™ kaasii peecaahhh laaa...® |
- Hi-Tea bersama Badrul Hisham Shaharin (CheguBard)
- Suruhanjaya Siasatan DiRaja untuk kematian Ahmad Sarbani Mohamed mesti ditubuhkan - Nik Nazmi
- Ubah Pemerintah sekarang..... Selamatkan Rakyat Sarawak
- Surat terbuka kepada PM
- hentikan politik 'lucah' segera !! - SAMM
Hi-Tea bersama Badrul Hisham Shaharin (CheguBard) Posted: 08 Apr 2011 04:55 AM PDT Semua di jemput menghadiri Program Hi Tea bersama Badrul Hisham Shaharin (CheguBard) Pada: Sabtu 09 April 2011 Tempat: Dewan JKKK Sg. Bakap (S) , Kg Permatang Ara , Sg Bakap Jam : 5.00 Petang CheguBard merupakan orang yang ke-2 selepas Johari Abdul yang melihat video fitnah terhadap Anwar Ibrahim bersama Dato' T. Datanglah beramai2 mendengar sendiri komen daripada beliau. Benarkah Anwar di dalam video tersebut?.......... |
Suruhanjaya Siasatan DiRaja untuk kematian Ahmad Sarbani Mohamed mesti ditubuhkan - Nik Nazmi Posted: 07 Apr 2011 07:54 PM PDT Tragedi kematian Ahmad Sarbani Mohamed, Penolong Pengarah Pejabat Kastam Pelabuhan Klang telah mengejutkan kita semua. Beliau ditemui meninggal dunia di Pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane pada 6 April yang lalu. Terlalu banyak persoalan yang masih tidak terjawab tentang kematian Allahyarham Sarbani yang berlaku ketika Suruhanjaya Siasatan DiRaja tentang kematian Teoh Beng Hock sewaktu siasatan SPRM. Kebetulan pula Allahyarham tinggal di kuarters Kastam yang terletak di kawasan DUN saya, Seri Setia. Beberapa hari yang lalu saya mendapat maklumat bahawa pegawai-pegawai Kastam merasakan diri mereka menjadi kambing hitam dalam Operasi 3B yang dilaksanakan oleh SPRM untuk menyiasat rasuah dan penyelewengan Kastam. Suruhanjaya Siasatan DiRaja mesti ditubuhkan untuk mensyiasat kematian Allahyarham Sarbani dengan serta-merta dengan melibatkan masyarakat sivil serta menyiasat struktur dan organisasi SPRM dalam kes ini. Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Allahyarham Sarbani datang ke SPRM secara sukarela tidak masuk akal memandangkan beliau telah ditahan dalam Ops 3B pada 1 April dan dibebaskan atas ikatjamin pada 2 April yang lalu. Mengapa beliau hendak ke SPRM sekiranya tidak dipanggil oleh SPRM? Kenyataan Najib dan Dato' Seri Nazri Aziz bahawa Ops 3B akan diteruskan dalam ketegasan kerajaan melawan rasuah juga amatlah menyedihkan memandangkan ketegasan yang sama tidak pernah kelihatan dalam melawan rasuah melibatkan pimpinan politik Barisan Nasional. Ini bukan kali pertama kerajaan BN lebih tegas bertindak terhadap penjawat awam berbanding pemimpin mereka sendiri. Sudah tersebar SMS kononnya meskipun kematian Allahyarham Sarbani dikesali namun ketegasan kerajaan menentang rasuah harus mendapat sokongan rakyat. Siapa yang bertanggungjawab menghantar SMS begini ketika Allahyarham Sarbani baru sahaja dikebumikan? Najib dan Nazri juga mengambil kesempatan meneruskan desakan penubuhan Suruhanjaya DiRaja dalam isu video Dato' T. Malang sekali pemimpin BN nampaknya lebih mahu bermain politik dan bukannya menjawab persoalan yang bermain di minda ramai penjawat awam dan rakyat umum yang cintakan keadilan dan kebenaran. Pada masa yang sama, kami berharap pihak CUEPACS dapat tegas memperjuangkan kebajikan penjawat awam yang disiasat oleh SPRM dan seolah-olah bersalah sebelum diputuskan oleh mahkamah. Kami juga berharap Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) yang baru ditubuhkan dapat memulakan siasatan ini untuk memulihkan keyakinan penjawat awam dan rakyat terhadap institusi penguatkuasaan selepas rentetan satu demi satu kes malang. NIK NAZMI NIK AHMAD Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat merangkap ADUN Seri Setia, Selangor 'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia' ™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........® !!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!! http://zulmamakpng.blogspot.com/ !!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! |
Ubah Pemerintah sekarang..... Selamatkan Rakyat Sarawak Posted: 07 Apr 2011 07:18 PM PDT Video ini dirakam khas untuk pendidikan para pengundi, terutamanya untuk mengetahui bagaimana undi kita dapat dilindungi daripada dikesan. Untuk semakan daftar pemilih sila ke laman SPR dan semak samada nama anda telah berada dalam sistem sebagai pengundi berdaftar. http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/daftarbi.aspx 'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia' ™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........® !!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!! http://zulmamakpng.blogspot.com/ !!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! |
Posted: 07 Apr 2011 06:56 PM PDT Y.A.B Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 pada bila-bila masa akan YAB Datuk Seri umumkan. Dan terkini, kempen pilihan raya DunSarawak sedang berlangsung dan hangat bermula. Namun apa jua maksud tersurat dan tersirat, saya bagi pihak orang-orang Melayu, bangsa peribumi, umat lslam, golongan pendidik, ibu bapa, penulis, sasterawan, budayawan, aktivitis masyarakat, para pejuang dan pecinta bahasa dan orang awam yang telah bersama-sama menzahirkan sukma rasa lahir dan jiwa sokongan penuh tidak berbelah bahagi kepada pemansuhan muktamad isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa lnggeris (PPSMI) yang telah diputuskan oleh kerajaan pimpinan YAB Datuk Seri menerusi pengumuman yang dibuat oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin Menteri Pelajaran merangkap Timbalan Perdana Menteri. Sedarilah bahawa keputusan ini telah disambut dengan penuh gembira, titisan air mata kesyukuran dan penghormatan terhadap kerajaan BN pimpinan YAB Datuk Seri dahulu. Lantaran itu usahlah dipersia-siakan perjuangan murni ini. Namun, seperti mana yang dilaporkan di akhbar-akhbar hari ini bahawa YAB Datuk Seri akan menimbangkan semula pelaksanaan PPSMI dalam dua opsyen adalah sesuatu berita yang amat memeranjatkan, menyedihkan dan tragis. Saya bagi pihak rakyat terbanyak mengingatkan agar YAB Datuk Seri jangan sengaja 'memainkan perasaan orang Melayu' demi menjaga 'sentimen orang lain yang berkepentingan'. Rakyat terbanyak akan bertambah keliru dan prasangka kerana YAB Tan Sri Muhyiddin pernah mengumumkan bahawa PPSMI adalah suatu keputusan muktamad apabila pemansuhannya diumumkan dahulu. Dan ini kelihatan nampak jelas adanya percanggahan dalam kepemimpinan YAB Datuk Seri. Apatah lagi apa yang dikatakan oleh YAB Datuk Seri bercannggah dengan aspirasi dan perjuangan rakyat terbanyak khususnya Melayu- Bumiputera yang menjadi tonggak utama jatuh bangunnya. Umno parti dukungan YAB Datuk Seri. Justeru, saya bagi pihak umat Melayu-lslam-Bumiputera sekali lagi menyatakan berterus terang dan menyedari bahawa orang-orang Melayu kini mula mual jelak dan marah terhadap mana-mana pemimpin yang tidak bertegas, kelihatan bercanggah dan boleh dianggap ada pergeseran antara dua pemimpin tertinggi. Dan apa yang lebih penting rakyat tetap menentang habis-habisan mana-mana pemimpin yang lebih mementingkan 'periuk nasi' daripada kepentingan perjuangan bangsa, agama dan negara. Harapan kami, agar PRU 2008 lalu tidak umpama, 'nasi sudah menjadi bubur'. Salam. Dr Rajiee Hadi ialah Presiden Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia. |
hentikan politik 'lucah' segera !! - SAMM Posted: 07 Apr 2011 05:16 PM PDT Kenyataan Terbuka SAMM 7 April 2011 Ketika media dunia membincangkan perbagai perkara penting seperti krisis radiasi (impak Tsunami Jepun), Kebangkitan rakyat ditumur tengah hingga Afrika, Krisis yang menyerlahkan kegagalan sistem ekonomi 'kapitalis' sehingga menyeret ada negara menjadi muflis.... namun dalam negara ini media lebih seronok memainkan 'politik' berasaskan tuduhan seks dan video lucah. Tidak tahu dimana salahnya , adakah salah media arus perdana yang dikuasai pihak tertentu atau pemain - pemain utama politik negara yang sanggup bertindak ala 'desparado'. Ketika dunia sedang beralih kepada politik baru berasaskan nilai, rekod dan idea...Malaysia seolah mundur ke belakang dengan politik selak kain yang sebenarnya lansung tidak memajukan pemikiran rakyat. Sudahlah tayangan video lucah dilakukan secara terbuka dan seolah dilindungi penguasa. Malah yang terbaru 'desparado'nya politik hingga sanggup menghantar buku lucah terus ke rumah orang. Buku yang terdapat gambar - gambar bogel dan gambar orang sedang mengadakan hubungan seks cuma bahagian kepalanya diganti dengan gambar musuh politik mereka. Bayangkan di kawasan bandar tempat komik ini di edar ibu dan bapa bekerja, anak balik sekolah melihat buku lucah yang pos ke rumah. Mengenai tayangan video mustahil regim pemerintah tidak mengetahuinya.
Kembali kepada buku lucah yang dihantar ke rumah-rumah. Apa yang ibu atau bapa hendak jawab apabila di asak dengan soalan kenapa begini mengapa begitu selepas anak - anak kecil melihat sendiri buku lucah tersebut....atau lebih parah lagi ada anak yang menyimpan dan meniru perbuatan dalam b uku lucah tersebut.... Mana pergi pemikiran waras orang - orang politik yang bertindak sedemikian rupa ? Media arus perdana seperti Utusan Malaysia pula menyiarkan di muka depan aksi lucah begitu juga Buliten Utama TV3... mana pergi nilai kewarasan manusia ? Hanya kerana politik kita lakukan semua perkara tersebut. Menteri seperti YB Nazri Abd Aziz pula sentiasa terlalu mengeluarkan kenyataan politik dari menghalalkan tanyangan video lucah (selagi tidak bersifat keuntungan kewangan) malah yang terbaru beliau kelihatan begitu meraban apabila menyatakan Wan Azizah isteri Anwar Ibrahim sendiri tidak layak menilai adakah lelaki dalam video tersebut ialah Anwar Ibrahim. Kalau bukan isteri siapa lagi yang layak menilai ? Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini bagi pihak anak muda Malaysia merakamkan rasa kesal dengan politik 'kotor' dan tidak mendidik ini. SAMM mendesak agar pemain - pemain utama politik Malaysia agar kembali kepada landasan politik baru dan mendidik rakyat. Perdebatan harus dilandaskan dari segi polisi, dasar dan idea. Negara kini berada ditahap membinbangkan dari terjunnya ke bawah nilai daya saing, rasuah yang makin meningkat dan kos hidup yang main menjerut rakyat....atas semua ini rakyat memerlukan ahli politik yang lebih matang. Menyerang dari segi politik tidak salah termasuk menggunakan aspek mobilisasi rakyat sebagai penunjuk kekuatan tetapi ia seharusnya berlandaskan pertembungan idea bukan aspek tak bernilai seperti politik selak kain. Ketika kempen pilihanraya umum 2008 juga pasukan kempen saya telah didekati dengan orang tidak dikenali dipercayai orang Umno yang memberikan video lucah yang kononnya Khairy Jamaluddin, tanpa pengetahuan saya ada video ini telah tersebar namun sebaik sahaja saya mengetahuinya saya telah mengarahkan semua dikutip dan dibakar. Sebanyak lebih 2000 keping video tersebut telah dibakar. Kini terbaru pula ada pihak yang menghubungi SAMM mengenai kewujudan video seks yang kononya merakamkan aksi seks seorang isteri pimpinan tertinggi negara.... namun SAMM mengajak semua politik selak kain ini dihentikan segera jangan kerana kuasa sanggup lakukan apa saja. Rakyat diseru menolak politik sensasi selak kain ini dengan menolak ahli - ahli politik yang kelihatan seronok membodohkan rakyat menggunakan politik lucah seperti apa berlaku sekarang. Media yang menjurus kepada perkara yang sama juga harus dijauhkan. che'GuBard Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia DARI ANAK MUDA UNTUK ANAK MUDA |
You are subscribed to email updates from ™ kaasii peecaahhh laaa...® To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan