Selasa, 5 April 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Orang Itu Mirip Datuk T, Bukan Anwar!

Posted: 05 Apr 2011 01:31 AM PDT

Orang ramai boleh tangkap Trio Dato T- Karpal Singh

SEGAMBUT: Peguam terkenal, Karpal Singh berkata, orang ramai mempunyai hak untuk menangkap 'Trio Dato T' yang menyebarkan rakaman video seks palsu di internet sekiranya pihak berwajib iaitu pihak polis gagal mengambil sebarang tindakan.

Katanya, rakyat boleh berbuat demikian berdasarkan peruntukan undang-undang (common law), yang dikenali sebagai 'citizen arrest' untuk membawa penjenayah terbabit kepada pihak polis.

"Setiap warganegara boleh menahan Trio Dato T, bila-bila masa dan heret mereka ke balai, " kata Karpal yang juga Pengerusi Dap, ketika sidang media yang diadakan di kediaman Dato Seri Anwar Ibrahim pagi tadi.

Katanya, sehingga kini tidak ada sebarang tindakan dilakukan Ketua Polis Negara dan Perdana menteri untuk menahan individu berkenaan yang telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 5 (1) Akta Penapisan Filem 1992 dan Seksyen 292 kanun keseksaan.

"Semua kesalahan ini dilakukan kepada awam dan tidak ada apa yang dilakukan untuk menahan mereka bertiga," ujarnya.

Ulasan GB

Dengan tersebarnya klip video seks itu di youtube semalam ia mendedahkan banyak perkara.

Salah satunya ialah figur yang dikatakan Anwar. Sedangkan melalui pengecaman teliti, kita akan dapat melihat bahawa lelaki yang dituduh sebagai Anwar itu sebenarnya bukan Anwar tetapi sebaliknya adalah mungkin salah seorang Datuk T sendiri.

Ia menjadi lebih jelas apabila figur itu dilihat daripada sisi dan belakang dan dengan rambutnya yang sedikit (rambut Anwar lebat). Tidakkah tuan-tuan sendiri boleh cam rangka sasa tubuh badan "orang" tersebut?

Perhatikan imej-imej ini:




Rahim Tamby Chik sewaktu menafikan kenyataan Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul yang secara tegas mengatakan lelaki dalam video seks itu bukan Anwar telah berkata secara biadab:

"Dia (Johari) tahukah bentuk badan Anwar ketika dia telanjang... dia pernah tengok Anwar telanjangkah?

"Dia tahukah perut Anwar macam mana? Dia tahukah macam mana Anwar waktu telanjang? Lainlah kalau dua-dua pernah telanjang bersama," katanya. - TMI 25/3


Kini kerana terdapat suspicious bahawa Datuk T itu sebenarnya merupakan figur di dalam video tersebut, maka yang kena telanjang dan ditelanjangkan ialah Datuk T sendiri, supaya ia dapat dipadankan dengan imej-imej di atas!

Gempa Bumi Kuat Landa Jawa Tengah

Posted: 05 Apr 2011 12:38 AM PDT

Jakarta: Satu gempa bumi kuat melanda Jawa Tengah awal pagi semalam, menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan amaran tsunami awal yang menyebabkan beribu-ribu penduduk melarikan diri ke kawasan tinggi.

Gambar: PENDUDUK berpusu-pusu pulang ke rumah selepas amaran tsunami ditarik balik di Cilacap, Jawa Tengah, Indonesia, semalam.

Tiada laporan menyebut kecederaan atau kerosakan.

Berikutan amaran tsunami terbabit, kebanyakan penduduk di Cilacap berhampiran dengan pusat gempa melarikan diri ke masjid besar. Bagaimanapun penduduk terbabit kembali bersorak dan berpelukan antara satu sama lain malah ada yang melutut tanda syukur selepas amaran gelombang besar berkenaan ditarik balik.

"Kami semua amat takut selepas melihat apa yang berlaku di Jepun dan juga di Aceh pastinya.

"Tetapi Tuhan mendengar doa kami dan menyelamatkan kami," kata Sukitno seorang penduduk.

Jabatan Kajian Geologikal Amerika Syarikat berkata gempa bumi sekuat 6.7 skala richter yang melanda pada jam 3 pagi berkenaan berpusat 318 kilometer di selatan Jawa dan 24 kilometer dari pentas lautan.

Jepun dan Indonesia terdedah kepada ancaman gempa bumi berikutan kedudukan kedua-dua negara di lokasi Lingkaran Api Pasifik. – AP

Ia Bukan Anwar - Azizah, Kesahihan Video Itu Juga Dipersoalkan!

Posted: 04 Apr 2011 10:56 PM PDT

Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menafikan dakwaan bahawa beliau adalah lelaki dalam video seks yang sebahagian daripadanya telah disiarkan di internet semalam.

Isteri Anwar yang juga presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kata video itu merupakan "bukti paling jelas" bahawa suaminya bukanlah lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur itu.

Membaca satu kenyataan hari ini, wan Azizah berkata, keluarganya telah memutuskan untuk menonton video yang disiarkan di Internet itu dan mendapati jelas bahawa susuk badan lelaki berkenaan terlalu berbeza dengan susuk badan Anwar.

Turut hadir di sidang akhbar tersebut ialah pengerusi DAP Karpal Singh, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan anak perempuan Anwar, Nurul Izzah.

Ditanya mengapa beliau mengubah fikiran untuk menonton video tersebut, Wan Azizah berkata beliau diberitahu tidak ada unsur lucah dalam filem tersebut dan mahu menonton bagi memuaskan hatinya.

"Bukan Anwar Ibrahim dalam video itu,"katanya.

Menurut Dr Wan Azizah lagi, keluarganya telah diuji dengan pelbagai dugaan sejak 1998 dan pelbagai fitnah dan tuduhan telah dilemparkan terhadap Anwar.

"Setiap tuduhan tersebut adalah sendirinya terlalu berat, tetapi Datuk Seri Anwar terpaksa melalui satu demi satu tuduhan yang busuk, jelek dan jijik," katanya.

Namun, tambah beliau, jika disenaraikan semua tuduhan tersebut, nyata sekali tidak masuk akal bagaimana Anwar dapat melakukan kesemuanya yang bertentangan antara satu sama lain.

"Dalam kes video terbaru ini, kami sekeluarga memutuskan untuk menonton sendiri rakaman tersebut.

"Video tersebut adalah bukti paling kukuh bagi sesiapa yang benar-benar mengenali Datuk Seri Anwar bahawa tuduhan terbaru ini satu lagi fitnah zalim dan palsu.

"Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau bukan kami, keluarga terdekat beliau, yang telah bersama beliau dalam susah dan senang, khusus dari saat beliau berada di arus perdana kepimpinan negara hinggalah ke hari-hari beliau mulai pulih dari serangan apabila beliau dibebaskan daripada penjara.

"Jelas kelihatan susuk tubuh badan pelaku dalam video tersebut amat berlainan daripada susuk badan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hal ini diperkukuh lagi memandangkan sejak lebih setahun yang lalu, anak-anak Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menemani beliau setiap kali beliau pergi melakukan aktiviti senaman dan fisioterapi selaku sebahagian daripada aktiviti pemuliharaan kesihatan tulang belakang," tambahnya.

Oleh itu, kata Wan Azizah, mereka sekeluarga berpendirian bahawa keluarnya video ini adalah satu lagi contoh taktik politik lucah dan menolak sekeras-kerasnya politik sedemikian.

sehubungan itu, beliau mengajak rakyat Malaysia untuk bersama menegakkan keadilan dan menolak politik kotor.

"Kembalikan agenda perjuangan menuntut reformasi menyeluruh dalam sistem politik, ekonomi dan sosial negara," katanya sambil menambah bahawa dalam menghadapi dugaan ini, mereka yakin ada hikmah di sebaliknya.

"Pendedahan sedutan video ini dibuat pada 4 April 2011 – ulangtahun ke-12 Parti Keadilan Nasional yang lahir daripada kegawatan politik negara.

"Fitnah dan tohmahan ini berpunca daripada ketamakan terhadap kuasa dan politik yang sudah hilang nilai moralnya.

"Kita sewajarnya berbincang secara kritis perbezaan pandangan kita, bukan dengan serangan peribadi yang kotor dan hina," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap semua rakyat tidak terperangkap dengan permainan tersebut, dan sebaliknya meneruskan usaha menegakkan keadilan dan memperjuangkan kebenaran.


Video konspirasi kantoi lagi

Sila perhatikan frame-frame gambar di bawah ini yang diambil dari klip video yang disiarkan di Youtube semalam:



Siapa lelaki ini?



Siapa lelaki ini?



Siapa lelaki ini?



Siapa lelaki ini?



Siapa lelaki ini?

Sila lihat frame di bawah ini.Fokus kamera pada “niple” cukup jelas (spot hitam) & bahagian leher lelaki itu pun cukup jelas, namun mengapa di bahagian mukanya nampak kabur? Malah, jika diteliti bahagian tuala yang dekat dengan muka lelaki seiras Anwar pun jelas (anda boleh nampak lipatan kain tuala itu).



Frame di bawah ini memaparkan lelaki seiras itu, namun bahagian mukanya tidak jelas, tetapi bahagian leher dan badan nampak lebih jelas.



Di bawah ini kelihatan lelaki yang seiras dengan Anwar itu keluar dari bilik & kemudian masuk semula ke bilik dengan bersahaja (lihat imej lelaki tu dalam cermin besar dalam klip dibawah ini). Bukankah dia kononnya Anwar Ibrahim? Tidakkah dia takut orang akan nampak dirinya sedangkan klip ini didakwa dirakam di KL? Pakai tuala keluar bilik?
-ckcounterpunch /duniacacamarba


Ulasan GB

GB telah cuba untuk snap salah satu frame dan lakukan pembesaran di bahagian kepala figur berkenaan. Hasilnya:



JELAS ada kesan doctored di mana di kawasan muka berkenaan telah mengalami perubahan.

Apabila beberapa frame imej diuji untuk mengenalpasti EXIF METADATAnya dengan beberapa perisian GB memperolehi jawapan ini:

Based on the analysis of compression characteristics and EXIF metadata:

ASSESSMENT: Class 1 - Image is processed/edited




Pelatih Polis Diserang Virus Adeno, Tutup PUSASDA & Tamatkan Latihan Gelombang Biru!

Posted: 04 Apr 2011 09:28 PM PDT

Port Dickson - Kementerian Pertahanan semalam mengesahkan beberapa pelatih konstabel polis di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di Teluk Kemang di sini disyaki dijangkiti tiga virus berlainan iaitu Adenovirus, Influenza A (H1N1) dan Leptospirosis.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, seramai 10 pelatih di Pusat Latihan Polis Port Dickson yang menjalani latihan di Pusasda itu disyaki dijangkiti virus berkenaan.

"Daripada jumlah itu seramai tiga pelatih konstabel polis disahkan positif dijangkiti Adenovirus, seorang positif Leptospirosis dan empat lagi pelatih positif H1N1.

"Lima orang lagi perajurit muda tentera pula mengalami demam kerana suhu badan melebihi suhu 38 darjah celcius," katanya ketika melakukan lawatan mengejut ke pusat latihan berkenaan semalam.

Menurut Ahmad Zahid, wabak terbabit mula dikesan pada 30 Mac lalu apabila seramai 38 orang pelatih di pusat latihan itu jatuh sakit sebelum dirujuk ke Hospital Port Dickson (HPD).

"Kelmarin selepas ujian saringan awal dilakukan pihak hospital mengesahkan bahawa lapan pelatih berkenaan disahkan dijangkiti tiga virus terbabit.

"Semua mereka yang disyaki dijangkiti virus berkenaan kini dirawat di HPD menakala para pelatih yang menunjukkan tanda-tanda dijangkiti pula diasingkan di satu blok khas," ujarnya.

Jelasnya, ekoran masalah virus itu, para pelatih di pusat latihan berkenaan diberi cuti selama tiga hari bermula semalam manakala latihan untuk pelatih perajurit muda diteruskan. -kosmo


11 pelatih PULAPOL Port Dickson dijangkiti Adenovirus, H1N1

PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini mengesahkan 11 pelatih PULAPOL Port Dickson, Negari Sembilan dimasukan ke wad Hospital Port Dickson akibat jangkitan Adenovirus dan H1N1, sejak 31 Mac lalu.

Bercakap pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan kementerian itu di sini, beliau berkata 93 pelatih lagi diletakkan di bawah pengasingan di kem terbabit. -BH


Ulasan GB

Adenovirus telah menyebabkan kematian tiga orang pelatih PULAPOL bulan lalu.

Kini 11 pelatih lagi di Pusat Latihan Polis Port Dickson dilaporkan terkena jangkitan pelbagai virus sempena menjalani latihan "Gelombang Biru" yang hendak membantu kempen BN di Sarawak.

Sepatutnya, Pusasda ditutup, dan latihan dihentikan serta-merta untuk mengelakkan jangkitan terus berlaku. Tetapi nampaknya kerajaan teruskan juga latihan itu demi PRN Sarawak.

Nyawa para pelatih dijadikan taruhan menanggung risiko bagi meneruskan program Gelombang Biru.

Ulasan GB yang berkaitan sebelum ini:

Gelombang Biru: ATM Rela Jadi Kuda Tunggangan UMNO BN

Suaram Gesa Polis Henti Ganggu Ceramah Pakatan

Posted: 04 Apr 2011 07:42 PM PDT

Petaling Jaya: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mengecam tindakan pihak polis mengganggu beberapa siri aktiviti pakatan rakyat terutama ceramah yang melibatkan ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pertubuhan itu menuntut pihak polis menghentikan segala tindakan gangguan dan siasatan terhadap ahli-ahli Pakatan Rakyat termasuk Anwar dalam menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan politik dan kemasyarakatan.

Lanjutan itu, Suaram akan meneruskan usaha menuntut kerajaan melakukan penggubalan akta polis terutama Seksyen 27 yang mudah untuk disalah gunakan oleh pihak polis dan penubuhan Suruhanjaya Bebas Salahlaku dan Aduan Polis (IPCMC).

Penyeraras Suaram, Yap Heng Lung berkata, tindakan polis mencabuli hak asasi manusia seperti yang termaktub dalam perlembagaan Persekutuan terutamanya dalam Artikel 10 yang berkaitan kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.

Suaram, tambahnya yakin sekatan ke atas kebebasan yang juga terkandung dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia (1948) itu bermotifkan politik.

"Ia merupakan usaha bagi menghalang ahli PR untuk mendedahkan pelbagai isu yang melibatkan kepimpinan Barisan Nasional (BN)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terbaru, pihak polis menggangu satu majlis makan malam dan ceramah yang dihadiri oleh ketua umum PKR yang diadakan di Bentong, Sri Aman, Sarawak, semalam.

Gangguan sama dilaporkan turut berlaku di Kuching dan Satok.

Pada 25 Mac lepas, polis juga menghentikan ucapan Anwar dalam satu perhimpunan ceramah tertutup di Taman Melawati, Hulu Kelang. Tindakan polis tersebut telah mencetuskan kekecohan di antara hadirin dan pihak polis. -FMT


Polis ganggu lagi ceramah Anwar



Polis mengganggu ceramah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi kali ketiga berturut-turut - malam ini di ceramah terbesar parti itu di Betong - yang merupakan kubu kuat Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Alfred Jabu.

Majlis makan malam dan ceramah itu - yang diadakan di medan selera
terbuka di Betong, sebuah pekan kecil yang terletak 70km di utara Sri Aman - bermula dengan lancar dengan pemimpin PKR tempatan, termasuk empat calon, menyampaikan ucapan kira-kira lebih sejam tanpa sebarang gangguan.

Anwar tiba pada jam 9.30 malam dengan disambut oleh hampir 1,000 penduduk pelbagai kaum berserta laungan "Reformasi".

Bagaimanapun, apabila Anwar bercakap kira-kira 10 minit, seorang anggota polis beruniform mendekati ketua pembangkang itu dan memintanya berhentikan berucap, menyebabkan timbul ketegangan di kalangan hadirin.

Selepas rundingan ringkas, Anwar bersetuju memendekkan ucapannya.

Beliau kemudian meneruskan ucapannya selama 20 minit lagi sebelum polis mengganggunya lagi.

Malaysiakini difahamkan oleh pihak penganjur bahawa pihak polis telah mengeluarkan permit kepada PKR untuk mengadakan 'mesyuarat luar biasa' dan bukannya ceramah politik atas alasan tempoh kempen belum bermula.

Sebelum berhenti berucap, Anwar mendakwa pihak polis tidak akan mengambil sebarang tindakan jika ceramah gagal menarik ramai hadirin.

"Jika hanya ada 10 orang, polis tidak akan ganggu. Tetapi bila terdapat ramai orang seperti malam ini, mereka akan mengganggu," katanya.

Menurut timbalan ketua Wanita PKR Sarawak, Cecilia Siti Una, kehadiran malam ini adalah yang terbesar dalam sejarah Betong.

"Bukan mudah untuk meminta penduduk Betong menghadiri ceramah politik," katanya kepada Malaysiakini. -mk


Mahligai Tak Sampai Setahun Runtuh: Luahan Hati Jimmy

Posted: 04 Apr 2011 07:00 PM PDT

Isteri Tunai Umrah Tanpa Izin - Jimmy Shanley

SHAH ALAM: Pengacara, Jimmy Shanley Norjahan Salleh memberitahu isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy mengerjakan umrah di Tanah Suci tanpa keizinannya.

Menurut Jimmy lagi, Nursuhaila juga tidak meminta maaf daripadanya sebelum bertolak ke Mekah pada 25 Februari lalu bersama ahli keluarganya.

"Saya ada ke majlis doa selamat yang diadakan keluarga Nursuhaila atas pelawaan keluarga mertua kerana mungkin boleh minta maaf.

"Tapi saya duduk berjam-jam di situ macam orang asing," katanya dan menambah berasa sedih kerana telah berniat untuk mengerjakan umrah bersama isteri.

Jimmy, 31, yang ditemui semasa menghadiri prosiding sebutan kes nusyuz terhadap Nursuhaila, 25, di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Isnin, juga menitipkan pesan supaya isterinya kembali kepada ajaran agama.

"Sebagai suami, saya boleh menutup mata dan memaafkan kerana faham isteri boleh jadi emosional. Saya tidak kejam.

"Tapi walau kaya, cantik dan bijak macam mana pun, suami tetap di atas. Itu perintah Allah, bukan saya yang kata.

"Kalau suami perompak sekali pun, selagi dia tidak suruh melakukan dosa-dosa besar, suami harus dituruti,"
tambahnya.

Selain itu, Jimmy juga mengakui dia tidak sempat untuk bersolat jemaah dengan Nursuhaila, walaupun sejak kecil telah menanam impian untuk bersolat bersama isteri.

Dia juga memberitahu, Nursuhaila ada meminta cerai semasa mereka bersemuka di luar kediaman keluarga wanita tersebut pada 28 November 2010.

Selepas tarikh tersebut, Jimmy memberitahu Nursuhaila tidak lagi menjawab panggilannya mahupun membalas khidmat pesanan ringkas (SMS)yang dihantar.

"Kita jangan memprejudiskan masa depan anak yang masih belum dilahirkan.

"Saya tak minta 10 sen pun wang dia atau keluarganya. Saya hanya mahu anak dijaga oleh saya.

"Kalau boleh memang saya nak sama-sama jaga, tapi kalau dah tak berminat, nak buat macam mana?,
" katanya.

Jimmy yang mengakui telah membuang egonya dalam usaha mempertahankan perkahwinannya juga bersyukur kerana kejadian yang berlaku menyebabkan dia banyak bermunajat kepada Allah.

"Saya tidak kata saya seorang yang alim atau warak. Tetapi saya banyak belajar, baca buku-buku walaupun ibu bapa saya tak sempat untuk mengajar saya.

"Saya tidak hisap rokok, tidak pernah minum arak walau seteguk, tidak berjudi, bukan kaki disko dan bukan kaki perempuan. Saya hanya pernah bersama dengan seorang sahaja perempuan.

"Langkah saya pendek kerana ramai yang kenal. Saya jenis yang suka duduk di rumah. Kerja rumah saya buat, baju hantar ke dobi dan makan pun di luar.

"Apa yang saya mahu mudah sahaja, hanya layan saya sebagai seorang suami. Jika itu pun tidak boleh dilakukan, ada sesuatu yang silap,"
tambahnya.

Jimmy juga berharap agar pasangan yang baru melangsungkan perkahwinan menjadikan masalah rumah tangganya sebagai pengajaran.

Terdahulu, Hakim Syarie, Saharuddin Selamat menetapkan supaya permohonan kembali taat dan nusyuz yang difailkan oleh Jimmy disebut semula pada 23 Mei depan.

Ini untuk memberi peluang kepada peguam syarie Saadiah Din yang mewakili Nursuhaila untuk memfailkan pembelaan terhadap permohonan kembali taat.

Saadiah juga diarahkan untuk melengkapkan pembelaan Nursuhaila bagi kes nusyuz memandangkan terdapat tujuh perenggan yang tidak dijawab pada pembelaan yang diserahkan kepada Jimmy.

Jimmy diwakili peguam syarie Mohd Noor Aizan Md Idrus.

Pada prosiding itu, Nursuhaila yang kini mengandung enam bulan hadir dengan seorang lelaki dipercayai pengawal peribadinya.

Jimmy dan Nursuhaila yang merupakan anak kepada pengasas produk kecantikan Natasya tersebut bernikah di rumah kediaman keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh pada 1 Oktober 2010.

Ketika itu, Nursuhaila menerima wang hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahirnya pada 31 Januari 1986.

Bagaimanapun, mereka hanya sempat tinggal bersama selama 20 hari yang menyebabkan Jimmy mmfailkan permohonan kembali taat pada 3 Januari lalu dan diikuti permohonan nusyuz pada 27 Januari lalu. -mstar

Ulasan GB


"Saya tidak hisap rokok, tidak pernah minum arak walau seteguk, tidak berjudi, bukan kaki disko dan bukan kaki perempuan. Saya hanya pernah bersama dengan seorang sahaja perempuan."


GB anggap ia pengakuan ikhlas dari seorang pengacara bernama Jimmy. Tapi hairan buat si isteri, dikurniakan seorang suami yang sedemikian baik tapi malangnya dipersia-siakan.

Blogger UMNO Menggelupur Nak Yakinkan Itu Anwar

Posted: 04 Apr 2011 05:14 PM PDT

Che'guBard: Video lucah disunting untuk perbodohkan Rakyat

Video lucah hampir dua minit yang dimuatkan di YouTube disunting sebegitu supaya ia hanya memperlihatkan adegan-adegan individu yang mirip wajah Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia Badrulhisham Shahrin.

Badrul menyaksikan keseluruhan video 21 minit itu pada 21 Mac lalu dan mengesahkan klip yang dimuat naik di Youtube diambil daripada rakaman asal. Bagaimanapun klip video di YouTube disunting untuk mempengaruhi orang ramai bahawa individu dalam rakaman itu adalah Anwar, kata beliau.

"Klip itu adalah dari sumber yang sama tetapi ia diedit (sunting) sedemikian rupa untuk meyakinkan (orang ramai). Tetapi tempat-tempat yang begitu ketara, hodoh dan tidak sama dengan Anwar tidak disiarkan. Ini memang kita sudah jangkakan berlaku" kata beliau kepada TVSelangor.

"Mereka tidak akan siarkan semua, dan kenapa mereka tidak siarkan semua contohnya dengan posisi perut yang buncit, itu mereka tidak siarkan, sebaliknya mereka hanya mengambil yang mirip (Anwar) untuk memperbodohkan rakyat," tambah beliau.

Badrul yakin Umno berperanan dalam memuatnaikkan video yang disunting itu ke Youtube, malah telah meramalkan tindakan Umno itu dalam wawancara dengan TVSelangor pada minggu lalu.

Beliau yakin tidak ada tindakan akan diambil terhadap pihak yang memuatkan rakaman itu di Youtube.

"Perdana Menteri Malaysia (dan) rejim ini terlibat dalam melindungi sindiket ini yang menyiar video ini kepada umum. Mereka tidak akan kena apa-apa," kata Badrul.

Badrul menegaskan bahawa video itu dimuat keYoutube untuk dicanang sebagai modal BN pada pilihanraya umum Sarawak.

"Ianya lebih menyerlah lagi apabila penyebaran video ini ialah terdesaknya mereka dan apabila berada diambang pertempuran di piliharaya di Sarawak ini".

Badrul dan Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungei Petani adalah dua orang yang tampil memberi perakuan mereka diundang oleh bekas Ketua Menteri Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik untuk menyaksikan rakaman penuh video itu secara berasingan pada 21 Mac lalu.

Johari ditawarkan imbuhan untuk membawa keluar wakil rakyat PKR dengan menggunakan video itu manakala Badrul pula diminta untuk menyampaikan rakaman itu kepada isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Bagaimanapun kedua-dua mereka, secara berasingan, yakin orang dalam rakaman itu bukan Anwar walaupun akur individu berkenaan mempunyai iras hampir serupa dari sudut tertentu kamera.

Badrul dan Johari berkata bahasa badan Anwar dan susuk tubuhnya termasuk perut berlainan dengan individu dalam rakaman itu.

Anwar bertegas menolak beliau adalah individu dalam rakaman itu.

Ketua Pembangkang itu menegaskan beliau di rumah bersama ahli keluarga dan kakitangannya serta berinteraksi dengan kenalan menerusi Twitter ketika rakaman itu diambil pada 21 Februari lalu.

Penayangan video di Hotel Carcosa Kuala Lumpur didalangi oleh gadingan Datuk T yang merangkumi bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Sharzyl Eskay dan Bendahari Perkasa Shuib Lazim.

Mereka hanya menyerahkan video itu kepada pihak berkuasa setelah Anwar membuat laporan polis dan mendedahkan identiti mereka.

Ketiga-tiga Datuk T itu dilaporkan berjumpa dengan Perdana Menteri Najib Razak di Bangunan Parlimen susulan laporan polis yang dibuat oleh Anwar.



Ulasan GB

Dari awal pendedahan sehinggalah akhirnya klip video itu ditiadakan di youtube, kita melihat blogger pencacai UMNO menggelupur hendak meyakinkan orang lain bahawa pelakon yang bertuala di dalamnya adalah Anwar Ibrahim.

Yang nyata, pendedahan video klip itu ternyata mendedahkan memang wujud konspirasi. Jika tidak masakan video itu terlepas dari tangan polis yang kononnya ia telah dirampas dari Datuk T.

Apa tah lagi penyiarannya juga dilakukan bukan saja melalui youtube, tetapi dipertontonkan kepada peserta BTN.

Beriya-iya blogger UMNO hendak meyakinkan orang lain bahawa itu Anwar Ibrahim.

Seorang blogger bergelar "Datuk" menyatakan klip video tersebut mungkin akan dikeluarkan secara bersiri. 1 pada setiap minggu. Anehnya bagaimana beliau tahu?

Sedangkan orang ramai yang berkesempatan menonton klip itu di youtube mendapati ia bukan Anwar sekalipun wajahnya ada mirip Anwar.

Perutnya boroi, teteknya menggelabih (bak kata satu komentar di blog GB), rangka badannya besar, pandangan sisinya lansung out - semuanya menunjukkan ia bukan Anwar sebenar.

GB ingin ulangi ulasan GB semalam bahawa

Ia agenda kotor dan jahat Datuk T & UMNO.

Jika begitulah permainan Najib, Datuk T dan UMNO, kesemua mereka akan binasa. Tunggu masa dan ketikanya saja.



Kadi Kluang Perjelaskan Isu Samak Kluang Rail Coffee

Posted: 04 Apr 2011 03:50 PM PDT

Kluang - Pejabat Agama Daerah Kluang mengadakan pertemuan bersama-sama 11 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sekitar daerah Kluang bagi menjelaskan isu samak yang dilakukan oleh Jabatan Agama Johor (JAJ) ke atas kedai kopi Kluang Rail Coffee pada 31 Mac lalu.

Kadi daerah Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, pertemuan yang diadakan semalam bertujuan merapatkan hubungan dan membincangkan beberapa isu terutama berhubung isu serbuk kopi yang disahkan oleh JAJ mengandungi gelatin babi.

"Isu ini diperjelas ekoran kemungkinan kebanyakan mereka sebelum ini keliru dan tidak jelas mengenai bidang kuasa JAJ dalam bab halal ini.

"Oleh kerana kekeliruan yang berlaku, mereka sudah menganggap JAJ mempunyai bidang kuasa yang terlalu luas dalam menangani isu ini (isu Kluang Rail Coffee) sdangkan JAJ hanya ada kuasa yang tertentu sahaja," katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Khalil berkata, bukan itu sahaja malah, mereka juga keliru mengenai proses samak yang dijalankan oleh Bahagian Penyelidikan JAJ ke atas kedai berkenaan.

"Alhamdulillah, dengan pertemuan yang diadakan ini saya dapat jelaskan kepada mereka mengenai kewajaran samak ini dalam permulaan proses permohonan sijil halal.

"Saya jelaskan, proses samak ini bukanlah bermakna terus mendapat sijil halal tetapi perlu menjalani beberapa proses lagi sebelum berjaya mendapatkan sijil halal. Jadi, mana-mana pihak tidak boleh mendakwa sudah mendapat sijil halal selagi belum menerima sijil halal yang sah," katanya.

Mohd Khalil juga berkata, dengan pertemuan yang diadakan ini ianya secara tidak langsung dapat menjawab berhubung mengetahui semua perkara tanpa mahu berselindung lagi.

Beliau berkata, pertemuan harus dibuat setelah NGO tersebut membuat laporan polis kelmarin berhubung isu yang berlaku ini sehingga membabitkan JAJ dalam menangani masalah ini.

"Oleh itu, saya tampil menjemput mereka dan dalam pertemuan ini, saya beri peluang kepada semua untuk meluahkan dan bertanyakan soalan. Alhamdulillah, pertemuan ini berjaya membuahkan hasil dan berjaya memberikan penjelasan terhadap isu Kluang Rail Coffee ini," katanya. -SH

Ulasan GB

GB berharap berita di atas dapat menjawba kemusykilan beberapa orang yang bertanya mengapa kedai tersebut disamak.



18 Pelatih Polis Di PD Diserang Virus Adeno

Posted: 04 Apr 2011 08:24 AM PDT

Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di sini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga selepas 18 pelatih dari Polis Diraja Malaysia diserang virus Adeno dan Influenza A (H1N1) sejak 30 Mac lepas.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata semua pelatih polis dan perajurit muda di pusat itu dibekalkan penutup hidung, ubat antiseptik dan peraturan baru yang menghalang hubungan terus dengan orang dari luar untuk mengurangkan risiko jangkitan.

"Kita bagaimanapun masih membolehkan keluarga melawat mereka tetapi di bawah pemerhatian ketat pegawai yang bertanggungjawab," katanya ketika melawat Pusasda dengan diiriingi pegawai tentera, polis dan perubatan daerah di sini, Isnin.

Ahmad Zahid berkata bahawa daripada 18 pelatih polis itu, empat disahkan positif mempunyai kuman Aidino dan empat lagi H1N1.

"Latihan untuk pelatih polis yang berada Pusasda ditangguhkan buat sementara waktu tetapi latihan akan diteruskan seperti biasa untuk perajurit muda," katanya.

Ahmad Zahid berkata bahawa pada masa ini, tidak ada perajurit muda atau rekrut tentera yang diserang dengan virus itu kecuali lima orang yang diletakkan dalam status pemerhatian disebabkan suhu badan mereka tinggi.

Pusat itu mempunyai 1,000 pelatih polis manakala tentera pula mempunyai 2,138 perajurit muda.

PDRM menempatkan pelatih mereka di Pusasda sejak awal tahun ini sebagai sebahagian daripada program latihan "Blue Ocean Strategy" yang dibuat bersama dengan pihak tentera.

Wartawan yang dibawa melawat pusat itu hari ini melihat latihan tentera untuk perajurit muda seperti kawad diteruskan seperti biasa dan mereka diwajibkan memakai topeng khas.

Tali kuning dari PDRM digunakan sebagai sempadan kuarantin untuk blok-blok yang diduduki pelatih polis bagi mengelak mereka daripada keluar manakala pergerakan mereka dikawal ketat oleh pegawai polis dan kakitangan Jabatan Kesihatan. -BERNAMA

Mat Sabu Nafi Sudah Tawar Diri Untuk Bertanding Timb Presiden

Posted: 04 Apr 2011 07:28 AM PDT

Hanya akan tanding kalau sokongan kuat, kata Mat Sabu

Ahli jawatankuasa PAS pusat Mohamad Sabu menafikan beliau secara rasmi sudah menawarkan diri bertanding jawatan timbalan presiden parti pada pemilihan parti Jun ini.

Sebaliknya, bekan naib presiden PAS itu berkata, beliau hanya akan mengumumkan secara rasmi pendiriannya seminggu sebelum pemilihan diadakan.

"Belum lagi... belum lagi... saya masih belum ada menawarkan diri lagi, bagaimana saya nak tawarkan diri kalau pencalonan pun saya belum tahu.

"Menawarkan diri itu istilah yang tidak betul, apa yang saya katakan saya bersedia menawarkan diri dan bertanding sekiranya pencalonan yang diterima saya kuat, kalau tidak kuat saya mungkin tidak akan bertanding,"
katanya kepada The Malaysian Insider.

Tegas Mohamad, apa-apa keputusan akan dibuat selepas semua kawasan membuat pencalonan dalam mesyuarat agung tahunan masing-masing bagi memilih pucuk pimpinan sehingga 10 Mei ini.

"Bagaimana saya buat keputusan, kita biarkanlah kawasan mesyuarat dulu, kalau saya hanya dapat tiga atau empat pencalonan susah untuk saya bertanding.

"Senang kata kalau sokongan saya kuat, saya akan bertanding dan kalau sokongan tidak kuat mungkin saya tidak akan bertanding tapi buat masa sekarang saya belum menawarkan diri secara rasmi lagi," katanya.

Sebuah portal berita hari ini melaporkan Mohamad secara rasmi menawarkan diri bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti itu.

Katanya, antara tujuan utama beliau menawarkan diri sekali lagi untuk bertanding adalah bagi membantu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegakkan keadilan Islam khasnya di negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.

Jawatan nombor dua parti ini dijangkakan menjadi rebutan antara penyandangnya Nasharudin Mat Isa selepas Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan tidak akan bertanding jawatan itu.

Bagaimanapun usaha The Malaysian Insider untuk mendapatkan pengesahan daripada Nasharudin sehingga kini masih belum berhasil.

Sekiranya, Mohamad bertanding ini merupakan kali kedua beliau berbuat demikian setelah tewas kepada Nasharudin dua tahun lalu.

Turut bertanding ketika itu ialah Datuk Husam Musa.

Ketika itu kedua-dua Mohamad dan Husam merupakan naib presiden.

Pada pemilihan itu, Nasarudin mendapat 480 undi untuk mengekalkan jawatannya, Husam memperoleh 281 undi manakala Mohamad hanya 261 undi. -TMI


Mat Sabu tawar diri tanding timbalan presiden

Seperti diduga, bekas naib presiden PAS Mohamad Sabu secara rasmi menawarkan diri bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti yang dijadual berlangsung pada Jun ini.

Katanya, antara tujuan utama beliau menawarkan diri sekali lagi untuk bertanding adalah bagi membantu presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegakkan keadilan Islam khasnya di negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.

"Saya juga mahu membantu presiden untuk memobilasi demokrasi dan kefahaman tentang demokrasi kepada rakyat supaya mereka memilihnya untuk diamalkan di Malaysia," katanya kepada Malaysiakini selepas menyampaikan ceramah di Subang Jaya malam semalam.

Menurutnya, selain itu, beliau juga mahu membantu Abdul Hadi bagi memperkukuhkan Pakatan Rakyat dengan mengukuhkan kerjasama parti dengan ahli gabungan dalam Pakatan dan juga NGO.

Katanya, memperkukuhkan Pakatan dapat diterjemahkan melalui melaksanakan "tindakan politik bersama-sama untuk kepentingan rakyat".

Beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata antara program yang beliau dapat memberikan khidmat kepada parti adalah melalui Himpunan Bersih.

Mantapkan Majlis Syura

Sehubungan itu, Mohamad berjanji akan cuba "mempergiatkan lagi" berfungsi sebagai timbalan presiden sekiranya dipillih menjadi orang nombor dua dalam parti itu.

Selain itu, katanya, beliau juga mahu mempermantapkan Majlis Syura supaya "betul-betul berfungsi" khususnya dalam soal menjaga displin dan mempertahan dasar parti.

Dalam pemilihan PAS dua tahun lalu, Mohamad tewas kepada penyandangnya Nasharuddin Mat Isa dan bekas naib presiden Datuk Husam Musa dalam persaingan tiga penjuru.

Nasharuddin mendapat 480 undi, Husam (281) dan Mohamad memperolehi 261 undi.

Mengulas mengenai jumlah percalonan kawasan yang diterimanya setakat ini, Mohamad berkata, beliau belum membuat tinjauan menyeluruh berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, beliau ada mendengar beberapa kawasan "memohon" kepadanya supaya bertanding jawatan tersebut pada muktamar parti yang dijadual berlangsung pada 3 hingga 5 Jun ini.

"Keputusan akhir (untuk bertanding) bergantung kepada sokongan yang diterima... Ada kawan-kawan memberi galakan (untuk bertanding)," katanya.

NONEIbu pejabat parti menetapkan semua 179 kawasan membuat pencalonan dalam mesyuarat agung tahunan masing-masing bagi memilih pucuk pimpinan parti sehingga 10 Mei ini.

Setakat ini Mohamad mendapat satu pencalonan untuk bertanding bagi jawatan itu dari kawasan Kubang Kerian yang diketuai oleh exco kanan kerajaan negeri Kelantan Datuk Husam Musa.

'Saya sahaja...'

Namun, Mohamad dijangka tidak menghadapi masalah apabila beberapa lagi kawasan PAS di Wilayah Persekutuan dijangka akan mencalonkan beliau - antaranya di Batu, Kepong, Bukit Bintang dan Putrajaya.

Ditanya sama ada terdapat pimpin PAS lain yang akan mencabarnya merebut jawatan itu, Mohamad enggan mengulas lanjut.

"Saya kira (pencalonan) saya sahaja. Dalam PAS, ada adab berkempen (bagi individu) yang menawarkan diri... Saya tidak mahu menyentuh (hal) orang lain," katanya.

husam musa mat sabu nasharuddin mat isa 220409Ditanya sama ada beliau takut sekiranya terdapat pemimpin tertentu dalam parti mahu mencabarnya, Mohamad berkata ia adalah perkara biasa dalam permilihan parti.

"Saya biasa dicabar dan mencabar. Saya biasa memegang jawatan ketua pemuda, naib presiden dan kalah merebut timbalan presiden.

"Bagi saya kalah atau menang, saya tetap hadir (dalam muktamar) sebagai pejuang parti dan jamaah," tegasnya.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, ada sumber memberitahu Malaysiakini sekurang-kurangnya 10 daripada 22 kawasan di Selangor akan mencalonkan Mohamad merebut jawatan timbalan presiden.

pas seminar 071109 tuan ibrahimBagaimanapun sumber itu enggan mendedahkan kawasan mana yang bakal mencalonkan Mohamad yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

Menurut sumber itu lagi, beliau juga tidak menolak kemungkinan terdapat kawasan yang akan mencalonkan penyandangnya Nasharuddin dan naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk jawatan yang sama. -mk


ISA Ke Atas OKU - Kezaliman Yang Tidak Boleh Dimaafkan

Posted: 04 Apr 2011 05:58 AM PDT

Apa kesalahan adik saya?'

Keluarga kepada Kadir Hashim hari ini menuntut supaya tahanan ISA itu segera dibebaskan atau didakwa di mahkamah.

Salah seorang abangnya, Muda, 46, berkata polis juga perlu menjelaskan kesalahan yang dilakukan oleh Kadir.

"Saya dimaklumkan adik saya ditahan bawah ISA, tapi saya tak puas hati sebab saya tak tahu kenapa dia ditangkap.

"Kalau dia ada lakukan kesalahan, tolong bawa dia ke mahkamah.

"Kalau dia ditahan tanpa apa-apa sebab bermakna pemerintahan kita cukup zalim," kata Muda dalam satu sidang media hari ini.

Kadir, 42, ditahan oleh sekumpulan lebih 10 anggota polis berpakaian preman di rumah keluarganya pada petang Jumaat lalu.

Muda berkata, anggota keluarganya kini masih belum mengetahui di manakah adiknya itu ditahan.

Kegiatan subversif

"Saya juga tidak dibenarkan masuk ke rumah ketika beliau ditahan," katanya lagi sambil mengetap bibir menahan kemarahannya.

Seorang lagi abang kepada Kadir berkata, penahanan lelaki kelainan upaya itu merupakan "kebiadapan" kerajaan yang menjalankan penahanan sewenang-wenang.

"Ini bukan soal politik, tapi kebiadapan (kerajaan)," kata Hisham, 43.

Jelasnya, polis hanya menyatakan bahawa Kadir ditahan kerana terlibat dalam kegiatan subversif.

"Sebab itu terlalu umum," kata Hisham lagi.

Dalam sidang media sama, peguam N Surendran turut membuat panggilan kepada seorang pegawai di ibu pejabat polis Bukit Aman.

Namun, pegawai itu juga enggan menjelaskan sebab penahanan berkenaan.

Pegawai atasan

Pegawai itu juga meminta Surendran menghantar surat bagi mendapatkan penjelasan serta membuat permohonan untuk berjumpa Kadir.

Perbualan telefon yang disalurkan ke pembesar suara dalam bilik sidang media itu dapat didengar oleh wartawan.

Pegawai polis yang memperkenalkan dirinya sebagai ACP Normah Ishak juga berkata, beliau hanyalah pegawai yang bertanggungjawab menjaga Kadir.

Katanya, sebab penahanan Kadir hanya dapat dijelaskan oleh pegawai atasannya.

Seorang pegawai lain bertanggungjawab ke atas penahanan itu, kata Normah lagi.

Ketika diasak untuk memberikan nama pegawai tersebut, Normah berkata peguam perlu menulis kepada Bukit Aman terlebih dahulu.

Normah berkata, Kadir sedang ditahan di salah sebuah premis Bukit Aman.

Ketika didesak supaya memberitahu lokasi sebenar Kadir ditahan, Normah sekadar berkata: "Saya tak boleh beritahu."

Surendran ketika mengulas perkembangan itu berkata, beliau akan memfailkan notis habeas corpus sekiranya Kadir tidak dibebaskan segera.



"Siapa Nak Beri Makan Makcik?"

"Makcik merayu supaya anak makcik dibebaskan. Makcik yakin dia tak bersalah," rayu Mah Mat Idris (gambar) berusia 67 tahun sambil menitiskan air mata. Mah adalah ibu kepada Kadir Hashim, 42, ahli PKR– orang kelainan upaya (OKU) yang ditangkap mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), 1 April lalu. Kadir kudung pergelangan tangan kiri tetapi didakwa terlibat dalam kegiatan berunsur subversif iaitu aktiviti untuk melemahkan atau memusnahkan sesuatu sistem politik, kerajaan, agama, dengan menjalankan aktiviti tertentu secara sulit.

"Bila Kadir tiada selama tiga hari, makcik terasa sunyi. Tak ada selera makan memikirkan keadaan dia di sana entah bagaimana. "Setiap hari, dia yang menguruskan makan minum makcik kerana anak-anak yang lain jauh," katanya sambil mengalirkan air mata rindu. Beliau yang uzur, ditambah dengan derita penyakit kencing manis dan darah tinggi hingga terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan hospital, begitu berharap anaknya dilepaskan segera.

"Makcik teringin sangat nak jumpa dia (Kadir), lagi pun polis tidak pernah hubungi mak cik sejak dia ditangkap. "Sejak arwah suami meninggal dunia hujung tahun lalu, makcik hanya mengharapkan Kadir. Makcik terlalu sedih dengan apa yang menimpanya," katanya dalam keadaan lemah lantaran demam dan sakit kepala memikirkan nasib dan keselamatan anaknya itu.

Muda Hashim, 46, abang kepada mangsa kesal dengan perbuatan polis yang mengepung di sekitar rumah mereka pada hari penangkapan tanpa mengeluarkan waran tangkap terhadap Kadir. Malah, disifatkan cara polis mengepung kawasan rumah itu seperti adiknya penjenayah besar.

"Selepas adik saya dibawa masuk ke dalam kereta, baru seorang daripada mereka memberi salinan penangkapan mengikut ISA lebih kurang jam 6.50 petang," katanya. Menceritakan detik penangkapan, Muda berkata, beliau mulanya tidak perasaan kehadiran sekumpulan polis kerana mereka memakai berbaju biasa dan menyangka pemaju datang meninjau tapak projek di kawasan itu.

"Tetapi selepas mendapati mereka mengepung seperti mahu menangkap penjenayah besar, saya terus bertanya tetapi mereka dengan angkuhnya memberitahu, mereka polis daripada Bukit Aman. "Melihat (polis) bawa adik saya dengan tangan bergari, saya terus bertanya tetapi tidak dilayan. Mereka suruh saya sediakan peguam dan mengatakan mereka hanya jalankan tugas," katanya.

Muda yang yakin adiknya tidak bersalah itu menganggap perbuatan zalim polis tidak ubah seperti kerajaan komunis memandangkan mereka sekeluarga dari golongan miskin. "Kita tidak boleh bersuara langsung. Ini semua seperti duduk dalam kerajaan komunis yang lebih berminat dengan ISA. Undang-undang yang dipraktikkan kerajaan ini undang-undang Yahudi.

"Saya ada menghubungi pegawai polis yang terlibat bertanyakan keadaan Kadir, tetapi kakitangan di sana memberi alasan tidak berada di pejabat, "katanya. Dalam pada itu, beliau memberitahu seorang peguam datang berjumpa dengannya semalam dan berjanji akan menguruskan kes adiknya supaya dibebaskan secepat mungkin.

"Peguam itu datang berjumpa selepas saya memberitahu ketua cabang Lembah Pantai berkenaan penangkapan Kadir. "Saya hanya menunggu jawapan daripada peguam itu dan berdoa supaya polis membebaskan Kadir," katanya. Kadir ditahan mengikut Seksyen 73 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di rumahnya di, Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur./klt


Sebahagian Video Seks Anwar Di Youtube - Ternyata Ia Bukan Anwar! (updated)

Posted: 04 Apr 2011 04:50 AM PDT

Kalaulah benar ini sebahagian daripada video yang digemparkan itu, ternyata sahih bukan Anwar.

Sebab daripada imej manusia yang dikatakan Anwar itu jelas bukan Anwar.

Dan sekali lagi kami menyatakan dengan tegas, Suruhanjaya Diraja TIDAK diperlukan semata-mata untuk mensahihkan samada imej itu Anwar ataupun bukan. Kerana memang ternyata ia bukan Anwar! Jangan perhabiskan wang negara semata-mata untuk melayani fitnah Datuk T dan UMNO ini.

Apatah lagi video seks fitnah ini dikatakan ditayangkan secara penuh di kursus Biro Tata Negara dan di pejabat Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), demikian kata Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Mansor Othman.

Video 21 minit itu dipertontonkan kepada peserta BTN termasuk mahasiswa di Pulau Pangkor baru-baru ini, kata beliau.

Selain itu "puluhan" orang kampung di Penanti, Pulau Pinang juga dikumpul untuk menyaksikan video hitam putih itu di pejabat Kemas kawasan itu, tambah beliau.

Jelas ia semata-mata gerakan untuk mengaibkan Anwar, menjatuhkan Anwar dengan apa cara sekalipun sekalipun dengan mengedarkan video fitnah tersebut.

Sekaligus penayangan secara terbuka itu sekali lagi menyerlahkan tangan agensi persekutuan tertentu dalam menyebarkan video fitnah itu kepada orang ramai.

Ia agenda kotor dan jahat Datuk T & UMNO.

Jika begitulah permainan Najib, Datuk T dan UMNO, kesemua mereka akan binasa. Tunggu masa dan ketikanya saja.



Baca Sini:

Video Seks: Penubuhan Suruhanjaya Satu Perangkap?


Video Seks: Penubuhan Suruhanjaya Satu Perangkap?

Posted: 04 Apr 2011 02:47 AM PDT

Video seks: BN dijangka syor suruhanjaya diraja minggu ini

KUALA LUMPUR, 4 April — Barisan Nasional (BN) akan mengesyorkan agar satu suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat pendedahan rakaman video seks - oleh tiga "Datuk T" dua minggu lalu — mendakwa aksi seks Datuk Seri Anwar Ibrahim meskipun Ketua Pembangkang itu menafikan perkara tersebut.

Minggu lalu, polis mengesahkan rakaman video seks itu adalah tulen dan bukan sesuatu yang direka.

Rakaman itu didedahkan oleh "Datuk T" pada 21 Mac lalu di hotel Carcosa Seri Negara di sini, mengejutkan banyak pihak ketika negara berhadapan dengan pilihan raya negeri Sarawak bulan ini dan kemungkinan pilihan raya umum tergempar tahun ini.

"BN akan mengesyorkan satu usul supaya diadakan suruhanjaya diraja bagi mendedahkan segala-galanya," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Difahamkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, yang bertanggungjawab kepada hal ehwal Parlimen, akan membawa usul berkenaan secepat mungkin sebelum sesi Parlimen semasa berakhir Khamis ini.

Beliau juga sedang berusaha mengumpulkan beberapa ahli Parlimen BN untuk menyokong usul tersebut.

Bagaimanapun Anwar tidak boleh bercakap mengenai usul itu memandangkan beliau masih menjalani hukuman digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan berhubung isu APCO Worldwide dan gagasan 1 Malaysia, yang dijatuhkan akhir tahun lalu.

Jika usaha itu menjadi kenyataan ini kali pertama satu suruhanjaya diraja disyorkan untuk menyiasat rakaman aksi seks melibatkan ahli poliitik.

Antara ahli-ahli politik BN yang meletakkan jawtaan ekoran pendedahan skandal seks ialah Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pada akhir 2007, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas setiausaha agung MIC D.P. Vijandran yang terpaksa melepaskan jawatan timbalan speaker Dewan Rakyat.

Dr Chua kembali aktif berpolitik dengan dipilih sebagai presiden MCA awal tahun lalu.

Abdul Rahim merupakan salah seorang "Datuk T" dalam isu semasa ini.

Semalam, Nazri menegaskan bahawa Anwar tidak harus takut untuk berhadapan dengan siasatan suruhanjaya diraja mengenai pendedahan rakaman video seks kerana ia akan turut memanfaatkan Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) itu.

Sehubungan itu kata Nazri, tiada sebab mengapa Anwar harus bimbang untuk menghadapi atau membantah pembentukan suruhanjaya sedemikian.

"Jika lelaki dalam video itu bukan Anwar, maka ia harus menjadi kelebihan politk yang cukup besar bagi pembangkang dalam pilihan raya umum.

"Saya merasakan beliau dan pembangkang boleh menang besar. Jadi mengapa bimbang?" kata beliau.

Katanya, penubuhan suruhanjaya diraja adalah penting sebab polis sudah mengesahkan ketulenan video seks itu.

Nazri berkata identiti lelaki dan wanita dalam aksi seks rakaman itu harus ditentukan sebab polis sudah pun mengesahkan bahawa video itu bukan satu rekaan.

"Bagi Barisan Nasional, kami juga mahu membersihkan nama kami, memandangkan kami juga telah dituduh sebagai dalang pendedahan video seks ini," kata beliau.

Satu kajian kendalian Merdeka Center yang dibawa The Malaysian Insider pagi semalam menunjukkan majoriti rakyat Malaysia berpandangan pendedahan rakaman video seks oleh tiga "Datuk T" bermakna berkemungkinan skandal itu didalangi BN.

Kajian itu menunjukkan 39 peratus daripada 504 responden menuding jari ke arah BN dan Umno ekoran pendedahan video tersebut 21 Mac lalu.

Pun begitu ramai juga yang sangsi dengan kemungkinan itu memandangkan 38 peratus mengatakan mereka tidak tahu.

Hanya 18 peratus dengan tegas mengatakan BN tidak terlibat dalam kontroversi itu, yang menunjukkan seorang lelaki, didakwa pemimpin kanan Pakatan Rakyat, mengadakan hubungan seks dengan pelacur asing.

Kajian itu dikendalikan antara 24 dan 27 Mac lalu.

Ketika menemui pemberita tiga hari selepas pendedahan rakaman itu, Abdul Rahim yang juga bekas ketua Pemuda Umno pusat berkata, beliau mengulangi pendiriannya meminta pemimpin pembangkang yang dirujuknya sebagai "si polan" supaya meletak jawatan atas faktor liabiliti, seperti yang dilakukan olehnya ketika berdepan dakwaan merogol gadis bawah umur kira-kira 17 tahun lalu.

Beliau berkata, tindakannya meletak jawatan sebagai ketua menteri Melaka adalah kerana permintaan Anwar pada ketika itu, yang menyifatkannya sebagai bebanan kepada Umno selain faktor semangat kesetiaan kepada kepentingan-kepentingan negara walaupun mahkamah kemudian mendapatinya tidak bersalah.

Anwar sebelum ini menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan polis terbabit dalam pendedahan rakaman video seks itu.

Najib dan Hishammuddin masing-masing presiden dan naib presiden Umno telah menafikan penglibatan mereka dalam rakaman berkenaan. -TMI

Ulasan GB

Begitu caranya mereka cuba untuk memanipulasi isu video seks. Datuk T tak ditahan walaupun TELAH JELAS kesalahan mereka.

Suruhanjaya Diraja yang hendak ditubuhkan bagi menyiasat kandungan rakaman itu sekalipun banyak pihak telah menyatakan penubuhan Suruhanjaya adalah tidak perlu dan menghabiskan wang negara.

Tetapi kerana "mindset" pemimpin UMNO ialah untuk membunuh karakter Anwar "at all costs" maka diajukan juga penubuhan Suruhanjaya ada peluang nanti Anwar dapat diaibkan lagi melalui siasatan berkenaan. Di samping dalamasa yang sama untuk mewujudkan tekanan mental kepada Anwar setidak-tidaknya di sepanjang siasatan itu berjalan.

Dengan cara itu, Anwar boleh diminta (dipaksa) sekali lagi berbogel, kemudian disiasat itu dan ini kononnya untuk mensahihkan yang imej dalam video itu Anwar atau pun bukan.

Dan siapa lantik anggota Suruhanjaya? Najib dan konconya. Yang memang dikenalpasti memushi Anwar.

GB sudah ulas sebelum ini bahawa keseluruhan episod ini adalah satu perangkap.


Apakah Datuk T itu akan ditahan oleh pihak polis "untuk membantu siasatan"?

Itu yang dinantikan oleh rakyat sekarang ini.

Atau apakah Anwar memasuki perangkap Hishamuddin yang memang sudah menjangkakan Anwar akan membuat laporan polis mengenai video berkenaan dan mereka sudah menyiapkan skrip selanjutnya?

Sama-sama kita nantikan.



Medan Dilanda Banjir Paling Buruk

Posted: 04 Apr 2011 02:00 AM PDT

Medan(Indonesia): Beribu-ribu buah rumah, sekolah dan pusat kesihatan masyarakat dan masjid di sembilan kawasan di Medan, Sumatera Utara, ditenggelami air selepas dilanda banjir kilat Jumaat lalu.

Paras air yang naik secara mendadak menyebabkan ratusan ribu penduduk yang tidak bersedia terpaksa melarikan diri ke tempat lebih tinggi, pusat perlindungan sementara dan kawasan tidak terjejas banjir. Sebilangan besar mereka hanya sehelai sepinggang.

Namun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Gabenor Sumatera Utara, Encik Gatot Pujonugroho, yang dipetik laman web Seputar Indonesia, berkata kawasan yang ditenggelami air termasuk Medan Tuntungan, Selayang, Medan Polonia, Baru, Medan Petisah, Medan Johor, Medan Barat, Medan Helvetia dan Medan Maimun.

'Banjir kilat kali ini merupakan yang paling buruk pernah berlaku berbanding banjir kilat pada 2001 dan 2006. Beberapa batang jalan utama di kota Medan, termasuk Jalan Diponegoro, Jalan Sudirman dan Jalan Wali Kota masih ditenggelami air hingga ke paras pinggang,' kata beliau, sambil menambah bahawa kediaman rasmi dan pejabat Gabenor Sumatera Utara turut ditenggelami air.

Encik Gatot berkata banjir berpunca daripada air di dua sungai utama di Medan, iaitu Sungai Babura dan Sungai Deli, melimpahi tebing berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

'Medan juga mengalami perubahan cuaca mendadak apabila pusaran angin berkumpul di wilayah Sumatera Utara, menyebabkan hujan lebat dan banjir yang diramal berterusan hingga Mei,' katanya.

Beliau, bagaimanapun, berkata operasi di lapangan terbang utama di Medan tidak terjejas dan masih berfungsi seperti biasa.

Ketua Jabatan Meteorologi, Iklim dan Geofizik Indonesia, Encik Albertus Kusbagio, berkata pihaknya meramalkan keadaan cuaca tidak menentu di wilayah Sumatera Utara dan kemungkinan banjir berulang dalam tempoh terdekat.

'Pusaran angin yang berhimpun di Sumatera Utara mendorong pembentukan awan tebal yang membawa hujan lebat. Pada masa yang sama, sungai di sekitar Medan tidak mampu menampung jumlah air yang terlalu banyak ketika hujan lebat, juga menjadi punca banjir kilat,' katanya.

Sementara itu, di Papua, banjir kilat yang melanda wilayah Paniai, Ekadiede dan Agadide Paniai di timur, menyebabkan sekurang-kurangnya 13 orang terkorban, manakala lebih 100,000 penduduk terpaksa dipindahkan. -- Agensi.

Tiada ulasan: