MyKampungKu |
| PKR Tolong Jangan Lawan Taib Di Balingian Posted: 05 Apr 2011 01:25 AM PDT ![]() Jika benar Datuk Salleh Jafaruddin hendak bertanding di Balingian seperti yang disiar di Malaysiakini,PKR rasanya patut memberi peluang kepada beliau untuk pertandingan satu lawan satu di situ.Lagipun calun dari PKR dilihat hanya pelengkap kepada proses pilihanraya atau sekadar diletakkan disitu supaya Taib tidak menang tanpa bertanding. Seperti pilihanraya lepas, calun PKR Ibrahim Bayau hanya mendapat 667 undi sahaja.Apakah Suriati Abdullah mampu untuk menambah undi tersebut?Dengan latar pendidikan cuma setakat sekolah menengah, apakah beliau mampu untuk meraih undi untuk PKR? Bukan hendak menidakkan kemampuan Suriati, tapi jika ada calon yang lebih berkeliber dan popular serta berpengaruh seperti Dt Salleh, kenapa tidak dibiarkan beliau bertanding disitu.Malah, PKR seharusnya memujuk beliau untuk bertanding melalui tiket PKR.Tapi sebelum itu pastikan keikhlasan beliau untuk berjuang bersama Pakatan Rakyat untuk menumbangkan kerajaan Taib di Sarawak.Kalau beliau masih berkeras untuk bertanding sebagai calun bebas, biarkan.. dan pastikan beliau betul-betul sudah menghantar borang pencalunannya esok, dan jadikan Suriati sebagai calun simpanan sehingga pengesahan calun-calun yang bertanding.Suriati yang hanya berkelulusan sekolah menengah dan Datuk Salleh adalah bekas timbalan menteri dan ADUN serta Ahli Parlimen untuk beberapa penggal siapa lebih layak untuk melawan Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak? Salleh, 67, yang merupakan dua pupu dengan Taib, telah memberitahu Malaysiakini dalam satu temubual eksklusif tahun lepas bahawa beliau merancang untuk kembali aktif dalam politik Sarawak. Salleh adalah keturunan Melanau dari Oya, yang pernah berkhidmat dengan kerajaan dan pembangkang. Anak emas Tun Rahman Yaakob ketika menjadi ketua menteri dan gabenor dalam tahun 70-an dan80-an itu, turut bersama Rahman dalam insiden Ming Court 1987 untuk menjatuhkan Taib. Salleh pernah menjadi ahli parlimen dan ADUN di Sarawak untuk banyak penggal. Salleh juga pernah menjadi timbalan menteri pelajaran. -Malaysiakini |
| Video Seks: Kenyataan Media Wan Azizah, Nurul Izzah & Keluarga Anwar Ibrahim Posted: 05 Apr 2011 12:46 AM PDT KENYATAAN MEDIA UNTUK SEBARAN SEGERA 5hb APRIL 2011 Semalam, video seks yang mula-mula disiarkan di Carcosa Seri Negara baru-baru ini telah ditayangkan sebahagiannya di laman web-laman web tukang sorak UMNO. Keluarga kami telah diuji dengan pelbagai dugaan sejak 1998. Pelbagai fitnah dan tuduhan telah dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setiap tuduhan tersebut adalah sendirinya terlalu berat, tetapi Datuk Seri Anwar terpaksa melalui satu demi satu tuduhan yang busuk, jelek dan jijik. Namun jika disenaraikan semua tuduhan tersebut, nyata sekali tidak masuk akal bagaimana Datuk Seri Anwar dapat melakukan kesemuanya yang bertentangan antara satu sama lain. Dalam kes video terbaru ini, kami sekeluarga memutuskan untuk menonton sendiri rakaman tersebut. Video tersebut adalah bukti paling kukuh bagi sesiapa yang benar-benar mengenali Datuk Seri Anwar bahawa tuduhan terbaru ini satu lagi fitnah zalim dan palsu. Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau bukan kami, keluarga terdekat beliau, yang telah bersama beliau dalam susah dan senang, khusus dari saat beliau berada di arus perdana kepimpinan negara hinggalah ke hari-hari beliau mulai pulih dari serangan apabila beliau dibebaskan daripada penjara. Jelas kelihatan susuk tubuh badan pelaku dalam video tersebut amat berlainan daripada susuk badan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hal ini diperkukuh lagi memandangkan sejak lebih setahun yang lalu, anak-anak Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menemani beliau setiap kali beliau pergi melakukan aktiviti senaman dan fisioterapi selaku sebahagian daripada aktiviti pemuliharaan kesihatan tulang belakang. Oleh itu, kami sekeluarga berpendirian bahawa keluarnya video ini adalah satu lagi contoh taktik politik lucah yang diangkat dan dijulang UMNO-Barisan Nasional. Kami menolak sekeras-kerasnya politik sebegini dan mengajak rakyat Malaysia dalam bersama menegakkan keadilan dan menolak politik kotor. Kembalikan agenda perjuangan menuntut reformasi menyeluruh dalam sistem politik, ekonomi dan sosial negara. Kami ingat firman Allah s.w.t dalam surah Al-Buruj, ayat 10: "Sesungguhnya orang-orang yang memfitnah (membuat keburukan) kepada lelaki beriman dan perempuan beriman, kemudian (daripada kedurjanaan itu) mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab neraka, dan bagi mereka azab yang membakar." Dalam menghadapi dugaan ini, kami yakin ada hikmah di sebaliknya. Pendedahan sedutan video ini dibuat pada 4 April 2011 – ulangtahun ke-12 Parti Keadilan Nasional yang lahir daripada kegawatan politik negara. Fitnah dan tohmahan ini berpunca daripada ketamakan terhadap kuasa dan politik yang sudah hilang nilai moralnya. Kita sewajarnya berbincang secara kritis perbezaan pandangan kita, bukan dengan serangan peribadi yang kotor dan hina. Kami berharap semua rakyat tidak terperangkap dengan permainan UMNO-Barisan Nasional ini, sebaliknya meneruskan usaha menegakkan keadilan dan memperjuangkan kebenaran. DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL Presiden Parti Keadilan Rakyat NURUL IZZAH ANWAR Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Ahli-ahli Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim |
| You are subscribed to email updates from MyKampungKu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan