Muslimeen United |
- Fuhh..."Mood" Rakyat Sarawak Kini Luar Biasa - Saifuddin
- Najib Dikecam Kerana Tidak Serius Dengan Kematian Sarbani
- Sepatutnya jangan dilayan buat tayangan di Parlimen tapi kena buat Kuliah Agama pasal dosa tengok video nie..??
- Pilihanraya menjadi pilihan semua gerakan Islam
- Tengok nii..Dah Tak Tahannn...
- Markas PAS Tanjung Datu Disimbah Cat, Taib Dah Kecut!!
- HIMPUNAN AMAN SELAMATKAN MALAYSIA HENTIKAN LYNAS Siri 2
- Berita Baik Untuk Rakyat Sarawak....!!!
- PR mahu kembalikan kekayaan pada rakyat Sarawak
- Manifesto Pakatan janji RM600 untuk warga emas
- Underwear tok imam berlubang
- Bomoh Taib Mahmud kena maki hamun di khalayak ramai!
- Kenyataan Yang Tidak Bertanggungjawab Di Hari Pengkebumian Ahmad Sarbani
- Mufti: Letak jawatan tanda protes, ada media sendiri
- Bagaimana soal siasat berakhir dgn kematian
- Kalau kita kata wanita China itu bini si Nazri, Nazri pun tak layak nafikan!
- Ustaz Azizan bijak pisahkan tugas kerajaan dengan kerja parti!
Fuhh..."Mood" Rakyat Sarawak Kini Luar Biasa - Saifuddin Posted: 08 Apr 2011 07:52 AM PDT " Sudah tentu 'mood' itu kalau dibandingkan dengan 2002 dan 2006, terus terang saya katakan 'mood' kali ini luar biasa yang mengesahkan penerimaan rakyat Sarawak terhadap parti-parti dalam Pakatan khusus Parti Keadilan, meningkatkan tahap kesedaran dikalangan rakyat negeri Sarawak. " Kalau dulu 2002, 2006 kita bergelut memperkenalkan lambang kita, kita bergelut cuba memberikan alasan dan rasional kenapa kita mesti hadir menawar diri di Sarawak tetapi kali ini kita telah melepasi tahap itu, perkenalkan parti, menerangkan dasar-dasar perjuangan parti sudahpun kita melepasi tahap itu. Saya fikir itu yang menyumbang kepada penerimaan dan kesedaran yang sekali gus membentuk 'mood' rakyat negeri Sarawak sama ada ianya komuniti Tiong Hua ataupun komuniti pribumi, Iban, Bidayuh, Orang Asal termasuk juga komuniti Melayu,"katanya. " Jadi saya fikir 'mood' ini kalau diterjemahkan formulanya harus sekitar 70 peratus komuniti Tiong Hua, 50 peratus komuniti Iban, Bidayuh dan kemudian kita pertahankan sekitar 40 peratus sokongan masyarakat Melayu. Kalau itu boleh berlaku saya percaya bahawa ianya mampu memberi kejutan besar kepada Barisan Nasional,"tambah Saifuddin. Malah ujarnya, melihat kepada perkembangan secara keseluruhan, kempen Pakatan Rakyat juga katanya terus bertenaga dalam usaha menyebarluas dasar-dasar Pakatan Rakyat. " Tema atau tagline kempen kita ialah menerangkan kepada rakyat mengekalkan lagi Taib Mahmud, suatu yang malang bagi rakyat negeri Sarawak. Kita menjanjikan barisan yang lebih segar, yang lebih dinamik, yang lebih kompeten dan komited dengan isu-isu rakyat. " Saya yakin stigma Taib Mahmud sebagai satu liabiliti kepada Barisan Nasional sudah lama melekat dalam fikiran rakyat, maka, dalam strategi kempen Pakatan kita cuma menguruskan gelombang kebencian ini tetapi jangan hanya mendedahkan keadaan itu tetapi harus menerangkan tawaran kita, polisi kebajikan kita, polisi mengagihkan keadilan, kekayaan negara dengan adil kepada setiap golongan,"tambahnya lagi. |
Najib Dikecam Kerana Tidak Serius Dengan Kematian Sarbani Posted: 08 Apr 2011 07:49 AM PDT Kes Teoh, Sarbani adalah sama, kata MP Pakatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak silap ketika mendakwa tiada persamaan antara kematian Teoh Beng Hock dan penolong pengarah Kastam, Ahmad Sarbani Mohamed, kata beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat hari ini. Dengan menolak persamaan antara kedua-dua kes berkenaan, Najib sebenarnya cuba memperlihatkan ketidak-seriusan dalam kematian Ahmad Sarbani ketika dalam jagaan Suruhanjaya Pencegahan Rasiah Malaysia (SPRM). "Najib adalah salah kerana ada persamaan dengan kematian Teoh Beng Hock. Kedua-dua mereka mati di bangunan kerajaan kettika dalam tahanan agensi pihak berkuasa," kata ahli parlimen Klang, Charles Santiago. Santiago dan tiga lagi ahli parlimen - MP Shah Alam Khalid Samad, MP Teluk Intan M Manogaran dan MP Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud hari berjumpa dengan pengarah SPRM Selangor Datuk Jaafar Maahad bagi melahirkan kebimbangan mereka berhubung keselamatan orang ramai kepada suruhanjaya itu. 50 polis Keempat-empat ahli parlimen itu diiringi kira-kira 20 penyokong, bertemu Jaafar kira-kira 10 pagi tadi. Khalid berkata pertemuan kira-kira 30 minit itu diadakan bagi mendapat penjelasan daripada SPRM berhubung beberapa perkara termasuk kes kematian Ahmad Sarbani pada Rabu lalu. Beliau berkata pihaknya berpuas hati dengan penjelasan yang diperolehi daripada Jaafar termasuk memberi jaminan bahawa SPRM negeri sentiasa memastikan semua pegawainya mematuhi prosedur siasatan yang ditetapkan. "Dalam pertemuan ini, kami juga melahirkan kebimbangan orang ramai berhubung keselamatan saksi atau tertuduh dalam kes rasuah apabila dibawa ke premis SPRM," katanya , Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa hampir 50 anggota polis dilihat mengawal dan menyekat laluan menuju ke Wisma PKPS di Shah Alam sejak 8.30 pagi tadi dipercayai bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Rabu lalu, Penolong Pengarah cawangan Import Eksport dan Kawalan Sempadan KDRM Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, ditemui mati di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan, dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan itu. Allahyarham didakwa datang secara sukarela ke pejabat SPRM untuk berbincang sesuatu mengenai siasatan kes rasuah dengan pegawai penyiasat suruhanjaya tersebut. Ekoran kejadian itu, dua pegawai SPRM digantung tugas kerana ingkar perintah berhubung pengendalian saksi yang berkaitan dalam kes kematian berkenaan. |
Posted: 08 Apr 2011 07:45 AM PDT Mufti: Video seks bukan bahan bukti Mufti Perlis Dr Juanda Jaya membidas kenyataan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia Zainol Rijal Abu Bakar bahawa video seks seseorang yang didakwa berzina boleh dijadikan bukti di Mahkamah Syariah. Dr Juanda (kanan) berpendapat kenyataan Zainol Rijal itu "menyeleweng" daripada prinsip dalam Islam. "Jenayah zina hanya boleh dibuktikan dengan dua perkara sahaja iaitu pengakuan orang yang berzina dan pengakuan empat orang saksi (yang adil) yang melihat perlakuan zina itu. "Bukti video atau gambar atau rakaman tidak diterima bagi jenayah zina. Pandangan (beliau) ini cukup menyeleweng. "Beliau seorang peguam, takkan dia tak tahu mengenai perkara ini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam. Berikutan itu, Dr Juanda meminta Zainol Rijal agar tidak menimbulkan salah faham kepada rakyat umum. "Hukum syara' jangan dipolitikkan... Hukuman zina amat berat dalam Islam, jadi pembuktian juga perlu maksimum," tegasnya. Dr Juanda mengulas laporan akhbar yang memetik Zainol Rijal (kiri) berkata rakaman video aksi seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin parti pembangkang boleh digunakan sebagai bahan bukti untuk mendakwa pelaku terbabit di mahkamah syariah. Zainol Rijal berkata ia dikategorikan sebagai "bukti bayyinah" iaitu keterangan yang boleh diperolehi dalam pelbagai bentuk antaranya dokumen, percakapan dan video. Sehubungan itu, kata beliau, klip video boleh dijadikan sebagai bahan bukti untuk mendakwa seseorang melakukan zina sekiranya pihak pendakwa tidak boleh membawa empat orang saksi lelaki. Mengulas lanjut, Dr Juanda berkata beliau juga memuji tindakan Speaker Dewan Rakyat yang tidak membenarkan penayangan video seks di parlimen. "Saya bersetuju (untuk larang tayangan) dengan beliau, nanti ada orang lain mungkin nak tunjuk video (seks) orang lain pula," kataya. Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan supaya menutup isu video seks ini dengan segera demi menuju sebuah negara yang rakyatnya mempunyai akhlak. |
Pilihanraya menjadi pilihan semua gerakan Islam Posted: 08 Apr 2011 03:53 AM PDT KUALA NERUS - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengajak ahli dan seluruh rakyat menyokong perjuangan parti itu dengan penuh keyakinan tanpa rasa was-was. |
Tengok nii..Dah Tak Tahannn... Posted: 08 Apr 2011 03:53 AM PDT |
Markas PAS Tanjung Datu Disimbah Cat, Taib Dah Kecut!! Posted: 08 Apr 2011 03:45 AM PDT Markas PAS di Tanjung Datu disimbah cat oleh pihak tidak bertanggungjawab kelmarin menjelang hari mengundi pada 16 April di Sarawak. Ketua Penerangan PAS negeri, Abdul Aziz Mohamad berkata, "ekoran peristiwa itu kami telah membuat laporan polis. Bagaimanapun, beliau tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai siapa yang melakukan kerja sabotaj ini. "Biar pihak berkuasa menyiasat insiden ini," katanya ketika dihubungi FMT hari ini. Tanjung Datu merupakan salah satu dari lima kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang ditandingi oleh calon PAS. Empat kerusi lagi ialah Beting Maro Sebuyau, Sadong Jaya dan Muara Tuang. Isu video tak ditelan orang, maka digunakan cara purbakala menakut-nakutkan orang. Dah kata BN kuat sangat, kenapa pula markas pula menjadi mangsa. |
HIMPUNAN AMAN SELAMATKAN MALAYSIA HENTIKAN LYNAS Siri 2 Posted: 08 Apr 2011 03:44 AM PDT |
Berita Baik Untuk Rakyat Sarawak....!!! Posted: 08 Apr 2011 03:41 AM PDT Baru Bian KM Sarawak jika BN ditumbangkan-MK Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian akan dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak jika Pakatan Rakyat menumbangkan BN pada pilihanr raya negeri ke-10, 16 April ini. Persetujuan itu diputuskan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dan diumumkan di Kuching ketika pelancaran manifesto mereka yang 'Ketuanan Rakyat'. Hadir ketika pengumuman itu adalah Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan ahli jawatankuasa pusat PAS, Datuk Seri Nizar Jamaluddin serta calon-calon Pakatan yang bertanding pada pilihan raya ini. Ketua DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berkata perlantikan Baru itu diputuskan pada mesyuarat majlis Pakatan Sarawak. "Pendirian kita adalah jelas. Kita mahu Baru jadi KM (jika beliau menang)," kata Chomg. Dr Wan Azizah berkata nama Baru dicadangkan kerana beliau adalah pemimpin negeri tetapi menambah parti dengan jumlah kerusi terbanyak akan dipilih sebagai ketua menteri. Baru adalah pemimpin veteran dan pembabitannya dalam politik bermula dengan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), Kongres Dayak Malaysia dan juga pernah bertanding di bawah tiket Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) pada 2006. Beliau terkenal dengan kelantangannya memperjuangkan tanah hak adat pribumi (NCR) dan pada pilihan raya ini bertading di DUN Ba'Kelalan di bahagian timur Sarawak. Baru dijangka memenangi kerusinya itu. Sementara itu, Mohd Nizar berkata pelantikkan ketua menteri atau menteri besar boleh diselesaikan seperti kes Perak pada 2008. Meskipun PAS adalah parti minoriti dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, namun Nizar dilantik sebagai menteri besar. "Untuk masa ini, soalan itu tidak timbul. Hanya apabila kita diberi mandat, seorang daripada kami yang berkelayakan akan menerajui kerajaan negeri. "Saya fikir soalan itu tidak penting sekarang. Maksud saya, saya juga tidak pernah terfikir akan menjadi menteri besar di Perak," katanya. Pada pilihan raya 16 April ini, Pakatan bertanding di semua 71 kerusi dengan PKR berentap di 49 kerusi, DAP 15 dan PAS 5. |
PR mahu kembalikan kekayaan pada rakyat Sarawak Posted: 08 Apr 2011 03:21 AM PDT KOTA SAMARAHAN, 8 April: Mohamad Sabu berkata, kesungguhan PAS menyertai pilihan raya Sarawak adalah kerana mahu membela hak rakyat negeri ini yang lebih 20 tahun ditindas BN. Sambil mengulangi bahawa rakyat sepatutnya menikmati hasil kekayaan negeri, beliau juga mahu rakyat bangkit menghentikan segera kerakusan pemimpin negeri yang mengaut kekayaan negeri. Rakyat, katanya harus keluar dari belengu kemiskinan dengan menukar kepimpinan negeri ini yang ternyata mengabaikan kebajikan mereka. "Kita (PAS dan Pakatan Rakyat) datang untuk kembalikan kekayaan Sarawak kepada rakyat Sarawak. Sangat sedih apabila rakyat Sarawak antara paling miskin di Malaysia sedangkan Sarawak ada petroleum. "Inilah dia Sarawak tanah airku," kata Mohamad (gambar) yang juga AJK PAS Pusat sinis dalam satu ceramah di Kampung Sidang Baru di sini. Turut serta berceramah, Naib Presiden dan Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Idris Ahmad serta Adun Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim. "Dari Miri ke Sibu lebih kurang 120 km, kalau di Semenanjung sejam naik kereta. Kalau saya bawa 45 minit, kena saman ekor, Mahfuz bela," katanya disambut gelak ketawa hadirin. "Di sini, Sibu ke Miri 3 jam lebih, kerana jalan raya bukan macam naik kereta, tapi macam naik kuda," tambahnya menggambarkan kemudahan asas yang jauh ketinggalan. Membandingkan dengan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat, beliau berkata rakyat akan lebih kaya jika Pakatan Rakyat memerintah. Beliau memberi contoh Selangor yang kaya dengan hasil negeri tetapi di bawah Pakatan Rakyat, kekayaan itu dinikmati rakyat. Ianya termasuk 20 meter padu air percuma, wang masuk universiti RM1,000, skim warga emas dan banyak lagi. "Dalam tempoh sekarang, rakyatlah yang menjadi raja, bukan lagi Tan Sri (Abdul) Taib Mahmud. "Undilah Pakatan Rakyat, kalau satu penggal mereka perintah baik, sambung tugas mereka, kalau buruk lebih dari BN, patah balik undi parti yang anda mahu," katanya.- Hrkh |
Manifesto Pakatan janji RM600 untuk warga emas Posted: 08 Apr 2011 03:20 AM PDT Pakatan Rakyat hari ini melancarkan manifestonya bagi pilihan raya Sarawak dengan menjanjikan beberapa habuan. Ia termasuk memberi wang tunai secara terus kepada rakyat dan menuntut pemberian royalti minyak Sarawak ditingkatkan jika mereka berjaya membentuk kerajaan negeri yang baru pada 16 April ini. Berbanding dengan manifesto BN yang diumumkan semalam yang didakwa hambar dan tidak mempunyai perincian masa depan, Pakatan berjanji untuk terus mengutamakan rakyat. "Layanan adil kepada semua rakyat Sarawak dengan membantu daftar kerakyatan rakyat tempatan, menyumbang RM200 untuk setiap anak anak masuk darjah satu serta pemberian RM600 untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas setiap tahun," kata manifesto itu. Selain itu, manifesto lapan halaman itu juga berjanji menjamin kebebasan agama sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Pakatan Rakyat juga berikrar bagi membentuk Suruhanjaya Tanah dan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputra dengan menyelesaikan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan mengembalikan semula tanah adat Orang Asal.. Berikut antara intipati manifesto yang bertemakan 'Kami Menjulang Kedaulatan Rakyat, Ketuanan Rakyat.'
|
Posted: 08 Apr 2011 12:03 AM PDT Lawak tapi penuh pengajaran... haha.. |
Bomoh Taib Mahmud kena maki hamun di khalayak ramai! Posted: 08 Apr 2011 12:01 AM PDT Sebelum ini MiLo Suam ada memetik pendedahan dari laman sesawang Sarawak Report mengenai seorang bomoh berambut perang yang sering mendampingi Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud rujuk sini [Bomoh]. Boleh tahan juga ye Taib Mahmud, pandai pilih bomoh, sebijak dia memilih isteri juga. Apa yang agak memeranjatkan dalam proses penamaan calon semalam, susuk tubuh bomoh "blondy" Taib Mahmud yang memiliki rupa ala-ala warga asing daripada eropah ini berjaya dirakamkan oleh ramai para hadirin. Malah bomoh "blondy" ini telah menyebabkan berlakunya kekecohan di penamaan calon semalam apabila dia dimaki hamun oleh sepupu Taib Mahmud. Beberapa blog ada melaporkan bahawa bomoh rambut perang ini telah dihalau dan tidak dibenarkan berada di tempat penamaan calon. Sepupu Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak nampaknya sangat marah dengan bomoh ini kerana didakwa telah meracuni fikiran Taib Mahmud dan membawa kerosakan kepada negeri Sarawak. Kisah ahli politik dan bomoh ini mengingatkan kita kepada berita yang pernah menggemparkan negara suatu ketika dahulu apabila seorang ahli politik juga merangkap ADUN Barisan Nasional yang mati dikerap-kerat kepada 18 bahagian oleh bomoh yang dibayar kononnya untuk mengekalkan kedudukan dan pangkatnya. Elok sangatlah bomoh Taib Mahmud ni dihalau daripada terus menyesatkan orang. Silap hari bulan, Taib Mahmud pulak akan menggemparkan negara kerana dikerat-kerat oleh bomoh seksinya ini. ReJaM© "Gerombolan dengan bomoh ni dah jadi perkara biasa, ustaz-ustaz dan ulama UMNO pun tak berani tegur, takut kena buang kerja..." |
Kenyataan Yang Tidak Bertanggungjawab Di Hari Pengkebumian Ahmad Sarbani Posted: 07 Apr 2011 11:39 PM PDT SPRM digesa kekal sifat tegas, berani jalan tugas KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa supaya terus mengekalkan sifat tegas, berani dan tidak bertolak ansur terhadap suspek serta penjenayah rasuah bagi mengelak negara hancur disebabkan gejala itu. Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah, berkata ketegasan SPRM menangani jenayah rasuah sudah mula menunjukkan kesan positif kerana ia memberi tekanan jiwa yang hebat terhadap penjenayah rasuah sehingga ada sanggup membunuh diri. "Apabila suspek jenayah rasuah sanggup membunuh diri berbanding menghadapi tindakan di mahkamah, ia menunjukkan usaha dan kerja SPRM selama ini sudah mula menunjukkan kesannya. "Ini juga menunjukkan SPRM tidak boleh dibeli oleh penjenayah rasuah. Ini adalah satu transformasi kerajaan yang boleh dilihat keberkesanannya," katanya menerusi kenyataan di sini, semalam. Kelmarin, pegawai kanan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Ahmad Sarbani Mohamed ditemui mati di pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini. Ahmad, 56, penolong pengarah cawangan import eksport dan kawalan sempadan KDRM Selangor adalah antara pegawai kastam yang ditahan SPRM pada 1 April lalu di pejabat kastam Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang. Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat tiga sebelum mayatnya ditemui di gelanggang badminton di tingkat satu. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. -BH Tiada yang lebih biadab daripada berita di atas. Tiada yang lebih biadab daripada kenyataan dari seorang pemimpin NGO seperti di atas. Ia dikeluarkan sewaktu jenazah Allahyarham sedang disemadikan semalam. Mengaitkan berita kematian Ahmad Sarbani Mohamed yang ditemui mati di pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane (sehingga ini belum diketahui punca sebenar kematian) dengan membunuh diri adalah satu tindakan keterlaluan lagi tidak bertanggungjawab. Ia tidak lansung memberikan kesan positif kepada usaha memperbaiki mutu perkhidmatan SPRM tetapi sebaliknya akan menyebabkan negara akan terus berdepan dengan kes-kes yang tidak diingini berlaku. Kredibiliti dan integriti pasukan SPRM sudah tercemar dan usaha berdalih untuk mewangikannya dengan membuat kenyataan yang bodoh lagi mereng meminta SPRM supaya terus mengekalkan sifat tegas, berani dan tidak bertolak ansur. Memang kita tidak bertolak-ansur dengan apa bentuk jenayah, kolar biru atau kolar putih, tetapi sesuatu siasatan sehingga menyebabkan kematian itu sendiri sudah merupakan satu jenayah. Seluruh rakyat negara ini akan bangun menentang apa juga bentuk kezaliman dan kekejaman yang dilakukan ke atas rakyat. Tubuh segera Suruhanjaya Siasatan untuk kes ini, jika berani dan jika ada kejujuran untuk mengetahui kebenaran! -GB |
Mufti: Letak jawatan tanda protes, ada media sendiri Posted: 07 Apr 2011 11:34 PM PDT KUCHING, 8 April: PAS mencadangkan Jabatan Mufti negeri-negeri seluruh negara mengeluarkan media sendiri bagi menyuarakan pandangan mereka agar tidak lagi dipermainkan oleh Umno melalui media mereka. |
Bagaimana soal siasat berakhir dgn kematian Posted: 07 Apr 2011 06:25 PM PDT |
Kalau kita kata wanita China itu bini si Nazri, Nazri pun tak layak nafikan! Posted: 07 Apr 2011 06:21 PM PDT
Memang benar, terlalu berat buat DS Wan Azizah serta keluarga untuk menonton video lucah berkenaan dan sememangnya dari awal beliau telah menolak untuk menontonnya atas alasan ianya jelas satu fitnah, keduanya kerana hukumnya haram disisi agama jika menonton video adegan seks sama ada tulin atau tidak video itu. Namun, Alhamdulillah, Allah memberi jalan kepadanya untuk mengesahkan siapa sebenar lelaki berperut boroi dan kadangkala tidak berjanggut itu. Maka, ada tangan yang gatal datang dari mana telah memuat turunkan klip video tersebut ke dalam youtube walaupun dibuat suntingan ke atas beberapa babak terutamanya babak yang memperlihatkan perbezaan susuk tubuh badan DS Anwar. Apabila ini terbongkar, maka amat menyulitkan pihak yang melakukan konspirasi jahat ini untuk meneruskan kerja fitnah mereka. Hajat dihati mahu melihat DS Wan Azizah melenting atau setidak-tidaknya meletakkan jawatan di dalam politik bersama suami dan anaknya. Isteri mana mahu mempertahankan suaminya yang melanggan pelacur? Anak mana yang mahu membela ayahnya yang bermain kayu tiga dengan ibunya? Adakah DS Wan Azizah lebih pentingkan politik daripada moral keluarganya? |
Ustaz Azizan bijak pisahkan tugas kerajaan dengan kerja parti! Posted: 07 Apr 2011 06:19 PM PDT Oleh AZAMIN AMIN BALING: Wang kerajaan adalah milik rakyat dan bukan untuk kegunaan parti yang memerintah bagi tujuan pembangunan dan sebarang aktiviti. Pesuruhjaya PAS Kedah Dato' Seri Azizan Razak berkata, walaupun sudah mentadbir kerajaan selaku Mneteri Besar, beliau tidak membenarkan dan menggunakan wang kerajaan untuk parti apatah lagi untuk kepentingan diri sendiri."PAS sentiasa berdikari dan bergerak atas duit dan sumbangan ahlinya, tidak pernah menggunakan duit kerajaan. "Bukan macam parti sebelah sana, yang bergantung kepada harta dan jentera kerajaan untuk apa juga program yang dilakukan,"katanya membidas sikap penyalahgunaan harta kerajaan. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Perletakan Batu Asas Kompleks PAS Baling, dekat sini 30 Mac lalu. Turut hadir sama Adun Kupang Johari Abdullah, Adun Kuala Ketil Haji Md. Zuki Yusof dan Yang Dipertua PAS Baling, Tuan Guru Abdul Wahab Hassan yang lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Awang Lanai. Ustaz Azizan berkata selian menjaga kepentingan wang kerajaan, beliau juga tidak pernah mengarahkan para pegawai kerajaannya untuk terlibat bagi membantu program parti malah memberi kebebasan kepada mereka untuk mengikuti fahaman politik masing-masing di luar waktu kerja. "Tadi saya menyampaikan bantuan banjir kepada mangsa di sini, melibatkan urusan rasmi kerajaan dan ramai para pegawai turut serta. "Tapi bila ke sini, saya larang para pegawai kerajaan mengikuti kerana ini urusan parti...kerja parti saya pula," katanya. Antara bukti lain tindakan beliau, yang sudah menjadi pengetahuan umum, Menteri Besar Kedah ini akan menggunakan khidmat polis trafik atau peronda bagi tujuan mengiringi kenderaannya bagi tujuan majlis ataupun acara rasmi sebaliknya tidak bagi program PAS mahupun aktiviti Pakatan Rakyat. Begitu juga ketika mula-mula menjawat jawatan Menteri Besar, Unit Perancangan Ekonomi Negeri (Upen) memberi peruntukan untuk membina pagar rumah kediaman beliau atas faktor keselamatan, Ustaz Azizan enggan menerima sebaliknya menggunakan wang sendiri untuk tujuan itu. Dalam pada itu, Ustaz Azizan menyarankan amalan bersedekah yang telah dilakukan ahli-ahli PAS selama ini untuk perjuangan Islam, mestilah diteruskan kerana perbuatan itu diiktiraf Nabi Muhammad s.a.w mendapat ganjaran berlipat ganda daripada Allah swt. "Walaupun kita memerintah, sikap memberi infaq jangan ditinggalkan bahkan ditingkatkan lagi bagi meneruskan perjuangan agama Allah ini. "Sumbangan ahli amat diperlukan dan ianya tidak sia-sia kerana pasti mendapat imbuhan dunia dan akhirat. Allah jamin hidup orang yang uska bersedekah ini, selamat. Cuba tunjukkan orang yang rajin bersedekah, menjadi papa kedana?" katanya menaikkan semangat hadirin. Biarpun hujan mula turun dengan lebatnya, hadirin tidak berganjak, malah menanti dengan penuh sabar ucapan yang disampaikan Ustaz Azizan, malah ada yang mengambil peluang bersalaman dan bergambar dengan beliau. Seusai ucapan, Ustaz Azizan dan Tuan Guru Haji Ahmad bersama-sama meletakkan batu asas Kompleks yang dianggar menelan belanja RM3.5 juta manakala tanah kawasan tersebut telah dibeli dengan harga sejumlah lebih RM100,000 hasil sumbangan dana dan infaq ahli-ahli PAS. |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan