Muslimeen United |
- (Gambar) Kurang Daripada 72jam Untuk Pengundian, Ceramah Pakatan Rakyat Terus Membara
- Gambar : Sekitar Kempen Tuan Guru Presiden Pas Di Dun Beting Maro Sarawak
- Seloka tok uban
- Fokus Sarawak!! Lihat Gambar Serata Sarawak Malam Ini !!
- Bosanlah, sudah 25 tahun undi BN
- PRN Sarawak: Najib & BN Semakin Tertekan. Rakyat Tekad Untuk Ubah Kerajaan
- Selepas kecewa dengan suasana di Sarawak Najib hentam Presiden PAS laksanakan Politik Jahat..!!
- Pemimpin Umno-BN ada datang ke ziarah jenazah Sahimi?
- Taib bakal sempurnakan igauan buruk Najib
- Ribuan Penduduk Kapit Keluar Sambut Anwar
- Hishamuddin Rais: Perubahan sini akan sampai ke Putrajaya
- PRN SARAWAK : NAJIB MENGAKU KALAH
- Husam Tolak Tanding Presiden,Sokong Penuh Kepimpinan Tuan Guru Hj Hadi
- Dun menang jadi anak angkat PAS Pusat
- TERKINI!! KANTOI!! BARISAN NAJIS BELI UNDI PENGUNDI POS!!
- RM1.5b wang rakyat dalam 1MDB diguna selamatkan kroni Taib....
- Apa Umno kisah bila ulama bersuara
- 17 kerusi dalam tangan, 11 jadi rebutan?
- PRN Sarawak: Meledaknya Angin Perubahan Sehingga Maskot "Ubah" Habis Dijual
- Media diarah tidak lagi siarkan perhimpunan Pakatan
- Antara Dua Darjat Versi Sarawak 2 - Undilah Demi Perubahan, Jom Ubah (Bergambar)
- DUN SARAWAK: TAIB DEGIL, BN PULA GOYAH HADAPI HARI PENENTUAN
- Pengakuan Mangsa Deraan SPRM
- Kantoii..AJK Umno Kena"Cekup"..
- Pilihan Raya Sarawak: Bn buat konsert,bila ceramah tak dapat sambutan ??
(Gambar) Kurang Daripada 72jam Untuk Pengundian, Ceramah Pakatan Rakyat Terus Membara Posted: 13 Apr 2011 10:56 AM PDT Masih ada kurang daripada 72 jam untuk Rakyat Sarawak menentukan harapan negeri mereka, ceramah Pakatan Rakyat di bandar-bandar besar terus membara... Selain daripada itu, derma kepada Pakatan Rakyat terus meningkat setiap hari. Kebiasaannya derma boleh ditafsirkan sebagai sokongan kepada Pakatan Rakyat. Lebih tinggi kutipan derma Pakatan Rakyat maka peluang untuk menang menjadi semakin cerah. Gambar ini diambil daripada twitter pemimpin Pakatan Rakyat. Menurut mereka bilangan penduduk yang datang telah mencecah hampir 10,000 orang!!! | ||
Gambar : Sekitar Kempen Tuan Guru Presiden Pas Di Dun Beting Maro Sarawak Posted: 13 Apr 2011 10:55 AM PDT Rayuan Presiden PAS kepada rakyat Sarawak Saya percaya bahawa sudah tiba masanya untuk seluruh pengundi di Sarawak, yang mengandungi berbagai resam budaya dan etnik, agama, untuk bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat bagi melakukan satu perubahan yang jelas dalam pilihan raya kali ini dengan satu mesej yang paling jelas, iaitu : Marilah Kita Berubah Dengan Menolak Barisan Nasional (BN) Dalam Pilihan Raya Kali Ini. Cukuplah negeri Sarawak yang kaya dengan hasil bumi ini dipergunakan oleh BN selama puluhan tahun dengan meminggirkan rakyat sejak sekalian lama. Janji dan rasuah politik oleh BN sepanjang tempoh pilihan raya ini akan terus diulang-ulang oleh pemimpin BN untuk mereka mengekalkan kuasa dan seterusnya mengumpulkan kekayaan untuk diri mereka sendiri. Akhirnya nasib rakyat masih tidak berubah sejak puluhan tahun ini. PAS akan memastikan konsep Federalisma terus dipelihara, dan perpaduan kaum akan menjadi keutamaan di negeri Sarawak ini. PAS merayu kepada pengundi di Sarawak untuk memilih calon dari PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kali ini. PAS akan memastikan wakil rakyat dari PAS nanti akan berkhidmat dengan penuh dedikasi kepada rakyat, membawa aduan dan suara rakyat ke Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk melakukan sau perubahan bersama rakyat Sarawak. Sekiranya menang di DUN Beting Maro, Sadong Jaya, Tanjung Datu, Muara Tuang dan Sebuyau dalam pilihanraya kali ini, PAS akan memastikan kawasan ini dibela dengan menjadikan DUN ini sebagai kawasan contoh di Malaysia, di mana seluruh petugas PAS akan menyumbang tenaga secara langsung di sini nanti. Di sinilah nanti PAS akan menunjukkan contoh Keadilan Islam Untuk Semua Golongan di negeri Sarawak tanpa mengira anutan agama dan keturunan. Itulah sebenarnya wajah Islam yang ingin kami bawa. Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden PAS. | ||
Posted: 13 Apr 2011 10:53 AM PDT | ||
Fokus Sarawak!! Lihat Gambar Serata Sarawak Malam Ini !! Posted: 13 Apr 2011 10:47 AM PDT DAYAK BARU MEMBERONTAK Hishamuddin Rais Kota Miri kota dipesisiran laut. Kota sempadan. Kota Golok untuk orang Brunai. Bersih, baru dan tersusun. Kota hujung minggu tempat orang Brunai 'melepas geram'. Cukup jelas watak kota sempadan ini. Aku ke sini untuk melihat dengan dekat apa yang sedang berlaku di Sarawak. Lebih jujur kalau aku katakan melihat dengan kaca mata aku wilayah disekitar Miri. Secara jujur tak mungkin dalam satu minggu aku mengetahui dan memahami Sarawak. Kalau ada sesiapa yang berkata sedemikian maka orang ini pasti pelebong yang mungkin juga berani mengakui dirinya adalah sepupu kepada Saddam Hussein. Menginap di sebuah hotel murah tidak jauh dari Bilik Gerak Pusat PKR Miri. Aku sebenarnya memang tidak mengetahui banyak tentang Sarawak. Aku dibesarkan dengan Dolah Sarawak, Siput Sarawak dan Nenas Sarawak - Sarawak-Sarawak yang lain haram aku tidak mengetahui. Susur galur pensejarahan Sarawak tidak juga aku ketahui. Berapa banyak sukubangsa yang wujud di Sarawak tidak juga aku ketahui. Kalau anak kecil - aku datang ke Sarawak ini seolah-olah untuk disunatkan - agar aku mengetahui lebih dalam dan intim tentang wilayah yang telah menjadikan Malaysia kaya raya. Malam pertama, aku telah dibawa ke perkampong Kedayan - Kampong Sugai Subak daerah Sebuti. Bersama aku dalam kereta ada dua orang lagi pekerja parti. Seorang aktivis Pas dari Klang dan seorang jurutera aktivis PKR anak tempatan. Aku diberitahu kampong ini dua jam perjalanan ke luar kota. Kami memulakan perjalanan agak lewat. Kereta kami melintasi kawasan kawasan mewah yang rumah-rumah tersergam indah - sepuluh ratus kali lebih gah dari Country Height Kajang - seakan-akan aku sedang melintasi Sunset Boulevard ke Beverley Hills di Los Angeles di mana bintang Hollywood membina sarang mereka. Rumah-rumah angkuh, gedang dan bergemerlapan. Siapa agaknya yang bersarang di rumah rumah ini. Pemandu kami - juga aktivis PKR - tanpa segan silu telah bekata semua ini adalah rumah-rumah 'China Kaya'. Jelas unsur politik Semenanjung di sini. Kereta kami memasuki luar kota. Kawasan makin gelap. Aku tidak tahu apa yang di kiri dan apa yang di kanan. Sesekali aku ternampak cahaya lampu. Jelas aku di dalam perut hutan Sarawak. Tidak ada kereta yang memotong kami dan tidak ada juga kereta berseliseh. Wah! Aku merasakan amat jauh hendak berpolitik ke kampong ini. Belum pernah aku merasakan berjalan dalam gelap untuk berpolitik bagini jauh. Dulu di Tenang pernah aku berjalan dari Labis ke Kampong Sawah Baru. Memang jauh aku rasakan - tetapi kali ini beratus kali jauhnya. Memang Sarawak ini wilayah yang maha luas. Dan ramai warganya tinggal di pendalaman. Hendak tahu erti pendalaman datanglah ke Sarawak. Jalan batu aspal agak baik terutama lima atau sepuluh kilometer dari kota Miri - terutama di daerah rumah orang kaya kaya. Hampir dua jam kemudian jalan semakin rahai. Ini bermakna kami telah mengambil jalan kecil memasuki kampong yang dituju. Wah! Amat jelas bezanya rumah yang aku lihat tadi dengan apa yang ada dihadapan mata. Tadi aku melihat Istana sekarang aku melihat rumah kotak buruh kontrek bangunan Mat Indon yang didirikan di tepi bangunan yang sedang dibina di Damansara. Aku difahamkan ini adalah perkampongan sukubangsa Kedayan. Nah! Ini lah kali pertama aku mendengar nama sukubangsa ini. Untuk orang di Semenajung jangan tersilap faham - ini bukan ceramah kelompok - ini juga bukan ceramah umum - bukan forum dan bukan seminar. Ini kerja politik di Sarawak. Bila aku keluar dari kereta yang aku dengar ialah gendang Melayu asli. Bunyi musik seakan-akan Zainurin Mat Dom senang berdendang dengan lagu Alah Emak Kahwinkan Aku. Cahaya hanya datang dari lampu rumah - justeru kawasan sekeliling agak gelap. Bila aku hampiri maka aku nampak tujuh lapan bayang-bayang sedang bertandak di tengah jalan. Tidak sampai tiga puluh orang yang ada pada pesta ini. Yang aku nampak hanya bayang bayang hitam. Mata aku mencari arah musik. Wah! Empat orang perempuan sedang duduk di bawah rumah yang bertiang tinggi - mereka memukul gendang dan menyanyi. Bila aku dengar amat jelas pantun pantun mereka adalah pantun perjuangan: Adik bergendang abang menari Jangan lupa kepada kami Bila PKR telah pergi Adik tinggal seorang diri Di dalam gelap aku nampak bayang-bayang anak muda yang tersusun berdiri. Lalu aku hampiri. Mereka ini telah mengambil bahagian dalam perlawan futsal anjuran AMK sebelum ini. Aku bertanya-tanya. Semua mereka bukan pengundi. Tiga orang anak muda Kedayan yang aku rapati semuanya telah meninggalkan sekolah dalam umur yang masih muda. Keciciran! Ini bukan keciciran. Ini dasar Taib Mahmud yang tidak mahu Kedayan ada ilmu dan berpelajaran. Dari segi jumlah sukubangsa Kedayan lebih ramai dari Melanau yang kini berkuasa di Sarawak. Kedayan yang juga beragama Islam ini dilihat oleh Taib sebagai berpotensi untuk melawan hegemoni Melanau. 'Darik manak?' perbualan kami yang terputus-putus kerana Kedayan ini memiliki bahasa tersendiri. Mereka berbual dengan aku menggunakan bahasa Melayu yang loratnya tidak pernah aku dengari. Aku selalu tertanya tanya kerana tidak faham buah butir. 'Apa Keadilan ini?' soalan ini datang dari Shahrulnizan anak muda berumur 16 tahun. Dia telah meninggalkan sekolah dua tahun dahulu. Lalu aku bertanya kenapa dia datang ke pesta ini. Jawabnya senang 'kawan saya main futsal'. Nah! Jelas anak muda di Sarawak perlu disedarkan. Gendang terus dipalu. Pantun berbals balas. Aku akhirnya bertandak dan berjoget. Malam pertama aku di Miri tidak akan aku lupakan. Bila aku diminta berpantun aku menolak. Entah kenapa lidah aku kelu kerana terlalu seronok dengan pengalaman baru sehinggakan aku kehilangan modal untuk berpantun. Sebelum hadiah diberikan ada sadikit ucapan dari aktivis PKR - memohon sokongan untuk calon PKR yang juga dari sukubangsa Kedayan. Si Pencermah berucapa dalam bahasa Kendayan. Yang aku dengar hanyalah nama Taib Mahmud yang disebut puluhan kali. Amat jelas kebencian warga Sarawak terhadap Taib Mahmud samalah seperti kebencian warga Malayasia di Semenanjung terhadap Mahathir Muhamad. Taib dan Mahathir ini dilihat sebagai orang jahat di mata rakyat. Dua dua mereka ini dilihat sebagai perompak dan lanun yang mengkayakan anak bini dan kroni. Tetiba suara halus dari bawah tangga kedengaran. Seorang perempuan meluahkan perasaan tentang bau busuk yang sampai ke kampong mereka. Lalu aku difaham oleh Shahrulnizan bahawa tidak jauh dari kampong mereka ialah tempat pembuangan sampah kota Miri. Aku diberitahu bahawa air sungai telah hitam dan kawasan telah tercemar. Taib Mahmud bukan sahaja meminggirkan Kedayan malah kampong mereka juga diracuni oleh toksik sampah kota Miri. Tengak hari esoknya aku dibawa untuk melawat rumah panjang pula. Kali ini aku bersama dengan tim perubatan percuma PKR yang datang dari cabang Tuaran Sabah. Tim ini menuju ke Rumah Panjang Logan Talajin - 4 jam perjalanan dari Miri. Kami meninggalkan kota Miri sebelum jam 1.00 - siang terang benderang. Kami mengambil jalan dipersisiran pantai. Aku merasakan jalan ini telah aku pernah lintasi. Wah! Betul inilah jalan malam kelmarin. Ketika gelap aku tidak nampak pesisiran laut. Rupa-rupanya d isinilah rumah para elit balak dan towkay China yang kaya raya setelah bersekongkol merompak Sarawak dengan Taib Mahmud. Kawasan tepi laut ini idaman mereka. Berapa ramai nelayah telah dihalau dari kampong mereka tidak pula aku ketahui. Kemudian kami melintasi kawasan sawit, kampong kampong kecil, kampong nelayan. Lagi jauh kami berjalan - jalan semakin buruk. Akhirnya kami sampai ke rumah panjang yang dituju. Aku ternampak kain rentang Barisan Nasinal telah terpasang. Bila aku naik ke tangga aku lihat banyak poster kecil dan besar - poster BN - telah terpasang. Ertinya pekerja parti Taib Mahmud telah sampai ke sini. Rumah Panjang 33 pintu ini membukakan aku kepada stau lagi dunia yang baru. Tim Perubatan Percuma dari Tuaran amat professiolanl. Mereka terus melakukan apa yang wajib dilakukan. Ibu dan ayah datang untuk bertemu doktor dan mendapat ubatan percuma. Ketika tim perubatan membuat tugas amal, aku meleser melihat rumah panjang yang pertama dalam hidup aku. Ini kawasan yang subur di itepi sungai. Bila kau hampiri sungai ini amat jelas sungai ini telah berlumpur - seperti air teh susu yang kotor. Di kepala sungai ini pasti ada pembalakan. Ketika aku di tepi sungai itu aku ternampak seorang Ibu Iban sedang mandi bersabun. Saheh! Sungai ini memainkan peranan yang penting dalam kehidupan masyarakat Iban di rumah panjang ini. Kemudian aku terdengar bunyi mesin. Bila aku hampiri aku ternampkak seorang ayah sedang memesin padi. Mereka berhuma selain dari bersawait. Dari apa yang aku difahamkam orang Iban di sini hanya diberi 300 batang pokok sawit sebagai mata pencarian. Aku tak tahu berapa luas ladang sawit untuk 300 pokok ini. Ada juga warga yang bertanam getah tetapi tidak ramai. Mereka juga berhuma padi bukit. Kebun sayuran tidak kelihatan. Pokok bukan buah ada tetapi tidak lumayan. Ketika aku mundar mandir di balkony rumah seorang laki Iban datang dan menarik tangan aku. Dia ingin bercerita dan aku pula memang ingin mendengar. Aduh! Perbualan kami terputus-putus sama seperti aku dengan anak muda Kedayan dahulu. Dia menggunakan banyak istilah Iban yang tidak aku fahami tapi nasib baik ada seorang aktivis AMK anak tempatan yang menjadi juru terjemah. Si Iban ini namanya Jenau Anak Belang. Bila aku tanya umurnya dia berkata telah hampir 80 tahun. Dia gagah dan sasa. Pasti dari darah tani yang hidup berkhidmat setia kepada bumi. Jenau berkesah tentang bagaimana mereka dipaksa berpindah dari kawasan asal mereka pada tahun 1963. Tanah adat merek telah dirampas oleh syarikat balak. Kemudian tanah adat mereka dijadikan ladang sawit. Mereka mengundur ke tepi Sungai Lagan ini. Ini puluhan tahun dahulu. Jenau anak Belang terus bercerita bagaimana tahun demi tahun mereka cuba menuntut kembali tanah adat mereka - semua gagal. Kemudian Jenau menyatakan bahawa kali ini secara senyap senyap Rumah Panjang ini akan menyokong Keadilan. Bendera dan poster Barisan yang telah dipasang di kawasan mereka itu hanyalah decoy untuk menyelamatkan Rumah Panjang ini dari dianggap kubu pembangkang. Orang Iban ini telah arif. 'Ini poleeeteek...ini poleeteek Iban' Jenau menerangkan bahawa kali ini kemungkian Taib Mahmud akan kalah amat jelas. 'Sampai hari ini Taib Mahmud tak mahu mengaku yang dia ambil tanah kami' inilah kata-kata dari Jenau anak Belang. Dia memegang tangan aku dengan kuat. Aku aku ternampak tatoo di betisnya. Lalu aku bertanya apa makna tatoo ini. 'Ini kail.. tanda aku berani...' Aku merasa amat gembira dapat bertemu dengan Jenau anak Belang sang pembawa naratif yang menyampaikan turun termurun kesah kesah tanah adat mereka yang dirampas. Ini sejarah rakyat. Ini kesah Sarawak. Jelas sosok seperti Jenau inilah yang tidak memutuskan tali perjuangan puluhan tahun dahulu. Sosok ini membawa naratif hingga ke tahun 2011. Tahun ini adalah tahun di mana ombak dayak memberontak tidak dapat di kafankan lagi. Tanah adat yang dirampas akan menjadi tanah kubur Taib Mahmud dan Barisan Nasional di Sarawak. Kalau tidak Jenau bukan anak Belang. Anak Belang bermakna anak hariamu yang berani. | ||
Bosanlah, sudah 25 tahun undi BN Posted: 13 Apr 2011 10:46 AM PDT SEBUYAU: "Bosanlah, sudah 25 tahun undi BN tapi tidak ada perubahan," luah seorang pengundi N22, Dun Sebuyau. | ||
PRN Sarawak: Najib & BN Semakin Tertekan. Rakyat Tekad Untuk Ubah Kerajaan Posted: 13 Apr 2011 10:44 AM PDT Saingan makin sengit, Pakatan mula rasai peluang cerah berbanding 2006 Parti-parti komponen Pakatan Rakyat (PR) yakin bahawa mereka boleh menawan undi kawasan bandar pada hari penentuan pilihan raya negeri Sabtu ini, tetapi Barisan Nasional (BN) kelihatan memiliki sokongan yang cukup untuk memastikan ia boleh memperoleh majoriti dua pertiga kerusi. Bagaimanapun laporan-laporan positif kelihatan terus memihak kepada PR di kesemua 71 kerusi yang dipertandingkan - memberikan harapan kepada perikatan berusia tiga tahun itu memberi cabaran sengit kepada BN yang tidak pernah disaksikan. Meskipun pemimpin-pemimpin PR cukup berhati-hati, kehadiran penyokong dengan konsisten pada ceramah-ceramah yang diadakan sejak seminggu lalu dan respons cukup menggalakkan daripada penduduk setempat membolehkan mereka mengakui akan peningkatan sokongan di luar jangkaan mereka. Ketiga-tiga parti komponen PR – PKR, DAP dan PAS – telah mengisytiharkan bahawa mereka akan menambah kerusi berbanding kedudukan lima tahun lalu jika pun Sarawak tidak jatuh ke tangan mereka. Gerak-geri risikan menunjukkan mereka memperoleh respons yang semakin meningkat sejak hari penamaan calon Rabu lalu. Wong Ho Leng dari DAP memberitahu The Malaysian Insider, situasi hari ini lebih menggalakkan dan meyakinkan berbanding ketika pilihan raya kecil kerusi Parliemn Sibu, Mei lalu. Beliau membuat kejutan dengan memenangi kerusi itu daripada penguasaan Barisan Nasional (BN). "Kali ini lebih baik. Di Sibu, keadaan menjadi lebih positif ketika menuju penghujung. Tetapi di sini, sokongan sudah kelihatan sejak hari pertama (selepas penamaan calon). Saya berharap dapat mengekalkan persekitaran," katanya lagi. Wong menyenaraikan lima kerusi disandang BN yang cukup meyakinkan DAP iaitu Repok, Pujut, Piasau, Bawang Assan dan Batu Kawah. Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail juga yakin yang partinya akan meningkatkan undi popular pada jumlah yang signifikan. "Selalunya, kami membandingkan dengan pilihan raya negeri sebelum ini dan dari sini, adalah jelas dan terlalu sukar untuk menafikan respons baik khususnya di kawasan-kawasan pedalaman," kata Ahli Parlimen Machang ini. Beliau menambah PKR yakin ia akan memperlihatkan keputusan baik di tiga kawasan yang sebelum ini dimenangi BN dengan majoriti kecil iaitu Saribas, Ba'Kelalan dan Senadin. Rakan sejawatannya dari PAS Datuk Mustafa Ali pula berkata, respons pengundi sangat menggalakkan sehingga pemimpin-pemimpin setempat parti itu kini "terlalu yakin" akan peluang mereka. "BN memandang mudah perubahan semasa. Saya boleh melihat sesetengah pemimpin setempat dan jentera mereka terlalu yakin dengan peluang kami (pada kali ini). Saya minta mereka tidak (terlalu yakin)," katanya. Umumnya bagi PR, ini adalah pilihan raya negeri pertama sejak ia dibentuk tiga tahun lalu khususnya selepas menyaksikan tsunami politik pada pilihan raya umum 2008. Perikatan itu menggunakan pilihan raya negeri ini sebagai raptai menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan tahun ini. Sementara pilihan raya negeri ini dilihat sebagai pungutan suara ke atas populariti BN yang semakin terhakis di Malaysia Timur, ia juga dilihat sebagai ujian kepada PR untuk membuktikan popularitinya yang semakin meningkat sejak tsunami politik 2008. Bagaimanapun sumber-sumber pembangkang risau dengan khabar angin mengatakan BN akan membuat usaha akhir dalam kempennya dengan memberi 'buah tangan' lumayan kepada Parti Kebangsaan Sarawak (Snap), yang hubungannya dengan PR terjejas beberapa hari sebelum penamaan calon, dan bertanding di 26 kerusi yang disaingi PKR. Ini, menurut beberapa sumber, dilakukan untuk memecahkan undi bakal diperoleh pembangkang dan memastikan kemenangan BN. Wong juga mengakui mendengar khabar angin sedemikian tetapi enggan membuat spekulasi mengenainya. Ketika ditemui di ibu pejabat PKR di Satok di sini, Saifuddin juga melahirkan kebimbangan yang sama. "Kami tidak menafikan bahawa kami menerima sokongan permulaan yang baik, tetapi isunya sekarang ialah sama ada kami boleh mengekalkan (sokongan) sehingga Sabtu ini," katanya. "(Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Razak) berada di sini dan beliau macam Santa Claus, memberikan buah tangan. "Ini satu kekurangan besar bagi kami," katanya lagi. Najib secara perubadi mengetuai kempen sejak Ahad lalum situasi yang tidak pernah disaksikan masa-masa lalu. Meskipun begitu pemimpin-pemimpin PR kelihatan yakin bahawa mereka telah menerokai kedudukan lebih baik sejak enam hari lalu meskipun di kawasan-kawasan yang sebelum ini sebagai dilihat kubu kuat BN. Bagi PR satu lagi faktor besar yang mendorong kempennya ialah peningkatan rasa tidak puas hati pengundi terhadap kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud. -TMI
| ||
Selepas kecewa dengan suasana di Sarawak Najib hentam Presiden PAS laksanakan Politik Jahat..!! Posted: 13 Apr 2011 10:35 AM PDT Najib disambut dingin di Pekan Pusa BETING MARO: Dua hari lagi menjelang pilihan raya negeri Sarawak, Barisan Nasional (BN) kelihatan semakin terdesak apabila isu membabitkan Tan Sri Taib Mahmud terpaksa dijawab satu persatu. Namun isu bila Ketua Menteri itu akan meletak dan siapa pengganti nampaknya belum mampu dirungkai BN. Ini menyebabkan aktiviti kempen jentera BN kurang mendapat sambutan. Hari ini terbukti lagi apabila kehadiran Datuk Seri Najib Razak di Pekan Pusa disambut tidak lebih 100 penyokong BN. Lebih memalukan lagi apabila program kempen Najib yang diadakan sejurus selepas itu semakin kurang bilangan pendengar. Kalau hendak dihitung 50 orang pun sukar. Perdana Menteri datang menggunakan helikopter. Pemimpin BN tidak serik menggunakan sepenuhnya jentera kerajaan biar pun seorang terbunuh pada kemalangan helikopter kelmarin. Najib difahamkan terpaksa berkempen di Beting Maro memandangkan terdapat bayangan BN sukar mempertahankan kerusi berkenaan pada pilihan raya kali ini. Isu calon yang tidak dipersetujui akar umbi penyokong BN kini sukar ditangani. Keputusan Taib mengenepikan Bolhassan Di, penyandang sebelum ini juga makin payah diselesaikan. Selain itu dan kemenangan kecil Bolhassan pada pilihan raya sebelum ini dengan 895 undi menyebabkan situasi cemas melanda BN. Menurut krew Kelantantv yang berada di Beting Maro sejak Ahad lalu, kedatangan Najib turut disambut Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Katanya, Presiden PAS turut tampil bersalam dengan Najib ketika Perdana Menteri datang ke Pasar Pusa. Ketika itu pemimpin PAS dan sebahagiannya daripada Kelantan sedang minum pagi bersama calon PAS Beting Maro, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus. "Sambutan penduduk Pusa terhadap Najib amat dingin sekali. Tidak ramai sebagaimana dijangka walaupun BN buat pengumuman termasuk melalui TV meminta rakyat Pusa keluar menyambut Perdana Menteri. "Kekecewaan jelas terpancar di wajahnya. Ketika ucapannya, beliau menghentam Presiden PAS apabila menyebut 'orang PAS bila sambut, peluk kita nampak baik tapi politiknya jahat," beritahu jurucakap Kelantantv. Kempen Najib Najib difahamkan tiba di Kuching malam tadi. Beliau dijangka menghabiskan masa berkempen di bahagian tengah Sarawak iaitu Pusa, Sebuyau dan Batang Sadong sehingga esok. Dua hari lalu beliau berkempen di Beladin, salah satu Daerah Mengundi di Dun Beting Maro yang hanya boleh dihubungi melalui feri menyeberangi Sungai Saribas. Turut berkempen membantu calon BN di Beladin, semalam Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom. "Tinggal dua hari kempen sebelum hari pengundian Sabtu ini ternyata BN berada dalam keadaan tersepit apabila pelbagai isu membabitkan Taib terutamanya tanah adat langsung tidak disentuh Najib semasa melawat Beladin," katanya. Penduduk di Beladin juga dikatakan menuntut janji yang tidak ditunaikan sehingga kini termasuk membayar pampasan tanah. Malam tadi Ustaz Abdul Hadi berceramah di Pusa Tengah bersama anggota jawatankuasa PAS pusat, Mohamad Sabu; Senator Mumtaz Nawi, dan Timbalan Speaker Dun Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim. Sambutan penduduk Pusa terhadap ceramah PAS begitu menggalakkan sekali di mana jauh lebih positif berbanding pilihanraya negeri Sarawak pada 2006. Malah anak-anak muda tidak kekok melaungkan kata-kata 'Hidup PAS' dan didapati mereka memberi sokongan padu terhadap Abang Mat. Jentera pembantu kempen dari Dewan Pemuda Kelantan diketuai Abdul Latif Abdul Rahman turut mengadakan acara sukan bersama belia dan anak muda di Kampung Pusa Tengah semalam. BN semakin sukar Sementara itu pegawai penyelidik dari Pusat Kajian Strategik Kelantan, Zainal Abidin Husien (gambar) berkata, momentum yang berlaku di semenanjung pada 2008 ternyata telah hanyut ke Sarawak. "Sebelum ini kita boleh lihat gerak kerja kempen parti selain BN sukar mendapat tempat di kalangan penduduk tempatan. "Kempen PAS di Beting Maro pada pilihan raya negeri lalu pun berdepan dengan pelbagai kesukaran. Namun sekarang berubah 360 darjah. Penduduk boleh menerima PAS dan Pakatan Rakyat," katanya ketika dihubungi di sini. Menurutnya juga isu yang paling penting BN sehingga kini belum mampu memecah benteng keutuhan Pakatan Rakyat biar pun cuba membawa isu video lucah dengan andaian Datuk Seri Anwar Ibrahim ditolak rakyat Sarawak. Sebaliknya kata beliau apa yang berlaku sekarang, kehadiran pemimpin Pakatan mendapat sambutan hangat. Ceramah Muryidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pemimpin utama DAP di bandar Kuching malam 10 April lalu mendapat sambutan luar jangka. "Apa pun keputusan pilihan raya Sarawak ini akan mempengaruhi sentimen politik di Semenanjung. Semangat Pakatan sudah diterima rakyat, kata orang boleh jalan sekarang. "Kalau dahulu orang masih ragu-ragu, sekarang tidak lagi. Malah usaha media pro BN menghodohkan wajah pemimpin Pakatan nampak belum berjaya bahkan menyatukan penyokong Pakatan," ujarnya. Beliau yang mempunyai kelulusan dalam Sarjana Sains Politik dari USM berkata, keputusan pilihan raya Sarawak menjadi petunjuk kepada pilihan raya umum ke-13. | ||
Pemimpin Umno-BN ada datang ke ziarah jenazah Sahimi? Posted: 13 Apr 2011 05:25 AM PDT WarkahDaily - Dalam kesibukan duk berkempen di Sarawak, dikhabarkan tiada seorang pun pemimpin Umno-BN pusat atau negeri datang menziarahi jenazah Allahyarham Kapten Sahimi Ghazali juruterbang helikopter yang ditimpa kemalangan di Dataran Perbandaran Sibu petang Ahad lalu. Betoi ke? Harakahdaily - Kepulangan jenazah Allahyarham Kapten Sahimi Ghazali juruterbang helikopter yang ditimpa kemalangan di Dataran Perbandaran Sibu petang Ahad lalu disambut dengan kesedihan oleh anggota keluarganya. Exco Kelantan, Datuk Husam turut menziarahi jenazah allahyarham. | foto Harakahdaily Sahimi meninggal selepas kemalangan helikopter yang dipandunya sebaik sahaja selesai menghantar para pembantu Timbalan Perdana Menteri yang berkempen dalam pilihan raya negeri (PRN) Sarawak. Jenazah allahyarham Sahimi, 38 yang juga bekas anggota polis tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra kira-kira jam 7.20 malam dengan pesawat khas jenis Nomed 20A milik Layang-Layang Air. Pesawat yang diterbangkan khas dari Sibu itu mula berlepas dari lapangan terbang Sibu kira-kira jam 1.45 petang dan kemudiannya mendarat di Lapangan Terbang Senai, Johor Bharu untuk mengisi minyak sebelum meneruskan penerbangan ke Kota Bharu. Solat jenazah allahyarham Sahimi diimamkan Pengarah Jabatan Pembangunan Islam Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Ustaz Ropein Hasan, di rumah saudara mangsa di Kampung Wakaf Mek Zainab, di sini selepas solat Isyak. Turut serta menyembahyangkan jenazah allahyarham adalah Husam sendiri. Jenazah allahyarham selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam, Pohon Tanjung, Wakaf Mek Zainab. Turut menguruskan jenazah allahyarham adalah 15 anggota Unit Amal Kota Bharu yang diketuai Mohd Aliman Ismail. Keadaan helikopter yang dipandu allahyarham Sahimi selepas terhempas. | foto Harakahdaily Beliau yang mengalami kecederaan parah di bahagian rusuk terus dikejarkan ke Hospital Sibu oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), tetapi meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 malam, tujuh jam selepas nahas. Husam ketika ditemui berharap Allahyarham tergolong pada golongan orang yang syahid dalam menjalankan tugasnya. "Saya juga berharap anggota keluarga tenang menerima takdir dan ketentuan Allah,"ujarnya. Sempena kunjungan itu, Husam turut menghulurkan sumbangan peribadi kepada anggota keluarga dan akan mencadangkan pada kerajaan negeri untuk memberi sumbangan lain yang sewajarnya. Abang allahyarham, Mohd Bizanuddin Ghazali, 45, menyifatkan allahyarham seorang adik yang baik, warak serta pendiam. "Apa yang berlaku itu ada hikmahnya dan Allah lebih tahu tentang ketentuan itu, kami sekeluarga redha,"ujarnya. Isteri allahyarham Suriani Mohammad, 38 yang begitu tenang ketika ditemui juga turut redha di atas apa yang berlaku. "Dia seorang suami yang baik dan saya redha pemergiannya,"ujarnya. Allahyarham meninggalkan seorang balu serta empat cahayamata, Salman, 13 yang kini sedang belajar di salah sebuah sekolah tahfiz, Mohd Helmi, 9, Yasmin Salsabila, 7 dan Iskandar, 4. | ||
Taib bakal sempurnakan igauan buruk Najib Posted: 13 Apr 2011 05:17 AM PDT Ahmad Lutfi Othman Mulanya, tidak ramai yang meletakkan harapan bahawa perubahan besar bakal berlaku dalam pilihan raya negeri Sarawak. Tumpuan hanya difokuskan kepada beberapa kerusi majoriti pengundi Cina. Masyarakat Melayu-Melanau dan Dayak dianggap sukar untuk mencetuskan reformasi, apatah lagi tsunami politik. Bumi Kenyalang ini masih dianggap "simpanan tetap" yang selamat buat BN mempertahankan Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13 nanti. Isu lebih terpusat kepada personaliti Ketua Menteri, Taib Mahmud, yang sudah 30 tahun bertakhta, dengan kisah menarik tentang kekayaan luar biasa kaum keluarga dan suku-sakatnya. Turut dibicarakan adalah penindasan berlarutan dalam isu tanah hak adat Bumiputera (NCR), selain persoalan khazanah negeri yang kaya-raya tetapi tidak mampu menyelesaikan tuntutan mendesak mengenai kemudahan asas dan kemiskinan yang membelit majoriti rakyat Sarawak. Elit penguasa sesuka hati membolot hasil buminya, manakala rakyat, khususnya Orang Asal terus merempat. Pembalakan memusnahkan kampung halaman mereka. Cukup menyedihkan. Itu suasana sebelum hari penamaan calon, ketika kempen secara rasmi tidak dibenarkan lagi. Bukan sahaja BN dijangka menang mudah, malah tidak sukar untuk mempertahankan majoriti dua pertiga dan meneruskan "kerja zalim" mereka. Untuk memperolehi 24 kerusi pun, bagi menafikan kemenangan selesa BN, Pakatan Rakyat tidak diberikan harapan tinggi. Selepas lima hari berkempen, tiba-tiba realiti di Sarawak seperti memberikan harapan baru yang lebih segar. Arus perubahan bukan sekitar masyarakat Tionghua. Perdana Menteri, Najib Razak dilaporkan terpaksa bekejar ke Kuching, menyelamatkan BN yang kian goyah, dengan berkempen di sana sehingga hari mengundi. Selalunya hanya Timbalan Perdana Menteri yang berkampung dan mengetuai kempen. Najib sebenarnya sudah melanggar tradisi apabila turut berkempen dalam pilihan raya kecil Sibu, Mei 2010. Hasilnya, DAP mencipta kejutan. BN terduduk kalah. Sejak pilihan raya negeri 2006, protes pengundi Cina tidak dapat disembunyikan lagi. Ia kemudiannya berjangkit ke Semenanjung dalam PRU12, Mac 2008. Tidak dipastikan apakah Najib mampu mempertahankan kedudukan BN atau menambah-parahkan lagi keadaan. Antara tugas penting Najib menjelang hari mengundi adalah untuk meyakinkan pengundi Sarawak bahawa Taib memang akan benar-benar berhenti selepas pilihan raya ini. Jaminan itu bagaimanapun disambut dingin, apatah semasa dilafazkan Taib tidak kelihatan pun di sebelah Taib. Pada November 1995, Taib mengumumkan akan berundur dalam masa lima tahun, tetapi sehingga 2011, iaitu 16 tahun selepas itu, beliau masih berkuku, ceria dan gagah di samping isteri mudanya. (Dalam tulisannya, pensyarah kanan Unimas, Dr Awang Azman Awang Pawi menukilkan: "Pada suatu majlis rasmi parti, beliau (Taib) memakai baju batik yang lengan bajunya disingsing ke siku, bingkas bangun dan bergerak laju ke rostrum dengan penuh semangat. Dari tempat duduk di barisan bawah menuju ke pentas, beliau seakan-akan melompat. Khalayak dari luar Sarawak khususnya dari media Semenanjung Malaysia agak terkejut dengan kelincahannya."). Menerusi gambar yang disiarkan Utusan Malaysia, Isnin lalu, semasa Najib berkempen di Stadium MBKS, Kuching, sambutan nampak cukup tidak menggalakkan. Banyak kerusi kosong. Pesertanya pula kelihatan memakai t-shirt yang sama, menandakan mereka bukannya "rakyat jelata" tetapi "penganjur bersama". Esoknya, dalam program konsert 1Malaysia, di Padang Merdeka, Taib menegaskan hanya akan berundur dalam masa "beberapa tahun lagi". Menarik juga jika mahu dianalisis berapa lama sebenarnya tempoh "beberapa tahun lagi" itu, dalam kiraan Taib? Apatah lagi tahap kesihatan dan kecergasannya, terutama selepas beristeri muda, begitu menakjubkan! Fokus utama Najib bukan sekadar Sarawak tetapi jauh menjangkaui impak buruk buat BN jika Pakatan sekali lagi mencipta kejutan. Kalaupun tsunami belum mampu membadai pantai Sarawak pada 16 April nanti, namun apa jua momentum yang dihasilkan Pakatan nanti dijangka berupaya membangkitkan semangat baru rakyat Malaysia untuk mempercayai bahawa mereka boleh melakukan perubahan besar dalam PRU13. Najib pastinya sudah bertungkus-lumus untuk mematahkan keyakinan rakyat yang cukup berbahaya itu. Segalanya telah diperkakaskan untuk menimbus segala momentum PRU12; soalnya, apakah Najib akan melihat begitu saja Taib bakal menjadikan beliau sebagai perdana menteri terakhir daripada BN? | ||
Ribuan Penduduk Kapit Keluar Sambut Anwar Posted: 13 Apr 2011 05:13 AM PDT Kegiatan harian pekan Kapit terhenti seketika apabila ribuan penduduk keluar beramai-ramai mengalu-alukan lawatan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke kawasan yang terpencil di bumi Sarawak itu. Anwar menaiki feri dari pelabuhan Sibu untuk perjalanan melalui Sungai Rejang yang memakan masa selama tiga jam sebelum sampai ke destinasinya. Lebih dua ribu penduduk meyambut ketibaan beliau serta rombongan. Sambil melaungkan "Hidup Anwar, Hidup PKR" masyarakat Kapit yang majoritinya kaum Iban berpusu-pusu dan berbaris panjang untuk menerima tetamu mereka. Lawatan Anwar dan sambutan yang diterimanya menandakan Pakatan Rakyat menembusi kawasan pendalaman Satawak yang paling jauh yang dikenali sebagai "Pulau Kapit" kerana perjalanan hanya boleh dilakukan melalui jalan sungai. "Kami sangat gembira Datuk Anwar datang ke Kapit. Kami sayang kepadanya kerana dia bela nasib rajkyat miskin," kata seorang wanita pertengahan umur. Malah suasana sesak di jalan raya pekan Kapait apabila ramai pemandu menghulurkan tangan mereka untuk bersalaman dengan Ketua Umum Parti Keadilan itu. "Kapit kami beri kepada PKR, memang kami sudah benci dengan ini BN. Pemimpin mereka tidak pernah datang melawat kami, hanya datang setakat terminal feri sahaja," kata seorang lagi penduduk Kapit. Sejurus tiba di terminal feri Kapit Anwar memulakan program beliau dengan berjalan I disekitar pekan itu untuk menemui penduduk. Kapit mempunyai dua kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu N54 Pelagus dan N56 Baleh. Kedua-dua kerusi ditandingi oleh KEADILAN masing-masing oleh Edward Sumbang ak Asun dan Franky Bendinang ak Majah. Pelagus mempunyai 14,550 pengundi manakala Baleh kira-kira 10,500 pengundi berdaftar. | ||
Hishamuddin Rais: Perubahan sini akan sampai ke Putrajaya Posted: 13 Apr 2011 04:00 AM PDT Hishamuddin Rais: Perubahan sini akan sampai ke Putrajaya @anwaribrahim @tianchua @azminali @elizabethwong Hishamuddin Rais berseluar senteng begitu bersemangat berceramah di Miri. Dia begitu berkobar-kobar dan terkobar-kobar ke sana kerana marahkan harta Taib yang menimbun dikebas dari air mata rakyat Sarawak. Dia juga ingin mengiringi Taib ke pejabat SPRM Sarawak selepas pilihanraya. Dengarnya Taib juga begitu takut dengan tingkat tiga dan ke atas, dia akan minta berada di 'Ground Floor', ke 'under ground' pun boleh. Kah! Kah! Kah! Pinjam gelak Tukar Tiub. Inilah mungkin gayanya orang seni, bersahaja. Pentingnya Taib dan BN akan sesak nafas!! - ekele.net | ||
PRN SARAWAK : NAJIB MENGAKU KALAH Posted: 13 Apr 2011 03:58 AM PDT
Kalau sebelum ini Najib sentiasa bercakap besar bahawa BN akan menang mudah, hari ini nada percakapan Najib kendur sekendur-kendurnya. Beliau berkata bahawa kemenangan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya negeri Sawarak pada 16 April ini adalah satu 'bonus'. Katanya, ini kerana sasaran BN adalah untuk membentuk kerajaan negeri, yang hanya memerlukan kemenangan majoriti mudah. Setahu kita BN tidak pernah meletakkan sasaran membentuk kerajaan dengan majoriti mudah pada setiap kali pilihanraya. Kenyataan Najib ini hanyalah untuk mengelakkan BN mendapat malu jika ditakdirkan BN gagal membentuk kerajaan negeri Sarawak dengan majoriti 2/3. Kenyataan beliau hari ini memang di luar dugaan kerana BN sebelum ini sentiasa percaya bahawa Sarawak adalah kubu kuat mereka, amat sukar untuk PR menang walaupun satu kerusi sebelum pilihanraya negeri 2006. Namun begitu diharapkan jentera PR tidak mudah 'over confident' dengan kenyataan Najib ini. Mungkin beliau mempunyai helah tertentu untuk melekakan PR agar berpuashati dengan penerimaan rakyat sekarang. Jentera PR mesti terus mara memberikan penerangan kepada rakyat tentang kewajipan menolak BN secara total. Sentiasa inci lubang dan ruang yang boleh diterobos oleh BN dengan cara penipuan dan penyelewengan mesti ditutup dan dikawal rapi. | ||
Husam Tolak Tanding Presiden,Sokong Penuh Kepimpinan Tuan Guru Hj Hadi Posted: 13 Apr 2011 03:57 AM PDT Ahli Jawatan Kuasa (AJK) PAS Pusat, Datuk Husam Musa, hari ini menyatakan sokongan penuh beliau kepada pimpinan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Sehubungan dengan itu, Husam menolak sebarang percalonan dari mana-mana PAS kawasan untuk mencalonkan beliau sebagai Presiden PAS. "Saya menyokong 100 peratus kepada pimpinan Tuan Guru Haji Hadi, kerana kepada saya beliau adalah seorang yang berwibawa dan boleh menyatukan PAS. "Jadi saya harap kawasan-kawasan lain tidak mencalonkan saya bagi jawatan presiden," katanya. "Saya tidak pernah ada hasrat untuk bertanding jawatan setinggi itu, apa tah lagi apabila dipertembungkan dengan Tuan Guru Haji Hadi," katanya lagi. Ujarnya, generasi muda kini mungkin tidak mengetahui hubungannya dengan Tuan Guru Haji Hadi. "Pada tahun 1983 bila saya lepas universiti, saya 'full time' berkerja dengan PAS. "Dan yang menerima saya di dalam majlis rasmi adalah Tuan Guru Haji Hadi dan almarhum Ustaz Hassan Syukri," ujarnya lagi. Walau macam mana pun beliau mengucap kan terima kasih kepada PAS kawasan Bukit Bintang yang mencalonkan beliau sebagai Presiden PAS. "Mungkin PAS Bukit Bintang mempunyai sebab-sebab yang tertentu sehingga mencalonkan saya," katanya. Ujarnya lagi, beliau hanya akan bertanding sebagai AJK PAS Pusat sahaja dan fokus utama beliau ialah Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13. "Tugas utama saya ialah bagi memastikan Kelantan diuruskan dengan baik dan berjaya dalam PRU 13 yang semakin hampir," ujarnya lagi. Baru-baru ini PAS kawasan Bukit Bintang telah mencalonkan Husam bagi bertanding jawatan Presiden PAS sewaktu mesyuarat agung PAS kawasan berkenaan. Mesyuarat itu juga mencalonkan bekas Naib Presiden, Mohamad Sabu untuk jawatan Timbalan Presiden. Manakala, tiga jawatan Naib Presiden mereka mencalonkan Salahuddin Ayob, Datuk Mahfuz Omar dan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin. -Hrkh | ||
Dun menang jadi anak angkat PAS Pusat Posted: 13 Apr 2011 02:15 AM PDT
(Ustaz Abdul Hadi bersama pemimpin PAS Sarawak di samping calon PAS Beting Maro, Abang Mat [kanan sekali] di Pusa Hulu, Beting Maro) BETING MARO, 13 April: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberi jaminan bahawa mana-mana Dun yang dimenangi oleh PAS dalam pilihanraya negeri (PRN) Sarawak akan dijadikan Dun angkat PAS pusat. (Gambar: Bukan guna helikopter tetapi hanya dengan sampan untuk bertemu pengundi) (Gambar: Ustaz hadi di sambut orang ramai setibanya di Pusa Hulu) Sementara itu, Abdul Hadi membuat rayuan khas kepada rakyat Sarawak menjelang hari mengundi 16 April ini. Berikut adalah rayuan beliau. Rayuan Presiden PAS kepada rakyat Sarawak | ||
TERKINI!! KANTOI!! BARISAN NAJIS BELI UNDI PENGUNDI POS!! Posted: 13 Apr 2011 02:14 AM PDT
DAP released a video clip purportedly showing four women handing over their postal votes to a man at Wisma Sanyan here yesterday. The one minute clip shows a be-spectacled man receiving what looked like postal ballot papers from four women who had just picked them up from the Election Commission. The video, which was released at the DAP's daily press conference, here, showed the women handing over the ballots to the man in a stairwell at the iconic building, which is the tallest in Sibu. Postal voting proper only got underway at 9am today. The five were caught unawares while they were being filmed by a DAP polling agent. They immediately dispersed when they saw the party worker filming them with his camera phone. A screenshot of the "supposed" vote tamperers being caught on camera.The man attempted to block the DAP agent's view of the women as they ran out of the stairwell. Mary Josephine Pritam Singh, a DAP election worker, said the incident occurred between 12.30pm to 1pm. She and a team of party polling agents had gone to Wisma Sanyan to monitor the distribution of postal votes by the Election Commission. The party worker who filmed the episode was part of her team. No money was seen exchanging hands during the meeting. According to EC regulations, postal votes are picked up a centre and the voter may take them home to fill them up. Each postal vote is a package that contains two envelopes, a form and the ballot paper itself. The voter is supposed to mark the ballot, fill out the form, seal the envelopes and return the package to the EC. The women in the video were purportedly handing over the orange-coloured ballot papers to the man. It could not be ascertained what the man intended to do with the papers. | ||
RM1.5b wang rakyat dalam 1MDB diguna selamatkan kroni Taib.... Posted: 13 Apr 2011 02:12 AM PDT Ia dilakukan menerusi syarikat pelaburan kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang melakukan urusniaga meragukan untuk mengelabui mata rakyat, kata Anwar. 1MDB melakukan urusniaga dengan syarikat PetroSaudi dari Arab Saudi, untuk membolehkan syarikat UBG Berhad, yang menghadapi masalah kewangan dan dimiliki keluarga Taib, diselamatkan. "Untuk memperdayakan rakyat, Najib isytihar keuntungan 1MDB sebanyak RM425 juta pada tahun pertama operasinya. Namun, beliau tidak pernah memberitahu kita bagaimana (keuntungan itu diperoleh). "Hari ini kita ada penyata kewangan 1MDB yang mendedahkan salahguna wang kerajaan tanpa rasa malu yang dilakukan Barisan Nasional dan bagaimana mereka berterusan menyalahgunakan kekayaan negara," kata Anwar. Menurut Anwar, keuntungan sebanyak RM425 juta yang diisytihar pada tahun kewangan 1MDB yang berakhir pada 31 Mac 2010 mendedahkan perkara yang berbeza apabila diteliti dengan lebih dekat. "Lima bulan selepas membayar RM3.5 billion untuk pelaburan projek usaha sama dengan PetroSaudi, 1MDB menjual semula pelaburan itu kepada pemilik PetroSaudi dengan harga RM4.1 billion. "Pada mata kasar,ia kelihatan seperti keuntungan yang menakjubkan. Namun, PetroSaudi yang menerima wang tunai sewaktu 1MDB membeli pelaburan tersebut kini membayar pembelian semula itu melalui skim pinjaman selama 11 tahun yang akan hanya selesai pada 31 Mac 2021. "Sekarang, hampir 70 peratus modal asal 1MDB adalah dalam bentuk pinjaman, yang tiada jaminan lagi akan dibayar semula sepenuhnya," kata Anwar. Malahan, urusniaga itu juga dilakukan pada hari terakhir tahun kewangan 1MDB, 31 Mac 2010 bagi menipu rakyat. "Silap mata perakaunan ini dilakukan untuk menunjukkan keuntungan meragukan yang diisytiharkan Najib," kata Anwar. Perkara paling mengejutkan, kata Anwar, adalah hubung kait Taib Mahmud dengan 1MDB melalui urusniaga yang meragukan. "Pada tahun lalu juga, PetroSaudi membayar RM1.5 billion untuk mengambil alih UBG Berhad, instrumen pelaburan milik empayar keluarga Taib Mahmud yang menghadapi masalah kewangan," kata Anwar. Justeru, Anwar menuntut agar satu audit khas dilakukan untuk menyiasat samada urusniaga yang melibatkan 1MDB, PetroSaudi dan UBG menggunakan wang rakyat dan digunakan untuk tujuan politik yang tertentu. Anwar juga menuntut sebarang usaha 1MDB meraih dana daripada bank dihalang sehingga audit itu selesai. Sebarang usaha untuk memindahkan harta kerajaan seperti cadangan menganugerahkan sebidang tanah di Jalan Cochrane juga perlu dihentikan, kata Anwar. Anwar juga menuntut satu pendedahan siapa sebenarnya di belakang 1MDB dilakukan agar rakyat yakin bahawa 1MDB betul-betul kukuh untuk memenuhi komitmennya. source:keadilandaily.com Media told to play down opposition mega rallies | ||
Apa Umno kisah bila ulama bersuara Posted: 13 Apr 2011 02:11 AM PDT Oleh Abd Shukur Harun Ulama sudah bersuara, para NGO Islam dan bukan Islam sudah bersuara, bahkan badan agama bukan Islampun sudah bersuara, demikian juga rakyat prihatin yang lain sudah juga bersuara. Semuanya sudah bersuara membantah, menghecam dan menyatakan rasa jijik yang amat sangat akan perbuatan menayangkan video lucah politik yang mereka anggap sangat memudaratkan bagi rakyat Malaysia Maknanya majoriti besar rakyat Malaysia sudah bersuara, mengecam dan memandang jijik perlakuan politik fitnah yang demikian berleluasa. Ini juga bermakna, hanya golongan yang amat kecil jumlahnya dan berkepentingan yang merasa puas dengan perlakuan fitnah jijik seumpama itu. Kenyataan keras yang terbaru ialah dari Persatuan Ulama Malaysia (PUM) yang menyifatkan tindakan pihak tertentu termasuk media tradisional menyiarkan gambar aksi seks yang bertentangan dengan hukum Islam dan norma masyarakat Melayu. Malah perkembangan itu turut dikecam oleh Rangkaian Memacu Arus Perjuangan (MAP), yang memandang serius pendedahan video seks di YouTube baru-baru ini. Yang paling lantang dan lebih dulu mengecam perbuatan memfitnah individu tertentu melalui tayangan video lucah ialah tokoh pemikir Islam terkemuka, Prof. Madya Dr. Asri Zainal Abidin. Bahkan beliau menyeru supaya semua kalangan rakyat membantah perbuatan keji ini. Sementara itu beberapa orang mufti telahpun bersuara membantah perlakuan menyebarkan fitnah dan aib seseorang kepada orang ramai. Para mufti itu menyatakan kebimbangan yang amat sangat bahawa perbuatan seumpama ini akan merosakan nama baik Islam, malah minda rakyat seluruhnya. Setiausaha Agung PUM Dr Mohd Roslan Md Nor berkata, pihaknya kesal dengan tindakan itu dan menyifatkan langkah tersebut berniat jahat dan melampaui batasan akhlak, moral dan budaya. Atas nama apa alasan sekalipun, katanya, penyebaran ini adalah satu tindakan jahat, fitnah dan melampaui batasan akhlak, moral dan budaya malah menyalahi etika kewartawanan yang serius. "Trend membuka aib dan menyebar fitnah bukan norma budaya Melayu Islam, malah menyalahi undang-undang dan etika mana sekalipun di dunia ini," katanya. Menurutnya, pihaknya juga berhasrat untuk memohon campur tangan Majlis Raja-Raja sekiranya pihak berkuasa dan kerajaan gagal untuk menghentikan penyebaran rakaman video seks itu. "Menyedari kegagalan pihak berkuasa sedia ada, PUM akan memohon campur tangan Majlis Raja-Raja untuk bertindak dengan segera bagi mengambil tindakan menghentikan kejahatan dan maksiat yang dipromosikan ini," katanya. Beliau berkata, individu yang terlibat dalam pembikinan dan penyebaran rakaman video seks itu melakukan perbuatan haram di sisi agama Islam. Menurut PUM lagi, mereka ini bukan sahaja merosakkan diri, keluarga dan masyarakat, malah turut mempromosikan kejahatan yang bakal mengundang laknat dan bala daripada Allah. Menurut Dr. Mohd Roslan, pihaknya kesal kerana media telah menjatuhkan 'hukuman' setelah keaiban dan fitnah didedahkan. Beliau juga menegaskan pihaknya turut kesal dengan 'golongan' yang bersungguh-sungguh mahu menjadikan rakaman video seks itu sebagai tumpuan perhatian dalam negara berbanding isu-isu nasional lain. "Saling cabar-mencabar dalam Parlimen untuk menyaksi video lucah menandakan kerendahan akal budi wakil rakyat ketika mereka dianggap sebagai insan yang mempunyai daya pemikiran dan budi yang tinggi," kata Setiausaha Agung PUM itu. Dalam pada itu, Rangkaian Memacu Arus Perjuangan (MAP) memandang serius pendedahan video seks di YouTube membabitkan nama pemimpin pembangkang. "Ia amat keterlaluan dan mencemarkan nilai budaya politik Malaysia. Sama ada video tersebut tulen atau tidak bukanlah menjadi persoalan pada tahap ini, tetapi yang lebih penting adalah mengawal penyebarannya agar tidak menimbulkan keresahan di kalangan rakyat," kata presidennya Mustafsa Kamil Ayub. "MAP menyeru semua pihak bergerak ke arah politik nilai yang menekankan kepada penjagaan akhlak sesama insan, proses undang-undang yang telus, mengutamakan kepentingan rakyat serta menjaga kemurnian budaya murni Malaysia," katanya. Sementara itu. sangat menarik untuk diperhatikan bagaimana puluhan ribu orang yang menyertai solat hajat dan munajat di Stadium Melawati, Shah Alam minggu lalu adalah manifestasi rakyat secara sepontan beramai-ramai membantah video fitnah tersebut. Kemudian dituruti dengan ceramah perdana menentang fitnah yang diadakan oleh Pakatan Rakyat di Staidum Subang Jaya, Selangor yang dihadiri lebih empat ribu orang di mana penceramahnya Haji Muhamad Sabu, pemimpin PKR Kelana Jaya, Syed Shahir bin Syed Muhamad, Adun Seria Setia, Nik Nazmi dan pemimpin Pakatan yang lain. Dun Subang Jaya adalah kawasan elite pelbagai kaum dimenangi oleh Hannah Yeoh dari DAP dalam PRU Ke-12 2008 dulu. Ceramah Pakatan Rakyat pada malam tersebut dihadiri oleh pelbagai kaum dan ini memberi gambaran bahawa penduduk kawasan ini menolak fitnah politik melalui penayangan video lucah. Dalam perkembangan selanjutnya, ceramah umum di pelbagai tempat di seluruh negara oleh Pakatan Rakyat dijangka akan memberi tumpuan menentang penayangan video fitnah yang akan merosakkan minda rakyat. Isu ini dijangka akan terus hangat, mungkin sehingga Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. Sementara itu, laporan yang diterima berkata bahawa majoriti kalangan rakyat di pedalaman juga menganggap video lucah ini sebagai suatu fitnah besar yang tidak dapat diterima oleh mereka yang waras fikirannya. Laporan juga diterima Kuching bahawa pengundi di Sarawak tidak menunjukkan minat terhadap isu video fitnah ini, justru pengundi di sana lebih memberikan tumpan kepada isu tanah adat, masaalah kemiskinan yang berterusan dan sebagainya. | ||
17 kerusi dalam tangan, 11 jadi rebutan? Posted: 13 Apr 2011 02:02 AM PDT KUCHING, 13 April: Sekurang-kurangnya 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak didakwa sudah dalam genggaman Pakatan Rakyat manakala 11 kerusi lagi boleh jatuh bila-bila masa kepada Pakatan. | ||
PRN Sarawak: Meledaknya Angin Perubahan Sehingga Maskot "Ubah" Habis Dijual Posted: 13 Apr 2011 01:17 AM PDT Patung mainan burung kenyalang yang dihasilkan oleh DAP Sarawak bagi kempen pilihan raya negeri hampir habis dijual. Menurut setiausaha publisiti DAP, Tony Pua, patung yang diberi nama "Ubah" dan dihasilkan sebanyak 30,000 itu dijual pada harga RM10 sebuah. Ia kini dilaporkan kehabisan di kebanyakan tempat di seluruh Sarawak. Katanya, parti itu juga menghasilkan 30,000 patung yang lebih besar dan dijual pada harga RM60 sebuah. "Kami baru bawa bekalan terakhir iaitu sebanyak 300 'Ubah' besar dari Kuala Lumpur. Apabila habis dijual, kita tidak akan hasilkan lagi," katanya. Beliau juga berkata terdapat banyak rungutan daripada penyokong DAP yang kecewa kerana tidak dapat membeli patung berkenaan. "Kami langsung tidak menjangkakan ia begitu laris, jadi kami tidak menghasilkannya dalam jumlah yang besar," kata Pua (kanan). Jualan 'Ubah' sebegitu laris khususnya ketika DAP mengadakan ceramah-ceramahnya. Penyokong tidak melepaskan kesempatan meminta pemimpin DAP menurunkan tandatangan mereka di paruh maskot itu Antara yang sering menjadi buruan penyokong adalah tandatangan setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang. Pada perhimpunan di Kuching, Ahad lalu, ribuan cuba mendapatkan tandatangan Lim sehingga juruacara majlis meminta kerjasama orang ramai membenarkan Lim beredar kerana terpaksa menghadiri majlis lain. | ||
Media diarah tidak lagi siarkan perhimpunan Pakatan Posted: 13 Apr 2011 01:14 AM PDT BN yang kini dilihat semakin goyah menjelang pilihan raya negeri Sarawak 16 April ini, terus memperkuatkan cengkamannya ke atas media arus perdana . Dengan portal berita, termasuk Malaysiakini dan Sarawak Report, yang telah menerbitkan laporan kritikal mengenai ketua menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, tidak dapat diakses akibat serangan siber, rangkaian televisyen telah diarahkan jangan menyiarkan rali dan ceramah-ceramah Pakatan Rakyat. Sumber yang rapat dengan gergasi media yang dikaitkan dengan Umno itu - Media Prima - memberitahu Malaysiakini bahawa semua rangkaian televisyen miliknya telah diarahkan supaya tidak menyiarkan ceramah harian Pakatan yang berjaya menarik kehadiran ribuan orang. "Visual rali mega tidak sama sekali boleh disiarkan meskipun ia berkaitan dengan pilihan raya," kata sumber dalaman itu. Media Prima memiliki semua rangkaian televisyen swasta percuma di negara ini -TV3, ntv7, 8TV and TV9. Selain televisyen, akhbar Cina juga diberi tekanan selepas BN dikatakan mungkin tumbang di beberapa kawasan yang mempunyai pengundi majoriti masyarakat Cina. "Walaupun belum diberi arahan, kita mesti berhati-hati dengan laporan berita. Saya tidak fikir, kita mampu lagi memberi liputan pada ratio 60:40 bagi BN dan Pakatan, kita sekarang terpaksa menukarnya kepada 70:30," kata seorang editor akhbar harian Cina."Sejak dua atau tiga lalu, liputan ke atas kami telah berkurangan dengan begitu ketara sekali," kata seorang pekerja kempen DAP. -M'kini | ||
Antara Dua Darjat Versi Sarawak 2 - Undilah Demi Perubahan, Jom Ubah (Bergambar) Posted: 13 Apr 2011 01:14 AM PDT | ||
DUN SARAWAK: TAIB DEGIL, BN PULA GOYAH HADAPI HARI PENENTUAN Posted: 12 Apr 2011 09:37 PM PDT Beberapa pegawai jentera BN mengakui bahawa keengganan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk menetapkan tarikh beliau akan melepaskan jawatannya dan enggan menerima hakikat bahawa perikatan itu kini berhadapan dengan cabaran sengit, kali pertama dalam sejarah, daripada Pakatan Rakyat dan hanya bergantung pada mereka dari luar kitaran politik, termasuk kuasa ghaib, dilihat sebagai memeningkan keadaan. Taib genap tiga dekad menjadi ketua menteri Sarawak pada 26 Mac lalu. Malah pegawai-pegawai BN juga kecewa dengan pendirian Taib yang tidak mahu menerima persekitaran bahawa beliau sebenarnya menjadi punca kepada setiap serangan negatif mengenai kepimpinan perikatan itu di Sarawak. "Perdana Menteri menawarkan beliau jalan keluar awal untuk membantu mengatasi kerosakan dialami dan juga memberikan laluan untuk menentukan peringkatnya sendiri untuk berhenti (sebagai Ketua Menteri). "Tetapi beliau tidak mempedulikan masa depan BN hanya kerana kepentingan diri," kata satu sumber BN kepada The Malaysian Insider dengan merujuk kepada jaminan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak pada Ahad lalu bahawa peralihan kepimpinan akan berlaku dengan segera selepas pilihan raya negeri ke-10 ini. Pemimpin-pemimpin BN juga yakin tidak mungkin perikatan itu akan kehilangan kuasa negeri tetapi tindakan Taib mahu terus kekal akan menyebabkan mereka keciciran banyak kawasan di Dewan Undangan Negeri yang memperuntukkan 71 kerusi. Pakatan Rakyat dilihat akan menang hampir 20 kerusi. "Malah beliau juga tidak berkempen dengan efektif dan berfokus. Keengganan beliau mendengar (pandangan ramai) akan menjejaskan BN," kata satu lagi sumber. Pada pilihan raya negeri 2006, pembangkang hanya menang tujuh kerusi. Prestasi pembangkang yang berbara dilihat akan memberikan nafas baru kepada mereka menghadapi cabaran kali ini dan kemungkinan menggugat rancangan Najib untuk memanggil pilihan raya umum tahun ini. Sekian lama Sarawak telah dianggap sebagai negeri yang selamat bagi BN kerana Taib mengawal ketat kepimpinan dan mengetepikan suara-suara yang membangkang kerajaan negeri. Bagaimanapun pendedahan demi pendedahan mengenai kekayaan keluarga beliau dan keberkesanan Internet dan Radio Free Sarawak yang membangkitkan persoalan-persoalan mengenai nepotisme dan kronisme telah berubah menjadi ancaman kepada peluang BN kali ini. Pemimpin-pemimpin BN juga merasakan Taib menjadi balasan nombor satu dalam menghadapi kesan-kesan yang dilalui sekarang. Pengundian pilihan raya negeri diadakan Sabtu ini. "Taib sedang mencari laluan keluar yang selamat dan mahukan seorang pengganti yang akan memberikannya jaminan itu," kata seorang pemimpin Umno kepada The Malaysian Insider. "Beliau juga mahu meletakkan seorang yang beliau boleh kawal seperti Dr Mahathir memilih Pak Lah," kata pemimpin Umno itu. Tun Dr Mahathir Mohamad memilih Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk menggantikannya sebagai perdana menteri pada 2003. | ||
Posted: 12 Apr 2011 05:31 PM PDT Pegawai SPRM belasah saya dengan batang besi' Seorang pegawai pemasaran berkata beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membelasahnya selepas menahannya dua tahun lalu atas dakwaan menerima rasuah. Beng Hock berkata seorang daripada pegawai itu juga menggunakan sebatang besi yang dibungkus dengan surat khabar bagi membelasahnya. Pukul di kemaluan, letak ais "Seorang lagi yang dikenali sebagai Mohd Ashraf Mohd Yusof menggunakan rotan bagi memukul di bahagian kemaluan saya. Seorang lagi meletakkan ais di tempat sulit saya. "Semua ini berlaku ketika saya ditahan oleh SPRM Selangor dan tangan saya digari. Saya juga dibogelkan dan hanya dibenarkan memakai seluar dalam dan semua ini berlaku di Plaza Masalam," dakwanya. Selain Ashraf, beliau juga menamakan Khairul Nizam, Zulkifli, dan Hairul Ilham Hamzah sebagai pegawai yang memukulnya itu. Menyambung keterangannya, Sivanesan berkata pada permulaannya, dia ditampar dan ditendang berulang kali oleh lima hingga enam anggota suruhanjaya berkenaan. Lelaki itu juga berkata seorang pegawai yang dinamakannya sebagai Mogan memaklumkannya bahawa tempat tahanan itu akan menjadi neraka sekiranya beliau tidak berkerjasama. "Mereka mahu saya tandatangan mengaku bahawa saya setuju ditahan SPRM tetapi saya tak setuju," katanya. Sivanesan berkata beliau kemudiannya dibawa kepada seorang majistret yang kemudiannya mengeluarkan arahan tahanan reman selama empat hari. Menurutnya, SPRM menuduhnya menerima rasuah sebanyak RM30,000 dan malah menggelidah rumahnya tetapi tidak menjumpai apa-apa. "Berikutan tahanan reman itu, mereka terus pukul saya selama 15 hingga 20 minit apabila saya pergi ke Plaza Masalam," katanya. -mk | ||
Kantoii..AJK Umno Kena"Cekup".. Posted: 12 Apr 2011 05:30 PM PDT Lelaki berkenaan ditahan bersama pasangannya pada kira-kira jam 1.30 pagi dalam operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) Tanah Merah diketuai Imam Masjid Bandar, Roslee Ismail dan ahli Rukun Tetangga (RT). Difahamkan semasa kejadian, penguatkuasa sedang mengetuk bilik hotel berhampiran bilik yang didiami lelaki terbabit dan pasangannya itu, namun tanpa disangka lelaki terbabit keluar dari bilik dan pihak penguatkuasa mengesyaki lelaki terbabit dalam keadaan mencurigakan. Menurut sumber JHEAIK Tanah Merah, setelah diperiksa lelaki terbabit, yang berpakaian lengkap berada dalam bilik berkenaan bersama seorang gadis belasan tahun yang sedangberkemban. "Dia bersama pasangannya itu kemudian dibawa ke pejabat JHEAIK untuk tindakan lanjut kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen sah mengenai status mereka yang berdua-duaan dalam bilik hotel berkenaan. "Selepas keterangan diambil kedua-duanya dijamin oleh seorang penjamin sementara menunggu tarikh perbicaraan kes tersebut pada 18 Mei ini," katanya. Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah, Nik Zuhdi Nik Yaacob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes itu disiasat di bawah Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan untuk tindakan susulan.-perakite | ||
Pilihan Raya Sarawak: Bn buat konsert,bila ceramah tak dapat sambutan ?? Posted: 12 Apr 2011 05:28 PM PDT Walau bagaimanapun Konsert+Ceramah (KOMA) yang berlindung di balik NGO 1Malaysia yang di adakan malam tadi di Padang Merdeka Kuching masih gagal menandingi sambutan orang terhadap ceramah anjuran Pakatan Rakyat. Saya mencadangkan BN menjemput pelawak dan pelakon terkenal untuk menarik orang ramai. Mendahului senarai ialah Umi Hafilda, Ibrahim Ali dan Zulkifli Nordin. Mungkin untuk memastikan lebih ramai audien boleh menjemput produser filem lucah terkenal, Rahim Tamby Chik yang akan menggunakan sound effect dan visual khas hitam putih terkini untuk membuat persembahan yang lebih menarik. http://angkasanuri.blogspot.com/ |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan