Ahad, 24 April 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Siapa cakap PAS takut tukar pemimpin?

Posted: 24 Apr 2011 05:12 AM PDT

WarkahDaily

Siapa cakap orang PAS tak berani tukar presiden. Sejak ditubuhkan, berapa ramai dah presiden PAS silih berganti.

PAS berani menukar presiden bukan secara membuta tuli. Bukan kerana orang luar yang tiada kaitan dengan PAS (pemerhati bebas) melontar pandangan dan persepsinya, ahli PAS terus melenting dan mula melobi untuk tukar pemimpin. Itu bukan perangai orang PAS. Mereka bukan mudah buat keputusan terburu-buru semata-mata atas pandangan orang luar.

Ahli / perwakilan PAS lebih arif dari orang luar siapa yang mereka kehendaki...mereka bukan mudah dipengaruhi dengan 'lobi-melobi' orang luar termasuk Aziz Bari.

Mereka bukan mudah ditanam dengan persepsi. Hanya segelintir sahaja yg terpengaruh dan mudah terperangkap dengan persepsi. Hanya mereka yang sudah merasakan sudah lama berjuang dan hadam dengan selok-belok perjuangan PAS. Konon merekalah mahukan pembaharuan (mahu gaya pemimpin moden yang bukan dari kalangan berkopiah, berserban atau berjubah). Ramai ahli dan perwakilan PAS lebih matang untuk memilih pemimpin mereka.

Masakan PAS boleh bertahan sehingga hari ini jika ahlinya mudah melatah dengan pandangan atau tohmahan (pandangan yang tiada hasil kajian yang spesifik) dan tak cermat dalam menentukan siapa pemimpin mereka.

Mereka lebih kenal dan arif siapa pemimpin yang mereka kehendaki. Bukan seperti yang didakwa sesuatu pihak yang menyatakan PAS tidak berani tukar pemimpin. Ahli dan perwakilan PAS tukar pemimpin bukan atas persepsi yang dilemparkan.

Mereka mahukan Hadi Awang sebagai presiden (tak termakan dengan pandangan Aziz Bari), tidak bererti mereka takut tukar pemimpin. Bukan semestinya pandangan Aziz perlu diikut, sebab hal-hal pemilihan dan hak menentukan siapa yang layak memimpin PAS bukan kepunyaan Aziz Bari...ini semua hak perwakilan dan ahli PAS.

Aziz hanya melontarkan pandangan beliau sahaja atas kapasiti beliau sebagai pemerhati bebas. Dan memang PAS memerlukan pandangan bebas seperti Aziz Bari sebagai untuk 'mengecat rumah yang sudah siap', bagi mencantikkan lagi rumah itu.

Tapi PAS tidak semesti terima sebulat-bulatnya apa yang dikeluarkan Aziz Bari. Walaupun Aziz Bari diiktiraf sebagai profesional dan ahli akademik yang berjaya dan disegani ramai, tapi tidak semesti apa yang dilontarkan itu betul dan tepat. Nama lagi manusia yang mempunyai sifat pelbagai. Mungkin ada betul dan mungkin ada salahnya.

Bukan semua ahli akademik dan mempunyai taraf doktor falsafah mempunyai pandangan dan telahan yang tepat. Bahkan, Zentrum Future Studies yang dipelopori juga oleh tokoh akademik, Dr Abu Hassan Hasbullah yang pernah membuat kajian berkaitan keputusan pilihanraya di Sarawak baru-baru. Melalui hasil kajian dan ramalan yang dibuat Zentrum, kerajaan BN Sarawak bakal jatuh dalam pilihan raya negeri itu apabila BN dikatakan hanya akan mendapat 24 kerusi Dun sahaja daripada 71 kerusi.

Bila keputusan rasmi dikeluarkan, ianya jauh meleset walaupun beberapa kerusi BN tumbang dan DAP memperolehi kejayaan besar.

Ini menjadi suatu bukti bahawa kajian atau pandangan sesuatu pihak termasuk yang profesional atau ahli akademik yang berkaliber tidak semestinya tepat atau betul. Tapi bukan bererti mereka ini tidak boleh memberikan pandangan dan ramalan mereka. Itu hak mereka di dunia demokrasi.

Apatah lagi kalau ianya tidak disertakan hasil kajian atau bukti yang tepat menyatakan 'fulan dan si fulan' tidak disukai ramai atau dia menjadi liabiliti kepada kumpulan tertentu. Dengan kata lain, ia hanyalah pandangan peribadi sahaja.

Tapi yang pasti, ahli PAS dan perwakilan PAS tidak takut untuk melakukan perubahan atau menukar pemimpin mereka, bahkan ianya sudah silih berganti sehingga kini. Tapi ahli PAS dan perwakilan PAS bukan jenis yang menerima sembrono atau rakus dalam melakukan keputusan. Bahkan mereka tahu siapa yang perlu dinaikkan sebagai pemimpin dan siapa yang tidak.

Mereka tidak mudah terpengaruh dengan 'lobi-melobi' pihak tertentu, lebih-lebih orang luar. Namun pandangan itu tetap dihormati dan mungkin diambil sebagai mencantikkan lagi atau menambahkan lagi usaha ke arah pembaikan.

Mereka lebih arif dan tahu siapa yang bekerja dan siapa yang tidak bekerja. Mereka sudah diajar dan ditarbiah bagaimana cara melantik pemimpin mereka yang mungkin tiada pada parti lain. Kalau ada, alhamdulillah.


Dan Dayak pun bangun – Berontak!

Posted: 24 Apr 2011 04:19 AM PDT


Oleh Hishamuddin Rais

Kota Miri kota di pesisiran laut. Kota sempadan. Kota Golok untuk orang Brunei. Besih, baru dan tersusun. Kota hujung minggu tempat orang Brunei 'melepas geram'. Cukup jelas watak kota sempadan ini.

Aku ke sini untuk melihat dengan dekat apa yang sedang berlaku di Sarawak. Lebih jujur kalau aku katakan melihat dengan kaca mata aku wilayah di sekitar Miri. Secara jujur tak mungkin dalam satu minggu aku mengetahui dan memahami Sarawak. Kalau ada sesiapa yang berkata sedemikian maka orang ini pasti pelebong yang mungkin juga berani mengakui dirinya adalah sepupu kepada Saddam Hussein.

Aku menjadi tamu KEADILAN di Miri. Menginap di hotel murah tidak jauh dari Bilik Gerakan Pusat. Aku sebenarnya memang tidak mengetahui banyak tentang Sarawak. Aku dibesarkan dengan Dolah Sarawak, Siput Sarawak dan Nenas Sarawak – Sarawak-Sarawak yang lain haram aku tidak mengetahui. Susur galur pensejarahan Sarawak tidak juga aku ketahui. Berapa banyak suku bangsa yang wujud di Sarawak tidak juga aku ketahui.

Kalau anak kecil – aku datang ke Sarawak ini seolah-olah untuk disunatkan – agar aku mengetahui lebih dalam dan intim tentang wilayah yang telah menjadikan Malaysia kaya raya.

Malam pertama, aku telah dibawa ke perkampungan Kedayan – Kampung Sungai Subak daerah Sebuti. Bersama aku dalam kereta ada dua orang lagi pekerja parti. Seorang aktivis PAS dari Klang dan seorang jurutera aktivis KEADILAN anak tempatan. Aku diberitahu kampung ini dua jam perjalanan ke luar kota.

Kami memulakan perjalanan agak lewat. Kereta kami melintasi kawasan-kawasan mewah yang rumah-rumah tersergam indah – sepuluh ratus kali lebih gah dari Country Height Kajang – seakan-akan aku sedang melintasi Sunset Boulevard ke Beverley Hills di Los Angeles di mana bintang Hollywood membina sarang mereka.

Rumah-rumah angkuh, gedang dan bergemerlapan. Siapa agaknya yang bersarang di rumah-rumah ini. Pemandu kami – juga aktivis KEADILAN – tanpa segan silu telah berkata, semua ini adalah rumah-rumah 'China Kaya'. Jelas unsur politik Semenanjung di sini.

Kereta kami memasuki luar kota. Kawasan makin gelap. Aku tidak tahu apa yang di kiri dan apa yang di kanan. Sesekali aku ternampak cahaya lampu. Jelas aku di dalam perut hutan Sarawak. Tidak ada kereta yang memotong kami dan tidak ada juga kereta berselisih. Wah! Aku merasakan amat jauh hendak berpolitik ke kampung ini.

Belum pernah aku merasakan berjalan dalam gelap untuk berpolitik begini jauh. Dulu di Tenang pernah aku berjalan dari Labis ke Kampung Sawah Baru. Memang jauh aku rasakan – tetapi kali ini beratus kali jauhnya. Memang Sarawak ini wilayah yang maha luas. Dan ramai warganya tinggal di pedalaman. Hendak tahu erti pedalaman datanglah ke Sarawak.

Jalan batu aspal agak baik terutama lima atau sepuluh kilometer dari kota Miri – terutama di daerah rumah orang kaya-kaya. Hampir dua jam kemudian jalan semakin rahai. Ini bermakna kami telah mengambil jalan kecil memasuki kampung yang dituju.

Wah! Amat jelas bezanya rumah yang aku lihat tadi dengan apa yang ada di hadapan mata. Tadi aku melihat Istana, sekarang aku melihat rumah kotak buruh kontrak bangunan Mat Indon yang didirikan di tepi bangunan yang sedang dibina di Damansara. Aku difahamkan ini adalah perkampungan sukubangsa Kedayan. Nah! Inilah kali pertama aku mendengar nama sukubangsa ini.

Untuk orang di Semenanjung jangan tersilap faham – ini bukan ceramah kelompok – ini juga bukan ceramah umum – bukan forum dan bukan seminar. Ini kerja politik di Sarawak. Bila aku keluar dari kereta yang aku dengar ialah gendang Melayu asli. Bunyi muzik seakan-akan Zainurin Mat Dom senang berdendang dengan lagu Alah Emak Kahwinkan Aku.

Tarian etnik Sarawak begitu mengujakan. Gambar Hiasan.

Cahaya hanya datang dari lampu rumah – justeru kawasan sekeliling agak gelap. Bila aku hampiri maka aku nampak tujuh lapan bayang-bayang sedang bertandak di tengah jalan. Tidak sampai tiga puluh orang yang ada pada pesta ini. Yang aku nampak hanya bayang-bayang hitam.

Mata aku mencari arah muzik. Wah! Empat perempuan sedang duduk di bawah rumah yang bertiang tinggi – mereka memukul gendang dan menyanyi. Bila aku dengar amat jelas pantun-pantun mereka ada pantun perjuangan:

Adik bergendang abang menari,
Jangan lupa kepada kami,
Bila KEADILAN telah pergi,
Adik tinggal seorang diri.

Di dalam gelap aku nampak bayang-bayang anak muda yang tersusun berdiri. Lalu aku hampiri. Mereka ini telah mengambil bahagian dalam perlawan futsal anjuran Angkatan Muda KEADILAN (AMK) sebelum ini. Aku bertanya-tanya. Semua mereka bukan pengundi. Tiga orang anak muda Kedayan yang aku rapati semuanya telah meninggalkan sekolah dalam umur yang masih muda.

Keciciran! Ini bukan keciciran. Ini dasar Taib Mahmud yang tidak mahu Kedayan ada ilmu dan berpelajaran. Dari segi jumlah suku bangsa Kedayan lebih ramai dari Melanau yang kini berkuasa di Sarawak. Kedayan yang juga beragama Islam ini dilihat oleh Taib sebagai berpotensi untuk melawan hegemoni Melanau.

"Darik manak?" Perbualan kami yang terputus-putus kerana Kedayan ini memiliki bahasa tersendiri. Mereka berbual dengan aku menggunakan bahasa Melayu yang loratnya tidak pernah aku dengari. Aku selalu tertanya-tanya kerana tidak faham buah butir.

"Apa Keadilan ini?" Soalan ini datang dari Shahrulnizan, anak muda berumur 16 tahun. Dia telah meninggalkan sekolah dua tahun dahulu. Lalu aku bertanya kenapa dia datang ke pesta ini. Jawabnya senang 'kawan saya main futsal'. Nah! Jelas anak muda di Sarawak perlu disedarkan.

Gendang terus dipalu. Pantun berbalas-balas. Aku akhirnya bertandak dan berjoget. Malam pertama aku di Miri tidak akan aku lupakan. Bila aku diminta berpantun aku menolak. Entah kenapa lidah aku kelu kerana terlalu seronok dengan pengalaman baru sehinggakan aku kehilangan modal untuk berpantun.

Sebelum hadiah diberikan ada sedikit ucapan dari aktivis KEADILAN – memohon sokongan untuk calon KEADILAN yang juga dari suku bangsa Kedayan. Si penceramah berucap dalam bahasa Kendayan. Yang aku dengar hanyalah nama Taib Mahmud yang disebut puluhan kali.

Dua individu politik yang liat meninggalkan tampuk kuasa. Gambar Hiasan

Amat jelas kebencian warga Sarawak terhadap Taib Mahmud samalah seperti kebencian warga Malayasia di Semenanjung terhadap Dr Mahathir Muhamad. Taib dan Mahathir ini dilihat sebagai orang jahat di mata rakyat. Dua-dua dilihat sebagai perompak dan lanun yang mengkayakan anak bini dan kroni.

Tetiba suara halus dari bawah tangga kedengaran. Seorang perempuan meluahkan perasaan tentang bau busuk yang sampai ke kampung mereka. Lalu aku difaham oleh Shahrulnizan bahawa tidak jauh dari kampung mereka ialah tempat pembuangan sampah kota Miri. Aku diberitahu bahawa air sungai telah hitam dan kawasan telah tercemar. Nampaknya Taib Mahmud bukan sahaja meminggirkan Kedayan malah kampung mereka juga diracuni oleh toksik sampah kota Miri.

Tengah hari esoknya, aku dibawa untuk melawat rumah panjang pula. Kali ini aku bersama dengan kumpulan perubatan percuma KEADILAN yang datang dari cabang Tuaran Sabah. Kumpulan ini menuju ke Rumah Panjang Logan Talajin – empat jam perjalanan dari Miri.

Kami meninggalkan Kota Miri sebelum jam 1.00 – siang terang-benderang. Kami mengambil jalan di persisiran pantai. Aku merasakan jalan ini telah aku pernah lintasi. Wah! Betul iniah jalan malam kelmarin. Ketika gelap aku tidak nampak pesisiran laut.

Rupa-rupanya di sinilah rumah para elit balak dan tokei China yang kaya raya setelah bersekongkol merompak Sarawak dengan Taib Mahmud. Kawasan tepi laut ini idaman mereka. Berapa ramai nelayan telah dihalau tidak pula aku ketahui.

Kemudian kami melintasi kawasan sawit, kampung-kampung kecil, kampung nelayan. Lagi jauh kami berjalan - jalan semakin buruk. Akhirnya kami sampai ke rumah panjang yang dituju. Aku ternampak kain rentang Barisan Nasional telah terpasang.

Bila aku naik ke tangga aku lihat banyak poster kecil dan besar – poster BN – telah terpasang. Ertinya pekerja parti Taib Mahmud telah sampai ke sini.

Rumah Panjang 33 pintu ini membukakan aku kepada satu lagi dunia yang baru. Kumpulan Perubatan Percuma dari Tuaran amat profesional. Mereka terus melakukan apa yang wajib dilakukan. Ibu dan ayah datang untuk bertemu doktor dan mendapat ubat-ubatan percuma. Ketika kumpulan perubatan membuat tugas amal , aku meleser melihat rumah panjang yang pertama dalam hidup aku.

Seperti rumah mereka, kemiskinan mereka juga sentiasa berpanjangan

Ini kawasan yang subur di tepi sungai. Bila kau hampiri sungai ini amat jelas sungai ini telah berlumpur – seperti air teh susu yang kotor. Di kepala sungai ini pasti ada pembalakan. Ketika aku di tepi sungai itu aku ternampak seorang Ibu Iban sedang mandi bersabun.

Sahih! Sungai ini memainkan peranan yang penting dalam kehidupan masyarakat Iban di rumah panjang ini.

Kemudian aku terdengar bunyi mesin. Bila aku hampiri aku ternampak seorang ayah sedang memesin padi. Mereka berhuma selain dari bersawit. Dari apa yang aku difahamkam orang Iban di sini hanya diberi 300 batang pokok sawit sebagai mata pencarian.

Aku tak tahu berapa luas ladang sawit untuk 300 pokok ini. Ada juga warga yang bertanam getah tetapi tidak ramai. Mereka juga berhuma padi bukit. Kebun sayuran tidak kelihatan. Pokok bukan buah ada tetapi tidak lumayan. Ketika aku mundar-mandir di balkoni rumah seorang laki-laki Iban datang dan menarik tangan aku. Dia ingin bercerita dan aku pula memang ingin mendengar.

Aduh! Perbualan kami terputus-putus sama seperti aku dengan anak muda Kedayan dahulu. Dia menggunakan banyak istilah Iban tapi nasib baik ada seorang aktivis AMK anak tempatan yang menjadi juru terjemah.

Si Iban ini namanya Jenau Anak Belang. Bila aku tanya umurnya, dia berkata telah hampir 80 tahun. Dia gagah dan sasa. Pasti dari darah tani yang hidud berkhidmat setia pada bumi. Jenau berkisah tentang bagaimana mereka dipaksa berpindah dari kawasan asal mereka. Pada tahun 1963 mereka dipaksa pindah.

Tanah adat mereka telah dirampas oleh syarikat balak. Kemudian tanah adat mereka dijadikan ladang sawit. Mereka mengundur ke tepi Sungai Lagan ini. Ini puluhan tahun dahulu. Jenau anak Belang terus bercerita bagaimana tahun demi tahun mereka cuba menuntut kembali tanah adat mereka – semua gagal.

Kemudian Jenau menyatakan bahawa kali ini secara senyap-senyap Rumah Panjang inikan menyokong KEADILAN. Bendera dan poster Barisan yang telah dipasang di kawasan mereka itu hanyalah decoy untuk menyelamatkan Rumah Panjang ini dari dianggap kubu pembangkang. Orang Iban ini telah arif.

"Ini poleeeteek…ini poleeteek Iban". Jenau menerangkan bahawa kali ini kemungkinan Taib Mahmud akan kalah amat jelas.

"Sampai hari ini, Taib Mahmud tak mahu mengaku yang dia ambil tanah kami", inilah kata-kata dari Jenau anak Belang. Dia memegang tangan aku dengan kuat dan aku ternampak tatoo di pahanya. Lalu aku bertanya apa makna tatoo ini.

"Ini kail.. tanda aku berani…" Aku merasa amat gembira dapat bertemu dengan Jenau anak Belang sang pembawa naratif yang menyampaikan turun-termurun kisah-kisah tanah adat mereka yang dirampas. Ini sejarah rakyat.

Jelas sosok seperti Jenau inilah yang tidak memutuskan tali perjuangan puluhan tahun dahulu. Sosok ini membawa naratif hingga ke tahun 2011. Tahun ini adalah tahun di mana ombak Dayak memberontak tidak dapat dikafankan lagi.

Tanah adat yang dirampas akan menjadi tanah kubur Taib Mahmud dan Barisan Nasional di Sarawak. Kalau tidak Jenau bukan anak belang. Anak Belang bermakna anak harimau yang berani.

* Penulis adalah aktivis dan merupakan kolumnis Suara Keadilan

KEADILAN bantah laporan Berita Harian sensasikan isu video

Posted: 24 Apr 2011 04:17 AM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: KEADILAN membantah dan menolak sekeras-kerasnya laporan muka hadapan Berita Harian semalam yang mensensasikan isu video seks ketika penyiasatan polis masih diteruskan.

"Kami (KEADILAN) kesal kerana Berita Harian dengan sengaja mensensasikan isu video seks itu walaupun penyiasatan polis masih diteruskan.

"Kami turut kesal apabila Berita Harian diperalat pihak tertentu demi merekayasa 'perbicaraan melalui media', yang cukup jelas bernada politik dalam percubaan terus-menerus untuk mengaib dan menganiaya Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail.

Pada tajuk utamanya semalam, akhbar itu memetik sumber tanpa nama, kononnya sebuah agensi penyiaran terkemuka di Korea Selatan yang menganalisis rakaman video seks mendapati pelaku dalam rakaman itu sepadan dengan Anwar.

Menurut akhbar itu lagi, polis juga telah mengenalpasti lokasi video tersebut dirakamkan, iaitu di sebuah kondominium di pinggir Kuala Lumpur dan wanita terbabit dipercayai seorang pelajar di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta di ibu negara.

"Harus diingat bahawa syarikat Korea Selatan tersebut telah dipilih dan diberi maklumat khusus oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang mana ketua-ketua mereka masih menuruti kehendak barisan ahli politik yang mempunyai dendam kesumat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berusaha menamatkan perjuangan reformasi politik beliau.

"Datuk Seri Anwar telah menafi sekeras-kerasnya penglibatan beliau dalam video ini. Kami juga ingin menyatakan dengan tegas bahawa individu di dalam video itu bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim," tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru kata Saifuddin, kredibiliti PDRM sekali lagi terjejas dan dipersoalkan selepas pendedahan oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim dalam beberapa surat terbuka beliau.

Dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, Mat Zain menyebut mengenai empat laporan polis yang dibuat Anwar antara 9 Julai 1999 dan 20 Ogos 1999 mengenai salah guna kuasa dan menghalang proses undang-undang oleh sebilangan individu tersohor, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Abdul Gani Patail.

"Mengapakah tiada tindakan lanjut dari pihak polis mengenai laporan-laporan polis ini?" soal Saifuddin.

Mat Zain juga menurut Saifuddin mendedahkan mengenai persamaan yang cukup rapat antara 'video seks' ini dengan 'video seks' yang disebarkan beberapa hari sebelum pilihan raya umum tahun 1999.

"Kami mengajak rakyat Malaysia bersama-sama menolak 'politik lucah', dan marilah bersatu menggesa pemulihan semula institusi-institusi terpenting negara, terutamanya PDRM, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), SPR, dan badan kehakiman," kata Saifuddin.

Hata anjur ‘Tunjuk Rasa’ di depan pejabat Utusan 2 Mei ini

Posted: 24 Apr 2011 04:14 AM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Wartawan Kanan Utusan Malaysia yang digantung tugas, Hata Wahari akan mengajurkan perhimpunan 'Tunjuk Rasa' di hadapan pejabat Utusan di Jalan Chan Sow Lin, 2 Mei ini.

Ketika dihubungi Keadilandaily.com, Hata memberitahu tujuan perhimpunan itu adalah untuk menyuarakan rasa tidak bersetuju dengan akhbar itu berhubung artikel yang ditulis Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan.

Tulisan itu kata Hata, mencetuskan rasa tidak selesa semua kaum di Malaysia.

"Tujuan kita menganjurkan perhimpunan secara aman itu untuk menunjukkan rasa tidak setuju dengan Utusan yang sengaja membangkitkan isu perkauman dalam penulisannya.

"Saya mengajurkan perhimpunan itu bukan atas kapasiti sebagai Presiden Kesatuan Wartawan Nasional (NUJ), tetapi sebagai wartawan (Utusan)," ujarnya yang didapati bersalah oleh panel siasatan Utusan 14 April lalu kerana mengikritik majikannya itu sebelum ini.

Katanya, sepanjang perhimpunan bermula jam 5 petang itu, beliau akan 'mempersembahkan' beberapa aktiviti yang dilakukan secara aman.

"Kita akan mengadakan sidang membaca akhbar Utusan secara terbalik selain dijadikan akhbar itu sebagai pembungkus nasi lemak simbolik kepada perhimpunan tersebut.

"Kita memilih untuk mengadakan pada jam 5 petang kerana pada masa itu, semua editor ada di pejabat. Tidak guna jika diadakan waktu pagi," katanya.

Ditanya mengenai tindakan yang 'berganda' akan dikenakan terhadapnya ekoran penganjuran perhimpunan itu sedangkan tuduhan memburukkan Utusan masih belum diputuskan, beliau menegaskan tiada ketakutan dalam dirinya demi memperjuangkan prinsip yang dipegangnya.

"Saya berani mengambil risiko demi memperjuangkan prinsip kita, media bertanggungjawab, media yang bebas," tambah beliau.

Beliau juga menjemput orang ramai temasuk wartawan dan badan bukan kerajaan (NGO) turut serta dalam perhimpunan aman tersebut.

Keadilandaily.com dalam pada itu turut difahamkan sekumpulan anak muda yang menggelar diri mereka sebagai Platform Anak Muda (Platform), yang mengadakan protes media sekitar ibu negara 16 April lalu, akan turut serta dalam tunjuk rasa berkenaan.

Berita Harian tidak bertanggungjawab.

Dalam perkembangan lain, atas kapasiti sebagai presiden NUJ, Hata mengulas sikap tidak bertanggungjawab Berita Harian (BH) yang memaparkan berita video fitnah yang didakwa membabitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di muka depannya baru-baru ini.

Akhbar itu memuatkan laporan kononnya sebuah agensi penyiaran Korea Selatan mengesahkan individu dalam rakaman video seks tersebut sepadan Anwar, dengan mengguna proses biometrik.

"Media sekarang tidak ada rasa tanggungjawab, kredibiliti. Atas kepakaran apa BH menjadi perantaraan untuk menyiasat video tersebut?

"Mungkin mereka suruh rancangan penyiasatan CSI dalam stesen Astro AXN yang kaji agaknya," kata beliau.

Selain itu, Hatta mempersoalkan tindakan media arus perdana yang gemar membuat penghakiman sebelum perkara itu diputus mahkamah, terutama membabitkan pembangkang.

"Sekiranya kes pembunuhan atau melibatkan orang awam, media tidak mempunyai kepakaran dalam penyiasatan, tetapi jika melibatkan pembangkang mereka berganding bahu bersama polis siasat.

"Jika dikatakan mengguna kaedah biometrik, kenapa semua kes tidak pula menggunakan kepakaran itu. Kes-kes lain tidak ada kepakaran, tapi kes dalam konspirasi politik bermacam-macam kepakaran," ujarnya.

“AC Mizal nak masuk liang lahad pun orang tak peduli…”

Posted: 24 Apr 2011 04:10 AM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelakon 'terkenal', AC Mizal menggamatkan dunia maya, apabila beritanya menyertai Umno tersebar petang ini.

Berita yang turut dimuat naik dalam portal Malaysikini itu turut menerima reaksi pembaca, majoritinya berpandangan negatif.

Lebih kelakar dan mencuit hati, AC dilapor membuat kenyataan turut ditawar menyertai sebuah parti pembangkang serta dijanjikan jawatan tinggi.

Bagaimanapun, katanya, beliau menolaknya kerana tidak bersetuju dengan 'dasar' yang diperjuangkan parti berkenaan.

Akibatnya, kenyataan AC itu menerima kecaman di ruangan komen berita itu oleh pembaca-pembaca Malaysiakini.

Seorang pembaca bernama Mohd Hishamuddin Hasan berkata, "Orang bisnes mana boleh menunjuk-nunjuk sangat condong ke arah parti mana. Projek gelang sakti dia tu jangan lupa orang PR pun ramai yang melabur kat gelang dia tu. Ayuh orang PR.. boikot je diri korang dari menyokong bisnes mamat ni..dah pilih Umno tu jangan nak kutuk pihak lain pulak. Diam-diam sudah," katanya.

Manakala seorang pembaca bernama Rusidah Salim Shida pula berkata "Sesuai ke ko duduk dalam pembangkang? Isyyy… tolong tengok cermin ok!," katanya.

Bagi seorang pembaca bernama Mus Mulyadi Trisno pula, beliau berkata "Pembangkang pun tolak dia, pembangkang tak minat dia ni.."

Manakala seorang pembaca bernama Ipoh Mali pula, mendakwa bisnes yang dijalankan Ac, menipu orang ramai dan turut menghubungkan alamat sebuah blog yang memuatkan cerita itu.

"Jenis Penipu Mcm AC Mizal elok masuk UMNO.. Kah Kah.. Jual gelang modal RM40.. Jual RM1000.. telan /tipu ramai peniaga melayu! Baca sini penipuan AC MIZAL http://www.zonartis.com/panas-ac-konsortium-milik-ac-mizal-penipu.

Seorang pembaca bernama Otman Leh pula menulis "Umno pilihan tepat bagi AC Mizal. Kalau pilih parti lain, alamatnya susah nak dapat kontrak atau projek. Dia kata Umno parti yang mengamal keadilan, tapi untuk ahli dan pengikut Umno saja.. kalau kamu tak sokong Umno, siap kamu boleh bungkus..,"

Mohd Rozany Abdullah lebih mencuit hati, tetapi agak kasar apabila membuat komen demikian "woi AC, hang nak masuk liang lahad pun aku peduli apa..bodo*," katanya.

Eskay kata ‘hotel dan pelacur’. Polis kata ‘kondo dan pelajar’

Posted: 24 Apr 2011 04:06 AM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Terdapat banyak percanggahan antara kenyataan yang dikeluarkan pihak Polis Diraja Malaysia dan kenyataan yang dibuat salah seorang Trio Datuk T, Datuk Eskay Shazryl Abdullah berhubung video seks palsu membabitkan Ketua Pembangkang.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar semalam, bahawa polis mengambil masa untuk menyiasat video tersebut.

"Eskay sebut kepada saya (kejadian itu) berlaku di Club House. Itu dia sebut kepada saya. Saya tidak tahu kalau dia sebut hotel kepada media.

"Polis tak perlu pergi jauh-jauh pun. Pergi cari mana-mana club house dulu.

"Tetapi polis kata kondo, mana yang betul. Saya tak nak mengajar polis. Polis sepatutnya mendapatkan ketetapan Eskay dulu, kenapa susah sangat. Kecualilah kalau mereka mahu melindungi sesuatu," katanya ketika dihubungi keadilandaily.com.

Johari turut mempersoal kenyataan Polis bahawa pelaku wanita dalam video berkenaan adalah seorang pelajar swasta di ibu negara.

"Eskay kata pelacur, kemudian polis kata student. Yang mana betul ni? Sebab itu saya minta polis supaya siasat dulu, kerana lagi banyak buat statement lagi banyak nampak tembelang mereka," katanya yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.

Johari adalah satu-satunya ahli parlimen Pakatan Rakyat yang ditunjukkan rakaman video seks itu oleh Trio Datuk T yang terdiri daripada Eskay, Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa, Datuk Shuib Lazim, 21 Mac lalu.

Namun beliau menafikan sekeras-kerasnya pelaku lelaki dalam rakaman video berkenaan adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan bentuk tubuh dan lenggok pelaku tersebut.

Justeru Johari ketika dihubungi memberi amaran kepada pihak polis supaya tidak bermain politik dan laksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab serta profesional.

"Saya mendesak dan menasihati pihak polis supaya lengkapkan siasatan secara profesional sebelum membuat sebarang kenyataan. Kalau dah kenal pasti individu dalam video itu, tak payah buat kenyataan. Kerja polis adalah siasat secara profesional.

"Polis jangan main politik, polis sepatutnya lanksanakan tanggungjawab dengan profesional. Kerja polis adalah menjaga keselamatan dan keyakinan rakyat. Kepercayaan orang ramai terhadap polis sangat tinggi, tetapi rakyat di bawah sudah hilang keyakinan," katanya.

Laporan media sebelum ini menyatakan bahawa polis sudah mengenal pasti identiti wanita yang dikaitkan dalam video berkenaan iaitu seorang pelajar sebuah kolej swasta di ibu kota, berusia 26 tahun yang juga seorang warga China.

Polis juga menyatakan rakaman itu dikenalpasti dilakukan di sebuah kondominium.

Ia bertentangan sama sekali dengan kenyataan Eskay bahawa wanita berkenaan adalah seorang pelacur warganegara China dan kejadian tersebut berlaku di sebuah hotel di ibu negara.

Pelaburan CIMB dalam Tricubes melalui Dana Ekuiti Swasta

Posted: 24 Apr 2011 03:55 AM PDT

BERNAMA

Pelaburan CIMB dalam Tricubes Bhd dibuat bagi pihak pelanggan melalui dana ekuiti swasta, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Nazir Razak, hari ini. Menegaskan bahawa CIMB tidak memiliki syarikat itu, beliau berkata pelaburan itu memang sudah wujud pada 2001 dengan kepentingan sebanyak 15%.

"Kami tidak terlibat dengan pengurusannya. Kami tidak mempunyai wakil dalam lembaga pengarahnya... ia adalah kepentingan pasif sepenuhnya. Sebarang kenyataan yang membayangkan kami sedikit sebanyak terlibat dalam perniagaan itu berniat jahat," kata Nazir (gambar kanan) kepada pemberita ketika mengulas laporan yang mengatakan CIMB mempunyai pelaburan dalam Tricubes.

Baru-baru ini Tricubes, sebuah syarikat penyedia IT, mendapat Projek Emel 1Malaysia. Beliau menjelaskan beliau hanya mengetahui tentang pelaburan itu setelah seseorang menunjukkan kepadanya sebuah blog yang melaporkan perkara itu.

Dalam satu pekembangan lain, beliau berkata CIMB Group sedang mencari peluang untuk memasuki Laos dan Filipina pada masa akan datang.

Bagaimanapun, katanya, CIMB tidak tergesa-gesa untuk memasuki kedua-dua pasaran itu kerana kumpulan itu bertapak kukuh di negara-negara Asean yang Lain.

PERKASA: Gesaan boikot Utusan tindakan terdesak

Posted: 24 Apr 2011 03:53 AM PDT

MALAYSIA KINI


Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Perak menyifatkan gesaan beberapa pemimpin MCA supaya memboikot akhbar Utusan Malaysia sebagai suara daripada golongan yang terdesak mencari sokongan.

Yang Dipertuanya, Ahmad Zaini berkata kumpulan yang hebat menghentam akhbar tersebut adalah kalangan pemimpin yang tidak lagi diterima di kalangan orang Cina sendiri.

"Mereka kini cuba mencari pelbagai cara termasuk memainkan isu sensitif tanpa mempedulikan semangat setiakawan dalam BN bagi tujuan menarik semula sokongan di kalangan orang Cina... tidak perlu layan desakan tersebut, sedangkan mereka sendiri sudah tidak laku lagi di mata kaum mereka sendiri," katanya kepada Bernama di Lumut.

Beliau mengulas gesaan MCA supaya rakyat memulaukan akhbar Utusan Malaysia kerana mecadangkan gerakan '1Melayu, 1Bumi' yang dianggap oleh parti itu adalah untuk menghalalkan diskriminasi kaum.

Timbalan ketua publisiti MCA Loh Seng Kok dilaporkan berkata konsep 1Melayu, 1Bumi yang diilhamkan oleh akhbar itu bertujuan menghukum masyarakat Cina kerana melaksanakan hak demokrasi mereka membuat pilihan semasa pilihan raya.

Ahmad berkata BN tidak perlu melayan kumpulan seperti itu sebaliknya hendaklah memberi keutamaan kepada mereka yang masih setia dengan konsep BN untuk diangkat sebagai pemimpin yang boleh memperjuangkan masyarakat Cina.

PERKASA Perak juga mahu Umno yang menjadi tonggak BN menasihati pimpinan parti komponen terutama MCA dan Gerakan supaya tidak terus bermain dengan isu sensitif yang menyentuh hak Melayu secara terbuka.

"Kenapa perlu mereka bercakap tentang pelbagai isu sensitif secara terbuka menerusi media dan tidak membincangkan secara tertutup dalam mesyuarat BN.

"Tidakkah ini menunjukkan seolah-olah wujud agenda tersembunyi di kalangan orang Cina," tambahnya.

RPK: Saya tak beri kenyataan pada polis

Posted: 24 Apr 2011 03:50 AM PDT

MALAYSIA KINI

Penulis blog Raja Petra Kamaruddin tidak memberi kenyataannya kepada polis Malaysia di Bangkok semalam, selepas peguamnya mempertikaikan mengapa ia mahu dibuat di kedutaan Malaysia.

NONEBernama melaporkan Raja Petra sebagai berkata polis Malaysia
mahu menemubualnya di kedutaan Malaysia, tetapi atas nasihat peguamnya, ia telah dipersetujui supaya rakaman kenyataan RPK dibuat "di tempat berkecuali", seperti di hotel penginapannya.

"Saya bersedia bekerjasama dan memberi kenyataan kerana mereka mahu tahu sama ada saya membuat dakwaan terhadap Rosmah," katanyanya di majlis dialog MCLM di Bangkok semalamn.

Pihak polis mahu menemubual Raja Petra ekoran akuan bersumpahnya yang didakwa mengaitkan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu empat tahun lepas.

Bagaimanapun, bercanggah dengan laporan Bernama yang mendakwa kenyataannya telah dirakamkan, Raja Petra berkata, dia akhirnya menunggu pegawai berkenaan kembali selepas permintaan mereka untuk membawanya ke kedutaan, ditolak oleh peguamnya - Haris Ibrahim dan Amarjit Sidhu.

Sementara itu, dalam ceramahnya sebelum itu, Raja Petra mengulangi pendiriannya bahawa beliau telah disalah dakwa kerana beliau tidak membuat dakwaan itu terhadap Rosmah dan dua orang lagi, tetapi terhadap sumbernya, seorang kolonel tentera yang memberi maklumat itu kepadanya.


Parti bukan sendirian berhad, urus secara jamaah

Posted: 24 Apr 2011 03:43 AM PDT

Ismail Hashim

SHAH ALAM: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, parti hendaklah diurus secara jamaah dan bukannya seperti syarikat sendirian berhad apatah lagi sebagai syarikat anak beranak.

Menurutnya, PAS telah mengisytiharkan matlamat perjuangannya kepada seluruh rakyat Malaysia dan mereka telah melihat dan meyakininya.

Tegasnya, pimpinan PAS tetap menggerakkan parti untuk terus komited bersama Pakatan Rakyat yang mengorak langkah lebih jauh dalam arena politik negara.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS itu juga mengingatkan ahli-ahli agar buang sikap 'tiada masa dengan Allah nanti Allah tiada masa dengan kita', lazimi Al-Quran, tahajjud dan puasa sunat serta berusaha agar kelemahan yang diketahui tidak terus dikekalkan.

Beliau menambah, kemenangan kali kedua di Selangor dalam pilihan raya umum (PRU) 13 akan datang bagi menjamin segala usaha politik dan dakwah Islam masakini dapat diteruskan.

Menurutnya, keadaan sekarang amat cantik di pandangan mata di mana masjid berjaya dimakmurkan dengan segala aktiviti mendidik anggota masyarakat.

"Kerana itu, harapan agar segala usaha dapat dilakukan sebaiknya bagi memastikan segala kegiatan dan usaha ke arah kebaikan dapat dijayakan dengan sebaiknya.

"Ingatlah Allah sedang menguji anda semua di Selangor ini, pasti tidak sama keadaannya sebelum menang dengan suasana selepas memegang tampuk kerajaan," tegasnya.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang berucap demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Shah Alam ke 24 di TTDI Jaya, dekat sini pagi tadi.

Beliau berkata, pemimpin baik adalah mereka yang terus berpandangan jauh ke hadapan namun sesekali hendaklah menoleh ke belakang melihat kemampuan ahli-ahlinya.

Mereka, ujarnya, jangan terlalu laju sehingga tidak mampu dikejar ahli dan jangan pula terlalu lambat sehingga kaki mereka dipijak.

"Semua ahli mempunyai peranan dan tanggungjawab tersendiri, seumpama binaan batu-bata, mestilah disusun dengan baik, yang terlebih bakar, jangan diletakkan di hadapan kerana boleh merosakkan pandangan tetapi letaklah di bahagian pengukuhan tiang binaan," tegasnya penuh berkias.

Sementara itu, ketika berucap dalam majlis sama, Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad berkata, jika musuh dapat merampas semula Selangor, mereka pasti akan melakukan sekatan lebih teruk daripada sebelum ini.

Menurutnya, kemenangan PAS di banyak kawasan termasuk Shah Alam dalam PRU 12 pada Mac 2008 adalah hasil pendirian dan sokongan banyak pihak termasuk bukan Islam dan Melayu.

Kerana itu, jelasnya, gerak kerja selepas ini mestilah menjurus ke arah mendekatkan mereka termasuk semua anggota masyarakat lain bagi memahamkan mereka perjuangan dan matlanat PAS dalam memberi dan memelihara hak dan tuntutan semua pihak termasuk bukan Islam.

Hata Selar KDN Gagal Ambil Tindakan Terhadap Zaini, Utusan

Posted: 24 Apr 2011 03:41 AM PDT

TVS NEWS



SHAH ALAM : Presiden Kesatuan Wartawan Nasional (NUJ), Hata Wahari menyelar Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana gagal mengambil tindakan terhadap akhbar Utusan Malaysia dan penulis Awang Selamat kerana menyiarkan artikel berbaur perkauman.

Beliau mengulas artikel yang ditulis Penolong Ketua Penerangan 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan bertajuk 'Ayuh! 1Melayu 1Bumi' dalam akhbar milik Umno baru-baru ini.

Hata berkata, sikap dwistandard yang diamalkan KDN dengan 'menghalal' apa sahaja penulisan yang diterbitkan Utusan, punca berlakunya berita atau rencana seumpama itu disiarkan akhbar itu.

"Saya tidak faham dengan pendirian KDN apabila mudah mengambil tindakan sekiranya akhbar Cina atau India mengeluarkan artikel berbaur perkauman, tetapi tidak mempedulikan sekiranya Utusan yang turut mengeluarkan artikel sebegitu.

"Tapi dalam utusan, KDN tidak pernah bagi amaran, KDN seperti menyokong penulisan Utusan. Jika ahli NUJ pastinya mereka disuruh lepaskan jawatan, tapi Utusan bebas menulis apa sahaja," katanya yang juga wartawan kanan Utusan Malaysia yang kini digantung tugas.

Hata, yang didapati bersalah oleh panel siasatan Utusan 14 April lalu kerana mengkritik majikannya, menganggap tulisan itu sengaja mencetuskan sentimen perkauman dan mahu menggugat keselamatan negara.

Malah beliau mendakwa Zaini cuba mengembalikan dasar apartheid di Afrika Selatan, namun tidak ada sebarang tindakan dari pihak berkuasa.

"Beliau cuba kembalikan dasar apartied di Malaysia. Tetapi sehingga kini tiada tindakan daripada KDN.

"KDN perlulah mengambil tindakan yang sepatutnya kerana apa yang ditulis beliau secara jelas membangkitkan isu perkauman," ujarnya.

Menurutnya, Zaini sebagai individu yang berpengalaman dalam bidang kewartawanan selama lebih 20 tahun, seharusnya menyedari buruk baik dan akibat daripada penulisannya.

"Utusan perlu ubah cara penulisannya yang boleh mencetuskan isu perkauman. Sepatutnya perkara itu tidak perlu ditulis dan dibangkitkan kerana boleh menyebabkan perpecahan antara kaum," katanya lagi.

Kit Siang : Cadangan Penggabungan DAP-SNAP Masih Dibincangkan

Posted: 24 Apr 2011 03:33 AM PDT

Ditulis oleh Shakira Buang


SIBU : Cadangan penggabungan antara DAP dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) masih di peringkat awal perbincangan, kata penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Beliau berkata, ia tidak sepatutnya dilihat sebagai satu ancaman kepada perpaduan pakatan pembangkang tetapi bagi menggalakkan pertumbuhan, sokongan dan kekuatan bukan sahaja di negeri ini tetapi juga di seluruh negara.

"Cadangan itu adalah demi kepentingan pakatan pembangkang dan bukan satu penentangan terhadapnya.

"Kepimpinan DAP Sarawak masih meneliti idea ini lebih lanjut. Ia tidak akan diteruskan jika pimpinan SNAP menentangnya," katanya di sini, hari ini selepas bedah siasat parti mengenai pilihan raya negeri.

Lim juga berkata, bahawa kemenangan DAP di 12 kerusi pada pilihan raya negeri 16 April lalu bukan atas sokongan kaum Cina sahaja tetapi daripada semua kaum.

"Jika bukan kerana sokongan Bumiputera, ia agak sukar untuk memenangi kawasan pilihan raya seperti Batu Kawah, Meradong, Kidurong, Kota Sentosa, Repok, Piasau dan Dudong.

Mereka memainkan peranan penting dalam kejayaan kita iaitu bagi semua orang Sarawak," katanya.

Pengerusi DAP negeri, Wong Ho Leng berkata, satu mesyuarat antara DAP, PKR dan PAS akan diadakan pada 1 Mei jam 2 petang di Kuching bagi membincangkan lebih lanjut mengenai penggabungan itu.

Najib ulangi jaminan tidak tapis Internet

Posted: 24 Apr 2011 03:32 AM PDT


KUALA LUMPUR — Datuk Seri Najib Razak ulangi jaminan bahawa pentadbirannya tidak akan mengambil pendekatan menapis kandungan Internet.

Sebelum ini ada dua usaha untuk memperkenalkan "Empangan Hijau" ala China untuk mengawal aliran kandungan Internet manakala sebahagian rakyat negara ini minggu lalu membantah langkah Putrajaya menyediakan akaun e-mel 1 Malaysia.

Tetapi ia telah diketepikan oleh Kabinet Najib.

Perdana Menteri berkata kerajaan mengiktiraf yang demokrasi digital terbuka adalah jalan ke depan bagi Malaysia sambil mengisytiharkan bahawa negara mempunyai dunia blogger paling 'segar' dan bebas.

Kata Najib (gambar), beliau tidak pasti mengapa kerajaan-kerajaan lain bertindak tegas terutama jika apa yang diperkatakan menerusi Internet adalah sesuatu menyakitkan.

"Tetapi bagi pihak kerajaan saya sendiri, saya boleh mengatakan dengan jelas bahawa kami tahu yang ia (internet) adalah jalan menuju ke hadapan," katanya ketika berucap merasmikan persidangan Blogger Serantau Malaysia-ASEAN yang pertama di sini hari ini.

Raja Petra belum beri kenyataan, peguam tikai motif polis

Posted: 24 Apr 2011 03:31 AM PDT

TERKINI
THE MALAYSIAN INSIDER



KUALA LUMPUR — Raja Petra Kamarudin belum memberikan sebarang kenyataan kepada polis Malaysia di Bangkok ekoran pertikaian mengenai tujuan siasatan polis ke atas blogger kontroversial itu, kata peguamnya hari ini.

Malam tadi, polis mahu mendapatkan keterangannya di Kedutaan Malaysia di Bangkok.

"Tiada kenyataan diberikan kepada polis setakat malam tadi," kata peguam Haris Ibrahim kepada The Malaysian Insider menerusi kenyataan SMS sebentar tadi.

Dalam pada itu, maklumat diperoleh dari portal Malaysia Today pagi ini menyebut polis mahu menyiasat Raja Petra (gambar) berhubung aduan bahawa dia telah berbohong dalam temu bual disiarkan TV3 dua minggu lalu.

Oleh itu, entri ringkas Malaysia Today hari ini berkata wujud 'kebuntuan' dan peguam-peguamnya meminta polis yang mahu bertemu dengan Raja Petra menunjukkan salinan aduan dibuat ke atasnya.

"Nampaknya polis mahu mengambil keterangan Raja Petra di bawah Seksyen 203, satu jenayah membuat kenyataan palsu berhubung temu bual dengan TV3 di Perth, Australia.

"Satu laporan polis dibuat terhadap Raja Petra mendakwa dia berbohong dalam temu bual TV3," kata tulisan itu.

Blogger kontroversial itu berada di Bangkok sempena majlis pelancaran Pergerakan Bebas Sivil Malaysia (MCLM) cabang Thailand.

"Raja Petra Kamarudin, yang berada di Bangkok sekarang, telah diminta oleh pegawai-pegawai Kedutaan Malaysia di sana bahawa beliau perlu ke pejabat misi di ibu negara Thai untuk kenyataannya diambil kira-kira 8 malam waktu Thai (9 malam waktu Malaysia)," kata kenyataan MCLM dikeluarkan di sini sekitar 8 malam waktu Malaysia semalam.

Kenyataan itu menambah, pegawai-pegawai Kedutaan Malaysia menyampaikan permintaan itu sebelum majlis dihadiri Raja Petra di Florida Hotel bermula.

"Mereka minta beliau (Raja Petra) pergi ke Kedutaan Malaysia dengan segera sebaik sahaja ceramahnya selesai," kata kenyataan itu lagi.

Kenyataan itu menambah, Raja Petra yang sebelum ini dilaporkan berada dalam buangan kendiri di London dan baru-baru ini di Australia dan Bali, Indonesia tidak ditahan.

Dalam satu temu bual bersama TV3 yang disiarkan 13 April lalu, Raja Petra mendakwa beliau tidak pernah menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atau isterinya terbabit dalam kes pembunuhan Altantuya lima tahun lalu.

Sebaliknya, pengendali portal Malaysia Today itu berkata, beliau didesak dan dipengaruhi untuk berbuat demikian oleh beberapa individu yang tidak mahu Najib mengambil alih jawatan perdana menteri.

Sehubungan itu kata Raja Petra, SD yang dibuat beliau pada 18 Jun 2008 hanya bersandarkan maklumat diperoleh daripada beberapa individu.

Menurut Raja Petra, seorang pegawai perisik angkatan tentera dikenali sebagai Leftenan Kolonel Azmi juga memberi maklumat yang sama.

"Saya tidak terima lagi cerita itu. Sebab saya rasa mungkin mustahil," katanya.

Beliau berkata, kesemua individu ini berjanji akan menjadi saksi sekiranya beliau didakwa di mahkamah.

Raja Petra turut menamakan blogger Din Merican. Yang lain ialah Nik Azmi Nik Daud dan John Pang, kedua-duanya pernah bekerja di pejabat veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Dalam SDnya, Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh.

Sebelum ini Raja Petra berkata beliau pernah memberikan keterangan kepada polis mengenai SD itu ketika ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Tiga hari selepas siaran temu bual itu, Kementerian Pertahanan menafikan pernah wujudnya "maklumat" berkaitan Altantuya - dirujuk sebagai laporan risikan, yang didakwa Raja Petra Raja diperoleh daripada sumber-sumber boleh dipercayai, untuk digunakan dalam SD tiga tahun lalu.

Panglima ATM Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin berkata, "pihak ATM ingin menegaskan bahawa maklumat disampaikan oleh Kolonel Azmi kepada Raja Petra Kamarudin adalah palsu."

Azizan juga berkata siasatan terhadap dakwaan yang dilaporkan akan dilaksanakan dengan secepat mungkin dengan satu Lembaga Siasatan akan ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan tersebut.

"Hasil siasatan akan dijadikan asas terhadap tindakan yang akan diambil oleh ATM," katanya lagi.

IGP keluar hospital

Posted: 24 Apr 2011 03:29 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


Ismail dimasukkan ke hospital Jumaat lalu. — gambar fail

KUALA LUMPUR — Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini dibenarkan keluar dari wad Hospital Pantai Kuala Lumpur selepas dirawat akibat kepenatan sejak Jumaat lepas.

Setiausaha Polis Bukit Aman Datuk Ghazali Md Amin berkata Ismail dibenarkan pulang pada 1.30 tengah hari selepas berehat selama tiga hari.

"Pada masa ini kesihatan beliau adalah di tahap yang terbaik," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Laporan Bernama Online berkata, difahamkan, beliau telah pulang ke kediamannya di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang dan akan berehat untuk beberapa hari sebelum kembali bertugas.

Ismail, 57, dimasukkan ke hospital itu selepas mengadu tidak sihat ketika menghadiri Perhimpunan Bulanan Polis Diraja Malaysia di Bukit Aman, Jumaat lalu.

AC Mizal, isteri sertai Umno

Posted: 24 Apr 2011 03:26 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

IPOH — Pelakon dan pengacara Datuk Mizal Zaini atau lebih dikenali sebagai AC Mizal bersama isterinya Emylia Rosnaida menyemarakkan Program Jom Masuk Umno di sini apabila bersama 500 yang lain mengemukakan borang kemasukan sebagai anggota parti itu hari ini.

AC Mizal, 40, yang juga ahli perniagaan berjaya itu menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Umno Bahagian Ipoh Barat Datuk Shamsuddin Ghaffar.

Dipetik Bernama Online, AC Mizal berkata beliau menyertai Umno kerana selari dengan perjuangannya dan selepas dipelawa oleh Ketua Pemuda Bahagian Ipoh Barat Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi.

"Saya terus menerimanya kerana selama ini saya lihat (Umno) begitu komited dalam perjuangan demi menegakkan keadilan," katanya kepada pemberita pada program anjuran Umno Bahagian Ipoh Barat.

AC Mizal turut mendedahkan bahawa beliau sebelum ini telah ditawarkan menyertai sebuah parti pembangkang serta dijanjikan jawatan tinggi dalam parti itu tetapi menolaknya kerana tidak bersetuju dengan dasar yang diperjuangkan oleh parti berkenaan.

"Adalah sukar untuk saya menerima pelawaan menyertai parti tersebut kerana saya dibesarkan dengan perjuangan Umno yang popular dengan slogan 'Dulu, Kini dan Selamanya... tambahan pula saya langsung tidak bersetuju ataupun serasi dengan dasar perjuangan yang didukung oleh mereka," katanya.

AC Mizal berkata beliau akan bergiat secara ikhlas dan telus sebagai seorang anggota biasa Pemuda Umno dan tidak berhasrat untuk merebut jawatan di dalam parti.

"Saya berniat untuk bergerak secara aktif dalam pergerakan Pemuda walaupun usia telah mencapai 40 tahun pada tahun ini tetapi bagi saya masih belum terlambat bagi membantu parti yang menjaga negara sejak ia ditubuhkan," katanya.

Anak kelahrian Muar, Johor itu berkata beliau turut memilih untuk bersama-sama Umno Perak berdasarkan nasihat Allahyarham ayah mentuanya yang telah berpesan sekiranya beliau ingin memperjuangkan nasib bangsa, Perak adalah tempatnya.

Isterinya Emylia berasal dari sini.

Sementara itu, Pengarah filem Hantu Mak Limah Balik Rumah, Mamat Khalid yang turut berada pada majlis itu berkata beliau datang untuk memberi sokongan kepada rakannya.

Raja Petra: Drama Bangkok, sejarah 2008 berulang

Posted: 24 Apr 2011 03:20 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


KUALA LUMPUR — Raja Petra Kamarudin yang menyifatkan perkembangan terbaru mengenai dirinya semalam sebagai "drama Bangkok" menjelaskan, pihak polis mahu mengambil kenyataan daripadanya berkaitan laporan Utusan Malaysia susulan temu bual siaran TV3 dua minggu lalu.

Malah kata beliau drama Bangkok juga menunjukkan nasib yang menimpa dirinya berulang dikenakan tuduhan fitnah jenayah selepas ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Sehubungan itu, tegas editor kontroversial Malaysia Today ini, polis mendampingi beliau di ibu negara Thailand semalam untuk mendapatkan kenyataan beliau bukan berkaitan temu bual TV3 ataupun akuan bersumpah (SD) yang dibuatnya tiga tahun lalu.

"Nampaknya Utusan Malaysia membawa satu laporan berita mengenai temu bual dengan TV3 dan satu laporan polis yang dibuat oleh pihak tertentu berkaitan dengan laporan Utusan Malaysia.

"Jadi, ia bukannya mengenai SD saya buat pada Jun 2008. Ia mengenai temu bual saya dengan TV3. Ia mengenai laporan berita Utusan Malaysia," kata Raja Petra dalam entri terbaru di portalnya hari ini.

Salah seorang peguam Raja Petra, Haris Ibrahim pagi tadi memberitahu The Malaysian Insider bahawa polis belum mengambil kenyataannya.

Dalam tulisannya tengah hari ini, Raja Petra berkata, menurut polis pihaknya mahu menyiasat beliau di bawah Seksyen 203.

"(Seorang lagi peguam saya) Amarjit kemudian memberitahu ACP Aziz bahawa mereka (polis) telah pun mengambil kenyataannya di bawah Seksyen 203. Dan, kenyataan saya diambil di bawah Seksyen 112, yang bermakna ia disoal siasat sebagai saksi sahaja.

"Bagaimanapun mereka akhirnya caj saya di bawah Seksyen 501 bagi kesalahan fitnah jenayah dan bukannya Seksyen 203 kerana membuat kenyataan palsu," kata beliau yang juga Pengerusi Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM).

Raja Petra berada di Bangkok untuk melancarkan cabang MCLM di Thailand.

Bagaimanapun menurut Raja Petra, ACP Aziz mengatakan bahawa ia bukan keputusannya tetapi Peguam Negara.

Laporan polis terhadap Raja Petra dibuat pada 14 April.

"Dan, laporan polis dengan jelas mengatakan bahwa Utusan Malaysia membawa satu laporan mengenai temu bual TV3 saya dan saya harus disoal siasat," tulis Raja Petra lagi.

"Tanggapan peguam-peguam saya ialah soal siasat adalah terhadap saya dan ia kemungkinan memfokus pada kemungkinan saya telah berbohong dalam temu bual TV3. Itu sebabnya siasatan memfokus pada laporan polis dan di bawah Seksyen 203.

"Dan, itu yang sebenarnya berlaku pada 2008, di mana berakhir dengan saya dikenakan tuduhan fitnah jenayah. Jadi, kita melihat sejarah berulang di sini," katanya lagi.

Raja Petra menambah, selepas perbincangan beliau memberitahu Haris dan Amarjit bahawa bersedia untuk diambil kenyataan meskipun wujud kekeliruan.

"Mereka tidak bersetuju tetapi akhirnya berlembut dengan syarat saya tidak melangkah ke Kedutaan Malaysia.

"Keputusan ini dipanjangkan kepada ACP Aziz yang naik angin dan berkata dia tidak lagi berminat untuk mengambil kenyataan," katanya lagi.

"Kemudian saya menelefon ACP Aziz untuk saya secara sukarela bersedia kenyataan saya diambil tetapi dia memberitahu perkara yang sama dia maklum Haris bahawa dia tidak berminat untuk mengambil kenyataan saya.

"Dan, begitulah bagaimana drama Bangkok berakhir pada pukul 2 pagi (tadi)," katanya lagi.

Raja Petra menambah, beliau bersedia untuk memberikan kenyataannya tetapi peguamnya hanya bersetuju selagi tidak diambil di Kedutaan Malaysia.

"Polis berdegil bahawa ia mesti diambil di kedutaan. Jadi ke mana kita harus pergi dari sini?" kata blogger ini yang kini berada dalam buangan kendiri.

Mufti Kelantan: Pandangan Harussani, Majlis Fatwa tak canggah

Posted: 24 Apr 2011 12:21 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KOTA BARU — Tiada percanggahan fatwa antara Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan yang membolehkan tarian poco-poco dengan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang mengharamkan tarian itu, kata Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Beliau berkata, umat Islam harus melihat kedua-dua keputusan itu dari skop yang lebih luas dan menyeluruh sebelum memberi pandangan masing-masing.

"Saya tidak nampak ia wujud percanggahan pendapat berhubung isu itu jika penilaian dibuat secara menyeluruh dan mendalam dari sudut kepentingan kepada pengamal-pengamal senaman itu," katanya dipetik Bernama Online.

Beliau diminta mengulas keputusan Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung isu itu yang memutuskan masyarakat Islam di Malaysia boleh terus mengamalkan tarian poco-poco selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam dan garis panduan Amalan Kebatinan Dalam Persembahan Kesenian Tradisional Masyarakat Melayu 2007.

Mohamad Shukri berkata, isu itu tidak mengelirukan umat Islam jika mereka benar-benar memahami tentang konsep dan tujuan pengamalannya.

"Mana-mana amalan boleh dilakukan umat Islam asalkan ia tidak bertentangan dengan agama Islam dan menyerupai agama lain, dan jika ia hanya melibatkan anggota fizikal untuk kesihatan," katanya.

Beliau berkata penglibatan seseorang dalam apa juga dan menyerupai agama lain dan bertantangan dengan ajaran Islam, adalah haram.

"Tetapi dalam konteks tarian senaman poco-poco ini pada pandangan saya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam," katanya.

Sebelum ini, timbul keraguan apabila tarian poco-poco yang banyak diamalkan masyarakat di negara ini diharamkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, berkata umat Islam boleh mengamalkan tarian atau senaman itu selagi mematuhi panduan termasuk etika berpakaian, tiada pergaulan bebas, mistik, ritual, kebatinan, tahyul dan khurafat yang boleh jejaskan akidah.

Bagaimanapun, jawatankuasa itu menghormati keputusan Perak mengharamkan poco-poco di negeri itu Januari lalu.

Umum identiti individu rakaman video seks: Rahim

Posted: 24 Apr 2011 12:19 AM PDT

BERITA HARIAN ONLINE


MELAKA TENGAH: Tan Sri Rahim Tamby Chik meminta polis mengumumkan identiti pelakon yang terbabit dalam rakaman video seks seorang lelaki yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan wanita dipercayai warga asing kepada umum bagi mengelak pelbagai spekulasi negatif terus tersebar.

Beliau yang juga seorang daripada trio Datuk T, kumpulan bertanggungjawab menayangkan rakaman video berkenaan kepada media sebelum ini berkata, ia adalah selaras dengan pengumuman pihak terbabit ia sudah mempunyai bukti kukuh dan lengkap kes itu.

"Polis ada menyatakan, mereka mempunyai bukti yang lengkap dan kukuh. Jadi adalah menjadi tanggungjawab nasional kepada pasukan ini untuk mengumumkan siapakah pelakon yang berada dalam rakaman video seks itu.

"Kita bimbang, maklumat ini, jika tidak sampai kepada rakyat jelata, ia akan menimbulkan banyak tandatanya, keraguan, rasa was was, spekulasi, polemik negatif, dan pelbagai perkara yang mungkin tidak berapa elok bagi mempertahankan keharmonian di dalam negara kita," katanya mengulas mengenai perkembangan baru kes itu di sini, pagi ini.

Mengulas kemungkinan beliau juga akan didakwa selepas terbabit menayangkan rakaman video itu kepada wakil media, Rahim berkata, beliau reda.

"Kalau kena dakwa, redhalah kita demi memperjuangankan kepentingan negara, perjuangan menegakkan kebenaran kerana kepentingan negara kita lebih besar daripada didakwa di mahkamah," katanya.

Kerajaan Selangor Umum 10 Kejayaan Merakyatkan Ekonomi Selangor

Posted: 23 Apr 2011 10:20 PM PDT

SELANGOR KINI



SHAH ALAM
- Kejayaan Selangor berjaya melaksanakan 10 program pembangunan dalam dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dari tahun 2008 sehingga 2010.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, program Merakyatkan Ekonomi Selangor tidak menjadi penghalang Kerajaan Negeri mengekalkan status pilihan pelaburan nombor satu dengan bilangan projek perindustrian tertinggi.

Antara kejayaan adalah seramai 27,000 orang menerima bantuan Tabung Warisan Anak Selangor ( Tawas ) dengan perbelanjaan lebih RM 2 juta.

Satu Pusat Dialisis Rakyat juga telah dibuka di Sementa, Taman Medan, Hulu Klang, Ampang dan Jalan Kebun, manakala sebanyak 500 buah rumah ibadah bukan Islam juga menerima sebanyak RM7.35 juta sejak tahun 2008.

Sebanyak 60 peratus dari 236 ribu warga emas mendaftar di bawah Skim Mesra Usia Emas dan seramai 16,000 orang sudah mendapat bantuan tersebut.

Kerajaan Negeri juga mewujudkan program pemeriksaan Mammogram percuma untuk kesihatan kaum wanita dan seramai 3,000 orang sudah menggunakannya bagi mengesan tanda-tanda awal kanser payudara.

Kerajaan Negeri juga sudah berjaya menyelesaikan 23 projek perumahan terbengkalai yang melibatkan 9,000 unit rumah dan tujuh projek melibatkan hampir 4,000 unit rumah sedang diselesaikan.

"Dalam isu perumahan Bukit Botak yang gagal diselesaikan kerajaan terdahulu juga sudah berjaya diselesaikan dan memberi faedah kepada 1,400 orang peneroka bandar," katanya.

Sebanyak 350 buah rumah sudah dibina untuk golongan fakir miskin dan 400 buah rumah lagi masih dibaiki di bawah Program Kerajaan Prihatin.

Kerajaan Negeri juga memperuntukkan 3 juta kepada lebih 700 orang rakyat miskin untuk pelbagai kegiatan.

Sekolah Agama Rakyat (SAR), sekolah Cina dan sekolah Tamil sudah menerima agihan RM16 juta setiap tahun, manakala gaji guru KAFA turut dinaikkan kepada RM1,300 setiap bulan.

Anwar Adalah 'Binatang Jalang'?

Posted: 23 Apr 2011 10:14 PM PDT

MSO

AKHBAR pro Umno telah menyiarkan di muka depan kononnya watak dalam video lucah yang sengaja disebar dan dibesar-besarkan itu adalah sepadan dengan wajah bapak reformis Anwar Ibrahim. Sepadan bukan bermakna itu sahih Anwar. Sepadan adalah iras-irasan yang bukan hakiki

Laporan dalam akhbar itu juga menyebut polis sudah mengenal pasti di mana video itu diperbuatkan. Ianya dibuat di sebuah kondominum di pinggir Kuala Lumpur, bukan Muangtai. Manakala wanita yang terlibat dalam video berkenaan dikenal pasti sebagai gadis pelajar dari sebuah institusi swasta. Kenapa tidak dikaitkan dengan mana-mana IPTA awam, dari UIA ke UM ke atau UITM rasanya lagi sedap.

Apabila filem lucah itu dibuat di Malaysia maka mulai hari ini bolehlah diikhtrafkan Malaysia sebagai pengeluar filem lucah termahal dan terkelas sekali di dunia. Elok juga kalau festival filem tempatan mengambil kira filem berkenaan untuk menerima apa-apa award. Ia ditonton bukan saja oleh 30 juta rakyat Malaysia termasuk anak-anak di Tadika Kemas, tetapi oleh seluruh penduduk dunia. Apa lagi kalau pemainnya bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, menambahkan gimik kehebatannya.

Malang sungguh negara ini, sebab bekas-bekas timbalan perdana menterinya ditohmohakan dengan berbagai tuduhan yang kotor dan cemar. Satu masa dulu bekas TPM Malaysia dikatakan bertanggungjawab ke atas pembunuh beramai-ramai penduduk Memali mukim Siong Kedah. Selepas itu seorang bekas timbalan perdana menteri juga ditohmoh sebagai terlibat dengan pembunuh warga asing. Bekas TPM itu juga dikatakan terlibat dalam berkahlwat dengan seorang artis di sebuah resort di Port Dickson.

Jadi apabila Anwar yang juga bekas TPM dituduh dan dikaitkan dengan video lucah ia seakan melengkapkan kemisterian atau pun nasib malang dan warna huduh terhadap mereka yang bergelar TPM. Bagi Anwar pula pertuduhan itu melengkapkan segala rukun-rukun kejatan yang dilakukannya bagi menimbuskan kerjaya dan nilia juangnya.

Belum dikorek lagi apakah bekas TPM seperti Mahathir, Ghafar Baba atau Tun Razak Hussein juga ada kisah dan cerita sendiri dalam hidup mereka? Muhyiddin Yassin yang kini menjabat jawatan TPM juga harus waspada dan menjaga diri sebaik mungkin kerana beliau juga mungkin terkena tula jawatan itu.

Kata laporan akhbar pro Umno nombor 2 itu, polis tidak fokus kepada penyiasatan jam Omega yang dikatakan milik Anwar itu. Bagaimana pun jam itu sudah dikenal pasti ianya dibeli di Taiwan. Kata polis kerana ia sudah lama di beli (2004) dan tiada maklumat pemiliknya susah untuk menentukan jam itu kepunyaan siapa.

Bila polis berkata demikian semacam sudah ada kekenduran dari pihaknya dalam isu video lucah ini. Dalam kasus video lucah itu jam adalah bukti utama dan pokok untuk menentukan siapa sebenarnya watak yang mirip atau dikatakan sepadan dengan Anwar itu. Kerana dari jam boleh diambil DNA yang ada kepada pemiliknya.

Apabila tiada sebarang bukti jelas menunjukkan watak dalam video itu Anwar maka pertuduhan tidak boleh dibuat ke atasnya. Sesiapa pun tidak boleh mengesahkan lelaki itu adalah Anwar kerana tidak ada bukti-bukti kukuh.

Masalahnya tape atau CD video itu tidak boleh dipadankan dengan DNA Anwar yang sudah ada ditangan kerajaan hari ini. Jadi apakah maksudnya bila polis mengatakan jam itu tidak menjadi fokus? Kalau ia dibawa atau dilakukan juga tentu Karpal Singh akan mempertikaikan macam mana jam itu diperolehi nanti? Ini samalah dengan isu DNA Anwar yang diawal semasa dalam tahanan lokap dipertikaikan oleh Karpal Singh. Kerana cara pengambilannya tidak sah ia ditolak sebelum dibenarkan semula oleh mahkamah.

Perkara pokok yang akan dipastikan dulu apakah jam Omega itu jam Anwar? Tanpa ada pendaftaran pemiliknya ia sukar untuk dibuktikan. Apa lagi Anwar dan isterinya mengakui jam itu masih ada kepadanya. Kenapa Azizah tidak menunjukkan jam itu kerana mungkin beliau memilih mahkamah untuk dikemukakan bukti itu. Ini tentu atas nasihat peguam. Jadi wartawan dan mereka yang ingin melihat jam itu jangan emosi sangat dan perlu melihat strateginya.

Mudah saja kalau tidak ada bukti pihak pendakwaan tidak akan membuat pertuduhan. Anwar tidak akan dibawa ke mahkamah. Pendakwaan biasanya mempunyai bukti jelas dan konkrit kalau ingin membawa seseorang ke muka peengadilan. Tetapi dalam kes Anwar ini pendakwa boleh juga bawa Anwar atas tujuan hendak menyusahkannya.

Timbul seribu keanihan kepada saya dalam kes-kes membabitkan Anwar ini. Banyak perkara yang misteri, tidak lengkap, mengelirukan dan berlaku 'cocoh tarik' yang jelas. Bukti-bukti yang dibawa bagi mensabitkanya dalam sesuatu kes selalu longgar, bercanggah di antara satu sama lain dan tidak kemas dan boleh diubah-ubah.

Bukan isu liwat dengan pembacuh kopi, tetapi dalam isu liwat pertama dengan Azizan Abu Bakar dan gengnya dulu juga tidak kemas dan mengelirukan. Disebabkan kelemahan bukti-bukti dan alibi itulah maka kes liwat ke atasnya di buang begitu saja. Bila berlaku begini wang rakyat rugi dan maruah Anwar pula tercemar dan yang merugikan pihak berkepentingan rakyat akan marah.

Begitu juga dalam kes liwat dengan pembacuh kopi timbul beberbagai keraguan dan kekeliruan mengenai fakta kes dan bukti-bukti serta saksi yang dikemukakan oleh pihak pendakwa. Percanggahan laporan perubatan, tarikh kejadian dan banyak lagi menjadikan kes itu seperti mahkamah dalam wayang kulit saja.

Mulanya digembar gemburkan pihak pendakwa dibekalkan dengan video atau gambar yang menunjukkan Anwar sedang 'merukah ponggek' pembacuh kopi. Semua orang terngangga dan terkejut untuk melihatnya. Walhasil sampai di mahkamah tidak ada pun gambar yang dimaksudkan itu melainkan gambar 'mangsa liwat' itu dilihat keluar dari sebuah gate kondominum saja. Hai... Kalaulah gambar sebegitu sejuta kali pun ia boleh dibuat dan diadakan.

Ini dalam kes video lucah keadaan sama nampaknya berlaku. Bukti-bukti sahih mengatakan lelaki itu Anwar nampaknya gagal dikemukakan. Apakah tanggapan atau persepsi umum hanya melihat wajah itu sebagai Anwar akan diterima sebagai saksi? Kalau begitu adalah sangat 'tamada', sangat 'kodi', dan sangat naif mahkamah negara ini.

Kalaulah pendakwa turut juga mengheretkan Anwar ke mahkamah, maka jelas ianya satu usaha berterusan untuk menyusah dan memasungkan langkah Anwar agar tidak gugat kerajaan BN. Tindakan berterusan mencerminkan betapa bahayanya seorang Anwar kepada sebuah kerajaan seperti BN. Apakah ini juga boleh difahamkam bahawa kerajaan hari ini begitu takut sekali ianya runtuh kerana dengan keruntuhannya akan bercemperian segala macam noda, kebusukan dan hanyur lendir yang dilakukan ke atas rakyat?

Lakukan apa juga kezaliman dan kekerasan ke atas Anwar, beliau tidak akan mundur dan mengaku kalah. Segala tindakan tidak akan menghentikan Anwar dari terus menyerang dan mengaum. Beliau akan nekad melawan kerana dia adalah binatang jalang yang terbuang dari kumpulannya seperti mana diucapkan Chairil Anwar lebih 60 tahun lalu. Sebagai mana Chairil Anwar hidup sesudah kematiannya, maka begitulah Anwar akan tetap disebut hingga ke hujung zaman. Sesungguhnya api jihad Anwar boleh terpadam bila jasadnya ditinggalkan roh.

kalau sampai waktuku
ku mau tak seorang kan merayu
tidak juga kau
tak perlu sedu sedan itu

aku ini binatang jalang
dari kumpulannya terbuang

biar peluru menembus kulitku
aku tetap meradang menerajang
luka dan bisa kubawa berlari
berlari
hingga hilang pedih peri
dan aku lebih tidak perduli
aku mahu hidup seribu tahun lagi.

- Chairil Anwar.

Suapan RM10,000: SPR didesak gantung keputusan DUN Temin

Posted: 23 Apr 2011 10:11 PM PDT

SABAH DAILY


SARAWAK: Laman portal Sarawak Report mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggantung keputusan pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N52 Temin kerana terdapat bukti bahawa calon Barisan Nasional (BN), Joseph Mauh telah 'ditangkap' kerana melakukan penipuan berganda.

Laman tersebut turut mendesak pihak polis segera bertindak menyoalsiasat Joseph, kerana dia bukan sahaja menjanjikan RM10,000 bagi meraih undi, tetapi suapan itu adalah dalam bentuk cek tendang.

"Jika buktinya didapati benar, maka suatu pilihanraya semula harus diadakan. Kesemua dakwaan mengenai jenayah rasuah yang dilakukan di seluruh negeri Sarawak harus juga disiasat.

"Kami bukannya bercakap mengenai 'pembangkang pengacau', tetapi kami ingin bercakap mengenai Ketua-ketua masyarakat yang dilantik oleh kerajaan dihormati," kata laporan tersebut.

Penyelewengan itu didedahkan oleh Kuching ak Moyan, seorang Tuai Rumah dari kawasan Tamin melalui pengakuannya yang dirakam oleh kamera dan video 5 minit 20 saat itu masih boleh dilayari di laman youtube dengan tajuk 'Testimony of Tuai Rumah Kuching'.

Melalui seorang penterjemah, Kuching mendedahkan bahawa pada 13 April 2011, beliau telah diberikan tiga keping cek bernilai RM2,000, RM3,000 dan RM5,000 oleh calon Barisan Nasional, Joseph Mauh supaya memberikan sokongan kepada Barisan Nasional.

"Saya telah menunaikan kedua keping cek yang pertama dengan jumlah RM5,000. Tetapi cek ketiga yang bernilai RM5,000 telah ditolak oleh pihak bank sebagai cek tendang," kata Kuching.

Kuching turut mendedahkan, pada Pilihan Raya Negeri 2006 lalu, setiap seorang pengundi di kawasan itu diberikan hanya RM20, tetapi pada pilihanraya kali ini, nilainya telah dinaikkan kepada RM50 setiap seorang pengundi.

"Saya ingat semua kami di sini telah mengundi Barisan Nasional. Memanglah saya tahu bahawa duit yang diberikan oleh Barisan Nasional itu tidak bernilai jika kerajaan mengambil tanah kami. Tapi apakan daya kami, kami harus mengundi kerajaan kerana kerajaanlah yang memberi kami duit itu.

"Ya, saya tahu kita boleh mengambil duit Barisan Nasional dan kemudian kita mengundi pembangkang, tetapi memandangkan setiap orang di sini mengundi Barisan Nasional pada kali ini, saya juga turut serta," kata Kuching.

Berdasarkan bukti tersebut, Sarawak Report menjangkakan ia hanyalah permulaan kepada penemuan-penemuan lain.

"Kita hairan dengan gelagat BN di KL yang kelihatan resah dan risau mengenai pilihanraya ini dan kemudian mereka kelihatan lega dengan keputusannya.

"Taib kelihatan bergegas di tengah malam minggu untuk mendapatkan Tuan Yang Terutama bagi mengangkat sumpah sebelum sesiapa sempat berteriak 'tangkap pencuri itu!' ulas laporan tersebut.

Dalam pada itu, Sarawak Report turut mempersoalkan sama ada wujud penafian hak mengundi oleh Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dengan tidak mendaftarkan setengah juta pengundi dari kalangan orang asli.

"Perkara ini yang meresahkan dan merisaukan BN. BN adalah sebuah kerajaan yang tidak sah yang telah menodai proses pilihanraya dan mereka seharusnya disiasat dan didakwa dan dijatuhkan hukuman seberat yang mungkin.

"Sarawak Report kini berada di Geneva, dengan kerjasama NGO yang lain telah dipelawa untuk mengemukakan segalanya di UN mengenai masalah yang berkisar kepada pelanggaran hak asasi manusia dan demokrasi di Sarawak.

"Kami akan mengemukakan kes Tuai Rumah ini dan juga kes-kes yang lain yang telah dan pernah ditipu semasa pilihan raya ini," jelas laporan tersebut.


50 pelabur wanita rugi RM4 juta ditipu Auntie

Posted: 23 Apr 2011 10:09 PM PDT

SABAH DAILY

Gara-gara terpedaya dengan janji seorang wanita yang mendakwa mampu memberi keuntungan sehingga 100 peratus daripada hasil pelaburan, kira-kira 50 wanita berusia antara 40 hingga 80 tahun mengalami kerugian RM4 juta sejak awal tahun ini.


Suspek berketurunan Cina berusia pertengahan usia itu memperdayakan mangsa dengan mendakwa pelaburan dalam pelbagai cabang bisnes termasuk kilang kain yang diuruskannya mampu membuahkan hasil berlipat kali ganda.

Ekoran terpedaya dengan janji manis wanita itu, ramai yang menjadi mangsa dengan sebahagian besarnya terdiri daripada suri rumah yang melabur di antara RM6,000 hingga RM450,000 seorang.

Menurut seorang mangsa yang dikenali sebagai Yoh, 56, kesemua mangsa mengenali wanita terbabit yang disifatkan mereka sebagai seorang yang baik dan telah dikenali sejak lebih 10 tahun lalu. Mereka memanggilnya Auntie.

"Wanita itu merupakan rakan kongsi saya. Kami membuka pusat nyanyian dan tarian di bandar ini.

"Kesemua mangsa mengenali wanita itu di pusat tarian saya dan kami sering bertemu," katanya yang kerugian kira-kira RM80,000 ketika ditemui pemberita di Balai Polis Jitra di sini semalam. -Kosmo

Posted: 23 Apr 2011 10:02 PM PDT

SABAH DAILY

Orang ramai dinasihatkan supaya mengelak daripada membeli dan mengguna enam produk kosmetik jenama terkenal berikutan pengesanan Racun Berjadual seperti dexamethasone, hydroquinone dan tretinoin yang boleh memberi pelbagai kesan sampingan kepada pengguna.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Datuk Eisah A.Rahman berkata enam produk tersebut ialah BML HB Lotion, Krim Malam Shana, Natasya Gold Krim Herba, Biotox Whitening Hydro Cream, Yoko Whitening Cream dan Sue Beauty Night Treatment Cream.

"Penggunaan dexamethasone, hydroquinone dan tretinoin dalam produk kosmetik adalah tidak dibenarkan dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

Beliau berkata tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, kulit mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari manakala hydroquinone pula boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini dan kulit menjadi hipersensitif di samping menghalang proses pigmentasi (depigmentasi).

"Proses depigmentasi mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang boleh memberi risiko kanser kulit. "Depigmentasi berlebihan berbahaya kepada penduduk yang tinggal di kawasan iklim tropika," katanya.

Eisah berkata dexamethasone pula adalah sejenis steroid, apabila digunakan secara topikal boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan antaranya iritasi kulit, kulit kering, jerawat, kulit menjadi nipis dan meningkatkan risiko jangkitan kuman.

Sehubungan itu, katanya sesiapa yang mempunyai stok produk terbabit dinasihatkan menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaan produk berkenaan dengan serta-merta.

Sumber : Blog Cina Islam

Cabaran 1Malaysia baru bermula

Posted: 23 Apr 2011 09:56 PM PDT

Akhbar Melayu itu mahukan 1Malaysia digantikan dengan 1Melayu dan 1Bumi dengan alasan untuk menjaga kepentingan bangsa Melayu.

ANALYSIS



PETALING JAYA: Jika diimbas kembali, Tun Abdullah Ahmad Badawi disanjung pada peringkat awal mengambilalih jawatan perdana menteri dari Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2003. Beliau memimpin dengan cara tersendiri mahu membawa Malaysia ke satu era yang baru meninggalkan kepimpinan kontroversi Dr Mahathir.

Bagaimanapun, selepas dua tahun lepas menjadi perdana menteri, beberapa polisi Abdullah dipertikai dan ditentang termasuk oler Dr Mahathir sendiri. Antaranya isu pembinaan jambatan bengkok menggantikan tambak Johor di Selat Teberau.

Akhirnya beliau meninggalkan kerusi nombor satu negara itu pada April 2009 untuk diambil alih oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Abdullah mengemudi kejayaan besar BN dalam pilihan raya umum 2004 tetapi banyak keputusan dan tindakannya selepas itu menjadikan prestasi pentadbirannya merudum secara mendadak hingga tidak mampu dipulihkan.

Antaranya, dakwaan kronisme dan pembabitan menantunya, Khairy Jamaluddin dalam pentadbirannya sehingga ada yang menuduh ketua pemuda Umno itu mempengaruhi beberapa keputusan penting Abdullah.

Kekalahan teruk parti pemerintah dalam pilihan raya 2008 mePerkasa, NGO Melayu yang mendakwa membela dan mempertahankan orang Melayu dengan pantas menyokong saranan akhbar tersebut.

Walaupun idea itu ditolak perdana menteri sendiri, Perkasa akan meneruskan agenda tersebut dengan perhimpunan di Kedah, pada 30 April menjadi kesinambungan perjuangannya.

Rakan utama Umno dalam BN iaitu MCA sama sekali menolak Utusan Malaysia dan Perkasa. Menteri kanan, Datuk Seri Nazri Aziz juga meminta ahli Umno menjauhi Perkasa tetapi NGO Melayu itu tetap mempertankan agenda Melayu.

Isu email 1Malaysia pula telah mendedahkan bahawa Najib juga tidak terlepas dari pandangan ramai beliau juga terbabit dengan kroni. Perdana menteri mengumumkan projek negara itu di Putrajaya baru-baru ini.

Tetapi ia lantas mencipta kontroversi dan bantahan. Walaupun, beliau menegaskan ia projek swasta pelbagai pihak terus mempertikaikannya. Mereka mendakwa adik perdana menteri, usahawan kewangan Datuk Nazir terbabit sama.

Ketika artikel ini ditulis, dua kontroversi itu belum tamat. Mahu atau tidak, Najib harus bertindak segera segala rintangan politik jika mahu melihat 1Malaysia yang diperkenalkannya pada 2009 berjaya.

Tidak wajar wawasan untuk kemakmuran bersama rakyat pelbagai kaum Malaysia ini terbakar begitu sahaja.

Kini selepas dua tahun, rakyat mula mengukur dan membuat penilaian sejauh mana kesungguhan Najib untuk memastikan program berjaya.

Permainan baru bermula. Dan bola di kaki Najib.

Tiada ulasan: