MiLo SuaM |
- F-tracker, Bagaimana memerangkap pencuri laptop anda?
- MCA mahu rakyat boikot Utusan Malaysia kasi bangkrap!
- 18 lagi video seks Anwar Ibrahim akan didedahkan?
- Berita baik! Saman ekor akan dihapuskan!
F-tracker, Bagaimana memerangkap pencuri laptop anda? Posted: 23 Apr 2011 05:20 PM PDT KALI ini ReJaM© nak kongsi satu software menarik dan canggih ciptaan anak tempatan. Ia sangat berkesan untuk memerangkap pencuri laptop anda. Seperti yang kita tahu, banyak kejadian kecurian laptop yang berlaku, terutama di universiti. Sewaktu di Universiti, ReJaM© sendiri pernah hilang laptop memang tension gila masa tu. Pernah dengar F-Tracker? Software ni dicipta oleh anak tempatan yang tension sebab dah tiga kali laptop dia kena curi. Software ni berfungsi sebagai perangkap, ia boleh menangkap gambar pencuri saat pencuri bangsat itu menggunakan laptop yang dicuri. Bukan saja gambar malah masa, tarikh dan lokasi pencuri (IP Address) tersebut berjaya dikesan dengan F-Tracker. ReJaM© sendiri kini dah mula menggunakan software ni. Kalau laptop kena curi, berjaga-jagalah pencuri tu, memang malang nasib dia, gambar dia akan diserah kepada polis, dan diupload ke internet he he he. Kalau kawan sendiri yang curi, lagilah malang nasib dia kah kah kah. Bagaimana untuk menggunakan F-Tracker? Korang kena install F-Tracker dalam laptop korang. Saiznya kecil je cuma 73.88 kb, lebih kecil dari saiz foto digital biasa. Dalam masa yang sama, korang diberikan satu akaun beserta ID dan Password di Fulamak Network. Bila laptop korang dicuri, korang hanya perlu login di Fulamak Network (Website khas yang berfungsi bersama dengan F-Tracker) dan istiharkan bahawa laptop korang hilang iaitu pilih MISSING, kemudian SUBMIT. Sebaik sahaja korang pilih istiharkan laptop korang dicuri, F-Tracker akan mula menjalankan operasi menangkap gambar secara berterusan (24 jam/day) dari laptop korang yang dicuri itu secara senyap. Sebaik sahaja laptop itu berhubung dengan talian internet, F-Tracker akan segera menghantar gambar-gambar yang diambil itu dan diupload ke dalam akaun korang di Fulamak Network, beserta dengan tarikh, masa, dan IP address. Korang boleh login semula ke dalam akaun korang di Fulamak Network untuk melihat hasil operasi F-Tracker. Tindakan seterusnya terpulang kepada korang, nak report polis ke, nak upload gambar tu ke facebook ke ikut kepada budi bicara korang. Harga untuk F-tracker ni ialah RM50.00. Tapi sebelum korang beli software ni korang dibenarkan untuk test drive dulu. Cuba uji dulu bagaimana F-Tracker ni berfungsi. Tapi korang cuma boleh test drive selama 7 hari je. Bayaran yang dikenakan hanya sekali seumur hidup dan korang boleh menggunakan software ini untuk melindungi laptop kesayangan korang yang tentu sekali harganya beribu. Apa yang lebih menarik yang ReJaM© nak kongsikan kat sini, korang boleh dapatkan software ni secara PERCUMA kalau korang kenalkan dengan 2 orang kawan. Setiap orang yang membeli yang korang kenalkan, akan diberikan RM30.00. Jadi dapat dua orang pembeli, F-tracker dah jadi percuma, siap untung RM10.00 lagi. Kalau korang berminat, sama ada nak beli software ni atau nak try je, korang boleh daftar dan explore sendiri dalam tu, klik sini [Fulamak Network] ReJaM© "Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua pengunjung setia blog jalanan ni" Update 4:47: Untuk maklumat tambahan, selepas berbual dengan programer F-Tracker, sebentar tadi, F-Tracker tak snap gambar ikut suka. F-Tracker memanfaatkan face detection system, ia hanya akan tangkap gambar semasa ada orang di depan laptop. Korang boleh Test Drive. |
MCA mahu rakyat boikot Utusan Malaysia kasi bangkrap! Posted: 23 Apr 2011 08:19 AM PDT AKHBAR Utusan Malaysia sememangnya selama ini menjadi agen penyebar propaganda Barisan Nasional, akhbar tersebut sering kali memainkan isu perkauman sebagai propaganda untuk menimbulkan kebimbangan di hati rakyat berbangsa Melayu. Akhbar ini sering menggambarkan kononnya orang-orang cina mahu menguasai negara ini. Propaganda berbaur perkauman ini sememangnya menjadi satu senjata politik yang ampuh digunakan oleh ahli politik Barisan Nasional terutamanya UMNO untuk mengekalkan kuasa. Dengan mencetuskan kebimbangan di hati rakyat berbangsa Melayu kononnya bangsa lain mahu merampas hak mereka, maka mereka akan dapat menarik sokongan Melayu yang menjadi kaum majoriti negara ini kepada UMNO. Ada dua senjata politik paling berkesan untuk ahli politik mengekalkan kuasa, jika dua perkara ini dimainkan dan diadunkan sesedap rasa, maka ia mampu mencetuskan kekacauan dan keresahan di hati rakyat dalam sesebuah negara. Dua perkara ini jugalah yang berjaya menimbulkan perang saudara di seluruh dunia. Apabila dua perkara ini dimainkan, rakyat akan hilang kewarasan, rakyat menjadi penuh perasaan prasangka, dan mudah melenting tanpa menggunakan akal yang waras. Apabila rakyat hilang punca, kacau bilau, maka kerajaan sedia ada dengan mudah akan menuduh semua ini berlaku kerana rakyat beralih kepada pembangkang. Jawapannya isu perkauman, dan isu agama. Peperangan boleh berlaku kerana dua isu ini. Jika kita bertanya kepada pemimpin UMNO dan Barisan Nasional, apa faktanya yang membuktikan bangsa lain boleh merampas negara ini? Mereka tiada jawapan. Mereka hanya mampu menimbulkan persepsi sahaja. ReJaM© "Berhati-hati dengan isu perkauman dan agama, pertumpahan darah boleh berlaku, elakan mengikut rentak UMNO dan Perkasa memainkan isu perkauman" |
18 lagi video seks Anwar Ibrahim akan didedahkan? Posted: 23 Apr 2011 06:05 AM PDT MENYEDARI strategi menjatuhkan Anwar Ibrahim yang pertama melalui video seks telah menemui kegagalan kerana percanggahan demi percanggahan fakta, kini blogger-blogger gerombolan songkok tinggi meneruskan lagi budaya politik lucah yang lebih dahsyat, dijangka akan mendapat liputan media arus perdana. Sudah buntu dengan isu jam omega, dan pelacur cina yang ternyata kantoi bodoh,rujuk [Pelacur Cina] dan [Jam Omega]. Blogger-blogger gerombolan songkok tinggi sudah mula membuat entry-entry lucah dengan idea-idea yang baru untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim. Kali ini mereka mendakwa mahu mendedahkan lebih banyak video lucah Anwar Ibrahim. Sebelum ini, sebaik sahaja diminta mengulas tentang video lucah lelaki mirip Anwar Ibrahim yang ditayangkan kepada wartawan-wartawan terpilih, Ummi Hafilda sepantas kilat mendakwa ada 18 lagi video klip Anwar Ibrahim melakukan seks. Mungkinkah video-video yang didakwa sudah wujud lebih 10 tahun ini pula akan didedahkan? Gerombolan akan terus menggunakan politik lucah untuk memenangi pilihanraya Umum ke 13, pergi mampos dengan pendapat mufti, ulama dan ustaz-ustaz. Kita tunggu dan lihat, kemudian kita bongkarkan satu persatu penipuan gerombolan songkok tinggi yang suka memakai songkok tinggi kerana nak simpan CD lucah kah kah kah... ReJaM©"Dengar kata gerombolan ada video Anwar lakukan seks dengan binatang..." |
Berita baik! Saman ekor akan dihapuskan! Posted: 23 Apr 2011 03:03 AM PDT SEKALUNG tahhniah untuk Saudara Mahfuz Omar merangkap Ahli Parlimen PAS Pokok Sena kerana telah berjuang dengan bersungguh-sungguh untuk membela hak rakyat terhadap saman ekor di bawah Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor, KASE. Hasil gesaan berterusan serta memberikan kesedaran kepada rakyat terhadap saman ekor, maka Pihak Polis yang pastinya di atas arahan kerajaan, akur untuk memansuhkan sistem perangkap had laju yang disifatkan sebagai tidak mendidik rakyat, sebaliknya sekadar mengaut keuntungan. Tiada lagi perangkap laju, secara tak langsung tiadalah lagi saman ekor [klik gambar untuk ke laporan asal berita]. Sebelum ini Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor, KASE menggesa orang ramai agar mengabaikan notis saman ekor yang diterima kerana ia bercanggah dengan perlembagaan untuk menyenarai hitamkan pemandu sebelum didapati bersalah oleh mahkamah rujuk sini [Jangan bayar saman ekor]. Gerombolan songkok tinggi tentu antara pihak yang gembira mendengar berita ini. Namun merekalah antara yang paling lantang menentang usaha pemansuhan saman ekor oleh KASE sebelum ini. Sebelum ini gerombolan songkok tinggi mendakwa pihak pembangkang membenarkan pengguna melanggar peraturan dan memandu laju. Malah ada pihak gerombolan songkok tinggi yang mendakwa pembangkang mahu membunuh rakyat dengan menggalakkan kemalangan. Walaupun ini salah satu tanda kerajaan ingin mengambil hati rakyat sebelum mengadakan pilihanraya, namun ia memberikan kelegaan kepada rakyat. ReJaM© "Gerombolan nak sangat bayar saman ekor, buatlah demo depan Balai Polis Shah Alam, bantah pemansuhan saman ekor kah kah kah..." |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan