Muslimeen United |
- Royalti Minyak: Umno-APCO Cabul Perjanjian Persekutuan Malaysia!!
- Kita tengok Ketua Polis Negara ni sama penipu macam Rahim Nor atau tidak !!
- Ribuan Bidas Akaun 'E-mel 1Malaysia' Sebagai Satu Pembaziran
- Berita Harian bawa agenda jahat Umno
- Kenapa PAS dikritik
- Musuh nombor satu ialah kejahilan
- Orang Cina lebih percaya kepada PAS daripada Umno
- Anak Khir Johari Tempelak Mahathir: BN Yang Mainkan Isu Perkauman, Bukan DAP
- Kontroversi: MB Pahang 'Si Adnan Yaakob' Bakal Berhadapan Dengan Risiko Lebih Besar, Peguam Pahang Di Jangka Bersama Rakyat Bantah Lynas
- Saman royalti minyak: Ktan kemuka rayuan
- Tukar pemimpin langgar syariat, bukan kalah p'raya
Royalti Minyak: Umno-APCO Cabul Perjanjian Persekutuan Malaysia!! Posted: 21 Apr 2011 05:32 AM PDT Walaupun berhadapan dengan risiko campur tangan kerajaan pusat, rakyat dapat melihat kesungguhan kerajaan negeri, menurut ahli parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang tidak akan mengalah dalam isu ini. "(Kami) berusaha mendapatkan hak royalti bagi kepentingan rakyat negeri Kelantan, soal menang atau kalah itu bagi saya mudah untuk difahami oleh rakyat dalam pengalaman bagaimana kita membawa kes-kes sebegini (di mana) seringkali (ia) diganggu dengan campur tangan oleh kerajaan pusat," kata Salahuddin kepada Tv Selangor. Kelantan hari ini mengemukakan dua permohonan kepada Mahkamah Rayuan berhubung samannya terhadap Petronas. Permohonan pertama membabitkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan kerajaan pusat menjadi pencelah dan defendan kedua dalam saman kerajaan Kelantan kepada Petronas. Manakala permohonan kedua supaya mahkamah mengeluarkan perintah supaya tuntutan royalti minyak dipindahkan semula dari bahagian sivil ke bahagian dagang. Menurut Salahuddin yang juga naib presiden PAS, perjuangan kerajaan negeri dalam mendapatkan hak royalti minyak yang dinafikan oleh Petronas selama ini selari dengan kehendak rakyat. "Tapi apa yang penting adalah kita menunjukkan kesungguhan kita, kita memberikan sepenuhnya usaha-usaha kita yang kita rasakan sebagai satu tanggungjawab memenuhi mandat rakyat demi memperjuangkan hak kita," ujar Salahuddin. Justeru menurut Salahuddin, tidak mustahil kerajaan pusat akan terus berusaha untuk membantutkan usaha kerajaan negeri memenangi kes saman berkenaan. "Bagi saya mereka (kerajaan pusat) akan pergi lebih jauh untuk terus menggagalkan sama sekali usaha kerajaan negeri Kelantan ini. Sudah pasti mereka tidak mahu kemenangan berpihak kepada kerajaan Kelantan,"tambahnya lagi. Jelas Salahuddin lagi, jika kemenangan berpihak kepada Kelantan, ia akan menjadi ancaman besar kepada kerajaan pusat kerana wang royalti itu nanti akan digunakan untuk progrma-program kebajikan rakyat Kelantan. Kerajaan negeri Kelantan menyaman Petronas atas dakwaan telah melanggar kontrak berhubung pembayaran wang tunai yang patut dibayar kepada kerajaan negeri itu berhubung pendapatan minyak. Saman berkenaan difailkan pada 30 Ogos tahun lalu. Video ihsan TV Selangor |
Kita tengok Ketua Polis Negara ni sama penipu macam Rahim Nor atau tidak !! Posted: 21 Apr 2011 05:27 AM PDT Mungkinkah jantan ini yang berlakon dalam Kerajaan Rakyat - Kepada Ketua Polis Negara, cukup-cukuplah KPN yang lepas-lepas tu jadi baruah Umno harami... Harap Haji Ismail Omar rentikanlah kerja-kerja qharak harami tu... Sekarang tolong beritau apa yang dah PDRM siasat tentang video Datuk T (Datuk Temberang).video seks arahan Rahim anak Tambi? Keadilan menggesa Ketua Polis Negara untuk mendedahkan siapa yang dikenalpasti siasatan polis di belakang video seks 1999 'Siapa Anwar' Dalam sebuah artikel yang diterbitkan hari ini dalam portal Internet "The Malaysian Insider" yang ditulis oleh Shannon Teoh, seorang bekas pegawai polis Dato' Mat Zain Ibrahim mendedahkan sebuah video bertajuk 'Siapa Anwar' yang kononnya melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim diedarkan di Kuala Lumpur beberapa hari sebelum Pilihan Raya Umum November 1999. Laporan polis dibuat berkenaan video tersebut. Dato' Mat Zain yang ketika itu mengetuai Jabatan Penyiasatan Jenayah, Kuala Lumpur memaklumkan bahawa siasatan dibuat berikutan laporan polis tersebut dan polis mengenalpasti sumber video seks 1999, tetapi tidak dapat mengenalpasti siapa di belakang video seks 1999 ini, tetapi tidak dapat mengenalpasti siapa di belakang pengederannya kepada orang ramai. Beliau turut mencadangkan bahawa Tan Sri Rahim Ramy Chik mungkin dikaitkan dengan video yang muncul pada 1999, bermotifkan balas dendam terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim memandangkan Anwar telah membuat laporan polis pada 20 Ogos 1999 daripada penjara Sg Buluh terhadap Rahim yang menuduh tindakan jenayah dan rasuah oleh Rahim, hanya tiga bulan sebelum kemunculan video 1999 tersebut. Kami mengambil maklum bahawa polis telah mendedahkan butir-butir mengenai siasatan video seks terkini secara aktif dan luar biasa pada tempoh-tempoh yang tertentu. Parti Keadilan Rakyat menggesa Ketua Polis Negara,Tan Sri Haji Ismail Hj Omar, untuk memaklumkan kepada orang ramai siapakah yang dikenalpasti polis pada 1999 sebagai pihak dibelakang video seks 1999. Keadilan juga menggesa KPN untuk memaklumkan kepada orang ramai apakah tindakan yang diambil terhadap pihak yang dikenalpasti dibelakang video seks 1999. Sivarasa Rasiah Ahli Biro Politik, Parti Keadilan Rakyat Ahli Parlimen Subang 21 April 2011 |
Ribuan Bidas Akaun 'E-mel 1Malaysia' Sebagai Satu Pembaziran Posted: 21 Apr 2011 05:23 AM PDT Kuala Lumpur: Beribu penduduk Malaysia membidas rancangan kerajaan bernilai RM50 juta ($20 juta) untuk memberi akaun e-mel peribadi kepada setiap rakyat yang berusia 18 tahun ke atas. E-mel itu bertujuan membolehkan 16 juta rakyat Malaysia menerima kenyataan dan makluman daripada kerajaan sebagai langkah mewujudkan perhubungan langsung antara rakyat dengan semua agensi awam mulai Julai ini. Namun, selang 24 jam selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengumumkan rancangan itu, lebih 23,000 orang telah menyertai kumpulan Facebook bagi menentang projek itu. Rata-rata mereka berpendapat projek itu satu pembaziran memandangkan ramai pengguna Internet sudah pun mempunyai akaun e-mel percuma di laman Google, Yahoo dan Hotmail. 'Tolong gunakan wang ini untuk bantu rakyat miskin. Mereka perlukan makanan berbanding dengan akaun e-mel,' tulis seorang anggota kumpulan Facebook itu, Encik Yap Fook Sin. Perkhidmatan e-mel 1Malaysia itu adalah sebahagian daripada Program Transformasi Ekonomi Datuk Seri Najib untuk mencapai status negara maju menjelang 2020. Datuk Seri Najib bagaimanapun menjelaskan bahawa projek e-mel 1Malaysia yang diumumkan kelmarin merupakan inisiatif sukarela sektor swasta dan tidak membabitkan wang awam. 'Sebelum saya tidur, biar saya jelaskan bahawa E-Mel 1Malaysia adalah projek sektor swasta. Ia tidak membabitkan wang awam dan keseluruhannya adalah sukarela,' kata Datuk Seri Najib dalam Twitternya awal semalam. Ketua Eksekutif Tricubes Bhd, Encik Khairun Zainal Mokhtar, berkata syarikat berkenaan akan melabur RM50 juta dalam tempoh 10 tahun akan datang bagi membangunkan sistem e-mel berkenaan dan dijangka menyumbang RM39 juta kepada pendapatan negara kasar menjelang 2020. Ini merupakan kali kedua sejak beberapa bulan lalu, projek besar yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib mendapat tentangan rakyat. Pada Oktober lalu, beliau terpaksa mempertahankan rancangan kerajaan untuk membina bangunan 100 tingkat bernilai AS$1.6 bilion ($1.9 bilion), yang didakwa penting bagi pembangunan jangka panjang Kuala Lumpur. -- Agensi.
Persoalan kini: RM50 juta itu datang dari sumber mana? Tricubes? Sedangkan Tricubes sendiri sebuah syarikat bermasalah. Justeru nyata bahawa alasan PM ia tidak membabitkan wang awam dan keseluruhannya adalah sukarela adalah pendustaan semata-mata. -GB |
Berita Harian bawa agenda jahat Umno Posted: 21 Apr 2011 05:22 AM PDT KUALA LUMPUR: KEADILAN mengutuk tindakan akhbar arus perdana, Berita Harian yang tidak mencerminkan etika kewartawanan kerana melaporkan secara semberono kononnya individu dalam video seks fitnah sepadan dengan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Naib Presiden, N Surendran berkata, selepas meneliti laporan berita tersebut beliau mengesyaki pihak polis turut bersekongkol membocorkan maklumat yang seharusnya sulit kerana masih dalam tempoh siasatan. "Ini merupakan modus operandi biasa dengan niat jahat yang dilakukan untuk mencalar imej seseorang dengan membuat tajuk berita utama secara sensasi untuk mengelirukan orang ramai. "Tidak mustahil pihak polis turut bersekongkol dan mereka turut mempunyai agenda politik," kata Surendran. Pada tajuk utamanya hari ini, akhbar itu memetik sumber tanpa nama, kononnya sebuah agensi penyiaran terkemuka di Korea Selatan yang menganalisis rakaman video seks mendapati pelaku dalam rakaman itu sepadan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut akhbar itu lagi, polis juga telah mengenalpasti lokasi video tersebut dirakamkan, iaitu di sebuah kondominium di pinggir Kuala Lumpur dan wanita terbabit dipercayai seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu negara. "Akhbar tersebut tidak menamakan siapa, dimana dan apa kelayakan makmal atau pun penganalisis yang menjalankan kajian di Korea Selatan itu. Ia dilaporkan secara tergantung dan dibuat secara sensasi. "Agenda Berita Harian ini adalah agenda Umno dan Barisan Nasional," Ujar Surendran. Dalam pada itu, beliau tidak menolak kemungkinan terdapat individu atau pihak yang kononnya dilihat bebas dan berkecuali 'dipasang' (planted) oleh mereka yang mempunyai motif jahat untuk mencalar kredibiliti Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat. "Ada kemungkinan pihak polis sendiri yang melantik mereka (penganalisis) ini," katanya Sementara itu, Surendran menambah, isteri Ketua Umum, Datuk Seri Dr Wan Azizah sendiri telah memastikan bahawa individu dalam video tersebut bukan suaminya. "Siapa lagi yang boleh mengesahkan tubuh seseorang, kalau bukan isterinya sendiri. Ini merupakan percubaan akhir pihak-pihak yang takut kepada kemaraan Pakatan Rakyat," jelasnya.- keadilandaily |
Posted: 21 Apr 2011 05:18 AM PDT TEMERLOH, 21 April: Kenapa PAS dikritik pedas oleh beberapa orang penulis, penganalisis politik dan juga blogger sejurus selepas kegagalan parti menawan sebarang kerusi di Sarawak? "Kerana kekecewaan yang amat sangat terhadap sistem politik negara, berleluasanya rasuah, salah tadbir, salahguna kuasa dan perlanggaran undang-undang dan peraturan yang terang-terang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional, maka lahirnya pelbagai kritikan pedas beberapa penulis, penganalisis politik dan blogger terhadap PAS. "Barangkali inilah juga yang menyebabkan terlahirnya pandangan pedas daripada Dr Aziz Bari, kerana keinginan melihat Barisan Nasional tumbang hari ini dan terlahirlah sebuah kerajaan Pakatan Rakyat yang lebih baik," kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) ketika mengulas kritikan penganalisis politik, Dr Abdul Aziz Bari terhadap PAS dan Presiden, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini. Mengulas lanjut, beliau berkata besar kemungkinan kerana Aziz lebih "menyayangi" (menaruh harapan tinggi) PAS serta kegagalan parti dalam beberapa pilihan raya kecil dan juga pilihan raya negeri Sarawak dan didorong dengan kebosanan yang meluap-luap terhadap Barisan Nasional, Aziz telah mengkritik PAS dan Hadi sejurus kegagalan parti untuk menawan sebarang kerusi Dun di Bumi Kenyalang. "Beliau tidak menyerang DAP atau PKR mungkin kerana beliau lebih sayangkan PAS berbanding parti lain. "Sebagai seorang yang amat pakar dan matang dalam analisa politik negara, sebagai contoh, beliau tentu faham akan impak politik yang terpaksa dihadapi oleh PAS dan PKR di kawasan majoriti Melayu dan Islam apabila Umno dan BN memainkan isu perkauman, justeru Baru Bian diumumkan akan dilantik sebagai Ketua Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menang. "Akan tetapi, mungkin kerana kebosanannya kepada BN yang meluap-luap - sehinggakan beliau merasakan bahawa PAS tidak sepatutnya kalah dalam pertandingan ini. Apabila kita tewas, sudah tentu beliau kecewa kerana harapan tingginya pada PAS," terangnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. Beliau juga menjelaskan adalah mudah untuk Tuan Guru Abdul Hadi menjadi tumpuan pengkritik apabila parti tidak dapat mencapai apa yang dihajatkan, namun beliau menasihatkan supaya para pengkritik turut menghargai jasa yang ditumpahkan oleh mereka dalam perjuangan PAS dan memberi cadangan penambaikan agar mereka yang tercedera tidak tersinggung dan mereka yang masih belum hilang kepenatan akan berasa sedikit terhibur. "Tentulah mereka yang bertungkus-lumus berusaha untuk memenangi sebuah perjuangan tidak akan sama dengan mereka yang membuat ulasan selepas mengetahui keputusan," katanya. Tambahnya, penasihat yang baik ialah mereka yang mencadangkan sesuatu sebelum berlaku, dan pengkritik yang mengulas sesuatu selepas berakhir sesuatu pilihan raya dengan menyatakan, 'sekiranya itu dan sekiranya ini' walaupun penting, namun sudah tentu tidak banyak membantu jika dibandingkan dengan seorang penasihat. "Yang pasti kritikan itu lahir kerana keghairahan yang tinggi untuk melihat tumbangnya BN," ulasnya secara positif. -Hrkh |
Musuh nombor satu ialah kejahilan Posted: 20 Apr 2011 09:43 PM PDT Sekiranya kita melancarkan kempen boikot kedai makan Mamak dan kedai makan Cina yang meletakkan kerusi-meja mereka diluar kedai ditepi jalan maka, lama-kelamaan, amalan ini akan dihapuskan dan kegiatan haram, yang menjadi halal kerana rasuah, akan menjadi sejarah. Raja Petra Kamarudin Apa dia musuh nombor satu? Ramai dari pembaca Malaysia Today akan berkata bahawasanya Barisan Nasional atau Umno ialah musuh nombor satu. Ada juga yang akan berkata rasuah ialah musuh nombor satu. Dan ada yang akan berkata kemiskinan ialah musuh nombor satu. Yang sebenarnya, kejahilan ialah musuh nombor satu. Apabila kita jahil, maka kita akan mudah terpengaruh dan pihak kerajaan, ahli politik, atau pun media massa, akan mudah memutar belit keadaan dan menipu rakyat. Jadi, kita perlu memerangi kejahilan. Jangan khuatir tentang rasuah, salah guna kuasa, dan lain-lain itu setakat ini. Itu bukan masalah kami yang sebenar. Kejahilan ialah masalah yang lebih ketara. Apabila kita jahil maka rasuah dan salah guna kuasa mudah dilakukan. Dan kerajaan atau ahli politik mudah menipu kita. Biar saya bagi satu contoh. Ramai rakyat membantu dan bersubahat dengan rasuah. Tetapi, oleh kerana kejahilan mereka, mereka tidak menyedari yang mereka membantu atau bersubahat dengan rasuah. Satu tidak bermaksud rasuah secara 'direct'. Secara direct bermaknanya apabila kita ditahan polis kita membayar rasuah RM50 untuk mengelak dari membayar saman RM300. Itu ramai juga yang melakukan. Orang yang berbuih mulut menentang rasuah tidak teragak-agak membayar RM50 kepada polis untuk mengelak didenda RM300. Yang saya maksudkan disini ialah penglibatan kita dengan rausah secara tidak menyedarinya. Dan ini kita lakukan oleh kerana kita jahil. Saya ambil contoh kedai makan Mamak atau kedai makan Cina yang ada dimerata ceruk Malaysia. Kedai-kedai ini meletak kerusi-mejanya di luar kedai ditepi jalan. Itu satu perbuatan salah. Tetapi mereka boleh lakukan kesalahan ini kerana mereka membayar rasuah kepada pegawai Majlis Pembandaran atau Bandar Raya (local council atau city council). Oleh kerana rasuah tersebut, mereka boleh letak kerusi-meja mereka diluar kedai ditepi jalan dan ini menyebabkan bukan sahaja gangguan dan sesak jalan raya tetapi juga bahaya kepada pelanggan. Sekiranya kita membuat kajian, kita akan sedar bahawasanya ramai lebih gemar duduk diluar dari didalam kedai. Kadangkala didalam kedai tersebut kosong tetapi diluar sesak dengan pelanggan-pelanggan, ada yang bediri menunggu meja kosong diluar. Walaupun didalam kedai tersebut ada meja kosong, kita lebih rela berdiri diluar menunggu meja kosong dari masuk kedalam kedai dan duduk dimeja yang banyak kosong. Jadi, tuan punya kedai meletak meja dan kerusi diluar kedai ditepi jalan. Dan untuk membolehkan mereka membuat demikian, mereka perlu membayar rasuah kepada pegawai kerajaan tempatan. Bukan ke kita yang lebih gemar duduk diluar dan bukan didalam kedai tersebut membantu dan menggalakkan rasuah? Sekiranya kita menyedari yang ini akan menyebabkan kita bersubahat dengan rasauh, dan sekiranya kita enggan duduk diluar kerana kita tidak mahu membantu rasuah, maka kerusi-meja diluar kedai tersebut akan kosong dan tuan punya kedai akan terpaksa mengalihnya. Tetapi, oleh kerana kejahilan kita, kita telah besubahat dengan rasuah dan, oleh kerana kejahilan kita, rausah telah berterusan. Sekiranya kita melancarkan kempen boikot kedai makan Mamak dan kedai makan Cina yang meletakkan kerusi-meja mereka diluar kedai ditepi jalan maka, lama-kelamaan, amalan ini akan pupus dan kegiatan haram, yang menjadi halal kerana rasuah, akan menjadi sejarah. Oleh kerana itu saya berkata yang ramai rakyat Malaysia jahil dan kerana kejahilan ini mereka telah membantu dan bersubahat dengan rasuah. Jadi ini ialah musuh nombor satu: kejahilan. |
Orang Cina lebih percaya kepada PAS daripada Umno Posted: 20 Apr 2011 09:40 PM PDT KUALA TERENGGANU - Kecenderungan bukan Melayu terutamanya kaum Cina mengundi untuk pembangkang adalah terbentuk kerana perjuangan Umno yang bersifat perkauman atau 'rasis'. Oleh itu, menurut Pengerusi Penaja Dewan Himpunan Penyokong PAS negeri Terengganu Dr. B. Chandran, kaum bukan Melayu telah hilang kepercayaan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN). "Trend orang-orang bukan Melayu, Cina dan India, terutamanya kaum Cina mengundi pembangkang bukan salah pembangkang, tapi salah Umno dan BN sendiri, "perjuangan Umno dan parti-parti komponen, MCA dan MIC, adalah perjuangan berasaskan kaum (perkauman) yang rasis,"katanya ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno Kuala Nerus, Muhamad Ramli Nuh. Oleh yang demikian, Chandran menasihatkan Ramli supaya tidak membazirkan masa dan wang ringgit untuk mencari kaedah dan memujuk kembali kaum Cina. Beliau yakin kekecewaan bukan Melayu khususnya kaum Cina tidak akan terubat dan mereka tidak akan kembali menyokong Umno dan BN. Dr, Chandran (Gambar kiri) mengingatkan kembali, Ramli Nuh sendiri adalah seorang 'rasis' yang telah menakut-nakutkan orang Melayu daripada orang-orang Cina ketika berucap disebuah sekolah di Kual Nerus tidak lama dulu. "Ramli itu sendiri pun 'rasis' dia takut-takutkan orang Melayu dengan kata orang Cina adalah komunis, dia guna sentimen bangsa untuk raih sokongan politik, "padhal parti DAP itu berdaftar dengan kerajaan Malaysia, kerajaan izinkan, bermakna bukn komunis,"tegas Chandran Beliau berkata, di negeri Terengganu orang-orang bukan Melayu dan non-muslim kini lebih percaya kepada PAS daripada Umno-BN kerana pemerintahan PAS pada tahun 1999-2004 telah menunjukkan banyak teladan yang baik. Katanya, walaupun DAP di Terengganu nampak lemah tetapi parti tersebut bekerjasama dengan PAS sejak dari zaman Barisan Alternatif sehingga Pakatan Rakyat sekarang. "DAP Terengganu walaupun dianggap lemah oleh UMNO tetapi kekuatan mereka adalah kerana bekerja rapat dengan PAS sejak zaman BA dan sekarang PR untuk menegakkan keadilan dan membanteras rasuah,"jelasnya. Umno dan BN tidak boleh diharapkan lagi, katanya, kerana bergelumang dengn penyelewengan dan rasuah. -BO |
Anak Khir Johari Tempelak Mahathir: BN Yang Mainkan Isu Perkauman, Bukan DAP Posted: 20 Apr 2011 09:36 PM PDT Zairil kepada Mahathir: Usah berkata jika tiada yang bernas Saya berasa amat kesal dan kecewa dengan kenyataan terbaru Mahathir Mohamad yang mendakwa bahawa parti DAP telah berjaya membawa politik perkauman kepada Sarawak. Tuduhan sedemikian adalah tidak bertanggungjawab dan tidak berasas sama sekali. Sebaliknya, adalah sindiran-sindiran yang sebegitu rupa yang menjadi punca ketegangan antara kaum di Malaysia. Sebagai seorang bekas Perdana Menteri dan negarawan yang dihormati ramai, beliau sepatutnya lebih matang dan tidak mengapi-apikan tohmahan yang boleh memecah-belahkan rakyat. Sebagai seorang yang telah terlibat secara terperinci dalam proses perancangan, perangkaan strategi dan pelaksanaan kempen DAP untuk Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini, saya boleh mengesahkan dengan tegasnya bahawa tiada sedikit pun unsur perkauman yang cuba dibangkitkan oleh parti kami. Sepanjang kempen, isu-isu yang telah kami tekankan adalah seperti masalah pentadbiran, penyalahgunaan kuasa, rasuah yang berleluasa, polisi ekonomi yang tidak memanfaatkan rakyat, inflasi yang kian melambung dan kegagalan kerajaan untuk mengatasi masalah-masalah di atas. Mungkin dalam pendapat Mahathir, hanya masyarakat Cina sahaja yang mengambil berat tentang isu-isu sedemikian? Bukankah itu satu penghinaan kepada rakyat Sarawak dan rakyat Malaysia secara umumnya? Sebaliknya, pihak yang telah cuba menakut-nakutkan pengundi dengan isu-isu perkauman adalah parti-parti daripada BN seperti SUPP, PBB dan MCA. Namun, rakyat Sarawak telah membuktikan kematangan mereka kerana tidak termakan umpan bersifat parokial seperti dakwaan bahawa "masyarakat Cina" akan kehilangan perwakilan dalam kerajaan jika wakil-wakil Cina daripada BN tidak berjaya dalam pilihanraya. Seperti yang sudah sedia maklum, keputusan pilihanraya jelas menunjukkan bahawa rakyat Sarawak menolak sama sekali unsur-unsur politik perkauman dan sebaliknya inginkan wakil-wakil yang memperjuangkan keadilan dan kebenaran! Tambahan pula, kenaikan undi yang diperolehi parti DAP bukan hanya daripada satu kaum tertentu. Dalam kawasan-kawasan seperti Meradong, Dudong dan Kirudong, kejayaan kami adalah hasil tambahan undi kaum Dayak yang cukup memberangsangkan. Di Batu Kawah pula, kemenangan DAP di situ tidak mungkin akan berlaku tanpa undi-undi orang Melayu/Melanau yang telah meningkat dalam sokongannya terhadap DAP. Hakikatnya, saya yakin bahawa Mahathir sedar dan memahami dinamik politik di negeri Sarawak dan juga di seluruh negara. Namun disebabkan motivasi politik, beliau memilih untuk memainkan sentimen sempit perkauman untuk menjaga kepentingan BN. Sekali lagi, rakyat boleh melihat dengan sendiri bagaimana pemimpin-pemimpin BN akan menggunakan taktik pecah dan perintah untuk mengekalkan kuasa mereka. Sebagai pengakhir kata, saya ingin mencadangkan satu pepatah bahasa Inggeris: if you have nothing good to say, say nothing at all. Jika anda tidak mempunyai apa-apa yang bernas untuk dikatakan, usahlah meluahkan walau sekata. *Kenyataan media oleh Zairil Khir Johari selaku Setiausaha Politik kepada Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP). |
Posted: 20 Apr 2011 09:32 PM PDT KUANTAN, 21 April - Kerajaan Negeri Pahang bakal berhadapan dengan satu lagi masalah besar berhubung dengan isu Lynas. Ini kerana, selepas berjuang bermati-matian untuk memaksa MB Pahang menggunakan kuasanya membatalkan pembinaan kilang memproses "Rare Earth" di Gebeng itu, kini merka yang terlibat dengan amalan guaman pula dikatakan akan bersama rakyat dalam isu ini. Apakah ini satu petanda yang mereka juga tidak mahu nasib dan masa depan anak-anak mereka terabai dek kerana kesilapan yang dilakukan sekarang ini. Jika benar dakwaan tersebut maka, ia satu semangat baru untuk rakyat terus menentang projek Lynas ini. Rakyat sebenarnya sudah tidak mahu lagi mendengar helah demi helah MB Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob (foto) yang masih mahu terus mempertahankan projek berisiko itu. Jika barisan peguam-peguam Pahang menyokong tindakan ini, maka sudah pastilah kes ini berpeluang untuk di bawa ke muka pengadilan sama seperti apa yang berlaku di Bukit Merah Perak dulu. Dalam kes tersebut, rakyat akhirnya menang setelah berjuang bertahun-tahun lamanya. Kilang berkenaan juga telah ditutup atas arahan mahkamah, dan kerajaan terpaksa membelanjakan ratusan juta ringgit untuk tujuan pemulihan kawasan terbabit. Bezanya, apa yang berlaku di Pahang ini kilang berkenaan masih belum beroperasi. Oleh itu, jika ada tindakan mahkamah maka kes Lynas ini akan menjadi lebih menarik dan bakal menggugat Kerajaan Negeri Pahang itu sendiri. Rakyat mula melihat dan yakin bahawa pemimpin UMNO BN sebenarnya tidak mahu membela nasib mereka dan gagal melaksanakan gagasan 1Malaysia "rakyat didahulukan" seperti yang disarankan oleh PM Najib Razak sendiri. Bukti Merah, Jikalau tidak kerana peguam, rakyat pasti terus menderita Gembira, kemenangan berpihak kepada rakyat dalam insiden Bukit Merah Menurut sumber, mesyuarat tersebut akan diadakan di Pahang Bar Building di Kuantan. Sesungguh sokongan daripada Pahang Bar Committee diharap akan menyemarakkan lagi semangat perjuangan rakyat yang tetap mahu membantah projek berkenaan. Semoga dengan ini juga akan menyedarkan Kerajaan Negeri Pahang bahawa suara rakyat harus diutamakan dalam usaha mereka membawa masuk pelaburan berisiko ke negeri Pahang Darul Makmur pada masa yang akan datang]. -pahangdaily |
Saman royalti minyak: Ktan kemuka rayuan Posted: 20 Apr 2011 09:25 PM PDT Permohonan pertama adalah berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan kerajaan pusat untuk menjadi pencelah dan defendan kedua dalam saman terhadap Petronas. Permohonan kedua pula adalah supaya mahkamah mengeluarkan perintah supaya kes tuntutan royalti minyak itu dipindahkan semula daripada bahagian sivil ke bahagian dagang. Dalam saman yang difailkan pada 30 Ogos tahun lalu, kerajaan negeri Kelantan hanya menamakan Petronas sebagai defendan dan difailkan di bahagian dagang. Bagaimanapun awal tahun ini, ia dipindahkan ke bahagian sivil. Mahkamah Rayuan tidak menetapkan sebarang tarikh bagi mendengar permohonan kerajaan negeri Kelantan itu. Perkara itu timbul sebagai pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof di kamarnya hari ini. Kerajaan negeri Kelantan menyaman Petronas atas dakwaan telah melanggar kontrak berhubung pembayaran wang tunai yang patut dibayar kepada kerajaan negeri Kelantan berhubung pendapatan minyak. Dalam pernyataan tuntutan, kerajaan negeri itu antara lain memohon supaya dikeluarkan perintah terhadap Petronas agar membuat bayaran penuh dan mendedahkan semua fakta berkaitan dengan pembayaran wang tunai yang patut dibayar kepada Kelantan, termasuk sepanjang tempoh petroleum dikeluarkan, ditemui atau diperolehi di luar pesisir Kelantan; kawasan atau blok dari tempat petroleum itu ditemui atau diperolehi; dan jumlah pembayaran wang tunai yang patut dibayar kepada Kelantan. Kerajaan negeri itu juga memohon semua bayaran wang tunai tertunggak yang ditentukan oleh mahkamah perlu dibayar dalam masa sebulan dari tarikh perintah mahkamah dikeluarkan. Selain itu, Kelantan juga memohon dikeluarkan perintah bahawa semua bayaran wang tunai di masa depan, bagi petroleum yang dikeluarkan dari kawasan luar pesisir sepertimana ditetapkan dalam perjanjian petroleum itu, perlu dibayar kepada negeri oleh Petronas. -M'kini |
Tukar pemimpin langgar syariat, bukan kalah p'raya Posted: 20 Apr 2011 09:22 PM PDT KUALA LUMPUR, 21 April: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) menegaskan PAS tidak mengubah pemimpin termasuk presiden hanya kerana kekalahan dalam pilihan raya termasuk ekoran kegagalan memperoleh kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak minggu lalu. Katanya, PAS mempunyai cara tersendiri menilai kepimpinan dan faktor kalah pilihan raya bukan satu alasan tepat untuk mengubah kepimpinan. Selain itu, kegagalan PAS memperoleh sebarang kerusi pada Pilihan Raya Sarawak lalu juga dakwanya adalah berpunca dari kelemahan Presiden PAS. |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan