Remaja Dirogol Kekasih Kakak Posted: 12 Apr 2011 06:30 AM PDT | Sekadar hiasan. |
Saya petik: [SH] SETIU – Ajakan seorang lelaki untuk mencari kekasihnya yang hilang, membawa padah apabila seorang gadis berumur 16 tahun 7 bulan, yang juga adik kepada kekasih lelaki berkenaan, dirogol di dalam kereta di kawasan semak di Lembah Bidong.
Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu, Deputi Superintendan Rohaizat Abd Ani berkata, mangsa mengikut teman lelaki kakaknya atas dasar kepercayaan dan sama sekali tidak menyangka akan berlaku kejadian seumpama itu.
"Suspek berumur 26 tahun dan bekerja di salah sebuah syarikat swasta di Kemaman.
"Pada hari kejadian, 6 April lalu kira-kira jam 3.30 petang, suspek dikatakan mengajak adik kekasihnya untuk menjejaki kakaknya (kekasih suspek) di tempat kerja, namun ketika sampai di sana, didapati kakak mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an tiada.
"Disebabkan tidak berjaya menjejaki kakak mangsa, suspek mengambil keputusan untuk menghantar semula mangsa pulang ke rumah di Batu Rakit, tetapi semasa dalam perjalanan, suspek dikatakan melencong ke satu lorong di dalam semak lalu terus merogol mangsa," katanya kepada Sinar Harian sempena lawatan kali pertamanya ke Balai Polis Sungai Tong, semalam.
Menurutnya, selepas merogol mangsa, suspek menghantarnya semula ke rumah dan mangsa telah menceritakan kejadian yang berlaku kepada ibunya sebelum membuat laporan polis.
"Bertindak berdasarkan maklumat, sepasukan anggota polis berjaya menjejaki suspek pada petang hari sama bagi membantu siasatan.
"Suspek yang kini ditahan reman selama seminggu bermula 6 April sehingga hari ini (12 April) disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
"Mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk pemeriksaan lanjut," katanya. P/s: Satu lagi kes mudah sangat percaya pada orang.
|
[PANAS] Pegawai Pemasaran Dakwa Pegawai SPRM BELASAH Kemaluannya dengan Rotan, Letak Ais di Kemaluannya Posted: 12 Apr 2011 03:45 AM PDT
Saya petik: [MK] Seorang pegawai pemasaran berkata beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membelasahnya selepas menahannya dua tahun lalu atas dakwaan menerima rasuah.
T Sivanesan,24, dalam keterangannya kepada Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock berkata seorang daripada pegawai itu juga menggunakan sebatang besi yang dibungkus dengan surat khabar bagi membelasahnya.
Pukul di kemaluan, letak ais
"Seorang lagi yang dikenali sebagai Mohd Ashraf Mohd Yusof menggunakan rotan bagi memukul di bahagian kemaluan saya. Seorang lagi meletakkan ais di tempat sulit saya.
"Semua ini berlaku ketika saya ditahan oleh SPRM Selangor dan tangan saya digari. Saya juga dibogelkan dan hanya dibenarkan memakai seluar dalam dan semua ini berlaku di Plaza Masalam," dakwanya.
Selain Ashraf, beliau juga menamakan Khairul Nizam, Zulkifli, dan Hairul Ilham Hamzah sebagai pegawai yang memukulnya itu.
Menyambung keterangannya, Sivanesan berkata pada permulaannya, dia ditampar dan ditendang berulang kali oleh lima hingga enam anggota suruhanjaya berkenaan.
Lelaki itu juga berkata seorang pegawai yang dinamakannya sebagai Mogan memaklumkannya bahawa tempat tahanan itu akan menjadi neraka sekiranya beliau tidak berkerjasama.
"Mereka mahu saya tandatangan mengaku bahawa saya setuju ditahan SPRM tetapi saya tak setuju," katanya.
Sivanesan berkata beliau kemudiannya dibawa kepada seorang majistret yang kemudiannya mengeluarkan arahan tahanan reman selama empat hari.
Menurutnya, SPRM menuduhnya menerima rasuah sebanyak RM30,000 dan malah menggelidah rumahnya tetapi tidak menjumpai apa-apa.
"Berikutan tahana reman itu, mereka terus pukul saya selama 15 hingga 20 minit apabila saya pergi ke Plaza Masalam," katanya.
* Malaysia Kini menghadapi gangguan teknikal seperti didakwa banyak pihak, sebagai usaha untuk menyekat penyebaran maklumat yang tidak disiarkan dalam media perdana. Buat masa ini, berita MK dapat dibaca melalui lamannya di Facebook atau FreeMalaysiaKini.
P/s: Bayangkan apa yang terjadi kepada Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbini jika dakwaan pegawai pemasaran ini benar! Anda mengatakan peniaga ini menipu? Beranikah dia menipu di depan panel Suruhanjaya Diraja TBH?
Jika benar, apa bezanya pegawai SPRM dengan tentera Amerika yang mendera tahanan di Iraq dan di Kem Guatanamo?
KEJAM!
Adakah anda masih percaya dua orang tahanan di SPRM membunuh diri@dengan rela hati berbuat demikian?
|
Bomoh Didakwa Rogol 4 Pesakit dan Disiasat 2 Kes Rogol Lain Posted: 12 Apr 2011 03:22 AM PDT
Saya petik: [MStar] Klang: Seorang pengamal perubatan tradisional mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan merogol empat wanita yang mendapatkan rawatan alternatif daripadanya.
Pengakuan Meswan Tujut, 42, direkodkan di dua Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa. Pada prosiding di hadapan Hakim Nor Sharida Awang, tertuduh yang bertubuh sederhana itu didakwa merogol mangsa berusia 21 tahun enam bulan pada pukul 8 malam, sekitar September 2010 di sebuah bilik di Sungai Nibong, Sekinchan.
Dia juga didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap seorang remaja berusia 13 tahun pada antara pukul 1.30 dan 3 petang, Oktober 2008 di sebuah rumah di Sungai Udang, di sini.
Tertuduh yang berasal dari Parit Sulong, Johor itu juga menghadapi tiga pertuduhan lain yang dibacakan di hadapan Hakim Siti Norida Sulaiman.
Tertuduh yang kelihatan tenang sepanjang prosiding didakwa telah merogol mangsa yang berusia 22 tahun 10 bulan dengan memperdayakan mangsa bahawa dirinya adalah seorang bomoh.
Kejadian tersebut didakwa berlaku sebanyak dua kali, iaitu pada pukul 8.10 malam, 8 Mac lalu sebelum tertuduh sekali lagi mengulangi perbuatan itu pada pukul 8.10 malam, 15 Mac lalu.
Dia juga didakwa melakukan kesalahan serupa terhadap seorang remaja berusia 15 tahun pada antara pukul 1 dan 3 petang, sekitar April 2008.
Ketiga-tiga kesalahan tersebut didakwa dilakukan di Sungai Udang, di sini.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shahrul Ekhsan Hasim mengikut Seksyen 376 dan Seksyen 376 (f) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Shahrul Ekhsan membantah sebarang jaminan diberikan kepada tertuduh kerana khuatir tertuduh akan melakukan kesalahan yang serupa apabila dibebaskan dengan jaminan.
"Tertuduh telah mengambil kesempatan untuk melakukan kesalahan sewaktu menjalankan rawatan dan dibimbangi akan mengulangi perbuatan itu.
"Tertuduh juga sedang disiasat terhadap dua lagi tuduhan yang melibatkan kesalahan yang sama seperti yang dipertuduhkan hari ini," katanya.
Nor Sharida dan Siti Norida membenarkan permohonan tersebut dan menetapkan sebutan semula kes pada 18 Mei depan untuk mendapatkan laporan perubatan mangsa.
|
Hampir Pasti Taib Mahmud KEKAL Sebagai Ketua Menteri Jika BN Menang Posted: 12 Apr 2011 01:43 AM PDT
Saya petik: [Mstar] Kuching: Tan Sri Abdul Taib Mahmud menegaskan beliau tidak akan terperangkap dengan desakan pembangkang yang mahukannya berundur sebagai Ketua Menteri Sarawak dalam masa terdekat dengan mengumumkan tarikh khusus untuk berbuat demikian.
Malah menurutnya, beliau tidak perlu tunduk dengan tekanan pembangkang kerana perubahan kepimpinan kerajaan negeri akan dilakukan dengan teratur dan sempurna.
"Pembangkang tahu mereka tak boleh perangkap saya.
"Kami (Barisan Nasional) tidak begitu naif apabila mengatakan mahu melakukan perubahan dan kemudiannya terus nyatakan tarikh khusus," katanya kepada media di sini, Selasa.
Sebaliknya beliau turut sependapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bahawa peralihan kepimpinan di Sarawak perlu dilakukan dengan teratur dan terancang.
"Kita kena buatnya dengan cara yang betul dan sempurna," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai tekanan pembangkang yang menyifatkan isu peralihan kuasanya sebagai Ketua Menteri hanya sebagai modal kempen BN bagi pilihan raya Sarawak ke-10.
Pada pilihan raya yang akan diadakan pada 16 April ini, BN dijangka dapat mengekalkan penguasaannya di Sarawak dan sekaligus membentuk kerajaan.
Selain itu, Abdul Taib yang sudah mentadbir Sarawak selama 30 tahun itu berkata beliau tidak perlu tunduk kepada desakan pembangkang yang mempunyai banyak masalah dalaman.
"Saya tak akan ikut telunjuk mereka yang gagal menguruskan parti sendiri," katanya.
Ahad lalu Perdana Menteri memberi jaminan bahawa perubahan pentadbiran akan berlaku di Sarawak namun berharap rakyat bersabar kerana ia perlu dilakukan dengan teratur dan terancang.
P/s: Aduhai! Tidak perlulah ulas panjang-panjang. Bagi yang faham isi tersirat berita di atas, maka mereka sudah tentu faham bahawa Taib Mahmud, jika Najib gagal "menjinakkan"nya akan kekal sebagai KM Sarawak selepas PRN!
|
Janji Manis Taib Mahmud pada Tahun 1995 Posted: 12 Apr 2011 12:30 AM PDT | Keratan akhbar tahun 1995. |
Pemimpin PKR seperti yang dilaporkan oleh FMT mengimbas kembali janji Taib Mahmud pada tahun 1995, semasa Tun M berkuasa. Pada masa itu, media secara meluas melaporkan bahawa Taib akan berundur dalam tempoh lima tahun. Namun, menurut Saifuddin, Tun M yang begitu kuat cengkaman politiknya gagal mempengaruhi Taib Mahmud untuk mengundurkan diri daripada kancah politik Sarawak.
Adakah Najib dengan bangganya mengganggap bahawa Taib Mahmud berjaya "dijinakkan"nya agar berundur daripada politik Sarawak? Kata-kata Najib itu sudah pun disanggah oleh Taib Mahmud yang mengumumkan akan bersara dalam tempoh "beberapa tahun lagi" bukan seperti yang diharapkan oleh Najib. Malah, pengumumannya untuk mempertahankan kerusi DUN sudah memberikan gambaran sebenar tentang cakap-cakap pengunduran Taib Mahmud di Sarawak.
Persaraan Taib jika berlaku pun bukan kerana pengaruh Najib namun kerana keuzurannya. Bayangkan jika Taib Mahmud sekarang masih berusia awal 60-an, adakah ada sinar harapan Taib Mahmud akan bersara?
Oleh itu, satu-satunya cara untuk memastikan Taib Mahmud berundur adalah dengan menewaskan BN di Sarawak!
P/s: Poinnya di sini, bukanlah isu Taib Mahmud berkuasa selama 30 tahun, isunya ialah penyalahgunaan kuasa dan pentadbiran yang didakwa terpalit dengan pelbagai rasuah serta ketidakadilan dalam mengagihkan hasil sumber bumi Sarawak sehingga ada yang menggelarkan KM ini Hosni Mubarak Sarawak. * Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.
|
Utusan Didakwa Gagal Bayar Bonus, Sembunyi Keuntungan Posted: 11 Apr 2011 11:20 PM PDT
Saya petik: [TVS] KUALA LUMPUR 12 APRIL : Sekumpulan pekerja Utusan Melayu hari ini memfailkan tuntutan bersabit pembayaran bonus terhadap mereka oleh syarikat akhbar milik Umno dan mendakwa syarikat berkenaan turut menyelewengkan butiran keuntungan mereka bagi mengelak memberi bonus sejak 2009.
Utusan didakwa memindahkan lebih RM30 juta kepada beberapa anak syarikatnya dan menyatakan kerugian dalam laporan tahunan syarikat dan laporan audit serta kewangan lembaga pengarah pada tahun yang sama.
Peguam mereka Ravindran Murugavell menyatakan tindakan ini ibarat memberi makan kepada anak angkat tetapi membiarkan anak sendiri kelaparan.
Tuntutan didengar oleh Pengerusi Mahkamah Industri Malaysia Susila Sithamparam di Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur hari ini.
Keputusan dijangka dikeluarkan sebulan kemudian.
P/s: Pekerja Utusan sudahlah terpaksa berkongsi menerima sindiran, kutukan, penghinaan orang kerana berita yang disiarkan oleh akhbar itu berat sebelah dan berunsur fitnah, malah seperti yang diberitakan oleh TVS, syarikat akhbar itu dikatakan gagal membayar bonus dan menipu jumlah pendapatannya. Kena maki dengan orang "share" bersama, takkan untung tidak mahu "share" bersama?
Takziah! Bagaimana dengan "share" di akhirat nanti?
|
[PANAS] Ingat Pondan Bernama Fatine? "Suaminya" Cuba Membunuh Diri Selepas Ditinggalkannya Posted: 11 Apr 2011 07:03 PM PDT
Saya bercadang untuk menterjemah berita di DM, namun Fethal Pulak Dah! sudah berbuat demikian. Saya salin dan edit sedikit kiriman di blognya: Britain: Seorang transeksual lari meninggalkan suaminya warga Britain selepas dua minggu suaminya itu membantunya mendapatkan hak untuk tinggal di sini.
Transeksual itu kini tinggal di Manchester selepas gagal memulakan karier sebagai showgirl di Blackpool.
Seorang penjaga sekolah mendakwa hidupnya musnah selepas dia membelanjakan £12,000 untuk mendapatkan visa isteri transeksualnya yang lahir dengan nama Mohamed Fazdil bin Bahari berasal dari Malaysia - atas alasan kononnya dia takut ditahan jika pulang kerana homoseksual dilarang di Malaysia.
Ian Young dibuang kerja sebagai penjaga di tiga buah sekolah berikutan banyak ibu bapa yang marah dengan tindakannya bercinta dengan Fatine, yang dilahirkan sebagai lelaki.
Ian Young yang berusia 32 tahun kini menganggur dan pernah pada satu tahap cuba untuk membunuh diri dengan memakan pil secara berlebihan.
"Saya kehilangan pekerjaan, saya kehilangan rumah, dan akhirnya saya kehilangan isteri," katanya.
"Saya menggunakan setiap sen yang dimiliki dan saya kehilangan segala-galanya. Saya merasa seperti orang bodoh. Perkahwinan ini sepatutnya menjadi waktu yang paling bahagia dalam hidup saya."
Young bertemu Fatine, 38, semasa bekerja di Malaysia sebagai pengawal keselamatan dan pada awalnya dia tidak menyedari bahawa "isteri"nya itu dilahirkan sebagai lelaki. Young tetap mahu meneruskan hubungan mereka walaupun menyedari Fatine enggan melakukan pembedahan untuk menukarkan jantina.
Fatine kemudian berpindah ke Derby dan pasangan itu mengikat ikatan perkahwinan dalam sebuah upacara awam pada tahun 2009.
Kehidupan mereka menjadi sukar selepas Young terpaksa meninggalkan sekolah - termasuk di Sekolah St Chad, tempat dia bekerja selama lebih dari dua tahun - selepas mendapat aduan daripada ibu bapa yang tidak bersetuju dengan gaya hidupnya.
Dia terpaksa mengambil ubat tekanan perasaan setelah cuba untuk membunuh diri dengan mengambil pil secara berlebihan di belakang vannya.
"Saya mengakui bahawa saya mengabaikan Fatine ketika berasa tertekan. Saya hanya ingin dia menyatakan kepada saya bahawa kami mampu melaluinya, namun dia tidak berminat. "
Young kini tinggal dengan seorang teman di Daerah Peak, dan akan memohon penceraian sivilnya dengan Fatine.
P/s: Kalau dibaca lanjut di DM, Young yang bekerja sebagai penjaga sekolah memperoleh £640 sebulan, dia terpaksa meminjam duit daripada ibunya semata-mata untuk mendapatkan visa agar Fatine dapat menetap di Britain. Dia juga dihina oleh masyarakat dan kehilangan pekerjaan kerana mempertahankan cinta songsang yang akhirnya memakan dirinya. Gila!
"Tahniah" Mohammed Fazdil aka Fatine, anda mengharumkan nama Malaysia sekali lagi!
|
Larangan Memakai Purdah di Perancis: Penunjuk Perasaan Ditahan Posted: 11 Apr 2011 06:30 PM PDT | Tunjuk perasaan di London. |
Menurut AFP, polis Perancis semalam menangkap dua wanita berpurdah dan beberapa yang lain kerana menunjuk perasaan di depan gereja Notre Dame bagi membantah larangan baharu terhadap pemakaian purdah di tempat awam.
Penangkapan itu dibuat selepas polis bertindak untuk menyuraikan tunjuk perasaan yang tidak mempunyai kebenaran berbuat demikian.
"Penangkapan hari ini bukan mengenai pemakaian purdah sebaliknya dibuat kerana tidak mempunyai syarat untuk mengadakan tunjuk perasaan," kata jurucakap polis, Alexis Marsan. Dua wanita berpurdah, seorang yang hanya bertudung tanpa menutup mukanya dan seorang penganjur tunjuk perasaan itu ditangkap, kata Marsan. Dalam tunjuk perasaan lain, Rachid Nekkaz dari kumpulan aktivis 'Jangan Sentuh Perlembagaan Saya' dan seorang rakan wanita yang memakai purdah ditangkap di depan Istana Elysee. "Kami mahu didenda kerana memakai purdah tetapi polis tidak mahu mengeluarkan saman," kata Rachid.
P/s: Orang berbogel dibenarkan atas alasan hak asasi, orang berpurdah diharamkan atas pelbagai alasan termasuk dikaitkan dengan unsur keganasan.
|
Taib Mahmud Akan Terus Berkuasa "Beberapa Tahun Lagi". Gunakan KUASA UNDI Anda untuk Pastikan Hal itu Tidak Berlaku!!! Posted: 11 Apr 2011 05:45 PM PDT
Sifirnya mudah, jika Taib Mahmud tidak dilantik sebagai KM pun, namun dia masih berada di DUN, apa bezanya Sarawak semasa atau sebelum era Taib Mahmud sebagai KM? Sudah tentu KM baharu yang mungkin dilantik adalah boneka kepada Taib Mahmud. Jadi, pusing macam mana pun, Sarawak masih di bawah kuasa Taib Mahmud. Siapa ahli politik Sarawak yang mahu menentang Taib jika dia masih di DUN?
Hal ini dikukuhkan lagi dengan pengakuan Taib Mahmud seperti yang dilaporkan oleh TMI bahawa beliau membayangkan hanya akan bersara dalam "beberapa tahun lagi" - pendirian yang ditegaskan selepas 24 jam PM mengumumkan peralihan kepimpinan di Sarawak kononnya dapat disaksikan dalam waktu terdekat selepas pilihan raya negeri.
Kata Taib: "Apabila saya berhenti nanti dalam beberapa tahun (lagi), saya ingin hendak melihat generasi awaklah yang akan menyokong orang yang akan menyambut kuasa daripada saya memelihara Sarawak terus benar-benar maju dan benar-benar mewah sekali."
Mesej Taib sudah jelas - beliau mahu menguasai politik Sarawak untuk beberapa tahun lagi. Justeru, orang Sarawak seharusnya menyahut cabaran PR untuk "Ubah Sarawak" dalam PRN negeri Sabtu( 16/4) ini.
Di balik kenyataan Taib, banyak orang menghidu percanggahan kenyataan antara PM dengan Taib Mahmud dalam isu pengundurannya daripada politik Sarawak. Adakah Najib gagal "menjinakkan" Taib agar mengundurkan diri sepenuhnya daripada senario politik Sarawak?
P/s: Poin penting di sini, bukanlah isu Taib Mahmud berkuasa selama 30 tahun, isunya ialah penyalahgunaan kuasa dan pentadbiran yang didakwa terpalit dengan pelbagai rasuah serta ketidakadilan dalam mengagihkan hasil sumber bumi Sarawak sehingga ada yang menggelarkan KM ini Hosni Mubarak Sarawak. Tiada usaha yang lebih mujarab dan berkesan selain menggunakan kuasa undi untuk memastikan Taib Mahmud dan BN tidak berkuasa di Sarawak.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan