Kami Sokong Tokguru |
- Hadis Akhir Zaman
- Wanita Islam Pertama Berbogel Untuk Majalah Playboy
- Perkara Haram Yang Dianggap Biasa(sambungan N3 terdahulu)
Posted: 19 Apr 2011 10:57 PM PDT Merenung Sejenak Assalamualaikum dan salam blogger, Dunia hari ini adalah dunia fitnah,dunia yang paling ditakuti oleh rasulullah s.a.w dan sahabat,jika tidak ada persediaan dengan ilmu dan iman kita akan hanyut.hanya Al-Quran dan hadis sahaja tali yang kukuh tempat kita berpegang,mari sama-sama kita renungi hadis rasulullah s.a.w dibawah. (Sila klik tanda "+" untuk besarkan tulisan) | ||
Wanita Islam Pertama Berbogel Untuk Majalah Playboy Posted: 19 Apr 2011 03:22 PM PDT Isu Semasa
Dia yang merupakan seorang aktres yang membintangi drama telenovela Jerman, Bad Times disenangi ramai peminatnya dan membuatkan keluarganya berasa bangga. Namun, langkah terbarunya mengejutkan para peminatnya dan turut menyebabkan mereka yang rapat dengannya naik berang. Beraksi berahi untuk kulit majalah Playboy Jerman dengan satu payu daranya terdedah, Sila sengaja mahu menyampaikan mesej yang jelas kepada keluarganya yang mengamalkan cara hidup Islam. "Saya berbogel untuk Playboy kerana saya mahu bebas," kata Sila. "Gambar-gambar ini merupakan bukti kebebasan saya daripada semua halangan yang terpaksa diikuti semasa zaman kanak-kanak saya," tambahnya. Keluarganya, bagaimanapun, tidak dapat menerima perbuatan Sila dengan ibunya bertindak memutuskan perhubungan dengan aktres berkenaan. "Ibu saya masih marah. Ia lebih sukar dengan datuk dan nenek saya, serta ibu dan bapa saudara saya," kata wanita jelita itu di laman web siri televisyen berkenaan. Dia bagaimanapun, berjaya bercakap dengan ayahnya yang juga seorang pelakon. Ayah Sila bimbang anak gadisnya akan dibenci bukan sahaja oleh masyarakat Turki di Jerman, tetapi oleh seluruh umat Islam akibat tindakannya. Sila berkata, dia berbogel untuk majalah Playboy bagi menyeru wanita-wanita Islam yang selama ini hidup terkongkong dan tidak dibenarkan membuat pilihan, termasuk dalam menentukan calon suami serta keperawanan mereka, supaya bangkit untuk bersuara dan bertindak. Tindakan Sila menjadikannya sebagai wanita Turki pertama yang berbogel untuk Playboy. Dia bagaimanapun kesal dengan tindakan keluarganya yang menyisihkan dirinya kerana isu tersebut. Dalam satu wawancara, Sila merayu keluarganya supaya memahami punca dia membuat keputusan untuk bergambar tanpa seurat benang itu. Aktres berkenaan turut merayu keluarganya supaya memaafkan dirinya. "Saya berharap mereka (keluarganya) dapat memaafkan saya," kata Sila. "Tolonglah terima saya semula," tambahnya. - Agensi Apa nak jadi dengan masyarakat Islam sekarang,bukan sahaja nilai akhlaknya menurun bahkan nilai akidahnyapun dah menurun.Perkara macam ni yang membuatkan saya bimbang tentang nasib anak cucu kita nanti,jika hari inipun dah macam-macam penyakit yang melanda ummat islam bayangkan apa akan berlaku 10 hingga 20 tahun akan datang. | ||
Perkara Haram Yang Dianggap Biasa(sambungan N3 terdahulu) Posted: 19 Apr 2011 07:41 AM PDT Merenung Sejenak Baca dulu tulisan terdahulu
- Riak dalam Ibadah. Antara yang dibahaskan oleh penulis buku kecil terbitan Jabatan Agama Islam Kelantan ini ialah riak dalam ibadah,Orang yang melakukan ibadah dengan maksud agar dilihat orang adalah dikira melakukan syirik kecil.walaupun tidak membatalkan aqidah tetapi analannya itu akan sis-sia bahkan itu adalah salah satu ciri-ciri orang munafik. "sesungguhnya orang-orang munafik itu (ingin) menipu Allah dan Allah akan membalas tipuan mereka.Dan apabila mereka berdiri untuk solat,mereka berdiri dengan malas.mereka bermaksud riya' 9dengan) solat dihadapan manusia dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali" (surah annisa' ayat 142) Dalam menjelaskan perkara yang sama Rasulullah s.a.w bersabda "sesiapa yang melakukan perbuatan sum'ah(melakukan ibadah dengan maksud dipuji orang), nescaya allah akan menyebarkan aibnya dan sesiapa yang melakukan perbuatan riaya'(memperindahkan ibadah dihadapan orang) nescaya Allah akan menyebarkan aibnya (hadist riwayat muslim) Perbuatan macam ni memang banyak berlaku dalam masyarakat kita,semoga kita tidak termasuk dalam kategori ini.sama -sama kita nilai diri sendiri bagaimana bentuk solat kita jika berseorangan dan bagaimana pula jika dihadapan orang ,ada lain tak? Saya diberitahu (betul atau tidak wallahua'lam) ada dikalangan calon pilihanraya yang solat zuhur sampai 2-3 kali sehari.Maklumlah bila berkempen akan singgah dari rumah kerumah,yang hairannya ada dikalangan calon Yb yang tumpang solat zohor di setiap buah rumah yang dia kunjungi,mungkin dia solat kadho' kot,wallahua'lam. - Percaya kepada Sial hari dan Bulan Tertentu Contohnya tidak mahu melakukan pernikahan pada bulan-bulan atau hari-hari tertentu kerana katanya akan jadi mudharat dan sebagainya. - Bersumpah dengan nama selain Allah Hanya Allah sahaja yang berhak bersumpah dengan apa saja makhluknya sedangkan diharamkan bagi kita untuk bersumpah atas nama selain allah "Sesiapa yang bersumpah dengan nama selain Allah makan dia telah berbuat syirik" "sesiapa yang bersumpah demi amanat(demi negara ,demi bangsa dan sebagainya) maka dia tidak termasuk golonganku "(hadist riwayat Imam Ahmad dalam "sahihul jami' no 6204) (Riwayat Abu Daud no 3252) - Duduk Bersama Orang-Orang Munafik Atau Fasik (Kecuali untuk berdakwah kepada mereka) Memang ramai dizaman ini golongan manusia macam ini ,mereka sanggup duduk semeja atau semajlis dengan orang-orang yang menghina syariat Allah ,memperlekehkan Islam dan penganutnya.Menurut pengarang buku ini mereka yang bersama-sama dengan orang fasik ini adalah manusia yang CACAT,iaitu cacat akidahnya. "Dan apabila kamu melihat orang-orang yang memperolok-olokkan ayat-ayat kami maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka membicarakan perbicaraan yang lain .dan jika Syaitan menjadikan kamu lupa (tentang larangan ini) ,maka janganlah kamu duduk bersama-sama orang yang zalim itu sesudah teringat (larangan itu) (Surah Al-An'am ayat 68) -ijoks2009- Jika ada masa insyaallah akan ada sambungannya nanti |
You are subscribed to email updates from Kami Sokong Tokguru To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan