Jumaat, 8 April 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Bomoh Taib Mahmud kena maki hamun di khalayak ramai!

Posted: 07 Apr 2011 06:44 PM PDT


Sebelum ini MiLo Suam ada memetik pendedahan dari laman sesawang Sarawak Report mengenai seorang bomoh berambut perang yang sering mendampingi Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud rujuk sini [Bomoh]. Boleh tahan juga ye Taib Mahmud, pandai pilih bomoh, sebijak dia memilih isteri juga.

Apa yang agak memeranjatkan dalam proses penamaan calon semalam, susuk tubuh bomoh "blondy" Taib Mahmud yang memiliki rupa ala-ala warga asing daripada eropah ini berjaya dirakamkan oleh ramai para hadirin. Malah bomoh "blondy" ini telah menyebabkan berlakunya kekecohan di penamaan calon semalam apabila dia dimaki hamun oleh sepupu Taib Mahmud.

Beberapa blog ada melaporkan bahawa bomoh rambut perang ini telah dihalau dan tidak dibenarkan berada di tempat penamaan calon. Sepupu Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak nampaknya sangat marah dengan bomoh ini kerana didakwa telah meracuni fikiran Taib Mahmud dan membawa kerosakan kepada negeri Sarawak.

Kisah ahli politik dan bomoh ini mengingatkan kita kepada berita yang pernah menggemparkan negara suatu ketika dahulu apabila seorang ahli politik juga merangkap ADUN Barisan Nasional yang mati dikerap-kerat kepada 18 bahagian oleh bomoh yang dibayar kononnya untuk mengekalkan kedudukan dan pangkatnya.


Elok sangatlah bomoh Taib Mahmud ni dihalau daripada terus menyesatkan orang. Silap hari bulan, Taib Mahmud pulak akan menggemparkan negara kerana dikerat-kerat oleh bomoh seksinya ini.

ReJaM© "Gerombolan dengan bomoh ni dah jadi perkara biasa, ustaz-ustaz dan ulama UMNO pun tak berani tegur, takut kena buang kerja..."

Calon KEADILAN Satok dituduh buntingkan gadis

Posted: 07 Apr 2011 09:21 AM PDT



Nampaknya gerombolan songkok tinggi cuba membawa trend politik lucah mereka ke Sarawak pula. Tidak cukup dengan penyebaran video lucah lelaki mirip Anwar Ibrahim yang cuba dijadikan modal berkempen di Sarawak, kini satu lagi tuduhan liar dilemparkan kepada salah seorang calon KEADILAN yang bertanding di DUN Satok Sarawak, kononnya anak muda yang berkelulusan undang-undang syarie dari Universiti Malaysia itu telah membuntingkan seorang gadis.


Tuduhan ini dilemparkan oleh salah sebuah blog gerombolan songkok tinggi, lihat screenshot blog tersebut di atas, bagi pengikut blog-blog politik Malaysia, tentu sekali anda sedia maklum blog yang dimaksudkan kerana blog ini adalah salah satu blog popular gerombolan songkok tinggi.

Nampaknya seperti ada satu koordinasi terancang gerombolan songkok tinggi untuk melakukan serangan-serangan politik "selak kain" yang kini dilihat menjadi amalan blogger-blogger pro gerombolan songkok tinggi. Asal ada sahaja pertandingan antara parti seperti ini, mereka akan melakukan serangan "politik lucah" untuk menjatuhkan calon parti lawan.




ReJaM© "Malang sungguh politik gerombolan, sibuk dengan politik selak kain"

Panas! Video Lucah pemimpin UMNO pula tersebar!

Posted: 07 Apr 2011 04:44 AM PDT

Betul-betul panas! Betul-betul berapi! nampaknya politik Malaysia sekarang ni dah jauh sangat berubah, satu persatu skandal orang-orang politik disimpan oleh individu tertentu menunggu masa untuk didedah dan diletupkan. ReJaM© baru sahaja menerima sebuah email yang dihantar oleh seseorang yang mendakwa dirinya sebagai ahli UMNO.

Di dalam email tersebut disertakan juga sebuah video bersaiz 958 Kb dengan format 3gp (format video handphone) rakaman aksi seks salah seorang pemimpin UMNO. Pendedahan video ini benar-benar di luar jangkaan. Di bawah ini ReJaM© sertakan screenshot email yang diterima.


Apapun, buat masa ini video ini masih selamat dalam simpanan ReJaM©, dan ReJaM© masih belum sampai hati untuk mendedahkannya kepada umum. Kalau ini caranya politik yang ingin dimainkan oleh gerombolan songkok tinggi, tiga video akan didedahkan beserta beberapa keping gambar, untuk memberikan "checkmate" kepada team gerombolan.

ReJaM© "Politik lucah jadi alat meraih sokongan rakyat, so so lame..."

Update 22:55: Atas nasihat rakan-rakan blogger serta sahabat-sahabat yang tak henti-henti menghantar email, MiLo SuaM membuat keputusan untuk menolak politik lucah.

Tiada ulasan: