MiLo SuaM |
- Analisa video seks lelaki mirip Anwar Ibrahim (Video)
- SMS berantai digunakan sebagai taktik kempen BN
- Perhatian! Jaga peti surat rumah anda baik-baik!
Analisa video seks lelaki mirip Anwar Ibrahim (Video) Posted: 09 Apr 2011 10:55 AM PDT Berikutan tersebarnya video lucah lelaki mirip Anwar Ibrahim di internet, pelbagai pihak khususnya orang ramai kini berupaya untuk melihat sendiri, mengeluarkan pendapat serta mengkaji video tersebut. Sebelum ini MiLo SuaM turut menyiarkan kajian ringkas yang agak terperinci menunjukkan keraguan munasabah sekaligus membuktikan bahawa video tersebut adalah video palsu yang direka cipta sekadar untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim sebagai taktik meraih sokongan kepada Barisan Nasional, yang dilihat jelas kerap mengamalkan "politik lucah" rujuk link ini [Video Kantoi]. Di bawah ini disertakan analisa dalam bentuk video pula sila tonton dan sebarkan sebagai maklumat yang berguna. Kalau tanya dengan gerombolan songkok tinggi, comfirm dia orang akan percaya Barack Obama berjoget dalam video kat bawah ni, lepas tu suruh Barack Obama bersumpah untuk membuktikan kebenaran kah kah kah. ReJaM© "Tolak fitnah jahat! Tolak politik lucah!" |
SMS berantai digunakan sebagai taktik kempen BN Posted: 09 Apr 2011 06:54 AM PDT Mesej Pesanan Ringkas, SMS telah mula dihantar kepada nombor-nombor telefon yang didaftarkan dengan alamat Sarawak menggesa rakyat Sarawak agar jangan mengundi DAP, PKR dan PAS kononnya kerana parti-parti ini hanya akan mengacau hidup rakyat Sarawak. Apa yang menariknya, tiada gesaan agar jangan mengundi SNAP walaupun jelas sekali SNAP adalah parti pembangkang. Ini membuktikan bahawa perjanjian syaitan antara Barisan Nasional dan SNAP semakin terbukti. Sebelum ini ada laporan bahawa calon-calon yang bertanding di bawah SNAP, sebenarnya telah ditaja oleh Barisan Nasional. Malah kalau dilihat di media-media arus perdana, Parti SNAP tidak pernah diserang oleh akhbar dan media massa pengampu kerajaan itu. Rakyat Sarawak digesa menolak parti pembangkang agar Barisan Nasional khasnya Ketua Menteri Taib Mahmud boleh terus merompak harta rakyat Sarawak dan terus memperbodohkan rakyat Sarawak. ReJaM© "Adakah rakyat Sarawak akan berjaya diperbodohkan dengan mesej ini?" |
Perhatian! Jaga peti surat rumah anda baik-baik! Posted: 09 Apr 2011 03:58 AM PDT Perhatian kepada semua rakyat Malaysia tidak kira bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain. Budaya politik lucah terus diamalkan oleh gerombolan songkok tinggi untuk meraih sokongan rakyat Malaysia agar menyokong Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum ke 13 yang akan datang. Rakyat Malaysia yang mempunyai anak-anak kecil, atau mudahnya anak-anak jagaan di bawah umur, dinasihatkan agar berhati-hati dan berjaga-jaga. Rumah anda mungkin akan menjadi sasaran untuk dikirim dengan kiriman-kiriman komik lucah yang akan merosakkan fikiran anak-anak jagaan anda. Politik lucah seks dan liwat kini menjadi amalan gerombolan songkok tinggi untuk meraih sokongan rakyat kepada Barisan Nasional. Baru-baru ini mereka sudah mula giat menghantarkan komik-komik lucah ke rumah-rumah sebagai taktik kempen terbaru [MsiaKini]. Jika anda menerima komik-komik dan gambar-gambar lucah di rumah anda, sila laporkan terus kepada pihak berkuasa Polis. Jangan biarkan mereka merosakkan fikiran anak-anak anda dengan bahan-bahan lucah. Tolak politik lucah, tolak politik selak kain! |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan