Ahad, 3 April 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Ramai Ahli UMNO Tidak Percaya Kes Video Seks Kerana Pembawa Beritanya Ialah Si Munafik Rahim Thamby Chik Yang Tidak Boleh Di Percayai

Posted: 03 Apr 2011 12:03 AM PDT

Susulan dengan tersebarnya isu video seks baru-baru ini, maka ramai ahli UMNO akar umbi sebenarnya tidak percaya langsung kisah video seks yang didedahkan oleh "Trio Datuk T" itu. Malah, mereka merasa amat lucu dan kecewa dengan "trick politik kotor" yang dimainkan oleh pemimpin atasan parti itu. Menurut salah seorang daripada mereka yang ditemui krew kami berkata "Kita tidak kisah jika tuduhan terhadap Anwar itu disertakan dengan bukti kukuh. Ini masalahnya, orang yang menjadi mastermind video itu sendiri pun diragui kejujurannya iaitu Rahim Thamby Chik. Orang UMNO tahu sebenarnya apa yang terjadi antara mantan Ketua Menteri Melaka dengan gadis bawah umur yang menjadi mangsanya dulu. Malah, Rahim sebenarnya tidak dibicarakan di mahkamah cuma Peguam Negara mendapati tiada kes untuk mendakwa beliau", katanya. Justeru itu katanya, dalam Islam telah mengajar kita supaya menyiasat si pembawa berita terlebih dahulu sebelum menerima apa yang dibawa itu."Dalam kes ini kami orang UMNO sendiri pun tidak percaya dengan Rahim, maka bagaimana dia boleh membuat cerita karut sebegini. Malah, Rahim berulang kali menyatakan dia berdendam dengan Anwar dan mahu pemimpin itu meletak jawatan seperti yang berlaku kepadanya dulu. Padahal, Rahim lupa yang Anwar sudah pun dipecat oleh Mahathir daripada UMNO dan Kerajaan pada 2 Sept 1998 dulu. Makanya, kenapa Rahim beriya benar mahu Anwar letak jawatan lagi", katanya.

Kenapa Ada Dua Undang-Undang Untuk Kes Sama

Banyak persoalan yang sebenarnya menyebabkan cerita video seks ini menjadi karut marut katanya. Antaranya, secara logik kenapa video tersebut tidak disebarkan menerusi internet seperti yang berlaku kepada Presiden MCA, Chua Soi Lek (foto) dulu?. Gara-gara tersebarnya video tersebut diinternetlah menyebabkan Chua terpaksa mengaku yang itu memang gambarnya. Malah, pihak polis juga mengeluarkan arahan supaya mana-mana pihak tidak menyimpan,l mengedar, menerbit atau menayang video terbabit sesuka hati. "Maknanya polis begitu mengambil berat maruah Chua yang telah tercemar itu. Malahan, dengan tersebarnya video tersebut menerusi Youtube di internet, rakyat sendiri boleh menilai apakah benar wajah yang dipaparkan itu ialah Chua Soi Lek. Maknanya mereka menjadi hakim untuk menentukan kesahihan dan ketulenan wajah Chua, walau pun mungkin gambar itu sekadar tempelan semata-mata. Namun, dek kerana Chua gusar pembongkaran lebih hebat dilakukan dia akhirnya mengaku dialah lelaki didalam video tersebut", kata beliau Namun, senario yang berbeza dalam kes video seks terbaru ini. Umum mengetahui, malah media memainkan peranan mendedahkan memang individu itu adalah "mirip Anwar". Persoalannya, kenapa pihak polis tidak terus mengumumkan itu memang Anwar?. Kenapa takut menyatakan kebenaran jika video itu ternyata dilakonkan oleh pemimpin pembangkang terbabit?. Malah katanya, setakat hari ini kenapa tiada langsung penyebaran video itu menerusi internet?. "Kenapa dirahsiakan dan tidak mahu rakyat menjadi hakim?. Kenapa hanya mendapatkan ulasan daripada seorang pakar tempatan lantas Ketua Polis Negara mengatakan video itu tulen. Apakah makna "tulen" itu, tulen pada videonya atau tulen pada wajah pelakonnya. Malah, kenapa begitu cepat polis mahu membawa kes itu kepada Jabatan Peguam Negara untuk pendakwaan?", kata beliau lagi.

[Malah, ramai yang mempersoalkan apakah motif Rahim Thamby Chik berbuat demikian?. Apakah beliau bercita-cita untuk naik semula dalam politik UMNO. Mungkin juga dia mahu PM Najib Razak memberikan kerusi untuk beliau bertanding dalam Pilihanraya Umum akan datang supaya dia boleh kembali menjadi Ketua Menteri Melaka?. Ramai ahli UMNO tahu siapa Rahim sebenarnya, malah ada sesetengah pihak di Melaka yang mendedahkan mana-mana "tokey" yang mahu mendapat projek besar di negeri itu perlulah membawa "ayam special" untuk diratah oleh beliau. Aktiviti ini dijalankan di sebuah hotel mewah di Melaka sendiri. Ia diketahui oleh ramai pekerja hotel tersebut tetapi mereka takut untuk mendedahkannya. Samalah dengan isu tangkapan Najib dengan seorang artis di Port Dickson dulu. Boleh dikatakan rata-rata pemimpin dan ahli UMNO tahu di mana mereka ditangkap dan siapa yang bertanggungjawab melepaskan pemimpin terbabit ketika itu. Pendek kata isu "seks" dengan UMNO ini umpama "isu dengan kuku". Tunggu pendedahan panas "Seks perwakilan UMNO ketika perhimpunan Agung parti itu". Mengejutkan pemimpin UMNO bahagian bawa wanita UMNO (bini orang) tidur di biliknya hingga menyebabkan keluarga wanita terbabit bercerai berai. Tunggu pendedahannya yang melibatkan salah seorang pemimpin UMNO bahagian di Pahang. Oleh itu, tak usahlah puak-puak UMNO merasa mereka bersih sangat, sedangkan hakikatnya seks itu banyak berlaku dalam parti itu].

Edisi Seni: Al-Fatihah, Penulis Lirik Lagu Terkenal Seri Bayu Meninggal Dunia Pukul 8.15 Malam Tadi

Posted: 02 Apr 2011 09:58 PM PDT

PORT DICKSON, 12.58 pm - Penulis lirik, Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik (foto), meninggal dunia pada 8.15 malam tadi di Hospital Port Dickson selepas menderita sakit saraf selama enam tahun. Menurut sahabat baik penulis lirik itu, Azmi Zahari, Allahyarham meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru. "Beliau dimasukkan ke hospital di Port Dickson kerana semasa kejadian, Seri Bayu tinggal bersama abang angkatnya di Kampung Teluk di Port Dickson. Sebelum ini, Allahyarham dijaga oleh adik angkatnya di Serdang," kata Azmi yang juga Exco Pertubuhan Insan Prihatin kepada Bernama. Allahyarham yang berasal dari Singapura akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 12, Kampung Teluk dekat sini, selepas waktu Zuhur. Seri Bayu pernah mendirikan rumahtangga sebanyak dua kali dan dikurniakan lima anak dengan isteri pertama. Beliau pernah mencipta lagu untuk Jamal Abdillah dan Anita Sarawak serta ramai lagi artis tempatan yang lain.

[Kau pernah berkata esok ada mentari untuk cinta kita, kau pernah berjanji esok ada pelangi untuk rindu ini". Itulah antara bait lirik lagu Sayang Terakhir hasil nukilan terbaru Seri Bayu ketika Allahyarham terlantar di Hospital Kuala Lumpur (HKL) satu ketika dulu. Menurutnya, nukilan puitis itu tercipta berdasarkan pengalaman hidupnya bersama isterinya seorang artis muda, Erema atau nama penuhnya, Dayang Zaira Erema Awang Moshdad (foto) bagi menggambarkan perjalanan hidupyang pernah mereka lalui sebelum ini. "Awak tulislah, biar orang lain tahu apa isi hati saya ketika ini,segala suka dan duka biarlah saya menanggungnya sendiri," katanya. Beliau yang dirawat di HKL kerana menanggung derita penyakit saraf motoneuron disease sebelum ini berhadapan dengan tuntutan perceraian oleh isterinya di Mahkamah Syariah Petaling Jaya pada awal November tahun lalu. Al-Fatihah buat Allahyarham, Semoga rohnya dicucuri rahmat hendaknya].

Kenyataan Ku Li, Terbukti Konspirasi Video Seks Adalah Strategi 'Politik Kotor Musuh Anwar' Yang Sudah Gila Dek Kerana Takut Kehilangan Kuasa !

Posted: 02 Apr 2011 07:04 PM PDT

Kenyataan panas Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (foto) tentang isu "video seks" baru-baru ini, mengesahkan kepada kita bahawa ramai pemimpin UMNO sebenarnya kecewa dengan senario itu. Mereka mula gusar, BN akan kehilangan sokongan rakyat dalam Pilihanraya Umum akan datang jika politik "jijik" ini terus dimainkan oleh pihak yang berkenaan. Dalam kenyataannya, Ku Li membidas pihak yang mendalangi video lucah untuk menjatuhkan pemimpin pembangkang. Katanya, rakyat akan menolak "politik kotor' sebegitu untuk mengalihkan tumpuan mereka daripada isu-isu nasional yang jauh lebih penting. "Ini orang panggil gutter politics, politik longkang (dan digunakan) bila sudah tidak ada modal lagi. Ia timbul sebab polisi dan dasar yang diperjuangkan sudah tidak laku dan rakyat nampak tidak menerimanya. "Oleh kerana itu (mereka) main politik kotor menyerang seseorang dengan harapan rakyat ketepikan hal seumpama itu. Ini bukan politik," kata mantan Menteri Kewangan dan bekas Naib Presiden UMNO itu. "Saya tak fikir rakyat terima hal (video seks) ini. Kalau tengok kes Anwar yang pertama tahun 1998, rakyat tidak terima. Usung tilam, bantal semua, tak ada orang terima. Saya masih ingat semasa saya adakan majlis dialog di Gua Musang. Orang cakap. Ni Melayu ke ni? Malulah. "Perkara ini tak patut didedah kepada orang ramai. Jadi itu tunjukkan orang tak faham politik pun menolak benda macam ni. Saya rasa (video seks) ini salah langkah," katanya. Menurut Razaleigh biarpun pihak yang mendalangi video seks itu berjaya menjatuhkan Anwar dan mencapai kemenangan politik, ia tidak bermakna dalam konteks kemuliaan tamadun negara itu sendiri. "Kenapa kita nak amalkan ini semua kerana politik? Jika berpolitik sebegini, kalau kita menang pun, tidak ada maruah, tidak ada nilai, jadi tidak guna kita menang pun kalau kita guna cara buruk dan keji untuk mendapat tempat. Saya rasa rakyat pun tak dapat terima dengan baik," katanya.

[Persoalannya sekarang, apakah Ku Li bakal berhadapan dengan satu tindakan drastik mereka menjelang Pilihanraya Umum akan datang. Beranikan Najib menukar pemimpin lain untuk bertanding di Parlimen Gua Musang jika Ku Li diterajang keluar?. Semua ini wajar kita fikirkan kerana kenyataan Ku Li soal video seks ini jelas sekali membuktikan beliau sudah tidak tahan lagi untuk mendedahkan apa yang sudah lama tersirat dalam fikirannya selama ini. Kebenaran apabila ditutup ia akan menyebabkan manusia menjadi semakin "bengong" dan tidak dapat "duduk diam". Maka itulah akhirnya Ku Li memberanikan diri untuk membuat teguran terbuka tentang apa yang berlaku ini. Biar pun ia dianggap teguran peribadi, namun apa yang diperkatakan beliau itu jelas sekali menunjukkan memang ada unsur konspirasi yang sering dinafikan oleh puak-puak terbabit. Apa yang pasti, Ku Li bakal menjadi mangsa mereka selepas ini dan langkah terbaik Ku Li perlu jujur terhadap diri sendiri dan kembali bersama rakyat sekarang. Masa depan politiknya terus kelam dalam UMNO, bahkan dia terus dihina oleh pihak terbabit. Apa tidaknya, orang kanan beliau seperti Rais Yatim, Shabery Chik dan lain-lainnya diangkat sebagai menteri kabinet Najib. Sedangkan dia yang lebih senior dan berpengalaman itu hanya menjadi Menteri Hal Ehwal Gua Musang dulu, kini dan buat selama-lamanya].

Panas: Yang Di Pertua JMM, Si Azwandin Hamzah Buat Laporan Polis Terhadap Ketua AMK Susulan Mengaku Miliki 'Video Seks' Pemimpin UMNO BN !

Posted: 02 Apr 2011 05:15 PM PDT

KUALA LUMPUR 3 April - Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mencabar Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd. Akin agar menyerahkan bukti kepada polis jika benar beliau memiliki rakaman video seks melibatkan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN). Yang Dipertua JMM, Azwandin Hamzah (foto) berkata, sekiranya gagal berbuat demikian dalam tempoh dua tiga hari ini, pihaknya akan meminta polis mengambil keterangan dan mendapatkan rakaman video seks yang didakwa dimiliki Shamsul Iskandar Beliau percaya pemimpin AMK itu sengaja mengeluarkan fitnah dengan niat jahat bagi mengalihkan perhatian masyarakat mengenai pendedahan video seks didakwa seorang pemimpin pembangkang baru-baru ini. "JMM ingin menasihatkan Shamsul agar tidak membiarkan dirinya dijadikan 'kuda tunggangan' oleh individu tertentu bagi mengeluarkan kenyataan yang tidak mempunyai bukti dan fakta dengan niat untuk memfitnah mana-mana pihak. "Jadi kita cabar beliau segera menyerahkan apa yang didakwa rakaman video seks melibatkan pemimpin politik kepada polis agar siasatan terhadap individu terbabit dapat dijalankan seperti siasatan terhadap pendedahan video seks melibatkan pemimpin parti pembangkang baru-baru ini," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis terhadap Shamsul di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, semalam. Menurutnya, perbuatan beliau itu kerana terdesak untuk menyelamatkan ahli politik yang didakwa terlibat dalam rakaman video seks baru-baru ini, memandangkan dakwaan yang dilempar terhadap pemimpin BN dan UMNO hanya dibuat selepas pendedahan rakaman video seks pemimpin pembangkang berkenaan.

[Nampaknya selepas keluar dari PKR, Azwandin semakin bersemangat untuk menyerang apa saja tindakan parti itu. Namun, nasibnya tidak sehebat Ezam dan Lokman, kerana dia masih belum diangkat kembali ke jawatan penting yang diidam-idamkan dalam parti UMNO sebenarnya. Lantaran itulah dia perlu menunjukkan bukti kesungguhan berjuang melawan parti lamanya itu agar diberi perhatian sewajarnya oleh pucuk pimpinan UMNO. Laporan polis yang dibuat itu pasti akan disiasat dengan cepat dan pantas oleh pihak polis berbanding ketika dia berada dalam AMK suatu ketika dulu. Sungguh bertuah rakyat Malaysia, bila diberi layanan istimewa hanya selepas mereka kembali kepada parti jahiliyah itu. Sedangkan jika mereka mendedahkan apa saja yang perlu dibongkar ketika tidak bersama kerajaan, sudah pasti laporan tersebut akan dipandang sepi].

Tiada ulasan: