Rabu, 27 April 2011

labun KulupSakah...

labun KulupSakah...


part 3: sahabat gua

Posted: 27 Apr 2011 01:45 AM PDT

"mengapa kamu tinggalkan aku terkontang-kanting seorang bersolat?" rungut aku.

"Bukankah kami ada? Hahaha! Solat itu penyaksian, menyaksikan diri batin. Mungkin diri zahir kami semua fana dan larut ke alam solat menyebabkan kau tak nampak. Sebenarnya ada. Batin di luar zahir di dalam. Eheheh! Jangan ambil serius, bergurau je." Darwis sudah pandai berjenaka.

"Yalah! Tiba-tiba je aku lihat aku seorang diri sedangkan aku sedang berjemaah." rongos aku sedikit pongah.

"Bukankah kau juga sedang berjemaah? Dengan 7 anggota 5 indera dan 1 jiwa kau sendiri?" sampuk Sufian.

Aku terdiam sekejap. "7, 5, 1?....7 + 5 + 1 = 13?"

"Ya, 13 rukun sembahyang tu ada pada kaulah.. Bila kau mendirikan solat 13 rukun tertegak dengan 13 yang kau sebut tadi. 7, 5 dan 1 itulah. Rukun pentingkan?"

"mestilah penting. tak cukup rukun tak sah solat. Macam rukun nikah, takde perempuan atau takde saksi tak jadilah nikah, haha.." aku berjenaka.

"Rukun sembahyang pertama berdiri tegak. Kalau orang kudung macamana? Bukankah dia tak boleh berdiri tegak? Tak sahlah sebab tak ikut rukun.." tanya Sufian.

"Ah! Kan Tuhan Maha Pengasih, Dia suruhlah solat duduk. pahalanya tetap sama walau tak ikut rukun berdiri tegak." kata aku.

"Kah kah!" ketawa Darwis, aku terkejut dia tak pernah ketawa sejak aku berkenalan dengannya.
"Si kudung itu memanglah tak boleh berdiri tegak tapi dia wajib juga berdiri tegak kalau tak solatnya tak sah. Yang wajib berdiri tegak adalah keyakinan yang haq dalam mentauhidkan Yang Maha Esa. Keyakinan itu yang wajib berdiri tegak, tidak ragu-ragu. Bukan tubuhnya. Jasad tak mampu tegak tapi jiwa mampu. La syarikalahu wabiza lika umirtu....."

sufian menyampu ketawa sebelum berkata " rukun yang seterusnya menghadap kiblat. Bagaimana jika kau diikat di sebatang pokok sedang kau masih wajib bersolat tapi kau diikat dan tidak menghadap kiblat?"

"Kan Tuhan Maha Mengasihani. Dia tahulah kesulitan hambaNya." jawaban selamat dari aku.

"Itu jawaban orang tak mahu berfikir tapi mengaku pandai. haha! Maaf aku bukan mengata kau tapi orang lain." Alif yang tiba-tiba muncul terus membelasah aku.

"Kiblat adalah arah penyatuan. Ramai-ramai menuju ke arah yang satu, mengesakanNya. Tertambat di pokok pun boleh asalkan hati kau berkiblatkan keesaan, bukan berkiblatkan taghut dan duniawi." Kata Alif.

Kali ini aku kena teruk. Tiga orang belasah aku. Aduh!

"Sudahlah, dah lewat malam ni. Pergi tidur. Letih kau aku nampak." kata Darwis.

Aku bangun melangkah, berhenti dan bertanya. "Nyamuk banyak tak kat sini?"

"Nyamuk pun nak cari makan juga. Izinkanlah dia menghisap sikit darah kau. Beritahulah dia jangan bising-bising, hisap saja darah aku yang kotor dan jangan beri aku penyakit." Sufian ketawa tapi aku rasa macam perli aku saja.

"Binatang buas?" tanya aku lagi.

"Orang yang taat dengan kekasih akan juga disegani makhluk lain." jawab Alif. "Pernah suatu subuh kami tersedar harimau kumbang tidur nyenyak dan manja dalam dakapan bapa aku."

aku ngeri. "Kamu semua tak tidur ke?" tanya aku.

"Kami hanya baring. Tidur bermaksud tak sedar. Wahai orang-orang yang berselimut......" Darwis buat lawak juga.

Malam itu aku tertidur juga tetapi agak lewat. Dari perbaringan aku, aku melihat mereka memuja kekasih dengan berbagai cara mengikut selera mereka. Pak Fakir hanya duduk diam termenung jauh tak berkelip, Alif memukul rebana mengalunkan lagu-lagu memuja. Adakalanya dia seperti mabuk dan dzauk, menari-nari sambil melaungkan nama sang kekasih. Darwis sujud tak angkat kepala langsung,berjam-jam. Ibrahim solat tak henti-henti. Muhammad dan Adam tidur saja.

Aku terasa kelopak mataku panas. Hatiku sayu. Aku cuba menyembunyikan esakanku dan akhirnya aku terlena dalam esakan.

(belum habis)

Tiada ulasan: