Era Pasca |
TAKDE TAJUK PALING TEPAT LAGI UNTUK GOMEN! BACA JE LAH.... Posted: 01 Apr 2011 07:51 AM PDT Malam nie aku tengok banyak sumpah seranah terpacul... Aku belum dengar lagi, tapi baru tengok sebab sumpah seranah tu terpacul di mana-mana dalam FB dan dalam twitter dan tak kurang juga di blog. Aku pun nak ambik bahagian untuk melontar pendapat yang serba ringkas. Ringkas sebab dalam blogosfera, facebookara dan twitterjaya, ramai yang bagi pendapat negetif terhadap kerajaan Malaysia atas tindakan jahat serupa ini. Komen aku juga sudah tentu bersifat negetif terhadap kerajaan dan positif terhadap nasib rakyat. Seperti yang pernah aku nyatakan dalam entry-entry berkenaan RON95 dan RON97, kesimpulan yang aku tekankan ialah - Inilah hasrat kerajaan Malaysia sejak perkenal RON95! Melambungkan harga minyak milik rakyat yg sebenar - RON97!! Harga baru untuk RON97 ialah RM2.80, iaitu rekod tertinggi dalam sejarah. Harga ini melebihi rekod kerajaan Paklah ketika menaikkan harga minyak sebanyak 78sen pada tanggal 5 Jun 2008, meletakkan harga tertinggi ketika itu ialah RM2.70 per liter. Inilah kegilaan kerajaan kita. Memperkenalkan RON95 minyak mesin rumput yang layak untuk negara bukan pengeluar minyak, tetapi telah dikhaskan untuk rata-rata rakyat pendapatan sederhana dan rendah di sebuah negara pengeluar minyak paling berkualiti! Apa bangsat sangat ke rakyat Malaysia nie? Sampai bila rakyat Malaysia nak berdiam diri? Sampai ada saudara mara yang terkorban dek kemalangan terbakar? Ok itu klausa lain dalam bab yang sama, refer entry terdahulu. Oklah, moga lebih ramai yang tersedar dari lamunan, dan menyertai perjuangan kita menumbangkan kerajaan zalim yang berwajah alim! Alim taik kucing!! |
You are subscribed to email updates from Era Pasca . . . . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan