Pahang Daily Online |
- Panas: Gara-Gara Takut Terbongkar Rahsia, Maka Akhirnya Yang Dipertua Dewan Rakyat Tidak Rela Membenarkan "Tayangan Video Seks" Di Parlimen
- Taklimat "Projek Lynas": Orang Ramai Keliru Info Jadual Taklimat Pada Laman Web PKNP Dan Juga Berita Ringkas Sinar Harian Pahang Tidak Sama !!
- Isu Pahang: Kerajaan Negeri Dengan Kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang Anjurkan Taklimat Awam Tentang Projek Lynas Malam Ini
- Terperangkap: Gara-Gara Takut Laporan Polis Di Buat Terhadap Beliau, Akhirnya "The Power Cam" Terpaksa Delete Semula Video Seks Itu Di Youtube
| Posted: 05 Apr 2011 01:56 AM PDT
[Agak mengejutkan, tetapi memang sudah dijangka sebenarnya. Ternyata Yang Dipertua Dewan Rakyat tidak mahu kerajaan UMNO BN mendapat malu yang lebih besar apabila video tersebut ditayangkan. Persoalannya, kenapa ketika Karpal Singh mengarahkan video seks Vijendran ditayangkan di parlimen pada tahun 1992 dulu, mereka bersetuju. Apakah kerana mereka tidak yakin wajah tersebut adalah wajah Anwar. Kenapa video yang dipaparkan pada laman Youtube itu tiba-tiba dibuangkan?. Ini semua membukti bahawa mereka sudah terkejut apabila kita mendedahkan bahawa video seks itu hanya satu-satunya pada Datuk T dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan. Tiba-tiba pula video itu boleh berada ditangan orang lain dan dinaik turun (upload) dalam internet. Peliknya, pemimpin UMNO sendiri yang menyarankan Karpal Singh mengarahkan video itu ditayangkan di parlimen. Tiba-tiba mereka pula yang mahu menyekatnya. Bukankah ini cukup melucukan kita semua]. |
| Posted: 05 Apr 2011 12:39 AM PDT ![]() KUANTAN, 5 April - Orang ramai yang ingin mendengar Majlis Taklimat Awam isu Projek "Rare Earth Lynas" di Komplek Dagangan Indera Mahkota yang dijadualkan jam 8.00 malam ini keliru dengan maklumat yang terdapat dalam laman web Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP). Menurut laporan di laman web tersebut, Taklimat Umum Projek Lynas oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), Jabatan Nuklear dan Alam Sekitar Malaysia itu diadakan jam 8.00 pagi tadi. Maknanya ia sudah berlaku awal pagi tadi iaitu ketika orang ramai terutamanya kakitangan kerajaan memulakan kerja mereka. Namun berdasarkan maklumat yang kami rujuk di dalam akhbar Sinar Harian Pahang pula mengatakan taklimat akan diadakan jam 8.00 malam ini. Soalnya, mana satu yang betul sama ada siang atau malam. Jika diadakan awal pagi tadi ternyata ramai yang terlepas, malah tidak tahu menahu tentang taklimat awam itu. Apakah taklimat itu sengaja di adakan untuk tujuan "syok sendiri" atau "mengiyakan apa yang sudah diputuskan"?. Atau taklimat tersebut untuk membuka ruang kepada orang ramai berdialog secara terbuka tentang isu ini?. Inilah yang menimbulkan kemusykilan. ![]() Klik SINI untuk ke laman web PKNP mewar-warkan taklimat Lynas ![]() Ini pula maklumat dari kolum berita ringkas Sinar hari ini (5 April) [Kekeliruan yang berlaku pada laman web PKNP dan Sinar Harian ini amatlah dikesali. Ia menyukarkan rakyat untuk hadir beramai-ramai bagi mendengar taklimat tersebut. Apapun, kami berjaya mengesahkan bahawa laporan yang dibuat oleh Sinar Harian adalah yang paling tepat. Sememangnya taklimat tersebut akan diadakan jam 8.00 malam ini sebenarnya. Justeru itu pihak yang bertanggungjawab mengemaskini laman web PKNP haruslah berhati-hati agar ia tidak mengelirukan rakyat. Mereka mahu datang dan ingin tahu maklumat terkini tentang projek tersebut. Makanya mereka juga mahukan jadual dan info yang tepat. PKNP sebagai mewakili Kerajaan Negeri Pahang wajar mencari masa dan lokasi yang sesuai untuk menjalankan taklimat berkenaan. Malah, mereka juga perlu ada medium yang sesuai untuk mewar-warkan maklumat tersebut agar ia sampai kepada semua. Kerajaan Negeri haruslah memainkan peranan ini demi memberi peluang kepada rakyat untuk terlibat sama dalam sessi penerangan yang mahu dijalankan oleh mereka]. |
| Posted: 04 Apr 2011 09:17 PM PDT KUANTAN, 5 April - Orang ramai sekitar kawasan "panas" Beserah, Balok, Gebeng dan sekitarnya dijemput hadir beramai-ramai ke Majlis Taklimat Awam isu Projek "Rare Earth Lynas" di Komplek Dagangan Indera Mahkota jam 8.00 malam ini. Program anjuran Kerajaan Negeri Pahang dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) itu diadakan bertujuan untuk memberi maklumat kepada orang ramai tentang kontroversi projek berkenaan sejak akhir-akhir ini. Bantahan rakyat yang semakin memuncak menyebabkan Kerajaan Negeri Pahang terpaksa mengadakan majlis penerangan di kawasan terbabit. Khabarnya satu lagi majlis yang sama akan diadakan di Beserah selepas ini. Menurut Pegawai Perhubungan Awam PKNP, Mazilah Mansor (foto) berkata taklimat tersebut akan disampaikan oleh Ketua Pengarah dan Ketua-Ketua Jabatan dari Jabatan Alam Sekitar Pahang (JAS) serta Lembaga Perlesenan Tenaga Atom dan Nuklear Malaysia. Beliau menjangkakan seramai 250 orang bakal hadir dalam taklimat malam ini.![]() Komplek Dagangan Indera Mahkota, lokasi taklimat Lynas [Pihak kami mengucapkan syabas kepada Kerajaan Negeri Pahang yang akhirnya bangkit untuk cuba memberikan penerangan kepada rakyat tentang isu ini. Sepatutnya perkara ini dilakukan sejak dulu lagi agar rakyat tidak tertanya-tanya kesan yang akan mereka hadapi dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang. Sebelum ini Menteri Besar, Dato' Sri Adnan Yaakob menyatakan pendirian Kerajaan Negeri bahawa pembinaan kilang tersebut adalah selamat dan tidak akan memberi kesan buruk kepada penduduk sekitarnya. Susulan kenyataan itu satu Himpunan "Selamatkan Malaysia, Hentikan Lynas" telah diadakan di Masjid Balok selepas Solat Jumaat minggu lalu. Soalnya sekarang, apakah rakyat akan hadir untuk mendengar taklimat yang "sudah terlambat" ini dan apakah motif penerangan tersebut?. Bukankah projek itu sudah pun dimulakan cuma menunggu hari untuk dilancarkan sahaja. Jika pun dalam taklimat malam ini ada bantahan daripada rakyat dan pihak berkenaan gagal memberi penjelasan yang sewajarnya maka apakah projek tersebut akan dibatalkan?. Atau taklimat itu hanya sekadar mahu "melepaskan batuk ditangga sahaja"?. Apapun, orang ramai yang banyak kemusykilan tentang hal ini bolehlah hadir mendengarnya] |
| Posted: 04 Apr 2011 06:41 PM PDT ![]() Seperti yang dijangka, akhirnya pihak yang memuat turun (upload) video seks mirip Anwar Ibrahim akhirnya terpaksa "delete" semua itu. Kenapa mereka takut? Kerana "perangkap sudah mengena" dan akhirnya dengan video itu juga rakyat berjaya mengesahkan ia bukanlah Anwar Ibrahim seperti yang digambarkan oleh puak-puak UMNO BN sebenarnya. Paling mengejutkan, seperti yang kami dedahkan terdahulu bagaimana video yang "hanya satu" berada ditangan Trio Datuk T dan kini telah diserahkan kepada pihak polis tiba-tiba boleh di muat naik (upload) oleh individu yang menggelarkan dirinya "Thepowercam" dari Thailand?. Bukankah ini membuktikan kepada kita, "skrip video seks tidak menjadi". Paparan di Youtube yang jelas sekali boleh mengganggu siasatan polis itu, anehnya diterima pula oleh pihak polis. Malah, Setiausaha PDRM, Datuk Ghazali Md Amin (foto) sendiri boleh berkata penyebaran video seks berkenaan tidak mengganggu siasatan polis. Cuma pihak polis khabarnya akan membuka kertas siasatan jika ada laporan terhadap pemilik akaun Youtube yang berani memuat naik (upload) video berkenaan. Mungkin dek kerana takut identiti beliau dikenalpasti pemilik akaun Youtube terbabit akhirnya mengeluarkan semua video berkenaan. ![]() Bukti, individu "thepowercam" telah delete video berkenaan hari ini ![]() Paparan ini telah pun keluar pada video terbabit selepas ianya didelete [Paling mengejutkan pihak polis sendiri mengakui siasatann terhadap rakaman video aksi seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin pembangkang itu mendapat "petunjuk awal" apabila bilik sebuah hotel di ibu negara yang menjadi lokasi ramakan video telah diperiksa. Maknanya kejadian tersebut dipercayai berlaku di ibu negara. Soalnya kenapa ada versi lain yang mengatakan ia berlaku di Thailand seperti yang didedahkan oleh Datuk Eskay. Apakah kerana mereka melihat ada tulisan Thailand skrin video berkenaan, maka mudah benar mengatakan ia berlaku di negara tersebut. Akhirnya semua pihak ini pasti akan terperangkap dengan permainan Trio Datuk T. Maka, adalah lebih elok pihak polis menjalankan siasatan terhadap Trio Datuk T daripada membuang masa menyiasat sesuatu yang jelas tidak masuk akal itu. Ternyata semua yang dilakukan adalah berniat jahat dan dipengaruhi dengan perasaan dendam kesumat politik yang cukup mendalam sebenarnya. Maka, itu persoalannya yang paling mengelirukan ialah kenapa individu terbabit takut sekarang dan akhirnya mengeluarkan semula video yang sudah di naik turun pada laman youtube beliau itu?]. |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |









Tiada ulasan:
Catat Ulasan