Sabtu, 23 April 2011

Komentar Kini

Komentar Kini


Ada agenda tertentu?

Posted: 23 Apr 2011 04:53 PM PDT

Timbalan presiden Pas YB ustaz Nasaruddin Mat Isa ketika merasmikan mesyuarat Agung PAS Kuala Nerus berkata, ada agenda tertentu.

Perkataan ada agenda tertentu ini pasti ada kaitkan dengan usaha menurunkan Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dari jawatan yang disandang sekarang.

Usaha menyingkir Tuan guru Haji Abdul Hadi Awang ini sudah sekian lama dilakukan oleh UMNO, tetapi menemuai jalan buntu.

Beliau telah diserang dengan pelbagai bentuk serangan ketika menjadi menteri besar Terengganu (1999-2004) akhirnya gagal juga.

Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang dengan liwat satu dan liwat serta video Seks manakala Tuan Haji Abdul Hadi Awang diserang dengan mengkafirkan orang umno dan beristeri tiga.

Sudah beberapa kali usaha ini dilakukan, termasuk adanya PAS Kawasan di negara ini mencalon seseorang tokoh untuk bertanding jawatan presiden.

Baru baru ini PAS Kawasan Bukit Bintang Kuala Lumpur mencalonkan Datuk Husam Musa untuk bertanding jawatan presiden dalam muktamar Agung PAS yang akan berlangsung bulan Jun ini.

Oleh itu, cadangan Profesor Dr Aziz Bari agar menukar Tuan Haji Hadi Awang dengan tokoh lain itu pasti ada kaitan dengan kata kata timbalan presiden Pas yang berbunyi: "ada agenda tertentu" yang diulas dengan panjang lebar.

Menyingkirkan tuan Guru Haji Hadi Awang ini agenda Umno sejak dahulu lagi hingga sekarang ini masih ada usaha untuk menterajangnya.

Adalah sangat tidak wajar kekalahan PAS di Sarawak dalam pilihanraya ke 10 ini Tuan Guru Haji Hadi dipersalahkan dan dia kena turun dang anti dengan orang lain sepertimana diperlakukan Umno terhadap Tun Abdullah Badawi selepas gagal mempertahan 2/3 dalam pilihanraya umum ke 12 lepas.

Bercakap pasal perkataan ada angenda tertentu ini teringat saya dengan kata kata "awas musuh dalam selimat" PAS oleh Timbalan mursyidul PAS Datuk Dr Harun Din dalam seminar ulamak di Taman Melawar Kuala Lumpur tak lama dulu.

Saya yakin usaha menjatuhkan Tuan Guru haji Hadi Awang melalui pendangan Profesor Dr Aziz Bari ini ada persamaan dengan perkataan "ada agenda tertentu" yang keluar dari mulut timbalan presiden dan "awas musuh dalam selimut PAS" keluar dari mulut timbalan muryidul PAS.

Tidak menjadi kesalahan atau wajar presiden diturun dan hendak ditukar jika dia benar benar tidak berwibawa lagi. Tapi malangnya, alasan kekalahan PAS dalam pilihanraya di Sarawak yang jelas tak munasabah dan tidak boleh diterima akal yang waras.

Tiada ulasan: