Ahad, 3 April 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Model CUN India Mahu Berbogel Jika Pasukan Kriket India Menang. Teka, India Menang @ Kalah?

Posted: 03 Apr 2011 06:48 AM PDT


Menarik daripada Times of India.

India menang atau kalah? Tentulah India menang. Jika tidak berita ini menjadi kurang penting dan sensasi!

Model cun India Poonam Pandey sebelum ini berjanji akan berbogel jika pasukan kriket India memenangi Piala Dunia terpaksa menutup telefon bimbitnya selepas menerima panggilan bertalu-talu daripada pihak yang merayunya untuk menunaikan janji dan ada juga yang mengugutnya agar tidak menunaikan janjinya itu kerana mencemarkan budaya masyarakat India.

Menurut sumber, model berusia 20 tahun itu menegaskan kepada media bahawa dia akan meneruskan rancangannya untuk berbogel jika perbuatannya itu mendapat keizinan BCCI (badan kriket India).

"Ugutan tidak menakutkan saya," kata model itu.

Model itu walau bagaimanapun berhadapan dengan tangkapan selepas peguam menfailkan kes terhadapnya di sebuah mahkamah di Bhopal. Sayap wanita sebuah parti politik juga telah membuat laporan kepada Pesuruhjaya Polis Mumbai agar mengambil tindakan terhadapnya.

Jumaat lalu, Pandey menulis surat kepada BCCI untuk menyuarakan hasratnya: "I write to you as a great fan of cricket and above all a patriotic Indian. I want India to win the Cricket World Cup 2011, and I am willing to go the extra mileage."

Tambahnya lagi, "going nude in private with consenting adults for a therapeutic purpose" bukanlah suatu kesalahan dan kontrak untuk tujuan itu boleh diwujudkan kerana BCCI bukanlah agensi kerajaan.

Model itu mencadangkan agar BCCI memilih tempat lain, misalnya, Paris untuk mengelakkan sebarang kontroversi.

Fuh!!!

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


Harga RON 95 dan Barang Dijamin Tidak Naik. Anda Percaya Kata-kata "Pembohong" Ini?

Posted: 03 Apr 2011 05:00 AM PDT



Rasa-rasa banyak pembaca DCM mengetahui sebab menteri ini dicap "pembohong" atau kata-kata lain yang seumpama atau semakna dengannya. Yang belum tahu, sila baca di sini.

Hari ini menteri yang sama memberikan jaminan tidak akan berlaku kenaikan harga barangan keperluan berikutan penyelarasan harga petrol RON 97 sebanyak 20 sen daripada RM2.50 seliter kepada RM2.70 seliter mulai tengah malam kelmarin.

Menurut menteri ini, penyelarasan harga itu tidak membabitkan petrol RON 95 dan bahan api lain yang menjadi pilihan 90 peratus pengguna termasuk lori pengangkut dan kenderaan awam. 

Katanya, kerajaan juga tiada cadangan menaikkan harga RON 95 buat masa ini sekalipun harga semasa minyak mentah di pasaran dunia semakin meningkat. 

"Kerajaan masih memberikan subsidi sebanyak 79 sen setiap liter bagi RON 95 dengan nilai keseluruhan  sebanyak RM4 bilion setahun. Penyelarasan harga RON 97 tidak menjejaskan peniaga dan kerajaan memberi jaminan harga barang tidak akan naik berikutan itu.

"Dianggarkan hanya 10 peratus pengguna RON 97 terutama pengguna kereta mewah. Walaupun harganya lebih mahal mereka tetap menggunakan minyak jenis ini," katanya lagi semalam.

Anda mahu percaya kata-kata menteri ini, silakan.

Yang pasti harga RON 95 akan dinaikkan selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak. Manakala harga makanan dan barangan akan tetap naik walaupun dijamin oleh menteri ini. Anda tahu mengapa saya begitu? Hal ini demikian kerana menteri ini dan kementeriannya tidak dapat berbuat apa-apa selepas pesta kenaikan harga berlaku.  Apa yang mampu menteri ini maklumkan kepada anda ialah "Kenaikan harga ini di luar bidang kuasa kementerian. Saya berharap peniaga akan menurunkan harga makanan dan barangan."


* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

Ku Li TIBAI Putrajaya Isu Royalti Minyak & Diskriminasi Kerajaan Negeri PR

Posted: 03 Apr 2011 04:00 AM PDT


Saya petik:
[MK] Bekas Menteri Kewangan Tengku Razeligh Hamzah menggesa Putrajaya menghentikan sebarang amalan menganak-tirikan kerajaan negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat dan merujuk kepada isu royalti minyak Kelantan sebagai contoh hak rakyat negeri dinafikan .

"Saya rasa tak ada perkara yang patut menghalang pemberian wang tunai ini daripada dilanjutkan ke negeri berkenaan (Kelantan). Ada minyak bayarlah, " kata Tengku Razaleigh dalam wawancaranya dengan TV Selangor.

"Tak ada (wang ehsan) dalam Akta Kemajuan Petroleum. Wang ehsan ini sedekah. Rakyat (Kelantan) bukan nak minta sedekah, Ini (royalti) hak dia," kata beliau.

Tokoh veteran Umno itu menegaskan Kerajaan Pusat tidak harus menganaktirikan kerajaan negeri walaupun dokongan politik masing-masing berbeza kerana ia hanya menyusahkan rakyat.

"Tak kira siapa kerajaan pun, Sama ada di Kelantan, Kedah, Pahang, Selangor dan Johor sama sahaja. Jadi kalaulah hendak menganaktirikan negeri sebab berlainan politik, tak patut (kerana) yang menanggungnya adalah rakyat, bukan kerajaan yang berkuasa.

"Tak ada keadilan dari segi itu," katanya.

Kerajaan negeri dibelakangkan

Menurut Razaleigh konsep federalisme di Malaysia tidak akan bermakna jika hak-hak kerajaan negeri dibelakangkan.

"Kalau kita dengar ada negeri yang tak dapat layanan sewajarnya, saya rasa itu tak patut. Ia bertentangan dengan semangat persekutuan itu sendiri. Jadi tak ada makna adanya (konsep) persekutuan kalau semangat kerjasama dan tolong menolong tidak diteruskan,"katanya.

Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan adalah di bawah pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Pemimpin negeri berkenaan sering merungut dipinggirkan dalam pelbagai program kerajaan pusat.

Pengagihan peruntukan untuk negeri-negeri berkenaan didakwa tidak setimpal berbanding negeri di bawah pemerintahan Umno-BN.

Razaleigh berkata tuduhan bahawa kerajaan persekutuan menganak-tirikan kerajaan negeri yang diterajui Pakatan Rakyat tidak boleh ditolak begitu sahaja.

"Saya dengar ada pihak pusat nak cuba sabotaj pentadbiran negeri. Saya dengar di Pulau Pinang, bukan dari pihak yang berkuasa di negeri itu, tetapi dari rakyat yang memberitahu saya ada (yang) dihasut pegawai supaya jangan beri kerjasama dan sebagainya. Saya rasa tak patut.

"Seharusnya wajib diberi kerjasama kepada siapapun yang memerintah sebaik mungkin untuk sampaikan khidmat dan apa yang perlu kepada rakyat," katanya.

Mengimbau isu royalti minyak Kelantan, Razaleigh berkata Kelatan tidak harus dilayan berbeza daripada Sabah dan Sarawak semata-mata kerana negeri pantai timur itu dibawah penguasaan PAS.

"Kalau negeri nak terima lima peratus, syaratnya minyak kena ada berhampiran dengan negeri. Sabah dan Sarawak terus dapat (royalti). Kalau ikut (prosedur itu), Sarawak pun tak boleh dibayar. Maknanya kerajaan boleh arahkan Petronas jangan bayar Sarawak," katanya.

Saman Petronas

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mendakwa Kelantan tidak layak menerima royalti untuk minyak yang digali di kawasan persisirannya namun akan diberikan wang ehsan RM20 juta sebagai ganti.

Tawaran itu ditolak oleh kerajaan negeri yang mengemukakan pelbagai bukti untuk menyokong hujah bahawa rakyat Kelantan berhak mendapatkan royalti sehingga RM2 bilion.

Sehubungan itu, Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengambil keputusan untuk mengemukakan saman terhadap Petronas berhubung tuntutan royalti minyak yang diperoleh dari perairan negeri itu - di sempadan Thailand-Kelantan.

Razaleigh yang juga bekas Pengerusi Petronas juga membayangkan kepimpinan kerajaan Umno-BN tidak melaksanakan Akta Kemajuan Petroleum secara betul sehingga mengakibatkan pelbagai kemelut.

"Sebenarnya perdana menteri adalah menteri bertanggungjawab mengenai minyak di negara ini mengikut Akta Kemajuan Petroleum. Tapi pelaksanaan akta ini tidak betul. Sepatutnya Majlis Petroleum Kebangsaan menasihati perdana menteri mengenai perkara-perkara seperti cari gali dan penyimpanan rizab.

"Sepatutnya Majlis Petroleum Kebangsaan dianggotai pegawai kanan kerajaan persekutuan dan negeri pengeluar minyak. Mereka sepatutnya menasihati perdana menteri, namun majlis ini tak wujud sekarang, " katanya.
P/s: Tunggu apa lagi Ku Li?

Jika Orang Kata "Ah Long" Dilindungi Pihak Tertentu, Saya Percaya!!!

Posted: 03 Apr 2011 03:00 AM PDT


Berita baik untuk "ah long". 

Bernama melaporkan bahawa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sukar mengambil tindakan undang-undang terhadap peminjam wang tidak berlesen atau ceti haram kerana tidak mendaftar perniagaan. Wow, mudahnya alasan yang diberikan.

Seterusnya berita Bernama melaporkan bahawa menteri berkaitan, Datuk Chor Chee Heung berkata, anggota penguat kuasa kementerian sentiasa melakukan siasatan dengan memenyamar sebagai peminjam dan sebagainya, namun langkah itu dikatakan mengambil masa yang lama untuk mengambil tindakan terhadap ceti haram. Aiikkkk! 

Mengapa langkah ini digambarkan sebagai sesuatu yang membazirkan masa? Walhal tindakan menyamar sebagai peminjam adalah langkah yang praktikal jika pihak berkuasa yang berkenaan benar-benar mahu menghapuskan "ah long". Mungkin atas alasan bodoh pihak berkuasa, iklan "ah long" semakin banyak ditampal di merata-rata tempat.

Lagi lucu, pernah suatu ketika dahulu, pihak polis melancarkan kempen menanggalkan pelekat atau iklan "ah long" di sekitar bandar. Langkah "bodoh" itu hanya membuatkan "ah long" mentertawakan pihak berkuasa.

Datuk Chor Chee Heung turut ditanya sama ada Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 boleh diletakkan di bawah tanggungjawab Bank Negara bagi memastikan masalah ceti haram itu dapat diselesaikan sepenuhnya, Chor berkata, perkara itu mungkin dibentangkan pada mesyuarat Kabinet akan datang. Jika berkesan, mengapa tindakan ini tidak diambil sejak awal-awal lagi?

Jadi, jika orang berkata "ah long" dilindungi oleh pihak tertentu, saya percaya kerana bisnes mereka kian berkembang dan jarang-jarang kedengaran, atau tidak pernah kedengaran jerung-jerung besar di balik kegiatan "ah long" ini ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan.

Saya tidak spesifikkan kepada sesiapa, saya bukan seperti Raja Petra yang mempunyai maklumat sehingga mengaitkan orang ternama dalam kegiatan "ah long", namun agak pelik sehingga kini "ah long" gagal ditangani sepenuhnya, biarpun pihak berkuasa di negara ini didakwa antara yang terbaik di dunia.

P/s: KASTAM sudah terburai sedikit, walaupun banyak pihak percaya tangkapan SPRM dalam isu penyelewengan dan rasuah sepatutnya melebihi 62 orang seperti yang dilaporkan oleh media. Bila pula jabatan dan majlis perbandaran mahu diburaikan? Begitu juga pihak berkuasa yang lain.

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


Sinar Harian Rakam Gambar Hantu Lagi di Kulim

Posted: 03 Apr 2011 01:24 AM PDT

Di mana imejnya?

Saya petik:
[SH] KULIM - Misteri alam ghaib sememangnya wujud tapi tidak semua yang dipaparkan adalah benar. Kewujudan syaitan dan iblis adalah kenyataan di mana mereka juga adalah makhluk ciptaan Allah SWT.

Sinar Harian sebelum ini pernah memaparkan imej pocong yang dirakamkan di sekitar kawasan Kulim Hi Tech dan penemuan itu diakui pekerja industri di kawasan terbabit.

Sekali lagi lensa Sinar Harian merakamkan imej seakan seorang wanita mendukung anak di jendela sebuah bangunan lama sekitar Jalan Sungai Lembu.

Imej wanita itu dirakamkan kira-kira jam 6 petang. Ketika penggambaran dibuat, Sinar Harian turut ditemani seorang pengamal perubatan tradisional.

Sepanjang penggambaran, sememang perasaan seram itu ada terutama apabila mendekati bangunan lama itu. Dari tinjauan mendapati, kawasan itu langsung tidak didatangi binatang liar seperti anjing walaupun ia adalah kawasan tinggalan.

Pencari kayu, Abdul Razak Mohamad, 57, berkata, sepanjang dia menjalankan aktiviti di sekitar, pelbagai imej dan lembaga pernah ditemui terutama menjelang waktu senja.

Selain itu, Jalan Sungai Lembu cukup sinonim dengan gangguan pontianak dalam kalangan penduduk yang tinggal berhampiran. Ada di antara mereka yang tidak berani menggunakan jalan itu tengah malam.

Penduduk di sekitar kawasan berkata, pernah berlaku di mana sebuah motosikal yang ditunggangi seorang lelaki ditumpang lembaga seorang wanita di belakangnya.

"Saya datang ke kawasan ini lebih 20 tahun lalu dan banyak yang temui. Pernah juga menemui lembaga berjalan dalam keadaan tunduk melalui dicelah-celah pokok getah di belakang saya. Selain itu, saya pernah mendengar suara perempuan menangis dan keadaan teresak-esak.

"Bangunan ini adalah binaan zaman kolonial. Dalam jangka masa begitu panjang, bangunan ini semakin tua dan kini terus ditinggalkan. Di bahagian lurah bukit ini terdapat jirat lama yang turut ditinggalkan.

"Setelah berlakunya hakisan, kebanyakan jirat yang ada ini runtuh. Tidak mustahil sekiranya ada di antara jirat yang ada di sini, berlubang dan saya pernah melihatnya sendiri," katanya. 

 

Selepas WikiLeaks, Kini Muncul Pula "PornWikiLeaks"

Posted: 02 Apr 2011 10:39 PM PDT



Selepas WikiLeaks kini hangat pula dengan kemunculan laman sesawang PornWikiLeaks. Kalau WikiLeaks mendedahkan rahsia atau maklumat sulit melibatkan pemimpin, organisasi penting, dan negara, Porn WikiLeaks pula mendedahkan identiti dan maklumat peribadi pelakon porno. Itu bezanya.

Menurut laporan DM,  sebuah pusat perubatan di Los Angeles disiasat berikutan kebocoran maklumat pelakon porno yang disiarkan dalam sebuah laman sesawang. Adult Industry Medical (AIM) Health Care Foundation mengeluarkan kenyataan dua hari lalu bahawa organisasi itu disiasat kerana kebocoran maklumat perubatan pekerja industri seks dalam sebuah laman yang dipanggil Pornwikileaks.com.

Nama, tarikh lahir dan alamat lebih 15 ribu pelakon filem lucah dikatakan didedah di laman sesawang itu dan pendedahan ini memberikan kesan kepada bekas pelakon lucah yang telah bersara daripada industri tersebut, mahupun mereka yang masih aktif dalam industri ini.  Biarpun sesetengah pelakon lucah seperti Jenna Jameson menggunakan identiti sebenar, namun majoriti mereka menggunakan nama samaran.

Berdasarkan maklumat yang dipaparkan di laman sesawang itu, ramai percaya kebocoran maklumat itu berpunca daripada komputer milik AIM, pusat yang menjadi tempat pelakon lucah melakukan ujian HIV dan penyakit kelamin yang lain.

Pornwikileaks.com didaftarkan di Belanda, namun maklumat pemilik dan laman sesawang itu masih lagi kabur. Pelakon lucah Donny Long  menafikan peranannya di belakang laman sesawang ini. Manakala jurublog hiburan dewasa Mike South mendakwa mendapat maklumat bahawa kebocoran maklumat itu berpunca daripada AIM.

Macam-macam! 


Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

“Saya tidak diburu pihak berkuasa" - AR Badul

Posted: 02 Apr 2011 07:00 PM PDT


Saya petik:

KUALA LUMPUR: Pelawak terkenal, AR Badul, 63, menyangkal dakwaan seorang remaja perempuan yang dia mencabul mangsa lebih daripada tiga kali bermula Disember 2010 hingga pertengahan Mac lalu.

Menurut Badul, dakwaan itu tidak benar dan dia tidak mengetahui butir laporan polis yang dibuat remaja itu terhadapnya.

"Saya tidak mengetahui laporan dibuat remaja itu dan ia tidak berasas sama sekali," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Badul turut menafikan dirinya diburu polis kerana sehingga kini masih tidak dipanggil oleh pihak berkuasa untuk memberi kenyataan.

"Saya tidak diburu pihak berkuasa," katanya yang akan mengetahui kesahihan laporan mengenai dakwaan itu, esok.

Sementara itu, Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Operasi dan Risikan Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa berkata, polis akan menyiasat kesahihan dakwaan pelajar berkenaan. 

P/s: Berdasarkan gambaran berita semalam, banyak pihak mengaitkan pelawak veteran itu dengan AR Badul. Hari ini keluar pula berita penafiannya. Jika begitu, siapa?

[Kemas Kini] Guru BELASAH Pelajar Disyaki Mencuri Sampai Parah Telah Meninggal Dunia

Posted: 02 Apr 2011 06:00 PM PDT


Saya petik:
[HM] ARAU: Guru syaitan! Demikian gelaran yang patut diberi kepada seorang guru lelaki sebuah sekolah agama, di sini, yang sanggup membelasah seorang murid lelaki berusia tujuh tahun sehingga koma, Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, guru berusia 26 tahun itu juga dikatakan bertindak kejam apabila mengikat tangan mangsa, Saiful Syazani Saiful Sopfidee di tingkap asrama sekolah berkenaan sebelum membelasahnya. 
Difahamkan, guru terbabit tidak mengendahkan walaupun mangsa merayu dan menangis supaya perbuatan itu dihentikan.

Sumber polis berkata, mangsa yang diikat dan dipukul hampir dua jam itu bagaimanapun pengsan selepas mengalami kecederaan dalaman di kepala dan badan akibat dipukul bertubi-tubi oleh guru terbabit.

Katanya, guru terbabit berang dengan mangsa yang enggan mengaku terbabit dalam beberapa kejadian kecurian di asrama sekolah berkenaan sebelum itu.

Difahamkan, sebelum itu mangsa pernah dua kali dipukul suspek akibat enggan mengaku mencuri barangan milik pelajar lain di asrama sekolah.

"Selepas mangsa pengsan, guru terbabit panik dan memanggil guru lain sebelum membawa mangsa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, kira-kira jam 1.30 pagi kelmarin," katanya.

Bagaimanapun, mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar kira-kira jam 3 pagi kelmarin dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, berkata dia hanya mengetahui kejadian itu kira-kira jam 8 malam kelmarin melalui ibunya ketika anak tunggalnya dipindahkan ke HSB.

"Saya bergegas ke HSB dan sebak melihat keadaan anak saya kini terlantar koma dengan mukanya bengkak selain lebam di mata dan pipi kiri.

"Malah, ada kesan melecet di tangannya kesan akibat diikat dan kini terpaksa menggunakan mesin bantuan pernafasan," katanya ketika ditemui di HSB, Alor Setar, semalam.

Saiful Sopfidee yang juga pemandu pelancong di Jitra berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan anaknya terbabit dalam kecurian kerana dia bukan nakal dan lebih banyak mendiamkan diri.

Katanya, anaknya tinggal bersama keluarga angkatnya di Kangar sejak kematian ibunya, Jahiyah Che Amat pada 2006 dan kali terakhir dia berjumpa Saiful Syazani setahun lalu.

"Muka anak saya betul-betul seiras arwah isteri saya. Doktor kini memaklumkan keadaan anak saya semakin kritikal," katanya yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Alor Setar, malam kelmarin.

Katanya, dia mahu individu yang terbabit dalam kejadian itu dihadapkan ke muka pengadilan dan menerima hukuman setimpal dengan apa dilakukan terhadap anaknya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain ketika dihubungi berkata, mangsa dipercayai dipukul kerana disyaki sering mencuri duit seorang pelajar sebelum aktivitinya dilaporkan kepada seorang warden di situ yang juga suspek utama kes ini.

"Suspek yang juga guru sekolah itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau, petang kelmarin," katanya.

Mohd Nadzri berkata, suspek kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan dan polis kini menyiasat secara menyeluruh mengenai motif dan punca kejadian itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah. - Shamsul Munir

P/s: Yang ini memang melampau!!!

Kemas Kini:
 
Laporan Bernama Online menyebut, Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, disahkan meninggal dunia pada pukul 8.50 pagi tadi sejak dimasukkan ke hospital berkenaan kelmarin.
 

Rasuah Bermaharajalela dalam Jabatan KASTAM!!! Jahanam Negara!!!

Posted: 02 Apr 2011 05:13 PM PDT


Saya petik:
[HM] PUTRAJAYA: Seramai 62 pegawai kastam pelbagai pangkat berusia antara 24 hingga 56 tahun ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak operasi besar- besaran bersepadu dikenali Ops 3b di lima pelabuhan seluruh negara, Isnin lalu.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, daripada jumlah itu 53 adalah lelaki manakala sembilan lagi wanita.

Beliau berkata, sehingga semalam, 17 masih direman manakala yang lain dibebaskan dengan jaminan. Pegawai kastam dari Pelabuhan Klang, Selangor paling ramai ditahan iaitu 48 orang.

"Hasil siasatan mendapati, ada pegawai mengaku menerima suapan antara RM100 hingga RM500 untuk setiap borang K1 iaitu borang pengisytiharan kastam sejak lima bulan lalu, malah ada yang mengaku pihak tertentu memasukkan RM10,000 setiap bulan ke dalam akaun dan kita mengesan tujuh transaksi dijalankan.

"Malah, kami turut menemui wang yang banyak dalam akaun pegawai, pelaburan amanah saham bernilai RM200,000 termasuk jam tangan emas," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Mustafar berkata, kelmarin SPRM turut menahan beberapa lagi pegawai dan menemui tiga beg wang tunai berjumlah RM625,250, selain lima jongkong emas bernilai kira-kira RM50,000 serta dua pistol tiruan dan 241 peluru.

Katanya, di rumah pengarah kastam yang masih ditahan reman, pihaknya menemui wang tunai bernilai RM65,000, mercun dan bunga api serta rokok kretek.

"Kita masih menyiasat harta dimiliki pengarah berkenaan kerana dalam beberapa akaun miliknya mempunyai ribuan malahan jutaan ringgi, ada yang berjumlah sehingga RM2.1 juta manakala satu akaun lagi RM500,000, semua itu masih dalam siasatan," katanya.

Mustafar berkata, hasil operasi itu juga, SPRM mengesan lebih RM10 bilion diseludup dan dihantar ke luar negara secara haram.

Beliau berkata, fokus utama pelaksanaan operasi itu bagi mendapatkan kembali hasil pendapatan kerajaan serta membersihkan amalan rasuah di kalangan pegawai dan kakitangan Kastam Diraja Malaysia (KDRM).

Ia berikutan ada maklumat menyatakan pegawai kastam di pelabuhan seluruh negara meminta dan menerima rasuah daripada ejen penghantaran untuk mengurangkan duti kastam serta mempercepatkan proses Borang K1.

Operasi dilaksanakan di Pelabuhan Klang, Selangor; Pelabuhan Kuantan, Pahang; Pelabuhan Pulau Pinang; Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Pasir Gudang, Johor.

"Usaha kita adalah mendapatkan kembali pendapatan kerajaan yang boleh diberikan semula kepada masyarakat. Kerajaan kehilangan berbilion ringgit disebabkan amalan 'tangan kotor' yang dilakukan pihak tertentu," katanya.

P/s: Soalan cepu emas: Bagaimana pula dengan pegawai tinggi KASTAM yang lain? KP dan pengarah-pengarah yang lain?  Berbilion duit kerajaan kena "tibai", logikkah pegawai KASTAM yang lain tidak mengetahuinya? Yang lain berapa banyak pula "tibai" wang kerajaan?

Tiada ulasan: