A Mum Of Three Mohd |
| Posted: 05 Apr 2011 06:26 AM PDT ![]() Ha... ha... ha.... Bekas polis kata institusi kepolisan tak boleh dipercayai. Setuju 110%!! Ini bukan orang awam biasa yang cakap.... Ini seorang bekas polis yang cakap. In fact, bukan sorang bekas polis yang cakap tetapi dah banyak orang dah. Jadi... kita ada asas untuk buat kesimpulan bahawa sah polis Mehsia sudah hilang integriti. Tarak boleh percaya lagi. Senget sebelah!! Mereka bukan lagi jaga keamanan dan ketenteraman awam tetapi mereka pencetus kekecohan dan kekacauan terutama sekali terhadap rakyat yang menyokong pembangkang. Mereka bukan lagi membanteras jenayah tetapi mereka bersekongkol dengan penjenayah dan melindungi penjenayah dan ada yang melakukan jenayah. Mereka bukan lagi pelindung rakyat tetapi mereka sudah jadi barua dan anjing kerajaan UMporNO/BN yang menindas rakyat. Sebab itu, gua sokong 110% dengan bekas polis Voon Lee Shan, agar IPCMC ditubuhkan bagi membendung gejala salah laku dan membaikpulih integriti institusi kepolisan yang sudah busuk akibat terpalit dengan taik dari tong taik UMporNO!! KUALA LUMPUR: Kegagalan Polis menjaga keselamatan video fitnah yang diserahkan oleh trio Dato T membuktikan institusi itu tidak boleh dipercayai, kata bekas Ketua Polis Daerah Baram, Sarawak Voon Lee Shan. Menurut Voon, selain trio Dato T, hanya polis memiliki video itu sebelum ia tersebar secara meluas di internet, semalam. Tegasnya, ia menunjukan pihak polis boleh diandaikan terlibat dalam penyebaran video itu. "Dua isu utama yang perlu diambil kira dalam hal ini. Pertama, Pegawai polis yang terlibat dalam menjaga video itu harus disiasat dan kedua, jabatan yang dipertanggungjawabkan menjaga bahan bukti itu tidak boleh dipercayai," katanya kepada Keadilandaily. Sehubungan itu, tegas beliau, Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) perlu ditubuhkan segera kerana jelas agensi itu gagal menjaga keselamatan rakyat dan memulih imejnya yang berpihak kepada Barisan Nasional. "Bagaimana mereka hendak menjaga keselamatan rakyat jika video seperti itu pun gagal mereka uruskan," soal beliau yang bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Baram hampir 10 tahun. Voon lee Shan turut menegaskan sekiranya video itu dengan mudahnya bocor di internet, ia menunjukkan bukti yang didakwa itu juga mampu direka dengan tujuan mengaibkan Anwar oleh musuh politiknya. "Saya cukup yakin ini merupakan fitnah kali ketiga yang sengaja diwujudkan untuk membunuh kerjaya politik Anwar. Lebih-lebih lagi kewujudan video itu berkait rapat dengan musim pilihan raya di Sarawak. "Namun berdasarkan mood rakyat dan kajian saya mendapati kes video fitnah itu tidak memberi kesan kepada pengundi di Sarawak. Malah memberikan undi simpati kepada Anwar dan Pakatan Rakyat di sini," kata beliau yang kini seorang peguam. Video itu mula didedahkan Datuk T yang didalangi bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, ahli perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah dan Dato Shuib Lazim. Ia ditayangkan pada 21 Mac lalu di Hotel Carcosa Seri Negara kepada wartawan terpilih, pada hari sama Dewan Undangan negeri Sarawak dibubarkan. Semalam, sedutan video itu dimuatnaik ke laman You Tube oleh blogger pro- Umno- Barisan Nasional. Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini menafikan pihak polis terlibat dalam penyebaran video lucah palsu itu. |
| Posted: 04 Apr 2011 07:38 PM PDT ![]() Semalam Angkatan Muda Keadilan telah menfailkan tuduhan qazaf terhahap Datuk T kerana menuduh Anwar Ibrahim berzina seperti yang mereka dedahkan di dalam rakaman video. Mereka menuduh.... tetapi Anwar telah menafikan, yang orang dalam rakaman tersebut adalah dia. Sorry.... it's not me!! Aha... it's not him!![sini] Itulah dia puak-puak lahanat.... mengaku beragama Islam, tetapi tidak bertindak sebagai orang Islam. Aib orang... dihebah dan disebarkan, malah dipertontonkan begitu saja, ikut suka hati mak bapak dia orang jer. Mereka menuduh orang berzina hanya dengan berpandukan rakaman video yang boleh dipertikaikan. Saksi empat mata yang sahih.... yeilek. Menuduh orang berzina bukan main-main punya tuduhan weh... Besar implikasinya dalam Islam. Don't play... play.... [sini] Ekoran daripada itu.... beberapa orang mufti dan bekas mufti telah bersuara mengeluarkan pendapat dan pandangan mereka, namun puak-puak lahanat ini memekakkan telinga. [sini dan sini] Orang yang rendah maruahnya saja yang sanggup buat kerja gila ini. Dan.... semalam video tersebut telah tersebar di internet. Mereka peduli apa dengan nasihat para ulama' ini. Yang mereka tahu.... Anwar mesti diaibkan!! Anwar mesti dihapuskan daripada dunia politik tanah air. Lelainnya.... persetankan!! Ternyata puak-puak ini tidak takut akan azab Allah SWT apabila mereka bertindak sedemikian. Mereka bersikap begitu angkuh seolah-olah mereka Tuhan. Weh.... yang angkuh itu setan. Allah SWT tidak macam tu. Allah SWT maha adil. Jadi, jelas.... sifat syaitan itu ada pada puak-puak lahanat ni!! Well, JAWI jangan berlengah lagi. Tuduhan sudah difailkan. Ayuh... segeralah bertindak. Jangan jadi macam Polis Malaysia.... lembab dan tak efisyen. Sampai la ni.... tiga setan tu tidak juga ditangkap dan didakwa. Malah.... peliknya, bagaimana rakaman video dalam tangan polis boleh tersebar di internet. Sebab tu.... orang mempunyai persepsi yang kes video seks ini ialah konspirasi 1Malaysia. Yang terlibat bukan setan bertiga tu jer, tetapi ada pihak lain. You all pun tahu siapa mereka, kan?? Obvious sekali.... terang lagi bersuluh beb!! Banyak... pengikut syaitan-syaitan ni!! Buruk padahnya jika kita bersekongkol dengan penfitnah-penfitnah ini. Ingat bala Allah. Tak kena di dunia.... di akhirat pasti kena jua. Tapi, bagi puak-puak lahanat yang bertuhankan diri sendiri serta bertuhankan duniawi... mereka peduli apa azab Allah SWT. Jenis ini.... tak ingat mati punya. Mereka ingat mereka boleh tongkat dunia. Apabila bercakap pasal kematian....teringatkan cara kematian hamba-hamba Allah yang terlibat dengan Fitnah Liwat 1 dulu.... ngeri dan kecut perut dibuatnya. Insaf rasanya... Apakah itu.... balasan Allah SWT kepada mereka yang bersekongkol dengan fitnah keji seperti ni?? Wallahua'lam... Oleh itu, aku berpesan pada diri aku sendiri dan juga kepada komer.... bertaubatlah. Sesungguhnya.... Allah SWT maha Pengasih dan maha Pengampun. |
| You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan