Isnin, 25 April 2011

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Sai Baba Si Dajal Akan Hidup Kembali

Posted: 25 Apr 2011 08:47 AM PDT

Isu Semasa

Sai Baba
Inilah Antara 30 dajal seperti diceritakan oleh Rasulullah s.a.w















Orang ini pernah digelar sebagai "dajjal dari Khurasan" oleh beberapa penulis Islam. Namanya Sathya Sai Baba. Dia adalah seorang tokoh berpengaruh dari Puttaparti, India yang mempunyai 20 juta pengikut di seluruh dunia. Pagi semalam 24 april Sai Baba meninggal dunia pada usia 86 tahun.

Mengikut dakwaan pengikutnya, Sai Baba  dipercayai boleh menghidupkan orang mati, menyembuhkan orang lumpuh dan buta, bahkan mampu menurunkan hujan dan mengeluarkan tepung dari tangannya. Bukan itu saja, dia pernah menunjukkan kesaktiannya dengan berjalan di atas bumi yang terbelah dan menukar kepingan besi menjadi emas. "Kesaktian" yang dimilikinya itulah menjadikan jutaan manusia di seluruh dunia kagum kepadanya sehingga menganggapnya sebagai Nabi bahkan ada yang menganggapnya TUHAN

Ada penulis Islam yang menggelar Sai Baba sebagai  "dajjal" 

"Hari kiamat tidak akan muncul hingga 30 dajjal (pendusta) muncul, mereka semua berdusta tentang Allah dan Rasulnya" (hadis riwayat abu Hurairah)

"Dajjal adalah seorang lelaki gemuk, berkulit merah dan berambut kerinting" (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Ada penulis yang menyatakan gambaran hadis-hadis itu sepadan dengan watak Sai Baba yang berbadan gempal, berambut kerinting dan mengaku dirinya Nabi itu.
-ijoks2009-

Yang pasti Sai baba akan hidup kembali tapi bukan dia yang menghidupkan dirinya tapi Allah yang akan menghidupkannya di padang mahsyar nanti menerima pembalasannya termasuk kita.



Cari N3 lama-lama disini

RM108 Bilion Lesap.

Posted: 25 Apr 2011 03:54 AM PDT

Isu Semasa

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas pada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas kejayaan mereka memerangi rasuah didalam operasi 3b baru-baru ini.
Tetapi apa yang amat mengecewakan saya diantara kalangan Pegawai-pegawai Kastam yang berkhidmat didalam Jabatan Kastam DiRaja Malaysia ialah tentang kenyataan akhbar oleh Y.Bhg. Datuk Mustafar Ali Pengarah Siasatan SPRM berkaitan hasil RM 108 bilion yang lesap setiap tahun akibat perbuatan segelintir Pegawai Kastam.

Jikalau kita lihat kenyataan akhbar beliau pada 2hb. April 2011 didalam akhbar Mingguan Malaysia yang lalu, terang-terang Pengarah Siasatan SPRM tersebut menyatakan Negara kerugian RM 108 bilion akibat perbuatan segelintir Pegawai Kastam yang mengamalkan rasuah dan pada 4hb. April 2011 beliau sekali lagi telah membuat kenyataan akhbar dengan menyatakan jumlah kerugian RM 108 bilion bukanlah kerugian hasil disebabkan amalan rasuah oleh Pegawai Kastam sebaliknya jumlah kerugian tersebut adalah akibat perlakuan jenayah yang turut melibatkan pelbagai akta dibawah SPRM, Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM),

Polis dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Kenyataan akhbar semula pada 4hb. April 2011 tersebut sebenarnya banyak dipengaruhi oleh kenyataan akhbar Menteri Kewangan Kedua, Y.B Dato' Seri Hj. Ahmad Husni Hanadzlah pada tarikh yang sama tersebut, yang mana Y.B Menteri Kewangan Kedua telah menyatakan mengikut rekod Kementerian Kewangan jumlah RM 108 bilion membabitkan kesalahan-kesalahan di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001 yang telah dilaporkan oleh kesemua agensi-agensi penguatkuasaan di Negara ini.

Beginikah seseorang pegawai tertinggi didalam agensi kerajaan membuat kenyataan akhbar ikut sesuka hati beliau dan bercanggah dengan rekod yang sebenarnya terdapat didalam simpanan Kementerian Kewangan Malaysia. Sungguh tidak professional langsung walaupun kita sedia maklum jawatan beliau sebagai Pengarah Siasatan didalam teraju SPRM adalah didalam kategori profesional.

Apa yang ingin saya menyatakan disini sebagai salah seorang daripada kalangan Pegawai-pegawai Kastam seluruh Malaysia berasa amat sedih dan kecewa dengan kenyataan-kenyataan akhbar yang tidak berasas dan mengelirukan fakta sebenar kes yang dilaporkan oleh Pengarah Siasatan SPRM berkenaan. Bayangkanlah betapa mudahnya Pengarah Siasatan SPRM berkenaan boleh mengubah-ubah kenyataan akhbarnya yang tidak diusul periksa sedalam-dalamnya terlebih dahulu.


Lagi satu ingin saya mempersoalkan disini, kalau benar segelintir Pegawai-pegawai Kastam (62 orang) seperti dilaporkan media baru-baru ini telah lesapkan wang hasil Negara sebanyak berbilion-bilion kenapa sampai ke hari ini pihak SPRM tidak mendedahkan segala harta, aset, wang tunai di dalam bank atau simpanan ditangan atau pun jumlah kekayaan yang dimiliki oleh Pegawai-pegawai berkenaan (62 orang) untuk pengetahuan masyarakat umum?

Memang tidak dinafikan mudah untuk kita memberi kenyataan akhbar tetang sesuatu peristiwa/kejadian/kes yang berlaku atau terjadi, tetapi beliau selaku Pengarah Siasatan SPRM yang boleh dikira didalam barisan tertinggi pucuk pimpinan SPRM yang mana badan ini diberi tanggungjawab penuh oleh Kerajaan Malaysia untuk membanteras kegiatan rasuah diwajibkan melaporkan perkara yang telus, benar dan sahih bukannya membuat kenyataan yang disebaliknya.

Beliau seharusnya sedar kenyataannya akan menyebabkan orang awam atau pembayar cukai akan hilang kepercayaan pada Jabatan Kastam DiRaja Malaysia dan memandang semua kakitangan-kakitangan didalam Jabatan Kastam DiRaja Malaysia sebagai perasuah dan penghabis wang hasil Negara untuk kesenangan diri masing-masing. Kini kami berasa amat malu dan sedih dengan ahli keluarga, rakan-taulan, saudara-mara dan orang-orang kampung yang mengecap dan beranggapan semua Pegawai Kastam merasuah. Perlukah kami hidup sengsara begini akibat kenyataan-kenyataan akhbar yang teramat-amat memalukan kami semua.

Sedarlah SPRM sudah puas hatikah kamu menjadikan kami semua mangsa didalam keadaan yang serba salah hasil dari mainan sandiwara kamu itu. Padahal sudah terbukti umum bahawa JKDM adalah agensi kerajaan nombor dua terbesar mengutip hasil cukai/duti/eksais untuk tabung pembangunan Negara dan tiap-tiap tahun hasil kutipan cukai/duti/eksais semakin bertambah bukannya berkurangan.

Suka saya disini merujuk pada artikel yang ditulis oleh Norhaili Abd Latiff dari Rawang, Selangor didalam ruangan Forum Utusan Malaysia bertarikh 5hb. April 2011 yang lalu, izinkan saya memetik beberapa rangkap ayat dari artikel tersebut. "Saya rasa penyelewengan ini sudah berlaku sekian lama dan bayangkan RM 108 bilion cukai/wang pendapatan kerajaan lesap begitu sahaja. Jika tidak silap saya, setahun subsidi petrol oleh kerajaan RM 50 bilion."

Sebagai orang awam memang tidak boleh dinafikan memang akan mudah mempercayai kenyataan-kenyataan akhbar yang dilaporkan, lebih-lebih lagi kenyataan itu adalah datang daripada orang yang berautoriti didalam sesuatu bidang tersebut. Tetapi izinkan saya disini sebagai antara Pegawai-pegawai Kastam dari seluruh pelusuk Malaysia memanjangkan permintaan pertolongan daripada Y.Bhg. Dato' Sri Hj. Abu Kassim Mohamed Ketua Pesuruhjaya SPRM atau pun Y.Bhg. Datuk Mustafar Ali Pengarah Siasatan SPRM membuat kenyataan akhbar semula dan memperbetulkan kenyataan-kenyataan yang sebelum ini yang lebih mirip pada mereka-reka atau mengandaikan tanpa mendapat tahu kepastian/kesahihan yang sebenarnya.

Kepada Pegawai-pegawai Kastam diseluruh Malaysia saya ingin mengambil kesempatan disini, menyeru agar teruskanlah tugas-tugas dan perjuangan anda sebagai penjawat awam dan pihak yang berautoriti untuk memungut hasil cukai/duti/eksais Negara dengan penuh ikhlas, dedikasi dan bertanggungjawab. Jangan mudah patah semangat atau kecewa atas kenyataan-kenyataan akhbar yang tidak konsisten itu. Ketahuilah bahawa pungutan hasil cukai/duti/eksais yang anda pungut itu banyak membantu untuk menjana ekonomi dan pembangunan Negara.

Sesungguhnya kami dari kalangan Pegawai-pegawai Kastam seluruh Malaysia merasa amat jijik dan benci terhadap rasuah dan juga sentiasa dengan tangan terbuka menghulurkan bantuan kepada pihak yang berwajib untuk membanteras gejala rasuah. Ini seiring dengan syariat dan tuntutan agama Islam mengharamkan perbuatan rasuah seperti mana sabda Rasulullah S.A.W: "Laknat Allah ke atas pemberi rasuah dan penerima rasuah."(Hadis riwayat Ibnu Majah).

By: Mr. Right
Aduan Rakyat

Cari N3 lama-lama disini

Kisah Pesakit Yang Membenci Doktornya

Posted: 25 Apr 2011 12:19 AM PDT

Merenung Sejenak
gambar hiasan(Molekul Air Zam-zam)

 Assalamualaikum dan salam blogger,
Dalam kehidupan kita sehari-hari kita banyak kali terjumpa dengan macam-macam ragam manusia,ada yang hidupnya susah dan ada yang senang,ada yang sihat tak kurang juga ada yang dilanda masaalah sakit kronik.
Apa akan berlaku jika sekiranya seorang pesakit kronik yang selama ini dikatakan hanya ada sebuah klinik sahaja yang dapat mengobati penyakitnya dan hanya ada seorang doktor pakar sahaja yang dapat merawatnya.

Tentu sahaja dia akan berusaha untuk mendapatkan rawatan dari doktor di klinik tersebut walaupun jauh dan susah macammana sekalipun.tapi ada sejenis penyakit yang pengidapnya tidak suka untuk berubat bahkan semakin menjauhkan diri dari hospital pakar tersebut .Ada dikalangan pesakit kronik ini yang membenci doktor pakar itu.Penyakit ini pelik sikit,makin teruk sakitnya,makin dia menjauhkan diri dari hospital pakar itu dan adakalanya dia suka mencaci dan menghina doktor pakar bagi penyakitnya.

Kalau kita perhatikan makin ramai orang kita dihinggapi penyakit ini,
Penyakit itu ialah penyakit hati ,hospital pakarnya adalah masjid  dan alim ulamak adalah doktor pakarnya.



Cari N3 lama-lama disini

Tiada ulasan: