Rabu, 13 April 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Pulak dah... Buang tebiat ke??

Posted: 13 Apr 2011 07:17 AM PDT


Dulu beriya-iya dan berdegor-degor, tup-tup..... lain pula tune suaranya. Apa hal mamat ni?? Dah buang tebiat ke??

Cer baca... Cer baca... Gilerr, kan??

"Saya tidak pernah menuduh Perdana Menteri atau isterinya terbabit dalam kes pembunuhan kes Altantuya Sharibuu." Itu pengakuan pengendali lamanweb Malaysia Today Raja Petra Kamarudin dalam temubual eksklusif dengan Pengarang Kumpulan TV3, Ashraf Abdullah di Perth, Australia baru-baru ini.

Sebaliknya, Raja Petra mendakwa, beliau didesak dan dipengaruhi untuk berbuat demikian oleh beberapa individu yang tidak mahu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengambil-alih sebagai Perdana Menteri.

Berikutan adalah transkrip temubual tersebut yang disiarkan dalam lamanweb TV3. Raja Petra berkata, akuan bersumpah yang dibuat beliau pada 18 Jun 2008, hanyalah bersandarkan maklumat yang diperolehi daripada beberapa individu ini Menurut Raja Petra, ramai orang termasuk polis, membuat tuduhan tanpa meneliti akuan bersumpahnya.

Dalam akuan bersumpah itu Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh.

RAJA PETRA KAMARUDIN, PENGENDALI BLOG MALAYSIA TODAY

"Di dalam SD saya tadi saya telah bercerita bahawasanya orang ini telah beritahu dan biarlah orang ini yang datang dan bercerita. Dan pihak berkuasa perlu siasat dan panggillah orang ini. Itu yang saya tulis dalam SD. Saya sendiri tidak timbulkan apa-apa tuduhan. Saya tidak kata saya tahu yang isteri timbalan perdana menteri semasa itu ada di tempat kejadian. Saya tidak cakap. Saya tidak buat satu tuduhan seperti berikut. Yang saya kata ada orang yang bercerita tetapi bergantung kepada pihak berkuasalah untuk menyiasat perkara ini lebih lanjut lagi dan untuk orang-orang ini kedepan. Dan saya sebut nama-nama orang ini. Saya sebut semasa siasatan polis."

Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat berkenaan, daripada beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh politik, termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka ialah Nik Azmi Nik Daud, John Pang dan penulis blog Din Merican.

Menurut Raja Petra seorang pegawai perisik angkatan tentera dikenali sebagai Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin juga memberi maklumat yang sama.

"Saya tidak terima lagi cerita itu. Sebab saya rasa mungkin mustahil kot. Takkanlah isteri Perdana Menteri nak pergi tempat itu kerana tempat itu kerana kawasan itu tempat hutan dan saya dok fikir dia nak panjat bukit, masuk hutan tengah tengah malam, pukul 12 malam, saya ingat mustahil kot."

Tambah Raja Petera, tujuan mereka ialah untuk memastikan Datuk Seri Najib tidak mengambil alih sebagai Perdana Menteri apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan.

Menurutnya dalam pertemuan dengan Nik Azmi, beliau bertanya kenapa beliau didesak untuk membuat akuan bersumpah itu.

"what do you hope to achieve? Dia kata pak lah akan letak jawatan, kalau kita tak block Najib, Najib akan menjadi Perdana Menteri, ganti Pak Lah"

Menurut Raja Petra, beliau kemudian meminta Din Merican untuk mendapatkan pengesahan Datuk Seri Anwar.

"Din Merican pun contact saya balik dia kata dia dah cakap dengan Anwar dan Anwar pun bagi green light. Dia kata ok, orang ini no problem, apa dia cakap kita boleh percaya. Anwar pun kenal baik dengan dia ini dan dia pun biasa jumpa Anwar…leftenan kolonel ini. Dan dia pun banyak bercerita kepada Anwar tentang isu ini…dia kata proceed. Saya pun proceed."

Beliau berkata, kesemua individu ini berjanji akan menjadi saksi sekiranya beliau di dakwa di mahkamah. Bahagian kedua temubual ini dalam Buletin Utama esok.

[sumber]

Kantoi!! Trick silap mata mereka terbarai.

Posted: 13 Apr 2011 06:26 AM PDT


Ooooo.... mereka bermain silap mata rupanya dengan rakyat Malaysia. Mereka perdaya rakyat dengan cara licik sekali. Fulamaakk.... pakar putar alam rupanya Piem 1Malaysia ni.

Namun demikian, sepandai-pandai tupai melompat.... akhir jatuh juga ke tanah. Aha.... akhirnya terbongkar juga putar belit dan penipuan mereka. Ini macam punya orang kita mahu percaya....??

Ha... ha... ha... I help you, you help me, but now what happened?? I asked you to undur but you tak mahu. And... you buat I terkedu dan malu!! Semua orang ketawakan I you tau?!!

Kah... kah... kah.... Padan muka kamu!! Double malu... Semalam, Taib Mubarak malukan dia dan hari ini pulak.... Anwar telanjangkan dia.

KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat pendedahan menggemparkan bahawa sebanyak RM1.5 billion wang rakyat diguna Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menyelamatkan syarikat kroni Taib Mahmud.

Ia dilakukan menerusi syarikat pelaburan kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang melakukan urusniaga meragukan untuk mengelabui mata rakyat, kata Anwar.

1MDB melakukan urusniaga dengan syarikat PetroSaudi dari Arab Saudi, untuk membolehkan syarikat UBG Berhad, yang menghadapi masalah kewangan dan dimiliki keluarga Taib, diselamatkan.

"Untuk memperdayakan rakyat, Najib isytihar keuntungan 1MDB sebanyak RM425 juta pada tahun pertama operasinya. Namun, beliau tidak pernah memberitahu kita bagaimana (keuntungan itu diperoleh).

"Hari ini kita ada penyata kewangan 1MDB yang mendedahkan salahguna wang kerajaan tanpa rasa malu yang dilakukan Barisan Nasional dan bagaimana mereka berterusan menyalahgunakan kekayaan negara," kata Anwar.

Menurut Anwar, keuntungan sebanyak RM425 juta yang diisytihar pada tahun kewangan 1MDB yang berakhir pada 31 Mac 2010 mendedahkan perkara yang berbeza apabila diteliti dengan lebih dekat.

"Lima bulan selepas membayar RM3.5 billion untuk pelaburan projek usaha sama dengan PetroSaudi, 1MDB menjual semula pelaburan itu kepada pemilik PetroSaudi dengan harga RM4.1 billion.

"Pada mata kasar,ia kelihatan seperti keuntungan yang menakjubkan. Namun, PetroSaudi yang menerima wang tunai sewaktu 1MDB membeli pelaburan tersebut kini membayar pembelian semula itu melalui skim pinjaman selama 11 tahun yang akan hanya selesai pada 31 Mac 2021.

"Sekarang, hampir 70 peratus modal asal 1MDB adalah dalam bentuk pinjaman, yang tiada jaminan lagi akan dibayar semula sepenuhnya," kata Anwar.

Malahan, urusniaga itu juga dilakukan pada hari terakhir tahun kewangan 1MDB, 31 Mac 2010 bagi menipu rakyat.

"Silap mata perakaunan ini dilakukan untuk menunjukkan keuntungan meragukan yang diisytiharkan Najib," kata Anwar.

Perkara paling mengejutkan, kata Anwar, adalah hubung kait Taib Mahmud dengan 1MDB melalui urusniaga yang meragukan.

"Pada tahun lalu juga, PetroSaudi membayar RM1.5 billion untuk mengambil alih UBG Berhad, instrumen pelaburan milik empayar keluarga Taib Mahmud yang menghadapi masalah kewangan," kata Anwar.

Justeru, Anwar menuntut agar satu audit khas dilakukan untuk menyiasat samada urusniaga yang melibatkan 1MDB, PetroSaudi dan UBG menggunakan wang rakyat dan digunakan untuk tujuan politik yang tertentu.

Anwar juga menuntut sebarang usaha 1MDB meraih dana daripada bank dihalang sehingga audit itu selesai. Sebarang usaha untuk memindahkan harta kerajaan seperti cadangan menganugerahkan sebidang tanah di Jalan Cochrane juga perlu dihentikan, kata Anwar.

Anwar juga menuntut satu pendedahan siapa sebenarnya di belakang 1MDB dilakukan agar rakyat yakin bahawa 1MDB betul-betul kukuh untuk memenuhi komitmennya.-KeadilanDaily

Ramalan kaji cuaca: Tsunami mari!!

Posted: 12 Apr 2011 10:00 PM PDT


Sarawak bakal dilanda tsunami yang dahsyat!!

Tsunami mari??

Kenapa tak percaya ka???

Tak percaya.... you wait and see.

Mengikut Jabatan Kaji Cuaca, tanda-tandanya sudah ada. Sedutan laporannya di sini...


... Sejarah Malaysia tercatat, di negeri Bumi Kenyalang yang disangka kubu kuat BN sehingga sukar untuk ditembusi PR, namun 10 April lepas, suatu fenomena yang tidak dapat diungkapkan dan digambarkan oleh pemimpin BN sehingga mungkin boleh sesak nafas bagi KM Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud dan Pengerusi BN pusat sendiri, Datuk Seri Najib Razak.


[Laporan sepenuhnya di sini]

Usah kena tipu...

Posted: 12 Apr 2011 07:30 PM PDT


Transform lawan ubah. Mana rakyat Sarawak akan pilih??

Mengarut jer transform.... transform... ni. Tak mana maunya transform... percayalah. Mana nak transform, kalau piem se Malaysianya nak transform Ketua Menteri Sarawak agar menjadi orang yang mendengor kata sikit pun, tak boleh?? Baru task yang kecik pun, dia tak boleh nak trnasform... ini kan pulak berhajat dan berjanji nak transform satu Sarawak?? Tipu jer tu.... usah percaya ler!!

Nak transform itu dan ini, bukannya dengan air lior jer. Mereka punya transform, pakai duit bilion-bilion untuk makmal itu dan ini, ratusan juta untuk bayar duit consultancy dan itu belum lagi duit nak melaksanakan dan merealisasikan dasar serta projek-projek itu dan ini. Banyak duit pakai oooo.... Piem kita ni, is a very BIG SPENDER!! Duit akan terbazir begitu saja tapi hasilnya ??? A big question mark!!

Kah..kah.. kah... He's willing to waste sooo muuuch money because it's not his money tetapi duit kita.... duit rakyat. Peduli apa dia!! At the end of the day, kita.... rakyat yang rugi. Terlopong... ternganga dan putih bijik mata!!

Dalam keadaan ekonomi negara tengah nazak ni, jangan percaya sangat ler transformasi mereka. Semua tu... cara-cara nak kaburi mata rakyat supaya mereka dapat terus rompak duit kita untuk mengisi poket para kroni dan proksi mereka. Tak de mananya rakyat didahulukan. Usah percaya ler.... tipu jer tu!!

Sebab itu... daripada kita terpedaya dengan program transformasi mereka yang indah khabar daripada rupa semata-mata, lebih baik ler kita UBAH terus!! Kita UBAH mereka dan kita ubah sisitem mereka yang korup dan merugikan rakyat. Duit rakyat pun dapat dijimat dan diselamatkan. Macam-macam kita boleh buat dengan duit tu untuk bantu rakyat...

Pakatan Rakyat bukan cakap kosong. Kita sudah ada asas kukuh untuk bercakap dan berjanji, sebab kita sudah tadbir 5-1 negeri di Semenanjung. Urusan pentadbiran mereka diberi taraf 4-5 bintang, wa cakap lu..... Begitulah cekap, telus dan bertanggung jawabnya pemerintahan Pakatan Rakyat. Boleh percaya punya! Very reliable maa...

Kita tak guna dasar trnsformasi.... kita ubah mana yang tak menguntungkan rakyat kepada dasar-dasar yang menguntungkan rakyat. You see.... Pakatan Rakyat is very rakyat-friendly. Do not hesitate.... Mari join 'club' Pakatan Rakyat. Kamu tidak akan menyesal.

Sekarang, Najib merayu agar rakyat Sarawak percayakannya but can we?? Weh.... dunia luar pun kurang yakin dengan dia.... macam mana kita nak percayakan dia. Terlalu banyak skeleton dalam almarinya. Siapa mau percaya?? Sejak dia jadi piem Malaysia, bertimpa-timpa kesusahan rakyat.

Minyak naik.... barang naik.... kos hidup naik... rasuah naik.... masalah yang dihadapi rakyat naik.... naik dan terus naik!! Semuanya naik. Yang tak naik gaji dan upah!! Yang tak naik... taraf hidup rakyat terutamanya di Sarawak. Lagi mau percaya sama dia?? Usah kena tipu la.... Dia cuma tanam tebu di bibir mulut sajer. Tujuannya, nak selamatkan talian hayatnya. Itu saja....

Sekarang, Taib sudah ingkar arahan dia dan mahu terus memerintah Sarawak. Bukan untuk terus jaga kebajikan rakyat tapi untuk terus menjaga kepentingan para kroninya. Apa Najib boleh buat?? Nothing!!

Ha... ha...ha.... Tengok dan tunggu saja la... Kata Taib kepada Najib, I'll resign when I feel like resigning. Perhapas, beberapa tahun lagi....

Jadi, rakyat Sarawak.... tak payah tunggu Taib resign dan tak payah mengharapkan transformasi Najib dan BN. Bertindak segera untuk kebaikan kamu. Ubah saja bersama Pakatan Rakyat.

Ya.... UBAH. SELAMATKAN SARAWAK!!

[sumber]

Ha.. ha.... Boleh percaya ka??

Posted: 12 Apr 2011 05:30 PM PDT


Tepuk dada tanya selera,
Boleh percaya ka, ini PM 1Malaysia??

Lu orang baca....

In a despicable act of pure political opportunism and desperation, the Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak added to the 15-year long, litany of broken BN promises to the people of Sri Aman, by announcing that a new Sri Aman hospital worth RM200 million will be completed in 2013.

All this, the PM did in a mere 30 minute press conference-cum-visit, forgetting that the good people of Sri Aman had to endure incalculable suffering and the needless loss of human lives over the last 15 years of BN neglect.

This is clear proof that BN has not and will not change the politics of corruption and vote-buying through "election goodies", that the BN /Taib administration has been practicing for the last 40 years. The PM, alongside Health Minister Liow Tiong Lai and SUPP candidate, Francis Harden, have added further insult to injury, blind to the demands of ordinary Sri Aman folk for fairness and decency, particularly in the case of access to healthcare.

On behalf of the rakyat of Sri Aman, I want to challenge the Prime Minister to show us where exactly is the piece of land that the Government has designated for the construction of the new hospital? The Prime Minister failed to answer the simple question of when will the construction begin, stating in ambiguous terms that work will only begin sometime this year once the land research is completed.

The people of Sri Aman, in desperation, have waited for 15 years for a new hospital able to meet their most basic of needs. If the PM is serious, I challenge him and the SUPP candidate to apologize to the people of Sri Aman and categorically begin construction this Friday, before the people goes to the polls. If not, why should the people believe in this 30 minute public relations exercise by BN, designed purely to appease the real anger of ordinary Sri Aman citizens?

The PM also announced that the health ministry will look into the possibility of stationing one or two specialist doctors in the hospital. This is precisely the kind of move that has failed in the past 15 years, where local sources have stated that due to the dilapidated conditions and the lack of equipment at the hospital, specialist doctors have not been able to perform effectively.

It is most telling that the only specialist who has served the hospital in the past, was a foreign doctor who performed so badly that his services were discontinued. The PM does not understand that it is precisely because of lack of basic equipment, such as CT Scans, that is the cause of good specialist doctors not wanting to be stationed here.

Can the PM guarantee all Sri Aman citizens that this proposal of placing one or two specialist doctors in the hospital ensure that all patients will receive safe and professional medical treatment, while waiting for the completion of the hospital in 2013, if the construction begins at all?

Also, the people of Sri Aman is fed-up with the blatant corruption and mismanagement of state funds under the Taib regime. I challenge the BN government to give specific details in an open and transparent manner, on the choice of contractor for this RM200 million hospital building project. Will this be another project that will benefit the cronies and proxy companies of Taib Mahmud and his minions? Without any specific plans spelled out, what is the guarantee that the proposed project will not suffer cost overruns or bad management, as was the case in the past?

Enough is enough. One swallow does not make a summer.

The people are tired of the same BN promises and shenanigans, repeated ad nauseam for the last 15 years, with no hospital building to show for it. Instead, the Prime Minister, the Health Minister and the SUPP candidate, should collectively apologize to all residents of Sri Aman for not taking real action sooner.

We will not believe you unless you start building the hospital before April 16th.

Leon J Donald is the DAP candidate for N27 Simanggang

[Baca juga di sini]

Tiada ulasan: