Sabtu, 9 April 2011

.

.


Menjelang Maghrib

Posted: 09 Apr 2011 02:55 AM PDT

Setiausaha Politik Menteri
Kena Cekup SPRM

TENGAH hari tadi seorang anak butir Umno Malaysia yang sudah tidak mempercayai kepada Umno menelefon saya mengkhabarkan sesuatu berita mengejutkan. Bersungguh benar dia memberi tahu saya. Sebenarnya saya tahu berita ini beberapa minggu lalu, tetapi tidak mengambil serius. Pada saya perkara itu biasa kalau menimpa orang Umno!

Mulanya saya kira ia hanya gossip saja. Berita ini tidak banyak disiarkan dalam blog, baik pro pembangkang atau blog upahan Umno. Mungkin ada bloger UBN yang mengetahuinya tetapi tidak berminat untuk menyiarkannya. Mereka lebih suka kepada isu atau berita porno. Umno!

"Sheikh you di mana?" tanya putera Umno yang terbiar dan dilupakan itu.

"Kuching!" jawab saya. Dia selalu menelefon saya untuk mendapat apa-apa maklumat dan juga mengesahkan maklumat. Banyak juga hal-hal pelik dan anih dalam partinya dibukakan kepada saya.

"Ini I nak bagi tahu satu cerita besar," katanya.

"Apa dia?" tanya saya suspen. Saat itu saya dalam perjalanan ke Telaga Air. Mungkin ia besar kalau tidak masakan dia akan mencari dan sedia bercakap walaupun saya di Kuching. Bil telefonnya tentu meningkat. Ini penting, begitu fikir saya.

"Dua minggu lepas seorang setiausaha politik kepada ******* ** telah dicekup oleh SPRM di sebuah hotel di Bukit Bintang. Bersamanya ditemui wang tunai sebanyak RM750,000 cash. Selepas disiasat di dalam akaunnya ada sebanyak RM5 juta....di rumahnya pula ada lima buah kereta mewah!"

Saya hanya mendengar. Kebetulan semasa sembang di sebuah hotel berhampiran sungai Sarawak (waterfront) semalam saya terdengar cerita seorang menteri sedang menceri setiausaha politik barunya. Katanya calon sudah ada. Sekali lagi kebetulan calon berkenaan ada sama di hotel berkenaan jadi saya langsung bertanya kepada tuan tubuh.

"Kata nak jadi setiausaha politik pulak, trahniah!" kata saya tumpang bangga sebab dia anak butir Kelantan.

Calon ini keberatan untuk menjelaskan. Tetapi reaksi mukanya menunjukkan dia setuju atau suka kalau dilantik. "Mana ada..." balasnya tawar...tetetapi dengan senyuman memanjang.

Sungguh saya tidak tahu kalau desas desus itu ada sangkutan dengan berita yang baru disampaikan oleh putera Umno itu tadi. Oh...

"Tetapi apa yang hendak saya sebutkan kat you, setiausaha politik berkenaan dibebaskan. SPRM tidak charge dia... sebab apa you tahu, sebab ada kompromi. Katanya beliau didesak letak jawatan kalau tidak dia dichargekan. Beliau dibebaskan kerana nak jaga menteri berkenaan...

"You jangan tulis dulu nama setiausaha politik ini. Cukup kalau you sebut dia adalah setiausaha politik kepada menteri dari Selatan, tulis menteri kanan..cukup!" pesan dan ajar putra berkenaan panjang lebar.

Saya akan ikut dan tidak akan menulis nama putra Umno berkenaan kerana berpegang kepada manahnya. Etika dalam penulisan kalau kita mendedahkan sumber atau tidak berpegang kepada jani lama kelamaan dia tidak akan sanggup menyampai apa-apa berita lagi. Sumer harus dijaga sebagai mungkin.

"Kejadian ini memalukan Umno. SPRM juga terlibat, bila mana kalau ia menimpa orang Umno ia akan dilindungi dan cari sejuta helah untuk tidak didakwa, tetapi kalau kena ke batang tubuh pembangkang, cepat-cepat dichargekan...." jelasnya lagi tersempuk-sempuk kerana benci dan geram dengan apa yang berlaku.

"Bila you balik? tanya.

"Kenapa?" soal saya dan menjawab mungkin Selasa atau Rabu.

"Saya nak you ambil gambar hotel berkenaan dan masukkan dalam blog you!" katanya. Iya... nantilah bila balik saya akan pukul gambar hotel berkenaan dan pamerkan dalam blog. Kalau tidak menjadi masalah saya akan masukkan muka penyangak negara itu sekali. Bila orang tengok betapa besarnya hotel tempat setiausaha politik itu sering melaram orang boleh agak berapa banyak wang yang dia punya.

Sehingga saat ini belum ada apa-apa komen dari bos setiausaha politik berkenaan. Sebalik nampaknya dia masih bercakap perihal buruk orang lain tetapi menyembunyikan perangai buruk anak buahnya sendiri. Atau pun soal rasuah ini bukan mengejutkan lagi Umno kerana kebanayakan mereka begitu. Eluk juga statistik dikeluarkan untuk melihat ahli parti mana yang banyak terjebak dengan rasuah, apakah Umno, Pas, PKR ataupun DAP.

Dan dalam kes di atas tadi Umno tidak akan boleh menyembunyikan nama setiausaha politik berkenaan. Ia akan diketahui juga nanti. Tindakan Umno menyembunyikan kes dan penama itu samalah dengan tindakan kangaroo menyembunyikan anaknya dalam poket di bawah perutnya. Tindakan itu sia-sia saja kerana yang akan diketahui juga. Samalah dengan anak kangaroo itu betapa disusuk tetapi kadang-kadang si anak akan jenguk dan menunjukkan kepalanya. [kuching 6:10 pm 09/04/11]

Catatan Dari Kuching 2

Posted: 09 Apr 2011 02:29 AM PDT

Kuching Lalu Makan Dan Nampak Sihat?

PAGI tadi saya bergerak lebih jauh dari bandaraya Kuching memasuki beberapa daerah atau perkampungan di luar bandar. Melalui beberapa kawasan Dun, bermula dari Santok sampai ke Sameriang bersempadanan dengan Pantai Damai. Sempat juga singgah dan merakam gambar rumah baru TYT Sarawak di Matang.

Pemandangan di luar bandar pinggir Kucching nampaknya poster banyak mengatasi poster Pakatan Rakyat. Nisabha 10 poster BN 2 poster Pakatan Rakyat. Dari segi perang poster ternyata poster BN tersusun dan menunjukkan kewangan yang banyak. Berbagai bilboark gergasi juga sudah mulai dipasang oleh BN dan DAP, tetapi belum ada billboard PKR dan Pas.

Mood atau selara rakyat Sarawak ternyata berubah. Ia menunjukkan ada sinar kepada PR untuk menambah kerusi. Dalam perkiraan saya dengan gambaran yang ada kini PKR sedang memunggah beberapa kerusi daripada apa yang saya jangkakan sebelum ini. Kalau sebelum ini PR boleh menang di 10 atau 15 kerusi mungkin angkanya sudah meningkat ke 20.

Saya yakin kalau momentum hari ini kekal hingga ke hari mengundi Pakatan akan dapat menafikan majoriti dua pertiga di Dun Sarawak. Tetapi ada pemerhati lebih berani mengatakan tidak mustahil juga kalau BN rebah.

"Saya memberi ingatan kepada Pakatan Rakyat supaya tidak untuk tidak memikirkan soal pembentukan kerajaan," kata pemerhati yang mengatakan perbezaan dari segala semangat dan mood rakyat pada pilihan raya ini berbeza.

Ketika singgah di pasar Santok - pasar yang menjadi tumpuan ramai, beberapa pengujungi ditemui menyatakan perasaan sama. Pilihan raya kali ini ada perubahan. Punca utamanya ialah kepada Taib Mahmud. Isunya pengambilan tanah untuk kengkayakan diri dan kornisnya.

Seorang pemandu teksi ketika ditanya, menjawab perkara yang sama. Begitu juga dengan seorang bekas pegawai kerajaan pencen, walaupun masih simpati kepada BN tetapi kebencian kepada Taib sudah melampau.

"Dia ambil tanya rakyat ata snama pembangunan. Dibayar pampasan tetapi sedikit," begitu kata pegawai kerajaan yang pencecen itu. "Kalau saya, saya mahu Taib dikalahkan tetapi bukan BN.." ujarnya.

Kebencian kepada Taib merebak kepada wakil rakyat lain juga. Di Putra Jaya, rakyat sudah berani membohong calon BN, Daud yang juga menteri muda Sarawak nyaris kena pukul ketika memasuki ke satu kawasan untuk berkempen. Si Daud ini mempunyai rumah ala-ala istana yang terletak di Putra Jaya. Setiap rakyat miskin yang melalui jalan itu dan tersilau ke arah rumahnya akan merasa pedih di mata dan pedih dihati.

Di Pantai Damai ketika singgah minum air kepala saya sempat bercakap dengan beberapa orang rakyat di sana. Rata-rata mereka miskin dan hidup sebagai nelayan tradisi. Seorang daripadanya menceritakan mengenai rakyat mula protes kepada BN dengan menulis dan memasang spanduk yang BN bohong. Satu majlis anjuran Rela untuk bertemu dengan rakyat lenggang, sambutan kepada majlis BN juga di kawasan ini kurang.

Suasana ini semua tidak ada sebelum ini. Rakyat sudah benci, tetapi mereka tidak berani berbuat begitu. Tetapi kali ini rakyat sudah berani. Itulah gambaran diberikan rakyat.

Manakala sewaktu singgah di pos PKR yang dikawal oleh ahli PKR Kelantan di bawah seliaan Pengerusi PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir, dari taklimat rengkas dari petugas berkenaan, dalam pemerhatiannya pilihan raya umum Sarawak kali ini ada sedikit perubahan. Dalam tinjauan dan analisis sikap ada kesungguh dari cakap-cakap rakyat untuk tidak suka kepada BN. "Mereka yang kami jumpa nampaknya bersemangat dan mereka lebih memberi maklumat dan input daripada kami terutamanya kebencian mereka kepada Ketua Menteri," jelas Prof Shahrum yang bertugas disitu.

Malam ini saya akan menghadiri satu ceramah PKR oleh Naib Presiden, Nurul Izzah.

Malam esok dijangka menjadi kayu ukur sebenar sambutan orang Melayu khasnya kepada PKR dan Pas apabila dua tokoh utama mereka Nik Aziz Nik Mat dan Anwar Ibrahim dijangka akan berceramah di beberapa tempat di Sadong Jaya, Muara Tuan, Demak Pantai dan lain-lain. Saya suka membuat ukuran dan analisa dari ceramah mereka ini. Ualasan mendalam dkan dimuatkan dalam Siasah minggu depan. [kuching 5:41 pm 09/04/11]

Catatan Dari Kuching

Posted: 08 Apr 2011 05:08 AM PDT

Sunana Pilihan Raya Sudah Mula Mengubah Wajah Kuching

LEWAT petang tadi saya dan rombongan kecil bersama tiga orang teman sampai ke Kuching untuk meninjau pilihan raya umum Sarawak. Kedatangan saya ini adalah kali kedua. Sebelum hari penamaan calon 6 April lalu saya sudah menziarahi ke beberapa buah kawasan khasnya di sekitar Kuching untuk mengetahui mood rakyat Sarawak terhadap pilihan raya kali ini.

Seperti mana saya postingkan dalam entry yang lalu, kala itu suasana pilihan raya masih belum terasa. Belum ada bendera yang dipsang. Keadaan tidak seperti di Semananjung, di mana menjelang hari penamaan calon suasana sudah berubah dan bendera atau sepanduk sudah dinaikkan. Bagi mereka yang pertama kali menyaksikan pilihan raya Sarawak akan terkejut dengan keadaan di sini.

Satu kapal bersama saya tadi ialah beberapa rombongan kecil seperti saya juga. Ternampak Bob Lokman yang baru ini mengistyharkan diri menyertai Pas. Saya bersama dua teman Sobree dan Dr Wan Suhaimi menaiki Airasia, manakala seorang lagi teman sdr Rushdan Mustafa menailki firefly.

Kami bergabung di aiport. Menurut Rushdan bersama satu flight dengannya Nurul Izzah dan juga Hanifa Maidin.

Permandanbgan dari lapangan terbang ke Bandaraya Kuching sudah berubah berbanding dengan minggu lepas. Kini kanan sudah terpacak bendera parti politik bertanding. Yang banyak bendera dacing. Apabila memasuki pusat bandararaya Kuching suasana berubah di mana poster dan papan tanda kempen DAP mengambil alih keadaan.

Melihat kepada billboard DAP mencerminkan parti berkenaan sebuah parti yang kemas dan tersusin. Papan tanda yang seragam dengan slogan yang memikiat menjelaskan bahawa DAP begitu berdisplin dan mempunyai startegi yang kemas. Jadi tidak hairan kalau DAP mampu meraih banyak kerusi dalam pilihan raya ini.

Malam ini saya akan cuba meninjau di beberapa buah ceramah di sekitar Kuching. Kalau cuaca mengizinkan saya bercadang untuk turun ke tempat ceramah DAP yang dikatakan mendapat sambutan. Dari maklumat Mus... teman yang mengambil saya di lapangan terbang, ceramah DAP didatangi ribuan orang sementara ceramah BN tidak sampai 300 orang.

Mendengar itu meremangkan bulu roma. Katanya juga suasana pilihan raya Sarawak kali ini berbeza dengan pilihan raya umum 2006 lalu. "Tahun ini ada lawanlah, BN nampaknya tidak boleh selesa sangat," begitulah kata Mus.

Perubahan ini katanya bukan saja di bandar tetapi di kawasan luar banda juga. Rata-rata sambutan nampaknya memberangsangkan. Bersambung...

Malam tadi saya sempat menghubungi beberapa teman yang berada di lokasi ceramah. Di Miri Anwar Ibrahim menghadiri lapan program. Sambutan diluar dugaan. Sambutan bukan saja daripada Cina yang sudah menguasai Miri tetapi dari kaum Melayu dan lain-lan juga.

Hal yang sama juga berlaku di Beting Maro di mana salah satu kawasan yang dijangka akan dimenangi oleh Pas. Pentada sejauh mana kekuatan Pakatan Rakyat dijangka akan terpamir malam esok apabila dijangka Tok Guru Nik Aziz dan Anwar Ibrahim akan bersatu dalam kempen di beberapa kawasan di sekitar Kuching. Horas. [kucing. 9:08 am 09/04/11]

Tiada ulasan: