Isnin, 25 April 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Salah Satu Taktik Meraba dalam Kenderaan Awam

Posted: 25 Apr 2011 06:00 AM PDT

Muka gila seks!

Ibu Paling Prolifik di Ukraine

Posted: 25 Apr 2011 05:00 AM PDT


Leonora Nameni Nameni baru melahirkan anaknya yang ke-20. Kelahiran itu menjadikannya sebagai ibu paling produktif di Ukraine, menurut media setempat. 

Leonora, 41 tahun, membuat pengakuan bahawa dia tidak akan berhenti setakat angka 20, malah merancang untuk memiliki anak lagi.

 Keluarga besar dengan 10 orang anak lelaki dan 10 orang anak perempuan itu tinggal di sebuah desa di Ukraine Barat, menurut laporan laman Ukranews, Ukraine.

 Jonathan, anak lelaki tertua Leonara kini berumur 20 tahun dan sudah berkahwin. Enam anak-anaknya sudah bekerja, manakala lapan masih bersekolah.

Ibu yang hidup paling produktif, menurut Guinness Book of Records, adalah Leontina Albina, dari Chili, yang telah melahirkan 55 orang anak. 

WOW!


[Terkini- Dikemas Kini] Drama Liwat II: Lelaki Y ialah....

Posted: 25 Apr 2011 01:39 AM PDT


Profil DNA "Lelaki Y" yang ditemukan di dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah milik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.

Menurut TMI,  Ketua pasukan pendakwa Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata sampel-sampel DNA yang diambil daripada tiga barang di sel Anwar ketika ditahan semalaman pada 16 Julai 2008 sepadan dengan profil DNA "Lelaki Y".

"Ia mengesahkan bahawa penyumbang tidak diketahui Lelaki Y adalah Datuk Seri Anwar. Hal ini  menunjukkan ada kes prima facie," katanya ketika menyampaikan hujah penggulungan sama ada Anwar harus dipanggil untuk membela kes liwat keduanya ini.

Yusof juga berkata Anwar adalah tahanan tunggal di lokap ketika tuala, berus gigi, dan botol air mineral diambil.

Mudah sungguh hujahnya!!! Malang!!!

P/s: Bukan suatu yang mengejutkan kerana banyak orang sudah menjangkakan bahawa pihak pendakwa akan membuat pernyataan sedemikian. Yang mengejutkan orang ramai adalah cara pihak pendakwa dan geng berusaha menyabitkan Anwar dalam kes ini walaupun terpaksa merendahkan tahap profesionalisme dan ketinggian tahap intergriti dan kredibiliti mahkamah. Malang dan bingai!!!

* Lupakan kata-kata pihak pendakwa sebentar: Anda Mahu Kebenaran? Saya Cabar Anda Tonton Video Ini Sampai Tamat!!!

 

Video Fitnah "..apa guna beliau (Anwar) nak bersumpah?" -Harussani

Posted: 25 Apr 2011 12:05 AM PDT


Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 25 April — Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu melakukan sumpah mubahalah berhubung dakwaan rakaman video seks, oleh tiga "Datuk T", yang mengaitkan dengan diri beliau.

Ini kerana jelas Mufti Perak, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh tidak boleh disabitkan dengan sebarang kesalahan atau dijatuhkan hukuman kerana pelaku dalam rakaman video seks yang didedahkan "Datuk T" masih belum dibuktikan lagi.

Tegas, Harussani, sebarang tuduhan atau pendakwaan terhadap Anwar perlu dilakukan di mahkamah dan bukan di khalayak ramai termasuk sumpah mubahalah.

"Sumpah (mubahalah) dalam mahkamah bukan di luar... lagipun apa guna beliau (Anwar) nak bersumpah? 

Jadi beliau tidak perlu bersumpah di hadapan masyarakat, kenapa tidak buat di mahkamah? Anwar tak perlu dihukum sebab beliau tidak lagi didapati bersalah.

"Dalam video itu, kita belum tahu siapa pelakunya, kalau nak bersumpah mubahalah pun kena tunggu bukti dulu tapi kalau ada (bukti) pun Anwar tidak boleh disabitkan bersalah sebab menurut Islam perlu ada empat saksi yang menyaksikan kejadian itu berlaku," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas saranan bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, dipetik akhbar arus perdana  baru-baru ini, agar Anwar melakukan sumpah mubahalah di hadapan masyarakat ekoran tuduhan "Datuk T" terhadapnya. 

Asri dipetik berkata Anwar perlu  bersumpah seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa menafikan beliau terlibat dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu di sebuah masjid di Bukit Mertajam, Pulau Pinang tiga tahun lalu.

Tambah Harussani, sekiranya Anwar melakukan sumpah mubahalah di hadapan masyarakat ia tidak boleh membuktikan sama ada beliau bersalah atau tidak dalam tuduhan itu.

"Sumpah mubahalah ini tak perlu buat depan orang ramai, kalau nak buat di mahkamah.

"Kalau buat depan orang ramai tidak boleh pakai kerana keputusan hanya dibuat di mahkamah sahaja... kalau buat kepada orang ramai, apa yang mereka boleh buat?" soalnya.

Dalam pada itu, Asri berkata laporan sesetengah media yang mengatakan bahawa beliau meminta Anwar bersumpah mubahalah kurang tepat.

"Saya menjawab menyatakan Datuk T  wajar bersumpah mubahalah, isu video itu tidak membabitkan diri mereka.

"Cumanya jika mereka buat juga, bagi mengelakkan salah sangka masyarakat, Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar menyebut wallahi, wa billahi, wa tallahi, menafikan hal itu," kata bekas mufti Perlis ini.

Kata beliau, sekurang-kurangnya langkah itu dapat menghilangkan salah sangka sesetengah pihak.

"Pun begitu, terpulang kepadanya, tiada paksaan," kata beliau lagi.

Jelas Asri, mubahalah menyebut laknat ke atas diri dan jika tidak disebut maka ia adalah sumpah biasa.

"Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu dia boleh buat mubahalah, terpulang kepadanya. Jika dia buat, kesannya besar kepada diri dan rakyat," tambah beliau.
P/s: Perkara yang betul, TM dan DCM sokong!

[Wajib Baca] Drama Liwat II: Skrip Hancur "'Saiful minum kopi, karipap selepas diliwat". Di Mana Logiknya???

Posted: 24 Apr 2011 11:15 PM PDT


Saya petik:
[MK] Peguam Karpal Singh memulakan hujahnya dengan meminta mahkamah bergantung kepada apa yang telah dikemukakan di mahkamah.

"Bukan media atau apa yang dikatakan oleh perdana menteri," katanya ketika memula hujah pembelaan dalam kes tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Pagi ini.
menurutnya lagi, tidak sepatutnya ada sebarang jurang dalam kes pendakwaan.

"Mahkamah mesti meneliti kredibiliti setiap saksi pendakwa," tambahnya

Karpal memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwa mestilah membuktikan bukti yang ada.

"Tidak sepatutnya ada sebarang jurang bahan. Ujian di akhir kes pendakwaan ialah prima facie.

"Ia mestilah membuktikan setiap bukti boleh dipercayai, unsur-unsur kesalahan ditentukan dan mahkamah mesti memberi penilaian maksimum terhadap semua itu," tambahnya.

Karpal menegaskan bahawa salah satu yang tidak konsisten ialah tuduhan persetubuhan di luar tabii - iaitu di bawah seksyen 377b, bermakna dengan persetujuan.

"Bagaimanapun, pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan telah memberi keterangan yang ia tanpa persetujuan," kata Karpal sambil menambah bahawa pendakwa tidak boleh meminda tuduhan.

Karpal mengingatkan mahkamah bahawa perbicaraan kes liwat pertama yang membabitkan Anwar 10 tahun lepas - di mana hakim Mahkamah Tinggi menerima kes pengadu Azizan Abu Bakar - tetapi kemudiannya ditolak oleh Mahkamah Persekutuan.

"Mahkamah ini tidak seharusnya melakukan kesilapan ini sekali lagi. Saiful mesti dilihat sebagai saksi yang boleh dipercayai jika mahkamah mahu memanggil untuk membela diri," katanya.

Karpal kemudian menyentuh fakta kes - yang Saiful bukan seorang yang ' tidak berpelajaran' kerana mempunyai kelulusan pengajian tinggi dari Kolej Taylor.

Tegasnya, Saiful boleh meninggalkan bilik di mana kejadian liwat itu didakwa berlaku beberapa kali.

Karpal kemudian menyentuh secara terperinci apa yang berlaku pada hari berkenaan, berdasarkan testimoni Saiful.

Katanya, sewaktu Anwar didakwa meminta Saiful menghampirinya ketika pengadu hanya memakai tuala, Saiful boleh menjerit atau lari dari situ, tetapi tidak berbuat demikian.

Karpal turut membangkitkan beberapa perkara berkaitan dengan aksi seks tetapi, ini tidak boleh dilaporkan kerana keterangan Saiful itu diberikan secara tertutup.

Tambahnya selepas pelakuan aksi seks tersebut, Saiful makan karipap dan minum kopi dan berada di dalam bilik itu selama 20 minit.

Peguam itu mendakwa, Saiful juga tidak memperlihatkan tanda-tanda emosi yang dia telah menjadi mangsa diliwat.

Menurut Karpal lagi, sehari selepas kejadian tersebut (27 Jun 2008), Saiful pergi ke ibupejabat PKR di Tropicana, malah juga pergi ke rumah Anwar.

Peguam itu mendakwa, tindakan itu bukan tingkahlaku oleh seseorang yang didakwa telah diperlakukan sedemikian.

Menurut Karpal lagi, Saiful telah melakukan sumpah bohong kerana mendakwa dia telah berbohong di mahkamah dan dalam laporan polisnya apabila dia berkata pelakuan seks itu dilakukan tanpa persetujuannya.

"Bukti Saiful tidak meyakinkan melebihi keraguan. Dia telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 195 untuk mereka bukti," hujah Karpal.

Karpal kemudiannya meminta pendakwa mendakwa Saiful kerana didakwanya telah mereka bukti.

Saiful, tambahnya, juga telah menunda membuat satu laporan polis - dia membuat laporan dua hari selepas insiden tersebut.

"Doktor pertama yang ditemui Saiful ialah Dr Mohd Osman Abdul Hamid, tetapi beliau tidak dipanggil sebagai saksi," kata Karpal.

Hujahnya, ketidakhadiran Dr Osman sebagai saksi meletakkan kes pendakwaan dalam keraguan yang serius.

Katanya, pihak mendakwa tidak berbuat demikian walaupun ditawarkan Dr Osman sebagai saksi.

Katanya, keterangan Dr Osman akan bercanggah dengan keterangan yang diberkan oleh tiga doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Akan terdapat dua versi kes dan kesangsian tersebut seharusnya diberikan kepada dituduh," tambahnya. 


P/s: Anda masih percaya Sayfool diliwat oleh Anwar Ibrahim? 
Selamat membodohkan diri!



Video Fitnah: Yang Mana Satu "Hotel-Pelacur" atau "Kondo-Pelajar"?

Posted: 24 Apr 2011 10:43 PM PDT


Saya petik:
[KD] KUALA LUMPUR: Terdapat banyak percanggahan antara kenyataan yang dikeluarkan pihak Polis Diraja Malaysia dan kenyataan yang dibuat salah seorang Trio Datuk T, Datuk Eskay Shazryl Abdullah berhubung video seks palsu membabitkan Ketua Pembangkang.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar semalam, bahawa polis mengambil  masa untuk menyiasat video tersebut.

"Eskay sebut kepada saya (kejadian itu) berlaku di Club House. Itu dia sebut kepada saya. Saya tidak tahu kalau dia sebut hotel kepada media.

"Polis tak perlu pergi jauh-jauh pun. Pergi cari mana-mana club house dulu.

"Tetapi polis kata kondo, mana yang betul. Saya tak nak mengajar polis. Polis sepatutnya mendapatkan ketetapan Eskay dulu, kenapa susah sangat.  Kecualilah kalau mereka mahu melindungi sesuatu," katanya ketika dihubungi keadilandaily.com.

Johari turut mempersoal kenyataan Polis bahawa pelaku wanita dalam video berkenaan adalah seorang pelajar swasta di ibu negara.

"Eskay kata pelacur, kemudian polis kata student. Yang mana betul ni? Sebab itu saya minta polis supaya siasat dulu, kerana lagi banyak buat statement lagi banyak nampak tembelang mereka," katanya yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.

Johari adalah satu-satunya ahli parlimen Pakatan Rakyat yang ditunjukkan rakaman video seks itu oleh Trio Datuk T yang terdiri daripada Eskay, Bekas Ketua  Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa, Datuk Shuib Lazim, 21 Mac lalu.

Namun beliau menafikan sekeras-kerasnya pelaku lelaki dalam rakaman video berkenaan adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan bentuk tubuh dan lenggok pelaku tersebut.

Justeru Johari ketika dihubungi memberi amaran kepada pihak polis supaya tidak bermain politik dan laksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab serta profesional.

"Saya mendesak dan menasihati pihak polis supaya lengkapkan siasatan secara profesional sebelum membuat sebarang kenyataan. Kalau dah kenal pasti individu dalam video itu, tak payah buat kenyataan. Kerja polis adalah siasat secara profesional.

"Polis jangan main politik, polis sepatutnya lanksanakan tanggungjawab dengan profesional. Kerja polis adalah menjaga keselamatan dan keyakinan rakyat. Kepercayaan orang ramai terhadap polis sangat tinggi, tetapi rakyat di bawah sudah hilang keyakinan," katanya.

Laporan media  sebelum ini menyatakan bahawa polis sudah mengenal pasti identiti wanita yang dikaitkan dalam video berkenaan iaitu seorang pelajar sebuah kolej swasta di ibu kota, berusia 26 tahun yang juga seorang warga China.

Polis juga menyatakan rakaman itu dikenalpasti dilakukan di sebuah kondominium.

Ia bertentangan sama sekali dengan kenyataan Eskay bahawa wanita berkenaan adalah seorang pelacur warganegara China dan kejadian tersebut berlaku di sebuah hotel di ibu negara.


P/s: Belum apa-apa sudah "terbogel, terburai"!!!! 
Geng PAS yang kemaruk dengan propaganda UMCO, cuba baca dan fahami hal ini.

Kemaruk Awang Hitam Sampai Kena Cekup

Posted: 24 Apr 2011 10:02 PM PDT


Saya petik:

[BH] JITRA: Seorang pelajar sebuah kolej di Kuala Lumpur ditahan berkhalwat dengan seorang lelaki warga Nigeria bukan Islam di sebuah motel di Changlun, dekat sini, malam kelmarin.

Wanita berusia 24 tahun yang berasal dari Puchong, Selangor itu dicekup bersama pasangannya berusia 28 tahun yang menyewa sebuah bilik di motel terbabit kira-kira jam 10.45 malam dalam serbuan sepasukan anggota Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP).

Sumber berkata, selepas menerima aduan berhubung kegiatan maksiat di motel itu, sepasukan anggota penguat kuasa pejabat agama melakukan serbuan dan memeriksa bilik terbabit yang tertutup rapat dan berkunci dari dalam.

Beliau berkata, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang berkemeja T dan berseluar pendek membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan dalam bilik itu.

"Apabila diperiksa, kami menemui seorang wanita yang berpakaian lengkap kemeja T dan berseluar pendek sedang tidur di atas katil. Wanita berkenaan terkejut melihat kehadiran anggota penguat kuasa yang menyerbu bilik mereka itu," katanya ketika ditemui di sini.

Katanya, hasil soal siasat mendapati wanita itu mendakwa mahu menghantar teman lelakinya itu ke Thailand melalui sempadan negara ini di Bukit Kayu Hitam dan mengaku baru pertama kali datang ke negeri ini.  
Sumber berkata, lelaki terbabit mendakwa dia mendapat tawaran sebagai penjaga gol bola sepak di sebuah kelab di Thailand dan menjalinkan hubungan dengan wanita itu sejak tiga tahun lalu.

"Mereka ditahan untuk membantu siasatan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu untuk dibuat laporan tangkapan.

"Lelaki itu dibebaskan kerana bukan Islam dan wanita itu disiasat mengikut Seksyen 9(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana berkurung sehingga mendatangkan syak, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya.
 

Saudagar Gelang RM1000 Sertai UMCO

Posted: 24 Apr 2011 07:00 PM PDT


Blog ini ada beberapa kali menyiarkan cerita fasal artis ini tidak lama dahulu. Semuanya gara-gara perniagaan gelang magnetik artis ini. Yang menjadi hangat, apabila sesetengah pihak mendakwa gelang-gelang tersebut berasal dari China, yang boleh diperoleh dengan harga borong sekitar RM12-RM25 seutas. Biarpun disertakan bukti dan penerangan, artis tersebut tetap mempertahankan tindakannya menjual gelang magnetik di bawah jenama syarikatnya dengan harga sekitar RM1000 kepada pelangannnya (syukurlah, tiada seorang pun ahli keluarga saya membeli gelang ini). Ketika mewajarkan harga gelang syarikatnya, si artis ini mendedahkan bahawa komisen produk sahaja sekitar RM500. Wow! Apabila dinyatakan nilai itu, maka terjawablah isu harga gelang ini.

Baru-baru ini, saya terbaca fasal beberapa orang artis yang pernah bertindak sebagai jurucakap produk artis ini dikhabarkan telah meninggalkan syarikat saudagar gelang ini. Yang peliknya, mereka tidak mahu dikaitkan lagi dengan saudagar gelang ini. Nada mereka di FB seolah-olah menyatakan "keinsafan". Insaf sebab apa? Yang ini kena baca di blog AididLeaks!!! 

Semalam heboh fasal artis ini menyertai UMCO. Menurut artis ini, perjuangan parti itu selari dengan perjuangannya. Perggghhh!!! Apakah persamaan perjuangan saudagar gelang ini dengan UMCO? Sila cari jawapannya! Bagi yang masih "blur", cerita yang terkandung dalam perenggan di atas itu sudah cukup untuk  menjelaskan sedikit persamaan antara kedua-duanya. Kah kah kah!

Bagi yang tidak tahu, artis ini pernah meminta bantuan jurublog kaki fitnah No 1 UMCO untuk mematahkan serangan beberapa blog yang membuat pendedahan berkaitan dengan perniagaan gelangnya tidak berapa lama dahulu. Malah, ahli PERKASA turut mengadakan sidang akhbar untuk mempertahankan artis ini dalam isu gelang "Made in China" yang masih hangat sehingga kini. Jadi, apabila si artis ini membuat pengumuman untuk menyertai UMCO, saya langsung tidak hairan.

Yang saya hairan apabila si artis ini mendakwa pernah dipelawa menyertai sebuah parti pembangkang dan dijanjikan jawatan tinggi dalam parti itu. Parti manalah yang mahu menawarkan jawatan untuk mamat ini? Kalau Presiden KIMMA mendakwa parti pembangkang menjanjikan RM55 juta, artis ini membuat dakwaan bahawa ditawarkan jawatan tinggi. Siapa mahu percaya? Silakan!

Saya petik:
[BH] IPOH: Pelakon dan pengacara, Datuk Mizal Zaini atau lebih dikenali sebagai AC Mizal bersama isterinya, Emylia Rosnaida menyemarakkan Program Jom Masuk UMNO di sini apabila bersama 500 yang lain mengemukakan borang kemasukan sebagai ahli parti itu hari ini.

AC Mizal, 40, yang juga ahli perniagaan berjaya itu menyerahkan borang keahlian kepada Ketua UMNO Bahagian Ipoh Barat, Datuk Shamsuddin Ghaffar. 

Bercakap kepada pemberita, AC Mizal berkata, beliau menyertai UMNO kerana selari dengan perjuangannya dan selepas dipelawa oleh Ketua Pemuda Bahagian Ipoh Barat, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi. 

"Saya terus menerimanya kerana selama ini saya lihat (UMNO) begitu komited dalam perjuangan demi menegakkan keadilan," katanya ketika program anjuran UMNO Bahagian Ipoh Barat.

AC Mizal turut mendedahkan bahawa beliau sebelum ini telah ditawarkan menyertai sebuah parti pembangkang serta dijanjikan jawatan tinggi dalam parti itu tetapi menolaknya kerana tidak bersetuju dengan dasar yang diperjuangkan oleh parti berkenaan.

"Adalah sukar untuk saya menerima pelawaan menyertai parti tersebut kerana saya dibesarkan dengan perjuangan UMNO yang popular dengan slogan "Dulu, Kini dan Selamanya...tambahan pula saya langsung tidak bersetuju ataupun serasi dengan dasar perjuangan yang didukung oleh mereka," katanya.

AC Mizal berkata, beliau akan bergiat secara ikhlas dan telus sebagai seorang ahli biasa Pemuda UMNO dan tidak berhasrat untuk merebut jawatan di dalam parti.

"Saya berniat untuk bergerak secara aktif dalam pergerakan Pemuda walaupun usia telah mencapai 40 tahun pada tahun ini tetapi bagi saya masih belum terlambat bagi membantu parti yang menjaga negara sejak ia ditubuhkan," katanya.

P/s: Artis ini sudah bergelar "Datuk"? Setahu saya, M Nasir dan komposer terkenal sahaja antara artis yang baru-baru ini menerima anugerah daripada Sultan Pahang. Nama artis ini tidak disebut pun oleh akhbar tersebut?


Tiada ulasan: