benar Datuk Seri Anwar Ibrahim atau tidak. Dan, biarlah siasatan itu telus setelusnya dan bukan sekadar menanam tebu di bibir.


Terbukti, perut buncit, tetek labuh dan bayang pada dinding jadi saksi
[Mungkin dek kerana berkat doa alim ulamak yang tidak suka isu fitnah menfitnah yang boleh meruntuhkan tamadun Melayu dan Islam ini, maka akhirnya satu persatu kebenaran itu didedahkan. Hasil pendedahan video seks di internet yang sepatutnya menjadi simpanan pihak polis (masih dalam siasatan, satu-satunya yang ada) telah menyebabkan rakyat semakin yakin bahawa segala yang berlaku ini adalah konspirasi jahat pihak tertentu untuk menjatuhkan politik Anwar. Malahan ia juga adalah bukti jelas UMNO BN mahu menarik sokongan rakyat agar terus mengundi mereka dalam pilihanraya negeri Sarawak yang bakal berlangsung dalam masa terdekat ini. Mereka mungkin berjaya di Sarawak, tetapi tidak dalam Pilihanraya Umum akan datang. Ini kerana ramai dikalangan mereka yang sudah mula percaya kes liwat Anwar, kini menjadi keliru semula dengan isu terbaru ini. Malah, mereka juga mula sangsi dengan apa yang berlaku terhadap Anwar selama ini. Tambahan pula UMNO BN tersilap memilih pelakon utama untuk pendedahan video seks berkenaan (Rahim Thamby). Gelombang kebangkitan rakyat pasti akan bangkit semula dalam PRU13 nanti. Kerajaan BN perlu bersedia untuk melihat lebih banyak kerusi parlimen jatuh ke tangan pembangkang nanti].

Free Advertising - Get millions of visitors for your website for FREE!

Tiada ulasan: