Muslimeen United |
- PAS yakin mampu menang kerusi pertama
- Giliran Najib pula ajak orang Pulau Pinang bermimpi
- PAS Melaka Akan Pertahankan PASTI Bukit Katil Daripada Diroboh
- Anwar gegar Sarawak...
- Jika Dah Tulen Kenapa Tak Tangkap & Dakwa Datuk T atas Tuduhan Memiliki & Menyebar Video Lucah...!!
- Tour Jingga' Bukti Politik PR Lebih Matang
- Pornthip: 'Teoh Beng Hock dicekik sebelum jatuh'
- Ahli PKR OKU ditahan ISA
- Komik Lucah: UMNO Shah Alam Dalangnya
- Video seks: Ketua Polis Negara tidak faham
- RON97 Naik 20 Sen, Rakyat Sarawak Jadi Harapan Rakyat Seluruh Negara Tolak BN
- Pengangkutan di S'wak dibolot BN, kata Ku Li
- Sokongan PR meningkat di Sarawak - pengkaji media
- Kelantan Tewaskan Harimau Muda 2 – 1
- ADUN BN Dijatuhi Hukuman Penjara 3 Tahun, Denda RM20K, Tiada Pilihanraya
PAS yakin mampu menang kerusi pertama Posted: 02 Apr 2011 07:00 AM PDT Setelah pulang dengan tangan kosong selepas dua pilihan raya negeri Sarawak, PAS yakin percubaan ketiga parti itu kali ini akan membuahkan kejayaan. PAS sedar yang parti itu tidak mendapat sokongan secukupnya daripada kalangan orang Islam, yang merupakan 26 peratus daripada populasi Sarawak, untuk memenangi kerusi pertamanya di negeri ini, dan dengan itu turut berusaha mendapatkan sokongan pengundi bukan Islam yang tidak berpuas hati. Ketua PAS Sarawak Adam Ahid mendakwa "perubahan mood" di kalangan pengundi Islam dan bukan Islam akan membawa kebaikan kepada parti itu. "Di Beting Maro pada pilihan raya negeri yang lepas, contohnya, terdapat hanya sebuah rumah panjang yang menyokong kami. Kini, terdapat tiga buah rumah panjang yang telah menyatakan sokongan kepada kami," katanya. Beting Maro, kawasan majoriti Melayu di Sri Aman, adalah satu daripada lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi oleh PAS, yang telah melebarkan sayapnya ke Sarawak pada 1996. Empat lagi DUN ialah Sebuyau, Sadong Jaya, Muara Tuang dan Tanjung Datu. Adam berkata PAS telah menubuhkan Dewan Himpunan di Miri untuk mendekati pengundi Islam dan bukan Islam di kawasan bandar. Bagi mendapatkan sokongan masyarakat Iban, beliau berkata PAS akan menumpukan pada tanah hak adat (NCR), isu yang dekat dengan hati mereka. Adam berkata parti itu akan meletakkan calon berwibawa dengan latar belakang profesional. "Kami tidak mahu terlalu yakin, tetapi kami sedang berusaha melahirkan apa yang kami panggil "Anak Sulung PAS"," katanya. Penganalisis politik, bagaimanapun, berpendapat adalah mustahil untuk PAS memasuki Dewan Undangan Negeri. Menurut pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Dr Awang Azman Awang Pawi, laluan "amat sukar" bagi PAS berikutan latar belakang penduduk yang terdiri daripada pelbagai agama, kebudayaan dan etnik. "Rakyat masih sukar untuk menerima ideologi sebuah negara Islam, dan PAS dianggap sebagai sebuah parti ekstremis," katanya. Awang Azman berkata PAS telah disamakan dengan penduduk Islam di Mesir, dianggap sebagai pergerakan Islam paling berpengaruh di dunia, dan keadaan itu telah menakutkan banyak orang. "Faktor lain ialah kaum Bumiputera, sama ada Islam dan bukan Islam, lebih selesa dengan PBB daripada PAS yang berpangkalan di Semenanjung," katanya. "Bumiputera Islam ialah minoriti di negeri ini, tetapi pencapaian mereka dalam bidang pendidikan dan ekonomi agak signifikan, dan rakyat menghargainya," katanya. - Bernama |
Giliran Najib pula ajak orang Pulau Pinang bermimpi Posted: 02 Apr 2011 06:57 AM PDT
Hari tu Muhyiddin, Timbalan Presiden Umno dengan megah mengisytiharkan yang Umno BN akan kembali berkuasa di Selangor dengan menyasar memenangi 9 kerusi. Walaupun ramai tahu kedudukan Pakatan Rakyat di Selangor agak mantap ekoran prestasi memberangsangkan di bawah MB Tan Sri Khalid Ibrahim disamping kelemahan dalaman Umno BN sendiri selain kebencian rakyat kepada ketempangan dan kepincangan Umno BN yang lalu, namun Muhyiddin tanpa segan terus memainkan juga lagu-lagu khayal dan mengenakkan telinga sekadar sesama Umno BN. Apa lagi yang nak beliau katakana bila mengunjungi Selangor, takkanlah beliau nak katakan PR bagus! Kini giliran Najib pula. Dalam kunjungan beliau ke Pulau Pinang, beliau pula mengisytiharkan yang BN bakal merampas kembali Pulau Mutiara itu dari tangan Pakatan Rakyat dalam PRU akan datang. Alasan Najib – terdapat angin perubahan meniup deras di Pulau Pinang. Sekali lagi sindrom Umno Kelantan turut dimainkan di Pualu Pinang, iaitu Umno dan BN kuat dan pelbagai lagi. Hakikatnya tulang belakang BN di Pulau Pinang iaitu Gerakan sudah pupus, apa lagi MCA dan MIC yang sepatutnya membantu meneguhkan kedudukan Umno turut hancur berkecai. Umno sendiri kalah beberapa kerusi pada PKR dan PAS. Dan dari 11 kerusi (PR menang 29 kerusi)DUN yang Umno menang di Pulau Pinang hampir 5 kerusi di bawah majoriti 500 undi. Demikian kedudukan BN di Pulau Pinang kini, apa yang isitmewa yang boleh melonjakkan mereka bangkit untuk merampas kembali Pulau Pinang sebagaimana dibayangkan Najib? Bolehlah Najib dan Muhyiddin jelajah Selangor, Pulau Pinang dan kemudian Kedah dan Kelantan, berdegar-degar mendabilk dada mendakwa BN dan Umno boleh rampas kembali negeri-negeri ini. Sekadar cakap kosong, siapa pun boleh. Malangnyabuat mereka berdua rakyat Malaysia kini sudah dewasa terutama dari segi pertimbangan dan membuat keputusan. Mustahil mereka mahu kembali kepada ketempangan dan kepincangan yang lampau. Jangankan negeri-negeri yang disebutkan itu, malah negeri-negeri lain termasuklah Perak, Negeri Sembilan, Terengganu dan lain-lain semua ada potensi menolak BN yang semakin membosankan. Roslan SMS |
PAS Melaka Akan Pertahankan PASTI Bukit Katil Daripada Diroboh Posted: 02 Apr 2011 06:54 AM PDT PAS Melaka tetap akan mempertahankan sebuah tadika PASTI yang terletak di Bukit Katil daripada dirobohkan bagi tujuan pembinaan jalan di situ. Ketua penerangan kawasan itu Mohd Yusof Wahab berkata, PAS tetap tidak akan berganjak malah tidak akan menerima sebarang bayaran pengambilan tanah dari kerajaan negeri. Mohd Yusof yang juga pengerusi jawatankuasa bertindak mempertahankan PASTI itu berkata, pihaknya mempertahankan pusat pendidikan itu kerana ia sudah beroperasi lebih 15 tahun dan sudah mendidik ribuan pelajar. Katanya, walaupun cadangan pengambilan tanah terhadap tapak sebuah surau yang terletak di situ bagi pembinaan jalan berkenaan tidak lagi diteruskan setelah kajian semula dilakukan kerajaan negeri, namun tapak tadika PASTI tetap akan diambil. "Kita hanya mempertahankan hak kita. Kita akan teruskan bantahan dan kita tidak akan berganjak daripada ini. "Lagi pun, pihak yang mewakafkan tanah ini dulu, adalah bagi tujuan didirikan sekolah untuk mendidik anak bangsa supaya lebih berakhlak mulia. "Tambahan pula, kos untuk membina sekolah ini mencecah RM110,000 dan semuanya adalah hasil sumbangan orang ramai yang bertujuan mendidik anak bangsa. Kami lima sen pun tidak guna wang kerajaan," katanya. 'Bukan tiada alternatif' Jelas Mohd Yusof (gambar), sebelum ini, beberapa siri bantahan telah diadakan berikutan cadangan pembinaan sebuah jalan di kawasan ini yang akan mengakibatkan tanah tapak tadika PASTI dan sebuah surau diambil kerajaan negeri. Bagaimanapun, setelah dikaji semula, tapak surau berkenaan tidak lagi termasuk dalam kawasan yang akan diambil. "Kalau kerajaan negeri boleh keluarkan peruntukan berjumlah RM500 juta untuk bina Sekolah Harapan yang bertujuan untuk memulihkan kembali akhlak remaja terlanjur, mengapa pula hendak robohkan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di sini. "Hanya semata-mata hendak membuat jalan, mengapa sanggup korbankan sekolah ini yang ternyata niatnya juga sama untuk mendidik anak bangsa ke arah akhlak terpuji. Masalahnya, bukan tiada alternatif lain. "Sedangkan laluan lain pun ada, mengapa nak robohkan tadikan PASTI ini. Jelas kerajaan negeri ada muslihat tersendiri" dakwanya. Menurut Mohd Yusof, sebagai membantah pengambilan tanah berkenaan, satu majlis solat hajat telah diadakan bertempat di Pasti Bukit Katil malam semalam. Turut serta pada majlis itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub serta wakil dari PKR dan DAP akan turut memberi ceramah semasa program berkenaan. Usaha Malaysiakini mendapatkan penjelasan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam setakat ini belum berhasil. -mk |
Posted: 02 Apr 2011 04:12 AM PDT |
Jika Dah Tulen Kenapa Tak Tangkap & Dakwa Datuk T atas Tuduhan Memiliki & Menyebar Video Lucah...!! Posted: 02 Apr 2011 04:12 AM PDT Banyak yang tak betoi ni...Ini yang peliknya dengan Malaysia yang jelas mengamalkan undang undang double standard. Satu khusus untuk rakyat marhaen lain dan satu lagi khas untuk ahli Umno dan Barisan Nasional. Sepatutnya siasatan terhadap video fitnah tersebut harus tertumpu kepada motif tayangan itu dibuat dan bukannya semata-mata soal ketulenan rakaman berkenaan. Beberapa perkara perlu dijelaskan apabila laporan sudah dibuat kerana Anwar turut menafikan beliau terlibat. Pihak Polis perlu menangkap Rahim Thamby Chik dan Shazryl Eskay Abdullah serta Shuib Lazim kerana mereka adalah suspek utama dan bukan saksi seperti didakwa Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussien si akai pendek. Mereka sepatutnya ditangkap segera dan lakukan soal siasat terhadap mereka, bukannya mengambil kenyataan sahaja. Datuk T juga boleh didakwa mengugut kerana mengeluarkan kenyataan mendesak Anwar dan isterinya, Wan Azizah Wan Ismail supaya meletak jawatan dalam parti. Banyak sangat benda yang tak betul nih dan polis perlu tegas mengambil tindakan dan hukum mereka mereka yang didapati bersalah. Bukannya menurut kata nista pemfitnah dengan menekan lagi Anwar yang jelas menafikannya. JANGAN DISIASAT KETULENAN VIDEO SEKS TU SAJA, TAPI SIASAT SIAPA YANG MENYERUPAI ANWAR YANG SEDAP SEDAP MEMBAHAM CHINA DOLL TUH!!!! http://shalehudin.blogspot.com |
Tour Jingga' Bukti Politik PR Lebih Matang Posted: 02 Apr 2011 03:51 AM PDT Menurut Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin, pendekatan yang digunakan Pakatan Rakyat lebih dinamik berbanding amalan tradisi Umno Barisan Nasional yang menggunakan pendekatan fitnah lucah misalnya untuk menarik perhatian rakyat. 'Tour Jingga' yang dilancarkan semalam menyaksikan kira-kira 20,000 risalah berkaitan Buku Jingga Pakatan Rakyat diedar menggunakan pengangkutan awam PUTRA LRT dan akan berlangsung sepanjang April ini. Shamsul ketika ditemui pemberita menjelaskan, pendekatan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga lebih bertepatan dengan aliran politik semasa di negara ini. "Tentunya pendekatan ini berbeza dengan pendekatan Umno-Barisan Nasional yang menggunakan politik fitnah, mengedarkan filem lucah dan sebagainya, tetapi kita lebih sesuai dan relevan untuk menunjukkan cara politik yang lebih baru dan dinamik iaitu menyebarkan maklumat yang betul dan fakta supaya rakyat Malaysia kita ajak untuk berfikir memilih parti berdasarkan dasar yang diperjuangkan ataupun program yang kita cadangkan kepada rakyat. "Kita lakukan ini kerana kita ingin menyebarkan maklumat dan risalah jingga ini yang mengandungi program 100 hari Pakatan Rakyat yang kita rasakan penting untuk rakyat Malaysia terutamanya orang muda untuk mengetahui pendirian atau program kita sekiranya kita memenangi kerajaan persekutuan pada pilihanraya akan datang," katanya. Buku Jingga menggariskan demokrasi yang telus dan tulen untuk memperkasakan ketuanan rakyat, memacu ekonomi berprestasi tinggi yang mampan untuk menjana kemakmuran dan kebajikan secara adil, keadilan sosial bagi menjamin pembangunan insan secara menyeluruh dan hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara yang adil- setara. Menurut Shamsul lagi, 'Tour Jingga' merupakan sebahagian daripada perlaksanaan kempen yang dilakukan lebih awal bagi menghadapi pilihanraya umum yang bakal berlangsung bila-bila masa. " Ya, ia sebahagian daripada program kita. Pakatan tidak percaya kepada kempen dalam tempoh singkat. Jadi kita lakukannya lebih awal dan akan melakukan yang sama di Sarawak,"tambah beliau. Risalah yang diedarkan semalam turut memuatkan alamat laman sesawang, Twitter dan Facebook Buku Jingga. Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat Buku Jingga boleh melayari :- www.bukujingga.com Twitter : @bukujingga dan Facebook : Buku Jingga |
Pornthip: 'Teoh Beng Hock dicekik sebelum jatuh' Posted: 02 Apr 2011 03:51 AM PDT Pakar patologi Thai, Dr Pornthip Rojanasunand bersependapat dengan pakar forensik Britain Prof Dr Peter Vanezis bahawa Teoh Beng Hock masih bernyawa. Namun katanya, beliau tetap mempertahankan hujahnya bahawa kesan tanda merah di sekeliling leher mangsa pembantu politik itu adalah akibat dicekik. Menurut beliau, kesan merah itu amat ketara pada bahagian kiri leher Teoh pada bedah siasat pertama meskipun tubuh mangsa telah dijahit semula. Pakar patologi dari Thai itu tidak menjalankan bedah siasat pertama tetapi hadir sebagai pemerhati pada bedah siasat kedua. Pornthip, 56, yang tiba hari ini dan diberi kawalan ketat berkatakontusi pada sebelah kiri leher Teoh menunjukkan mangsa dicekik. Tegasnya, terdapat tiga senario di mana kontusi boleh berlaku.
"Teoh berkulit cerah jadi kesan tanda lebam ini boleh dilihat dengan jelas," kata saksi itu. Beliau juga memberikan beberapa contoh tentang bagaimana kecederaan di leher akibat dicekik yang mempunyai tanda-tanda lebam yang sama. -M'kini |
Posted: 02 Apr 2011 03:46 AM PDT KUALA LUMPUR, 2 April: Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) ditahan polis mengikut Seksyen 73 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kampung Kerinchi di sini, petang semalam. Kadir Hashim, 42, adalah seorang ahli PKR ditahan dalam serbuan melibatkan 20 anggota polis berpakaian preman di rumahnya kira-kira pada jam 6.50 petang, lapor KeadilanDaily. Perkara itu disahkan Mohamad Izhar, Ketua Angkatan Muda Keadilan Lembah Pantai kepada KeadilanDaily. Beliau menganggap penahanan itu tidak masuk akal kerana Kadir adalah seorang peniaga tomyam OKU yang memiliki sebelah tangan dan mustahil untuk terlibat dalam 'gerakan subversif' seperti didakwa polis ketika membuat tangkapan. "Kami (ahli PKR dan keluarga Kadir) tidak tahu sebab sebenar beliau ditahan polis," kata Izhar. Beliau berkata, PKR Wilayah Persekutuan akan membawa perkara itu kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) pada Isnin ini. Dalam pada itu, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) kecewa dan mengutuk sekeras-kerasnya penahanan berkenaan. Dalam kenyataan media hari ini, kedua-dua badan bukan kerajaan (NGO) itu mahu mengetahui sebab sebenar penahanan Kadir dan mendesak supaya peguam dan ahli keluarga dibenar melawat Kadir secepat mungkin. Mereka juga menganggap penggunaan ISA terhadap Kadir bertentangan dengan prinsip hak asasi, keadilan dan piawasai hak asasi antarabangsa, selain terdedah kepada bahaya penyalahgunaan kuasa dan penganiayaan. Mengakui nilai keselamatan negara penting, GMI dan Suaram tetapi setiap invidu berhak memperoleh perbicaraan yang adil. Mereka juga kecewa kerana kerajaan dari satu segi mahu mengkaji semula penggunaan ISA tetapi pada masa masa membuat tangkapan melulu mengikut akta zalim itu. -Hrkh |
Komik Lucah: UMNO Shah Alam Dalangnya Posted: 01 Apr 2011 10:28 PM PDT Shah Alam: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad mendakwa pengedaran komik 'Kisah Juara Raja Lawak' yang memaparkan karikatur lucah mengaibkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim didalangi Umno Bahagian Shah Alam. Komik setebal 16 muka surat itu mengandungi karikatur dan gambar teknik 'super impose' lucah berwarna selain jalan cerita menggambarkan Anwar yang diselubungi skandal seks termasuk mengaitkan dengan bekas pembantu peribadi Mohd Saiful Bukhari Azlan. Khalid berkata, beliau menerima aduan daripada pihak pengurusan sebuah kilang percetakan di Seksyen 23 di sini apabila timbunan komik tersebut dijumpai minggu lalu dikilang tersebut yang diletakkan oleh individu tidak dikenali. Khalid mendakwa, beliau didatangi pihak pengurusan tersebut membuat aduan menyatakan kebimbangan kerana komik itu sudah mula diedarkan kepada pekerja kilangnya oleh individu yang tidak bertanggungjawab. "Penyebaran komik lucah ini merupakan satu corak politik yang kotor dan lebih menjijikkan lagi, saya dapat maklumat ia didalangi Pemuda Umno Bahagian Shah Alam," katanya kepada pemberita dipejabatnya di sini hari ini. Sehubungan itu, Khalid menggesa Ketua Bahagian Umno Shah Alam Datuk Ahmad Nawawi Md Zin tampil mengutuk sekaligus menafikan dakwaan yang dilemparkannya. "Kalau Umno punya maruah dan prinsip, mereka kena buat kutukan dan tolak dakwaan ini," katanya. Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya akan membuat laporan polis tentang perkara ini di Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Seksyen 11 esok. "Saya akan buat laporan polis dan serahkan komik itu yang dianggap sebagai bahan lucah," katanya. Pada 29 Mac lalu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar membuat laporan polis terhadap komik yang sama di Balai Polis Dang Wangi di Kuala Lumpur. Dalam laporannya, Nurul Izzah mendakwa pengedaran komik itu berniat jahat bagi menjatuhkan reputasi dan kredibiliti Anwar serta beliau sendiri sebagai anak sulungnya. Khalid gesa Eskay ditahan Sementara itu, Khalid turut menggesa agar individu 'Datuk Trio', Datuk Shazryl Eskay Abdullah ditahan dan didakwa kerana mengaku memiliki dan mengedar bahan lucah. Walaupun Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata rakaman video itu telah disahkan ketulenannya oleh pakar tempatan, namun Khalid berkata aspek itu tidak boleh mensabitkan Anwar sebagai individu didalam video itu. Katanya, polis banyak memberikan kelonggaran dan keistimewaan berbanding kes pengedaran video lucah yang membabitkan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek tiga tahun lalu. "Polis memberi amaran sesiapa yang melihat dan mengedarkan video lucah Soi Lek akan dikenakan undang-undang, dan ini berbeza dengan kes yang dihadapi Anwar sekarang. "Walaupun video in tulen, Eskay kena buktikan bersama saksi yang beliau hadir membawa Anwar ke hotel tersebut," katanya. -FMT |
Video seks: Ketua Polis Negara tidak faham Posted: 01 Apr 2011 10:26 PM PDT Menakjubkan lagi membingungkan – itulah mungkin rumusan paling sesuai untuk menggambarkan reaksi rakyat berikutan kenyataan separuh masak Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengumumkan video seks lucah yang dikaitkan kepada Datuk SeriAnwar Ibrahim adalah 'tulen'. Malah Ismail (kiri) membayangkan hasil siasatan akan diserahkan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk tindakan susulan dalam tempoh terdekat. Persoalannya: Betul ke Anwar adalah pelaku dalam video itu? Malangnya, Ketua Polis Negara tidak memberi jawapan. Jawapan beliau adalah penting kerana ia menjadi paksi kepada segala isu ini – benarkah Anwar dirakam mengadakan hubungan sumbang dengan seorang pelacur di sebuah hotel pada 21 Februari lalu? Anwar membuat laporan polis pada 22 Mac, sehari selepas video itu ditayangkan kepada media di Hotel Seri Carcosa Kuala Lumpur di mana Ketua Pembangkang dan isterinya kemudian diugut supaya berundur dari politik. Laporan polis dibuat oleh Ketua Pembangkang itu untuk membolehkan Bukit Aman sendiri menyiasat sama ada pelaku dalam video itu adalah Anwar atau bukan. Kunci segala-galanya Jika bukan, maka jelas fitnah besar-besaran berlaku. Justeru identiti pelaku dalam video itu amat penting dan adalah kunci kepada segala-galanya. Namun persoalan ini tidak dijawab oleh Ismail. Beliau lebih menjurus kepada hasil siasatan yang mendapati video itu adalah tulen berasaskan penelitian pakar-pakar video tempatan. Persoalan asas tidak dijawab – siapa pelakon dalamnya. Lebih mengejutkan ialah kenyataan Ismail bahawa hasil siasatan kini "di tahap akhir", akan diserahkan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam tempoh terdekat. Mungkinkah siasatan itu boleh dianggap hampir selesai tanpa polis mengambil keterangan daripada Anwar atau pihak-pihak yang dapat membantu siasatan. Mereka yang dimaksudkan adalah:
Selang sehari video itu didedahkan, pejabat Parti Keadilan Rakyat membongkar identiti pihak yang mendalangi rakaman itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka dan Pengerusi Risda Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazyl Eskay dan Bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim. Berjumpa Perdana Menteri Hanya selepas identiti mereka terbongkar, gandingan Datuk T tampil mengakui mereka di sebalik penayangan video berkenaan, itupun selepas mereka dilaporkan berjumpa dengan Perdana Menteri Najib Razak di bangunan Parlimen pada 22 Mac. Rahim, Eskay dan Shuib hanya mengambil masa kurang lima jam untuk menyerahkan bukti dan memberi keterangan kepada polis susulan laporan yang dibuat Anwar. Selang seminggu kemudian, Ketua Polis Negara mengumumkan siasatan sudah hampir selesai untuk Peguam Negara mengambil tindakan susulan! Jelas banyak ruang-ruang tertinggal dalam "siasatan adil dan telus" seperti yang dijanjikan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein. Kenyataan bingkas beliau dan Perdana Menteri Najib Razak menafikan polis tidak langsung terlibat dalam isu fitnah video seks "Tiga Datuk" kini menimbulkan lebih banyak kecurigaan berikutan kenyataan Ketua Polis Negara semalam itu.[oleh wira arjuna] |
RON97 Naik 20 Sen, Rakyat Sarawak Jadi Harapan Rakyat Seluruh Negara Tolak BN Posted: 01 Apr 2011 10:25 PM PDT Retaling Jaya: Harga petrol RON 97 sekali lagi dinaikkan dan kali ini sebanyak 20 sen - menjadikan harganya RM2.70 seliter sbermula hari ini. Harga RON97 sekarang ialah RM2.50 seliter. Kali terakhir ia dinaikkan ialah pada 4 Januari lalu iaitu sebanyak 10 sen. Sebelum itu ia telah pun mengalami kenaikan iaitu sebanyak 15 sen pada 1 Disember tahun lalu -menjadikan harganya mencecah paras RM2.30 seliter dan kemudian RM2.40 seliter mulai awal Januari. Bagaimanapun, harga minyak petrol RON 95 kekal pada paras RM1.90 seliter. RON97 kini tidak lagi dikawal oleh kerajaan dan diapungkan mengikut harga pasaran. Walaupun ia tidak lagi di bawah kawalan kerajaan, namun kerajaan masih memberi subsidi antara 17 sen hingga 18 sen seliter. Semalam (Khamis) dalam pertemuan dengan pengarang-pengarang kanan media, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan tidak berhasrat menaikkan harga petrol RON95 pada waktu terdekat ini walaupun berlaku kenaikan harga minyak global. Katanya, tahun lalu sahaja jumlah subsidi yang ditanggung oleh kerajaan untuk petrol dan diesel sahaja mencecah RM7.61 bilion. Untuk tahun ini katanya, jumlah itu dianggarkan mencecah RM10 bilion dan mungkin akan naik kepada RM14 bilion seandainya kerajaan pertahankan harga RON95 pada paras sekarang untuk tempoh sepanjang tahun. Sekalipun dikatakan kerajaan tidak berhasrat menaikkan harga petrol RON95 pada waktu terdekat ini, tetapi diramalkan petrol RON95 akan dinaikkan jika BN memenangi pilihanraya Sarawak nanti. Ini berdasarkan kepada beberapa siri kenaikan harga minyak dimana kerajaan hanya menangguhkan sementara kenaikan minyak RON95 sebelum pilihanraya tetapi akan menaikkannya sebaik saja BN memenangina. Justeru itu, rakyat Sarawak adalah harapan rakyat seluruh Malaysia supaya memmpastikan kerajaan BN ditolak bagi menghalang kerajaan terus bertindak untuk menaikkan harga minyak. -GB |
Pengangkutan di S'wak dibolot BN, kata Ku Li Posted: 01 Apr 2011 10:20 PM PDT Kekangan logistik dan sumber kewangan akan menjadi halangan terbesar kepada Pakatan Rakyat untuk menawan Sarawak. Namun gagasan itu mampu menafikan BN majoriti dua pertiga pada pilihanraya negeri bulan ini, kata ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah. Hadapi rintangan Razaleigh berkata jika Pakatan berjaya menafikan majoriti dua pertiga kepada BN, ia membawa implikasi tersendiri kepada kelangsungan gabungan itu sendiri di peringkat kerusi Parlimen. "Sudah tentu (ia mempunyai impak) kerana keadaan di bawah tentukan keadaan di atas. Oleh sebab itu, keadaan ini akan tentukan kedudukan Parlimen dan Kerajaan Pusat," katanya. BN kini menguasai 62 daripada 71 kerusi DUN Sarawak dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) pimpinan Taib memegang 35 kerusi, manakala Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) mempunyai 12 kerusi dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) masing-masing memegang lapan kerusi. Pakatan Rakyat memenangi tujuh kerusi pada pilihan raya negeri lalu dengan DAP merangkul enam kerusi dan PKR satu. Razaleigh menjangka jika Pakatan Rakyat berjaya menafikan BN majoriti dua pertiga di Sarawak, ia akan memberi kesan kepada sentimen pengundi di Sabah. Negeri jiran Sarawak itu juga menghadapi masalah kemiskinan kronik, di samping pimpinan kerajaan negeri diselubungi dakwaan-dakwaan membolot kekayaan balak dan sumber asli negeri. "Apa juga yang berlaku di Sarawak akan mempengaruhi keadaan di Sabah. Kalau keadaan BN tak baik di Sarawak ia juga akan pengaruhi keadaan tak baik di Sabah. Itu yang lazimnya," katanya. -M'kini |
Sokongan PR meningkat di Sarawak - pengkaji media Posted: 01 Apr 2011 04:19 PM PDT PETALING JAYA : Seorang pengkaji media yang juga Pensyarah di Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, Profesor Dr Abu Hassan Hasbullah hari ini memberitahu sokongan semasa terhadap Pakatan Rakyat (PR) meningkat antara 40 hingga 42 peratus di Sarawak pada masa ini. Bagaimanapun, Barisan Nasional (BN) masih menguasai sokongan masyarakat negeri itu dengan sekitar 60 peratus dan angka tersebut boleh berubah sekiranya isu-isu tempatan dapat diuruskan dengan bijak oleh parti politik bertanding. "Setakat ini, data menunjukkan kedudukan PR semakin meningkat iaitu antara 40 hinga 42 peratus, manakala BN yang menguasai pengaruh di lingkaran demografi kawasan luar bandar secara keseluruhan menguasai 60 peratus. "Namun prediksi persepsi kepercayaan politik ini boleh berubah sekira isu-isu lokal dapat diuruskan dengan baik oleh mana-mana pihak khususnya krisis tanah adat dan perkongsian ekonomi," kata Prof Abu Hassan dalam satu emel yang dikirimkan kepada wartawan bebas. Isu video seks Anwar tidak beri kesan di Sarawak Menurut Prof Abu Hassan yang turut terkenal sebagai penganalisis politik dalam dan luar negara turut menganggap isu video lucah yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim turut kurang mendapat tempat di Sarawak berbanding isu-isu tempatan. "Isu ini (video lucah) tidak akan memberi kesan langsung yang begitu berpengaruh dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kerana isu ini adalah isu nasional yang amat jauh dari pengetahuan masyarakat Sarawak. Masyarakat Sarawak juga dijangkakan lebih menumpukan kepada isu tempatan seperti pemilikkan tanah, ketidakadilan sosial masyarakat bumiputera dan isu rasuah serta penyelewengan kuasa politik. "Di Sarawak krisis adalah lebih banyak pada persoalan masalah-masalah lokal atau tempatan seperti pemilikkan tanah, ketidakadilan sosial bagi masyarakat bumiputera di sana khususnya masyarakat yang berpendapatan rendah dan masih miskin serta isu rasuah dan penyelewengan kuasa politik. "Isu Video Lucah mungkin hanya diambil berat oleh masyarakat Melayu dan sebahagian dari pemerhati politik yang terdedah pada krisis nasional. "Sebaliknya hampir 70 peratus masyarakat di Sarawak masih bertarung untuk mengukuhkan posisi dalam ekonomi dan sosial, maka tentulah isu-isu lokal akan lebih mempengaruhi kepercayaan politik mereka," jelas beliau. Sementara itu ketika mengulas isu video lucah yang sedang hangat diperkatakan beliau menyifatkan Melayu moden hari ini masih belum keluar dari kemelut krisis peradaban. ""Isu Video Lucah bukan soal isu meningkatnya simpati masyarakat terhadap Anwar sekali gus menderu sokongan kepercayaan politik terhadap Pakatan Rakyat. Melayu mengalami krisis peradaban "Isu Video Lucah bagi masyarakat adalah krisis peradaban kaum Melayu yang sudah cukup lama terbeban dengan sejarah semacam ini melalui peristiwa-peristiwa sejarah bangsa Melayu yang turut mengheret krisis yang sama," kata beliau. Prof Abu Hassan turut menyingkap kembali sejarah Melayu yang menurutnya adalah bukti kepada sikap sesetengah orang Melayu yang menggunakan fitnah sebagai senjata politik mereka semenjak zaman dahulu lagi. "Hang Tuah difitnah berzina dengan gundik raja, sehingga menyebabkan dia terhukum bunuh dan seterusnya mencetuskan kebangkitan revolusi Hang Jebat yang kemudian menyebabkan pertempuran saudara di Melaka. "Begitu juga fitnah ke atas anak perempuan Sang Rajuna Tapa yang dituduh berzina dengan seorang pemuda di Temasik akhirnya menyebabkan pergelutan antara dua kuasa dan menyebabkan penjajahan Majapahit ke atas Singapura. "Kita juga diberitahu dalam sejarah tentang kisah Mahsuri yang dituduh berzina dengan Deramang yang menyebabkan pembunuhan ke atas Mahsuri, jadi isu-isu ini adalah berhubungan dengan politik Melayu. "Dalam keadaan bangsa lain telah berjaya mencipta Google, Facebook, Twitter, iPad, dan sebagainya sedangkan bangsa kita pula tidak habis-habis hidup seperti apa yang dilalui oleh Hang Tuah, Sang Rajuna Tapa dan Mahsuri," jelas beliau. Bagaimanapun menurutnya lagi, misi untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi sia-sia apabila Ketua Umum PKR itu sekali lagi diangkat sebagai simbol perjuangan membela maruah diri, keluarga dan masyarakatnya. "Perspektif dari mediasfera, isu ini akan menempatkan kembali Anwar sebagai simbol perjuangan diri, keluarga dan masyarakat di kalangan masyarakat tanahair kerana bukan mudah untuk seseorang dan sebuah keluarga menanggung penghinaan yang semacam ini, malah secara berterusan. "Tentulah masyarakat mula melihat keperluan untuk bersekutu buat perubahan kerana masyarakat sudah tidak mampu menanggung situasi dan krisis politik yang semakin teruk dan semakin mengerikan," kata Prof Abu Hassan. Prof Abu Hassan turut mengingatkan masyarakat Melayu negara ini yang umumnya berugama Islam dengan ayat 12, Surah Al-Hujurat akan dosa yang ditanggung daripada berprasangka, mencari kesalahan orang lain dan perbuatan fitnah. "Pertamanya, Allah mengeluarkan perintah yang jelas di dalam Al Quran, Surat Al Hujurat, ayat 12, yang bermaksud - Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah ada di antara kamu yang berbuat fitnah dan tuduhan sebahagian yang lain. "Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat, lagi Maha Penyayang". -Hrkh |
Kelantan Tewaskan Harimau Muda 2 – 1 Posted: 01 Apr 2011 04:07 PM PDT |
ADUN BN Dijatuhi Hukuman Penjara 3 Tahun, Denda RM20K, Tiada Pilihanraya Posted: 01 Apr 2011 03:58 PM PDT ADUN Lenggeng, Mustafa Salim hari ini dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda sebanyak RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban. Mahkamah juga membenarkan penangguhan hukuman ke atas ADUN BN itu kerana pembelaan mahu membuat rayuan. Mahkamah sebelum ini mendapati Mustafa bersalah atas tuduhan menerima rasuah RM2,000 sebagai dorongan untuk mengeluarkan surat sokongan berkaitan dengan projek pasir, lebih dua tahun lalu. Tiada p'raya kecil Hukuman yang dijatuhkan ke atas Mustafa itu bagaimanapun tidak akan menyebabkan pilihan raya kecil diadakan. Ini berdasarkan kenyataan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebelum ini berhubung kelayakan Mustafa sebagai wakil rakyat. Abdul Aziz berkata, kelayakan Mustafa sebagai wakil rakyat tidak akan dilucutkan selagi ADUN berkenaan masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan. "Hukuman akan dijatuhkan pada 1 April. Ia tidak akan berkuatkuasa sehingga akhir 14 hari, di mana beliau boleh memfailkan rayuan kepada Mahkamah Tinggi. "Proses mahkamah ini panjang, ADUN itu boleh merayu lepas 1 April ini, selepas habis proses mahkamah semuanya dan tetap disabitkan baru lucutlah jawatan ADUN," kata Abdul Aziz. Menurutnya, jawatan Mustafa akan hanya dilucutkan jika beliau tidak merayu atau dihukum kepada setahun penjara atau atau lebih dan didenda sekurang-kurang RM2,000 atau kedua-duanya sekali. Sekalipun Mustafa dilucutkan kelayakannya, pilihan raya kecil tidak akan diadakan jika keputusan muktamad mahkamah hanya dibuat selepas 28 April, tahun ini. |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan