Selasa, 12 April 2011

Muslimeen United

Muslimeen United


Abang Eddy menyanyi bersama anak muda

Posted: 12 Apr 2011 08:02 AM PDT



SADONG JAYA, 11 April: Selain kempen rumah ke rumah, apa sahaja bakat atau kelebihan yang ada tentunya akan digunakan oleh calon yang bertanding pilihan raya untuk menarik sokongan rakyat.

Begitu juga calon muda PAS bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sadong Jaya, Abang Eddy Abang Fauzi.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Abang Eddy, 34, menggunakan kebolehan bermain alat muzik dan menyanyi untuk mendampingi rakyat di sini.

Dalam kempennya di pekan Sadong Jaya hari ini, beliau turut mempamerkan kehebatannya itu.

Dengan memetik gitar di tangan, beliau turut menghadiahkan lagu 'Kau Ilhamku' yang dipopularkan artis polular 90an, Man Bai untuk penduduk kawasan itu khasnya anak muda.

"Jom kita nyanyi sama-sama,"katanya kepada anak-anak muda yang di mengerumuni untuk melihat kebolehan beliau.

"Maafkanlah oh...Andai lagu ini mengganggu ruangan hidupmu...

"Kau senyumlah oh...Sekadar memori kita di arena ini...Kau ilhamku...",
antara bait lagu 'ever green' yang dinyanyikan itu.

Biarpun pendekatan itu agak baru bagi PAS, namun ianya dilihat cukup memberi kesan untuk mempengaruhi dan mendampingi masyarakat di sini yang sememangnya meminati muzik.

Di akhir persembahan itu, beliau turut berucap dan menggesa belia membuat perubahan untuk bersama PAS pada pilihan raya kali ini.

"InsayaAllah, pada 16 April ini kita semua pakat beri undi kepada PAS.

"Kita dari PAS berjanji akan membela nasib rakyat semua kaum di sini,"katanya.

Turut serta bersama calon dalam siri kempenya hari ini, artis dan komposer terkenal, Shafie Ahmad atau lebih popular dengan nama Pak Long.

Pak Long sebelum ini popular dengan lagu Cinta Pantai Merdeka yang dihasilkan untuk kumpulan Jinbara, manakala sekarang dengan lagu 'Selagi Ada Waktu.'

Difahamkan, setakat kempen yang masuk hari keenam hari ini, penerimaan masyarakat terhadap Abang Eddy cukup memberangsangkan.

Sadong Jaya dikatakan antara tiga Dun yang menjadi sasaran PAS untuk menang selain Beting Maro dan Sebuyau.

Abang Eddy ditentang calon BN, Aidel Lariwoo dan seorang lagi calon bebas, Mahayudin Bin Wahab. -Hrkh

Elak Dari Bayar Bonus,Pekerja Saman Utusan Melayu

Posted: 12 Apr 2011 07:42 AM PDT



KUALA LUMPUR 12 APRIL : Sekumpulan pekerja Utusan Melayu hari ini menyaman Utusan Malaysia, menuduh syarikat itu "menyembunyikan" keuntungan syarikat untuk mengelak daripada membayar bonus kepada pekerja sejak tahun 2009.

Utusan didakwa memindahkan lebih RM76 juta kepada beberapa anak syarikatnya semata-mata untuk melaporkan kerugian dalam laporan tahunan syarikat dan laporan audit serta penyata kewangan lembaga pengarah pada tahun yang sama.

Menurut laporan audit tersebut, pada 2009, Utusan mengalami kerugian sebanyak RM 26.1 juta, namun anak syarikat akhbar kawalan Umno itu mencatatkan keuntungan.

Lapan kakitangan mewakili warga kerja Utusan menfailkan tuntutan terhadap Utusan di Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur, berserta dokumen-dokumen untuk menyokong pertuduhan mereka.

"Para pekerja menyatakan Utusan Melayu sebenarnya mendapat keuntungan yang tinggi, bagaimanapun Utusan menyatakan 'Kumpulan Utusan memang mendapat keuntungan, tetapi Utusan tidak. Tetapi bila kami meneliti akaun, kami dapati berjuta-juta ringgit dipinjamkan kepada anak syarikat," kata peguam pekerja terbabit, M.Ravindran.

"Hal ini ibarat ibubapa membenarkan anak tiri mereka berparti dan berhibur sedangkan anak kandung mereka dibiarkan tanpa dibela. NUJ merasakan hal ini tidak adil dan bertindak ke mahkamah," kata beliau kepada para wartawan di mahkamah.

Tuntutan didengar oleh Pengerusi Mahkamah Industri Malaysia Susila Sithamparam di Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur hari ini.

Laporan audit tersebut menyatakan sebanyak RM 37.5 juta diberi kepada 'Utusan Media Sales' (UMES), RM 17.1 juta kepada 'Utusan Printcorp Sdn Bhd', RM 3.4 juta kepada Utusan Publication & Distribution Sdn Bhd, RM 5.5 juta kepada Utusan Sight & Sound manakala RM 5.4 juta lagi kepada PT. Sinar.

Utusan Melayu adalah antara syarikat akhbar terbesar di Malaysia dengan edaran lebih 250 ribu naskah sehari pada 2004 dan menerbitkan akhbar aliran utama negara ini seperti Utusan Malaysia dan Kosmo.

Namun jumlah edaran akhbar Utusan Malaysia merudum daripada 213,000 kepada 169,000 (-21%) dalam tempoh 2005-2009.

Presiden Kesatun Wartawan Kebangsaan Hata Wahari yang juga wartawan kanan Utusan Melayu berkata kejatuhan itu adalah natijah kecenderungan akhbar itu melaporkan berita berat sebelah.

Menurut seorang wakil pekerja yang tidak dinamakan, pekerja Utusan Malaysia sepatutnya menerima bonus dua bulan setengah setiap tahun jika Utusan mendapat keuntungan.

Beliau berpendapat 'pihak atasan' menyembunyikan hal tersebut dan membolot sendiri keuntungan itu tanpa memikirkan nasib pekerja khususnya wartawan.

"Apa yang ditulis (dalam laporan audit) itu hanya alasan saja. Mereka yang ambil duit itu," katanya kepada TV Selangor.

Seorang lagi wakil Utusan menyatakan perkara ini berlaku selepas pertukaran jawatan tertinggi Kumpulan Utusan pada November 2008.

Beliau menyatakan sanggup menghadapi risiko ini bagi membela nasib mereka yang ibarat di'anaktiri'kan syarikat sendiri.

"Tak logik anak syarikat dapat bonus, kita tak dapat bonus," kata beliau.TVS

Kalau masih lagi menyokong UMporNO BN, SAH ANDA BAGHAL!

Posted: 12 Apr 2011 07:18 AM PDT

Rakyat sekadar disogok dengan tupperware manakala pemimpin menyangak berbillion hasil negara. Masih lagi mahu menyokong mereka (UMporNO-BN-APCO)? kalau masih menyokong, SAH ANDA BAGHAL!

SOLAT HAJAT SELURUH NEGARA 14 APRIL 2011

Posted: 12 Apr 2011 07:04 AM PDT

http://www.buletinonline.net/images/stories/prnsarawak1/solathajatprnsarawak.jpgParti Islam Semalaysia (PAS) mengarahkan semua ahli seluruh negara melaksanakan solat hajat pada 14/4/2011 khamis malam Jumaat untuk kemenangan calon Pas dan Pakatan Rakyat di Sarawak.

Ini adalah jalan yang terbaik bagi pejuang agama Allah supaya Allah memberi kesejahteraan kepada calon Pas dan petugas Pas di Sarawak.

Kita perlu memohon kepada Allah semoga pintu hati pengundi terbuka untuk menyokong perjuangan menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.

Alhamdulillah petugas Pas dan PR menunjukkan komitmen yang tinggi untuk memastikan perubahan politik di Sarawak.

Semua penyokong Pas di seluruh negara mohonlah kepada Allah agar keselamatan petugas-petugas Pas selamat menjalankan tugas sepanjang pilihanraya, InsyaAllah.

Nampaknya bunga-bunga kemenangan sudah nampak, penerimaan masyarakat tempatan walaupun berlainan agama dan budaya. Pas sudah tidak asing lagi kepada mereka, terutama generasi muda.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS

DAP: Suasananya umpama Pulau Pinang sebelum BN tumbang

Posted: 12 Apr 2011 07:03 AM PDT

Suasana Sarawak kini umpama Pulau Pinang sebelum kerajaan Barisan Nasional tumbang pada 8 Mac 2008, kata Liew Chin Tong, ahli parlimen Bukit Bendera merangkap Setiausaha Jawatankuasa Pilihan Raya DAP. Bagaimanapun, beliau berkata DAP memerlukan sokongan Iban yang melebihi paras 30% untuk memenangi kesemua 15 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Hanya peralihan sokongan Iban kepada DAP akan meningkatkan peluangnya untuk memenangi 15 kerusi yang dipertandingkan, kata Liew Chin Tong ketika mengulas kenyataan SUPP bahawa seandainya DAP memenangi 15 kerusi yang dipertandingkan, maka kesemuanya dalah kawasan majoriti Cina.

"Kami memerlukan sekurang-kurangnya 25% atau 30% undi Iban, barulah kami menaruh harapan untuk mengambil 15 kerusi. Malah di Sibu, seandainya kami tidak mempunyai lebih daripada 30% undi Iban, kami gagal menang keempat-empat DUN di bawah Sibu," ulas Liew Chin Tong.

Menurut Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng yang juga calon DUN Bukit Assek, DAP memperolehi sokongan kira-kira 22% daripada pengundi Iban dalam PRK Sibu 2010, maka mereka masih memerlukan 8% untuk memenangi kesemua 15 kerusi. Ahli parlimen Sibu ini berkata, mereka mendapat sambutan yang agak baik dari kawasan orang asli, jadi tidak menolak kemungkinan bahawa sokongan terhadap DAP akan meningkat.

Sokongan Iban untuk PKR juga meningkat

Seandainya DAP mampu meningkatkan sokongan Iban kepada 30% atau lebih, maka undi kepada PKR berkemungkinan lebih daripada DAP. "Jikalau DAP mampu mendapat 30% undi Iban, maka DAP bukan hanya menang di kawasan Cina. Dan kerusi lain BN juga akan tumbang. Dengan kata lain, penafian dua pertiga atau membentuk kerajaan baru di Sarawak menjadi sesuatu yang mungkin," kata Liew Chin Tong.

Liew (gambar kanan) menambah, tempoh kempen PRN kini memasuki hari keenam, dan suasananya seolah-olah Pulau Pinang sebelum tsunami politik melanda pada 8 Mac 2008. Pada ketika itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Koh Tsu Koon tidak tahu untuk melantik siapa sebagai penggantinya, dan keadaan inilah yang sedang dihadapi Taib Mahmud sekarang.

Beliau berkata, Taib tidak tahu bagaimana untuk berundur, gagal menentukan penggantinya, malah tidak menentukan masanya walaupun digesa Perdana Menteri. Jadi, PR perlu menafikan majoriti dua pertiga atau menumbangkan BN, barulah Taib Mahmud boleh berundur dari jawatannya.

Selain itu, ketika ditanya isu Baru Bian sebagai Ketua Menteri seandainya PR menang dalam PRN Sarawak, Wong Ho Leng berkata, rancangan mereka kekal, iaitu Baru Bian tetap calon utama seandainya PR berjaya membentuk kerajaan negeri. Namun demikian, Baru Bian perlu juga menang di kawasan DUN Ba'kelalan.

"Jikapun kami (DAP) menang 15 kerusi, kita masih memerlukan 21 kerusi lagi. Jika DAP mendapat 15 kerusi, PKR 15, kami masih memerlukan enam kerusi dari PAS. Namun kemungkinan ini rendah." Wong berkata PKR perlu memenangi kerusi yang lebih daripada DAP untuk Baru Bian menjadi Ketua Menteri. Bagaimanapun, beliau enggan menyebut "mustahil", sekadar berkata, "Kami telah bersedia."

SUPP cuba raih undi simpati

Wong Ho Leng seterusnya berkata, SUPP sendiri mengakui bahawa keadaan mereka semakin meruncing, melalui iklan yang dimainkan. Wong berkata SUPP kini cuba meraih undi simpati daripada khalayak umum, termasuk menangis ketika berucap.

Wong (gambar kiri) cuba menenangkan orang Cina bahawa hak mereka tidak tergugat, walaupun calon SUPP kecundang. Beliau mengambil contoh bagaimana negeri Perak yang sebelum ini dimenangi DAP di 18 kawasan Cina. Akhirnya, tujuh EXCO keturunan Cina dilantik dalam kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Selepas rampasan kuasa berlaku, MCA-BN yang hanya memenangi satu kerusi dijadikan EXCO keturunan Cina yang tunggal dalam kerajaan negeri BN di Perak. Dasar yang mesra kepada komuniti Cina sebelum ini tidak terjejas, kerana BN sedar bahawa komuniti Cina adalah kingmaker.

*Ong Vic Kee ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut, disunting dan diterjemah dari teks asal.

Ingat: Sarawak Itu Rakyat Sarawak Yang Punya, Bukan Najib Atau Taib

Posted: 12 Apr 2011 01:43 AM PDT

Isu Taib - Tiada beban batu digalas - Aspan Alias

Seperti apa yang telah dikatakan oleh blog ini dan banyak blog yang lain serta pandangan dari banyak pihak, Taib Mahmud ini lebih banyak membawa masalah kepada BN dari membawa kebaikan dalam pilihanraya di bumi kenyalang ini.

PM Najib terpaksa berkerja keras untuk meyakinkan rakyat Sarawak yang Taib akan bersara tetapi sampai kehari dan saat ini Najib selaku Pengerusi BN kebangsaan tidak dapat memberikan tarikh yang muktamad bila Taib akan bersara dan meninggalkan politik Sarawak.

Lebih malang lagi Najib tidak lagi memberi tahu rakyat siapa yang akan menggantikan Taib. PR telah siang-siang lagi memberi tahu siapa yang akan menjadi Ketua Menteri jika PR memenangi hati rakyat dan mendapat mandat dari mereka. Setidak tidaknya rakyat sudah tahu siapa yang akan menjadi KM jika barisan pembangkang memenangi pilihanraya ini.

Situasi yang tersepit seperti ini tidak sepatutnya berlaku jika kepimpinan BN dapat merasakan apa yang berdenyut di dalam nadi rakyat kerana terlalu lemah untuk membuat keputusan yang drastik untuk meredakan perasaan marah rakyat terhadap Taib.

Kelalaian pimpinan BN menyelesaikan isu ini menyebabkan keadaan begitu genting bagi BN dan jika berlaku penolakan rakyat jangan dipersalahkan rakyat.

Sentimen yang kuat dengan BN memang nyata, tetapi oleh kerana Taib masih berkeliaran dalam BN maka rakyat sudah hilang sabar kerana rakyat telah memberikan signal sebegitu lama kepada BN supaya Taib mesti bersara. Tetapi malangnya BN masih lagi meletakkan Taib sebagai calun dan ini merupakan 'spoiler' yang amat ketara kepada BN yang pada pandangan setengah pihak sedang berada seperti telor di hujung tanduk.

Kalau benar seperti yang dikatakan oleh PM Najib yang BN ada pelan peralihan kuasa beliau mesti menghebahkan kepada rakyat siapa yang akan menggantikan Taib dan bila peralihan itu akan berlaku. Kedua-dua isu ini adalah isu yang sangat penting kerana jika rakyat percaya dengan janji Najib itu, tetapi apabila sampai masanya orang yang akan menggantikan Taib itu serupa dengan sikap dan perangai Taib maka rakyat akan mengalami kekecewaan lagi.

Rakyat Sarawak ingin tahu siapa dia yang akan menggantikan Taib kerana ini isu penting. Jika beliau digantikan dengan orang yang tidak diyakini oleh rakyat maka rakyat akan terpaksa menunggu lima tahun lagi untuk menggantikannya. Sampai bila rakyat hendak diperdaya dengan janji yang tidak jelas ini.

Isu masa pun penting. Rakyat nak tahu bila kerana ini adalah isu penting. Rakyat tidak mahu pemimpin berjanji seperti menanti hari kiamat. Kita tidak tahu bila hari kiamat. Tiada siapa yang boleh memberi tahu sesiapa bila hari akan kiamat. Jelas kedua-dua isu ini merupakan isu yang di sebut-sebut oleh mereka dari Sarawak yang saya kenali.

Kalau Najib benar-benar telah ada calun penggantinya, nama pemimpin itu mesti diumumkan sekarang (sebelum hari mengundi) bagi rakyat membuat penilaian.

Jika kita serius untuk memanangi pilihanraya ini dengan senang kedua-dua isu ini wajar diselesaikan sekarang. Sepatutnya Taib tidak di turunkan lagi sebagai calun. Jika Taib tidak diturunkan sebagai calun keadaan yang kita hadapi ini tidak akan seberat sekarang.

Seperti juga rakyat di mana-mana negara, kesabaran mereka ada hadnya. Jika sudah melampaui batas sempadan kesabaran itu maka kita tidak boleh menyalahkan sesiapa lagi terutamanya pihak parti pembangkang. Kita selalu menyalahkan parti pembangkang kerana kesalahan kita sendiri. Kita tidak pernah bersalah tetapi rakyat membenci kita.

Sambutan yang diberikan terhadap perjumpaan dan rally politik di antara BN dan PR malam tadi di Bandaraya Kuching menampakkan dengan jelas betapa jauhnya perbezaan di antara sambutan kedua-dua belah pihak. Rakyat berduyun-duyun memenuhi ceramah besar-besaran PR sedangkan ceramah umum yang dihadziri oleh PM Najib tidak mendapat sambutan. Semuanya adalah kerana penolakkan rakyat terhadap Taib.

Rakyat tidak mahu lagi mereka di jadikan seperti dahan bengkok, untuk kera-kera meniti membaham buah-buah yang lebat itu. Rakyat tidak mahu lagi di perlakukan seperti kerbau di sawah; di paksa membajak tetapi hasil padinya di makan oleh tikus-tikus gemuk yang lapar di kepuk padi. Secara beransur-ansur rakyat sudah tahu yang negara ini mereka yang punya, bukan kepunyaan pemimpin-pemimpin.

Rakyat sudah mual dengan sikap kepimpinan yang menggunakan media untuk memperkecilkan pihak lain sedangkan isu yang besar tentang mereka begitu jelas dilihat oleh rakyat segenap lapisan.

PM Najib nampaknya tidak ada masa yang mencukupi untuk memberitahu rakyat perancangan beliau untuk Sarawak kerana masa beliau ditumpukan untuk mempertahankan Taib yang sudah tidak lagi disukai oleh rakyat negeri itu.Itulah sebabnya banyak negara menjadi kacau bilau kerana pimpinan yang sudah tidak diterima masih lagi bergayut kepada kuasa.

Pengakhir kata, Najib hanya mempunyai beberapa hari sahaja lagi untuk menyelesaikan masalah ini. Najib perlu melakukan tidakkan yang berkesan. Kita berharap Najib akan mengambil keputusan muktamad kerana selalunya Najib amat popular dengan sikapnya yang selalu berubah-ubah dan tidak muktamad.

Keadaan BN begitu kritikal, kalau tidak masakan PM berkubang selama enam hari untuk mendekati terus rakyat yang sudah hilang keyakinan terhadap Taib.

Memanglah, betapa berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, berat lagi bahu yang memikul. Dalam hal Sarawak ini kesalahan datang dari kita sendiri. Jangan sekali-kali menyalahkan orang lain. Ingat, negeri Sarawak itu rakyat Sarawak yang punya, bukannya Najib atau Taib Mahmud.

Jangan di nafikan hak rakyat Sarawak untuk memilih siapa yang mereka mahu. Kita tidak boleh terus-terusan memenangi pilihanraya kerana 'intrigue' politik, tetapi mesti memenangi jiwa rakyat dengan 'merit' yang ada kepada pemimpin-pemimpin kita.

Kita perlu akui Taib tidak lulus dalam ujian NKRA politik yang dilaungkan oleh Najib. Kalau Najib luluskan juga Taib dalam NKRA itu maka elok diketepikan sahaja 'acronym-acronym' yang begitu banyak yang dianjurkan oleh PM Najib kita.

Seperkara yang wajar diakui; BN Sarawak sudah hilang hidayahnya. Jika hidayahnya masih ada masakan Taib masih lagi mengetuai BN negeri itu?

Namakan bakal Ketua Menteri Sarawak

Posted: 12 Apr 2011 12:20 AM PDT

KOTA BHARU, 12 April: Barisan Nasional (BN) Sarawak perlu menamakan bakal Ketua Menteri (KM) bagi mengantikan KM yang ada sekarang ini jika parti itu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ahli Jawatan Kuasa (AJK) PAS Pusat, Datuk Husam Musa berkata, sekiranya BN Sarawak serius untuk mencari penganti KM Sarawak, parti berkenaan perlu menamakannya sewaktu PRN 2006 lagi.

"Kenyataan Perdana Menteri(PM), Datuk Seri Najib bahawa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan meletak jawatan selepas Pilihanraya Negeri Sarawak tahun ini mencerminkan satu sandiwara untuk mengaburi mata rakyat.

(Gambar: Perbincangan yang tidak selesai antara Taib dan Najib. Najib kata lepas pilihan raya, Taib kata beberapa tahun lagi.)

"Jika PM benar-benar serius dalam perkara ini, beliau harus terus menamakan pengganti yang telah dipersetujui oleh Taib Mahmud untuk mengambil alih tampuk pentadbiran negeri sewaktu pilihanraya 2006 tetapi sehingga sekarang masih belum melakukannya," ujarnya dalam kenyataan media beliau.

Tambahnya lagi, sekarang ini janji tersebut diulang tayang semula kepada rakyat Sarawak sebagai harapan palsu bahawa perubahan akan berlaku.

Semasa berucap di Kuching baru-baru ini, Najib berkata, Taib Mahmud bersetuju untuk berundur selepas pilihan raya negeri ini. Namun beliau tidak menyebut bilakah tarikh tersebut.

Selepas majlis itu, Taib dalam satu majlis berkata, beliau akan berundur beberapa tahun lagi yang menyebabkan semua pihak faham , lambat lagi Taib akan berundur.

Beberapa hari menjelang penamaan calon 6 April lepas, Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyidin Yassin dikatakan berbincang dengan Taib agar beliau boleh meletakkan jawatan dan tidak bertanding dalam pilihan raya negeri kali inii. Namun keputusan gagal dicapai kerana kedua-duanya tidak dapat menerima syarat yang ditetapkan Taib.

"KM yang ada kini sudah terlalu lama memerintah. Beliau gagal membersihkan diri dari isu-isu mengaut kekayaan melalui jawatannya, anak-anaknya, kronisma dan penggondolan hutan semula jadi Sarawak dan membiarkan sebahagian besar rakyat Sarawak tertinggal dalam kemunduran, kemiskinan dan suasana terancam," katanya

Katanya lagi, walaupun isu-isu rakyat Sarawak bukan sekadar berbangkit dari cara pemerintahan Taib Mahmud yang berkisar kepada pengkayaan kroni tetapi lebih kepada dasar-dasar BN Sarawak yang telah terlalu lama memerintah.

Oleh itu, dengan pengunduran Taib Mahmud ianya adalah untuk perubahan Sarawak dan rakyat negeri itu secara khususnya.

"PM dilihat memberikan restu untuk Taib sekali lagi menjadi Ketua Menteri Sarawak dengan membelakangkan tuntutan perubahan oleh majoriti rakyat Sarawak dengan mengizinkan beliau bertanding semula," tambahnya lagi.

Bagi beliau, Najib telah bersekongkol apabila mengizinkan penindasan yang dilakukan oleh BN Sarawak ke atas rakyat negeri itu dengan lebih mengutamakan perasaan individu pemimpin dari suara hati rakyat Bumi Kenyalang itu.

Jawapan Taib

Sementara itu, Taib Mahmud ketika mengulas permintaan ini berkata, beliau tidak akan terperangkap dengan kehendak Pakatan Rakyat.

"Pembangkang tidak akan berjaya perangkap saya. Kami bukannya begitu naif. Kita akan buat dengan cara yang baik," katanya di Kucing hari ini. -Hrkh

Rakyat Sarawak Perlu Disedarkan: Undi BN Bererti Undi Taib

Posted: 12 Apr 2011 12:16 AM PDT

Pergilah ke mana - mana di bumi Sarawak ini pasti anda akan terjumpa harta, tanah milik Taib atau keluarga terdekatanya. Sarawak bumi kaya tetapi rakyat terus miskin derita. Kekayaan Taib dan keluarganya boleh diterjemah dengan jumlah hartanah dan harta milikan dia dan keluarganya bukan sahaja di dalam negara tetapi di luar negara juga.

Setelah sekian lama, di bawah Taib yang begitu rakus merompak dan memperbodohkan rakyat maka kali ini nampaknya rakyat sarawak sudah mula bangkit menyatakan ketidak puasan hati secara terbuka. Pilihanraya negeri Sarawak juga dilihat satu medan yang penting untuk menterjemah 'mood nyah Taib dan selamatkan Sarawak'

Menyedari hakikat tersebut, Datuk Seri Najib selaku Presiden BN sebelum pilihanraya sudah memulakan rundingan untuk proses pengunduran Taib, namun oleh kerana takut dengan ugutan Taib, jentera BN akan berada di luar kawalan jika Taib tidak menerajui BN dalam pilihanraya negeri kali ini, maka Najib bersetuju Taib terajui jentera pilihanraya negeri tetapi akan berundur sebaik sahaja selepas itu.

Namun setelah memulakan mood kempen disedari sememangnya rakyat menolak Taib sepenuhnya dan tanpa selindung Najib mengumumkan Taib akan berundur dalam masa terdekat. Najib sendiri panik akan kehilangan banyak kerusi di Sarawak maka dia sendiri terpaksa berkampung di Sarawak.

Najib panik jumlah kehadiran dalam kempen BN jauh sedikit jika dibanding dengan jumlah kehadiran dalam program - program kempen Pakatan Rakyat. BN terpaksa menggunakan seribu satu macam teknik menarik orang ramai datang dari terpaksa menyeret artis menyanyi selepas ucapan pemimpin BN hinggalah mengagihkan 'tupperware' percuma selepas ucapan Najib.

Memang ramai orang datang selepas itu namun adakah mereka datang untuk menyokong atau sekadar berhibur sambil menanti hadiah selepas program.

(Gambar: Laporan yang menunjukkan Najib panik di Sarawak ekoran sambutan hambar terhadap kempen BN)

Khayal dengan kehadiran sedikit ramai semalam di Padang Merdeka Kuching, Taib di hadapan Najib telah mengumumkan hanya akan berundur selepas beberapa tahun lagi.

Ini digambarkan dalam ucapanya dengan kelompok muda yang menanti kemunculan Dayang Nur Faizah dan Anuar Zain di samping artis - artis porpular berbangsa Cina. Ingat jangan tertipu Taib pernah umum akan berhenti sejak tahun 1995 lagi, tetapi dia masih di situ.

Ternyata Najib sendiri gagal mengundurkan Taib, dia sudah terlalu berkuasa.

Rakyat perlu disedarkan

* mengundi PBB beerti mengundi Taib
* mengundi SUPP beerti mengundi Taib
* mengundi SPDP beerti mengundi Taib
* mengundi SNAP beerti memecahkan kekuatan melawan Taib

Kepada seluruh rakyat Sarawak termasuk orang BN.... Najib juga gagal undurkan Taib... hanya satu cara undurkan Taib dari takhtanya iaitu JANGAN UNDI BN -chegubard

Bukti Taib Tidak Akan Undur Selepas PRN Sarawak

Posted: 12 Apr 2011 12:14 AM PDT

Kuching. Pilihanraya Negeri Sawarak - Janji, sumpah dan ikrar Perdana Menteri, Najib Razak kononnya Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud akan berundur adalah helah politik dan omongan kosong suami Rosmah Mansor. (KUCHING: Prime Minister Najib Tun Razak today promised Sarawakian voters that unpopular Chief Minister Taib Mahmud will step down - here).

Pemimpin Barisan Nasional baru sedar rakyat Sarawak terlalu benci dan menyampah kepada pengkhianat yang dilahir di Miri pada 21 May 1936 ini.

Akibat kebimbangan malapetaka akan menimpa Rosmah, Najib menggunakan amoi dari Kuala Lumpur untuk membuat kacau dalam satu majlis pemimpin Pakatan Rakyat. Amoi tersebut digunakan olih Najib dan BN setelah beberapa kaedah termasuk gelek dan tendang yang biasa diamalkan olih Umno/BN. Malahan dengan segala kerakusannya, Najib tanpa rasa segan, malu dan bersalah telah membawa kaum kerabatnya untuk melancung ke Sarawak dengan harapan mereka dapat membantu manabur fitnah dan janji kosong amalan Umno/BN.

Janji Najib termasuk peruntukan berbillion-billion US dollar yang ditaburkan semasa kempen pilihanraya negeri Sarawak kali ini telah gagal merobah pendirian rakyat Sarawak yang tetap mahu Barisan Nasional dikebumikan.

Rakyat Sarawak sedar ini semua adalah temberang dan kelentong Pehin Taib. Dulu lagi -1995, sehebat-hebat Mahathir... mamak itu juga dikencing olih Pehin Taib.... buktinya di sini (even former premier Dr Mahathir Mohamad had failed to show him the exit, what more Najib.)

Ini besar punya malaun... 1995 kata nak undur lagi 5 tahun..
ni 2011, dia dah songlap lagi 11 tahun.. Cilaka punya Taib.. !!

Ooo...Kalau PM, Fitnah!! Kalau Anwar Betul!!

Posted: 12 Apr 2011 12:13 AM PDT


Ezam Mohd Nor ingin berbakti kepada tuannya, katanya Anwar layak digelar 'raja fitnah'.'

Dia berkata Anwar Ibrahim ternyata sangat iri hati dengan Najib Tun Razak apabila cuba mengaitkan Perdana Menteri dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu ketika dirinya terdesak dalam isu rakaman video aksi seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang.

"Mengapa Anwar hendak melempar fitnah terhadap Perdana Menteri. Anwar amat biadap. Ternyata Anwar sangat iri hati dengan Perdana Menteri," katanya dengan ayat membodek PM dan Umno sampai mati!!

Ooo...kau Ezam, kalau PM, fitnah!! kalau Anwar, betul!! semuanya betul tentang Anwar. Kau juga layak digelar 'raja bodet terkini'. Pandai juga kau ya, cari makan!!

PAS: Ajar pemimpin angkuh dengan bahasa undi

Posted: 11 Apr 2011 08:28 PM PDT


Rakyat Sarawak bernasib baik kerana masih ada pembangkang yang kuat sehingga pemimpin BN tidak boleh tidur lena.

NONE"Insya Allah rakyat Sarawak akan ajar pemimpin yang angkuh pada 16 April ini, bahasa undi sahaja pemimpin BN boleh faham untuk mereka insaf tentang tanggungjawab mereka kepada rakyat," kata ketua penerangan PAS, Idris Ahmad (dua dari kanan).

Dalam satu kenyataan akhbarnya, beliau berkata hanya setelah ditolak rakyat baru pemimpin BN akan sudi turun meninjau kesempitan rakyat sedangkan sewaktu berkuasa mereka tidak pernah memikir keperluan rakyat.

Justeru, katanya, apa yang berlaku di Sarawak hari ini adalah sesuatu yang belum pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya Sarawak. BN kini diberi tentangan hebat sejak pada hari penamaan calon pada 6 April lalu.

NONEMenurutnya, menjadi kelaziman pada hari penamaan calon BN akan menang beberapa kerusi tanpa bertanding, tetapi pilihan raya kali ini tidak berlaku seperti yang dijangkakan.

"Pemimpin BN daripada atas sampai ke peringkat bawah menabur berbagai janji untuk pengundi di Sarawak.

Kemiskinan dirancang

"Kemiskinan suatu yang dirancang supaya modal pembangunan sentiasa relevan untuk BN kepada pengundi," katanya.

Justeru, kata Idris, peruntukkan jarang sekali sampai ke sasaran agar ia dapat dijadikan modal kempen sepanjang hayat untuk rakyat yang miskin.

"PAS merasa hairan kenapa Sarawak masih miskin dan ketinggalan dari sudut kemudahan jalan raya, air dan elektrik.

NONE"Pada hal dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) diperuntukkan RM13 bilion untuk Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk tempoh lima tahun.

"Daripada jumlah berkenaan sebanyak RM1.7 bilion adalah untuk pembinaan jalan luar bandar, RM1.7 bilion untuk bekalan elektrik, selain RM900 juta untuk bekalan air dan RM100 juta untuk Program Bantuan Rumah," katanya.

Menurut Idris dalam pembentangan RMK-10, perdana menteri juga mengumumkan pembinaan 2,800 kilometer jalan berturap, liputan 95 peratus bekalan air dan memperluaskan kemudahan elektrik di kawasan luar bandar ke 76,000 buah rumah di Sarawak.

sarawak poll sungai pinang 100411 houses by the river big image"Jika melihat kepada peruntukan yang diberikan kepada negeri Sarawak kita tidak akan bertemu di sana jalan raya, rumah, air yang begitu daif.

"Persoalannya kenapa jadi begini?

"Ke mana hasil bumi Sarawak sedangkan pemimpin BN Sarawak hidup mewah sedangkan rakyat merempat dan melarat," soalnya. -M'kini

Video:Lawatan Najib disambut geng geng PKR

Posted: 11 Apr 2011 07:55 PM PDT

Najib sedang berucap didewan ini

Lawatan Pak Najib ke Kg.Spaoh tidak begitu dialu alukan oleh ramai dari penduduknya. Beberapa orang anak buah Tko dihubungi oleh geng geng Keadilan tempatan untuk ke kg itu,untuk mendapatkan gambaran sebenar, ia kerana ada majlis pm bersama rakyat bagi Dun Saribas, layar dan Bkt.Saban, dewan di spaoh memang besar, rakyat yang datang memang penuh, tetapi 70% adalah orang luar yang dibawa untuk meriahkan majlis itu, tetapi penduduk di spaoh tidak mahu kehadiran pm ke kampung mereka, akibat nya berlaku tunjuk perasaan menentang kehadiran pm..

Turut berlaku pertengkaran kecil antara penyokong bn dari luar dengan penyokong keadilan spaoh..Dengar khabarnya Pak Najib tidak berucap dengan lebih panjang, apalagi para penyokong Keadilan begitu ramai mengelilingi dewan.


Penduduk Iban luah rasa marah pada BN di depan calon PAS

Posted: 11 Apr 2011 07:46 PM PDT

Oleh: Hazayani Zakaria

SANTUBONG, 12 April: Kaum Iban terbukti tidak dapat menyembunyikan lagi kemarahan mereka terhadap pemimpin BN Sarawak yang sudah lebih 30 tahun menindas mereka.

Kemarahan dan rasa tidak puas hati mereka diluahkan dalam satu majlis bersama calon PAS Tanjung Datu, Nani Sahari dan beberapa pimpinan PAS pusat malam tadi di rumah salah seorang penduduk Iban di Kampung Sungai Limo, lebih kurang 20 kilometer dari pekan Lundu.


(Gambar: Calon PAS Tanjong Datu, Nani Sahari bercakap kepada pengundi Iban di Sungai Limo malam tadi)

AJK Bahagian Iban PKR bagi Dun itu, Hamden Ak Sedi dalam ucapannya dengan penuh semangat menyeru penduduk Iban agar tidak lagi memberi peluang kepada BN pada pilihan raya kali ini.

Beliau sebaliknya meminta mereka memberi undi kepada Pakatan Rakyat yang disifatkan sebagai ikhlas membela nasib mereka khususnya mengenai masalah pemilikan tanah adat yang sudah bertahun-tahun membelenggu mereka.

Beliau yang berucap dalam Bahasa Iban meluahkan kemarahannya kepada kepimpinan BN yang penuh dengan salah guna kuasa dan rasuah.

"Sudah lama kita undi mereka, tapi apa yang kita dapat? Masalah kita tidak pernah selesai.

"Mereka terus senang lenang,kita masih begini juga," katanya.

Sementara itu, wakil ketua kaum Iban, Goh Kine Chong meminta ahli Parlimen Pakatan Rakyat membawa masalah tanah adat ini ke Parlimen kerana katanya mereka tidak mampu lagi berbuat apa-apa.

"Penduduk sini terima sahaja sesiapa yang masuk tapi harapan kami menggunung agar calon yang menang ini dapat mendengar luahan hati kami.

"Kami sangat berharap ahli Parlimen yang ada ini dapat membawa masalah kami ke Parlimen dan membela nasib orang Iban," katanya sambil memandang ke arah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli yang merupakan ahli Parlimen Kubang Kerian dan Kuala Krai.

Goh turut mendakwa kaum Iban dan Dayak sudah lama dianak tiri BN apabila membiarkan seorang sahaja penghulu mentadbir hampir 5000 penduduk kaum itu.

"Seorang penghulu sahaja tidak mampu mentadbir penduduk yang ramai.

"Sebab itu masalah tanah tidak dapat dipertahankan.

"Dulu saya memang orang BN tapi bila melihat BN tidak bersungguh membantu kami, saya berfikir untuk menukar undi saya," katanya yang merupakan bekas kaunselor di sebuah sekolah di Sarawak.

Hampir 100 penduduk Iban memenuhi rumah dan perkarangan rumah malam tadi.

Mereka menunjukkan riak wajah gembira menyambut kehadiran PAS dan mendengar ucapan Salahuddin dan Dr Hatta dengan penuh semangat.

Nani turut berucap dengan meminta mereka memberi undi kepadanya agar beliau dapat membawa masalah mereka ke sidang Dun Sarawak.

"Nanti conteng (pangkah) bulan, jangan conteng BN. Berilah kepercayaan kepada saya, jangan terpedaya dengan janji kosong BN," katanya disambut tepukan daripada penduduk.

Rakyat Sarawak Bersemangat Undurkan Taib Sabtu Ini

Posted: 11 Apr 2011 07:39 PM PDT

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud membayangkan beliau hanya akan bersara dalam "beberapa tahun lagi" - pendirian yang ditegaskan selepas 24 jam Datuk Seri Najib Razak mengumumkan peralihan kepimpinan di Sarawak boleh disaksikan dalam waktu terdekat selepas pilihan raya negeri.

Pengundian pilihan raya negeri akan diadakan Sabtu ini.

Apabila masa itu tiba nanti, kata Taib (gambar), beliau mahu generasi muda Sarawak meneruskan sokongan kepada pemimpin yang akan mengambil alih kepimpinan negeri daripadanya.

Taib yang menerajui kerajaan negeri sejak 30 tahun lalu merupakan Ketua Menteri paling lama memegang tampuk kepimpinan Sarawak.

Kata Taib, sokongan mereka penting bagi memastikan segala usaha pembangunan dan kemakmuran yang ditempa untuk Sarawak dapat dilaksanakan.

"Apabila saya berhenti nanti dalam beberapa tahun (lagi), saya ingin hendak melihat generasi awaklah yang akan menyokong orang yang akan menyambut kuasa daripada saya memelihara Sarawak terus benar-benar maju dan benar-benar mewah sekali," kata beliau ketika berucap pada konsert 1 Malaysia yang diadakan di Padang Merdeka di sini malam ini.

Najib juga hadir sama pada majlis malam ini.

Kenyataan Taib itu adalah bayangan pertama peralihan kuasa sejak isu itu timbul dalam pilihan raya negeri 2011.

Selepas mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri pada 21 Mac lalu, Taib berkata, beliau akan melepaskan jawatannya selepas pilihan raya negeri ke-10 ini.

Malam tadi, dilihat seolah-olah sudah merasai rasa tidak puas hati di kalangan penduduk Sarawak terhadap Taib, Najib dalam mesej pertama sempena kempen enam hari menjelang hari penentuan Sabtu ini menegaskan perubahan kepimpinan akan dilaksanakan secepat mungkin selepas pilihan raya.

Bagaimanapun kepimpinan Pakatan Rakyat termasuk Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak percaya jaminan Najib itu akan menjadi kenyataan memandangkan Taib pernah membuat janji untuk berundur tetapi tidak ditunaikan.

Berucap pada perhimpunan 1 Malaysia di stadium tertutup Majlis Bandaraya Kuching Selatan di sini semalam, Najib yang juga Perdana Menteri dan Pengerusi BN menggesa orang ramai tidak risau mengenai kedudukan Taib yang telah pun bersetuju untuk meletakkan jawatan apabila tiba masa yang sesuai.

"Percayalah saya, percayalah saya, apabila tiba masa yang sesuai, kami akan laksanakan yang ini (peralihan kepimpinan). Jangan cepat dan percaya dengan pembohongan pembangkang," kata Najib.

Najib berjanji bahawa perubahan dalam kepimpinan tertinggi sudah pun disusun dan "perubahan secara tiba-tiba" akan menyebabkan ketidaktentuan di negeri bumi Kenyalang itu.

"Tuan-tuan dan puan-puan, jangan risau. Kami telah mengadakan perancangan agar perubahan akan berlaku dalam kepimpinan tinggi Sarawak, sebagaimana telah dirancang dan perubahan yang telah disusun," katanya lagi.

Najib memberi jaminan itu ketika kempen pilihan raya terus dibayangi dakwaan mengenai rasuah dan salah guna kuasa Taib, yang merupakan ketua menteri paling lama berkuasa itu.


Kepimpinan Taib genap 30 tahun pada 26 Mac lalu.

Taib turut menyeru generasi muda agar mempertahankan semangat 1 Malaysia yang subur di Sarawak.

Beliau juga mahu hubungan antara Sarawak dengan Semenanjung terus diperkukuhkan dengan sikap politik yang matang. -TMI


Najib dan Taib tak dengarkah jeritan rakyat Sarawak?

"30 tahun sudah TERLALU LAMA. Undur sekarang, bukan tunggu beberapa tahun lagi."

Rakyat Sarawak akan PASTIKAN Taib berundur Sabtu ini! -GB

Yusmadi gesa SPRM dan SPR pantau kempen PM

Posted: 11 Apr 2011 07:37 PM PDT

Perdana Menteri dikatakan telah mengambil keputusan untuk terusan berkempen di Sarawak hingga hari pilihan raya pada 16 April 2011. Perkara ini, kalau diteliti, adalah sesuatu yang menghairankan kerana ini adalah kali pertama Perdana Menteri terlibat secara langsung di dalam kempen pilihanraya peringkat negeri. Sebelum ini, secara tradisinya, Timbalan Perdana Menteri akan menggalas cabaran di pilihanraya negeri bagi pihak Barisan Nasional.

Ini menunujukkan bahawa Perdana Menteri akur dengan kewibawaan Pakatan Rakyat di dalam kempen mereka untuk Pilihanraya Negeri Sarawak ke-10 ini. Sejarah telah membuktikan bahawa, jika BN berada di dalam keadaan yang meruncing, mereka akan menggunakan segala macam taktik dan cara untuk memenangkan calon-calon mereka.

Sejarah juga telah mengingatkan kita bahawa pada pilihanraya kecil Parlimen Sibu di bulan Mei 2010, Perdana Menteri telah menawarkan untuk memberi RM 5 juta kepada pengundi untuk memperbaiki saliran Sungai Rajang jika mereka memilih calon BN, Robert Lau sebagai Ahli Parlimen Sibu. Insiden seperti ini dijangka akan berlaku lagi kerana dilihat saingan di Sarawak menjadi semakin sengit.

Pada 31 March 2011, saya berserta rakan-rakan Ahli Parlimen yang lain termasuk, Nurul Izzah, Azan Ismail, Loh Gwo-Burne dan Abdullah Sani telah melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan rasuah melibatkan pemberian bantuan segera dalam tempoh pilihan raya. Laporan ini dibuat berdasarkan satu kenyataan oleh pemantau rasuah Transparency International (TI-M) yang menyatakan bahawa rasuah politik merupakan suatu bentuk rasuah yang paling teruk.

Sejajar dengan ini;

1. Saya ingin menggesa kepada SPRM untuk memantau dengan dekat kempen yang dijalankan oleh Perdana Menteri.

2. Saya juga ingin menggesa kepada Suruhanjaya Piliharaya untuk memantau dengan dekat kempen yang dijalankan oleh Perdana Menteri.

3. Menggesa pihak media untuk melapor dan menerbitkan berita-berita mengenai salah guna kuasa dan perlakuan rasuah oleh parti-parti politik yang bertanding.

Dengan ini, saya dan juga jentera Parti Keadilan Rakyat juga akan memantau dengan dekat kempen yang dijalankan oleh Perdana Menteri dan berharap agar rakyat tidak terperangkap dengan permainan Barisan Nasional ini, sebaliknya meneruskan usaha menegakkan keadilan dan memperjuangkan kebenaran dengan mengundi untuk menukar kerajaan Barisan Nasional.

*Kenyataan media oleh Yusmadi Yusoff (gambar kanan) selaku ahli parlimen Balik Pulau.
merdekareview.com

Kehadiran Tok Guru dan DS Anwar buat Ali Mahmud kecut perut!!

Posted: 11 Apr 2011 03:32 PM PDT

























Sentimen UNDUR TAIB Memuncak - Pakatan Menang Pusingan Pertama

Posted: 11 Apr 2011 03:20 PM PDT

Undur-kekal Taib: BN kini diheret PR

Walaupun belum sampai ke tahap untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional di Sarawak, namun Pakatan Rakyat sekurang-kurangnya berjaya untuk mengheret Barisan Nasional ke dalam gelanggangnya pada pusingan awal PRN Sarawak 2011.

Sentimen "Undur Taib" semakin memuncak di kawasan bandar majoriti Cina, sehingga BN mulai tertekan dalam suasana sedemikian.

Ramai yang akan bersetuju bahawa suasana di bandar-bandar utama Sarawak kini tidak berbeza dengan suasana PRU ke-12 pada tahun 2008, yang akhirnya mencetuskan "tsunami politik" untuk menafikan majoriti dua pertiga BN, selain empat kerajaan negeri beralih tangan kepada pembangkang (tidak termasuk Kelantan yang pada asalnya di bawah PAS). Antara persamaannya yang mungkin paling menakutkan BN adalah wang dermaan yang dikutip dari khalayak ramai yang menghadiri ceramah politik - sehingga mencatat puluhan ribu ringgit Malaysia - dibaca sebagai tanda rakyat komited kepada agenda perubahan.

Najib akhirnya memberi jaminan bahawa Taib Mahmud akan berundur selepas PRN Sarawak, tanpa menyebut tarikh mahupun menamakan penggantinya. Pengumuman sedemikian tidak memberi jaminan yang lebih daripada pengumuman sebelum terbubarnya DUN Sarawak, selain mengulanginya buat kali kedua.

Jaminan yang mengundang malapetaka

Pakatan Rakyat, terutamanya DAP semestinya mengambil kesempatan untuk mengasak agar BN membuat pengumuman terperinci, termasuk jadual waktu Taib Mahmud mengundur, penggantinya dan sebagainya. Malah, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution menunjukkan satu keratan akhbar pada 7 November 1995 yang memetik Taib Mahmud bahawa beliau akan berundur dalam masa lima tahun. Kesemua ini cukup untuk menyanggah jaminan daripada Najib dan Taib Mahmud.

Walau bagaimanapun, langkah Najib untuk mengulangi jaminan yang sama semalam - walaupun berniat untuk meredakan ketidakpuasan rakyat, tetapi mungkin mengundang malapetaka di sebaliknya. Pertama, beliau menafikan bahawa Taib Mahmud adalah liabiliti, atau beban kepada BN. Selagi Najib enggan mengakui masalah yang ada pada Taib, maka pembangkang mempunyai alasan yang cukup untuk mempertikaikan keikhlasan Najib.

Keduanya, pengumuman Najib boleh ditafsir sebagai "campur tangan dari Semenanjung", sentimen yang cuba diwujudkan sepanjang kempen BN Sarawak untuk menangkis serangan PR. Sentimen inilah yang dipermainkan supaya rakyat menolak parti politik dari Semenanjung. Namun, senjata ini sekarang mungkin makan tuannya kerana Najib dari Semenanjung dilihat bersuara untuk menentukan kekal-undur Ketua Menteri Sarawak.

Pergolakan kuasa dalaman

Lebih ketara, pengumuman ini semestinya menempangkan Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri, dan membuka lembaran baru pergolakan kuasa dalam PBB sendiri. Keadaannya mungkin sikit berbeza, namun ada persamaannya jikalau dibandingkan dengan Gerakan di Pulau Pinang pada tahun 2008. Setelah Presiden Gerakan Koh Tsu Koon berundur dari jawatan KM Pulau Pinang untuk bertanding di kawasan parlimen, tanpa menamakan penggantinya, maka berlakulah pergelutan dalaman antara beberapa orang calon yang melihat dirinya layak untuk menyandang jawatan KM.

Kesudahannya seperti yang disaksikan, Gerakan kehilangan kuasa kerajaan negeri di Pulau Pinang. Senario ini mungkin sukar diulangi di bumi kenyalang, namun ia sudah memadai seandainya BN gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Sarawak. Dan seandainya SUPP (yang berperanan seperti MCA di Semenanjung) mengalami kekalahan yang besar, maka ia merupakan tamparan sengit kepada slogan 1Malaysia oleh Najib Razak.

Lanskap politik kemudiannya...

Jikalau keputusan PRN Sarawak 2011 menyaksikan pengundi Cina tetap memihak pembangkang, maka senario ini bakal meletakkan Najib dalam keadaan dilema.

Mencurahkan lebih usaha untuk memikat hati pengundi Cina, atau mengambil langkah drastik untuk "menghukum" pengundi Cina yang tidak menyokong BN - semestinya akan menjadi perbalahan pendapat dalam UMNO dan BN sendiri. Silap selangkah Najib dalam membuat keputusan bakal meletakkan tanda noktah pada tempoh jawatan PM-nya.

Justeru itu, apa yang boleh dilakukan oleh Najib dan regimnya sekarang adalah menabur "gula". Peruntukan demi peruntukan ditabur untuk memastikan kemenangan BN dalam PRN Sarawak, pertarungan yang bakal mempengaruhi semangat BN untuk menghadapi PRU ke-13.

Namun demikian, Najib semestinya sedar bahawa pendekatan sedemikian tidak boleh dikekalkan selama-lamanya. Sebelum PRU ke-12, BN menang dalam PRK Machap dan Ijok, setelah menabur "gula pilihan raya" yang bernilai puluhan juta ringgit. Akhirnya kemenangan itu terbukti hanyalah pembohongan yang dibeli dengan wang ringgit.

Demikianlah dilema yang dihadapi Najib Razak, atau lebih tepat sebenarnya, kebuntuan yang dihadapi Barisan Nasional sekarang. -MR

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.



Anak Taib Mahmud sudah 6 bulan 'ponteng' parlimen

Posted: 11 Apr 2011 03:16 PM PDT

http://www.buletinonline.net/images/stories/prnsarawak1/samarindah.jpg- Wahid gesa pengundi tolak suku-sakat kroni 'Taib Mahmud'
KOTA SAMARAHAN
- Negeri Sarawak senasib dengan Terengganu dan Sabah, memiliki kekayaan dari hasil bumi yang banyak tetapi merupakan negeri-negeri yang termiskin di Malaysia.

Timbalan Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS, Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata demikian dalam kempen pilihanraya negeri (PRN) Sarawak di Taman Samarinda dekat sini Isnin 11 April

"Sarawak senasib dengan (negeri) Terengganu dan dan Sabah. Negeri Sarawak, (ketiga-tiganya) semua kaya ada minyak, ada balak,

"tetapi negeri orang miskin paling ramai (juga) adalah Terengganu Sanbah dan Sarwak,"katanya

Oleh itu, menurutnya PRN Sarawak kali ini adalah masa yang paling baik untuk membuat perubahan, menjatuhkan keranaan Barisan Nasional (BN).

Katanya, sekiranya tidak ditumbangkan, kerajaan BN akan terus mengambil kesempatan mengaut kekayaan negeri yang menjadi milik rakyat.

Haji Wahid yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu mendedahkan, anak Taib Mahmud, Sulaiman Abdul Rahman Taib, yang dipilih m,enjadi Ahli Parlimen Kota Samarahan telah enam bulan tidak menghadiri sidang Parlimen.

"Anak Taib Mahmud (Sulaiman) yang jadi ahli parlimen tuan-tuan Kota Samarahan, sekarang sudah enam bulan tidak pergi (hadir sidang) Parlimen, mana dia pergi?

"dia sudah lari pergi Kanada, dia sudah lari, dia sudah kaya, kita susah-susah (ke)mana mahu lari?,"jelasnya

Wahid juga menyeru supaya pengundi membuat perubahan menolak Taib, adik beradik dan anak beranaknya, yang bertanding kerana keluarga Taib Mahmud membolot harta harta rakyatuntuk kepentingan peribadi.

Di kawasan N15 DUN Muara Tuang, adil Taib, Ali Mahmud bertanding menentang calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Noraini Hamzah

Turut hadir adalah Penolong Setiausaha PAS Terengganu Haji hanafiah Mat dan Timbalan Ketua Pemuda Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah. -BO

Al-Fatihah : Juruterbang Helikopter Terhempas Meninggal Dunia

Posted: 11 Apr 2011 03:15 PM PDT

Juruterbang Helikopter Terhempas Meninggal Dunia

SIBU: Juruterbang Kapten Sahimi Razali, yang cedera parah setelah helikopter yang dipandunya terhempas tengah hari tadi, meninggal dunia pada 8.30 malam Isnin di Hospital Sibu.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Shafie Ismail berkata, jenazah Sahimi, 38, akan diuruskan keluarganya yang akan datang ke Sibu dari Kuala Lumpur malam ini.

Sahimi cedera parah apabila helikopter jenis Bell 206 milik Sabah Air yang dipandunya terhempas sejurus berlepas dari Dataran Sibu di sini pada pukul 1.50 tengah hari setelah menurunkan tiga penumpang termasuk pembantu khas kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Pelajaran Hafiz Abdul Halim.

Beliau yang mengalami kecederaan parah di bahagian rusuk terus digegaskan ke Hospital Sibu oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

Shafie berkata, helikopter yang baru tiba dari Bintangor, Sarikei merupakan sebuah daripada tiga buah helikopter, yang membawa rombongan Muhyiddin melakukan tinjauan di sana.

Beliau berkata, sebaik sahaja menurunkan semua penumpang, helikopter berkenaan mahu meneruskan penerbangan ke Lapangan Terbang Sibu.

"Tiba-tiba helikopter yang berada pada ketinggian kira-kira tiga meter itu dipercayai hilang kawalan dan terhuyung-hayang sebelum jatuh," katanya kepada pemberita di sini.

Shafie berkata, juruterbang yang bersendirian dalam helikopter itu, tersepit sebelum orang ramai membantu untuk mengeluarkannya.

"Empat orang awam menarik juruterbang keluar dari pesawat. Mangsa telah digegaskan ke Hospital Sibu oleh pasukan JPAM," katanya.

"Punca kejadian masih disiasat. Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan menghantar sebuah pasukan untuk membuat siasatan esok," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin bersama isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman melawat Sahimi yang menjalani pembedahan di Hospital Sibu kira-kira pukul 4 petang.

Muhyiddin yang menghabiskan kira-kira 15 minit di luar dewan pembedahan telah menyaksikan proses pembedahan yang dijalankan.

"Saya rasa dukacita dengan kemalangan yang berlaku ke atas Kapten Sahimi. Saya telah menyaksikan pembedahan yang sedang dilakukan. -mstar

Baru sebentar tadi GB menegur ketidak-perihatinan Muhyiddin kerana meneruskan programnya meminta 'jasa baik' para guru di Sarawak supaya menyokong BN dalam pilihan raya negeri itu pada 16 April depan. Sedangkan Muhyiddin tahu ketika itu helikopter yang membawanya terhempas dan tahu juruterbangnya cedera parah dan dimasukkan ke hospital. GB telah katakan:

Kalau TPM itu seorang yang perihatin, majlis perjumpaan untuk melobi guru-guru itu dibatalkan. Sudahlah ianya menyalahi etika, memperalatkan guru untuk kepentingan politik BN, kemudian lansung tak tunjukkan keprihatinan terhadap juruterbang helikopter yang cedera parah tersebut dengan menziarahinya.


Muhyiddin berucap tatkala juruterbang itu sedang bertarung nyawa di hospital. Beliau dilaporkan hanya pergi menziarahinya setelah program tersebut tamat.

Memperalatkan guru-guru sekolah untuk kepentingan politik adalah kesalahan yang nyata, dan kerana Muhyiddin yang berdosa, juruterbang helikopter yang jadi mangsa!

Ini bukan kali pertama helikopter yang membawa rombongan Muhyiddin bermasalah.

Kali pertama ialah pada bulan Ogos tahun lalu di mana helikopter Nuri Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) yang membawanya terpaksa membuat pendaratan cemas di Tuaran Sabah akibat cuaca buruk.

Selain Muyiddin, ketika itu turut berada dalam pesawat yang membawa 14 penumpang serta anak kapal itu ialah setiausaha akhbar beliau Datuk Ainon Mohd serta Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Yahya Hussin, demikian lapor Bernama. -GB

Penduduk Dayak mengaku tanah dirampas Taib Mahmud

Posted: 11 Apr 2011 03:10 PM PDT


Video pengakuan seorang warga tua penduduk Sarawak berbangsa dayak yang bernama Akiu Nora dari Kampung Bengoh berkenaan rampasan tanah yang telah dilakukan oleh taib mahmud. Beliau mengaku bahawa kaum dayak di kawasan beliau tidak bersetuju dengan Taib Mahmud kerana tanah pusaka kaum dayak telah dihabiskan tak tentu pasal dan tidak diberikan pampasan. Ikuti pengakuan beliau melalui rakaman video di bawah ini.

Tiada ulasan: