Era Pasca |
| Perbandingan Gambar DSAI dan Gambar Susuk Buncit Dalam Video Seks Thai Serba Gagal! Posted: 05 Apr 2011 03:03 AM PDT Sebelum membuat perbandingan, sila ke tajuk "Phaholyothin Road Bukan di K.Lumpur Tetapi di Bangkok!! Sila Ikuti Analisis Penting Edyes!!!" iaitu sebuah analisis yang wajar diberi perhatian. Sila baca artikel tersebut untuk lebih memahami. Cuba lihat gambar yang atas, dan bandingkan dengan gambar di bawahnya. Gambar atas menunjukkan DSAI berpeluh-peluh baru selesai menjamu selera manakala gambar di bawahnya pula, kebuncitan yang melampau. Gambar Anwar Ibrahim jelas bersahaja tidak menampakkan buncit atau boroi walaupun gambar itu mempunyai sedikit sudut sisi yang sepatutnya akan nampak kembung sekiranya DSAI adalah buncit atau boroi. Perbandingan paling sesuai ini saya serah kepada anda untuk sendiri menilai, betapa jahatnya sebuah konspirasi dari pihak yang sangat terdesak dalam cubaan untuk membunuh terus karier DSAI. InshaAllah, sokongan terhadap DSAI akan berterusan malah bakal melimpah ruah ke jalan raya dalam sedikit masa lagi! Sesungguhnya mereka merancang, Allah juga merancang. Nescaya perancangan Allah itu adalah sebaik-baik perancangan !! Takbir !! | ||||||
| SEBARAN SEGERA! SHARE SERAMAI MUNGKIN!! JAWAPAN KEPADA PENYEBAR VIDEO FITNAH3 ANWAR Posted: 04 Apr 2011 08:42 AM PDT TERKINI!! UNTUK EDARAN SEGERA
Hari ini saya terpaksa menonton sedutan video tersebut. Selepas menonton video tersebut, kenyataan awal saya terbukti benar memandangkan sosok dan lenggok badan watak utama termasuk perut yang menonjol jelas sekali bukan sosok badan Anwar. (Gambar: Apakah ini badan Anwar?, Mereka yang rapat dengannya tahu ini bukannya Anwar) Hakikat ini mungkin tidak jelas bagi mereka yang tidak mengenali Anwar secara dekat, tetapi sebagai bekas Setiausaha Sulit beliau selama dua tahun saya tahu bahawa itu bukan Anwar. Apatah lagi saya mengenali keperibadiannya sebagai seorang Muslim dan pemimpin keluarga yang baik. Jelas sekali video ini dibuat untuk tujuan politik. Tarikh video ini ditayangkan kepada wartawan dan seterusnya kini didedahkan sedutannya kepada umum dibuat untuk tujuan strategik sempena Pilihan Raya Negeri Sarawak. Enam persoalan asas masih belum terjawab: 1. Mengapa Rahim Tamby Chik, Shazril Eskay dan Shuib Lazim tidak berani mendedahkan diri mereka ketika mula-mula menayangkan video kepada editor-editor kanan milik Barisan Nasional di Carcosa? 2. Siapakah individu ketiga dalam video tersebut? Kehadiran lelaki ketiga yang bertindak seperti pengarah video menggambarkan ini bukan rakaman CCTV rahsia sebagaimana didakwa Dato' T. (Gambar: Siapa lelaki yang sedang memasang video ini?) 3. Adakah mereka tidak yakin dengan kewibawaan moral mereka sendiri ataupun khuatir bahawa rakyat akan menyimpulkan video ini satu lagi usaha UMNO-Barisan Nasional untuk menyerang Anwar memandangkan ketiga-tiga mereka mempunyai hubungan dengan UMNO khususnya Tun Dr. Mahathir Mohammad dan Datuk Seri Najib Tun Razak? 4. Dato' T mendakwa video ini dirakam di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Namun tulisan di dalam video tersebut (di dalam bahasa Thai) apabila diterjemah menyebut "Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011". Adakah video ini sebenarnya video lucah Thai yang tiada kaitan dengan Malaysia? 5. Mengapa UMNO diam membisu tentang pandangan tiga mufti: Dr Juanda Jaya (Perlis), Datuk Tamyes Abd Wahid (Selangor) dan Datuk Mohammad Shukri Mohammad (Kelantan) yang meminta umat Islam mengesahkan dulu sebarang maklumat yang datang daripada pihak yang fasik? Malah, Tan Sri Harussani Zakaria (Perak) juga mengeluarkan pandangan serupa tetapi menurutnya tidak dilaporkan Utusan Malaysia. 6. Mengapa pihak polis yang tegas memberi amaran kepada orang ramai jangan mengedar video Chua Soi Lek dahulu (yang diakui Soi Lek sendiri benar) tidak mengambil pendekatan sama kali ini? Sudah sampai masanya kita menghentikan politik fitnah kotor dan keji yang merendahkan wibawa politik negara kita. Pada awal tahun ini rakyat menaruh harapan terbitnya Buku Jingga Pakatan Rakyat akan memulakan budaya baru politik mengenai idea dan polisi yang menandakan kematangan masyarakat negara kita. Malangnya bukan sahaja Najib menolak berbahas mengenai buku jingga, tetapi dalam keadaan beliau terdesak kini nampaknya membiarkan budaya politik busuk terus bermaharajalela. Ketika arus demokrasi berkembang pesat di seluruh dunia, politik Malaysia nampaknya masih lagi pada takat yang lama. NIK NAZMI NIK AHMAD Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat |
| You are subscribed to email updates from Era Pasca . . . . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







Tiada ulasan:
Catat Ulasan