MiLo SuaM |
- Iban mengamuk rasuah yang dijanjikan tidak ditunai!
- Mee segera mengandungi khinzir diletakkan logo halal
- Gambar sebenar kad pengenalan lama Tun Mahathir
- Wajah kekasih pertama Najib Tun Razak
Iban mengamuk rasuah yang dijanjikan tidak ditunai! Posted: 25 Apr 2011 08:11 PM PDT Kalau sebelum ini MiLo SuaM ada membongkarkan video rakaman pengakuan seorang Tuai Rumah, bernama Kuching Anak Moyang yang mengaku ditipu oleh calon Barisan Nasional, Joseph Mauh pada Pilihan raya Negeri Sarawak tempoh hari. Tuai Rumah itu mengaku diberikan rasuah cek tendang rujuk sini [cek tendang] Berdasarkan laporan Malaysiakini, kali ini satu lagi bukti politik wang yang dilakukan oleh Barisan Nasional terbongkar apabila lebih 100 penduduk Iban menyerbu ibu pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di Sibu semalam dan menuntut baki rasuah RM400 setiap seorang yang dijanjikan kerana menyokong seorang calon SUPP pada pilihan raya negeri yang lalu, dakwa sebuah pemantau pilihan raya. Bukti telah ditunjukkan, saksi juga sudah didedahkan, maka apakah tindakan yang akan dilakukan oleh Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR dan Suruhanjaya Pembunuh Rakyat Malaysia, SPRM? Apa yang jelas, memandangkan rasuah dibuat oleh Barisan Nasional, maka SPR dan SPRM sedang berada di dalam keadaan lutut berketar-ketar. Oleh kerana Pilihanraya yang telus tidak dapat dijalankan oleh kerajaan, maka rakyat tiada pilihan lain selain melakukan Pilihan Jalanraya. Barangkali kerajaan mahu mengalami nasib yang sama dengan Barisan Nasional Mesir dan UMNO Tunisia. |
Mee segera mengandungi khinzir diletakkan logo halal Posted: 25 Apr 2011 07:20 PM PDT Terima kasih diucapkan kepada pembaca MiLo SuaM yang mengirimkan foto ini untuk dikongsikan bersama-sama. Satu jenama mee segera A1 difahamkan berperisa Bak Kut Teh dikesan berada di pasaran. Bak Kut Teh diketahui umum sebagai sejenis masakan cina yang mengandungi babi rujuk sini [Bak Kut Teh] Namun apa yang menghairankan, bagaimanakah mee segera ini boleh menggunakan logo halal sedangkan ia mengandungi khinzir? Sila rujuk gambar di bawah. Turut disertakan juga di bawah ini, sebuah video tentang cara-cara untuk menyediakan masakan Bak Kut Teh menggunakan rusuk babi atau khinzir. Pihak berkuasa terutama JAKIM harus menjalankan siasatan terhadap pendedahan ini. Ini merupakan isu besar, dan sangat sensitif terhadap majoriti umat Islam di Malaysia. Bagaimanakah pengusaha mee segera ini boleh terlepas pandang menggunakan logo Halal pada produk mereka yang mengandungi khinzir? ReJaM© "Berhati-hati jangan sampai anda termakan mee segera Bak kut Teh" |
Gambar sebenar kad pengenalan lama Tun Mahathir Posted: 25 Apr 2011 02:28 PM PDT Saja nak kongsi dengan korang gambar sebenar kad Pengenalan lama Tun dr Mahathir Bin Mohammed, Perdana Menteri ke empat merangkap bekas Perdana Menteri Malaysia. Gambar ini dikirim oleh salah seorang pembaca blog ini. Apa yang jelas kelihatan di dalam gambar berikut, Tun Mahathir memegang kad pengenalan bernombor 2232519. Apa pun Tun Dr Mahathir memang kacak semasa muda. ReJaM© "Layan..." |
Wajah kekasih pertama Najib Tun Razak Posted: 25 Apr 2011 06:41 AM PDT Salah seorang pembaca menghantar sebuah email kepada MiLo SuaM, meminta kami menyiarkan gambar nostalgia Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak di masa mudanya bersama seorang wanita yang dipercayai kekasih pertama beliau. Gambar-gambar ini dikatakan diambil daripada sebuah buku lama. Menurut pengirim email, tujuan beliau berkongsi gambar ini bukan untuk mengaibkan Perdana Menteri, sebaliknya berkongsi nostalgia lama Najib bersama kekasihnya semasa muda. Tambahan pula gambar intim Najib memeluk erat kekasihnya ini bukan dilakukan di dalam bilik, sebaliknya di depan khalayak ramai. Maka pengirim email berkata, ini jelas menunjukkan Najib tidak merasa malu, sebaliknya bangga dengan kekasih pertama yang dicintainya. Menurut pengirim email berdasarkan kepada penerangan gambar (caption) yang dipetik dari majalah ini, gadis ini tinggal bersama-sama dengan Najib Tun Razak semasa di London. Malah mereka dikatakan sudah berjanji untuk berkahwin. Berikut sekeping lagi gambar Najib dan wanita yang didakwa kekasih pertamanya. Bagaimanapun, dua keping lagi gambar yang dikirim kepada MiLo SuaM, tidak dapat disiarkan kerana ia lebih bersifat mengaibkan Perdana Menteri. Kami kira dua keping lagi gambar agak keterlaluan jadi tidak dapat disiarkan, harap maaf. Kata orang "ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?", sebuah lagi peribahasa yang sesuai, "kalau dah bapak borek, anaknya rintiklah", begitulah yang boleh digambarkan kepada keluarga Najib Tun Razak. Watak dan gaya hidup Najib di masa muda, ternyata berjaya diturunkan kepada anak lelakinya Nashman. Rasanya tak perlulah dikenalkan lagi Anak Perdana menteri yang sorang ni. Kalau pembaca nak lihat lagi gambar-gambar lain yang lebih hot, Nashman bersosial bersama gadis-gadis, sila gunakan khidmat lebai google. ReJaM© "Boleh tahan anak beranak, pandai Najib turunkan bakat kepada anaknya..." PERHATIAN: Entry ini bukan berniat untuk mengaibkan Perdana Menteri (Tiada gambar aib yang disiarkan), namun kami nak tekankan, kalau kami mahu, lebih dari ini kami boleh siarkan. |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan