Muslimeen United |
- Artis Gila Babi Dan Songkok Tinggi (Ustaz Azhar)
- Media Umno Kena Belasah Teruk Oleh DSAI.
- Bukankah Polis Saja Yang Memiliki Video Itu?
- Ketua Gereja Kecam TV3 Kerana Tayangkan Siri Kedua Klip Video Seks
- PKR gantung Murali
- Haram hukumnya membeli dan membaca Utusan – Ust Haron Din
- Khir Toyo Dakwa Cina Nak Hapuskan Hak Orang Melayu
- Berhibur mengikut hukum syarak mendapat pahala
- Tuntutan Cuepacs bukti pendedahan PAS benar
- Penggal Parlimen Capai 3 Tahun, Tiada Pilihanraya Kecil Selepas Ini
- Sebar berita fitnah haram di sisi Islam – Dr Haron Din
- Semua Kata Itu Bukan Anwar. Cuma Fitnah Dari Datuk T Dan UMNO
- Tukar kerajaan selesai masalah rasuah
Artis Gila Babi Dan Songkok Tinggi (Ustaz Azhar) Posted: 28 Apr 2011 07:42 AM PDT |
Media Umno Kena Belasah Teruk Oleh DSAI. Posted: 28 Apr 2011 07:37 AM PDT |
Bukankah Polis Saja Yang Memiliki Video Itu? Posted: 28 Apr 2011 07:34 AM PDT PDRM Dan SKMM Cari Individu Yang Memuat Naik Sebahagian Lagi Klip Video Seks KUALA LUMPUR: Polis telah melancarkan siasatan bagi mengesan individu yang memuat naik sebahagian lagi rakaman klip video hitam putih aksi seks melibatkan individu mirip pemimpin pembangkang pada Rabu. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata siasatan polis mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 telah dimulakan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak lama selepas berita mengenai klip video aksi seks itu tersebar di internet. "Sehingga kini kita masih belum kenal pasti identiti mereka yang memuat naik klip itu," katanya kepada pemberita di Bukit Aman di sini Khamis. Ditanya sama ada polis telah menerima laporan berhubung penyiaran klip terbaru itu, Khalid berkata walaupun sehingga kini tiada laporan polis dibuat mengenainya tetapi polis masih boleh menjalankan siasatan. "Tidak semestinya laporan perlu dibuat. Siasatan masih akan dijalankan. Perkara yang paling penting adalah mencari siapa yang bertanggungjawabdalam hal ini," katanya. Semalam heboh diperkatakan mengenai penyiaran sebahagian lagi rakaman video seks dengan durasi 47 saat yang dikatakan melibatkan individu mirip pemimpin pembangkang yang telah dimuat naik di internet antaranya di laman web perkongsian video disukai ramai YouTube and beberapa blog. Pada 4 April lepas, satu klip video berdurasi yang sama juga dipercayai melibatkan individu yang sama tersebar luas di internet. Khalid ketika ditanya mengenai perkembangan siasatan klip video pertama itu, berkata pihak pendakwaan telah meminta pegawai penyiasat untuk menyiasat dengan lebih terperinci daripada beberapa sudut lagi. "Pihak pendakwaan melihat lebih terperinci daripada penyiasat. Kami tidak dapat nyatakan bila ia (siasatan) akan siap"," katanya. Katanya ia adalah proses biasa dalam sesuatu siasatan apabila ada individu yang akan dipanggil memberi keterangan atau dipanggil semula untuk beberapa kali bagi membantu siasatan. Pada 21 Mac lepas, rakaman video seks yang dikatakan melibatkan individu mirip pemimpin pembangkang dipertontonkan kepada beberapa wakil media oleh pihak yang menggelarkan diri "Datuk T" di sebuah hotel di sini. Misteri "Datuk T" terungkai apabila Datuk Shazryl Eskay Abdullah bersama bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Tamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim mengaku mereka bertanggungjawab di atas penayangan video tersebut dan "Datuk T" merupakan singkatan "Datuk Trio". Penayangan video itu menyebabkan Anwar membuat laporan polis. - BERNAMA Polis belum kenalpasti siapa yang menaikkan video klip berkenaan? Bukankah kenyataan itu mendedahkan samada polis lemah sehingga dua video klip dimuat-naik ke youtube tetapi tidak dapat dikesan atau polis melindungi pesalah tersebut. Video seks berkenaan dilaporkan sebelum ini HANYA ada satu salinan dimana yang diserakan oleh Datuk T itulah video seks yang sebenar. Polis telah membuat kenyataan video itu adalah tulen, bererti video yang berada pada polis itu sebagai tulen. Kemudian bagaimana pula video seks yang dimuat-naik ke youtube itu? Apakah ia salinan video seks yang tulen berkenaan yang sepatutnya HANYA polis saja memilikinya? Dan bagaimana pula seorang blogger UMNO (papagomo) begitu cepat tahu ada video seks kedua di youtube dan kemudian menyiarkannya di blognya? Dan apakah polis telah lakukan siasatan terhadap papagomo atau sedang bekerjasama dengan papagomo? Loceng dibunyikan. Kredibiliti dan integriti polis sekali lagi dipertikaikan rakyat! |
Ketua Gereja Kecam TV3 Kerana Tayangkan Siri Kedua Klip Video Seks Posted: 28 Apr 2011 02:29 AM PDT Petaling Jaya: Seorang pemimpin Gereja Katholik membidas TV3 dengan tindakan mereka menyiar potongan dari video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar IbrahimTV3. Biskop Paul Tan, yang juga Presiden Konferens Bikop-biskop Katholik Malaysia, mengecam tindakan itu sebagai sesuatu kebiadaban yang tidak boleh dimaafkan. Semalam, stesyen TV yang ada kaitan dengan kerajaan tersebut telah menyairkan potongan dari apa yang disifatkan bahagian kedua video yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan wanita dikatakan warga China. "Dari awal lagi, kita melihat satu sikap yang serba membolehkan telah menjadi ciri kepada sikap pihak berkuasa terhadap episod jijik berkenaan," kata Tan. "Sekarang sikap itu menjadi lebih biadab: pemaparan bahan yang keji dan buruk dilkakukan di TV awam untuk ditontoni oleh seluruh rakyat lelaki dan perempuan termasuk kanak-kanak. "Kebiadaban ini tidak boleh dimaafkan dimana kelemahan pihak berkuasa yang tidak bertindak tegas dari untuk menghapuskan ia dari peringkat awal sebagai satu kesilapan yang amat besar. Tan menggesa pihak berkuasa untuk bertindak tegas dan mengheret mereka yang memiliki dan menayang video seks sebelum "satu kejahatan melahirkan lebih kejahatan lagi selepasnya." "Sikap membenarkan tayangan berkenaan, adalah relatifnya merupakan wajah kepada tindakan syaitaniah yang merupakan penyumbang jelas terhadap kerosakan moral yang kita temui di dalam kehidupan. "Para penjaga undang-undang dan moral (pihak polis) tidak boleh membiarkan penayangan kejahatan yang kurang ajar ini. Mereka perlu bertindak, jika tidak rakyat akan menanggung risikonya," tegasnya. Orang bukan Islam tahu penayangan video berkenaan tidak sepatutnya dilakukan. Ini orang Islam sendiri melakukan tayangan berkenaan. Sungguh menjijikkan. Kerana hati busuk untuk aibkan Anwar, soal samada Anwar itu pelakon di dalam video seks atau tidak, tak jadi soal, yang penting orang kampung yang tidak ada internet perlu disogokkan dengan tayangan berkenaan. Kerana sememangnya UMNO hidup di atas sumber dan dasar fitnah. -GB |
Posted: 27 Apr 2011 10:50 PM PDT PETALING JAYA, 28 April: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggantung keanggotaan Murali a/l Subramaniam dari Cabang Puchong berkuatkuasa serta-merta. Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, jawatankuasa telah menerima aduan daripada empat anggota PKR pada tahun 2010 dan setelah mengadakan pendengaran dan mendapat penjelasan daripada S. Murali, secara sebulat suara mendapati beliau bersalah atas beberapa dakwaan. Jelasnya, kesalahan itu kerana mengkritik kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor mengenai peruntukan Kerajaan Selangor terhadap Sekolah-Sekolah Tamil di dalam media, merusuh atau mengganggu perjalanan dialog yang dipengerusikan Dr. Halimah Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor di Annexe SUK Selangor serta mengetuai sekumpulan orang menyerang Kumareval a/l Subrayan dalam dialog tersebut dan bersikap kasar terhadap Teresa Kok ketika beliau melawat Sekolah Tamil di Puchong. "Justeru, keputusan Jawatankuasa Disiplin tentang Sdr Murali telah dimaklumkan kepada Biro Politik pada 27 April 2011, dan dengan menggunakan kuasa yang diberikan oleh Majlis Pimpinan Pusat, Biro Politik memutuskan untuk menggantung keanggotaan Murali dengan serta-merta," ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini. -Hrkh |
Haram hukumnya membeli dan membaca Utusan – Ust Haron Din Posted: 27 Apr 2011 09:48 PM PDT KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini disaran tidak membeli dan membaca Akhbar Utusan Malaysia kerana media tersebut boleh dikategori sebagai "haram" dari sudut Islam, tegas ulama terkemuka tanahair, Profesor Datuk Dr Haron Din Al Hafiz. Menurutnya, mana-mana media yang menghalalkan amalan fitnah, cubaan mengaibkan orang lain, menggalakkan berlakunya perpecahan umat Islam dan perpaduan kaum adalah haram untuk dibeli dan dibaca.
"Islam menegah amalan menyebarkan berita yang tidak baik seperti mengaibkan orang lain. Hukum Syarak menegah segala amalan yang dibawa oleh mulut atau pun media seperti ini," jelas beliau. Kenyataan Haron Din itu disiar dalam akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan yang boleh diperolehi di pasaran mulai hari ini. Menurut Dr Haron, Al-Quran juga menyatakan "Maka sesungguhnya orang-orang yang suka menyebarkan berita-berita yang keji (menjatuhkan maruah seseorang), maka bagi mereka itu azab siksa di dunia dan di akhirat. Menurutnya lagi, berdasarkan hukum Fekah yang di sebut dalam kitab Fekah, Manhaji menyatakan, haram ke atas orang Islam menyebarkan berita keji ke atas orang Islam, tidak kira sama ada peritiwa itu benar atau sebaliknya. "Kalau berita itu palsu ia adalah suatu fitnah jahat yang mengundang bala Allah yang segera. Kalaulah ia benar maka ia membuka ruang fitnah yang mengundang pelbagai keburukan, sedangkan sepatutnya ia menutup perkara tersebut." jelas beliau. Video seks palsu: Utusan tak berhak buat spekulasiKUALA LUMPUR: Bekas Presiden Kesatuan Wartawan Nasional (NUJ), Hatta Wahari menggesa media arus perdana supaya lebih peka terhadap isu sensitif yang melibatkan soal maruah dan moral individu tertentu. Beliau berkata demikian mengulas tindakan Utusan Malaysia yang menyiarkan gambar video fitnah yang didakwa melibatkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di muka depan akhbar itu semalam. "Media perlu lebih menjaga sensitiviti supaya masyarakat tidak melabelkanya sebagai sebuah organisasi tidak bermoral dengan memaparkan perkara yang menyalahi etika kewartawanan. "Memandangkan kes ini sedang disiasat, maka media tidak berhak membuat spekulasi mahupun menganggu tugasan polis," kata Hatta yang juga bekas wartawan kanan di Utusan Malaysia. Hata yang dihubungi Keadilandaily.com turut menyatakan kekesalannya apabila terdapat media cetak dan elektronik yang sanggup memaparkan gambar dari rakaman video fitnah tanpa memikirkan kesan kepada masyarakat. "Apabila dicetak muka hadapan, mungkin kanak-kanak juga akan melihat dan kita bimbang mereka mudah terdedah kepada perkara yang tidak elok. "Memandangkan golongan ini mudah terpengaruh, maka ianya boleh menyumbangkan masalah sosial apabila meningkat remaja," ujarnya. Dalam pada itu, beliau turut menegaskan agar Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak polis menyiasat segera individu yang menyebarkan rakaman video fitnah di laman youtube dan blog-blog tertentu. "KDN dan polis mesti tegas menyiasat kes ini dan menangkap segera orang yang terlibat kerana membocorkannya kepada umum," katanya. Utusan!! Jangan bodohkan rakyat dengan lakonan video aibBekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin menyeru rakyat Malaysia supaya tidak mudah diperbodoh-bodoh dengan lakonan dalam sesebuah video untuk mengaibkan individu tertentu. "Kita dijadikan 'penonton bodoh' yang seakan-akan merelakan apa sahaja watak yang mereka lakonkan. "Politik kita memerlukan nafas baru dan dibersihkan dari golongan yang jijik dan kotor ini! Kita perlukan politik idea, bagaimana dan cara membangunkan umat dan rakyat agar hidup berdisiplin, bermaruah dan bertamadun. "Bukan cerita-cerita bodoh seperti ini," tulis Dr Asri dalam blognya sambil menegaskan, perbuatan mengaibkan orang lain dilarang keras dalam Islam. "Islam melarang didedahkan aib peribadi yang tidak membabitkan kezaliman terhadap orang lain seperti zina, minum arak, berjudi dan seumpamanya hendaklah ditutup semampu mungkin. "Jika hendak didakwa, hendaklah di mahkamah dan bukan untuk tontonan orang ramai," katanya yang turut berpandangan penubuhan suruhanjaya bukan penyelesaian terhadap kes video seks palsu. "Tiada keperluan menubuhkan suruhanjaya khas bagi kes-kes maksiat peribadi. Ini hanya akan membazirkan harta rakyat," katanya. Keadilan Daily |
Khir Toyo Dakwa Cina Nak Hapuskan Hak Orang Melayu Posted: 27 Apr 2011 09:45 PM PDT Bekas Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo mendakwa kempen 1 Melayu 1 Bumi adalah jawapan orang Melayu kepada usaha kaum Cina memperkasakan DAP untuk menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu. Khir merujuk kepada kemenangan besar DAP menawan 12 daripada 15 kerusi yang dipertandingkan pada pilihanraya negeri Sarawak 16 April lalu. "Ramai orang bukan Cina, terutamanya bumiputera, melihat sokongan kaum Cina kepada Pakatan lebih merupakan sokongan kepada pemerkasaan kuasa politik orang Cina melalui DAP bagi menghakis dan seterusnya menghapuskan apa-apa sahaja keistimewaan bumiputera seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia," kata beliau dalam blognya hari ini. DAP menegaskan bahawa corak pengundian menunjukkan kemenangan besarnya di Sarawak tidak berpaksi kepada undi Cina sahaja. Sebalikny parti itu juga mendapat peratusan sokongan membanggakan daripada kaum Bumiputera di negeri itu. Susulan pilihanraya negeri itu, Utusan Malaysia mencadangkan Umno melancarkan gerakan 1Melayu 1Bumi untuk menyatupadukan orang Melayu dalam memperjuangkan agenda kaum itu. Bagaimanapun cadangan itu tidak diangkat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mencanang slogan 1Malaysia. Bagaimanapun beberapa pemimpin Umno seperti Naib Presiden Zahid Hamidi menyokong cadangan Utusan itu. Khir hari ini turut memberi sokongan kepada gerakan 1Melayu untuk menyatu padukan orang Melayu. Beliau turut mempertahankan Perkasa yang akan melancarkan kempen 1 Melayu 1 Bumi Sabtu ini di Alor Setar. "Mengapa apabila ditubuhkan Perkasa maka ia dianggap pertubuhan perkauman, namum ratusan pertubuhan lain yang bersandar dan bertunggakkan kepentingan kaum Cina tidak dianggap perkauman oleh akhbar-akhbar yang dikuasai oleh kaum Cina?" tanya Khir. Menurut Khir, soal slogan 1 Melayu 1 Bumi itu boleh dianggap perkauman atau tidak, bergantung kepada pelaksanaan, tuntutan dan kehendak gerakan tersebut. Jika konsep itu bertujuan menyatukan kaum bumiputera bagi tujuan menindas dan menghancurkan kaum Cina maka konsep ini harus dianggap perkauman dan ditentang sehabisnya. "Jika gerakan ini bertujuan menyatupadukan orang kaum Bumiputera demi menjaga kepentingan bumiputera dan Islam, maka ia tidak harus dianggap agenda perkauman. Ia harus dianggap sebagai satu perjuangan yang sah dan mulia," tambah beliau. |
Berhibur mengikut hukum syarak mendapat pahala Posted: 27 Apr 2011 09:35 PM PDT KUALA NERUS - Orang-orang muda diseru membuat perubahan dengan menolak Umno dan Barisan Nasional (BN) serta tidak bimbang dengan dasar-dasar Islam yang dibawa oleh PAS. Menurut Naib Ketua Dewan Pemuda PAS negeri Terengganu, Ustaz Ridzwan Hashim, ia adalah kerana Umno adalah sebuah parti sekular yang hanya mementingkan keduniaan semata-mata. Katanya, Islam adalah agama fitrah yang tidak bercanggah kehendak naluri manusia. "Kita kena berani membuat perubahan dan anak-anak muda jangan bimbang (untuk berubah) kita (PAS) ini bawa Islam, dasar-dasar kita (adalah) dasar-dasar Islam, "Islam agama fitrah (dan) Islam tidak akan bawa satu undang-undang, satu peraturan yang bercanggah dengan kehendak fitrah manusia,"ujarnya ketika berucap pada Malam Kesenian Islam, di Padang Bola Batu Enam, disini, 25 April. Oleh itu, beliau selaku Ketua Pemuda PAS Kuala Nerus berkata Islam membenarkan umatnya berhibur dan bersukan bahkan anya mendapat pahala sekiranya dilakukan mengikut hukum syarak (Islam) Sebaliknya, menurutnya, PAS tidak berkompromi dengan aktiviti sukan dan hiburan yang melalaikan sebagaimana yang dianjurkan oleh Umno-BN. Katanya Umno-BN menganjurkan pelbagai program semata-mata untuk kepentingan politik tanpa mengira dosa dan pahala. Malam Kesenian Islam anjuran Pemuda PAS Kuala Nerus telah menampilkan kumpulan nasyid tempatan Shoutul Amal dan artis yang juga pendakwah, Mohd Radzi Abdul Hamid, bekas vokalis kumpulan rock tahun 90an. Persembahan Radzi yang diselang selikan diantara nyanyian berunsur nasihat dan ketuhan dengan ceramah tazkirah telah menarik minat lebih 500 orang anak muda sekitar pekan Batu Enam. -BO |
Tuntutan Cuepacs bukti pendedahan PAS benar Posted: 27 Apr 2011 09:27 PM PDT KUALA LUMPUR, 27 April: Tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang memohon kerajaan melakukan pelarasan gaji guru tahun ini, ekoran bebanan hidup akibat kenaikan harga barangan, membuktikan segala pendedahan yang dibuat oleh PAS berhubung perkara itu selama ini adalah benar. Walaupun kerajaan BN menafikan pendedahan PAS bahawa kenaikan harga petrol, diesel, gas dan barangan utama lain membebankan orang ramai termasuk penjawat awam, tuntutan Cuepacs yang mewakili sektor awam ternyata dengan sendirinya telah mengakui apa yang dikatakan oleh PAS selama ini. Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli (gambar) menegaskan, setiap pihak termasuk kerajaan BN tidak boleh menafikan kenaikan harga barangan sememangnya membabankan hidup rakyat, malahan menyebabkan rakyat mengalami himpitan hidup yang amat teruk, sehingga Cuepacs sendiri terpaksa memohon kerajaan melakukan penyelarasan gaji guru tahun ini. Menurut beliau, PAS amat bersimpati dengan bebanan hidup yang dihadapi oleh orang ramai termasuk para penjawat awam ekoran kenaikan harga barangan di negara ini dan ia perlu diberikan tindakan yang sewajarnya oleh kerajaan BN. Katanya, disebabkan realiti itulah, PAS dan Pakatan Rakyat telah pun menyusun perkara itu dengan kemas dengan menjanjikan pemberian elaun khas sebanyak RM500 sebulan kepada guru-guru jika diberikan amanah oleh orang ramai memerintah negara ini dalam PRU Ke-13 ini, seperti yang terdapat dalam Buku Jingga. "Itu dah ditegaskan oleh PAS dan Pakatan Rakyat dalam Janji 100 Hari Pertama Pakatan Rakyat, namun ia ditertawakan oleh kerajaan BN dengan mengatakan kerajaan akan bankrap jika dilaksanakan perkara itu. "Pada hal hujah kerajaan BN itu ternyata meleset kerana janji itu sendiri dibuat oleh Pakatan Rakyat setelah mengambil kira segala aspek termasuk kemampuan kerajaan dari segi kewangan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini. Bernama hari ini melaporkan, Cuepacs memohon kerajaan melakukan pelarasan gaji tahun ini, berikutan kenaikan harga barangan yang semakin membebankan penjawat awam. Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kenaikan harga barang itu menyebabkan perbelanjaan penjawat awam bertambah lebih RM500 setiap bulan sedangkan pendapatan bulanan tidak berubah. Katanya, penyelarasan yang boleh dibuat dengan mengambil kira purata perbelanjaan tambahan penjawat awam itu sekurang-kurangnya boleh meringankan beban mereka. Selain itu, beliau berkata, Cuepacs turut mencadangkan agar bantuan sara hidup (COLA) semua penjawat awam diselaraskan kepada RM300 sebulan. "Ini kerana kos sara hidup di luar bandar juga semakin meningkat seperti di bandar," katanya ketika bercakap kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Kesatuan Pembantu Tadbir Pelajaran (Keptan) Perlis di Kangar. Cuepacs juga, katanya, mencadangkan elaun tetap perumahan untuk penjawat awam yang bergred 40 dan ke bawah dinaikkan kepada RM350 sebulan berbanding RM180 sekarang. "Mana ada rumah yang boleh disewa RM180 sebulan di kawasan bandar malah di luar bandar juga sewa rumah telah meningkat," katanya. Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, Mohd Hatta yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai berkata, PAS memang bersetuju dengan tuntutan itu, malah ia bukan sahaja perlu mengambil kira penyelarasan gaji guru, tetapi juga penjawat-penjawat awam lain. "Malah dalam hal ini, PAS dan Pakatan Rakyat sendiri berharap agar sektor awam sendiri turut menyokong segala perkara yang dijanjikan seperti yang digariskan dalam Buku Jingga kerana itu semua telah mengambil kira segala keperitan hidup rakyat di semua peringkat," katanya. Selain itu, katanya, sektor awam dan orang ramai di semua peringkat juga perlu menyokong PAS dan Pakatan Rakyat kerana turut berhasrat untuk melakukan pelbagai kebaikan lain lagi jika diberikan mandat memerintah negara, termasuk untuk menangani masalah tol seperti yang terdapat dalam Buku Jingga. "Kenaikan tol juga telah kita kenalpasti sebagai punca bebanan hidup rakyat. Jadi jika masalah tol dapat ditangani dengan baik, ia pasti akan turut mengurangkan bebanan hidup kakitangan awam dan semua pihak," tegas beliau. -Hrkh |
Penggal Parlimen Capai 3 Tahun, Tiada Pilihanraya Kecil Selepas Ini Posted: 27 Apr 2011 09:27 PM PDT Penggal Parlimen Genap Tiga Tahun, Tiada Lagi Pilihan Raya Kecil Parlimen KUALA LUMPUR: Pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen tidak perlu diadakan selepas Khamis memandangkan penggal Parlimen ke-12 ini telah mencapai tempoh mandat tiga tahun, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. "Selepas tarikh itu, sekiranya berlaku kekosongan kerusi yang disebabkan oleh kematian atau penyandangnya hilang kelayakan, maka PRK (pilihan raya kecil) tidak diadakan," katanya kepada BERNAMA pada Rabu. Beliau berkata perkara itu adalah sejajar dengan Artikel 54(1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa suatu PRK hanya perlu diadakan dalam tempoh tiga tahun sebelum tamat sesi Parlimen sepertimana yang termaktub di dalam undang-undang. Tarikh 28 April ialah hari pertama Dewan Rakyat bersidang selepas pilihan raya umum ke-12 pada 2008. Mandat kerajaan sekarang akan berakhir pada April 2013. Abdul Aziz bagaimanapun berkata tempoh akhir bagi mengadakan PRK untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah berbeza, bergantung kepada tarikh kali pertama DUN berkenaan bersidang selepas pilihan raya umum lepas. "Sepertimana Parlimen, PRK juga tidak boleh lagi diadakan bagi DUN dalam tempoh dua tahun sebelum mandat yang diberikan kepada kerajaan berakhir, kecuali ada keperluan khas" katanya. Keperluan khas itu termasuklah jika berlaku situasi di mana kerajaan pusat atau negeri tidak lagi mempunyai majoriti di dalam Dewan Rakyat atau DUN, menyebabkan kerajaan sedia ada hilang kelayakan untuk memerintah negara atau negeri. "Jika speaker memaklumkan kepada SPR situasi di mana kerajaan sedia ada tidak boleh lagi membentuk kerajaan kerana hilang majoriti dalam dewan, PRK boleh diadakan. "Tetapi setakat ini situasi ini tidak pernah berlaku. Walaupun di Dewan Rakyat kerajaan tidak mempunyai majoriti dua pertiga, tetapi masih mempunyai majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan," katanya. Selepas pilihan raya umum ke-12 pada 2008, sebanyak 16 PRK telah dijalankan, iaitu empat bagi kerusi Parlimen dan 12 kerusi DUN, membabitkan kos lebih RM11 juta. Perincian perbelanjaan bagi setiap pilihan raya kecil ialah Permatang Pauh (RM409,000), Kuala Terengganu (RM325,416), Bukit Gantang (RM460,971), Bukit Selambau (RM318,000), Batang Ai (RM391,700), Penanti (RM514,600), Manik Urai (RM548,003), Permatang Pasir (RM461,367.93), Bagan Pinang (RM449,485), Hulu Selangor (RM1.2 juta), Sibu (RM1 juta), Batu Sapi (RM1.290 juta), Galas (RM1.047 juta), Tenang (RM1.1 juta), Merlimau (RM755,000) dan Kerdau (RM915,000). Ditanya persediaan SPR untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13, Abdul Aziz berkata badan itu belum bersedia sepenuhnya sekiranya pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat ini. "Pilihan raya umum ini perkara serius, banyak benda yang perlu kita sediakan, kita harap tidaklah diadakan secara mengejut-mengejut. "Kita perlukan masa. Pilihan raya umum bukan perkara main-main, ia perkara serius dan banyak yang perlu kita lakukan," katanya tanpa menjelaskan maksud 'masa terdekat'. Bagaimanapun beliau meminta masyarakat umum tidak membuat sebarang spekulasi mengenai tarikh pilihan raya umum memandangkan kerajaan masih mempunyai banyak masa sebelum tempoh mandatnya berakhir. "Kerajaan sekarang ada tempoh dua tahun lagi sebelum mandat berakhir pada April 2013, biarlah kerajaan sekarang mentadbir negara, mereka ada lima tahun," katanya. |
Sebar berita fitnah haram di sisi Islam – Dr Haron Din Posted: 27 Apr 2011 09:25 PM PDT Menurut beliau, larangan Allah terhadap fitnah secara jelas terkandung dalam Al Quran seperti disebut dalam surah An Nur dan Al Hujurat. Ketika dihubungi KeadilanDaily hari ini, Dr Haron bagaimanapun berkata, beliau merujuk kepada semua berita yang berunsur fitnah dan tidak menyatakan kepada mana-mana pihak tertentu. "Saya kata, adalah haram menyebarkan berita yang berbaur fitnah," ujarnya. "Pemberita yang menulis tentang sesuatu fitnah memanglah haram. Kita bercakap secara umum. Saya tak refer kepada mana-mana pihak. Itu terpulang kepada pengertian masing-masing," ujarnya. |
Semua Kata Itu Bukan Anwar. Cuma Fitnah Dari Datuk T Dan UMNO Posted: 27 Apr 2011 09:20 PM PDT Nurul Izzah: Itu bukan Anwar Nurul Izzah Anwar - naib presiden PKR dan anak sulung Datuk Seri Anwar Anwar - sekali lagi mengulangi bahawa orang dalam video seks - sebahagian lagi daripadanya disebarkan di internet hari ini - bukan bapanya. Nurul menegaskan bahawa beliau serta keluarganya berdiri teguh bersama Anwar, dan mengulangi bahawa pelakonnya bukan ketua umum PKR itu. Beliau menyifatkannya sebagai satu usaha jijik untuk memusnahkan semangat berjuang mereka serta reformasi yang sangat diperlukan di negara ini. "Kami tidak akan tunduk ataupun takut dengan taktik sedemikian," kata Nurul Izzah dalam pesanan teksnya kepada Malaysiakini. -mk
Baru sebentar GB sudah ulas. Petikan: Terima kasih kepada pihak yang memuat-naik video itu di youtube kerana dengannya kita akan dapat melakukan penganalisaan yang lebih tepat mengenai lelaki yang dikatakan mirip Ketua Pembangkang itu. Pembesaran imej-imej akan membuktikan DENGAN JELAS bahawa lelaki itu BUKAN Anwar Ibrahim. Lihat: Jika dilihat dari jauh gambar dari video itu hitam putih itu nampak seolah-olah ia mirip Ketua Pembangkang. Disebarkan bertujuan untuk mengaibkan Anwar. Tetapi penelitian yang lebih rapi dengan apa kaedah sekalipun akan menjurus kepada rumusan bahawa ia bukan Anwar. Hanya si bengong yang mabuk, yang tembel matanya dan yang busuk hatinya akan menyatakan ia Anwar Ibrahim! |
Tukar kerajaan selesai masalah rasuah Posted: 27 Apr 2011 09:14 PM PDT KUALA LUMPUR, 28 April: PAS berpendapat hanya dengan menukar parti pemerintah sahaja akan mampu menyelesaikan masalah rasuah dalam negara. Bercakap dalam wacana anjuran Sinar Harian bertajuk 'Rasuah Pemusnah Tamadun' di Shah Alam petang semalam, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) berkata, masalah rasuah dalam negara kita sukar diatasi kerana berpunca dari peringkat pemimpin atasan negara. Ujarnya, ia berbeza dengan prinsip Pakatan Rakyat yang menolak amalan rasuah dan telah dibuktikan pada negeri-negeri diperintah mereka. "Faktor terpenting kenapa terjadinya rasuah adalah kerana pemimpin itu sendiri melakukannya. Oleh itu perubahan mesti dibuat dari peringkat atasan. "Dalam konteks Malaysia, satu-satunya cara memerangi rasuah adalah dengan menukar kerajaan sedia ada. Jika perkara ini tidak boleh dilakukan, jangan mimpi gejala rasuah ini boleh diselesaikan," katanya yang juga AJK PAS Pusat. Selain Nizar, wacana tersebut turut menampilkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk seri Abu Kassim Mohamed, Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd Nor dan Pengasas ESQ Leadership Centre, Dr Ary Ginanjar Agustian. SPRM perlu jadi badan bebas Abu Kassim pula dalam hujahnya berkata, apa yang perlu diperjuangkan oleh seluruh rakyat dan pihak yang menentang rasuah adalah undang-undang bagi membolehkan SPRM manjadi sebuah badan bebas. Hanya dengan itu katanya, SPRM mampu menjalankan tugas membenteras jenayah rasuah dengan lebih berkesan. Sebelum ini, Jawatankuasa Khas SPRM yang ditubuhkan di bawah parlimen turut mengesyorkan kepada kerajaan agar hak pendakwaan kes rasuah diberikan sepenuhnya kepada pihak SPRM dan bukan lagi di bawah kuasa Peguam Negara, bagi menjadikan badan itu lebih bebas. Materialistik punca utama rasuah Sementara itu, Dr Ary Ginanjar berkata punca utama rasuah di negara ini adalah sikap individu yang terlalu materialistik. Rakyat negara ini katanya terikut-ikut dengan amalan negara barat sehingga mengenepikan nilai murni. "Apabila hati sudah terbentuk, tiadak mustahil rasuah akan selesai. "Sebenarnya kekuatan kita apabila kita mengabdikan diri kepada Allah," katanya. -Hrkh |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan