Isnin, 25 April 2011

.

.


Ulasan Isu

Posted: 24 Apr 2011 05:30 AM PDT

Terima Kasih Polis Kerana Tidak Lagi Menyorot

Terima kasih Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana tidak lagi menyorok di balik pokok atau semak untuk menyaman pemandu yang melakukan kesalahan lalu lintas termasuk mememcut lebih daripada had, memotong line berkembar atau sebagainya.

Perkara ini diumumkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara yang baru Khalid Abu Bakar. Bagaimana pun katanya polis tetap akan menyaman kesalahan jalan raya secara berdepan. Dalam pada itu polis juga tetap menggunakan beberapa alat termasuk kamera untuk mengesan pesalah trafik.

Penjelasan Khalid itu dibuat ketika Ketua Polis Negara, Ismail Omar sedang dirawat di hospital.

Tindakan polis itu menggembirakan. Ia menandakan kritikan terhadap tindakan polis trafik yang menyaman lalu lintas secara bersembunyi didengari oleh polis. Sikap terbuka seperti inilah yang kita ingin. Dengan langkah ini kepercayaan dan keyakinan polis dari orang untuk menjaga keselamatan awam akan meningkat.

Hendaknya ada beberapa tindakan lain oleh polis yang kurang disenangi rakyat diperbetulkan. Saya yakin dengan sikap telus dan terbuka begini persepsi buruk kepada polis akan menurun. Misalnya mengenai pemberian permit kepada parti politik untuk mengadakan ceramah hendaklah dilonggarkan.

Tindakan mengetatkan ceramah dengan mengenakan permit walaupun diadakan di permis persendirian menjadi pertikaian umum. Dalam hal ini orang ramai merasakan tindakan itu tidak adil dan sengaja hendak menyusahkan pembangkang. Jadi kalau ada mengatakan polis sebagai alat UBN adalah benar.

Pada saya kalau polis terbuka dan tidak menyempitkan keadaan, akan wujud hubungan baik di antara orang awam (politik pembangkang) dengan polis. Apabila wujud hubungan baik ini soal keselamatan akan dipantau bersama oleh polis dan orang ramai.

Saya melihat kenapa sesetengah pihak menganggap pihak polis sebagi menyusahkan mereka sedangkan fungsinya untuk menjaga keselamatan ialah kerana persepsi tidak baik terhadap polis hasil dari beberapa tindakan polis yang agak mengongkong mereka. [wm.kl.8:30 pm 24/04/11]

Tiada ulasan: