Khamis, 7 April 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Hak Isteri Pertahan Maruah Suami

Posted: 06 Apr 2011 10:06 PM PDT

"Hubungan suami dan isteri adalah satu perjanjian agung yang disaksikan Arasy,"

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai seorang isteri, layak membela suaminya bahkan berhak dan wajib berbuat demikian pada waktu Datuk Seri Anwar Ibrahim, difitnah teruk oleh musuh-musuh politiknya.

Demikian dinyatakan Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty ketika mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa Wan Azizah tidak layak megesahkan lelaki dalam video yang dikaitkan dengan Anwar.

Nazri membuat kenyataan tersebut atas alasan akan ada konflik kepentingan memandangkan Wan Azizah adalah isteri Anwar.


Muhammad Nur seterusnya berkata, kenyataan Nazri itu membuktikan Umno gagal mendidik pemimpinnya untuk memahami syariat Islam dengan mendalam.

"Hubungan suami dan isteri adalah satu perjanjian agung yang disaksikan Arasy," tegas beliau.

Bahkan katanya, Wan Azizah merupakan individu yang paling layak berbuat demikian kerana beliau lebih mengenali susuk tubuh suaminya sendiri.

"Selepas hidup bersama lebih 20 tahun, siapakah yang lebih rapat dan mempunyai hubungan lahir dan batin dengan Anwar selain daripada Wan Azizah?" tanya Muhammad Nur.

Muhammad Nur seterusnya berpesan kepada Nazri agar tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak masuk akal semata-mata kerana sudah kehabisan modal politik.

"Jangan kita habis modal politik, kita bercakap perkara yang bukan-bukan," kata Dr Muhammad Nur.

Keadilandaily

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Mustahil Sarbani boleh bunuh diri, kata rakan-rakannya

Posted: 06 Apr 2011 09:57 AM PDT

Kawasan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini menjadi tumpuan rakan-rakan Ahmad Sarbani Mohamed sebaik sahaja mendengar kematian penolong pengarah Kastam itu, yang ditemui mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, pagi tadi.

Bagaimanapun kebanyakan mereka yang kelihatan terkejut dan sedih melahirkan satu pandangan yang sama – mustahil bagi pegawai Kastam itu (gambar) yang berusia 56 tahun – boleh mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan terjun dari bangunan tinggi.

Dengan berpakaian Kastam Diraja Malaysia sejumlah kakitangan agensi itu berhimpun di kawasan hospital sementara menunggu hasil bedah siasat.

Sesetengah pula didapati tidak dapat mengawal perasaan.


Keluarga Ahmad Sarbani pula kelihatan "mengawal" isteri dan lima anaknya, yang diiringi ke bilik menunggu dewan mayat dengan muka mereka ditutup bagi mengelak dirakamkan oleh media.

Saudara-mara juga enggan memberi sebarang komen kepada pemberita yang membanjiri kawasan bilik mayat.

Rakan zaman kanak-kanak Ahmad Sarbani, Ridzuan Mohamad memberitahu The Malaysian Insider, dia tidak percaya apabila dimaklumkan kematian penolong pengarah itu.

"Saya sangat rapat dengan dia dan dia seorang yang rendah diri. Saya merasakan tuduhan SPRM ke atasnya mengarut. Jika benar, tunjukkan bukti.

"Cara mereka menyoal siasat dia tidak adil," katanya.

"Dia hanya dijadikan kambing kerana seseorang," kata Ridzuan,bekas pemberita ini, yang berusia 46 tahun.

Ridzuan juga memberitahu tidak logik Ahmad Sarbani boleh membunuh diri kerana dia sentiasa mempertahankan bahawa dirinya tidak bersalah.

"Malam tadi dia panggil saya dan memberitahu saya bahawa dia sedang disoal siasat oleh SPRM. Dia berkata dia rasa tidak bersalah kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan.

"Dia juga berkata dia akan menghantar satu dokumen esok (hari ini), untuk menghantar dokumen," katanya lagi.

Seorang lagi rakannya, Ashaari Isa juga yakin Ahmad Sarbani bukan seorang yang boleh mengambil tindakan membunuh diri.

"Itu yang SPRM mahu berkata, tetapi bagi mereka yang mengenali dia secara peribadi adalah mustahil (boleh membunuh diri)," katanya lagi.

"Personaliti dan tingkah laku dia adalah bukti dia seorang yang kuat beriman," kata ahli perniagaan berusia 57 tahun ini.

Justeru kata Ashaari, dia mahu SPRM menjelaskan mengapa seorang pegawai kanan Kastam sanggup untuk membunuh diri dan mahu ditunjukkan rakaman CCTV kepada umum.

Ashaari, yang memandu dari kampung Ahmad Sarbani di Perak, dengan rasa marah menafikan bunuh diri sebagai punca kematiannya.

"Lelaki dari kampung saya tidak akan membunuh diri, tetapi kami bunuh orang," katanya dengan nada beremosional.

Ahmad Sarbani merupakan sebahagian daripada 62 orang menjadi radar Operasi 3B sejak minggu lalu dan dia mati dipercayai selepas jatuh dari bangunan agensi itu di Jalan Cochrane di sini, pagi ini.

Insiden terbaru ini, yang sekali lagi mengejut dan menggemparkan negara, berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock, yang ditemui mati selepas disiasat SPRM di Shah Alam, dua tahun lalu.

SPRM memulakan Operasi 3B minggu lalu dan telah menahan 62 pegawai kastam di seluruh negara.

Sebahagian besar daripada telah dibebaskan sementara menanti siasatan susulan.

Pada satu sidang media di sini tengah hari tadi, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali berkata mangsa ditemui mati di gelanggang badminton kira-kira 10 pagi tadi.

Ahmad Sarbani telah dibebaskan oleh SPRM selepas diikat jamin Sabtu lalu.

Mustafar berkata mayat pegawai itu ditemui di aras bawah, selepas didapati tidak kelihatan di bilik dia diminta menunggu pada pukul 10.15 pagi.

Kata beliau, Ahmad Sarbani datang ke bangunan SPRM kira-kira 8.26 pagi tanpa sebarang temu janji dengan pegawai siasatan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan pada sidang media itu, SPRM berkata, "antara pukul 10.15 pagi hingga 10.20 pagi satu kejadian telah berlaku di bangunan SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Cochrane, Kuala Lumpur di mana seorang individu telah ditemui meninggal dunia."

"Individu yang ditemui meninggal dunia ini dikenal pasti sebagai Ahmad Sarbani Mohamed, berumur 56 tahun, seorang Penolong Pengarah Kastam," kata kenyataan itu.

SPRM mengesahkan bahawa Ahmad Sarbani adalah antara pegawai kastam yang telah ditahan pada 1 April lalu di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara, Klang.

"Penama tersebut setelah membantu dalam siasatan yang melibatkan Operasi 3B iaitu satu siasatan berkaitan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, telah dilepaskan melalui jaminan pada 2 April, pukul 12.30 tengah hari.

"Penama tersebut telah pun meninggalkan pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas dilepaskan melalui jaminan tersebut," kata kenyataan itu lagi.

Katanya, Ahmad Sarbani telah datang ke Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seorang diri dengan menunggang motosikal dan meminta untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat bagi berbincang mengenai kes terhadapnya.

"Oleh kerana pegawai-pegawai sedang bermesyuarat, maka penama berkenaan telah menunggu di lobi pejabat sehingga pukul 9.30 pagi.

"Penama tersebut kemudian telah diiringi oleh seorang pegawai ke bilik pejabatnya untuk mendapatkan pegawai penyiasat menemui penama tersebut. Pegawai yang mengiringi penama tersebut telah berada bersamanya dalam bilik pejabat pegawai berkenaan," katanya lagi.

Kenyataan itu menambah, lebih kurang 10.15 pagi, pegawai yang mengiringi beliau telah meninggalkan penama tersebut di pejabatnya dan keluar sebentar pergi mendapatkan pegawai penyiasat.

"Dalam beberapa minit kemudian, pegawai tersebut telah kembali ke pejabatnya dan mendapati penama berkenaan tiada dalam bilik berkaitan," tambah kenyataan tersebut.

"Setelah mencari dalam kawasan pejabat, seorang pegawai telah terlihat satu tubuh manusia terlantar di tingkat satu bangunan pejabat ini.

"SPRM telah pun memaklumkan kejadian ini kepada keluarga si mati dan pihak pengurusan jabatannya serta menyerahkan perkara ini kepada pihak polis untuk mengambil sebarang tindakan," kata kenyataan itu lagi.

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

41 calon Bebas, 17 pertandingan empat penjuru di Sarawak

Posted: 06 Apr 2011 05:31 AM PDT

Seramai 213 calon akan berentap dalam pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April ini.

Selepas proses penamaan calon selesai hari ini, kesemua 71 DUN akan dipertandingkan.

Pada keseluruhannya, pertandingan itu menyaksikan dua pertandingan enam penjuru, dua pertandingan lima penjuru dan 17 pertembungan empat penjuru.

Manakala yang lainnya membabitkan pertandingan tiga penjuru di 22 kerusi dan pertembungan satu lawan satu di 27 kerusi.

Selain BN yang bertanding di kesemua 71 kerusi, parti lain adalah DAP (15 kerusi), Snap (26), PKR (49), PAS (5), Parti Cinta Malaysia (PCM) enam dan 41 calon Bebas.


Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof, dalam satu sidang akhbar di Kuching berkata, pecahan calon mengikut jantina ialah 197 lelaki dan 16 wanita.

Katanya, BN meletakkan 67 calon lelaki dan empat wanita, PAS (tiga lelaki dan dua wanita), DAP (11 lelaki dan empat wanita), Snap (26 lelaki), Bebas (40 lelaki dan seorang wanita) PKR (45 lelaki dan empat wanita), PCM meletakkan lima calon lelaki dan seorang wanita.

Abdul Aziz Yusof, berkata selepas proses penamaan selesai hari ini, pertandingan tiga penjuru membabitkan 23 DUN dan empat penjuru di 17 DUN.

Dua kawasan berlaku pertandingan enam penjuru iaitu di Belaga dan Balai Ringin manakala pertandingan lima penjuru berlaku di Ngemah serta Jepak.

"Sepanjang tempoh berkempen, parti politik dan calon digesa mematuhi undang-undang yang ditetapkan dan mengikut arahan pihak polis," katanya.

Abdul Aziz juga berkata urusan penamaan calon berjalan lancar di semua kawasan, tiada kejadian yang tidak diingini dilaporkan berlaku.

Berikut adalah kerusi yang dipertandingkan:

Enam penjuru:

1. Belaga - Snap, BN-PRS, PKR, Bebas, Bebas, Bebas
2. Balai Ringin - PKR, BN-PRS, Snap, PCM, Bebas, Bebas

Lima penjuru:

1. Ngemah: BN-PRS, bebas, PCM, Snap, PKR
2. Jepak: Snap, PKR, BN-PBB, Bebas, Bebas

Empat penjuru:

1. Opar: Snap, Bebas, PKR, BN-SUPP
2. Bengoh: PKR, Bebas, Snap, BN-SUPP
3. Tebedu: Bebas, BN-PBB, PKR, Snap
4. Kedup: PKR, BN-PBB, Bebas, Snap
5. Simunjan: BN-PBB, PKR, Bebas, PCM
6. Bukit Begunan: BN-PRS, Bebas, PKR, Snap
7. Engkelili: BN-SUPP, Bebas, Snap, PKR
8. Layar: Snap, PKR, Bebas, BN-PBB
9. Krian: Snap, BN-SPDP, Bebas, PKR
10. Daro: BN-PBB, PKR, Bebas, Bebas
11. Machan: PCM, BN-PBB, PKR, Snap
12. Kakus: PCM, PKR, BN-PRS, Bebas
13. Kemena: Bebas, PKR, BN-PBB, Snap
14. Bekenu: BN-SPDP, PCM, Snap, PKR
15. Marudi: BN-SPDP, Bebas, PKR, Snap
16. Telang Usan: PKR, Snap, Bebas, BN-PBB
17. Bukit Kota: BN-PBB, DAP, Bebas, Bebas

Tiga penjuru

1. Tasik Biru - BN-SPDP, Snap, PKR
2. Tanjong Datu - BN-PBB, Bebas, PAS
3. Pantai Damai: Bebas, BN-PBB, PKR
4. Padungan - Bebas, DAP, BN-SUPP
5. Batu Lintang - BN-SUPP, PKR, Bebas
6. Tarat: Snap, BN-PBB, PKR
7. Sadong Jaya - BN-PBB, Bebas, PAS
8. Sebuyan - Bebas, PAS, BN-PBB
9. Lingga - Snap, PKR, BN-PBB
10. Bukit Saban : Snap, PKR, BN-PBB
11. Kalaka: Bebas, BN-PBB, PKR
12. Belawai : PKR, Bebas, PNB-PBB
13. Semop: BN-PBB, PKR, Bebas
14. Jemoreng: Bebas, Bebas, BN-PBB
15. Meluan : PKR, BN-SPDP, Snap
16. Bukit Assek: Bebas, BN-Snap, DAP
17. Dudong: DAP, BN-Supp, Bebas
18. Dalat: BN-PBB, PKR, Bebas
19. Balingian: BN-PBB, PKR, Bebas
20. Pelagus: BN-PRS, PKR, Bebas
21. Lambir: BN-PBB, PKR, Snap
22. Batu Danau: BN-SPDP, PKR, Snap
23. Katibas: BN-PBB, Snap, PKR

Dua penjuru:

1. Demak Laut: BN-PBB, PKR
2. Tupong: BN-PBB, PKR
3. Samariang: BN-PBB, PKR
4. Satok: BN-PBB, PKR
5. Pending: BN-SUPP, DAP
6. Kota Sentosa: DAP, BN-SUPP
7. Batu Kawah: DAP, BN-SUPP
8. Asajaya: BN-PBB, PKR
9. Muara Tuang: BN-PBB, PAS
10. Beting Maro: BN-PBB, PAS
11. Simanggang: DAP, BN-SUPP
12. Batang Ai: PKR, BN-PRS
13. Saribas: BN-PBB, PKR
14. Repok: BN-SUPP, DAP
15. Meradong: BN-SUPP, DAP
16. Pakan: BN-SPDP, Snap
17. Bawang Assan: DAP, BN-SUPP
18. Pelawan: BN-SUPP, DAP
19. Nangka: BN-PBB, PKR
20. Tamin: BN-PRS, PKR
21. Baleh: BN-PRS, PKR
22. Kidurong: DAP, BN-SUPP
23. Piasau: DAP, BN-SUPP
24. Pujut: BN-SUPP, DAP
25. Senadin: PKR, BN-SUPP
26. Ba'kelalan: PKR, BN-SPDP
27. Bukit Sari: BN-PBB, PKR

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Calon Paling Muda Dari Sarawak

Posted: 06 Apr 2011 05:25 AM PDT



Klik di sini

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Tiada ulasan: