Sabtu, 9 April 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Longgokan Sarap Tsunami Termasuk Rumah dan Kapal "Menuju" ke Amerika Syarikat

Posted: 09 Apr 2011 07:30 AM PDT

Antara rumah yang dihanyutkan oleh tsunami.

Serpihan atau longokan mega sarap termasuk rumah, kapal, kereta, dan mayat kini sedang dibawa arus ke Amerika Syarikat. Menurut pakar, jika dikumpulkan longgokan sarap yang kini terapung di Lautan Pasifik itu dianggarkan sepanjang 69 batu dan meliputi 2.2 juta kaki persegi. Diberitakan lebih  200 ribu buah rumah telah dibawa arus tsunami selepas Jepun dilanda gempa bumi berskala 9.0 magnitud pada 11 Mac lalu. Pakar berpendapat, sarap tsunami tersebut akan "mendarat" di bahagian pantai barat AS dalam tempoh setahun seperti yang dilaporkan oleh The Sun.
  

P/s: Air kalau tenang menjadi kawan, kalau bergelora menjadi lawan!


[Video] Penerangan tentang Rampasan Tanah oleh Kroni KM Sarawak

Posted: 09 Apr 2011 06:45 AM PDT


Video:

BN Belanja Duit Siapa? Jangan Jadi BINGAI!

Posted: 09 Apr 2011 05:48 AM PDT


Saya petik:

Kemiskinan: Muhyiddin cabar pembangkang tawar RM10 bilion

[BH] BINTULU: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) telah membelanjakan puluhan bilion ringgit untuk membasmi kemiskinan di Sarawak berbanding RM1 bilion dijanjikan dalam manifesto pakatan parti pembangkang bagi pilihan raya negeri Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri seterusnya mencabar parti pembangkang menyediakan dana sebanyak RM10 bilion untuk membasmi kemiskinan di Sarawak. 

Katanya kerajaan BN sudah mengurangkan kadar kemiskinan di Sarawak kepada hanya tiga paratus sekarang berbanding 60 ke 70 peratus 20 tahun yang lalu.

"Sekali pandang tawaran (pembangkang) hebat, kalau betul-betul serius letak RM10 bilion, sebab kita sudah beri berpuluh bilion... lebih daripada itu," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra selama setengah jam di Pasar Utama Bintulu di sini hari ini.

Katanya cadangan penubuhan Dana Pembasmian Kemiskini sebanyak RM1 bilion untuk menangani keluarga di bawah paras kemiskinan dalam manifesto pakatan pembangkang hanya satu tawaran manis untuk menarik sokongan pengundi di Sarawak dan ia sebenarnya tidak mampu untuk dilaksana seperti apa yang berlaku di Selangor yang berada di bawah pemerintahan Parti Keadilan Rakyat (PKR).....

P/s: Selama hari ini, kerajaan BN belanja dan salah guna wang berbilion ringgit itu duit siapa? Duit UMCO? Duit BN? Kalau sudah tahu sumber duit itu janganlah BINGAI cabar pembangkang sediakan RM10 bilion!!! Kalau Mahiaddin mahu bukti, suruhlah orang Sarawak UNDI PR. Biar segala cabaran itu dapat dibuktikan!

Yang wajar rakyat Sarawak persoalkan ialah angka yang diberikan oleh Mahiaddin. Kata Mahiaddin kadar kemiskinan di Sarawak hanya 3 peratus. Kah kah kah, Siapa yang mahu percaya? Silakan!!!

Lebih 50 tahun BN perintah Sarawak, Taib Mahmud dan kroni kaya, rakyat terus merempat!!!





Pengguna FACEBOOK Wajib Baca!!!! Anda Mungkin Menjadi MANGSA

Posted: 09 Apr 2011 01:28 AM PDT

Berdasarkan laporan di Digitalone, terdapat pihak tertentu yang mencipta aplikasi di Facebook untuk mencuri maklumat pengguna laman sosial itu.

Antara aplikasi tersebut termasuklah aplikasi dengan tajuk "Tornado Randomly Appears During Soccer Game".



Skrin yang memaparkan video yang memerihalkan tajuk aplikasi akan memaparkan skrip yang meminta pengguna "log in" semula ke dalam akaun FB. Apabila diklik pada skrip itu, pengguna akan dibawa ke laman "log in". 

 
Selepas pengguna memasukkan nama pengguna dan kata laluan, aplikasi ini akan menghantar dua permintaan, iaitu ke Facebook.com dan laman pihak yang mencipta aplikasi tersebut. Maklumat yang diterima pihak yang mencipta aplikasi itu tentulah alamat e-mel dan kata laluan pengguna yang menjadi mangsa.

 

Aplikasi ini juga memaparkan butang "like" yang mendorong lebih banyak pengguna Facebook terpedaya dan berkongsinya dengan rakan-rakan yang lain.


P/s: Pokoknya, janganlah melayan sebarang aplikasi yang meminta anda "log in" ke dalam akaun anda semula.


Peguam & Pakar Sanggah Alasan Nazri Mahu Tubuhkan Suruhanjaya Diraja Video Konspirasi

Posted: 09 Apr 2011 12:30 AM PDT



Saya petik:
[TMI] KUALA LUMPUR, 9 April — Beberapa peguam membidas Datuk Seri Nazri Aziz yang mengesyorkan agar diadakan suruhanjaya diraja siasatan bagi mengenal pasti identiti si pelaku dalam video seks didedahkan "Datuk T" bulan lalu — yang didakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim — atas alasan elemen pelacuran. 

Peguam-peguam yang dihubungi mempertahankan bahawa pelacuran bukan haram di Malaysia meskipun melanggan seks boleh dikenakan tuduhan dan menteri itu dicabar membuktikan alasan beliau. 

Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee mengecam kenyataan Nazri, yang dikatakan tidak bermutu dan pertubuhan itu turut membantah penubuhan suruhanjaya hanya kerana satu klip video aksi seks. 

"Jika ada kesalahan jenayah, maka ia seharusnya disiasat sebagai kes jenayah," kata beliau kepada The Malaysian Insider menjawab kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, semalam. 
Nazri mahukan satu suruhanjaya diraja siasatan diadakan untuk menentukan sama ada wujudnya aksi pelacuran dalam video seks yang didedahkan oleh "Datuk T" 21 Mac lalu, didakwa membabitkan Anwar yang merupakan Ketua Umum Pakatan Rakyat. 

Malah menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, suruhanjaya tersebut juga perlu menentukan sama ada lelaki yang terlibat dalam aksi seks itu adalah Anwar, yang juga Ketua Umum PKR. 

Anwar telah pun menafikan yang beliau adalah lelaki dalam rakaman hitam putih 21 minit itu, yang dipertontonkan kepada media pada 21 Mac lalu. 

Kemudian sedutan klip 107 saat disebarkan menerusi dunia siber awal minggu lalu. 

"Pelacuran adalah haram di Malaysia. Jika anda terlibat atau anda membantu dan bersubahat dalam (kerja-kerja) pelacuran, anda menaungi pelacur untuk tujuan seks, ini satu jenayah," kata Nazri kepada The Malaysia Insider semalam. 

"Suruhanjaya diraja akan menentukan identiti lelaki dalam video dan wanita yang dia adakan hubungan seks, sama ada dia itu adalah pelacur," kata beliau lagi. 

Dalam kenyataan susulan, Lim juga menekankan bahawa tiada peruntukan jelas berkaitan dengan elemen pelacuran. 

"Pelacuran itu sendiri bukan satu kesalahan jenayah," kata Lim. 

Beliau mengakui ada beberapa peruntukan dalam undang-undang yang membolehkan mereka yang menawarkan seks bagi tujuan seks didakwa. 

Sebagai contoh kata beliau, Seksyen 372A Kanun Keseksaan menyediakan peruntukan bagi tindakan ke atas mereka yang hidup hasil daripada atau perdagangan persundalan. Lim menambah, di bawah Akta Inkuiri Suruhanjaya 1950, Yang di-Pertuan Agong akan mempertimbangkan budi bicara baginda dalam menubuhkan suruhanjaya siasatan yang difikirkan mempunyai kepentingan awam. 

Sehubungan Lim menasihatkan Kabinet agar menolak idea Nazri sambil berkata, suruhanjaya diraja bagi isu semasa membuang masa dan sumber, yang boleh digunakan untuk mengatasi krisis pendatang haram di Sabah, menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ketua Menteri Sarawak dan yang terbaru kematian di pejabat SPRM. 

"Kabinet mesti beri keutamaan kepada masalah-masalah lebih besar dan penting, yang dihadapi institusi-institusi negara berbanding tingkah laku zina seseorang individu, (dalam kes ini) didakwa (melibatkan) seorang ahli politik," kata beliau. 

Andrew Khoo yang mengetuai jawatankuasa hak asasi manusia Majlis Peguam juga bersetuju dengan pandangan Lim. 

"Penubuhan suruhanjaya diraja adalah untuk kepentingan negara dan saya tidak bercakap mengenai individu yang tidak memegang jawatan kerajaan," katanya ketika dihubungi. 

Khoo menekankan bahawa pada masa-masa lalu kerajaan hanya memutuskan penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasat apabila dakwaan yang dibangkitkan berkaitan dengan sikap dan tingkah laku di pihak kerajaan. 

"Dalam suruhanjaya mengenai (kes) VK Lingam, isunya berkaitan sikap tidak berat sebelah dalam bidang kehakiman. Dalam kes (bekas setiausaha agung MIC) DP Vijendran, beliau merupakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat pada ketika itu," kata Khoo.

"Di sini, persoalannya ialah 'institusi kerajaan yang mana telah dikompromi?' Jawapannya tiada. Jadi, mengapa kita perlu mengadakan siasatan sebegitu?" tambah Khoo. 

Beliau juga menimbulkan persoalan mengapa perlu diberikan layanan khas dalam kes video seks sedangkan ada undang-undang untuk menangani isu berkenaan. 

Sehubungan itu kata beliau, idea agar diadakan suruhanjaya diraja bagi kes video seks perlu dikuburkan segera kerana jika tidak akan ada cadangan seumpama itu bagi setiap perkara pada masa-masa mendatang. 
Pakar undang-undang jenayah, Cheow Wee juga berpandangan sedemikian. 

Cheow berkata beliau tidak boleh percaya bagaimana Nazri boleh mengesyorkan idea sedemikian agar diadakan suruhanjaya bagi menyiasat dakwaan tidak berasas kononnya seorang ahli Parlimen melanggan pelacuran. 

Malah kata beliau, adalah terlalu awal untuk diadakan sebuah suruhanjaya diraja di peringkat sekarang memandangkan pihak polis belum melengkapkan siasatan mereka. 

"Jenayah apa yang mereka mengadu? Adakah mereka mengatakan salah bagi dua pihak yang bersetuju untuk mengadakan seks? Atau Anwar tidak boleh mengadakan seks? Atau tindakan itu melibatkan pertukaran wang? 

"Kita juga tidak tahu adanya (elemen) pelacuran dalam video ini. Dan, jika ia adalah Anwar, dan adakah dia mengadakan seks dengan orang lain?" kata beliau yang turut mengambil bahagian dalam suruhanjaya diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock ketika disiasat SPRM dua tahun lalu. 

"Ia berkaitan dengan isu moral dan etika kerana ahli-ahli Parlimen dan menteri diharap akan menunjukkan moral yang tinggi, tetapi anda tidak perlukan suruhanjaya diraja bagi tujuan itu," kata Cheow sambil menambah, isu semasa ini dimanipulasikan kerana kepentingan politik. 

Sebaliknya kata beliau, polis seharusnya menyiasat sama ada wujud kesalahan jenayah membabitkan "Datuk T" yang mengakui terlibat dalam rakaman video seks berkenaan.

P/s: Orang yang berkesempatan menonton video konspirasi ini tahu bahawa video itu direkayasa untuk tujuan konspirasi. Ada dua lelaki berbeza dalam satu video!!! Lihat foto di bawah ini. Bagaimana polis menegaskan bahawa video ini TULEN? Tulen dari segi apa?

Cerita lanjut fasal gambar di sini.

[Video-PANAS] Hukum Pakai Gelang Magnetik

Posted: 08 Apr 2011 11:00 PM PDT


Video:

P/s: Tolong beritahu artis yang jual gelang ini! Yang pakai gelang ini, campaklah ke dalam longkang!! Produk kelentong!!! Harga RM25, beli sampai RM1000. Sudahlah kena kelentong, kena "pau", hukum memakainya haram pula!!!

Kakitangan Imigresen Dibicarakan 13 Julai 2011 Atas Tuduhan Terima Rasuah

Posted: 08 Apr 2011 09:00 PM PDT

Lapan pegawai imigresen dicaj tuduhan rasuah semalam (ikut jam) Azmir, Hafiz, Huzzai, Izuwanshah, Khairul, Shahrizal, Shahazlina dan Zahed.

Saya petik:
[TMI] SHAH ALAM — Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan 13 Julai ini untuk perbicaraan kes empat pegawai Jabatan Imigresen yang didakwa memperoleh rasuah sebagai upah bagi memudahkan kemasukan penumpang warga Indonesia ke Malaysia tanpa perlu mematuhi syarat tahun lalu.

Hakim Mat Ghani Abdullah juga membenarkan permohonan pihak pendakwaan agar keempat-empat pegawai Imigresen terbabit, Ahmad Zahed Abd Alim, 28; Mohd Hafiz Zakaria, 27; Mohd Khairul Haqimie Kamarudin, 26, dan Azmir Mahadi, 28, dibicarakan bersama.

Ahmad Zahed didakwa melakukan 12 kesalahan menerima rasuah berjumlah RM13,590 di Maybank Cawangan Bukit Tinggi dan Pelabuhan Klang antara 26 Julai dan 28 Ogos, lapor Bernama Online hari ini.
Mohd Hafiz, dari Pelabuhan Klang pula didakwa melakukan empat kesalahan menerima suapan membabitkan RM8,640 di CIMB Bank Cawangan Pelabuhan Klang, Eon Bank Cawangan Pelabuhan Klang dan Kuarters Imigresen di Pandamaran, Klang antara 25 dan 30 September.

Mohd Khairul Haqimie dari Sungai Buloh pula didakwa melakukan tiga kesalahan membabitkan RM7,350 di Maybank Cawangan Bukit Tinggi dan Restoran Moden Simpang Kudrat, Klang, antara 28 Ogos dan 28 September.

Seorang lagi pegawai Imigresen, Azmir dari Melaka, didakwa melakukan enam kesalahan membabitkan nilai suapan RM5,710 di Affin Bank Cawangan Pelabuhan Klang dan Stesen Minyak Shell Pelabuhan Klang, antara 15 dan 28 Ogos tahun lepas.

Semalam, lapan pegawai Imigresen termasuk keempat-empat tertuduh yang bertugas di bahagian Perkapalan Pelabuhan Selatan, Pelabuhan Klang dekat sini, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen berasingan di sini atas 83 pertuduhan memperoleh suapan berjumlah RM122,140 sebagai upah bagi memudahkan kemasukan penumpang warga Indonesia ke Malaysia tanpa perlu mematuhi syarat.

Selain empat pegawai terbabit, turut dituduh ialah Md Shahrizal Che Dan, 26; Nor Shahazlina Sulaiman, 25; Mohamad Izuwanshah Samsuri, 25; dan Mohamad Huzzail Ahmad, 31.

Pendakwaan terhadap semua tertuduh dibuat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
P/s: Awek pun kena?

[Video] Ceramah Anwar di Miri, Nizar di Kuching

Posted: 08 Apr 2011 07:00 PM PDT


Video:









Budak 16 Tahun Kemaruk Langgan Pelacur??

Posted: 08 Apr 2011 05:30 PM PDT

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: "Walaupun saya masih di tingkatan empat, kegilaan saya terhadap seks sangat kuat sehinggakan saya sanggup berulang-alik dari Banting ke Brickfields setiap hujung minggu semata-mata untuk melanggan pelacur.

"Malah, saya juga terpaksa menipu ayah kononnya saya mahu ke rumah kawan untuk mengulang kaji pelajaran dengan harapan ayah membenarkan saya meminjam motosikal Honda EX5 miliknya," itu antara pengakuan seorang pelajar sebuah sekolah menengah di Banting, yang hanya mahu dikenali sebagai Ezry (bukan nama sebenar), 16 yang ketagih seks sejak setahun lalu.

Melalui perbualan dengannya di sebuah rumah pelacuran di Brickfields baru-baru ini, tidak terdetik di hatinya untuk menipu ibu bapanya namun kerana kegilaan seks 'melampau' itu dia terpaksa menipu kedua-dua orang tuanya semata-mata untuk memuaskan nafsunya.

"Semuanya kerana pengaruh rakan yang membawa saya ke sini Februari tahun lalu. Sejak itu saya asyik teringat untuk datang lagi selepas kali pertama melangganinya.

"Saya tahu dari Brickfields ke Banting sejauh 160 kilometer pergi dan balik, tetapi saya tidak kisah dan sanggup. Malah, saya tidak keseorangan kerana saya turut ditemani seorang rakan sekolah yang bersama-sama melanggan pelacur di sini. 

"Soal duit minyak kami tidak keberatan kerana selalunya kami 'tong-tong' (kongsi). Lagipun kami ke sini seminggu sekali saja iaitu pada hujung minggu," katanya.

Menurutnya, demi mendapatkan 'seks seminggu sekali' itu, dia kadangkala menyimpan wang saku pemberian ibu bapanya serta turut membuat kerja sambilan di sebuah kedai makan di Banting milik kenalannya.

"Setiap hari ayah beri RM6 wang poket sebagai perbelanjaan. Baki wang yang saya tidak guna akan disimpan untuk melanggan pelacur pada hujung minggu," katanya.

Rakan Ezry yang mahu dikenali sebagai Mizi, 16, berkata kegiatan melanggan pelacur dianggap sebagai pemberi semangat untuknya mengulang kaji pelajaran menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun hadapan.

"Seronok sebenarnya di sini, bagaikan pesta. Mana tidaknya, kerana ayam-ayam (pelacur) di sini semuanya lawa dan murah, dengan hanya RM30 saya dapat memuaskan nafsu.

"Kalau dibanding di Banting dengan Brickfields banyak bezanya...Di Banting kawasannya sunyi sepi dan tiada pelacur tetapi di sini 'heaven' (seronok) sangat," katanya.

Menurut Mizi, apa yang membuatkannya datang ke rumah pelacuran terbabit kerana pelacur di kawasan itu cantik termasuk dari Sabah dan Sarawak berusia lingkungan 18 hingga 23 tahun.

Sementara itu sumber berkata, kawasan pelacuran terbabit sentiasa dipenuhi pelacur warga Malaysia, Indonesia, India, China, Myanmar dan Bangladesh dengan harga serendah RM30 hingga RM50 bagi sekali perkhidmatan.

Katanya, antara perkhidmatan ditawar seks, onani, 'urutan harimau' dan lain-lain.

Harian Metro
3 Mac lalu melaporkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan premis pelacuran di kawasan berkenaan namun kegiatan itu kini kembali beroperasi seperti biasa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi, berkata kawasan pelacuran berkenaan sudah beberapa kali diserbu pihak polis dan DBKL namun kegiatan itu masih diteruskan.- Mohd Helmi

 P/s: Gila. Mesej untuk Muhyiddin Yasin!!

Pelajar Tumbuk Guru Kena Reman

Posted: 08 Apr 2011 04:59 PM PDT

Saya petik:
[BH] KANGAR: Mahkamah Majistret di sini semalam, mengeluarkan perintah reman empat hari terhadap pelajar Tingkatan Dua sebuah sekolah menengah dekat sini, yang didakwa terbabit dengan kejadian menumbuk seorang guru, Mariati Mat Ail, 37, sehingga patah tulang hidung, kelmarin.

Perintah itu dikeluarkan Majistret Nursyarida Abd Rahman yang bermula semalam hingga Isnin ini terhadap pelajar berusia 14 tahun itu di dalam kamarnya.  

Suspek yang memakai baju lokap tiba di Mahkamah Kangar dengan kenderaan polis kira-kira jam 9.30 pagi.
Dia yang ditahan polis semalam, memakai baju lokap ungu dan bergari kemudian dilihat meninggalkan perkarangan mahkamah kira-kira jam 11 pagi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari kelmarin, mangsa yang juga seorang guru disiplin cedera parah di bahagian hidung akibat ditumbuk seorang murid Tingkatan Dua di Chuping di sini, kelmarin.

Mangsa yang juga guru Sejarah di sekolah berkenaan dipercayai patah tulang hidung selepas ditumbuk di bahagian muka oleh seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun yang dikatakan tidak berpuas hati dengan tegurannya sebelum itu.
 
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari, beberapa guru yang melihat kejadian terbabit, bertindak membawa mangsa yang berlumuran darah ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, untuk menerima rawatan lanjut....

Manifesto PAKATAN RAKYAT di Sarawak

Posted: 08 Apr 2011 04:30 PM PDT


Sepuluh Manifesto Pakatan Rakyat Sarawak:
1) Kebebasan kepercayaan.
2) Pentadbiran yang baik.
3) Reformasi tanah dan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputera.
4) Pembasmian kemiskinan.
5) Hubungan Persekutuan-negeri.
6) Sarawak yang lebih maju.
7) Layanan adil kepada semua rakyat Sarawak.
8) Kebudayaan dan pendidikan.
9) Hak wanita.
10) Melabur dalam masa depan.


Tiada ulasan: