Isnin, 18 April 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Dengor sini..... Baca ini....

Posted: 18 Apr 2011 07:22 AM PDT


Ceramah DATUK SERI ANWAR IBRAHIM pada SABTU 23 APRIL 2011, yang sepatutnya diadakan di Taman Bandar Universiti Seri Iskandar, telah ditukarkan ke MARkAS PAS TITI GANTUNG.

Ceramah akan bermula pada pukul 9.00 malam.

Biasaler.... kalau tukar venue tu mesti sebab masalah permit. Permit tak dapat weh oi...

Jad, jangan lupa.... Jom beramai-ramai ke sana untuk mendengar kupasan isu-isy semasa secara live. Ajak kengakawan, sedara mara, anak-pinak serta jiran tetangga ke sana. Jom kita gegarkan markas PAS Titi Gantung.

Ceeewaahh.... Macam konsert pulak!!

Ada conflict of interest ke??

Posted: 17 Apr 2011 10:00 PM PDT


NRY Architect Sdn Bhd. dapat kontrak pengubahsuaian Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur. Ooooo.... ye ker?? Siapa punya syarikat tu??

Dakwa Chegu Bard, itu syarikat adik Najib... Piem 1Malaysia. Ek ele....

Kalau macam tu.. nepotisme masih hidup segar dalam UMNO. Ha... ha... selagi UMNO hidup, maka akan bersarang ler nepotisme di dalamnya. Itu baru nepotisme, belum lagi 'isme-isme' yang lelainnya.


Mana tidaknya.... bukan ke Najib banyak belajor daripada mentor dia si Mahathir Kutty. So... inilah masanya untuk apply apa yang dipelajari tentang subjek Nepotisme.

Betul juga kata Chegu Bard. Mengapa dia boleh dapat kontrak itu?? Kerana dia Timbalan Pengerusi Masjid atau kerana dia adik kepada PM 1Malaysia.

Betul... betul... 1Malaysia, rakyat ingin tahu. Sebab apa... kita tak mahu ler ada konflik of interest pulak... Nanti makin tercalar ler imej Piem 1Malaysia.

Oleh itu, jawab... jangan tak jawab....!! Respon jangan tak respon!!

KUALA LUMPUR: Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin membangkitkan semula peranan adik perdana Menteri, Datuk Nazim Razak dalam misteri kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribu.

Beliau berkata demikian dalam satu surat terbuka kepada perdana menteri, bagi meminta penjelasan mengenai kontrak pengubahsuaian Masjid Jamek Kampung Baru bernilai RM20 juta- yang diberi kepada syarikat NRY Architect Sdn Bhd, iaitu syarikat kepunyaan Nazim.

Menurut Badrul, sekiranya tidak ada jawapan diberikan mengenai kontrak berkenaan, ia akan kekal menjadi misteri seperti persepsi mengaitkan peranan Nazim dengan penarikan balik akuan bersumpah yang dibuat penyiasat persendirian, P Balasubramaniam.

"Jika tidak ia akan kekal misteri sehingga menimbulkan perbagai persepsi yang mungkin salah seperti mana Nazim yang pernah disebut namanya oleh penyiasat persendirian, P.Balasubramaniam, dalam akaun bersumpahnya, pada 3 Julai 2008, yang cuba mengaitkan nama YAB Datuk Seri, yang pada ketika itu selaku Timbalan Perdana Menteri dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu, yang dibunuh secara kejam.

"Sejurus itu, banyak pihak tampil menggesa SPRM mahupun PDRM menyiasat dakwaan P.Balasubramaniam berhubung pembabitan adik Perdana Menteri itu dalam isu pertukaran akuan sumpahnya.

"Namun oleh kerana seolah didiamkan persoalan itu maka rakyat membuat persepsi sendiri seolah memang Perdana Menteri sendiri panik dan arahkan adiknya bertemu P.Bala supaya menukar akuan sumpah," kata Badrul atau lebih dikenali dengan panggilan Chegu Bard.

Justeru itu, Badrul berkata, Najib perlu menjelaskan pemberian kontrak pengubahsuaian masjid Kampung Baru yang disalurkan melalui syarikat pembangunan strategik milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad.

"Jika benar, memandangkan adik YAB Datuk Seri juga adalah Timbalan Pengerusi Masjid, maka wajar dijelaskan sama ada terdapat percanggahan kepentingan di mana sebagai pemilik firma arkitek NRY Architect Sdn Bhd.

"YAB Datuk Seri sendiri harus jelaskan bahawa perlantikannya sama ada atas kapasitinya sebagai Timbalan Pengerusi Masjid ataupun sebagai adik Perdana Menteri sendiri. Yang jelas dua – dua ada pertembungan kepentingan," ujar Badrul dalam surat berkenaan.

Menurut badrul, umum mengetahui selain Nazim, tiga lagi saudara Najib terbabit aktif dalam perniagaan berprofail tinggi iaitu Datuk Nazir, Johari Razak dan Mohamed Nizam.

"Tujuan kami menulis surat ini untuk memohon pihak YAB Datuk Seri tampil dan menjelaskan pertanyaan yang timbul di kalangan rakyat," tegas Badrul.

Dua tahun lalu, penyiasat persendirian P Balasubramaniam menyebut nama adik perdana menteri itu dengan tindakannya menarik balik akuan bersumpah pertama yang mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dengan kes pembunuhan Altantuya.

Pendedahan nama Datuk Mohamed Nazim Razak dibuat dalam bahagian akhir wawancara bekas anggota polis Cawangan Khas itu – yang pernah bertugas dengan Abdul Razak Baginda, kenalan rapat Najib – dalam laman web Malaysia Today pada 20 November 2009.

Malaysia Today dikendalikan Raja Petra Kamaruddin, yang baru-baru ini menimbulkan kegemparan apabila mendakwa beliau dipengaruhi beberapa pihak untuk mengaitkan Najib dalam misteri pembunuhan tersebut.-KeadilanDaily

Uishhhh.... Gilerrr!!

Posted: 17 Apr 2011 07:45 PM PDT

Ragam orang Barat semakin gilerr. Gileer yang amat mengilerrrkan. Elok-elok hensem... dah hodoh jadinya. Apa nak jadi dengan manusia sekarang, entah ler?? Apakah ini yang dikatakan manusia akhir zaman?? Wallahua'lam...

Frankfurt, 17 April 2011 : Two men pose with their tattoos at the 19th International Tattoo Convention in the central German city of Frankfurt am Main on April 16, 2011. Tattoo artists from the whole world present the newest techniques, designs and colour creations over the weekend. AFP PHOTO

[sumber]

Bakor!! Komer bakor!! Komer Bakor jer...!!

Posted: 17 Apr 2011 07:30 PM PDT


Presiden SUPP Sarawak yang kalah tertonggeng dalam PRN baru-bari ini, iaitu Dr George Chan Hong Nam telah membuat keputusan untuk meletak jawatan.

Bagus sangat ler tu. Kamu dah GAGAL.... membawa kejayaan kepada SUPP, so letak jawatan adalah satu tindakan yang bermaruah. Syabas!!

Jadi.... bagaimana SUPP sekarang??

SUPP sudah tak releven lagi di Sarawak. Parti race-base tak popular dah. Komer 'bakor' jer. Apabila sudah 'lebor' komer sertai jer Pakatan Rakyat. Itu lebih bermakna. Rakyat Sarawak mahukan perubahan. Lihat.... undi popular Pakatan Rakyat naik mendadak begitu ketara sekali. So, you all apa tunggu lagi.. Komer jangan menentang arus.. Jika menentang arus, natijahnya, komer kalah teruk. Komer ditolak rakyat!!

Oleh itu.... do not hesitate. Jom bersama-sama rakyat Sarawak lakukan perubahan. Jom ubah dan together kita berarak ke Putrajaya dan kita selamatkan Sarawak dan juga Malaysia.


KUCHNG: Tan Sri Dr George Chan Hong Nam (atas) akan meletak jawatan sebagai Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) susulan kekalahannya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-10, kelmarin.

"Saya akan letak jawatan dalam parti. Saya mungkin melakukannya Selasa ini pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) SUPP," katanya ketika dihubungi, semalam.

Dr Chan yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak hanya memperoleh 4,408 undi berbanding pencabarnya, Ling Sie Kong daripada DAP yang memperoleh 5,998 undi.
Berikutan kekalahan itu, katanya, adalah wajar untuk beliau berundur dan menyerahkan kepada CWC untuk memutuskan siapa yang layak menerajui parti.

Dr Chan adalah pemimpin SUPP ketiga mengambil keputusan berundur sebagai Pengerusi SUPP selepas mengalami kekalahan dalam pilihan raya. Pengerusi SUPP kedua, Tan Sri Stephen Yong meletak jawatan selepas gagal mempertahankan kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum 1990.

Ini diikuti Pengerusi SUPP ketiga, Tan Sri Dr Wong Soon Kai, yang mengambil tindakan sama selepas kalah di DUN Bukit Assek pada pilihan raya negeri 1996. Pengerusi SUPP pertama, Tan Sri Ong Kee Hui, bersara secara sukarela pada 1982.

Dr Chan adalah Pengerusi SUPP yang keempat dan menyertai politik pada 1982 apabila bertanding di Parlimen Lambir selepas 17 tahun menjadi doktor perubatan.
Setahun selepas itu, beliau bertanding di kerusi DUN di Miri dan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk enam penggal.

Sementara itu, Dr Chan yang ditanya mengenai masa depan SUPP berkata, beliau tidak pasti apa akan jadi pada parti itu.

"Biarlah keadaan reda dulu sebelum kita membuat keputusan selanjutnya mengenai masa depan parti," katanya.- UM


Kamik king. Perjuangan kamik belum selesai

Posted: 17 Apr 2011 05:30 PM PDT


You may be powerful in Putrajaya. But... this is my territory and I am KING!!

Ha... ha... ha... kemenangan Barisan Nasional dan terangkatnya semula Taik 'Mammoth' sebagai Ketua Menteri Sarawak telah memberi impak yang besar kepada imej Piem 1Malaysia. Taik 'Mammoth' telah membuktikan.... who's more powerful and who's the boss in Sarawak, walau pun ia sebahagian daripada Persekutuan Malaysia.

You want your talian hayat.... you kena tunduk kepada kemahuan beta. What ever I do... you diam dan angguk-angguk jer. Don't try to pandai-pandai open your mouth??

Fullamakk..... agaknya, itulah mesej yang cuba disampaikan oleh Taik Mammoth' kepada Najib Piem 1 Malaysia. Wallahua'lam...

Sebab itu.... selepas diumumkan bahawa BN menang, maka tanpa berlengah-lengah majlis angkat sumpahnya sebagai KM Sarawak telah diadakan di hadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang. [sini dan sini]

Najib sebelum ini telah memberi hint bahawa Sarawak akan mendapat KM yang baru apabila Taik 'Mammoth' bersedia untuk berundur.... when the right time comes. Dalam keadaan rakyat mula bangkit menentang pemerintahan Taik 'Mammoth'.... mungkin Najib harap yang dia akan paham dan umumkan pengundurannya sebelum rakyat keluar mengundi pada 16 April yang lalu kerana pada masa itu.... keadaan BN kelihatan begitu 'nazak' sekali. Tapi... Taik 'Mammoth' berdegil... Rancangan tak menjadi. [sini]

Dia tahu yang Najib tak boleh buat apa-apa jika dia enggan tunduk kepada kemahuan Najib. Sebabnya.... di Sarawak dia lebih berkuasa. No sokongan daripada Sarawak.... Najib akan 'semput' di Semenajung. Aha... Semput yang boleh kaput!!

Fuuhh.... patutler SPRM pun tak berani nak sentuh Taik 'Mammoth' walau pun bukti demi bukti didedahkan tentang tuduhan rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh dia dan dan kuncu-kuncunya di sana. Power mereka tak lut di sana. Taik 'Mammoth' lagi power, beb!!

Kesian Najib.... liabiliti yang dia cuba humbankan masih kekal berkuasa. Walau dia sudah tua dan lama...... but he is still standing strong and there's nothing Najib can do. Sarawak dia punya....

Sampai bila....?? Tunggu...... 'Perjuangan' dia belum selesai lagi. Selesai nanti, pergilah dia.

Ya... Apa salah dia??

Posted: 17 Apr 2011 12:00 PM PDT



Polis negara mana ni??

Oooohhh.... 1Malaysia. 'Hebat'nya PDRM. Dahsyat.... dahsyat.... Tangkap orang, tapi tak kasik tahu mengapa??

Ek ele.... bikin orang tertanya-tanya jer.
Kasik tau ler dia, mengapa dia ditangkap??

Dan, kangkung-kangkung pun berbunyi....

Posted: 17 Apr 2011 10:00 AM PDT


Apabila kangkung-kangkung berbunyi.... aku jadi geli hati. Lepas guling-guling ketawa terbahak-bahak.... lantaknya aku termuntah!! Ini semua gara-gara suara sang kangkung.

Bunyi kangkung-kangung ini macam bunyi katak. Bunyinya begini....

Bodek-bodek-bodek.... Bodek-bodek-bodek.... Bodek-bodek-bodek....

Tak ke macam bunyi katak?? Selain itu, kangkung... batangnya bukan ke lompong? Sebijik macam kepala hotak malaun pembodek ini. KOSONG!! LOMPONG!!

Alahai kangkung...... Najib dan Muhyiddin ialah faktor 'X' kejayaan BN di Sarawak, ekk?? Faktor X hotak korang!!

X tu apa??

Faktor X tu ialah penyalahgunaan segala macam jentera kerajaan oleh Najib dan Muhyiddin. Kalu tak ada manipulasi segala macam jentera kerajaan.... maka BN bisa bungkus di Sarawak.

Mereka berjaya bentuk kerajaan di Sarawak kerana mereka berjaya membangang dan menjumudkan minda rakyat di sana khususnya di kawasan pedalaman. Ini kerana, mereka telah berjaya men'secure'kan rakyat luar bandar agar kekal hidup di 'bawah tempurung'. Mereka menjalani kehidupan yang penuh dengan kemunduran dan langsung tiada maklumat tentang perkembangan dunia di luar tempurung mereka.

Mereka bukan saja miskin harta benda tetapi mereka juga miskin maklumat. Mengapa mereka dikekalkan dalam keadaan sedemikian?? Supaya... senang mereka dimanipulasi dan diperkuntakinte-kan untuk kepentingan politik Barisan Nasional. 'Kalau rakyat bangang, BN senang menang'!!

Kata kangkung si anak Kling ni....

"Sebelum pilihan raya pun, BN sudah lama memenuhi permintaan rakyat. Misalnya, salah satu teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ialah mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar"

Wooo....wooooo.... Ya ke??? Ha.. ha...ha.... BULLSHIT!!

Malas nak layan bunyi kangkung-kangkung ni lelama. Loya rasanyer perut. Excuse me.... teman nak ke bilik ayor kejap. Nak terwheekkk!!

Assalamualaikum.... Jumpa lagi insyaAllah.

[sumber]

Tiada ulasan: