Selasa, 19 April 2011

GoMalaysian

GoMalaysian


Mengapa PKR Hanya Mampu Menang 3 Dari 49 Kerusi Yang Ditandingi?

Posted: 19 Apr 2011 08:18 AM PDT


DUN Krian bukanlah DUN favourite. Kalau ikut senarai DUN tumpuan, Krian jatuh nombor 18. dan kalau Krian boleh menang, DUN lain juga ada harapan untuk menang..tapi yang betul-betul buat kerja hanyalah Ali Biju. Ali Biju buat kerja dilapangan, itu sebab aku tak tau. Dan dia menang besar di Krian sebab dia buat kerja...


Oleh: MSK

Awal bulan March 2010, masa tu Fuziah Salleh masih lagi menjadi Pengarah Pilihanraya PKR, aku diminta untuk membantu PKR Sarawak membuat persediaan menghadapi PRN Sarawak. Team kami hanya bertiga. Hj. Ismail sebagai Pengarah Operasi, Kak Aishah Lamsah sebagai Pengarah Gerakkerja dan aku dari Unit Data.

Sebulan sebelum berlepas, Fuziah Salleh meneyerahkan kat aku Daftar Pemilih Sarawak yang terbaru pada masa itu. (Setakat Disember 2009). Itu saja modal aku kalau nak buka temberang. Pasal politik PKR Sarawak, aku tak tau. Dan aku tak mau tau. Aku bukan buat kerja untuk individu, tetapi untuk parti.

Prinsip aku ialah…kalau nak menang perlu ada kekuatan diri, bukan diatas kelemahan orang lain atau menumpang kekuatan orang lain. Kalau di Semenanjung, PKR boleh menumpang kekuatan jentera Pas, tapi di Sarawak…Pas pun lemah. Dan bila tiba di Kuching, aku dapati..PKR Sarawak lebih teruk dari yang aku jangkakan.

PKR Sarawak mempunyai ramai pemimpin yang professional, tapi mereka ini terpaksa tunduk kepada warlord yang terdapat di Sarawak. PKR Sarawak berpecah kepada 4 kem.

Pertama kem Haji Baha (Calon Tupong). Kedua, kem Dominique Ng.(Padungan) Ketiga kem Abang Zul (Saribas) dan keempat, warlord Iban yang masing-masing mahu jadi taiko. Itu sebabnya mengapa Baru Bian dipilih menjadi Pengerusi PKR Sarawak walaupun dia dari minoriti Orang Ulu.

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!

Hari pertama bengkel, hanya dihadiri oleh orang-orang dari kem Haji Baha dan kem Iban. Baru Bian juga ada disana. Dan satu perkara yang menarik bagi aku ialah, mereka memperkenalkan diri sebagai bakal Calon. Fuiyo!!

Serius bro!! Kerusi tu depa punya!!

Aku tanya kat depa, macam mana kalau mereka tidak terpilih sebagai calon dalam PRN nanti? Depa jawab depa akan tetap jadi calon. Kalau tak dapat jadi calon PKR, depa akan jadi Calon Bebas.

So, bagi kepimpinanan PKR Sarawak, wala' kepada parti adalah perkara terakhir. Dan mereka telah buktikan!!

Ramai dari pemimpin PKR Sarawak dalah dari SNAP ataupun yang kena reject dari PBB. Oleh kerana mereka ini melompat dari SNAP masuk PKR, mereka tidak dipanggil 'katak'.

Haji Ismail memberikan taklimat tentang jentera dan strategi manakala Kak Aishah menerangkan tentang gerakkerja yang perlu dibuat... (baca selebihnya @ http://www.malaysiatimes.my/2011/04/19/sarawak-2011-penilaian-semula-2/)

Tiada ulasan: