Jumaat, 29 April 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Pasangan Cikgu Berahi Kena Cekup, Si Betina Bergelar Isteri Orang

Posted: 29 Apr 2011 05:00 AM PDT

Sekadar hiasan.

Saya petik:
Wanita bergelar isteri dicekup bersama kekasih

[BH] JITRA: Sepasang kekasih masing-masing guru di sekolah rendah berhampiran dicekup anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) atas kesalahan berkhalwat di sebuah rumah sewa di Kampung Telok Malek di sini, malam kelmarin.

Pasangan guru berusia 30-an itu ditahan kira-kira jam 10.45 malam berdasarkan maklumat awam.
Ketika serbuan, wanita itu hanya berseluar pendek dengan kemeja-T dan menyorok di belakang cermin yang menghubungkannya dengan sebuah bilik rahsia bagi mengelak dikesan, manakala pasangannya hanya berkain pelekat.

Difahamkan pasangan itu sudah menjalin hubungan terlarang sejak tiga tahun lalu walaupun wanita berkenaan masih bergelar isteri orang dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 13 tahun.

Difahamkan, pasangan terbabit pernah mengajar di sekolah sama di Jitra, tetapi masing-masing ditukarkan ke sekolah lain selepas suami wanita itu mendapat tahu mengenai hubungan mereka.

Jurucakap PADKP berkata, pasangan itu dicekup di rumah yang dipercayai disewa lelaki berkenaan dan mereka dikatakan tinggal bersama sejak beberapa bulan lalu.
"Mengikut maklumat, wanita itu dikatakan merajuk selepas berselisih faham dengan suaminya sebelum meninggalkan rumah dan menyewa rumah di Taman Siswa di sini sejak tiga tahun lalu sebelum mula tinggal bersama kekasihnya beberapa bulan lalu.

"Sepanjang tiga tahun berasingan anak mereka dijaga oleh suami, manakala wanita itu tinggal berseorangan. Sejak beberapa bulan lalu, wanita terbabit mula tinggal serumah bersama kekasihnya hingga menimbulkan syak di kalangan masyarakat setempat," katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, guru lelaki itu juga sudah berkahwin dua kali sebelum ini dan mempunyai tiga anak sebelum berpisah.

"Ketika pemeriksaan dibuat, pintu depan rumah berkunci dari dalam dan apabila diketuk berkali-kali seorang lelaki membuka pintu dan memberitahu dia menyewa seorang diri.

"Pemeriksaan lanjut kami menemui guru wanita itu berseluar pendek menyorok di belakang cermin yang dijadikan pintu ke bilik rahsia mereka," katanya

 P/s: Kes kemaruk hubungan terlarang!

[Kemas Kini] Akhirnya Eskay Lafaz Sumpah Laknat

Posted: 29 Apr 2011 01:30 AM PDT


Berita terkini

BH melaporkan trio Daruk T iaitu Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim muncul di Masjid Amru Ibni Al As, Bandar Baru Sentul bagi tujuan melakukan sumpah laknat berhubung isu rakaman video seks fitnah DSAI.

Majlis itu bermula kira-kira jam 4.15 petang tadi dan tamat pada jam 4.25 petang. Hanya Eskay yang melafaz sumpah laknat bagi pihak dua yang lain.

Lafaz sumpahnya: "Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Aku bersumpah aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video itu dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video itu. Sekiranya aku memfitnah, Allah akan melaknat akan ku."

Cuba anda baca lafaz sumpah malaon ini. Dia kata DSAI ada dalam video itu dan DSAI adalah pelaku dalam video. Pelaku apa? Mengapa Eskay tidak lafazkan secara jelas  apa yang berlaku dalam video itu?

P/s: Gila!

Gebang Maut: Eskay TIDAK KELIHATAN di Masjid Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul

Posted: 29 Apr 2011 12:33 AM PDT

Klik untuk besarkan imej.

Kalau anda baca blog pro-UMCO, kegagalan majlis angkat sumpah yang kononnya telah dirancang berpunca daripada kekecohan yang dibuat oleh AMK dan penyokong DSAI. Tulis mereka, penyokong DSAI berjaya menghalang majlis lafaz sumpah laknat/muhabalah Eskay.

Namun apabila kita baca berita di BH, jelas tertulis bahawa kelibat Eskay tidak kelihatan di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul walaupun semalam dia bertegas mahu melafazkan sumpah laknat mazhabnya di masjid itu. Eskay diuar-uarkan akan mewakili Rahim dan Shuib untuk bersumpah di masjid itu. (Cerdik Rahim dengan Shuaib, Eskay dijadikan balaci oleh mereka. Adakah sememangnya Eskay ini budak suruhan Rahim dan Shuaib?)

Berdasarkan maklumat di blog pencacai, Eskay akan tetap melakukan sumpah itu, tetapi tiada maklumat lanjut tentang hal itu.

P/s: Adakah Eskay takut dipanah petir? Kah kah kah!

Berkaitan dengan kekecohan yang berlaku tadi, TM tidak bersetujulah dengan tindakan kurang bijak AMK berserta ketua mereka menyerbu Masjid Amru Al-As sehingga menimbulkan kekecohan. Biarlah Si Eskay itu mahu bersumpah di situ. Tindakan mereka bukan sahaja memberikan poin kepada pencacai UMCO untuk mengatakan bahawa DSAI bersalah, malah sudah tentu mewujudkan persepsi yang kurang baik di mata masyarakat. Kekecohan ini juga akan memberikan poin yang baik kepada media pencacai membuat laporan berunsur fitnah di TV dan di media cetak.



Sunti 14 Tahun Diperkosa Abang Ipar dan Geng

Posted: 28 Apr 2011 11:00 PM PDT


Saya petik:
[HM] SEGAMAT: Seorang gadis sunti berumur 14 tahun yang ketakutan terpaksa membiarkan tubuhnya diratah tiga lelaki termasuk rakan karib abang iparnya sendiri di sebuah rumah di Kampung Kadut di sini.

Dalam kejadian antara jam 8.30 malam hingga 11.30 malam pada 16 April lalu, suspek dipaksa membuka pakaian sebelum dirogol di ruang tamu rumah seorang daripada suspek.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abd Majid Mohd Ali berkata, mangsa pada mulanya setuju mengikut seorang daripada suspek yang juga rakan baik abang iparnya.

"Suspek pertama memaklumkan kepada mangsa bahawa adik kandung lelaki berkenaan mahu bertemunya.

"Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa setuju dibawa ke rumah berkenaan dan setiba di sana, dua lagi rakan suspek pertama sudah sedia menunggu mereka," katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, semalam.

Menurut Majid, ahli keluarga suspek tiada di rumah ketika kejadian dan mangsa dipaksa membuka pakaian sebelum ketiga-tiga lelaki terbabit bergilir-gilir merogolnya.

Katanya, mangsa kemudiannya dihantar pulang dan dia diugut supaya merahsiakan kejadian itu dan gadis itu yang sudah tidak bersekolah hanya membuat laporan polis pada 24 April lalu.

"Polis berusaha mengesan suspek tetapi ketiga-tiga lelaki berkenaan gagal ditemui, dipercayai sudah melarikan diri ke luar daerah," katanya.

Menurut beliau, pihaknya meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan tiga lelaki bagi membantu siasatan, suspek pertama dikenali sebagai Mohd Haziq Sulaiman, 20, nombor kad pengenalan 910131-01-5863 dengan alamat terakhir di Nombor 3, Jalan Jaya 3, Taman Sri Jaya, Pekan Jabi, Segamat.

Suspek kedua Mohd Rozali Zaliza, 20, memegang kad pengenalan 911122-10-5749 dan alamat terakhirnya di Nombor 82, Kampung Kadut, Simpang Jabi, Segamat.

Suspek ketiga Mohd Hanis Mohd Yasin, berumur 20 tahun dan beralamat terakhir di 3560 A, Jalan Kuari, Tahang Rimau, Segamat.

Maklumat berkaitan suspek boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat, Inspektor Hazaitul Akma Mohd Hanapiah di talian 07-9312222.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 (2) (a) Kanun Keseksaan kerana merogol, sabit kesalahan boleh dipenjara minimum lima tahun serta sebatan.

 P/s: Sila bantu pihak polis kesan suspek kes ini.

[PANAS] Chua Soi Lek (MCA) Sokong Hapus Keistimewaan Bumiputera?

Posted: 28 Apr 2011 10:00 PM PDT


Dr Chua Soi Lek seperti yang dilaporkan oleh TMI menegaskan bahawa beliau akan menjadi orang pertama mengundi PKR jika parti komponen Pakatan Rakyat itu sanggup memansuhkan keistimewaan orang Melayu.

"Jika PKR berani meminda Perlembagaan dan memansuhkan keistimewaan orang Melayu, saya adalah orang pertama akan mengangkat tangan untuk mengundi PKR," kata presiden  MCA dalam video yang diposkan menerusi Youtube di laman partinya.

Biarpun kenyataan itu dilihat mahu mencabar PKR, namun kata-katanya  itu jelas menunjukkan sikapnya terhadap hak Bumiputera yang telah termaktub dalam Perlembagaan.

P/s: TM tidak sabar mahu mendengar suara pemimpin UMCO, PERKASA dan membaca tulisan jurublog pro-UMCO.

Jangan Beli DVD Game Ini, Jika Terbeli/Terjumpa, Laporkan kepada Pihak Berkuasa

Posted: 28 Apr 2011 08:00 PM PDT

Kulit DVD Devil May Cry 3

HM melaporkan sebuah permainan komputer, Devil May Cry 3 yang digilai remaja di negara ini mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah. Pemain permainan itu didakyah kononnya berjihad untuk menentang syaitan kerana pemain dikehendaki menewaskan makhluk syaitan untuk menembusi 12 pintu sebelum 'penghulu syaitan' menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah. Elemen penghinaan terhadap Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal oleh syaitan termasuklah di pintu Kaabah.

Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.


P/s: Lahanat! Jika terbeli atau terjumpa di kedai, anda tahu apa yang perlu dilakukan!

Padah Cuba Curi Kabel Elektrik

Posted: 28 Apr 2011 07:15 PM PDT

Saya petik:

[HM] MARAN: Tindakan seorang lelaki mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di pencawang sebuah tapak kilang lama, di sini, mengundang padah apabila dia nyaris maut akibat terkena renjatan elektrik berkuasa 11,000 watt dalam kejadian awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Ahmad Johari Shahabudin, berkata lelaki terbabit dipercayai penagih dadah berusia 24 tahun melecur teruk kira-kira 36 peratus di seluruh tubuhnya dan kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 1.25 pagi itu polis menerima maklumat mengenai pencerobohan di pencawang berkenaan sebelum menghantar sepasukan anggota untuk menyiasat.

"Anggota yang tiba di tempat kejadian menemui peralatan seperti spanar dan parang dipercayai digunakan untuk memotong kabel serta telefon bimbit milik lelaki terbabit.

"Namun, lelaki terbabit sudah dihantar orang awam ke Klinik Kesihatan Maran selepas menemuinya separuh hangus," katanya, semalam.

Katanya, siasatan awal mendapati lelaki terbabit sudah mencuri peralatan TNB di tempat sama sebelum melakukannya kali kedua secara berseorangan dalam usaha untuk mencari wang dipercayai hendak membeli dadah.

"Mangsa yang tidak mempunyai pekerjaan tetap melecur dari kepala hingga pinggang selepas terkena renjatan elektrik berkuasa tinggi dan polis masih meneruskan siasatan lanjut berhubung kejadian terbabit mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan," katanya.

Sementara itu, jurucakap TNB Maran, berkata akibat tindakan lelaki terbabit, bekalan elektrik di pusat bandar terputus selama 32 minit sebelum mengesan kerosakan kira-kira satu jam kemudian.

Menurutnya, pihaknya masih meneruskan siasatan lanjut berhubung kejadian terbabit dan percaya mempunyai kaitan dengan beberapa kes kecurian kabel yang dilaporkan berlaku sejak tahun lalu.
P/s; Sila ambil pengajaran!

Budak Perempuan 11 & 12 Tahun Curi Motosikal? WOW!!!

Posted: 28 Apr 2011 06:40 PM PDT

Saya petik:
[BH] BALIK PULAU: Meskipun masih di bangku sekolah, dua murid berusia 11 dan 12 mula berjinak-jinak dengan jenayah serta disyaki terbabit dalam tiga kes curi motosikal di sekitar kawasan perumahan mereka di Teluk Kumbar, di sini.

Malah, murid perempuan berusia 12 tahun dan lelaki berusia 11 tahun itu juga mempunyai kemahiran melarikan motosikal tanpa kunci dengan hanya menggunakan pisau kecil.

Difahamkan, selepas mencuri motosikal, murid perempuan itu yang dikatakan menjadi 'ketua' akan menunggangnya, manakala murid lelaki akan membonceng untuk bersiar-siar di sekitar taman perumahan mereka.

Apabila motosikal berkenaan kehabisan minyak, kenderaan berkenaan akan ditinggalkan dan mereka akan menyasarkan motosikal lain.

Bagaimanapun, perbuatan mereka yang dikatakan bermula kira-kira dua minggu lalu tidak bertahan lama apabila ditahan polis ketika menaiki sebuah motosikal curi di Taman Sahabat, Teluk Kumbar di sini, Selasa lalu.

Ketika ditahan, murid perempuan itu menunggang motosikal, manakala murid lelaki menjadi pembonceng.
Susulan penahanan kedua-dua murid itu, polis menemui dua motosikal model Honda Wave yang ditinggalkan oleh pasangan terbabit selepas kehabisan minyak di kawasan berhampiran taman mereka.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Lai Fah Hin, berkata pihaknya menerima tiga laporan kehilangan motosikal sekitar kawasan Flet Bandar Baru Perda, Teluk Kumbar, awal bulan lalu.

"Berikutan laporan itu, polis melakukan intipan di kawasan disyaki dan mengesan sebuah motosikal yang dilaporkan hilang, dinaiki sepasang juvana yang lengkap bertopi keledar sambil bersiar-siar.

"Anggota kami menghampiri motosikal berkenaan dan mendapati penunggangnya hanya berusia 12 tahun dan pembonceng berumur 11 tahun serta masih belajar di sebuah sekolah rendah di daerah ini," katanya.

P/s: Mahiaadin hanya bimbang jika murid jadi gemuk!!!

Klip Video Fitnah Papar Adegan Seks Disebarkan. Blog UMCO Jadi Panggung Wayang Porno

Posted: 28 Apr 2011 05:45 PM PDT


Empat klip video Konspirasi Porno Seri Carcosa Negara - sepanjang antara 4 minit hingga 4:24 minit - serupa dengan video 22 minit yang ditayangkan kepada wartawan pada 21 Mac di hotel Carcosa Seri Negara tersebar di internet.

 Tidak seperti dua klip sebelum ini, empat klip terbaru ini memaparkan aksi seks. Tidak seperti klip-klip yang muncul pada 4 April dan pada hari Rabu, yang sepanjang 1:45 saat, empat klip yang dimuatkan oleh 'rabiaab11' semalam adalah lebih panjang. Walau bagaimanapun, video yang dimuatkan oleh "rabiaab11" itu telah dikeluarkan dari Youtube kerana  melanggarkan polisi laman web tersebut berhubung kandungan berunsur seks.

Berdasarkan maklumat pada Youtube, empat klip tersebut dimuatkan antara jam 2 petang hingga 6 petang semalam. Video-video tersebut memaparkan beberapa aksi sek termasuk aksi wanita terbabit melakukan seks oral ke atas lelaki dalam klip tersebut. Biarpun dikeluarkan dari You Tube, beberapa blog pro-UMCO masih menyiarkan di blog masing-masing.

Video ini kononnya hanya dimiliki oleh Eskay dan geng. Mereka kemudiannya menyerahkan video tersebut kepada polis. Logiknya, Eskay dan geng tidak lagi memiliki video tersebut. Bagaimana video ini boleh disebarkan di Youtube? Siapa punya angkara? Polis atau Eskay dan geng? Mudah sahaja, kalau pihak polis benar-benar serius mahu menyiasat hal ini. Yang lucunya Bukit Aman dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kononnya tengah berusaha bersungguh-sungguh menyiasat tentang kebocoran video ini di internet. Alahai, "gajah di depan mata tidak nampak, kuman di sebarang lautan nampak"!

Sebentar tadi, saya jenguk blog Papa Gomo, jurublog kaki fitnah no. 1 UMCO. Di blog itu, ada dipaparkan klip video yang memaparkan adegan seks individu yang mirip dengan DSAI bersama dengan pelacur China. Jika dahulu blog ini panggung fitnah dan carut, kini blog itu juga sudah menjadi panggung wayang porno.  Apa tindakan polis? Buat bodoh? Sudah jelas lagi bersuluh, blog itu menayangkan filem porno kepada orang ramai dan melanggar undang-undang yang berkaitan.


P/s: Lahanat!


Tiada ulasan: