. |
| Posted: 04 Apr 2011 08:35 PM PDT Azizah Sahkan Bukan Suaminya Dalam Video Lucah Itu... Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mengesahkan bahawa lelaki yang mirip suaminya dalam klik video lucah yang hangat diperkatakan kini bukan suaminya. Azizah berkata demikian dalam satu sidang akhbar khas di rumahnya pagi ini. Pengesahan itu dibuat setelah beliau dan anak beranaknya mengambil keputusan berani untuk menonton video lucah berkenaan. Tindakan Wan Azizah itu boleh dianggap satu cabaran besar kepadanya yang melibatkan maruah. Sebelum ini beliau benci untuk melihatnya tetapi akhirnya terpaksa ditonton ekoran klik video berkenaan tersebar di seluruh dunia menerusi youtube.Nah, sekarang setelah Wan Azizah dan keluarga sendiri mengesah bahawa itu bukan Anwar maka jelas watak dalam video berkenaan palsu, bukan Anwar sebenarnya. Orang paling gembira dan berbahagia dengan penjelasan Azizah ialah Anwar sendiri. Biarlah tiga juta orang Umno menerima itu sebagai benar, tetapi bagi Anwar dan jutaan penyokongnya yang lain akan berpuas hati dengan penjelasan Azizah seorang. Penjelasan dan kenyataan Aizzah boleh membunuh bukan saja tiga fitnah besar tetapi juga kebenaran-kebenaran kecil yang lain. Dalam situasi beginilah seseorang pejuangan memerlukan seorang isteri (zaujah) yang tulus terhadap suami yang memahami perjuangan suami serta yang bersimpati sepanjang masa dengan musibah ditimpa suami. Kehebatan di sini bukan lagi Anwar tetapi Azizah yang menampong dan memperkasakannya. Bagaimana pun pada saya, biarlah Azizah membuat penjelasan bersumpah laknat sekalipun menolak segala fitnah itu ia tidak mudah membersihkan kotoran yang dilumurkan. Seperti mana orang tidak percaya kepada sumpah laknat pembacuh kopi yang mendakwa diliwat Anwar maka begitulah juga orang akan menolak sumpah dan penjelasan Azizah itu. Semuanya ia bergantung kepada nawaitu dan matlamat kita. Sekarang ini sama-sama kita tepuk dada dan tanya hati kita. Pada saya, keperibadian Anwar satu hal yang lain, manakala perjuangannya membela rakyat satu hal yang perlu diutamakan. Untuk mencari kejernihan dan menghilangkan kekeliruan pisahkan di antara peribadi dengan perjuangan. Sebenarnya kalau peribadi dicampurkan dengan perjuangan tidak ada seorang pun tokoh politik di negara ini layak menjadi pemimpin termasuk Najib Razak. Kita bukan mahu membela keperibadiannya tetapi membela perjuangannya. Kalau ada orang lain yang baik, lebih warak dari Anwar kebetulan pula mempunyai idelisme seunggul Anwar maka berpalinglah kepada pemimpin itu. Kalau belum ada sesiapa yang boleh bersuara dan membentangkan perjuangan menyentuh hati nurani kita, maka sukar untuk menafikan Anwar sebagai seorang hero dan wira negara ini. Melihat segala ancaman, serangan termasuk secara fitnah dan liar namun Anwar tetap juga mampu berdiri teguh, ini menggambarkan akan kehebatan dan keagungan Anwar sebagai tokoh politik. Rosmah dan Mahathir agaknya terjua mengenai kehebatan seorang manusia ini tetapi begitu ego untuk menerimanya kerana kehebatan itu merampas kepentingan dan kehebatan diri mereka. Mat Maslan pula ketika ini kehilangan suara untuk berkata-kata. [ttdi.kl. 10:50 am 05/04/11] |
| Posted: 04 Apr 2011 07:55 AM PDT Video: Kini Giliran Tok Guru Nik Aziz Pula... Klik video ini khas untuk para pejenguk blog Merah Tinta yang kempunan untuk menonton klik video dan bagi mereka yang tidak tergamak untuk melihat klik video lucah yang nmengaitkan dengan Anwar Ibrahim yang sedang bertebaran kini. Saya harap klik video ini menjadi penawar kepada semua orang. Klik video ini dirakam pada tahun 2010 secara tidak sengaja dilokasi agak terlindung dari umum. Saksi dan kajilah sendiri tentang kesahihan dan ketulenannya. Kilik video ini juga mungki disuruhanjayakan! Catatan: Maaf kepada sdr Ariffahami kerana saya curi video ini dari blognya. [wm.kl.11:05 pm 04/04/11] |
| Posted: 04 Apr 2011 03:48 AM PDT Selamat Menonton Video Lucah DALAM keadaan ahli Parlimen bertelagah sama ada perlu atau tidak video lucah yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim perlu ditayang kepada ahli Parlimen atau tidak, para pelayar internet, web site dan blog sudah pun menyaksikannya lewat tengah hari ini. Hari ini promo atau previu video berkenaan sudah ditayangkan di dalam blog, Fb dan sebagainya. Kononya ia dilancar di Bangkok. Saya sudah dihantar klik video berkenaan. Beberapa protal berita juga sudah melaporkan perlacaran klik video terlaris di Malaysia itu. Tidak ada erti dan maknanya lagi penyiasatan ke atas video berkenaan sama ada oleh polis atau mana-mana pihak. Cadangan suruhnjaya di raja untuk menyiasat video berkenaan juga tidak diperlukan lagi. Rakyat akan membuat penilaian sendiri dengan video berkenaan yang kini sudah memenuhi alam siber. Saya tidak mahu mengulas akan ketulenannya. Ketua polis negara Ismail Omar dengan kuasa yang ada kepadanya berhak mengatakan video berkenaan tulen tanpa merujuk kepada mana-mana juzuk ketulenan itu. Apakah pita berkenaan atau watak di dalamnya yang tulen, walahualam. Pertamanya apa yang perlu ditolak ialah kepada rakaman video berkenaan. Orang yang merakam kemudian mendedahkannya lebih jahat, kejam dan tidak bermoral dari watak yang ada dalam video berkenaan. Kalaulah pendedahan itu dibuat oleh si watak dalam video berkenaan maka dialah paling celaka dalam dunia ini. Pun begitu orang yang merasa kesal, aib dan celaka hanya orang seperti kita. Bagi mereka ia sudah tidak ada apa-apa perasaan dan rasa lagi. Atau sesiapa yang pernah melakukan maksiat dan zina, perkara itu biasa saja, tak ubah macam kartun Ipin dan Upin saja. Kehidupan mereka itu lebih kurang lembu dan kerbau yang boleh mengawan di mana-mana saja. Yang membezakan haiwan dengan manusia ialah akal budi. Begitu juga mereka yang membikin, menyiarkan serta menonton video berkenaan dibezakan oleh akal budi. Jelas apa dilakukan itu bermotif politik. Bila ia bermotif politik maka nawaitu di sebalik pendedahan itu tidak genuie lagi. Betapa pun benar apa yang berlaku dalam video itu tidak akan diterima sebagai satu kebenaran lagi. Isi video itu bukan kalamullah yang patut diagungkan. Ini bukan saja melibatkan Anwar tetapi kalau Najib, Mahathir, Rosmah maupun Tengku Razaleigh hatta Haji Hadi serta Nik Aziz sekalipun. Ingatlah sesuatu yang melampau hatta ianya benar dan baik ia boleh menjadi tidak baik. Macam dadah asalnya ia baik tetapi kalau pengambilannya melampau ia merbahaya dan nilai kebaikannya sudah pun tidak ada lagi. Begitu juga bukan saja arak boleh memabukkan tetapi air sejuk juga kalau diminum beribu liter ia boleh memudaratkan juga. Bagi orang yang sudah lama menolak keperibadian Anwar yang disabutkan dalam video itu, ia tidak akan mengugahkan sokongan kerana mereka menyokong Anwar bukan atas prinsip peribadiannya tetapi ketaksuban kepada perjuangan yang bawanya. Samalah kita menyokong seorang pemimpin kafir - bukan Islam, bukan kerana agamanya, tetapi kerana kepimpinannya itu. Misalnya Melayu Pulau Pinang menyokong Lim Gua Eng bukan kerana akidahnya tetapi kerana perjuangan dan leadshipnya. Begitu kalau orang Melayu menyokong V Manikvasagam atau Tan Chan Lok satu masa dulu, bukan kerana akidahnya tetapi toleransinya sebagai satu warganegara. Inilah dua keadaan yang perlu dibezakan. Justeru kepada saya penayangan video itu tidak akan mengubahkan keadaan sebaliknya sokongan kepada Anwar akan bertambah. Mereka yang tahu membezakan mana peribadi dan mana perjuangan tetap setia dan menyesali ke atas apa yang berlaku bukannya 'gaduh-lorat' meninggalkan Anwar. Makanya kalau Najib mengambil kira penayangan video itu menguntungkannya dan mengambil cerlak dan ruang untuk mengadakan pilihan raya ia adalah silap. Kalau tidak percaya ahlanwasalan, bubarlah Parlimen sekarang. Dengan penayangan video itu perjuangan Anwar tidak akan mati, kecualilah jasadnya dileburkan persis Altantuya. Semangat perjuangan, idealisme perjuangan yang dibawa atau diobori olehnya sejak berpuluh tahun lalu sudah berada dalam jiwa setiap penyokongnya. Mereka tidak akan berganjak dan membalikkan diri daripada menolak Anwar. Mereka bukan individu-individu munafik dan keparat yang membuat sokongan kerana mencari sesuap nasi untuk anak-anak dan isteri. Manusia sebegini tidak ubah seperti beruang yang membaham buah salak, sesudah kenyang bersandar di busut kemudian sendakwa, kemudian kencing dan berak di situ. Cemuh dan bencilah Anwar seribu kali, cemuhan dan kebencian itu akan diterima dengan seribu rasa simpati, sedih dan ikar untuk bersamanya. Pas dan DAP, iya mereka tidak akan memutuskan persahabatn dengan Anwar kerana bagi mereka Anwar adalah bahtera yang akan membawa aspirasi mereka ke pulau kejayaan. Dari sudut perjuangan Anwar dan Pakatan Rakyat rasanya tidak perlu rungsing, sebab pandokongnya tidak berubah dan ugah hati. Sebaliknya yang akan menjauhkan diri ialah mereka yang sudah berada di luar gelanggang yang sudah lama bermasalah dengan Anwar atas berbagai isu dan alasannya dan yang cuba melarikan kebusukan mereka dengan alasan-alasan yang direyasakan. Bagaimana kasih dan cintanya Azizah kepada Anwar atas nama suami, maka demikian kasih dan cintanya rakyat kepada Anwar atas nama pemimpin dan video lucah itu hanya baja atau pupuk yang akan menyuburkan lagi iman perjuangan. [ttdi.kl. 7:12 am 04/04/11] |
| You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Pengesahan itu dibuat setelah beliau dan anak beranaknya mengambil keputusan berani untuk menonton video lucah berkenaan. Tindakan Wan Azizah itu boleh dianggap satu cabaran besar kepadanya yang melibatkan maruah. Sebelum ini beliau benci untuk melihatnya tetapi akhirnya terpaksa ditonton ekoran klik video berkenaan tersebar di seluruh dunia menerusi youtube.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan