Sabtu, 30 April 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Sumpah Laknat: NUJ Selar Niat Jahat Utusan, Berita Harian

Posted: 30 Apr 2011 01:20 AM PDT

PKesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) hari ini menyelar Utusan Malaysia dan Berita Harian kerana menggambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang yang enggan melafazkan sumpah untuk membuktikan dirinya tidak bersalah bersabit isu video lucah.

Presidennya Hata Wahari dalam wawancara dengan TV Selangor berkata laporan dua akhbar itu melanggar etika kewartawanan dan jelas berniat jahat di samping bertujuan menyembunyikan kebenaran.

"Apa yang dibuat oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian merupakan satu propaganda jahat yang dimainkan oleh akhbar-akhbar milik Umno cuba memperlihatkan bahawa ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengikut hukum Islam.

"Anwar sebagai bekas pemimpin Abim yang mengetahui hukum Islam secara mendalam dan tahu mubahalah tidak boleh memberikan impak kepada sesiapa sebab itu Anwar tidak mahu bersumpah. Bila angkat sumpah, itu antara kita dan Allah dan belum tentu perkara itu dapat dibuktikan lagi," kata Hata.

Justeru Hata bersetuju dengan tindakan Anwar mahukan pihak berkuasa Islam menyiasat fitnah terhadapnya mengikut hukum qazaf.

Pemuda PKR sebelum ini membuat laporan Qazaf ke atas Datuk T tidak mendapat perhatian media arus perdana.

Mengikut Al-Quran, sumpah laknat hanya boleh dilakukan oleh seorang suami yang menuduh isterinya berzina dan tidak mempunyai bukti lain selain daripada bersumpah.

"Kalau dia (Eskay) hanya bersumpah untuk memberitahu bahawa ini adalah perkara benar jadi saya rasa itu bukan perkara pokok yang paling penting sekarang dia perlu membuktikan perkara ini perlu dibawa ke Mahkamah Syariah dan buktikan dengan membawa empat orang saksi."

Hata tidak menolak berita yang dimainkan oleh media arus perdana termasuk Utusan dan Berita Harian adalah bertujuan membunuh karektor politik ketua pembangkang itu.

Malah kata Hata, beliau berpandangan bahawa media kawalan Umno-BN kini sudah terkeluar dari landasan tanggungjawab sebenar dengan menabur fitnah serta menjatuhkan kredibiliti pemimpin yang tidak memihak kepada mereka.


"Jelas membuktikan bahawa media sekarang ini tidak mempunyai prinsip dan pendirian tetapi sebagai satu alat kepada kerajaan dan bukan media yang ingin mencari kebenaran atau melaporkan kebenaran tetapi sebagai sebuah media yang menyebarkan fitnah dan perkara-perkara tidak benar.

"Saya melihat mereka ini tiada kredibiliti langsung
," katanya

Tambah beliau lagi sebagai Presiden NUJ Malaysia yang menaungi 1,300 wartawan di Malaysia yang kebanyakkannya berkhidmat di media arus menyeru mereka kembali kepada prinsip asas media dalam menyalurkan maklumat kepada masyarakat.

Malah beliau juga turut menyeru editor-editor Utusan dan Berita Harian agar menilai sendiri prinsip dan tanggungjawab mereka dan kembali kepada prinsip media sebenarnya. -mk

Negara Polis Dan Kebangkitan Rakyat

Posted: 29 Apr 2011 11:00 PM PDT

Negara polis dan kebangkitan rakyat

Rakyat perlu bangkit untuk mengakhiri budaya keganasan polis, kata peguam Fadiah Nadwa Fikri dari NGO Lawyers for Liberty.

"Dalam masa sehari semalam, Malaysia telah bertukar kepada sebuah negara polis", itulah kata-kata yang diungkapkan Tunku Abdul Rahman berikutan Operasi Lalang yang berlaku pada tahun 1987 yang yang menyaksikan penangkapan pemimpin-pemmpin barisan pembangkang dan aktivis-aktivis yang lantang bersuara dalam mengkritik dasar pemerintahan Barisan Nasional.

Operasi Lalang 1987 yang didalangi Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu dengan menggunakan kuasa polis di bawah undang-undang tahan tanpa bicara, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyaksikan sebuah kematian demokrasi, pencabulan hak asasi dan prinsip kebebasan, dan penghinaan terhadap Perlembagaan Persekutuan, yang merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia.

Negara polis adalah didefinasikan sebagai "sebuah negara yang dikawal oleh sebuah kerajaan yang bersifat menekan dan menindas secara politik, ekonomi dan sosial masyarakat melalui kuasa polis yang digunakan sewenang-wenangnya tanpa mengikut nas undang-undang".

Negara polis jelas menekan dan menindas kebebasan dan hak asasi rakyat walaupun ia telah dijamin dan termaktub dalam perlembagaan demi mengekalkan kuasa pemerintahan yang bersifat kuku besi.

Kebangkitan rakyat yang ditekan di bawah sebuah negara polis dalam mengekalkan pemerintahan bersifat kuku besi ini dapat dilihat melalui kebangkitan kuasa rakyat di Timur Tengah yang dimulai di Tunisia, diikuti Mesir dan Syria.

Angin kebangkitan rakyat menentang pemerintahan kuku besi ini masih bertiup kencang merentas benua, menyampaikan pesan keramat kuasa rakyat untuk terus bangkit menuntut hak dan kebebasan dari cengkaman dan penindasan pemerintahan yang tidak adil dan zalim.

Mesir, sebuah negara yang diperintah diktator Hosni Mubarak telah menyalahgunakan institusi polis sewenang-wenangnya di mana pada bila-bila masa sahaja polis-polis akan menangkap, menculik, menyeksa dan membunuh rakyat yang lantang bersuara menentang ketidakadilan pemerintahan Mubarak.

Rakyat Mesir, di bawah pemerintahan Mubarak sentiasa diselubungi ketakutan di mana polis pada bila-bila masa sahaja bebas untuk melalukan tangkapan yang tidak sah dan ugutan tanpa dikenakan sebarang tindakan meskipun tindakan polis itu sendiri jelas melanggar peruntukan undang-undang yang sedia ada.

Sebelum tercetusnya revolusi di Mesir pada tanggal 25 Januari 2011, satu kejadian yang segar di ingatan setiap rakyat Mesir tentang keganasan polis terhadap seorang pemuda bernama Khaled Said telah menjadi satu titik penting kebangkitan rakyat yang tidak lagi sanggup ditekan di bawah budaya keganasan polis.

Mangsa keganasan polis

Khaled Said, 28 tahun, telah ditangkap oleh beberapa orang polis di sebuah kafe internet di Alexandria di mana beberapa orang saksi telah menyaksikan Khaled Said dipukul, badannya ditendang, kepalanya dihentak ke dinding, rambutnya ditarik dan kepalanya dihentak bertubi-tubi di tangga.

Saksi-saksi selanjutnya menyatakan bahawa walaupun Khaled Said berhenti bergerak tetapi polis-polis tersebut masih lagi mencekik lehernya dan terus menendangnya tanpa belas kasihan sehingga Khaled Said menghembuskan nafas terakhirnya.

Kes keganasan polis seperti yang terjadi kepada Khaled Said di Mesir, dan di negara-negara polis di bawah pemerintahan kuku besi tidak asing jika hendak dibandingkan dengan kes keganasan polis di tanah air kita sendiri, Malaysia.

Bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Malaysia (Suhakam) Dato' N Siva Subramaniam pernah menyatakan bahawa 70% kes yang dirujuk kepada kepada Suhakam adalah berkaitan dengan kegansan polis yang secara terang melanggar peruntukan undang-undang, norma-norma kebebasan dan hak asasi yang jelas dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Kes Khalid Said di Mesir telah menjadi salah satu pencetus kebangkitan rakyat Mesir di mana satu gerakan yang menggesa keadilan ditegakkan untuk Khaled Said di internet telah mencabar rakyat Mesir yang cintakan keadilan dan ingin menamatkan budaya keganasan polis untuk keluar berhimpun dan mendesak agar pemerintahan kuku besi Hosni Mubarak dijatuhkan.

Washington News dan ABC News telah melaporkan bahawa Khaled Said adalah "Wajah Pencetus Revolusi" yang mencetuskan perhimpunan kebangkitan rakyat Mesir mendesak agar pemerintahan kuku besi Hosni Mubarak yang memperalatkan institusi polis dijatuhkan.

Rakyat perlu bangkit

Malaysia, sebuah negara polis yang diterajui kerajaan Barisan Nasional yang terus-terusan memperalatkan institutsi polis hari demi hari, menyaksikan seorang demi seorang rakyat Malaysia menjadi mangsa keganasan polis.

Kematian dalam tahanan, tembakan tidak mengikut peruntukan undang-undang, penyeksaan dan layanan tidak berperikemanusiaan sudah menjadi budaya yang berakar umbi di mana polis-polis yang terlibat terlepas dari dihukum kerana undang-undang yang sedia ada hanyalah sekadar hiasan di atas kertas.

Keadilan untuk mangsa-mangsa keganasan polis terus-terus dinafikan, suara keramat rakyat yang dahagakan perubahan terus-terusan ditekan, hak dan kebebasan rakyat terus-terusan dicabul sewenang-wenangnya.

Sudah tiba masanya, kita rakyat Malasyia yang bebas merdeka bangkit untuk mengakhiri budaya keganasan polis yang hanya memanfaatkan kuasa pemerintahan kuku besi kerajaan yang sekian lama menghinjak dan menekan kita, rakyat Malaysia yang cintakan kebebasan dan keadilan. -FMT

Fadiah Nadwa Fikri adalah seorang peguam dan anggota kanan NGO Lawyers for Liberty.

Amat Memalukan: Terjemahan Salah Di Backdrop Sambutan PM China

Posted: 29 Apr 2011 10:15 PM PDT

Salah terjemah: Najib mohon maaf pada PM China

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau telah meminta maaf kepada Perdana Menteri China Wen Jiabao berhubung satu kesilapan bahasa di latar pentas bagi satu majlis sambutan rakan sejawatannya itu.

Ketika ditanya dalam satu sidang media hari ini, Najib berkata Wen telah menerima permohonan maafnya itu.

"Jadi kita anggap isu ini sudah selesai," katanya sambil menyatakan pihaknya masih menyiasat punca kesilapan itu.

"Kita masih siasat. Tujuan (tulisan di latar belakang pentas) itu adalah untuk menunjukkan keghairahan kita dalam kunjungan perdana menteri China.

"Tapi malangnya, keghairahan itu satu perkara, kecekapan untuk menterjemah itu satu perkara lain.

"Jadi, ianya bukanlah disengajakan... Tak perlulah diperbesar-besarkan," katanya lagi selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di ibu negara hari ini.

Semalam, kesilapan struktur ayat dan tatabahasa yang serius dalam bahasa Cina yang serius dan memalukan dikesan pada latar belakang pentas majlis sambutan rasmi Wen di Putrajaya.

Wartawan dan tetamu yang faham bahasa Cina terkejut melihat latar belakang itu. Begitu juga dengan beberapa menteri Malaysia yang berbangsa Cina tetapi sudah terlambat untuk membuat sesuatu.

Wen berada di Malaysia untuk lawatan dua hari bagi membalas kunjungan Najib ke China dua tahun lalu.

Ia adalah lawatan kedua Wen ke Malaysia selepas menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur dan Sidang Kemuncak ASEAN-China pada 2005. -mk


Kesilapan terjemahan cemari sambutan PM China

Perdana Menteri China Wen Jiabao dan rombongannya pasti dalam kebingungan jika mereka mengesan perkataan Cina yang dicetak pada latar belakang pentas majlis sambutan rasmi baginya di Putrajaya pagi ini.

Perkataan berkenaan adalah terjemahan langsung daripada perkataan Melayu yang berbunyi: "Istiadat Sambutan Rasmi Sempena Lawatan Rasmi TYT Wen Jiabao Ke Malaysia"

Namun terjemahan dalam bahasa Cina itu mempunyai kesilapan struktur ayat dan tatabahasa yang serius dan memalukan.

Terjemahan langsung itu berbunyi: "Majlis sambutan rasmi, dengan dia, Yang Terutama, Wen Jiabao ke Malaysia dengan rasmi".


Latar belakang yang memalukan di podium hadapan Pejabat Perdana Menteri itu didirikan bagi upacara sambutan rasmi perdana menteri China itu.

Ia juga memaparkan bendera China dan Malaysia dengan gambar Tembok Besar Cina dan Menara Berkembar Petronas berserta gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedang bersalaman dengan Wen.

Wartawan dan tetamu yang faham bahasa Cina terkejut melihat latar belakang itu. Begitu juga dengan beberapa menteri Malaysia yang berbangsa Cina tetapi sudah terlambat untuk membuat sesuatu.

Pada sidang media bersama selepas itu, Najib berkata Malaysia dan China bersetuju bekerjasama lebih rapat khususnya dalam bidang pengajian tinggi, pelancongan dan perubatan tradisional Cina.

Ia dicapai hasil rundingan antara kedua-dua pemimpin berkenaan hari ini.

"Perbincangan sangat produktif serta berhasil, dan kita mencapai persetujuan meluas selaras dengan pelan tindakan bersama mengenai kerjasama strategik yang ditandatangani pada 2009," kata Najib.

Wen berada di Malaysia untuk lawatan dua hari bagi membalas kunjungan Najib ke China dua tahun lalu.

Ia adalah lawatan kedua Wen ke Malaysia selepas menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur dan Sidang Kemuncak ASEAN-China pada 2005. -mk


Ulasan GB

Sungguh memalukan negara.

Mudah bagi Najib katakan:

ianya bukanlah disengajakan... Tak perlulah diperbesar-besarkan

Tak mahu dihebohkan, tak mahu diperbesarkan kerana ia menunjukkan di dalam keghairahan Najib yang kononnya ingin pamerkan kejayaan pemerintahan regimnya melalui pelan transformasi, KPI, NKRA.... rupa-rupanya Allah dedahkan soal backdrop latar pentas untuk satu majlis besar yang beliau sendiri ada mengandungi kecacatan yang begitu mengaibkan.

KPI & NKRA backdrop pun kantoi inikan pula dalam bab-bab yang lebih utama dan penting dari itu.

Ia seumpama seorang jejaka tampan tegak berdiri dan kemudian ditunjukkan orang zip seluarnya tak dikenakan.

Maka terlihat besarnya kemaluan.


Awie Cuba Pertahankan Kehidupan Jahiliyahnya Hentam Bob Lokman

Posted: 29 Apr 2011 08:00 PM PDT

Bob usah hipokrit, riak'

KUALA LUMPUR: "Jangan hipokrit, jangan cari publisiti murahan dan jangan riak," kata penyanyi kumpulan Wings, Awie kepada pelakon dan pengacara, Bob Lokman yang kebelakangan ini dikatakan kerap 'menyerang' dunia hiburan selepas bersara daripada bidang itu.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 43, berkata jika Bob mahu mencari ilmu akhirat, tidak perlu dia mencari publisiti dengan usahanya itu kerana itu bukan perbuatan yang baik.

Awie turut menegur Bob yang nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 47, supaya memberikan tumpuan terhadap dunia baru yang beliau cari dan pada waktu sama tidak menyerang dunia hiburan yang beliau ceburi sebelum ini.

"Dia (Bob Lokman) pernah menjalani kehidupan dalam dunia hiburan ini untuk tempoh belasan tahun lamanya dan memperoleh pendapatan daripada dunia yang beliau kutuk ini.

"Apa yang saya hendak ingatkan Bob supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh memalukan diri sendiri, bak kata pepatah meludah ke langit terkena muka sendiri.

"Kita pernah sama-sama 'cari makan' dalam bidang sama, tetapi apabila rasa nak beralih arah kenapa pula dia nak kutuk bidang yang pernah digelumangi," katanya yang mendakwa mengenali Bob Lokman sejak 1985. -hm

Ulasan GB

Itu sajakah yang mampu dilkakukan oleh Awie di dalam serangannya kepada Bob Lokman?

Bob Lokman telah memperolehi hidayah Allah yang kemudian menyeru dan mengajak sekalian rakannya untuk tinggalkan dunia hedonistik tetapi Awie masih terbelenggu di dalam dunianya itu.

Bob Lokman melaksanakan kewajipannya sebagai umat Islam sesuai dengan bimbingan hidayah yang diperolehinya tetapi Awie pula cuba menjadi batu penghalang untuk kerja dakwah yang Bob lakukan.

Memang masing-masing pernah sama-sama cari makan melalui hiburan, cuma satu telah berjaya melepaskan dirinya dari gelombang syaitaniah sementara seorang lagi masih sayang untuk meninggalkannya.

Kenyataan bodoh Awie terletaknya di sini:

mahu mencari ilmu akhirat, tidak perlu dia mencari publisiti dengan usahanya itu kerana itu bukan perbuatan yang baik

Berdakwah bukan mencari publisiti. Di situ KEJAHILAN Awie yang ketara. Ia adalah tanggungjawab kolektif setiap Muslim dalam melaksanakan kewajipan itu. Ia adalah satu tuntutan di dalam agama sepertimana firmanullah:

"Dan hendaklah ada diantara kalian segolongan ummat (jemaah) yang menyeru kepada kebaikan, menyeru kepada yang Ma'ruf, dan mencegah kemungkaran, dan merekalah orang-orang yang beruntung." (Surah Ali-Imran, ayat 104)

Kemudian Awie berkata lagi:

"Kita pernah sama-sama 'cari makan' dalam bidang sama, tetapi apabila rasa nak beralih arah kenapa pula dia nak kutuk bidang yang pernah digelumangi,"

Kita perlu jujur dengan diri sendiri. Perbuatan salah yang dilakukan masa lampau perlu ditinggalkan malah perlu dikutuk. Kalau dahulu jahiliyah, maka perbuatan jahiliyah itu hendaklah ditinggalkan habis dan membenterasnya sepertimana yang Rasulullah tunjukkan kepada umat Islam teerdahulu. Peminum-peminum arak zaman Rasulullah apabila turunnya ayat mengenai pengharaman arak, terus membuang semua arak yang tersimpan di dalam tempayan-tempayan dan kemudian menyeru orang lain tidak meminumnya lagi.

Sekarang saya ingin bertanya kepada Awie dan sekalian penyokongnya, kamu-0kamu masih mahu meneruskan amalan jahiliyah yang kamu telah lalui selama ini dan kemudian menjadi penentang kepada golongan yang menyeru ke arah kebaikan dan melarang kejahatan?

Awie perlu diheret masuk ke kelas Fardhu Ain segera supaya belajar ugama Islam dengan lebih mendalam dan jangan bercakap ikut sedap rasa sehingga mengumpul lebih banyak dosa sedangkan pahala belum sebanyak mana.

Laksanakan Qazaf, Hapuskan Khurafat Sumpah Laknat

Posted: 29 Apr 2011 07:10 PM PDT

Ruang solat kecoh

KUALA LUMPUR: Ruang solat utama Masjid Amru Ibni Al-As, Bandar Baru Sentul, di sini, semalam kecoh dengan pelbagai gelagat individu yang dipercayai penyokong pembangkang bagi mengganggu majlis lafaz sumpah laknat Trio Datuk T.

Kekecohan berlaku beberapa minit selepas umat Islam selesai menunaikan solat Jumaat apabila tolak menolak dan jeritan qazaf serta takbir dilaungkan terutama selepas kehadiran beberapa pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ke masjid itu.

Keadaan semakin sesak apabila jemaah mengerumuni ruang solat kerana menyangka Trio Datuk T iaitu ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim sudah tiba untuk melafazkan sumpah laknat.

Ada di antara jemaah berebut naik ke tingkat satu masjid untuk melihat dengan jelas apa yang berlaku selain merakamkan video dengan telefon bimbit.

Disebabkan keadaan semakin tidak terkawal, Pengerusi Masjid, Abdul Razak Hussain naik ke mimbar dan merayu orang ramai segera mengosongkan ruang solat bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Keadaan kembali tenang dan ruang solat utama itu segera dikunci pengurusan masjid, tetapi di halaman masjid masih bising apabila sekumpulan lelaki berkumpul sambil memegang poster supaya qazaf dilaksanakan.

Trio Datuk T akhirnya tiba kira-kira jam 4 petang dan menyebabkan suasana kembali kecoh, malah ketika wakil media termasuk puluhan individu lain berkumpul di ruang solat untuk menunggu sumpah dilafazkan, ketegangan berlaku apabila ada pihak mempersoalkan polis yang menasihatkan semua orang supaya memberi lebih ruang.

Suasana tegang turut berlaku apabila ada wakil media menegur sikap individu di situ yang seolah-olah melambatkan majlis kerana mahu 'bertegang urat' dengan polis.

Eskay, Rahim dan Shuib memasuki ruang solat itu pada jam 4.20 petang dengan memakai baju kalis peluru di bahagian dalam baju Melayu masing-masing kemudian menunaikan solat sunat dua rakaat.

Ketika Eskay cuba membaca teks lafaz sumpah laknat itu, seorang lelaki tiba-tiba duduk di depan mereka dengan memberi nasihat bahawa kaedah itu tidak ada dalam hukum syarak, tetapi mereka boleh membuat pilihan meneruskannya.

Lelaki itu yang memperkenalkan diri sebagai penceramah bebas, Syamsul Firdaus berkata, tujuan dia memberi nasihat itu sebagai menunaikan tanggungjawab seperti disarankan Rasulullah s.a.w.

Eskay yang mengangguk faham kemudian meneruskan lafaz sumpah laknat sambil memegang naskhah al-Quran di hadapan Timbalan Imam Masjid Amru Ibni Al-As, Izhan Shahril.

"Wallahi; Wabillahi; Watallahi. Aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011 dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video itu.

"Sekiranya aku melakukan fitnah dalam kenyataan bersumpah ini maka Allah melaknat akan diriku,"
katanya.

Wartawan sempat bertanya kepada Rahim sama ada beliau turut mahu melakukan sumpah laknat namun segera menunjukkan kepada Shazryl dan berkata: "Dia (Eskay) bagi pihak (semua)." Rahim dilihat mahu menjawab beberapa lagi soalan daripada wartawan, tetapi segera dibawa keluar dari ruang masjid apabila keadaan kembali kecoh dan tolak menolak berlaku semula. -hm

Ulasan GB

Sepertimana yang dijangka, akhbar-akhbar media arus perdana pada hari ini memaparkan episod Sumpah Laknat yan berlaku semalam dengan cara yang begitu jijik dan cuba menggambarkan bahawa seolah-olah sumpah laknat itu adalah satu "upacara suci" yang dilakukan oleh Datuk T.

Walaupun telah dinyatakan oleh penceramah bebas Ustaz Syamsul Firdaus bahawa kaedah "sumpah laknat" yang hendak dilakukan oleh Datuk T itu tidak ada di dalam Islam, sekalipun beliau tidak dapat menghalang ketiga-tiga itu melakukannya.

Yang dikatakan ada yang membuat kecoh di dalam masjid sebenarnya mereka yang menuntut kaedah Islam iaitu "qazaf" dlaksanakan. Ia adalah prioriti utama di dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan tuduhan berzina tetapi pihak yang bertanggungjawab mengenainya tidak melaksanakannya sebaliknya bersekongkol dengan Datuk T untuk melakukan sumpah laknat yang bukan merupakan amalan ajaran Islam.

Lebih menganehkan kehadiran pihak polis dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dari awal hingga akhir yang menjelaskan kepada semua bahawa polis dan JAWI terlibat sama dengan upacara sumpah laknat tersebut.

Yang nyata sumpah laknat ketiga-tiga orang tersebut adalah khurafat yang perlu dibenteras yang didokong oleh pihak berkuasa untuk mempertahankan tuduhan UMNO ke atas Anwar.

Semalam juga GB telah menyatakan di dalam ulasan GB bahawa:

AMARAN: Sesiapa juga yang merestui dan membantu proses sumpah laknat yang dilakukan oleh manusia yang bernama Shazryl Eskay Abdullah akan terkena laknatullah juga.

Termasuklah UMNO sebagai parti yang mendokong perbuatan fitnah ketiga-tiga Datuk T tersebut, pihak polis, Pengarah JAWI, blogger pencacai UMNO, pihak media cetak dan eletronik dan orang perseorangan.

Hancur dan binasalah kesemua mereka nanti. InsyaAllah. Orang beriman amat yakin mengenainya.

p/s * Dan sememangnya pun UMNO sedang menuju kebinasaan dan kehancuran. Laknatullah yang dilakukan Eskay yang direstui UMNO itu adalah sebenarnya proses perjalanan dan sebab-musabab kebinasaan / kehancuran UMNO. Wallahu 'alam.




Kes Adik Aminur-Rasyid: Ibu Gesa Najib Tunaikan Janji

Posted: 29 Apr 2011 06:00 PM PDT

Keluarga Aminulrasyid tuntut Najib tunai janji

PETALING JAYA, 29 April — Datuk Seri Najib Razak mesti memenuhi janji beliau tahun lalu bahawa satu siasatan terperinci akan dijalankan berhubung kematian Aminulrasyid Amzah, keluarga remaja itu menuntut hari ini.

Surendran dengan ditemani kakak Allahyarham Aminulrasyid, Nor Azura (kiri) menunjukkan surat yang akan dihantar kepada Perdana Menteri, hari ini. — Foto oleh Jack Ooi

Norsian Mohamad, ibu kepada Aminulrasyid berkata, beliau percaya ada usaha mahu menutup kes itu di pihak polis dan menggesa kesemua anggota polis termasuk Datuk Khalid Abu Bakar yang baru-baru ini dilantik sebagai timbalan ketua polis negara disiasat.

Khalid, kata beliau, pernah membuat kenyataan bersifat fitnah mengenai Aminulrasyid, menggambarkan Allahyarham sebagai seorang penjenayah dan tidak menarik balik kenyataannya.

"Perdana menteri telah menjanjikan kepada kami bahawa keadilan akan dipertahankan tetapi janji itu tidak ditunaikan lagi.

"Setahun sudah berlalu tetapi polis dan juga Kementerian Dalam Negeri tidak mengambil tanggungjawab berhubung kenyataan fitnah ataupun menarik balik apa yang mereka katakan," kata beliau lagi.

Oleh itu kata Norsiah, dia membuat laporan polis hari ini.

Laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

"Say mahu kesemua anggota polis yang terlibat termasuk timbalan ketua polis disiasat kerana cuba menutup kes ini.

"Kami telah menunggu selama setahun dan tidak apa yang berlaku, hanya seorang sahaja dicaj," katanya lagi.

"Najib tidak memenuhi janjinya. Ada bukti menekan bukti dalam kes ini dan juga soal fitnah, tetapi tiada apa-apa pun dilakukan,"
kata peguam keluarga Aminulrasyid N. Surendran.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar yang turut hadir berkata, beliau akan cuba dapatkan temu janji dengan Najib untuk menyelesaikan perkara itu dalam waktu terdekat.

"Polis harus menarik balik kenyataan mereka, kerana ia adalah fitnah, dan mereka yang bertanggungjawab perlu dibawa ke muka pengadilan," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai. -TMI


Ibu Aminulrasyid cuba 'bersihkan' nama anaknya

Setahun sudah berlalu sejak kematian remaja 14 tahun Aminulrasyid Amzah, tetapi kenangan silam dan beberapa dakwaan yang dilemparkan kepadanya masih belum ditarik balik.

"Anak lelaki saya ditembak mati dan polis memfitnahnya dan keluarga saya bagi menutup jenayah yang dilakukan mereka itu," kata ibu Aminulrasyid, Norsiah Mohamad (kanan).

Antara mereka, dakwa ibu yang merintih itu adalah bekas ketua polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang melabelkan Aminulrasyid sebagai seorang "penjenayah".

Dalam laporan polisnya hari ini, Norsiah menuntut Khalid, yang baru-baru ini dinaikkan pangkat sebagai timbalan ketua polis negara menarik balik kenyataannya itu.

"Pada hari tersebut, malah sebulum jenazah anak saya dituntut, Khalid mengeluarkan kenyataan bahawa anak saya dan rakannya, Azamudin Omar, cuba merempuh kenderaan polis dan mereja menjumpai sebilah parang dalam kereta keluarga kami.

"Kenyataan itu dibuat dengan niat jahat dan cuba memaparkan Aminulrasyid sebagai seorang penjenayah bagi menutup kesalahan yang dilakukan oleh polis," katanya.

Norsiah berkata, beliau turut menuntut janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya penjenayah sebenar, diheret ke muka pengadilan.

Aminulrasyid di tembak mati selepas dikejar oleh polis berhampiran rumahnya di Shah Alam pada awal pagi, 26 April tahun lalu.

Sehingga sekarang, hanya Korporal Jenain Subi (kiri) adalah anggota polis yang didakwa dan akan dibicarakan atas pertuduhan membunuh tanpa niat. Pada kejadian itu, 21 das tembakan dilepaskan ke atas Aminulrasyid.

Jika didapati bersalah Jenain menghadapi hukuman penjara 30 tahun dan juga didenda. -mk



Keluarga Aminulrasyid tuntut polis bersihkan nama

Ibunya Norsiah Muhammad membuat laporan di IPD Petaling Jaya tuntut bersihkan nama Aminulrasyid dari tuduhan 'penjenayah'.

PETALING JAYA: Ibu remaja mati ditembak polis tahun lalu Aminulrasyid Amzah, 15, hari ini membuat laporan polis menuntut agar namanya dibersihkan daripada tuduhan 'penjenayah'.

Ibunya Norsiah Muhammad, 61, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya disini kira-kira 10.30 pagi tadi.

Selain keluarga, turut menemaninya peguam N Surendran dan Latheefa Koya, serta Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Norsiah dalam laporannya berkata anak bongsunya itu masih tidak mendapat pembelaan sewajarnya apabila pihak polis masih enggan memohon maaf secara terbuka kepada keluarganya kerana menganggap arwah Aminulrasyid itu sebagai penjenayah.

Dalam beberapa kenyataan polis tahun lalu, Aminulrasyid dianggap sedemikian apabila mendakwa kereta Proton Iswara putih yang dipandunya cuba merempuh kereta polis peronda, begitu juga dengan penemuan parang di bawah tempat duduk penumpang hadapan.

Kenyataan palsu

"Kenyataan palsu itu dibuat oleh bekas Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar yang kini dilantik menjadi Timbalan Ketua Polis Negara dan mereka sehingga sekarang tidak tarik balik fitnah dan tidak buat siasatan sepenuhnya tentang kejadian sebenar.

"Saya mahu mereka semua ini disiasat kerana seperti cuba menyembunyikan hal sebenar," katanya kepada pemberita selepas selesai
membuat laporan.

Selain itu, Norsiah turut menuntut janji yang diberikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui sepucuk surat yang dihantar Najib kepada keluarganya pada 7 Mei tahun lalu.

Dalam surat tersebut yang ditandatangani Najib sendiri menyebut 'pihaknya telah mengarahkan siasatan dijalankan dengan adil, telus dan secepat mungkin agar keadilan yang dituntut oleh semua pihak dapat dicapai'.

"Setahun sudah berlalu, jangan kata Najib tapi Menteri Keselamatan Dalam Negeri pun tidak pernah membuat kenyataan maaf atau menarik balik ftnah itu.


"Saya redha dengan pemergiannya tetapi kalau ia terjadi kepada keluarga anda sendiri bagaimana," soal Norsiah dalam nada sebak.

Pertemuan dengan Najib

Sementara itu, Nurul Izzah berkata pihaknya akan cuba mengatur satu pertemuan antara keluarga Aminulrasyid dengan Najib untuk mengetengahkan hal ini secepat mungkin.

Aminulrasyid mati ditembak polis pada 26 April tahun lalu dalam satu insiden kejar mengejar antara kereta yang dipandunya dan penumpang yang juga rakannya Mohd Azamuddin Omar dengan pasukan polis peronda.

Disebabkan itu, seorang anggota polis berpangkat Koperal Jenain Subi didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid antara pukul 1.10 dan 2 pagi, 26 April tahun lalu di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini.

Mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan, Jenain boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Perbicaraan masih berlangsung sehingga sekarang dengan giliran pasukan pembelaan setelah mahkamah mendapati wujudnya 'prima facie' dalam kes ini. -FMT

[Bergambar] Amerika Serang Libya, Tiba-tiba Puting Beliung Serang Amerika, 224 Terkorban

Posted: 29 Apr 2011 03:20 PM PDT

Tuscaloosa: Sekurang-kurangnya 224 penduduk di tujuh negeri Amerika Syarikat terbunuh semalam berpunca daripada serangan puting beliung dan ribut yang memusnahkan kawasan perumahan, menyebabkan kereta bergolek, menumbang pokok dan memutuskan bekalan elektrik.

Bencana itu dikatakan yang terburuk dalam tempoh hampir empat dekad di Amerika dengan Alabama negeri paling teruk apabila 131 penduduknya maut dan mengalami kemusnahan besar hartanah, kata Gabenor Robert Bentley.

"Kami menjangka, angka korban itu akan meningkat," kata Bentley dalam sidang akhbar dengan Craig Fugate, Pentadbir Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA).

Berdasarkan laporan awal, 32 lagi maut di Mississippi, 30 di Tennessee, 11 di Arkansas, 10 di Georgia, lapan di Virginia dan dua lagi di Louisiana.

Lebih 100 puting beliung selain ribut membawa kemusnahan besar dari sebelah barat ke timur dalam masa beberapa hari.

Loji nuklear Browns Ferry di Alabama dijangka ditutup selama beberapa minggu bagi membolehkan pekerja memperbaiki talian transmisi ketika sejuta orang di negeri itu terputus bekalan elektrik.
Fugate pula berkata, masih terlalu awal bagi agensinya memberi angka kematian keseluruhan kerana pihak berkuasa masih menjalankan misi mencari dan menyelamat.

Kemusnahan paling teruk berlaku di Alabama kelmarin apabila puting beliung selebar 1.6 kilometer melanda Tuscaloosa, lokasi Universiti Alabama menyebabkan 15 orang terbunuh, beberapa daripada mangsa adalah pelajar.

"Ia kedengaran seperti bunyi gergaji. Anda boleh dengar bunyi pelanggaran. Hanya tinggal pakaian dan peralatan berat. Sukar dipercayai," kata pelajar, Steve Niven, 24.

Presiden Amerika, Barack Obama mengisytiharkan perintah darurat bagi negeri itu selain penghantaran bantuan kerajaan persekutuan.

Puting beliung perkara biasa bagi penduduk di selatan dan Midwest tetapi jarang sekali membawa kemusnahan besar.

Kedai, pasar raya, stesen minyak dan kedai cucu baju musnah di satu kawasan di Tuscaloosa yang mempunyai 95,000 penduduk.

Puting beliung paling banyak mengorbankan nyawa di Amerika ialah pada April 1974 apabila 300 orang maut, menurut Pusat Ramalan Ribut Kebangsaan di Oklahoma. – Reuters







Pengarah JAWI Pun Ada Saham Dalam Sumpah "Laknatullah"

Posted: 29 Apr 2011 08:15 AM PDT

Sumpah laknat: AMK persoal kehadiran Jawi

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin mempersoal kehadiran Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali (gambar) pada majlis sumpah laknat Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini.

Bercakap kepada media di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul hari ini, beliau berkata jabatan agama itu sepatutnya menghalang dan bukan merestui perbuatan itu.

Apatah lagi ujarnya, menurut undang-undang Islam, kes berkaitan fitnah jatuh dibawah hukum Qazaf dan ianya telahpun difailkan di Jawi.

"Saya hairan kenapa ada pengarah Jawi, kenapa beliau ada di sini. Kita sudah failkan kes ini di Jawi.

"Adakah beliau cuba membuat satu undang-undang baru dalam konteks syariah Islam yang telah jelas diperincikan dalam undang-undang," katanya.

Terdahulu majlis sumpah laknat Eskay yang dijadualkan berlangsung di sini hari ini bertukar kecoh dan terpaksa dibatalkan.

Ahli perniagaan itu juga tidak hadir ke masjid tersebut untuk majlis itu seperti yang didakwa sebelum ini.

Bagaimanapun, dalam kekecohan itu AMK mendakwa ternampak pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali berada di sebelah mimbar.

Che Mat kemudian kelihatan keluar melalui pintu di belakang mimbar.

"Saya hairan kenapa Jawi bersedia menjadi alat kepada pemerintah Umno dan Barisan Nasional untuk bersekongkol pada saya dalam perkara taghut, yang boleh merosakkan masyarakat," kata Shamsul lagi.

Pada masa sama, beliau turut melahirkan rasa kesal terhadap pihak yang melakukan provokasi sehingga mencetuskan kekecohan dalam rumah Allah itu.

"Kita bukan bercadang mengganggu sebarang program, tetapi untuk beri penegasan, beritahu kepada mereka yang hadir, ini tidak boleh berlaku dalam Islam," tegasnya. -HD

Ulasan GB

AMARAN: Sesiapa juga yang merestui dan membantu proses sumpah laknat yang dilakukan oleh manusia yang bernama Shazryl Eskay Abdullah akan terkena laknatullah juga.

Termasuklah UMNO sebagai parti yang mendokong perbuatan fitnah ketiga-tiga Datuk T tersebut, pihak polis, Pengarah JAWI, blogger pencacai UMNO, pihak media cetak dan eletronik dan orang perseorangan.

Hancur dan binasalah kesemua mereka nanti. InsyaAllah. Orang beriman amat yakin mengenainya.

p/s * Dan sememangnya pun UMNO sedang menuju kebinasaan dan kehancuran. Laknatullah yang dilakukan Eskay yang direstui UMNO itu adalah sebenarnya proses perjalanan dan sebab-musabab kebinasaan / kehancuran UMNO. Wallahu 'alam.

[Video] Eskay Ditegur Pegang Quran Terbalik, Trio Pakai Baju Kalis Peluru

Posted: 29 Apr 2011 06:34 AM PDT

Eskay buat sumpah laknat dengan pakaian kalis peluru

KUALA LUMPUR, 29 April — Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat berhubung isu video seks — di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul sekitar 4 petang ini — selepas dibatalkan dua jam sebelum itu ekoran kekecohan.

Shazryl Eskay Abdullah (tengah) melakukan sumpah laknat berhubung isu video seks dengan ditemani Abdul Rahim Thamby Chik dan Shuib Lazim (kanan). — Foto oleh Choo Choy May

"Datuk T" itu menyempurnakan niatnya dengan mengenakan baju kalis peluru kira-kira 4.15 petang.

Turut hadir dua lagi "Datuk T", bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Dua rakannya itu juga memakai baju kalis peluru, dipercayai bimbang diserang ekoran kekecohan selepas solat Jumaat tadi.

Sebaik sahaja berada dalam ruang solat, ketiga-tiga "Datuk T" menunaikan solat sunat sebelum melakukan sumpah laknat.

Mereka yang turut memakai baju kalis peluru, dipercayai bimbang diserang penyokong Pakatan Rakyat yang turut berada dalam upacara itu tiba di Masjid Amru al-As pada pukul 4.10 petang sebelum meninggalkan masjid kira-kira 4.25 petang, sebaik sahaja upacara itu selesai.

Kesemua mereka bagaimanapun tidak memberikan komen ekoran nasihat polis yang meminta mereka beredar.

Sumpah yang dibacakan Shazryl berbunyi:

"A'uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillahirahma nirrahim (diucap tiga kali), Wallahi, Wabillahi, Watallah. Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: 'A'uzubillahi minal syaitanirrajim, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut'."

"Sekiranya aku berlaku fitnah maka Allah akan melaknat akanku," kata Shazryl ketika melafazkan sumpah laknat itu dengan memegang al-Quran.
Bagaimanapun proses tersebut sedikit terganggung dengan kehadiran seorang individu dipercayai penyokong Pakatan Rakyat yang menyamar sebagai imam masjid.

Individu itu meminta agar Shazryl tidak melakukan sumpah laknat itu.

"Proses angkat sumpah ini tiada dalam syariat Islam, apa yang ada proses sumpah yang membabitkan pasangan suami isteri sahaja.

"Jadi proses ini tidak ada dalam syariat Islam, jadi anda pilihlah," kata individu itu sebelum diminta agar beredar oleh polis.

Sebaik sahaja proses itu selesai, ketiga-tiga "Datuk T" itu bergegas meninggalkan Masjid Amru al-As dengan dikejar penyokong Pakatan Rakyat yang mengecam tindakan itu.

"Tolak, tolak, tolak fitnah... ia satu fitnah... ia fitnah... kenapa tidak dikenakan tindakan qazaf? Kenapa dibenarkan mereka melakukan sumpah laknat?

"Kenapa Jawi (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) dan polis membenarkan perkara ini berlaku? Mengapa melindung orang yang buat fitnah," kata penyokong Pakatan Rakyat itu dipercayaai ahli PKR.

Bagaimanapun, mereka kemudiannya dibawa keluar dari ruang solat masjid itu oleh anggota polis.

Turut hadir menyaksikan upacara itu Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin, timbalannya Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan naib ketua Azmizam Zaman Huri.

Sepanjang proses itu berjalan, polis mengawal ketat keselamatan kerana dikhuatiri bimbang insiden yang tidak diingini.

Terdahulu, Masjid Amru al-As yang dipilih Shazryl untuk melakukan sumpah laknat, bertukar menjadi kecoh ekoran tindakan sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat membantah tindakan "Datuk T" itu.

Sejurus selepas solat Jumaat, mereka melaungkan takbir dan mendesak Jawi mengambil tindakan qazaf terhadap "Datuk T" sebelum membenarkan sumpah laknat dilakukan.

Bagaimanapun ketika protes itu, dipercayai dilakukan oleh berpuluh-puluh orang, Shazryl tidak berada di masjid tersebut. -TMI




Ulasan GB

Mengikut Ustadz yang memberikan tazkirah sebelum upacara sumpah laknat oleh Eskay:

1) Eskay ditegur kerana pegang Al-Quran terbalik.
2) Sumpah untuk menuduh orang lain berzina, tidak ada dalam hukum syarak Islam, tetapi jika nak juga bersumpah maka ia pilihan sendiri
3) Orang yang menuduh orang lain berzina (tanpa mendatangkan saksi) hendaklah disebat sebanyak 80 sebatan, kesaksian tidak diterima selama-lamanya dan jadilah penuduh orang yang fasik.

Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik." (Surah an-Nur:4)

Terus terang GB katakan juga di sini, dengan melihat dan mendengar lafaz Eskay itu, kita boleh meragui samada beliau mengucap syahadah dengan betul, belum lagi jika disuruh membaca Al-Quran yang beliau pegang dan cium itu.

Dan kaedah sumpah yang dilakukan (memmegang Al-Quran) bukan di dalam peraturan syarak.

Persoalan kini juga, siapa bekalkan baju kalis peluru kepada 3 orang Datuk T ini jika bukan pihak polis?

Dan dari video itu juga dapat disaksikan para polis seperti menjadi orang suruhan kepada ketiga-tiga orang Datuk T ini.

Itulah tahap dan darjat PDRM yang ada kini!

Video Seks: Polis Terlibat Bersekongkol Dengan Datuk T

Posted: 29 Apr 2011 04:20 AM PDT

Video seks: Polis sekongkol dengan BN, dakwa PKR

PKR mendakwa polis bersekongkol dengan BN berhubung sebuah video seks yang didakwa membabitkan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan aksi seks dengan seorang pelacur.

Pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, pemimpin parti itu mendakwa polis bertanggungjawab menuduh Anwar sebagai pelaku dalam video seks berkenaan.

Naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata beliau mendapat aduan seorang pegawai polis yang dikenali sebagai SAC1 Isa Abdul Rahman dari Bukit Aman telah memberi ceramah kepada guru-guru di beberapa sekolah di Kelantan sejak beberapa bulan lalu dan mencemarkan nama baik bapanya itu.

"Saya diberitahu pegawai dari Bukit Aman itu memberitahu guru-guru di Kelantan bahawa Anwar adalah ancaman kepada keselamatan negara dan pelaku video itu adalah Anwar.

Kita mengecam perbuatan ini dilakukan sendiri oleh pegawai tertinggi Bukit Aman," katanya.

Rakan naib presiden PKR Tian Chua juga senada menuduh polis "menari mengikut rentak parti pemerintah".

Katanya, beliau secara peribadi juga mendapat aduan bahawa pekerja parti berbangsa Melayu PKR telah diberikan 'nasihat mesra' daripada polis.

"Pekerja pilihan raya kami telah dipanggil dan diberi ceramah oleh polis yang berkata Anwar adalah lelaki di dalam video itu dan mereka mempunyai maklumat dalaman.

"Ini bukan kes terpencil. Ramai ahli kami yang berbangsa Melayu dijadikan sasaran untuk diberikan 'nasihat' bahawa Anwar adalah pelakunya. Kata-kata seumpama itu telah banyak dialami oleh ahli PKR," katanya.

Sementara itu, TV Selangor melaporkan gambar Anwar yang dirakam pada 22 Febuari lalu, jelas membuktikan beliau bukan pelaku dalam video lucah Datuk T yang diambil sehari sebelumnya.

Ketika membandingkan dua gambar itu pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, rambut individu dalam klip video berkenaan lebih nipis jika dibandingkan dengan rambut Anwar yang lebih tebal.

Gambar yang dicetak dari laman web TV Selangor itu menunjukkan rambut ketua pembangkang lebih tebal ketika hadir ke perbicaraannya pada 22 Februari di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

"Saya tidak tahu kalau rambut Datuk Seri Anwar tumbuh dengan cepat," katanya.

Perbezaan dalam dua gambar itu mengukuhkan pendirian kepimpinan parti yang konsisten menyatakan bahawa Anwar difitnah oleh gadingan Datuk T dan juak-juak Umno untuk mendapat sokongan pengundi Melayu.

Datuk T merangkumi ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa Shuib Lazim.

Mereka menayangkan video itu pada 21 Mac kepada wartawan dan ahli politik terpilih, dengan mendakwa Anwar adalah pelaku dalamnya.

Gandingan itu kemudian mengugut untuk menyebarkan video itu jika Anwar dan isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail tidak berundur dari politik.

Anwar membuat laporan polis terhadap Datuk T manakala Angkatan Muda Keadilan membuat pertuduhan qazaf terhadap tiga individu itu yang mempunyai kaitan dengan Umno.

Nik Nazmi berkata penyebaran video itu menerusi Internet dan risalah berbentuk lucah adalah cubaan terdesak Umno-BN yang cuba menjatuhkan maruah Anwar dan keluarganya. -mk

Ulasan GB


Berdasarkan bagaimana majlis sumpah laknat diadakan di Masjid Amru Ibni Al As, Bandar Baru Sentul petang tadi, jelas sangat bahawa polis turut terlibat bersekongkol dengan Datuk T menuduh pelaku di dalam video itu Adalah Anwar.

Ketiga-tiga Datuk T diberi penghormatan luarbiasa oleh polis di mana mereka memberikan kawalan keselamatan semasa ketiga-tiga Datuk T datang dan balik.

Perencanaan ini telah dirancang bersama mereka.

Kita tunggu episod selanjutnya.

Si Pendusta Eskay Bersumpah Akhirnya, Polis Terlibat Sama? [updated]

Posted: 29 Apr 2011 02:30 AM PDT

Trio Datuk T buat sumpah laknat isu rakaman video di Bandar Baru Sentul

KUALA LUMPUR: Trio Daruk T iaitu Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim hadir di Masjid Amru Ibni Al As, Bandar Baru Sentul bagi melakukan sumpah laknat berhubung isu rakaman video seks yang didakwa membabitkan individu mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan seorang wanita dipercayai warga asing.

Majlis itu dibuat bermula kira-kira jam 4.15 petang tadi dan tamat jam 4.25 petang.

Shazryl buat sumpah laknat bagi pihak dua yang lain -BH


TERKINI:: Shazryl Eskay Bersumpah Bahawa Pelaku Video Adalah Anwar

KUALA LUMPUR: Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang merupakan salah seorang trio 'Datuk T' bersumpah laknat bahawa pelaku dalam video seks melibatkan pemimpin pembangkang adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau melafazkan sumpah laknat berkenaan di hadapan media bersaksikan pembantu imam Masjid Amru Al-Asr Bandar Baru Sentul kira-kira pukul 4.15 petang Jumaat.

Shazryl Eskay memulakan upacara dengan mengucap dua kalimah syahadah.

"Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut:

"Wallahi wabillahi watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang telah dirakamkan pada 21 Februari 2011.

"Dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah dalam kenyataan bersumpah ini, maka Allah akan melaknat akan diriku" katanya.

Hadir sama ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim.

Ketiga-tiga trio 'Datuk T' berkenaan adalah individu yang bertanggungjawab terhadap pendedahan video seks yang didakwa miripAnwar yang juga Ketua Pembangkang.-mstar



Eskay akhirnya muncul lakukan sumpah laknat

Datuk Shazryl Eskay Abdullah - seorang anggota trio Datuk T - muncul di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul kira-kira jam 4.15 petang tadi untuk melakukan sumpah laknat.

Beliau tiba bersama dua lagi anggota tiro Datuk T - bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

Kumpulan trio 'Datuk T' bertanggungjawab menayangkan video seks tersebut kepada sekumpulan wartawan sebelum ini, yang memapar seorang lelaki yang didakwa mirip ketua pembangkang yang juga ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semalam, Eskay memberitahu media yang beliau akan melakukan sumpah laknat di masjid tersebut selepas solat Jumaat hari ini.

Bagaimanapun, penyokong Angkatan Muda Keadilan (AMK) bersama ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin berkumpul di masjid itu selepas solat tadi sambil bertakbir dan melaungkan "kami mahu qazaf, bukan sumpah".

Mereka juga turut melakukan solat hajat dan berdoa supaya mereka yang membuat fitnah terhadap Anwar.

Selepas masuk melalui pintu belakang masjid, Eskay mengerjakan solat sunat sebelum melakukan sumpah laknat yang berbunyi.

"Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Aku bersumpah aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video itu dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video itu. Sekiranya aku memfitnah, Allah akan melaknat akan ku."

Sebelum itu, seorang ustaz dipercayai penyokong PKR, menasihatkan Eskay supaya jangan melakukan sumpah laknat tersebut.

Lepas Eskay melakukan sumpah laknat itu, berlaku kekecohan apabila beberapa penyokong AMK melaungkan "tolak, tolak, tolak fitnah".

Bagaimanapun, mereka kemudiannya dibawa keluar dari ruang solat masjid itu oleh anggota polis.

Sewaktu Eskay melakukan sumpah laknat, pintu utama masjid dan pintu ruang solat telah ditutup.

Selepas selesai melakukan sumpah tersebut, Eskay, Rahim dan Shuib beredar dengan kawalan ketat pihak polis, juga melalui pintu belakang masjid. -mk



Ulasan GB

Oh rupanya dengan escort polis. Benarlah seperti telahan dari banyak pihak bahawa Polis terlibat sebenarnya bersekongkol dengan mereka.

Solat kamu pun entah dimana,
lantak kamulah nak sumpah macamana pun.
Sebab 1dunia sudah tahu kamu-kamu bertiga penipu.

Termasuk media-media arus perdana yang memberi sokongan kuat Datuk T ini.

Kita cabar media arus perdana, Utusan, Berita Harian, Mstar dan lain lain siarkan gambar Anwar yang dirakam secara dekat ini untuk penilaian rakyat. Ada berani?



Tiada ulasan: