Ahad, 17 April 2011

Murai Anak Emas

Murai Anak Emas


TKSU 1Msia Di Tangkap Khalwat

Posted: 16 Apr 2011 09:40 AM PDT

Pegawai kanan bergelar Datuk ditangkap khalwat

Seorang pegawai kanan sebuah kementerian bergelar 'Datuk' ditangkap awal hari ini selepas dipercayai berkhalwat.

imagePara pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) bersama seorang anggota polis menyerbu sebuah hotel mewah di Batu Ferringhi pada kira-kira pukul 4 pagi dan mendapati lelaki berumur 51 tahun itu bersama pasangannya, 28, yang juga bekerja di kementerian yang sama, dalam sebuah bilik.

Kedua-dua mereka dibawa ke Balai Polis Batu Feringghi sebelum keterangan mereka diambil mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996.

Pengarah JHEAIPP Sazali Hussein ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.
- Bernama

AS rasa mungkin tau sapa dia ni. Menurut maklumat sohih, mamat mangkok ni seorang TKSU yang baru dilantik pada Ogos tahun lepas di Kementerian Belia Dan Sukan. Berumur 51 tahun. Masuk laman web di SINI, pergi kat kementerian/pengurusan tertinggi, anda boleh tahu sapa dia.[ sumber ]. dan sini pun [ada]

BN Kekal Majoriti 2/3 Hilang 8 Kerusi

Posted: 16 Apr 2011 09:00 AM PDT

Keputusan keseluruhannya, BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1). Keputusan itu menunjukkan BN kehilangan lapan kerusi, berbanding 63 kerusi yang dimenanginya pada 2006.

muktamad

DAP menambah enam kerusi kepada 12 kerusi, manakala PKR juga menambah satu kerusi menjadi tiga. DAP dan PKR juga menyapu bersih semua lima kerusi di Kuching. Jumlah pemilih keluar mengundi ialah 70 peratus.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), BN mendapat undi terbanyak dengan 372,379 undi, diikuti DAP (134,847), Snap (15,663), PKR (117,100), PAS (9,719), PCM (2,895) dan Bebas (20,064).

Manakala seramai 71 calon telah hilang wang deposit. [mskini]

Presiden SUPP KO Di Piasau

Posted: 16 Apr 2011 05:21 AM PDT

Piasau
Ling Sie Kiong (DAP): 5,770
Dr George Chan (SUPP): 4,162
Majority: 1,608

Sehingga ini, Ling memperolehi 5,770 undi, berbanding dengan George Chan yang mendapat 4,162 undi. Ling mendahului dengan majoriti 1,608 undi. George Chan merupakan presiden keempat parti komponen BN yang tumbang selepas MIC, Gerakan dan PPP.

Presiden SUPP KO Di Piasau

Posted: 16 Apr 2011 05:18 AM PDT

Piasau
Ling Sie Kiong (DAP): 5,770
Dr George Chan (SUPP): 4,162
Majority: 1,608

Sehingga ini, Ling memperolehi 5,770 undi, berbanding dengan George Chan yang mendapat 4,162 undi. Ling mendahului dengan majoriti 1,608 undi. George Chan merupakan presiden keempat parti komponen BN yang tumbang selepas MIC, Gerakan dan PPP.

PR Gagal Nafi 2/3 BN UMporNO

Posted: 16 Apr 2011 04:55 AM PDT

Pakatan gagal untuk menafikan BN kemenangan majoriti dua pertiga BN

Seperti yang dijangka, terdapat peralihan sokongan besar di kalangan pengundi Cina kepada pembangkang. Tetapi sokongan dari masyarakat Iban belum mencukupi untuk memboleh PKR merampas beberapa kerusi yang ditandingi di kawasan luar bandar. [Mskini]

Tidak Rasmi PAS Kalah Semua

Posted: 16 Apr 2011 03:52 AM PDT

6.13pm: Tidak Rasmi: PAS kalah disemua lima kerusi yang ditandinginya - - Tanjung Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro

Tiada ulasan: