labun KulupSakah... |
Posted: 23 Apr 2011 05:29 AM PDT satu kepantangan aku ialah apabila ada orang lain merasakan dia lebih alim dari orang lain dan cuba melabelkan orang lain dengan label yang tak baik jika orang itu tak sependapat dengannya. Bagi aku agama adalah bagi 'diri' mereka dan hubungan seseorang itu dengan penciptanya adalah rahsia peribadi mereka yang mana tiada orang lain yang boleh nampak dan nilai di tahap mana seseorang itu. Aku tak boleh kata kamu sesat dan lebih teruk daripada aku. Dan dari dulu aku tak pernah cuba melibatkan diri menuduh seseorang atau sesuatu pertubuhan itu sesat selagi mereka mengakui keesaan Yang maha Suci. Aku tak mahu terlibat menuduh Syiah, Naqsyabandiah atau apa jua tarekat, Al Arqam, Tabligh, Qadiani, Mat Matahari, Ayah Pin atau sesiapa sesat. Senang ceritalah - ada juga sekali dua pengomen di FB mengatakan aku ini freethinker atau kurang berpedoman. Hahaha! Pegi mampuslah dengan label. Selalunya mereka yang cuba berdakwah di fb ini jenis yang muka sendiri pun tak tunjuk. Macamana boleh kata orang itu terpesong akidah jika muka kita sendiri pun tak berani tunjuk? Kenapa tak berani? Takut kalau dikenali nanti susah nak cari makan? Aiikkk...makhluk ka yang bagi rezeki? Mana pulak akidah kamu ye dak? Ada banyak jalan tapi tujuannya menuju yang satu itulah. Kamu kamu punya jalan, aku aku punyalah. Tuhan itu satu tapi bagaimana menghayati 'Tuhan' itu aku rasa berjuta sebab setiap orang intepretasinya berbeza. Ada yang menganggap dirinya hamba yang perlu taat dan tidak boleh langsung membantah maka dia melakukan ibadah sungguh-sungguh sampai bengkak kaki dan lebam dahi. Salahkah? Ada pula yang menganggap Tuhan itu kekasih yang sangat dicintainya. Rindu, puji-pujian tak lekang. Tapi sesekali dia bergaduh dengan kekasihnya, merajuk dan selepas itu dia merindui lagi. Bercintalah katakan. salahkah? Ada yang menganggap Tuhan itu bermacam-macam. Aku buat itu ini sebab Tuhan dah janji nak bagi itu ini. Bagaimana pula yang ini? Untuk aku, aku tak kisah sebab insan itu memang istimewa kedudukannya dalam mencipta hubungan dengan penciptanya. ada macam macam golongan dan mereka ini semua berbeza pendekatannya dengan tuhan :- ada rasul, anbia, aulia, muqarrabin, solehin, asyikin, syuhada, abidin, ada puak yang sibuk beribadah dan mengasingkan diri dari pergolakan persekitaran macam 7 pemuda kahfi. sekarang pun ada yang tak ambil pot dengan persekitaran tapi takdelah juga beribadah sangat. Rasulullah tidak mengganggu sekumpulan manusia yang sangat warak dan menetap di masjid.kalau ada kerja atau peperangan mereka akan turun jika tidak ada mereka lepak je. ada rezeki makan, takde kalu mereka berpuasa. sepanjang perbualan,aku hanya menerangkan perbezaan pendapat tapi sebaliknya mamat ni meletakkan aku seorang yang rosak akidah. Aikk? mengapa mesti jadi berpihak begitu? Musa tidak salah Khidir yang nampak songsang itu juga tidak salah. Kebenaran bukan hak mutlak sesiapa melainkan Dia. lepas tu aku diminta jangan kaitkan cerita khidir dan musa sebab ia jauh. pulak....bukankah cerita itu ada dalam Quran, dekatlah kan? Quran bukankah dekat dengan kita..... "takkanlah kita nak jadi khidir pakai ilmu laduni?" kata dia. Tak boley ke? Cerita dalam quran tu sekadar cerite je ke? tak perlu tahu mengapa khidir boleh kasyaf? kelebihan apa dia? ilmu apa yang dia tuntut? Rasulullah ada tak ilmu tu? "bagaimana akhlak Rasulullah wahai Aisyah?" tanya sahabat. "Akhlak baginda ialah Al Quran!" - nah...apa yang ada dalam Quran semua baginda amalkan. Dan kita dituntut contohi baginda. aku mahu tanya kalian. Ayat pertama ialah "iqra" - "bacalah!" tapi Rasulullah reti bacakah? baginda buta hurufkan? Apa maksud 'baca'di sini? |
You are subscribed to email updates from KulupSakah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan