BRIGED MP SEGAMBUT |
- VIDEO SEKS TERLAMPAUKAH IA?
- Umno Kedah arah mesyuarat bahagian fokus hadapi PRU13
- APAKAH MAHADHIR TIDAK RACIS?
Posted: 18 Apr 2011 07:08 PM PDT Trio Datuk T mungkin dikenakan tindakan kerana kesalahan mengedar dan menayang video seks melibatkan pelaku yang dikatakan mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata polis. Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata kemungkinan itu wujud berikutan siasatan mengikut Sekyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah itu menjurus kepada mereka, pihak yang menayangkan video. Beliau berkata kertas siasatan kes itu dijangka dihantar ke Pejabat Peguam Negara Khamis ini. "Ada kemungkinan mereka akan didakwa mengikut Sekyen 292 itu kerana ia menjurus kepada mereka, pihak penayang." "Namun bukan polis yang menentukan keputusan itu sebaliknya pejabat Peguam Negara. Kami akan adakan sidang akhbar nanti bila segalanya selesai," katanya ketika dihubungi Bernama di Kuala Lumpur hari ini. Ketika ditanya mengenai perkembangan kertas siasatan, beliau berkata masih terdapat dua lagi perkara yang perlu dikemaskini dan dilengkapkan dalam siasatan itu, sebelum dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan susulan. "Kalau boleh bagi pihak kita seawalnya hantar (kertas) itu pada Khamis ini...sementara itu kami tunggu respon daripada pihak yang menyediakan dua perkara itu. "Dua perkara ini tidak boleh didedahkan dahulu ketika ini kerana ia lebih kepada pendakwaan dan menganggu tugas pejabat Peguam Negara," katanya. Ditanya mengenai sama ada polis mempunyai kuasa untuk menahan pelaku dalam video seks itu, Acryl berkata: "Kami (polis) tiada peruntukan undang-undang untuk menahan mereka dan mengambil keterangan. "Kita kena rujuk kepada pejabat Peguam Negara untuk sebarang penelitian dan semakan. Mungkin mereka ada peruntukan undang-undang terhadap si pelaku," katanya. Pada 21 Mac lalu, video itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan dikenali sebagai "Datuk T" di Carcosa Seri Negara. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar baru-baru ini mengumumkan bahawa rakaman video seks itu adalah tulen selepas disahkan oleh pakar tempatan yang memeriksa video berkenaan. - Bernama |
Umno Kedah arah mesyuarat bahagian fokus hadapi PRU13 Posted: 18 Apr 2011 05:32 PM PDT April 18, 2011 ALOR SETAR, 18 April – Semua Umno bahagian di Kedah diarah memberi tumpuan memantapkan parti ke arah menghadapi pilihan raya umum ke-13 dalam mesyuaratnya bermula 14 Mei ini dan berakhir 15 Jun.Sehubungan itu, Badan Perhubungan Umno Kedah akan memantau semua mesyuarat terutama bahagian yang berkemungkinan berlaku kekecohan, kata Pengerusinya Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah. Beliau berkata perkembangan terkini dalam Umno Kedah amat positif dan yakin mesyuarat bahagian termasuk Pemuda, Wanita dan Puteri berjalan lancar. "Masa semakin suntuk. Perkara yang boleh menggagalkan segala usaha kita memulihkan parti dan memenangi hati rakyat harus dibiarkan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat badan itu hari ini. Dipetik Bernama Online, Ahmad Bashah berkata peraturan baru mesyuarat yang diluluskan akan melihat bilangan perwakilan ke mesyuarat kali ini bertambah sekali ganda. Mengenai pengundi baru, beliau berkata seramai 4,500 orang golongan muda mewakili semua 15 bahagian di Kedah mula diberi kursus secara berperingkat. "Mereka merupakan barisan hadapan untuk menarik pengundi baru dan golongan muda. Kita sediakan mereka dengan kekuatan mental dan rohani untuk menghadapi serangan lawan," katanya. Mengikut jadual Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Presiden Umno bakal merasmikan mesyuarat Umno bahagian Baling pada sebelah pagi dan Padang Terap sebelah petang pada 20 Mei ini manakala Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merasmikan mesyuarat bahagian yang pertama, bahagian Pokok Sena pada 14 Mei. |
Posted: 18 Apr 2011 10:05 AM PDT Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keputusan pilihan raya negeri Sarawak membuktikan bahawa DAP berjaya membawa 'jenama politik perkauman' ke negeri terbesar di Malaysia itu. Dalam blognya, Dr Mahathir mendakwa sebelum ini, semua kaum berkerjasama dengan satu sama lain demi pembangunan Sarawak. "Saya ucapkan tahniah kepada DAP kerana membawa politik perkauman ke Sarawak. Sekarang kita dengan jelas melihat masyarakat Cina menolak hubungan pelbagai kaum. Mereka kini dijangkiti virus perkauman yang menjadi asas perjuangan DAP," tulisnya. "Malaysia menghadapi bahaya terbahagi kepada dua parti - satu Melayu yan didominasi daripada 'default' dan satu lagi Cina melalui pilihan.Sistem dua parti yang berasaskan perkauman tidak akan menyumbang kepada kestabilan, apa lagi perpaduan negara." Pada pilihan raya ke-10, Sabtu lalu, Pakatan Rakyat yang diterajui DAP memenangi 15 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan. Mengenai pilihan raya umum ke-13 akan datang, mantan perdana menteri itu berkata beliau berharap dan berdoa corak di Sarawak tidak akan diulang di seluruh Malaysia. "Biar kita berfikir secara berhati-hati sama ada kita mahu memecahkan negara ini atau bersedia berkorban sesuatu bagi mengekalkan kestabilan dan pembangunan menerusi gabungan BN," katanya. |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan