MANDOR.BLOGSPOT.COM |
- PESANAN BUAT KAKITANGAN KASTAM, UBAH SEBELUM PARAH
- Pakatan Rakyat akan beri kejutan hebat di Sarawak- Anwar
- KALAU `WANITA ITU' ISTERI NAZRI, MUSTAHIL NAZRI TIDAK KENAL
- CADANGAN AGAR BANGUNAN PEJABAT SPRM TIDAK PERLU BERTINGKAT
| PESANAN BUAT KAKITANGAN KASTAM, UBAH SEBELUM PARAH Posted: 08 Apr 2011 12:00 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NSSEKALI lagi saya ucapkan takziah buat keluarga Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed, Pegawai Kastam yang ditemui mati di perkarangan bangunan SPRM Wilayah Persekutuan semalam. Jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Allah SWT dan kita sebagai manusia suka atau tidak, terpaksa menerima ketentuanNya dengan penuh insaf dan redha. Sudah tentu pemergian Allahyarham ditangisi oleh ahli keluarga dan waris beliau juga teman-teman rapat yang mengenali Allahyarham. Apatah lagi, ada teman rapat Allahyarham menyatakan bahawa beliau sewaktu hayatnya adalah seorang insan yang baik, periang dan pernah menjadi Imam di dalam solat bersama teman-teman setugasnya. Itulah perkhabaran baik yang sewajarnya kita patut ulang-ulangkan setelah beliau kembali menemui Rabbul Jalil. Tragedi yang menimpa ke atas beliau hanya Allah yang tahu dan sebagai manusia biasa kita hanya mahukan agar siasatan telus dapat dilakukan segera. Apa pengajaran dari beberapa peristiwa yang `ganjil dan pelik' yang sering berlaku di negara ini? Tidak lain tidak bukan, kita harus kembali kepada ajaran Islam dan kita tidak lagi perlu mengharapkan golongan sekular atau pun mereka yang menjauhi agama untuk terus memerintah. Bak kata pepatah Cina, "Ikan busuk selalunya bermula dari kepala". Tidak menjadi salah jika kita berani mencuba sesuatu yang lebih baik dari yang ada. Tidak mencuba, kita tidak akan tahu. Keberanian rakyat di selangor mencuba yang baru, maka lihatlah hasilnya. sehubungan itu, kita mesti berani mencuba di peringkat Pusat pula agar kita boleh lihat samada masih adakah lagi kejadian `pelik dan ganjil' ini berlaku di dalam pentadbiran kerajaan. Khusus buat semua kakitangan Kastam, marilah kita bersama-sama rakyat yang lain bangun untuk mengubah negara ini. Jadikan lah negara ini sebuah negara yang aman, selamat dan makmur. "Kepala ikan yang busuk, kita buangkan untuk dijamah oleh kucing di jalanan"./wfauzdin.blogspot.com |
| Pakatan Rakyat akan beri kejutan hebat di Sarawak- Anwar Posted: 07 Apr 2011 09:00 PM PDT LIMBANG: Pakatan Rakyat akan memberi kejutan yang hebat pada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang bakal diadakan pada 16 April ini, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Justeru beliau menyeru jentera Pakatan Rakyat supaya turun ke seluruh pelusuk negeri Sarawak sepanjang kempen pilihan raya itu, sekiranya mahu kemenangan mereka direalisasikan. "Setiap calon-calon Pakatan itu adalah calon kita. Kita perlu bekerjasama sebagai satu pasukan. Ini merupakan semangat muafakat dan strategi kempen yang perlu diatur supaya tiada mana-mana kawasan pun yang tertinggal untuk mendapat maklumat. "Saya yakin Pakatan Rakyuat akan memberi kejutan yg hebat pada pilihan raya Sarawak kali ini. Sehingga kini, di kebanyakan tempat, calon kita tidak hilang atau dibeli dan Barisan Nasional tidak menang percuma," katanya semasa melawat bilik gerakan Keadilan dan DAP di pekan Limbang, semalam. Terdahulu sebelum itu, Anwar yang dalam lawatan padatnya bagi membantu kempen di Sarawak, melawat pusat penamaan calon di Dewan Tertutup Limbang bersama calon Batu Danau, Dr Lau Liak Koi. Anwar turut bertemu masyarakat Iban di rumah Panjang Lubok Simpor dan Jembatan Lubai dekat Lubai Tengah. Dalam pada itu, beliau memaklumkan, masih ada lagi kawasan yang perlu digempur jentera parti, terutamanya di kawasan yg didiami penduduk berketurunan Melayu Islam. "Apa yang perlu dilakukan sekarang ini adalah penumpuan di kawasan-kawasan Melayu. "Berbanding orang Dayak dan Bidayuh yang menunjukkan sokongan padu, orang Melayu perlu diberikan keyakinan. Mulai sekarang, tiada masa untuk rehat kepada kita. Kita perlu bergerak terus untuk mencapai kemenangan," tegas Anwar./KeadilanDaily |
| KALAU `WANITA ITU' ISTERI NAZRI, MUSTAHIL NAZRI TIDAK KENAL Posted: 07 Apr 2011 05:00 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS SIAPA orang pertama sepatutnya boleh ditunjukkan video seks yang kununnya melibatkan DS Anwar selain dari pihak Polis? Sudah tentulah isteri beliau iaitu DS Wan Azizah kerana beliau juga mahu menyedapkan hatinya akibat fitnah yang diicipta melalui video berkenaan. Memang benar, terlalu berat buat DS Wan Azizah serta keluarga untuk menonton video lucah berkenaan dan sememangnya dari awal beliau telah menolak untuk menontonnya atas alasan ianya jelas satu fitnah, keduanya kerana hukumnya haram disisi agama jika menonton video adegan seks samada tulin atau tidak video itu. Namun, Alhamdulillah, Allah memberi jalan kepadanya untuk mengesahkan siapa sebenar lelaki berperut boroi dan kadangkala tidak berjanggut itu. Maka, ada tangan yang gatal datang dari mana telah memuat turunkan klip video tersebut ke dalam youtube walaupun dibuat suntingan ke atas beberapa babak terutamanya babak yang memperlihatkan perbezaan susuk tubuh badan DS Anwar. Apabila DS Wan Azizah dimaklumkan bahawa tiada adegan seks yang terdapat di dalam klip video pada youtube berkenaan, maka beliau bersetuju untuk menontonnya bersama anak-anak beliau. Akhirnya, kepastian diperolehi olehnya dan mengesahkan bahawa lelaki berperut boroi dan lenggang jalan seperti itu bukanlah suaminya.Apabila ini terbongkar, maka amat menyulitkan pihak yang melakukan konspirasi jahat ini untuk meneruskan kerja fitnah mereka. Hajat dihati mahu melihat DS Wan Azizah melenting atau setidak-tidaknya meletakkan jawatan di dalam politik bersama suami dan anaknya. Isteri mana mahu mempertahankan suaminya yang melanggan pelacur? Anak mana yang mahu membela ayahnya yang bermain kayu tiga dengan ibunya? Adakah DS Wan Azizah lebih pentingkan politik daripada moral keluarganya? Sehubungan itu, apabila beliau dan anaknya telah memastikan bahawa itu bukan DS Anwar yang amat dikenalinya maka menjadi kewajipan pula baginya untuk mempertahankan suaminya. Apatah lagi beliau pun tahu sewaktu rakaman itu dibuat, beliau serta anak-anaknya berada bersama DS Anwar beserta beberapa pimpinan PKR di rumahnya. Bukti Twitter dan Facebook DS Anwar juga amat kukuh sebagai alibi di dalam kes ini walaupun Utusan Meloya agak bodoh di dalam pengiraan masa 2 jam kununnya DS Anwar hilang di dalam Twitter berkenaan. Peliknya, seorang menteri bernama Nazri pula `susah hati' dengan kenyataan DS Wan Azizah yang menolak tuduhan ke atas DS Anwar. Mengapa beliau susah hati sangat? Adakah beliau berharap sangat lelaki boroi itu adalah Anwar? Nazri Aziz berkata," Wan Azizah tidak cekap bagi kenal pasti (lelaki dalam video) kerana ia pasangannya," kata Nazri sambil menambah terdapat percanggahan kepentingan dalam perkara tersebut (Malaysiakini). Wahai Nazri, untuk mengenal suami sendiri tidak perlu cekap. Perlu kepada cekap adalah menangkap Rahim serta `three strooges' yang mengaku menayangkan video lucah yang tulin itu di Sri Carcosa. Perkataan `cekap' ini harus Nazri tujukan kepada KPN bukan DS Wan Azizah. Seandainya wanita yang melakukan adegan di dalam video tersebut mirip wajah isteri Nazri, mustahil Nazri tidak kenal, bukan? Cukuplah semuanya ini. Sehingga kini semakin ramai yang tidak percaya apa yang mereka lakukan terhadap DS Anwar. Usah ditegak benang yang basah. Kita tunggu siasatan Polis untuk mengenalpasti siapa lelaki boroi itu, sementara itu juga kita tunggu sejauh mana geng `three strooges' ini mahu diselamatkan atas kesalahan menayangkan video lucah./wfauzdin.blogspot.com |
| CADANGAN AGAR BANGUNAN PEJABAT SPRM TIDAK PERLU BERTINGKAT Posted: 07 Apr 2011 02:53 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NSAPA lagi yang boleh diucapkan oleh SPRM kepada waris Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed, Pegawai Kastam yang ditemui mati di perkarangan bangunan SPRM Wilayah Persekutuan, pagi semalam selain dari ucapan takziah. Allahyarham ditemui mati ketika hadir untuk membantu siasatan di dalam kes melibatkan cukai tidak berbayar dan beliau sebelum ini telah dibebaskan dengan ikat jamin. Marilah kita bersama mendoakan agar Allahyarham ditempatkan bersama dengan orang-orang yang Soleh di sisi Allah SWT dan takziah juga kita ucapkan kepada ahli keluara beliau. Kes seperti ini mungkin tidak sehebat kes video lucah yang ditayangkan di Sri Carcosa dan juga di youtube, oleh sebab itu liputan terhadap berita menyayat hati ini terkebelakang dari arus media pencacai. Walau bagaimanapun, suka saya cadangkan kepada SPRM atau kerajaan agar bangunan pejabat SPRM yang ada sekarang tidak lagi digunakan, sebaliknya tentukan bahawa setiap bangunan pejabat SPRM mestilah tidak bertingkat. Mungkin agak lucu cadangan ini, tetapi setelah melihat kepada dua kes sebelum ini ada lojiknya juga.
Sekali lagi kita berharap dan terus berharap agar pihak Polis untuk menyiasat kes berkenaan. Meskipun kes Teo Beng Hock masih belum selesai, kini timbul kes yang baru dan kita yakin pihak Polis akan telus menyiasat. Polis di peringkat awal mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut. Namun, kita percaya siasatan yang bakal dijalankan nanti ada jawapannya walaupun mungkin mengambil masa yang agak panjang. Bukan mudah untuk menyiasat kes seperti ini, sedangkan untuk menangkap atau menahan mereka yang menayangkan video lucah di Sri Carcosa pun tidak mudah walaupun ada yang mengaku bertanggungjawab. Sehubungan itu, sebagai langkah berjaga-jaga adalah lojik sekiranya bangunan pejabat SPRM tidak perlu bertingkat. Kini kita tertanya-tanya samada di dalam kes terbaru ini adakah rakaman CCTV diperolehi di sekitar tempat kejadian. Harapan kita, mudah-mudahan CCTV di situ masih elok dan tidak rosak./wfauzdin.blogspot.com |
| You are subscribed to email updates from MANDOR.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Apabila DS Wan Azizah dimaklumkan bahawa tiada adegan seks yang terdapat di dalam klip video pada youtube berkenaan, maka beliau bersetuju untuk menontonnya bersama anak-anak beliau. Akhirnya, kepastian diperolehi olehnya dan mengesahkan bahawa lelaki berperut boroi dan lenggang jalan seperti itu bukanlah suaminya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan