Pahang Daily Online |
- Panas: Video Seks, Janggut Anwar Kini Jadi Bukti
- Panas: Kes "Teoh Beng Hock" Belum Selesai, Tiba-Tiba Seorang Lagi Mangsa Di Temui Mati Terjatuh Dari Bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
- Terkini Pencalonan Pilihan Raya Negeri Sarawak
- Isu Pahang: Gara-Gara Kenyataan Panas Semasa Taklimat Lynas, Blogger Di Ugut Akan Di Kenakan Tindakan Saman Oleh YAB Menteri Besar Pahang
- Isu Pahang: Sesi Taklimat Awam Isu Lynas Malam Tadi Tegang Apabila Orang Ramai Kecewa Dengan Jawapan Yang Di Berikan Oleh Pihak Berkenaan !!
| Panas: Video Seks, Janggut Anwar Kini Jadi Bukti Posted: 06 Apr 2011 01:32 AM PDT |
| Posted: 06 Apr 2011 12:20 AM PDT KUALA LUMPUR, 6 April - Apa sudah jadi dengan Malaysia agaknya. Belum pun sempat kes kematian Teoh Beng Hock selesai, tiba-tiba satu lagi kejadian saksi jatuh dari bangunan SPRM berlaku. Kali ini seorang pegawai kastam yang dipercayai dipanggil untuk membantu siasatan kes rasuah ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane (foto) di ibu negara pagi ini. Mangsa dikenalpasti sebagai Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang berkhidmat sebagai Pembantu Pengarah di pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor. Pegawai kanan itu membantu siasatan membabitkan cukai tidak dibayar dan telah dibebaskan dengan ikat jamin dua hari lalu. Pengarah penyiasatan SPRM Mustafar Ali berkata, Allahyarham Ahmad Sarbani ditahan pada 1 April lalu berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram. Penahanan itu dibuat di Klang. Ahmad Sarbani kemudiannya dilepaskan pada 2 April lalu pada jam 12.30 petang. Lelaki itu datang semula ke pejabat SPRM di Jalan Cochrane di Kuala Lumpur untuk bertemu seorang pegawai penyiasat berhubung kesnya, kata Mustafar lagi. Pegawai penyiasat telah memintanya menunggu di situ sementara pergi mengambil fail kes tersebut. Bagaimanapun, apabila balik semula ke situ, dia mendapati pegawai Kastam tidak ada, kata pengarah penyiasatan SPRM itu. Mayat Ahmad ditemui terbaring di atas gelanggang badmintion pada jam 10.15 pagi, kata Mustafar. Siasatan ke atas Allahyarham dijalankan ekoran penahanan sejumlah 62 orang pegawai Kastam dalam satu operasi di Pulau Pinang, Selangor dan Pahang. Operasi berkenaan dijalankan oleh satu tindakan bersama oleh SPRM, JKDM, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Bank Negara. Seorang lagi dikesan mempunyai lebih RM1 bilion manakala dua lagi yang ditahan mempunyai lebih RM500,000 di dalam akaun masing-masing. Salah seorang pegawai kastam yang ditahan dalam operasi itu dikesan punyai wang berjumlah beberapa juta dalam akaunnya.[Apa sudah jadi agaknya?. Belum pun sempat kes Teoh Beng Hock yang mati terjatuh dari bangunan SPRM Shah Alam selesai tiba-tiba kita dikejutkan dengan berita ini. Apa yang berlaku sebenarnya?. Apakah mangsa membunuh diri atau dibunuh? Kini sudah pasti ia lebih menyayatkan hati kita kerana mangsa ialah orang Melayu beragama Islam. Justeru itu satu siasatan yang rapi wajar dilakukan demi mencari kebenaran dalam hal ini. Apa pun, agak mengejutkan apabila dimaklumkan ada dikalangan mereka yang mempunyai wang cecah RM1 billion dalam akaunnya. Begitu mewah dan sungguh menakjubkan. Soalnya, siapakh yang mengajar mereka semua ini merompak duit rakyat ini?. Bukankah mereka menirunya daripada perangai pemimpin kerajaan yang ada sekarang. Mereka mencuri selepas melihat tuan mereka mencuri. Maka itu usahlah kita terkejut dengan pendedahan yang cukup panas ini. Sebenarnya banyak lagi kes yang berlaku dalam jabatan kerajaan yang lain. Cuma mungkin mereka masih selamat kerana tidak ada pihak yang membuat pendedahan. Soalnya kenapa asyik berlaku kematian di SPRM ?]. |
| Terkini Pencalonan Pilihan Raya Negeri Sarawak Posted: 05 Apr 2011 09:51 PM PDT
Si Taib Mahmud Mungkir Janji Untuk Berundur
Bekas Timbalan Menteri Tanding Calon Bebas
Presiden PRS Lawan Calon PKD Di DUN Baleh
Presiden SUPP Lawan Calon DAP Di DUN Piasau
Tiga Penjuru Di DUN Padungan Dan Bukit Lintang
Zulrusdi (PKR) Lawan Sharifah (BN) Di Petrajaya
Presiden SPDP Lawan Calon SNAP Di DUN Pakan
|
| Posted: 05 Apr 2011 05:28 PM PDT ![]() KUANTAN, 6 April - Gara-gara kelantangan beliau mendedahkan bahawa pasti ada "wang pelincir" yang menyebabkan isu panas pembinaan kilang memproses tanah nadir "rare earth", yang menyebabkan Kerajaan Negeri Pahang bermati-matian mempertahankan projek tersebut, maka Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) atau lebih dikenali dengan nama Blogger Cucumatkilau (kini Eksekutif Pengiklanan & Krew PDO) bakal dikenakan tindakan saman oleh MB Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob. Beliau melaporkan demikian awal pagi tadi selepas pulang dari majlis Taklimat Awam Lynas yang diadakan di Komplek Dagangan Indera Mahkota dekat sini. Menurut Shukri, ketika itu beliau baru tiba ke rumahnya selepas singgah di Jungle Food Court Indera Mahkota. "Sekitar jam 12.19 tengah malam, saya menerima satu SMS daripada MB Pahang yang antara lain mengatakan beliau diberitahu saya telah menfitnahnya dalam majlis taklimat tersebut. Beliau kononnya berharap apa yang saya perkatakan itu tidak benar. Malah beliau mencabar saya mengulangi kenyataan itu supaya dia boleh mengambil tindakan undang-udang terhadap saya", kata Shukri. Dipercayai selepas itu Menteri Besar Pahang itu juga ada menghantar SMS kepadanya dan mencabar supaya beliau membuat kenyataan terbuka tentang perkara (wang pelincir) itu. Ini katanya, akan memudahkan MB untuk membuat tindakan saman terhadap beliau. Demo Bantah Lynas Akan Ke Pejabat MB Pahang Apakah dek kerana sudah tiada pelaburan lain yang lebih menguntungkan maka projek berbahaya ini dibawa masuk?. Jika rakyat didahulukan, maka Kerajaan Negeri wajar membatalkan projek tersebut. Jika tidak saya berjanji akan mengumpul seberapa ramai rakyat Pahang untuk sama-sama berarak dan berhimpun di perkarangan Pejabat MB di Wisma Sri Pahang untuk menadakan bantahan dalam masa terdekat ini. Kami akan bersama-sama memperjuangkan isu ini hingga ke penghujungnya. Biar pun dinafikan MB Pahang, namun saya tahu sikap beliau apabila meluluskan sesuatu projek termasuk sebelum ini kelulusan pembalakan, perlombongan dan sebagainya. Maka itulah saya akan terus lawan dan beliau boleh tuduh apa saja kepada saya sekarang, apa yang penting ialah anak cucu dan generasi akan datang perlu diselamatkan. Pernahkah Menteri Besar fikirkan semua ini?", kata Shukri lagi. [Dalam pada itu Shukri turut menegaskan, beliau akan menubuhkan Badan Bertindak Projek Lynas (BBPL) untuk menggerakkan seberapa ramai rakyat ke Pejabat MB untuk menyatakan bantahan dalam masa terdekat ini. Rakyat perlu turun dijalanan dan jangan biarkan kerajaan UMNO BN terus memperkotak katikkan mereka lagi katanya. Baginya saluran sedia ada dipandang sepi oleh Menteri Besar Pahang, bahkan dengan angkuh terus mempertahankan projek berkenaan tanpa mengambilkira hati rakyat. Sebelum ini pun sudah dua kali projek berbahaya di bawa masuk ke Pahang seperti di Temerloh (Kilang Kertas) dan Raub (Lombong Emas). Kerajaan Negeri Pahang seolah-olah tidak pandai lagi untuk mencari pelaburan yang lebih bermakna kepada rakyat. Lantaran itu mereka menerima sahaja pelaburan yang datang hatta yang boleh membawa kemusnahan kepada manusia itu]. |
| Posted: 05 Apr 2011 10:52 AM PDT ![]() KUANTAN, 6 April - Orang ramai yang hadir ke Komplek Dagangan Indera Mahkota malam tadi, kecewa dengan ketidakhadiran wakil dari Syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd untuk sama-sama berdialog dalam taklimat awam berkenaan projek pembinaan kilang memproses "rare earth" di Gebeng itu. Program anjuran Kerajaan Negeri Pahang dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) itu diadakan bertujuan untuk memberi maklumat kepada orang ramai tentang kontroversi projek berkenaan sejak akhir-akhir ini. Antara pihak yang dilihat hadir ialah Pengarah Jabatan Alam Sekitar Pahang (JAS) serta wakil dari Lembaga Perlesenan Tenaga Atom dan Nuklear Malaysia. Orang ramai dianggarkan lebih 300 orang yang hadir memenuhi setiap ruang dalam dewan, malah ada yang terpaksa menjengok menerusi tingkap dewan yang terbuka. Ramai yang kecewa kerana pihak penganjur membuat taklimat itu di dewan yang bersaiz kecil, sedangkan mereka tahu isu tersebit panas dan pasti menggalakkan rakyat untuk hadir. Kerajaan Negeri hanya diwakili oleh dua orang ADUN iaitu YB Pang Tsu Ming (Semambu) dan YB Chang Hong Seong (Teruntum). Manakala semua ADUN Pakatan Rakyat yang terdiri daripada YB Leong Ngah Ngah (Triang), YB Chong Siew Onn (Teras), YB Syed Mohmmad Syed Lonik (Beserah) serta YB Syed Hamid Syed Mohamad (Semantan). [Pada awalnya orang ramai diberikan taklimat yang cukup membosankan oleh wakil daripada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom & Nuklear, Jabatan Alam Sekitar dan yang lainnya. Penerangan yang kononnya dibuat oleh pakar itu ternyata ditolak oleh rakyat. Mereka bosan mendengar "penerangan hambar" oleh pihak berkenaan. Cuma situasi agak tegang dan panas apabila tiba ke sessi soal jawab. Ramai pihak yang mengambil bahagian termasuk mereka yang dipercayai peguam, doktor serta wakil dari persatuan pencinta alam sekitar itu sendiri. Orang ramai yang hadir mula naik bosan apabila soalan yang diberikan tidak dijawab secara profesional oleh pihak terbabit. Jawapan yang sekadar melepaskan batuk ditangga bagi menutup kelemahan pihak kerajaan menyebabkan orang ramai mengutuk pihak berkenaan. Mereka kecewa atas jawapan yang dilihat lebih kepada mahu menyelamatkan pihak kerajaan dalam isu panas ini. Maka itulah ramai yang ambil kesempatan untuk berhujjah termasuk dua orang wakil rakyat pembangkang. Sesungguhnya, majlis yang diadakan malam tadi jelas sekali gagal mencapai matlamatnya dan sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja. Rakyat disuruh menerima segalanya]. |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |










Tiada ulasan:
Catat Ulasan