GoMalaysian |
[Sarawak] Kaum Cina Menyokong Pembangkang? Posted: 18 Apr 2011 07:00 AM PDT Ada pihak cuba mewar-warkan orang Cina telah mengundi pembangkang namum kaum lain pula sebaliknya... Sekiranya perkara ini benar, bolehkah DAP dan PKR menang di kawasan di bawah? DUN Kidurong yang hanya mempunyai peratusan kaum Cina sebanyak 52% tetapi DAP telah memenangi kawasan tersebut dengan majoriti besar iaitu 6,930 undi. Manakala DUN Krian pula yang mempunyai 96% kaum Iban telah dimenangi oleh PKR. Di DUN Meradong pula, DAP menang dengan majoriti 2,687 undi walaupun kawasan tersebut hanya mempunyai 56% orang cina manakala orang Iban pula membentuk 36% daripada pengundi di kawasan tersebut. [ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!! [ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!! Ternyata, ini merupakan satu taktik politik yang dimainkan untuk menakut-nakutkan sesetengah pihak supaya undi yang lari pada pilihanraya umum 2008 akan kembali ke pangkuan mereka. Daripada keputusan tersebut, boleh dirumuskan penduduk bandar yang mempunyai akses kepada media internet telah mengundi pembangkang untuk melihat perubahan. Selain itu, PKR harus menaruhkan lebih banyak usaha untuk menembusi kawasan luar bandar untuk memberitahu situasi yang sebenar kepada mereka. |
You are subscribed to email updates from GoMalaysian To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan