Khamis, 21 April 2011

dollah yankee

dollah yankee


Free??!! Kah..Kah..Kah..saya ditipu,ditipu,ditipu lagi!!

Posted: 21 Apr 2011 06:30 PM PDT

FREE and VOLUNTARY??!
Woiii.. nak berak pun kena bayar laa.., mana ada FREE??!

VOLUNTARY??SUKARELA?? amboii..amboiii..amboiiii.. punya nak bagi kita sedap.., sukarela! baguslah kalau masih ada insan dalam dunia ni macam TRICUBES BHD., yang sanggup buang dan sanggup berkorban sampai 50 juta ringgit untuk kebaikan rakyat. Ini orang Malaikat ke??! Atau mereka ada mesyin cop duit sendiri??!


Ishh..ishhh..ishhh..bila kita tanya yang umno ni tak ada kerja lain ke? asyik nak meniiiiiiipuu.., sampai dah lima enam puluh tahun punya dok menipu pun masih tak cukup-cukup, masih tak puas-puas. Dari zaman tok kita sampai zaman bapak kita, sampailah ke zaman kita, masih dengan idea-idea, cadangan-cadangan dan proposal-proposal yang nak menipu kita dan nak gasak duit rakyat.


Tapi Najib sudah silap sebab dia ingat kita ni semua bangang macam datuk nenek kita masa zaman bapak dia (Tun Razak) jadi PM dulu.

Pagi dia kata FREE and VOLUNTARY, tengahari pula lubang sudah pecah kata TRICUBES BHD., punya 'annual report 2010' kata kerugian terkumpul company ini sampai 17 juta. Di-sebelah petangnya pula, lubang ini semakin pecah bila ada maklumat kata yang projek ni ada sangkut dengan adik dia. Manakala bila tiba malamnya, lubang-lubang ini sudah pecah habis bila ramai puak-puak yang ada otak, yang ada 'akai' sudah mula menyoal inisiatif Najib ini dan juga menyoal status syarikat yang diberi projek ini.

dollah yankee -
Orang yang baik saja selalu akan kena tipu

Tiada ulasan: