Kopitiam Bang Nan |
- Aku sokong Subky Latif.
- Baik orang UMNO masuk DAP...Hehe!!
- FORUM PERDANA: FITNAH AKHIR ZAMAN!!
- Lelaki 'Y': Berokpun boleh baca kepala pendakwaraya...
- Hidup Utusan Melayu...!! Opppssss....ada lagi ke kertas kabor ni??
- Hmm....seronoknya Muhyiddin..!!
Posted: 25 Apr 2011 08:54 PM PDT Aku dah pernah tulis dah (March 2008) pasal pemimpin pelapis dalam Pakatan Rakyat (terutama PAS) http://kopitiam-bang-nan.blogspot.com/2011/03/reality-check.html Di bawah ni Subky Latif menulis dalam gayanya yang mendalam maksudnya. Akupun bersetuju (dengan Subky Latif) bahawa dalam Dewan Pemuda PAS sekarang ni tak nampak mana2 pemimpin yang ada kekuatan yang boleh ditonjolkan sebagai pemimpin masa depan. Cuma Mazlan Aliman nampak fokus sikit kerjanya dan agak berjaya. Yang lain-lain sekodor average ajer. Itu pandangan akulah. Orang lain tak setuju dia punya pasal. Harap sangatlah di dalam pemilihan akan datang ni, perwakilan meletakkan mutu dan prestasi kerja dari sentimen kawan dan sebagainya. Itupun kalau nak parti berjaya dalam PRU13 akan datang. Mana2 pemimpin yang baru terbit suara sehari dua ni sebab dah nak ada pemilihan, baik sangatlah kita ketepikan. Nyampah aku tengok. PAS sekadar menunggu tuah mendapatkan pimpinan terbaik? Oleh SUBKY ABDUL LATIF MENJELANG muktamar pemilihan PAS kurang dari dua bulan lagi, maka timbul isu sebuah Kawasan PAS tidak mencalonkan semula Presiden Ustaz Haji Abdul Hadi Awang bagi meneruskan pimpinannya. Kalau ia menggemparkan itulah yang dinamakan ribut dalam cawan. Ribut dalam cawan tidak mendatangkan gelombang, jauh sekali dari dilanda tsunami. Paling bergolak sekadar kopi meleleh ke piring.Kejadian seperti itu berlaku dalam semua pimpinan terutama dalam masyarakat demokrasi sejak zaman purba hingga kiamat Kaiser Rom purba Jelius Ceaser kira pemerintah terbaik di zamannya, tetapi ada yang mencadangkan Brutus, orang kepercayaannya bagi mencabarnya. Dr. Burhanuddin Al-Hilmy adalah pimpinan PAS yang disegani di zamannya tetapi ada yang mencadangkan supaya Prof. Zulkifli Mohamad menjadi calon Yang Dipertua Agung bagi melawannya. Demikian juga Haji Yusof Rawa, satu-satunya pimpinan PAS yang sekali gus menjadi Mursyidul Am dan Yang Dipertua Agung. Ada yang tidak sabar mahu beliau digantikan oleh Ustaz Fadzil Noor. Ustaz Fadzil ada pimpinan yang terbaik selepas Prof. Zulkifli. Tetapi PAS Kawasan Parit Buntar mencalonkan Ustaz Hadi menjadi Yang Dipertua Agung. Tahun sudah Kawasan Bukit Bintang mencalonkan Tok Guru Nik Aziz dan tahun ini ia mecalonkan Husam Musa pula. Dalam semua perkembangan pemimpin utama PAS itu menang tanpa bertanding, kecuali kedatangan awal Dr. Burhanuddin bertanding dengan Prof. Zulkifli. Tidak pernah berlaku dalam PAS pertempuran seperti yang terjadi terhadap Dr. Mahathir dicabar oleh Tengku Razaleigh dan seperti Najib memaksa Abdullah Badawi berundur. Tunku Abdul Rahman Putra adalah pimpinan UMNO yang berjaya melumpuhkan Datok Onn dan berjaya membawa kemerdekaan kepada negara. Sebagai Bapa Malaysia ada juga orang UMNO tidak sabar mencalon Tun Razak bagi menggantinya. Tun Razak menolak dan UMNO merahsiakannya. Apa pun tidak nampak Ustaz Hadi menghadapi laluan yang sukar bagi meneruskan pimpinan PAS. Kerana beliau bukan maksum, adalah kelemahan dan kekurangan di sana sini, tetapi ia tidak sampai ke peringkat UMNO tidak mahu meneruskan pimpinan Tun Abdullah Badawi. Malah beliau tidak sampai dipertikai oleh ahli seperti UMNO mempertikai Najib sekarang. Tanda PAS itu hidup adalah ia sentiasa ada orang memerhatikan pemimpin. Dan pimpinan adalah penting dalam jamaah. Ahli dan pimpinan semua tingkat boleh bersoal jawab tentang dasar dan halatuju pimpinan, tetapi apabila amir yang mendengar semua yang dibangkitkan itu membuat keputusan, dan ia muktamat dan wajib dipatuhi. Amir adalah sama penting dengan jamaah. Amir bukan saja bertanggungjawab menjaga jamaah tetapi juga berupaya membentuk ahli yang boleh menjaga amir dan jamaah. Juteru itu mesti dididik supaya berfikiran kritis dan bertanggungjawab melahirkan pimpinan yang baik. Sebagaimana calon dalam pilihan raya adalah penting terdiri dari kalangan yang terbaik, tetapi tanggungjawab pengundi juga adalah besar untuk memilih calon yang terbaik. Maka ahli tidak wajar apabila terasa hendak menggantikan pemimpin, dia lalu mencadangkan pemimpin diganti. Pemimpin yang hendak digantikan itu mestilah diganti oleh yang labih baik daripadanya. Bukan boleh dicalonkan sesiapa saja, tetapi mestilah diyakini lebih berwibawa dan dihormati oleh semua kawan dan lawan. PAS yang bangkit kuat selepas runtuh dilanda puaka Barisan Nasional, ialah kerana ia meletakan asas kepimpinan ulama. Orang ramai mendengar kata ulama dan bersatu di belakang ulama. Keberkatannya terserlah. Kehebatan politik dan kepimpinan Dato Asri sukar ditandingi. Tetapi kemunculan ulama sebagai pemimpin menyerlah daya saing yang lebih menonjol. Pak Mawardi, pemimpin Islam Indonesia dan teman Pak Natsir menyebut kesukaran umat Islam Indonesia untuk bangun kerana ketiadaan kepimpinan ulamanya. PAS tidak sukar mencari kepimpinan sebaik ia muncul dengan konsep kepimpinan ulama. Tidak tidak sukar menggantikan Haji Yusof Rawa dan Ustaz Fadzil Noor. PAS ada Ustaz Hadi dan Tok Guru Nik Aziz. Persoalan sekarang bukan untuk menggantikan pimpinan yang ada tetapi adalah bagi mencari ganti kepada pimpinan yang ada. Ia bukan suatu yang terasa pada PAS saja, tetapi ia adalah yang dirasakan oleh kerabat Pakatan Rakyat. Hanya DAP yang selesaikan pimpinan masa depannya. Lim Kit Siang sudah mula berundur dan menyediakan Lim Guan Eng bagi menyambung kepimpinannya. Sekurang-kurangnya jika tiada sesuatu di luar jangka berlaku, DAP tidak menghadapi masalah kepimpinan untuk 20 tahun akan datang. Tetapi PKR dan PAS berdepan dengan persoalan pimpinan masa akan datang. Sekali pun PKR baru selesai memilih pimpinan tetapi ia belum dapat mengetengahkan orang yang bakal menggantikan pimpinan Anwar Ibrahim. Siapa yang boleh mengambil tempat Anwar sepuluh tahun akan datang atau bila-bila masa sekarang? Walau pun semua jawatan penting dalam parti itu ada penyandangnya, pengganti yang sehebat Anwar itu belum muncul dan belum nampak. Masalah yang sama dihadapi PAS. Ia penuh dengan ilmuan keluaran Azhar, Jordan dan lain-lain. Semua jawatan selepas Presiden berisi. Tetapi ulama muda yang boleh mengambil alih pimpinan belum muncul. Mereka ada tetapi belum nampak. Sebagai bakat pimpinan yang ditunjukkan oleh Ustaz Fadzil dan Ustaz Hadi telah dapat dilihat lama sebelum Dato Asri berundur, tetapi dia belum nampak, cuma dipercayai ramai dicelah lapisan pimpinan di berbagai peringkat itu. Untuk mencapai orang seperti Muhyiddin Yasin, Hishamuddin dan Shafie Afdal itu memang ramai, tetapi bukan yang seperti itu yang dihendaki oleh PAS. PAS ada citarasa dan wibawa yang berlainan. Sesiapa saja boleh bertanding untuk apa-apa jawatan dalam PAS termasuk untuk Presiden. Tetapi penghormatan dan keyakinan orang ramai di luar PAS juga perlu diambil kira. Untuk mendapat keyakinan seperti yang diberikan kepada Haji Yusof Rawa, Ustaz Fadzil, Ustaz Nik Aziz dan Ustaz Hadi adalah sukar. Presiden PAS bukan sekadar pemimpin PAS saja, tetapi dia juga adalah pemimpin masyarakat semua kaum yang dihormati semua. Dia bukan saja disanjung oleh orang Melayu dan orang Islam, tetapi dia juga disegani dan dihormati oleh orang bukan Melayu dan orang bukan Islam. PAS bertuah kerana Tok Guru Nik Aziz yang kurang ditonjolkan untuk menjadi pelapis di zaman sebelum kepimpinan ulama, tetapi muncul sebagai orang yang lebih bertenaga dari yang pernah ditunjukkan oleh Dato Asri. Tuah seperti itu tetap menolong, tetapi persediaan perlu difikirkan sebagaimana persediaan zaman Yusof Rawa menyediakan Ustaz Fadzil dan Ustaz Hadi di belakangnya. PAS jangan sekadar menunggu tuah tetapi pimpinan masa depan juga mesti dicanai. Ini yang perlukan difikirkan oleh segenap lapis anggota parti. Bukan menumpukan masa bagi menggantikan pimpinan yang ada, tetapi mesti memikir dan mencari bentuk pimpinan yang akan datang. Orang itu mestilah dari kalangan ulama yang cekap perhitungan politik dan diplomatiknya, mahir sebanyak cabang ilmu, menguasai teknologi alam maya dan tahu bagaiamana memasarkan produknya. Masa depan politik kita dan di mana-mana dunia juga ialah siapa yang menguasai pasaran politik dan diplomatik.Angkatan dan orang seperti itu mesti dicari, bukan ditunggu. |
Baik orang UMNO masuk DAP...Hehe!! Posted: 25 Apr 2011 08:33 PM PDT Ini entry lama teman (tahun 2008) mengenai Ketuanan Melayu...http://kopitiam-bang-nan.blogspot.com/2008/09/demi-ketuanan-melayu.html Tak de maknanya DAP nak masuk BN...baiklah melayu2 yang gilakan ketuanan melayu ni masuk DAP. Habis banjir melayu dalam DAP...tak kan Lim Kit Siang, Karpal and the gang tak nak terima? Mereka parti pelbagai kaum...hehe. Silap2 Setiausaha Agong DAP nanti orang melayu beb. Tak mau ka? Umno jemput DAP masuk BN? Harakahdaily KUALA LUMPUR, 26 April: Setelah berjaya memecahkan PAS dengan isu kerajaan perpaduan, Umno kini dikatakan sedang mendekati DAP pula atas agenda membawa masuk parti itu ke dalam Barisan Nasional (BN). Menurut sumber, usaha ini diperhebatkan lagi ekoran kemarahan Umno terhadap MCA yang mengajak masyarakat memboikot lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia. Ia juga dibuat selepas Umno mendapati pengaruh DAP semakin kuat khasnya selepas pilihan raya Sarawak baru-baru ini. Pelbagai pihak dalam MCA termasuk presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek menyerang Utusan ekoran cadangan salah seorang editornya. Antaranya MCA cadangkan agar Utusan diboikot oleh seluruh rakyat Malaysia. Ekoran itu, ada yang beranggapan langkah menjemput DAP ini adalah mesej Umno kepada MCA. Tengah hari ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memanggil sidang media tergempar di pejabat DAP Pusat namun tidak diketahui apakah isu ini berkaitan. Harakahdaily difahamkan, Umno telah menggunakan keluarga terdekat pemimpin DAP sebagai jambatan mereka namun tidak dapat disahkan maklumat ini. Umno sebelum ini berjaya memecahkan PAS kepada dua kumpulan melalui agenda kerajaan perpaduan yang dicadangkan presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Yang dicadangkan Ustaz Abdul Hadi adalah kerajaan yang menggabungkan Pakatan Rakyat dan BN tetapi yang dispinkan oleh media Umno dan aparatus mereka adalah perpaduan antara PAS dan Umno yang sangat sensitif itu. Kini selepas gagal menghancurkan DAP dengan pelbagai usaha menyerang, pendekatan baru dibuat dengan menghulurkan tangan persahabatan dengannya. Umno jemput DAP masuk BN? Harakahdaily KUALA LUMPUR, 26 April: Setelah berjaya memecahkan PAS dengan isu kerajaan perpaduan, Umno kini dikatakan sedang mendekati DAP pula atas agenda membawa masuk parti itu ke dalam Barisan Nasional (BN). Menurut sumber, usaha ini diperhebatkan lagi ekoran kemarahan Umno terhadap MCA yang mengajak masyarakat memboikot lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia. Ia juga dibuat selepas Umno mendapati pengaruh DAP semakin kuat khasnya selepas pilihan raya Sarawak baru-baru ini. Pelbagai pihak dalam MCA termasuk presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek menyerang Utusan ekoran cadangan salah seorang editornya. Antaranya MCA cadangkan agar Utusan diboikot oleh seluruh rakyat Malaysia. Ekoran itu, ada yang beranggapan langkah menjemput DAP ini adalah mesej Umno kepada MCA. Tengah hari ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memanggil sidang media tergempar di pejabat DAP Pusat namun tidak diketahui apakah isu ini berkaitan. Harakahdaily difahamkan, Umno telah menggunakan keluarga terdekat pemimpin DAP sebagai jambatan mereka namun tidak dapat disahkan maklumat ini. Umno sebelum ini berjaya memecahkan PAS kepada dua kumpulan melalui agenda kerajaan perpaduan yang dicadangkan presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Yang dicadangkan Ustaz Abdul Hadi adalah kerajaan yang menggabungkan Pakatan Rakyat dan BN tetapi yang dispinkan oleh media Umno dan aparatus mereka adalah perpaduan antara PAS dan Umno yang sangat sensitif itu. Kini selepas gagal menghancurkan DAP dengan pelbagai usaha menyerang, pendekatan baru dibuat dengan menghulurkan tangan persahabatan dengannya. |
FORUM PERDANA: FITNAH AKHIR ZAMAN!! Posted: 25 Apr 2011 08:11 PM PDT |
Lelaki 'Y': Berokpun boleh baca kepala pendakwaraya... Posted: 25 Apr 2011 06:32 PM PDT Kepada sesiapa yang dah goyang dengan sendaloka pihak pendakwa kes Liwat 2 semalam, aku cuma nak ngingatkan, sekumpulan beruk jinak di Taman TAR, Ampang tupun dah boleh agak siapa yang pihak pendakwaraya beriya-iya cuba buktikan sebagai Lelaki Y itu. Cuma berok skrew longgar ajer yang tak dapat agak. Hehe... Sebagai manusia, baik sangatlah kita berfikir secara santai mengikut logik akal: 1. Kat belakang kes ni yang seronok sakan siapa? Ezam, Rosbig, Bapak $aiful, IGP lama, Rodwan, Umi, MP Lompat, Che' Dot Dot Dot, Datok T dan 5 6 ekor lagi.... 2. Lelaki 'Y' ni dah tua bangka baru develop keseronokan meliwat ni apahal? Masa muda dalam sel ISA 2 tahun sekali dengan Brahim Katak tu apa pasal tak ditibainya mangkok tu? Ke Brahim x nak cerita? Kalau ler Brahim tu x cun, Munawar Anees yang berbulu lebat tu cun ker? Azizan tu cun ker? Apasal x balun Ezam? Ezam kan cun...auwwww. 3. Macam Sankara dan Karpal cakap semalam, $aiful ni umur 23 tahun. Anwar 61 tahun. Kalau aku jadi $aiful, aku 'flying kick' aje orang tua tu. Susah2 humban ajer dari tingkat berapa tu.... kurang sikit tekanan kepada MACC. Lagipun dia banyak peluang untuk lari. X masuk akai betul. Hehe... 4. Kan Dr. Osman (Hospital Pusrawi) tu kata $aiful masih dara (bahagian belakanglah). Taikpun x de walaupun dia kata dia x berak dua hari (lepas balun karipap).... 5. Tu dok jumpa DNA lelaki tidak dikenali setengah team bola dalam lubang $aiful tu sapa punya pulak? 6. Kisah penglipurlara mahkamah x bagi barisan pembela Anwar mendapatkan berbagai dokumen jangan ceritalah. Bak kata peguam Hanifa Maidin, apa2 kes yang melibatkan Anwar akan menggunakan asas undang2 yang tidak normal. Rasanya cukuplah setakat tu. X payahlah aku mengimbau kes liwat 1 yang menjadi berita lawak sedunia bila kejadian yang kununnya telah berlaku di tempat yang pada tarikh kejadian bangunannya masih dalam proses pembinaan. Hehe... |
Hidup Utusan Melayu...!! Opppssss....ada lagi ke kertas kabor ni?? Posted: 25 Apr 2011 05:18 AM PDT |
Hmm....seronoknya Muhyiddin..!! Posted: 25 Apr 2011 05:03 AM PDT Scorpenes, Altantuya to make waves in France when open court starts May-June Malaysian civil rights group SUARAM expects its corruption lawsuit filed against French naval arms firm DCNS to move into open court and hearings to begin in May or June. This will pave the way for Malaysians to finally get access to details of a highly questionable RM6.7billion ringgit submarines deal entered into by their defense ministry in 2002, and kept top secret by Prime Minister Najib Razak. DCNS was the vendor of the submarines and Najib has been accused of benefiting his close friend Razak Baginda with a 114 million euros commission in the deal. "There is substantial evidence of corruption and some of it is new information of new corruption uncovered during investigation. Some of this could be sensitive or embarrassing to the Malaysian government but that is part of the process of helping Malaysian taxpayers recover their money lost through corrupt deals," SUARAM board member Cynthia Gabriel told Malaysia Chronicle. Investigative judge SUARAM had in December 2009 filed an initial suit against DCNS at the Paris courts for "active and passive corruption, trading of favours and abuse of corporate assets" after failing to make any headway with the Malaysian government, which refused to impart any details despite constant grilling by opposition lawmakers in Parliament. The deal agreed between Najib, who was then the Defense minister, and DCNS involved the sale of two Scorpene and one Agosta submarines to the Malaysian government. Under the 2000 OECD convention of which France is a party, anyone French individual or company found to be involved in corrupt deals with foreign governments can be punished with 10 years imprisonment and a Euro 150,000 fine. This ruling provided the impetus for the SUARAM move to try and recover taxpayers' money lost through improper transactions. "We have already applied for an investigate judge to preside at the open court. This will make the hearings more independent and we will certainly be pressing him to order further and more detailed investigations," said Cynthia. Indeed, a French government-appointed judge may be less neutral given that the influential DCNS is one of France's largest firms. The Altantuya sex and C4 murder A sensational aspect of this high-stakes deal is the murder of 28-year old Mongolian national Altantuya Shaariibuu, a translator and intermediary who allegedly acted a a go-between for Razak Baginda and the French firm. She was killed in Kuala Lumpur with C4 explosives in a jungle clearing in Shah Alam after she purportedly tried to pester Baginda for her share of the commission. Two of Najib's former bodyguards have been sentenced to hang for her killing but their court trial has been slammed as unfair. The former cops claimed they had been paid RM100,000 to kill Altantuya but this testimony was rejected by the Malaysian trial judge, who also warded off all attempts by defense counsels to ask the accused, who had ordered them to kill Altantuya. French newspaper La Liberation has reported that the beautiful Altantuya, who could speak 4 languages including Russian, had told the two assassins she was pregant and had pleaded for her life before they shot her in the head, wrapped the C4 around her body and then detonated the explosives that are available only to the military in Malaysia. A private investigator hired by Baginda has stated that it was Najib who met Altantuya at a diamond show in Singapore, and they had an affair before he 'passed' her over to Baginda. But while Altantuya will feature in the French trial, the greater portion of the hearings will be centred on the submarines and the costing of the transactions between DCNS and the Malaysian government. 2.5million euros just for Razak Baginda's and Altantuya's travels Among witnesses may be former DCNS administration and financial manager, Gérard-Philippe Menayas, who had been questioned by French police involving a similar case in Pakistan. Gerard has admitted having evidence to substantiate the kickbacks involved in the Malaysian deal. Initially, it was suspected that Amaris, a subsidiary of DCNS and Thalès, had paid the 114 million euros commission to a Malaysian company called Perimekar, which headed by Baginda's wife.. However, the latest information show that it was not Armaris but the Malaysian government which paid the 114 million euros to Perimeka,r so as to enable the French firm to circumvent the OECD convention. It is worth noting that this contrasts with the explanation given by deputy Defense minister Zainal Abidin Zin to Parliament in 2006 in which Zainal had said it was the Malaysian government which had paid a US$100 million commission for the deal to buy three submarines. Meanwhile, two new pieces of evidence that have been uncovered include a payment of 30million euros by DCNS to its one of its own units and a 2.5million euros payment to a still-unidentified intermediary. "Our investigators are still probing the intermediary but we have found out that a company called Gifen was established in Malta by one Jean-Marie Boivin to facilitate monetary transfers for the purpose of financing Baginda's and Altantuya's travels," Gabriel added. - Malaysia Chronicle |
You are subscribed to email updates from Kopitiam Bang Nan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan