Selasa, 26 April 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


10 Jari Manusia Dikerat Cantik Ditemui Di Tepi Landasan Stesen Kuang

Posted: 26 Apr 2011 12:55 AM PDT

Kuala Lumpur: Seorang pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang sedang memeriksa trek kereta api terkejut apabila menemui 10 jari manusia dalam sebuah beg plastik berhampiran Stesen Kuang, dekat sini hari ini.

Sharudin Manaf dilaporkan menemui jari-jari tersebut dalam sebuah beg plastik berwarna putih kira-kira pukul 10 pagi, kata Ketua Polis Daerah Gombak ACP Rahim Abdullah kepada Bernama, menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Turut ditemui dalam beg plastik itu ialah pita pelekat berwarna hijau, manakala sehelai baju berwarna hitam berbelang putih serta seluar panjang hitam ditemui berhampiran beg plastik tersebut, katanya.

"Cap jari itu akan dirujuk segera ke Sistem Cap Jari Automatik Malaysia (MAFIS) untuk mengenalpasti butir-butir mangsa," kata beliau.

Rahim berkata, perlakuan jenayah itu dipercayai dilakukan kurang dari tempoh 24 jam.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penemuan jari tersebut agar tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. - BERNAMA


Misteri 10 jari dikerat 'cantik'

GOMBAK - Kejam! Perbuatan penjenayah terhadap mangsanya semakin sukar dijangka dengan kes terbaru polis menemui 10 batang jari seorang lelaki yang dikerat 'cantik' dibuang atas landasan kereta api berhampiran Taman Sri Putra Emas, Kuang di sini semalam.

Kesemua jari yang dibungkus di dalam beg plastik berwarna putih itu ditemui pada pukul 9.55 pagi oleh pejalan kaki sebelum memaklumkannya kepada kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Difahamkan, jari tersebut telah dilemparkan dari atas Jambatan Jintan tepat ke atas landasan iaitu di Kilometer 363 dari Butterworth ke pekan Kuang.

Siasatan awal polis mendapati, kesemua jari berkulit gelap tersebut diikat menggunakan pita pelekat sebelum dikerat serentak.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, ketika itu pekerja KTMB terbabit hanya menyedari lima batang jari di dalam beg plastik tersebut.

Bagaimanapun katanya, selepas diperiksa, polis mendapati terdapat lima lagi jari yang disyaki dikerat dari dua belah tangan milik seorang lelaki.

"Kita turut menemui sehelai baju T berwarna hitam berbelang putih dengan kesan darah dan sehelai seluar slack," katanya ketika dihubungi di sini semalam. -kosmo



Pengajaran Untuk Si Perut Boroi Datuk T

Posted: 25 Apr 2011 11:30 PM PDT

Kuala Lumpur - Seorang ahli perniagaan terpaksa menerima hakikat mengalami kecacatan kekal pada bahagian perut apabila 30 suntikan kosmetik yang diambilnya untuk mengurangkan boroi akhirnya membawa padah.

Lelaki berusia 30-an itu tidak menyangka kesemua suntikan tersebut yang diambil dalam masa sejam bukan sahaja mengakibatkan kulit perutnya menjadi merah malah tidak selesa dan akhirnya bertukar menjadi parut kekal.

Segala-galanya bermula apabila mangsa diperkenalkan kepada ejen produk kecantikan tersebut menerusi seorang rakan pada tahun 2009. -kosmo



Perut bengkak cuba pelangsing

KUALA LUMPUR: Akibat termakan pujuk rayu seorang kenalan untuk meraih keuntungan dengan menjadi ejen produk pelangsingan badan, seorang lelaki yang yang mencuba produk itu terlebih dulu untuk melihat keberkesanannya menerima padah apabila terpaksa menanggung kesakitan lebih enam bulan

Tindakannya mencuba dulu cecair produk pelangsingan badan itu menyebabkan dia mengalami bengkak di perut dan menyakitkan setiap kali bergerak.

Lebih teruk lagi, bahagian yang bengkak itu mengeluarkan nanah serta cecair berbau busuk.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Chen, 30-an, berkata pada mulanya dia enggan menjadi ejen produk terbabit kerana kurang percaya akan memberi pulangan lumayan tetapi selepas dipujuk berkali-kali, dia mengambil keputusan mencuba produk bakal dijualnya itu bagi melihat kesannya. -hm


Ulasan GB

Kes perut boroi ini sensitif sedikit. Ia dikaitkan juga dengan si perut boroi di dalam video seks yang ditayangkan oleh Datuk T.

Jangan pula apabila mengetahui hal sebenar perut Anwar tidak boroi dan telah tahu kesilapan besar mereka, maka si perut boroi dalam video seks itu cepat-cepat mengambil pil pelansing untuk membuktikan perutnya tidak boroi apabila nanti dipanggil untuk kawad cam bagi menentukan siapa pelakon sebenar di dalam video berkenaan.

Sekali imbas macam kenal saja jantan berperut boroi itu. Jangan sampai nanti terburai tuala yang membalut perut boroinya itu.


Mohd Sabu Tawar Diri Sebagai Timbalan Presiden - Pandangan GB.

Posted: 25 Apr 2011 09:40 PM PDT

Mat Sabu tawar tanding jawatan timbalan presiden

Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu bersedia untuk memikul peranan sebagai timbalan presiden jika itu yang dihasratkan oleh ahli-ahlinya.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini, beliau yang mesra dikenali sebagai "Mat Sabu" berkata, sehingga kini pencalonan diterimanya bagi jawatan timbalan presiden PAS amat menggalakkan.

Beliau pernah mencuba nasib merebut jawatan nombor dua itu pada pemilihan 2009 tetapi tewas mengatasi Nasharudin Mat Isa.

Justeru, kata beliau, keputusan untuk bertanding bagi jawatan itu dibuat ekoran pencalonan memberangsangkan dari peringkat kawasan.

"Saya bersedia memberi khidmat bagi jawatan timbalan presiden... saya bersedia sekiranya diberi peluang pada pemilihan PAS Jun ini," kata bekas ahli Parlimen Kuala Kedah ini.

"Saya diberitahu telah menerima banyak pencalonan daripada kawasan untuk jawatan timbalan (presiden), tapi saya tidak tahu berapa banyak, yang saya sudah terima dan difahamkan saya terima pencalonan daripada PAS kawasan di Johor, Perak dan juga Selangor," katanya.

Beliau merupakan naib presiden ketika bertanding jawatan timbalan presiden dua tahun lalu.

Mohamad, 55, berkata beliau tidak pasti sekiranya akan ada pertandingan bagi jawatan nombor dua kali ini.

"Sama ada ada pertandingan atau tidak, saya tidak tahu. Tapi saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab itu kalau diterima perwakilan," katanya.

PAS akan mengadakan pemilihan parti itu pada Muktamar Tahunan ke-57 di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad di Taman Melewar, Gombak awal Jun ini.

Tarikh akhir bagi mengemukakan pencalonan adalah 15 Mei.

Sebelum ini, Mohamad berkata, beliau hanya akan bertanding bagi jawatan timbalan presiden PAS sekiranya mendapat sokongan dan pencalonan yang kuat di peringkat kawasan.

Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ini berkata, beliau menawarkan diri sekali lagi untuk bertanding kerana mahu membantu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegakkan keadilan Islam, khasnya di negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang sebelum ini disebut-sebut akan bertanding jawatan timbalan presiden telah mengumumkan tidak akan berbuat demikian.

Dua tahun lalu selain Mohamad, turut bertanding mencabar Nasharudin ialah Datuk Husam Musa, seorang lagi naib presiden ketika itu dan Exco Kerajaan Negeri. -TMI

Ulasan GB

Bagi GB, GB TIADA HALANGAN untuk Mohd Sabu bertanding jawatan Timbalan Presiden, sekalipun tidak pula menggalakkannya.

Beliau berhak menawar diri, apabila kita melihat PAS sebagai sebuah parti politik konvensyenal yang mengamalkan lunas demokrasi. Sesiapa pun boleh menawar diri dari bertanding untuk apa jawatan sekalipun.

Seorang pemimpin pemuda memberitahu GB bahawa kita perlukan Mohd Sabu untuk "menghidupkan" parti yang sudah lesu, kita perlukan Mohd Sabu untuk membawa parti ke jalanraya semula.

Mohd Sabu memang dikenali dengan kelantangan, keberanian dan kebolehannya sebagai "crowd puller". Himpunan BERSIH adalah sinonim dengan namanya.

Tetapi perlukah seseorang itu berjawatan tertinggi di dalam parti untuk tujuan berkenaan?

Kita perlu menyedari bahawa kepimpinan dalam Islam bukan sekadar mempengaruhi orang, tetapi pemimpin menurut Islam adalah pemandu umat dalam melaksanakan amanah ketuhanan, "devine trust" – memelihara agama dan menguruskan dunia. Kepimpinan dalam Islam merupakan Tanggungjawab dan Amanah, bukannya suatu "tasrif" (kebesaran/kebanggaan).

Jawatan Timbalan Presiden bukan calang-calang jawatan di dalam parti. Maknanya di sini, Timbalan Presiden akan mengambil alih jawatan Presiden apabila Presiden itu tiada lagi samada uzur, meletak jawatan, menjadi Mursyidul Am, meninggal dunia dan lain-lain. Dua pemegang jawatan tertinggi parti adalah juga "tempat rujuk" bagi umat Islam, apabila melihat parti Islam juga sebagai sebuah jemaah Islam, bukan sekadar sebuah parti politik.

Oleh kerana ia bakal menjadi tempat rujuk, untuk dua jawatan tertinggi di dalam parti itu sebaik-baiknya diisi oleh mereka yang setidak-tidaknya mempunyai ijazah sarjana, bukan sekadar seorang pemegang diploma. Tetapi bukan pula haram bagi pemegang diploma menawarkan diri untuk jawatan tersebut.

PAS kini perlukan pemimpin yang bukan saja pandai berpidato dan pandai mengarah, tetapi pandai bekerja. Pandai bekerja dalam ertikata berkeahlian di dalam merancang, mentadbir, mengurus, menyelia dan mengawal di dalam konteks dunia pengurusan moden, disamping pada masa yang sama mampu menjadi "imam" kepada ummah yang pada dirinya ada ciri yang mencontohi Rasulullah yang bergelar "uswatun-hasanah". Mesti berilmu. Wajib ada pada dirinya juga ciri-ciri siddiq, tabligh, amanah dan fatanah.

Sabda Rasulullah SAW ketika beliau menyampaikan hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah:

"Sesungguhnya kalian nanti akan sangat bercita-cita menjadi pemimpin, padahal kelak di hari kiamat ia akan menjadi penyesalan." (HR. Al-Bukhari).

Daripada Abdul Rahman Ibn Samurah, katanya: "Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku: "Wahai Abd Rahman Ibn Samurah janganlah engkau memohon sesuatu jawatan pemimpin (kepimpinan). Sesungguhnya jika diberikannya (jawatan pemimpin) dengan permintaan engkau (disebabkan cita-citamu), maka engkau akan diserahkannya tanpa ditolong (menanggung seluruh bebannya). Tetapi jika engkau diberika kepimpinan tanpa meminta (ditugaskan tanpa cita-citamu), maka engkau akan ditolong (untuk mengatasinya)." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Walau apapun, selamat maju jaya kepada Mohd Sabu yang TELAH BERSETUJU menawarkan dirinya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden.

p/s Jika Mohd Sabu nak menang, pastikan beliau tahu menggunakan facebook, twitter, blog secara sendirian (buakn mengupah orang mengendalikannya) kerana itu KEMESTIAN buat seorang pemimpin di zaman ini. Jika di zaman Rasulullah seseorang perlu tahu berperang menggunakan kuda, pedang dan panah, namun senjata-senjata itu kini adalah berupa facebook, twitter dan blog. Bukankah jenderal Islam yang akan memimpin jemaah Islam ke medan perang nanti perlu berperwatakan seperti Rasulullah dan para khalifah yang juga seorang Jenderal yang tahu menggunakan peralatan peperangan?


Isu Poco-poco Tidak Haram - Majlis Fatwa Atau Media Yang Menipu Umat Islam?

Posted: 25 Apr 2011 07:35 PM PDT

Harussani: Poco-poco tak dibincang, saya terkejut pendirian Majlis Fatwa

Tan Sri Harussani Zakaria mempertikaikan laporan media minggu lalu bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan sudah memutuskan untuk membenarkan umat Islam menyertai tarian poco-poco di negeri-negeri lain kecuali Perak yang sudah pun membuat fatwa mengharamkannya.

Justeru, tegas Mufti Perak ini, isu tarian poco-poco tidak pernah dibincang pada muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang berakhir Jumaat lalu.

Kata Harussani, beliau hanya memberi penerangan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung pengharaman tarian poco-poco di Perak dan tiada keputusan rasmi dibuat ketika itu.

"Dalam mesyuarat kita tidak bincangkan langsung pasal tarian poco-poco, apa yang berlaku saya hanya memberikan penerangan kenapa ia diharamkan . . . kita tidak bincangkan secara umum isu ini.

"Sebab itu saya terkejut apabila dalam akhbar kata Majlis Fatwa Kebangsaan benarkan tarian poco-poco di negeri lain, kita tidak bincangkan pun perkara ini . . . jadi bagaimana boleh kata macam itu," katanya.

Harussani juga berkata, beliau sudah mendapatkan penjelasan daripada Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin dan dimaklumkan media telah salah faham.

"Saya percaya Abdul Shukor tidak bermaksud seperti itu, tapi media tidak faham dan macam nak hentam saya,"
katanya kepada The Malaysian Insider.

Kata Harussani, Abdul Shukor hanya mengatakan mana-mana tarian yang diamalkan tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Abdul Shukor hanya kata mana-mana tarian kena ikut garis panduan yang ditetapkan pada 2007 termasuk etika berpakaian, tiada lelaki dan perempuan, tahyul dan khurafat yang boleh jejaskan akidah.

"Dan, Abdul Shukor juga kata mufti-mufti boleh ikut garis panduan itu dan mana-mana tarian yang menjurus kepada pemujaan adalah haram... macam tarian poco-poco ia sudah jelas haram," katanya.

Di akhir mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan Jumaat lalu, Abdul Shukor berkata, umat Islam boleh mengamalkan tarian atau senaman itu selagi mematuhi panduan termasuk etika berpakaian, tiada pergaulan bebas, mistik, ritual, kebatinan, tahyul dan khurafat yang boleh jejaskan akidah.

Kata beliau, umat Islam dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan merujuk kepada garis panduan dikeluarkan badan itu sejak 2007, yang antara lain tidak melakukan ritual ibadat bukan Islam, menjaga pergaulan lelaki dan perempuan serta pakaian yang sesuai.

Bagaimanapun, tambah Abdul Shukor, jawatankuasa itu menghormati keputusan Perak mengharamkan poco-poco di negeri itu sejak Januari lalu.

Justeru kata Harussani, hasil kajian Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak selain merujuk kepada garis panduan yang ditetap telah memutuskan tarian poco-poco adalah haram dan tidak boleh diamalkan di negeri itu.

Selain itu, tegas beliau pengharaman tarian poco-poco tidak akan ditarik balik walaupun dipertikaikan banyak pihak termasuk sesetengah tokoh pemimpin agama.

"Tarian poco-poco adalah haram, macam mana kita nak tarik benda yang sudah haram . . . lagipun kita sudah fatwakan pengharaman tarian poco-poco di Perak.

"Benda haram kita tidak boleh nak ubah walaupun ia hanya untuk senaman. Kita dah buat kajian dan telah mengikut garis panduan, sebab itu kita putuskan tarian poco-poco haram, yang haram kita tidak akan tarik balik," tegas beliau.

Pada 6 April lalu, Harussani memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau tidak akan menarik balik keputusan mengharamkan tarian poco-poco, sebaliknya bersedia untuk memberi penjelasan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan.

Beliau berkata Jawatankuasa Fatwa negeri itu membuat keputusan mengharamkan tarian poco-poco selepas membuat kajian dan penelitian mendalam. -TMI


Joget poco poco tak haram..

Majlis Fatwa Kebangsaan tak halang poco-poco

Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan untuk tidak menghalang tarian poco-poco di kalangan umat Islam selagi ia tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan, kata pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin.

Sehubungan itu masyarakat Islam dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan merujuk kepada garis panduan yang dikeluarkan badan itu sejak 2007 yang antara lain tidak melakukan ritual ibadat bukan Islam, menjaga pergaulan lelaki dan perempuan serta pakaian yang sesuai.

"Sekiranya tidak melanggar (peraturan ) maka tiada halangan. Malah kalau ia mendatangkan kebaikan kepada kesihatan, maka kita rasa tiada halangan kepada perkara itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan di Sepang hari ini.

Bagaimanapun katanya, Majlis Fatwa Kebangsaan tetap menghormati keputusan Majlis Fatwa Perak untuk mengharamkan tarian itu seperti diumumkan muftinya Tan Sri Harussani Zakaria sebelum ini kerana mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.

Harussani Zakaria Sementara itu, Harussani yang turut menghadiri muzakarah itu ketika dihubungi berkata fatwa pengharaman itu dibuat selepas terdapat pertanyaan daripada persatuan Islam di Perak sama ada tarian itu patut diharamkan atau
sebaliknya.

"Selepas itu kajian dibuat dan didapati ada unsur itu. Negeri-negeri lain tiada permintaan untuk mengkaji tarian itu sebab itu tiada fatwa mengenainya dibuat," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Shukor ketika diminta mengulas mengenai antara perkara utama yang dibincangkan pada muzakarah kali ini, beliau berkata ia termasuklah penggunaan vaksin 'mencevax' iaitu sejenis vaksin yang digunakan jemaah haji dan umrah sejak sekian lama.

"Jadi kita telah mengkaji dan mendapatkan pandangan pakar di mana selepas tahun 1997 penghasilannya lebih baik selain kos yang lebih munasabah. Kita setuju teruskan (penggunaannya) jika tiada gantian yang lebih baik daripada
itu," katanya.

Menurutnya terdapat juga permohonan daripada syarikat lain untuk membekalkan vaksin untuk jemaah haji dan umrah, yang sudah berada di pasaran selama dua tahun.

"Pada prinsipnya kedua-dua vaksin itu harus dan boleh digunakan. Tetapi kita mengutamakan vaksin pertama kerana ia sudah lama digunakan," kata beliau.

Muzakarah tiga hari yang bermula 20 April turut membincangkan mengenai wang pampasan insurans konvensional yang tidak dituntut serta masalah wang khairat kematian. - Bernama


Ulasan GB

Kini integriti dan kredibiliti Majlis Fatwa Kebangsaan dipersoalkan.

Apakah kerana Najib dan Rosmah menari poco-poco maka Majlis Fatwa seperti terikat untuk mengeluarkan fatwa poco-poco itu tidak haram sedangkan jelas tarian poco-poco itu selama ini dilakukan secara terang-terangan walaupun di depan bukan-muhrim? Syariatnya sahaja sudah bertentangan belum lagi kita meninjau jauh lebih dalam pada inti hakikatnya terutama mengenai unsur mistik dan ritual yang terkandung di dalam tarian berkenaan.

Jika benar apa yang diluahkan oleh Mufti Perak di atas, kita amat sedih apabila institusi majlis fatwa pun boleh mengeluarkan satu fatwa yang tidak dibincangkan bersama tetapi dilihat seperti mempunyai unsur politik dan tidak bersandarkan kepada metode penganalisaan dan kajian yang dikehendaki oleh syarak.

Dan jika dikatakan media telah salahfaham mengenai "fatwa" itu, SEPATUTNYA Majlis Fatwa Kebangsaan telah pun mengeluarkan penafian dan bantahan mengenainya.

Ia adalah satu "penipuan" kepada umat Islam dan Majlis Fatwa Kebangsaan perlu bertanggungjawab di atas apa saja dosa yang timbul ekoran poco-poco itu. Umat Islam yang ramai di negara ini berlepas tangan dari siksaan Allah dan menyerahkan segala urusan berhukum dan menghukum kepadaNya.

JPJ Pasang Kamera Lebih Canggih, Sekalipun Polis Hanya Kata Saman Terus

Posted: 25 Apr 2011 06:00 PM PDT

566 kamera canggih rakam pemandu laju

KUALA LUMPUR: Awas kepada pemandu yang suka memandu laju tetapi sering mempertikai saman ekor kerana kononnya ia tidak adil. Menjelang akhir tahun ini mereka akan diperhatikan oleh 566 kamera statik berteknologi tinggi yang boleh merakam wajah pemandu dan jenis kenderaan dengan jelas walaupun memandu melebihi 100 kilometer sejam.

Kamera berteknologi Jerman itu adalah satu daripada komponen Sistem Penguatkuasaan Elektronik (AES) yang akan dipasang oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di lokasi strategik, terutama kawasan berisiko kemalangan di seluruh negara bagi memerangkap pemandu melebihi had laju.

Selain kamera, pemandu juga diawasi 266 kenderaan penguat kuasa elektronik yang dilengkapi kemudahan canggih bagi memantau pesalah trafik dan menahan mereka yang tidak mematuhi peraturan jalan raya.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri, berkata prosedur operasi standard (SOP) bagi mewujudkan ketelusan dalam penguatkuasaan peraturan itu membabitkan pemasangan papan tanda amaran bagi membolehkan pemandu mengetahui kewujudan kamera perangkap laju seperti diamalkan di negara maju.

"Saman yang dikeluarkan nanti adalah berasaskan gambar yang dirakam pemegang konsesi penyumberluaran yang dilantik kerajaan dan wajib disahkan agensi penguat kuasa, iaitu JPJ sebelum notis saman dikeluarkan.

"Gambar yang dirakam ini lebih tepat... tidak kabur, walaupun pandu kereta lebih 100 kilometer sejam.

"Ia akan beroperasi selewat-lewatnya hujung tahun ini dan dijangka meningkatkan persepsi kebarangkalian ditangkap ke tahap 90 peratus," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau diminta mengulas usaha kerajaan mengurangkan kemalangan jalan raya di samping kaedah baru diguna pakai pihak berkuasa termasuk mengeluarkan saman pada hari sama kesalahan dilakukan.

Ditanya kos dibelanjakan kerajaan untuk menyediakan kemudahan AES itu, Abdul Rahim berkata, kerajaan tidak mengeluarkan peruntukan sebaliknya dua syarikat konsesi dilantik menanggung kos berkenaan menerusi perolehan diterima daripada kutipan saman.

Mengulas lanjut cadangan notis saman dikeluarkan pada hari sama kesalahan dilakukan, Abdul Rahim berkata sukar bagi pihak berkuasa seperti polis mengeluarkan saman trafik pada hari sama, terutama membabit kesalahan memandu laju yang banyak dilakukan di lebuh raya.

"Polis perlu ambil masa untuk proses dan hantar surat. Kalau saman letak kenderaan atau sekatan jalan tidak ada masalah surat saman dikeluarkan pada masa itu juga. Tidak ada sistem di dunia boleh bagi saman pada ketika itu juga. Polis tidak ada 'kepak' untuk kejar kenderaan itu bagi surat saman," katanya. -BH



Ulasan GB

Hanya baru kelmarin polis menyatakan:

"Kita tidak lagi menyorok balik tiang, kita saman terus dan kalau sudah kena saman jangan lupa bayar,"

Kini mereka menyatakan:

Tidak ada sistem di dunia boleh bagi saman pada ketika itu juga. Polis tidak ada 'kepak' untuk kejar kenderaan itu bagi surat saman

Kedua-dua kenyataan di atas saling bertentangan.

GB sudah menyatakan sebelum ini, bahawa hanya mahkamah yang berhak menentukan samada tindakan polis berkenaan betul atau salah.

Yang penting di dalam isu ini ialah Polis dan JPJ TIDAK BERHAK menyenaraihitamkan kenderaan atau pemandu dan menghalang mereka memperbaharui lesen atau cukai jalan.

Mahkamah telah membuat keputusan di dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor [2009] 6 CLJ 280 yang telah memutuskan bahawa tindakan JPJ menghalang pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan di bawah Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987) tanpa siasatan dan alasan yang wajar adalah salah di sisi undang-undang dan bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan Malaysia.

Paul Martin Mengucap Syahadah Di Kedai Ais Krim

Posted: 25 Apr 2011 03:45 PM PDT

Paul Martin masih seorang mahasiswa ketika beliau memutuskan untuk memeluk Islam di Manchester empat tahun lalu. Bosan dari apa yang ia lihat sebagai gaya hidup hedonistik dari banyak teman-temannya di universiti, ia mulai tertarik kepada apa yang dia sebut "penekanan Islam pada mencari pengetahuan".

Seperti yang dilaporkan oleh lamanweb The Independent, pertemuan pertama kalinya dengan seorang Muslim telah mengubah hidupnya.

"Aku menyukai cara para mahasiswa Islam mengatur diri mereka sendiri. Sangat menyenangkan untuk berfikir terhadap orang yang memiliki satu pasangan untuk hidup dan tidak melakukan apapun yang berbahaya untuk diri mereka," katanya.

Suatu hari, secara ia suka-suka membaca terjemahan Alquran. "Aku kagum melihat penekanan besar Islam terhadap ilmu pengetahuan," akunya.

"Lalu aku diperkenalkan oleh seorang teman Muslim, seorang doktor yang beberapa tahun lebih tua dariku. Kami pergi minum kopi dan kemudian beberapa minggu kemudian berjanji bertemu di sebuah kedai ais krim," ujarnya.

Dalam pertemuan itulah, ia menyatakan hasrat ingin menjadi seorang Muslim. "Aku bersyahadat saya di sana, di kedai ais krim itu," ujarnya. Ia mengakui beberapa orang ingin menjadikan semuanya dengan cara formal dan melakukannya di masjid, tapi baginya, agama bukanlah sesuatu hal yang fizikal. "Agama adalah tentang apa yang ada dalam hatimu."

Ia mengaku tidak pernah ke masjid sebelum menjadi seorang Muslim. Baginya, masjid sedikit "menakutkan". Ia pernah mendengar pendapat, ke masjid dilarang mengenakan seluar jins, T-shirt, dan jaket. "Sekarang di masjid saya di Leeds, berbagai bahasa yang diucapkan dan ada banyak mualaf," katanya.

Ia mengaku tak ada pegangan yang berarti di dalam keluarganya. "Dengan keluarga, aku melakukannya secara bertahap. Tidak terus pulang dan menyatakan bahawa aku telah menjadi seorang Muslim. Ada proses yang panjang sebelum aku bersyahadat, di mana aku tidak mau makan babi dan minum," ujarnya, yang mengaku selalu menghabiskan akhir minggu dengan makan malam bersama. bahkan, ibunyalah yang berinisiatif selalu mencari daging domba halal untuk keperluan itu.

Paul kini main mantap berislam. Apalagi beberapa tahun setelah bersyahadat, ia berkesempatan menunaikan ibadah haji.

Kes Ahmad Sarbani: Laporan Siasatan Ke AG, PAS Tawar Bantuan Guaman

Posted: 25 Apr 2011 08:30 AM PDT

PAS melalui Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Pusat telah menziarahi keluarga allahyarham Ahmad Sarbani Bin Mohamad di kediamannya di Kelana Jaya semalam.

Kunjungan ini dimulakan dengan bacaan tahlil ringkas yang dikendalikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasruddin Hassan At-tantawi bersama ahli keluarga allahyarham dan 30 orang ahli dan masyarakat setempat turut hadir sama dalam kunjungan tersebut.

Ahmad Sarbani meninggal selepas dikatakan jatuh dari tingkat empat bangunan SPRM Kuala Lumpur selepas beliau ke pejabat itu baru-baru ini. Ekoran itu pelbagai andaian dibuat bagaimana beliau jatuh dan meninggal.

Sebelum ini, para pemimpin kanan PAS turut menziarahim keluarga beliau bagi mengucapkan takziah atas kejadian itu.

Nasruddin mengucapkan takziah kepada balu allahyarham Sarbani (Puan Maziah Bt. Manap) serta keluarga dalam insiden dan memohon agar terus bersabar dalam menempuh hidup.

Nasruddin berkata, "Kita dari Dewan Pemuda dan rombongan yang hadir mengharap dan berdoa agar puan sekeluarga diberikan ketenangan dan keadilan yang sebenar.

"Kita juga telah bersetuju untuk menyediakan khidmat guaman bagi membela Allahyarham serta kos guaman tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh Dewan Pemuda PAS Pusat," tambah Nasruddin lagi.

Wakil keluarga yang juga merupakan adik kepada Allahyarham (Hussin bin Mohamad) turut berterima kasih atas kesudian PAS untuk datang mengujungi keluarga mereka dan bersama-sama membantu mereka untuk mencari keadilan bagi keluarga mereka.

Apabila ditanyakan apakah tindakan yang bakal dilakukan oleh pihak keluarga dalam kes tersebut, Maziah mengatakan masih menunggu hasil siasatan selesai.

"Kami masih menunggu siasatan polis sehingga selesai dan selepas itu kita akan buat tindakan hasil dari keputusan siasatan tersebut," kata Maziah yang telah berbincang dengan peguamnya yang juga merupakan abang iparnya.

Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh juga turut memberikan sokongan kepada balu Allahyarham serta keluarga agar lebih cekal dan bersabar.

Dewan Muslimat juga bersedia untuk menyalurkan kebajikan dan membantu bagi meringankan bebanan keluarga allahyarham yang telah meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak.

Tiga daripada mereka masih lagi belajar di sekolah.

Di akhir pertemuan tersebut sedikit sumbangan juga telah disampaikan kepada keluarga Allahyarham oleh Ustaz Nasruddin dan juga Ustazah Nuridah mewakili kedua-dua dewan.

Kunjungan malam tadi turut dihadiri oleh Ustaz Hasbullah Ridwan (Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor) dan Ustazah Wan Hasrina Wan Hasan (Ketua Dewan Muslimat Pas Selangor) serta exco-exco kedua-dua dewan. -HD


Kes Sarbaini: Polis sudah serah A-G laporan siasatan

KUALA LUMPUR, 25 April — Polis sudah menyerahkan laporan siasatan berhubung kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia, Ahmad Sarbaini Mohamed di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini kepada Pejabat Peguam Negara, Jumaat lalu.

Laporan Bernama Online memetik Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah mengesahkan perkara itu.

"Kami sudah berpuas hati dengan hasil siasatan yang dibuat dan sudah melengkapkannya, kami sudah hantar kepada Pejabat Peguam Negara," katanya.

Khamis lalu, Zulkifli berkata meninggal dunia kerana kecederaan pada bahagian kepala selepas jatuh daripada bahagian tinggi bangunan SPRM di Jalan Cochrane, 6 April lalu.

Justeru kata beliau terserah kepada Peguam Negara untuk menentukan tindakan susulan.

"(Dengan ini) saya minta semua spekulasi dihentikan kerana siasatan sudah dilengkapkan.

"Kertas siasatan akan dihantar kepada Pejabat Peguam Negeri minggu ini atau paling lewat minggu depan," katanya.

Kata beliau, siasatan menunjukkan ia adalah kematian mengejut dan tiada elemen jenayah terlibat buat masa sekarang.

Zulkifli juga berkata punca kematian ditentukan selepas siasatan terperinci membabitkan pelbagai pihak termasuk polis, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Jabatan Kimia.

Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan SPRM setelah dilapor ke pejabat itu untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai Kastam. -TMI



Pembelaan Muhyiddin Terhadap Utusan Ternyata Beliau Bapa Rasisma

Posted: 25 Apr 2011 07:20 AM PDT

TPM: Lagi dilarang, lagi nak baca Utusan

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau tidak fikir gesaan beberapa pemimpin MCA untuk memboikot Utusan Malaysia akan berkesan kerana ia terpulang kepada pembacanya.

"Soal baca ke tidak, ini hak individulah. Kalau dia nak buat, buatlah. Tetapi saya tidak fikir ini berkesan. Ia tidak akan berkesan sama sekali.

"Lagi orang kata jangan baca, lagi orang hendak baca. (Mereka tertanya-tanya) pasal apa? Takutkah?" katanya.

MCA sebelum ini dilaporkan menggesa Utusan dipulaukan kerana mencadangkan gerakan '1Melayu, 1Bumi' yang dianggap parti itu untuk menghalalkan diskriminasi kaum.

Timbalan Ketua Publisiti MCA Loh Seng Kok berkata, konsep itu bertujuan menghukum masyarakat Cina kerana melaksanakan hak demokrasi dengan membuat pilihan semasa pilihan raya.

Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini, Muhyiddin dengan nada membela akhbar itu berkata, Utusan dengan "sejarah yang panjang" bukan melaporkan perkara berkaitan orang Melayu sahaja, sebaliknya menyentuh pelbagai perkara.

Kecenderungan ke arah perkauman

Tambahnya, media tidak boleh disekat selagi tidak malanggar batas undang-undang, menyentuh soal perkauman dan sensitif serta tidak mencetuskan keadaan tidak baik.

"Saya tak fikir niat Utusan atau media lain hendak menghancurkan negara. Kalau dia berbuat demikian, sudah lama tercetus huru-hara.

"Dan hanya satu surat khabar... cukupkah dia sehingga mencetuskan huru-hara?" soalnya yang juga menteri pelajaran.

Sambil meminta semua pihak bersikap rasional, Muhyiddin juga berkata beliau tidak tahu kenapa MCA mencadangkan supaya akhbar milik Umno itu diboikot.

Katanya, kecenderungan ke arah perkauman harus dihapus bawah gagasan 1Malaysia.

Menurutnya lagi, dalam masa kita tidak boleh menghalang suatu pihak bersuara walaupun tidak disenangi yang lain.

"Jadi, ini sepatunya menjadi asas kita. Tolong lapor setiap perkataan yang saya kata. Jangan sambil satu (bahagian) saja," katanya lagi kepada pemberita. -mk

Ulasan GB

Tatkala Naji dan TDM sendiri menjauhi konsep 1Melayu 1Bumi yang dipelopori oleh Utusan dan dodokong oleh PERKASA, tiba-tiba TPM yang tercengang-cengang baru pulang dari China menghulurkan kepalanya membela Utusan.

Terdedahlah pekong "assabiyah" Muhyiddin selama ini.

Memang pun sebelum ini kaum bukan Melayu menyedari Muhyiddin mengamalkan perkauman sempit, tetapi ianya berjaya disapu ke bawah karpet. Sekarang bau bawah karpet itu tidak dapat diselindung lagi. Muhyiddin mendedahkan bahawa beliau bapa kepada dasar rasisma di Malaysia ini.



Pendakwa Terus Menggila: Zakar Dah Masuk Katanya

Posted: 25 Apr 2011 05:45 AM PDT

Pendakwa: 'Yang penting zakar masuk'

Peguam cara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden (gambar) dalam hujahnya berkata bukti persetujuan adalah tidak penting kerana apa yang penting ialah sama ada zakar dimasukkan ke dalam dubur.

Katanya, mahkamah mesti berpuas hati yang kejadian sedemikian boleh berlaku.

"Saiful adalah pembantu peribadi tertuduh dan diamanahkan untuk (menyimpan) telefonnya (Anwar).

"Tertuduh meminta Saiful pergi ke kondominium Desa Damansara pada 25 Jun dan sekali lagi pada 26 Jun (hari kejadian)."

Yusof (kanan) berkata, tanggapan salah pihak pembela ialah dengan menganggap terdapat masa-masanya di mana Saiful boleh lari dari tempat kejadian itu (liwat).

Menurutnya, Saiful juga tidak ditanya mengapa dia tidak berbuat demikian.

Menurut Yusof, Saiful berkata Anwar adalah seorang yang dikaguminya dan telah diberi layanan istimewa, dengan diberi sebuah bilik (di ibu pejabat PKR) selepas dua bulan kerja.

"Saiful berkata adakalanya sebelum kejadian itu, dia merasa takut," katanya.

Yusof menggesa mahkamah supaya menerima bukti dalam kejadian (liwat) sebelumnya.

Pihak pendakwa, tegasnya, tiada masa untuk mengemukakan insiden (liwat) sebelumnya.

Yusof seterusnya berhujah bahawa kejadian (liwat) di Desa Damansara boleh dipercayai.

Menurutnya, rakaman CCTV juga menyokongnya dan bukti bebas menunjukkan Saiful berada di tempat kejadian.

Yusof berkata, masa tertuduh berada di situ juga sama dengan masa Saiful berada di tempat kejadian.

Beliau merujuk kepada kereta Anwar dan Saiful tiba dan meninggalkan kondominium tersebut sebagai bukti. -mk


'Lelaki Y' adalah Anwar, kata pendakwa

KUALA LUMPUR, 25 April - Profil DNA "Lelaki Y" yang ditemui di dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah milik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.

Ketua pasukan pendakwa Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata sampel-sampel DNA yang diambil daripada tiga barang di sel Anwar ditahan semalaman pada 16 Julai 2008 sepadan dengan profil DNA "Lelaki Y".

"Ia mengesahkan bahawa penyumbang tidak diketahui Lelaki Y adalah Datuk Seri Anwar. Ini menunjukkan ada kes prima facie," katanya ketika menyampaikan hujah penggulungan sama ada Anwar harus dipanggil untuk membela kes liwat keduanya ini.

Yusof juga berkata Anwar adalah tahanan tunggal di lokap ketika tuala,berus gigi dan botol air mineral diambil.

Ahli kimia Dr Nor Aidora Saedon dan Supt Amidon Anan dipanggil sebelum ini untuk mengenal pasti barang-barang berkenaan yang ditanda sebagai bahan bukti. -TMI


Ulasan GB

Itu sebab sebelum ini GB katakan bahawa konspirasi untuk memenjarakan Anwar bakal jadi kenyataan.

Kalau GB peguam di situ, GB akan kata hujjah Pendakwa tertolak kerana beliau berhujjah:

apa yang penting ialah sama ada zakar dimasukkan ke dalam dubur. Katanya, mahkamah mesti berpuas hati yang kejadian sedemikian boleh berlaku.

Di situ sudah jelas kegagalan Pendakwa Raya untuk membuktikan kejadian "zakar telah masuk" itu berlaku. Ia hanya andaian beliau sahaja bukan satu kepastian sebab beliau menyatakan: kejadian sedemikian boleh berlaku.

Boleh berlaku bererti kemungkinan sahaja akan berlaku dan bukan ianya telah berlaku.

Hakim mahkamah sepatutnya hanya menjatuhkan hukuman jika sesuatu itu benar-benar PASTI TELAH belaku bukan andaian-andaian "kemungkinan boleh berlaku".

Lihatlah juga bagaimana Pendakwa Raya berhujjah di dalam kes liwat Anwar-Saiful di atas iaitu terus-menerus cuba sedapatnya menghancurkan karakter Anwar sejak dari hari pertama perbicaraan sehingga ke hari ini yang penuh dengan unsur lucah tanpa batas.

Bagi pendakwa raya, yang lain tidak penting, krebiliti saksi tidak penting, prinsip asas kebenaran dan keadilan itu tolak tepi, tetapi kisah liwat itu perlu digambarkan dan dikhabarkan sejelas mungkin supaya umum segera memandang jijik kepada Anwar. Itu matlamat Pendakwa Raya.

Pendirian GB jelas: sekalipun GB tidak sependirian dengan Anwar sebelum ini, tetapi GB akan tetap perjuangkan keadilan untuknya. Beliau berhak mendapat dan menerima penghakiman yang bersih dan adil, bukan berdasarkan di atas perkara yang direka-reka dan bukti yang dicipta-cipta untuk menunjukkan beliau bersalah.

SPA Tidak Profesyenal, Guna Google Translator Untuk Terjemahkan Portal - Cukup Memalukan!

Posted: 25 Apr 2011 04:00 AM PDT

Portal SPA guna Google Translator, Tamil jadi Hindi

SPA tiada pakar bahasa untuk kenali Bahasa Tamil?

PETALING JAYA: Penggunaan aplikasi Google Translator dikenal pasti menjadi punca pengguna yang memilih 'Bahasa Tamil' di portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dibawa ke laman yang menggunakan tulisan Hindi.

Graduan sarjana sains dalam teknologi maklumat dari Universiti Middlesbrough, Britain, Kughan Nadarajah berkata, portal itu menggunakan Google Translator untuk melakukan terjemahan secara langsung dari Bahasa Malaysia ke Tamil dan Mandarin.

"Akan tetapi, pengguna yang memilih Bahasa Tamil disajikan dengan terjemahan langsung ke Hindi berikutan ketiadaan Tamil dalam aplikasi terjemahan secara percuma itu.

"Bagi versi laman Bahasa Inggeris pula, SPA menggunakan 'PortalEng by Default' maka tiada masalah pada versi itu," katanya sebagai mengulas laporan kecacatan pada portal rasmi SPA.

Pada 22 April lalu, seorang pemuda yang menggunakan nama Macxi Sivesangkaran pada akaun Facebook melahirkan rasa terkejut kerana portal rasmi www.spa.gov.my memaparkan kandungan dalam tulisan Hindi apabila beliau memilih "Bahasa Tamil" pada pilihan yang diberikan.

"Tak ada pakar bahasa dalam bahagian Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia yang boleh bezakan tulisan Tamil dengan Hindi; atau buat-buat tak nampak?" tanyanya dalam aduan yang dipaparkan di ruangan status akaun Facebook beberapa rakannya.

Pemuda itu juga bertanya, "bagaimana cara untuk buat aduan tentang perkara ini? Saya sudah pun hantar e-mel melalui bahagian aduan laman web … tiada apa-apa usaha diambil untuk mengubah tulisan Hindi ke Tamil".

Wartawan FMT melayari portal rasmi SPA dan mendapati apa yang dikatakan oleh Macxi Sivesangkaran dari Ipoh, Perak adalah benar.

Penjelasan yang diberikan oleh Kughan Nadarajah juga mampu menerangkan punca sebenar masalah itu wujud.

"Pada pagi ini, pilihan bahasa Tamil diubah kepada bahasa Hindi tetapi persoalan kini berapa ramai orang dari masyarakat India di Malaysia fasih dalam bahasa Hindi?," soal Kughan. -FMT

Air Kencing Unta Cegah Kesan Radiasi Nuklear

Posted: 25 Apr 2011 02:25 AM PDT

Jeddah: Ketua Jabatan Implan Tisu di Pusat Penyelidikan Raja Fahd berkata, dia dihubungi Kedutaan Jepun di Malaysia yang ingin mengetahui mengenai kegunaan air kencing unta untuk merawat kanser dan mencegah radiasi nuklear.

Dr Fatin Khoursheed (gambar) yang juga penyelia Kerusi Al-Zamil untuk Kanser memberitahu akhbar berbahasa Arab Al-Hayat, panggilan telefon itu diterimanya ketika krisis nuklear di Jepun semakin bertambah buruk.

"Ia dibuat selepas letupan di loji Fukushima 1," katanya.

"Pihak berkuasa Jepun mahu mencuba kesan air kencing unta secara santifik dalam merawat individu yang terdedah kepada radiasi nuklear bagi mencegah mereka daripada mendapat penyakit kanser." Dr Fatin berkata, dia sudah menjalankan penyelidikan mulai 2004 selepas berjaya memulihkan berpuluh-puluh kes pelbagai penyakit kanser dengan air kencing unta yang diambil secara meminumnya, dalam bentuk kapsul, salap atau syampu. Pesakit yang sudah menjalani rawatan itu di Arab Saudi dan negara lain menunjukkan penyembuhan 98 peratus.

Menurutnya, pertanyaan daripada pihak berkuasa Jepun itu cukup aneh kerana Badan Makanan dan Ubat-Ubatan Saudi gagal untuk mengiktiraf keputusan penyelidikan saintifik itu.

"Walaupun penyelidikan itu secara teori dan amali menunjukkan keberkesanan tetapi gagal diiktiraf Badan Makanan dan Ubat-Ubatan Saudi.

"Minat ditunjukkan pihak berkuasa Jepun itu meningkatkan semangat saya untuk membuktikan keberkesanan penyelidikan itu," katanya lagi. - SG

Ulasan GB

Sesungguhnya tidak ada satu pun yang Allah ciptakan itu sia-sia walau sebutir habuk sekalipun.


Tiada ulasan: