MANDOR.BLOGSPOT.COM |
- AKIBAT SUMPAH ESKAY, CERAMAH ANWAR MALAM TADI DEWAN KOSONG
- LIHAT VIDEO INI - LEPAS INI ESKAY KENA BELAJAR MENGUCAP DAN BELAJAR BAB QAZAF
- POLIS KEMPEN BURUKKAN ANWAR - NURUL IZZAH
| AKIBAT SUMPAH ESKAY, CERAMAH ANWAR MALAM TADI DEWAN KOSONG Posted: 29 Apr 2011 10:50 PM PDT ![]() ![]() ![]() ![]() Oleh: WFAUZDIN NS BERKATNYA Eskay bersumpah walaupun beliau baca `Bismillahi...dan mengucap dua kalimah syahadah pun salah, maka ceramah Anwar malam tadi tiada sambutan. Dewan hanya separuh sahaja dipenuhi, ertinya sumpah Eskay dipercayai ramai. Gambar yang sempat diambil hanyalah di dalam dewan sahaja, jika dilihat di luar sana sesiapa yang hadir sahaja boleh menganggarkan betapa berkesannya sumpah Eskay. InsyaAllah, sedikit masa lagi kita pamirkan kehadiran ceramah luar dan dalam dewan malam tadi di Ampang. Ada kawan bertanya, mengapa Rahim Thamby tidak bersumpah? Rahim sudah jawab, dia hanya wakilkan sahaja pada Eskay. Sudah macam berwakil Wali pula nampaknya. Mungkin di antara three strooges itu, Eskay dilihat lebih `ulamak' dari Rahim atau Shuib. Sebab itulah, kita dengan bagaimana insan yang berjuang untuk agama ini membaca Bismillah dengan amat tertil sekali, dan melafazkan dua kalimah syahadah amat baik sekali. Peliknya, jika mereka wakilkan kepada Eskay, mengapa Eskay hanya menyebut `aku' dan tidak `kami'? Mungkin aku itu bermaksud kami, namun apa pun tetap bersumpah juga. Peduli apa Eskay dengan pesanan seorang Ustaz yang menasihatinya tentang Sumpah menurut Islam serta Qazaf itu. Apa yang penting buat Eskay, alang-alang buat fitnah lebih baik bersumpah terus, fitnah pun masuk Neraka, persendakan sumpah pun Neraka juga. Jadi, apa beza?/wfauzdin.blogspot.com |
| LIHAT VIDEO INI - LEPAS INI ESKAY KENA BELAJAR MENGUCAP DAN BELAJAR BAB QAZAF Posted: 29 Apr 2011 10:44 AM PDT Tahniah kepada ustaz tu yang sedar tanggungjawabnya menegur geng three strooges yang jahil tu tentang apa dia sumpah. Tanggungjawab dia dah lepas, terpulang kepada geng strooges termasuk dengan yang ada kes dakwaan rogol budak bawah umur dulu untuk bersumpah, tapi dia cerdik tak mahu bersumpah. Dia guna wakil, katanya tapi kita dengar Eskay hanya sebut `aku' bukannya `kami' bertiga. Nampaknya Eskay yang bodoh. Awal-awal lagi Eskay baca `Bismillah...' dah tak betul. Paling mengejutkan, mengucap dua kalimah syahdah langsung tak betul....cuba dengar dia mengucap...Macam orang tak biasa mengucap je....Bukankah tiap kali kita sembahyang ada lafaz dua kalimah syahadah di dalam bacaan Tahiyyat? Kalau mengucap macam tu, budak kelas PASTI pun ketawa dengar. Tak macam Saiful dulu, ada Imam tolong betulkan kalau salah. Kali ni, buat sendiri je takde siapa nak bersubahat melainkan seorang pegawai agama dari JAWI yang aku pun tak tahu dia tu tahu ke tidak pasal sumpah ni. Puak tu sibuk nak sangat Anwar bersumpah, tapi nak bawa ke mahkamah syariah tak mahu. Biarlah mahkamah syariah putuskan samada Anwar kena bersumpah atau tidak kerana tuduhan ini berat di sisi Islam. Mengapa pilih jalan mudah dengan bersumpah? Sebabnya, kerana semua yang mereka cipta sudah ditertawakan orang. Skrip Eskay bercelaru dari terjumpa kamera tersembunyi, kemudiannya mengaku memang dia ada di dalam bilik masa kejadian. Mengapa mengaku ada dalam bilik? Terpaksa, pasal terakam pula kelibat orang ketiga. Dan, banyak lagi bahan ciptaan mereka yang kini sudah terbongkar. Untuk hilangkan aib diri sendiri, tiada pilihan....alang-alang buat dosa besar menfitnah...teruskan je dengan bersumpah. Kesannya apa? Adakah orang percaya dengan kerja si Munafik? Kesannya, malam tadi puluhan ribu hadir di dalam ceramah Anwar di Ampang.....Anwar tidak terhina dengan sumpah si Fasik, malahan Anwar semakin disanjung....Yang terhina siapa? Si Fasik yang terhina...takut berdepan dengan orang ramai yang menanti selepas Jumaat. Bila orang ramai sudah balik, Si Fasik datang bersama three Strooges buat persembahan karut, lepas tu bergegas keluar....Di dunia lagi Allah tunjukkan mereka terhina di mata rakyat....rasa takut dengan sendirinya sehinggakan memakai baju kalis peluru......Bukti tiada kekuatan rohani untuk berdepan dengan kebenaran.... Anwar tetap disanjung, berani mengikut peraturan Islam dengan merujuk kes ini ke mahkamah Syariah, bukan berani melawan peraturan Islam seperti geng three strooges yang teramat jahil dan fasik itu. Apa pun tahniah kepada Polis yang menjaga puak jahil itu seperti mengiringi PM....mereka mungkin lupa yang mereka iringi dan kawal itu adalah penyebar video lucah yang salah di sisi undang-undang....Malaysia Boleh !!/mandor.blogspot.com |
| POLIS KEMPEN BURUKKAN ANWAR - NURUL IZZAH Posted: 29 Apr 2011 02:02 AM PDT KEADILAN kemuka bukti imej palsu Anwar PETALING JAYA: KEADILAN hari ini mengemukakan bukti bergambar bahawa imej individu yang dikatakan sebagai Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam video fitnah adalah palsu. Dalam sidang media di ibu pejabat Keadilan di Tropicana hari ini, Pengarah Komunikasi Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad menunjukkan gambar imej potongan rambut individu di dalam video tersebut jauh berbeza dengan Anwar. "Dalam video ini, rambut individu tersebut adalah 'slope' dan lebih nipis dari Anwar. Kalau kita lihat satu lagi gambar yang diambil ketika Ketua Umum di mahkamah, begitu hebat sekali rambutnya kerana tumbuh begitu cepat. "Gambar kedua ini tidak pula kita nampak begitu pendek seperti gambar yang pertama. "Ini merupakan satu lagi percanggahan yang dibuktikan, bahawa Umno memang sengaja dan berniat busuk untuk menjatuhkan maruah keluarganya," ujar Nik Nazmi. Dalam pada itu, Naib Presiden Keadilan, Tian Chua berkata, perbuatan melakukan sumpah laknat yang akan dilakukan oleh penyebar video fitnah oleh Datuk Shazril Eskay bukan sahaja tindakan yang menghina agama, bahkan membelakangkan prosedur undang-undang. "Ini merupakan perkara yang amat memalukan kerana mereka ingin memperlekeh dan mencemar kesucian institusi agama dan rumah ibadat. "Saya turut mendapat aduan dan rungutan dari penduduk di Bandar Baru Sentul, iaitu di kawasan Parlimen Batu yang saya wakili. "Difahamkan oleh kawan-kawan, warga di kawasan Sentul rasa terhina kerana Eskay cuba mempermainkan kesucian rumah ibadat dan mereka akan bersuara dan mendeak untuk tidak gunakan masjid di kawasan mereka," kata Tian. Polis kempen burukkan Anwar Dalam sidang media yang sama, Nurul Izzah membuat pendedahan bahawa beliau mendapat maklumat tentang tindakan seorang pegawai kanan polis, SAC 1 Datuk Dr Isa Abd Rahman yang telah pergi ke sekolah-sekolah di Kelantan dan menyatakan kepada guru-guru bahawa Anwar adalah ancaman kepada keselamatan negara. Pegwai polis itu juga katanya, turut menyatakan watak di dalam video yang disebarkan adalah Anwar. "Kita mendapat sendiri maklumat ini dari para guru yang memaklumkan kepada kita. "Difahamkan bahawa, pihak polis selama 4 minggu berturut-turut telah menjelajah ke seluruh negeri kelantan untuk bersyarah mengenai perkara ini," kata Nurul izzah. "Kita menolak politik lucah yang dibawa. Dalam masa yang sama kami mengecam tindakan pegawai tinggi polis yang seolah-olah mendapat sokongan daripada pimpinan kerajaan," katanya. Izzah berkata pihaknya akan membuat laporan dan bantahan rasmi terhadap pegawai tersebut dan Kementerian Pelajaran./KeadilanDaily |
| You are subscribed to email updates from MANDOR.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |












1 ulasan:
BARUA POLIS BABI NI SIAPA BAYAR GAJI ? JIKA BENAR DIA BUAT KERJA DAJAL KERAJAAN KENA AMBIL TINDAKAN KERANA GAJI DIA BUKAN UMNGOK@APCO YANG BAYAR ! JANGAN MAKAN GAJI BUTA DAN HARAM ! KERJALAH DENGAN JUJUR DAN AMANAH !
Catat Ulasan