Blog-list Malaysia |
- Bukan Anwar Kata Wan Azizah
- Datuk T boleh disebat 80 kali jika tuduhan palsu, kata Ulama
- Video Seks DSAI, Bukti Jelas Video Di Edit?
- Kenapa Video Seks Dikeluarkan Dari Youtube??
- Chegu Bard : Video Lucah Disunting Untuk Perbodohkan Rakyat
- Perut Anwarkah Ini??
- Kenapa Ada Alamat Thailand Pada Video Seks Ini?
- Sosok, lenggok ternyata bukan Anwar- Nik Nazmi
- GEMPAR - Video Seks Anwar Ibrahim Di Youtube
- Malaysia Bukan Sebuah Negara Yang Waras
- Rasuah Yang Amat Memalukan Negara
Posted: 04 Apr 2011 08:39 PM PDT Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menafikan dakwaan bahawa beliau adalah lelaki dalam video seks yang sebahagian daripadanya telah disiarkan di internet semalam. Isteri Anwar yang juga presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kata video itu merupakan "bukti paling jelas" bahawa suaminya bukanlah lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur itu. Membaca satu kenyataan hari ini, wan Azizah berkata, keluarganya telah memutuskan untuk menonton video yang disiarkan di Internet itu dan mendapati jelas bahawa susuk badan lelaki berkenaan terlalu berbeza dengan susuk badan Anwar. Turut hadir di sidang akhbar tersebut ialah pengerusi DAP Karpal Singh, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan anak perempuan Anwar, Nurul Izzah. Ditanya mengapa beliau mengubah fikiran untuk menonton video tersebut, Wan Azizah berkata beliau diberitahu tidak ada unsur lucah dalam filem tersebut dan mahu menonton bagi memuaskan hatinya. "Bukan Anwar Ibrahim dalam video itu,"katanya. Menurut Dr Wan Azizah lagi, keeluarganya telah diuji dengan pelbagai dugaan sejak 1998. "Pelbagai fitnah dan tuduhan telah dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setiap tuduhan tersebut adalah sendirinya terlalu berat, tetapi Datuk Seri Anwar terpaksa melalui satu demi satu tuduhan yang busuk, jelek dan jijik," katanya. Namun, tambah beliau, jika disenaraikan semua tuduhan tersebut, nyata sekali tidak masuk akal bagaimana Anwar dapat melakukan kesemuanya yang bertentangan antara satu sama lain. "Dalam kes video terbaru ini, kami sekeluarga memutuskan untuk menonton sendiri rakaman tersebut. "Video tersebut adalah bukti paling kukuh bagi sesiapa yang benar-benar mengenali Datuk Seri Anwar bahawa tuduhan terbaru ini satu lagi fitnah zalim dan palsu. "Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau bukan kami, keluarga terdekat beliau, yang telah bersama beliau dalam susah dan senang, khusus dari saat beliau berada di arus perdana kepimpinan negara hinggalah ke hari-hari beliau mulai pulih dari serangan apabila beliau dibebaskan daripada penjara. "Jelas kelihatan susuk tubuh badan pelaku dalam video tersebut amat berlainan daripada susuk badan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hal ini diperkukuh lagi memandangkan sejak lebih setahun yang lalu, anak-anak Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menemani beliau setiap kali beliau pergi melakukan aktiviti senaman dan fisioterapi selaku sebahagian daripada aktiviti pemuliharaan kesihatan tulang belakang," tambahnya. Oleh itu, kata Wan Azizah, mereka sekeluarga berpendirian bahawa keluarnya video ini adalah satu lagi contoh taktik politik lucah dan menolak sekeras-kerasnya politik sedemikian. sehubungan itu, beliau mengajak rakyat Malaysia untuk bersama menegakkan keadilan dan menolak politik kotor. "Kembalikan agenda perjuangan menuntut reformasi menyeluruh dalam sistem politik, ekonomi dan sosial negara," katanya sambil menambah bahawa dalam menghadapi dugaan ini, mereka yakin ada hikmah di sebaliknya. "Pendedahan sedutan video ini dibuat pada 4 April 2011 – ulangtahun ke-12 Parti Keadilan Nasional yang lahir daripada kegawatan politik negara. "Fitnah dan tohmahan ini berpunca daripada ketamakan terhadap kuasa dan politik yang sudah hilang nilai moralnya. "Kita sewajarnya berbincang secara kritis perbezaan pandangan kita, bukan dengan serangan peribadi yang kotor dan hina," katanya. Sehubungan itu, beliau berharap semua rakyat tidak terperangkap dengan permainan tersebut, dan sebaliknya meneruskan usaha menegakkan keadilan dan memperjuangkan kebenaran. |
Datuk T boleh disebat 80 kali jika tuduhan palsu, kata Ulama Posted: 04 Apr 2011 07:50 PM PDT KUALA LUMPUR, 5 April — "Datuk T" boleh dikenakan hukuman sebatan sehingga 80 kali jika tuduhan zina terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim — yang dikaitkan dengan rakaman video seks tidak benar, kata Persatuan Ulama Malaysia (PUM). Yang Dipertuanya Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata, di bawah undang-undang Islam mana-mana individu yang membuat tuduhan zina perlu mengemukakan bukti sahih selain mempunyai empat orang saksi yang menyaksikan kejadian itu berlaku. Sekiranya gagal, kata beliau individu tersebut boleh dikenakan hukuman qazaf kerana membuat tuduhan palsu dengan tujuan untuk mengaibkan orang lain. "Kalau dedah kepada umum tidak boleh... dedah keburukan orang lain juga tidak boleh sebab kalau nak hukum seseorang kita kena pastikan dulu, macam kita makan nasi kalau nak tahu sedap kena rasa dulu. "Tapi dalam kes rakaman video seks ini, kalau tuduhan ini tidak benar, Datuk T boleh dikenakan hukuman sebat 80 kali kerana membuat tuduhan palsu dan fitnah dan ia kena dibuat di mahkamah syariah dan hukuman qazaf perlu dilaksanakan jika tuduhan itu tidak benar," kata beliau kepada The Malaysian Insider. Bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim dilaporkan mengakui diri mereka sebagai "Datuk T" - menggemparkan negara apabila mempertontonkan rakaman video seks kepada media pada 21 Mac lalu. Menurut Sheikh Abdul Halim, rakaman video seks itu juga tidak boleh dijadikan bukti di mahkamah. "Tidak boleh... tidak boleh... sebab kita kena ada empat saksi lagipun siapa yang boleh buktikan lelaki dalam video itu adalah Anwar. "Zaman moden sekarang macam-macam boleh jadi, saya juga belum tengok video seks itu... ada yang kata muka macam Anwar tapi perut bukan Anwar... macam-macam boleh jadi sekarang, kaki, tangan semua orang boleh buat jadi lain," katanya. Justeru, beliau mahu supaya kes tersebut dibicarakan di mahkamah syariah bukan mahkamah konvensional. "Kena bicara di mahkamah syariah sebab ia babitkan hukuman qazaf, kalau di mahkamah majistret tiada tuduhan fitnah ini," katanya. Ekorang tuduhan zina terhadap Anwar itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) telah memfailkan aduan qazf terhadap "Datuk T" semalam kerana menuduh Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu terlibat dalam perbuatan zina melalui pendedahan rakaman video seks. Anwar juga telah menafikan beliau tidak terlibat dalam rakaman video seks itu dan telah membuat laporan polis. - MI |
Video Seks DSAI, Bukti Jelas Video Di Edit? Posted: 04 Apr 2011 05:38 PM PDT Perbezaan warna gambar hitam putih yang jelas...? "Mohd Faizal · Institut Teknologi Mara, Arau, Perlis bagi aku kemungkinan split scene....kemungkinan DSAI betul dalam scene tu tetapi dua scene yang berbeza dan masa yang berbeza dan orang yang berbeza....reason... 1.kamera tu statik.sapa-sapa yang biasa edit video memang easy kalau buat split scene kalau kamera tu statik..iaitu dua scene di cantum bersama-sama..left and right seamlessly. 2.scene awal kononya DSAI adalah terlalu berlainan dengan DSAI keluar dari bilik air di akhir video...that the reason video dibuat dalam hitam putih supaya color seragam untuk dua-dua scene..sebab kalau scene dalam warna kita boleh lihat dengan jelas perbezaan dua-dua scene.. Jadi pandangan aku...video tersebut kemungkinan memang dirancang dibuat pertama dengan DSAI dalam scene pertama..scene kedua perempuan dan sorang lagi mirip anuar (scene keluar bilik air dan peluk perempuan)...then combine video tu jadi satu...aku ulangi..it is very easy to make the video like this..tak perlu GCI just consumer video editing biasa..wallahualam..hanya tuhan yang tahu..." Dipetik dari Batu vs Kayu |
Kenapa Video Seks Dikeluarkan Dari Youtube?? Posted: 04 Apr 2011 05:28 PM PDT |
Chegu Bard : Video Lucah Disunting Untuk Perbodohkan Rakyat Posted: 04 Apr 2011 06:53 AM PDT SHAH ALAM 4 APRIL : Video lucah hampir dua minit yang dimuatkan di YouTube disunting sebegitu supaya ia hanya memperlihatkan adegan-adegan individu yang mirip wajah Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia Badrulhisham Shahrin. Badrul menyaksikan keseluruhan video 21 minit itu pada 21 Mac lalu dan mengesahkan klip yang dimuat naik di Youtube diambil daripada rakaman asal. Bagaimanapun klip video di YouTube disunting untuk mempengaruhi orang ramai bahawa individu dalam rakaman itu adalah Anwar, kata beliau. "Klip itu adalah dari sumber yang sama tetapi ia di edit (sunting) sedemikian rupa untuk meyakinkan (orang ramai). Tetapi tempat-tempat yang begitu ketara, hodoh dan tidak sama dengan Anwar tidak disiarkan. Ini memang kita sudah jangkakan berlaku" kata beliau kepada TVSelangor. "Mereka tidak akan siarkan semua, dan kenapa mereka tidak siarkan semua contohnya dengan posisi perut yang buncit, itu mereka tidak siarkan, sebaliknya mereka hanya mengambil yang mirip (Anwar) untuk memperbodohkan rakyat," tambah beliau. Badrul yakin Umno berperanan dalam memuatnaikkan video yang disunting itu ke Youtube, malah telah meramalkan tindakan Umno itu dalam wawancara dengan TVSelangor pada minggu lalu. Beliau yakin tidak ada tindakan akan diambil terhadap pihak yang memuatkan rakaman itu di Youtube. "Perdana Menteri Malaysia (dan) rejim ini terlibat dalam melindungi sindiket ini yang menyiar video ini kepada umum. Mereka tidak akan kena apa-apa," kata Badrul. Badrul menegaskan bahawa video itu dimuat keYoutube untuk dicanang sebagai modal BN pada pilihanraya umum Sarawak. "Ianya lebih menyerlah lagi apabila penyebaran video ini ialah terdesaknya mereka dan apabila berada diambang pertempuran di piliharaya di Sarawak ini". Badrul dan Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungei Petani adalah dua orang yang tampil memberi perakuan mereka diundang oleh bekas Ketua Menteri Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik untuk menyaksikan rakaman penuh video itu secara berasingan pada 21 Mac lalu. Johari ditawarkan imbuhan untuk membawa keluar wakil rakyat PKR dengan menggunakan video itu manakala Badrul pula diminta untuk menyampaikan rakaman itu kepada isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail. Bagaimanapun kedua-dua mereka, secara berasingan, yakin orang dalam rakaman itu bukan Anwar walaupun akur individu berkenaan mempunyai iras hampir serupa dari sudut tertentu kamera. Badrul dan Johari berkata bahasa badan Anwar dan susuk tubuhnya termasuk perut berlainan dengan individu dalam rakaman itu. Anwar bertegas menolak beliau adalah individu dalam rakaman itu. Ketua Pembangkang itu menegaskan beliau di rumah bersama ahli keluarga dan kakitangannya serta berinteraksi dengan kenalan menerusi Twitter ketika rakaman itu diambil pada 21 Februari lalu. Penayangan video di Hotel Carcosa Kuala Lumpur didalangi oleh gadingan Datuk T yang merangkumi bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Sharzyl Eskay dan Bendahari Perkasa Shuib Lazim. Mereka hanya menyerahkan video itu kepada pihak berkuasa setelah Anwar membuat laporan polis dan mendedahkan identiti mereka. Ketiga-tiga Datuk T itu dilaporkan berjumpa dengan Perdana Menteri Najib Razak di Bangunan Parlimen susulan laporan polis yang dibuat oleh Anwar. - TVS |
Posted: 04 Apr 2011 05:44 AM PDT |
Kenapa Ada Alamat Thailand Pada Video Seks Ini? Posted: 04 Apr 2011 05:20 AM PDT |
Sosok, lenggok ternyata bukan Anwar- Nik Nazmi Posted: 04 Apr 2011 05:09 AM PDT PETALING JAYA: Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, berdasarkan video palsu yang dimuat turun di laman web You Tube, jelas individu di dalam rakaman berkenaan bukan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Selepas menonton video tersebut, kenyataan awal saya terbukti benar memandangkan sosok dan lenggok badan watak utama, termasuk perut yang menonjol jelas sekali bukan sosok badan Anwar. "Hakikat ini mungkin tidak jelas bagi mereka yang tidak mengenali Anwar secara dekat, tetapi sebagai bekas Setiausaha Sulit beliau selama dua tahun saya tahu bahawa itu bukan Anwar," "Apatah lagi saya mengenali keperibadiannya sebagai seorang Muslim dan pemimpin keluarga yang baik," jelas beliau dalam satu respon segera yang dihantar kepada Keadilandaily petang ini. Beliau mengulas tindakan Umno, melalui blogger mereka yang memuat turun sedutan rakaman tersebut di laman You Tube hari ini. Menurut Nik Nazmi, jelas sekali tayang video berkenaan kepada umum bermotifkan politik ketika Pilihan Raya Negeri sedang rancak di Sarawak. Justeru itu beliau mengemukakan enam persoalan asas yang masih belum terjawab berhubung video fitnah tersebut: 1. Mengapa Rahim Tamby Chik, Shazril Eskay dan Shuib Lazim tidak berani mendedahkan diri mereka ketika mula-mula menayangkan video kepada editor-editor kanan milik Barisan Nasional di Carcosa? 2. Siapakah individu ketiga dalam video tersebut? Kehadiran lelaki ketiga yang bertindak seperti pengarah video menggambarkan ini bukan rakaman CCTV rahsia sebagaimana didakwa Dato' T. 3. Adakah mereka tidak yakin dengan kewibawaan moral mereka sendiri ataupun khuatir bahawa rakyat akan menyimpulkan video ini satu lagi usaha UMNO-Barisan Nasional untuk menyerang Anwar memandangkan ketiga-tiga mereka mempunyai hubungan dengan UMNO khususnya Tun Dr. Mahathir Mohammad dan Datuk Seri Najib Tun Razak? 4. Dato' T mendakwa video ini dirakam di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Namun tulisan di dalam video tersebut (di dalam bahasa Thai) apabila diterjemah menyebut "Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011". Adakah video ini sebenarnya video lucah Thai yang tiada kaitan dengan Malaysia? 5. Mengapa UMNO diam membisu tentang pandangan tiga mufti: Dr Juanda Jaya (Perlis), Datuk Tamyes Abd Wahid (Selangor) dan Datuk Mohammad Shukri Mohammad (Kelantan) yang meminta umat Islam mengesahkan dulu sebarang maklumat yang datang daripada pihak yang fasik? Malah, Tan Sri Harussani Zakaria (Perak) juga mengeluarkan pandangan serupa tetapi menurutnya tidak dilaporkan Utusan Malaysia. 6. Mengapa pihak polis yang tegas memberi amaran kepada orang ramai jangan mengedar video Chua Soi Lek dahulu (yang diakui Soi Lek sendiri benar) tidak mengambil pendekatan sama kali ini? Sehubungan itu, Nik Nazmi menyeru rakyat Malaysia supaya tidak termakan dengan politik fitnah, kotor dan keji yang dibawa Umno- Barisan Nasional. "Pada awal tahun ini rakyat menaruh harapan terbitnya Buku Jingga Pakatan Rakyat akan memulakan budaya baru politik mengenai idea dan polisi yang menandakan kematangan masyarakat negara kita. "Malangnya bukan sahaja Najib menolak berbahas mengenai buku jingga, tetapi dalam keadaan beliau terdesak kini nampaknya membiarkan budaya politik busuk terus bermaharajalela. Ketika arus demokrasi berkembang pesat di seluruh dunia, politik Malaysia nampaknya masih lagi pada takat yang lama," ujar beliau. |
GEMPAR - Video Seks Anwar Ibrahim Di Youtube Posted: 04 Apr 2011 02:14 AM PDT |
Malaysia Bukan Sebuah Negara Yang Waras Posted: 04 Apr 2011 02:07 AM PDT Sejak awal Datuk T sedar bahawa lelaki dalam klip video tersebut bukan Anwar. Oleh Lim Yew Chien Seandainya negara ini adalah "waras", sudah tentunya isu klip video seks yang dibikin Datuk T tidak akan berlaku. Ini kerana bukan sahaja penayangan klip video seks kepada media gagal mencapai tujuannya untuk menfitnah, malah bakal mencungkil kemarahan umum sebaliknya. Lebih-lebih lagi, perbuatan sedemikian akan berdepan dengan tanggungjawab jenayah. Mustahil konspirator bodoh sehingga terlibat dalam kelakuan yang merugikan dirinya. Namun demikian, nampaknya Malaysia bukanlah sebuah negara yang "waras". Sememangnya, hipotesis di atas didasari dengan pra-syarat bahawa klip video tersebut bukan sesuatu yang benar, iaitu pelakunya adalah Anwar Ibrahim sebagaimana yang disasarkan. Kesahihan video tersebut boleh dikenalpasti kemudiannya. Namun, melihat kepada pendekatan Datuk T mengumumkan video tersebut, agak jelas bahawa kesahihan video tersebut adalah rendah. Mengapa simpati terhadap Anwar? Identiti Datuk T sudah terdedah – sama ada orang yang berdendam, atau bertentangan pendirian dengan Anwar dari politik. Apa yang diwar-warkan dalam kenyataan bahawa "mahu membongkar kemunafikan politikus" sebelum itu kini menjadi sesuatu yang tidak masuk akal. Seandainya "kelemahan" musuh atau seteru dikuasai, maka ia akan dipergunakan sebaiknya untuk menghasilkan sabotaj yang maksima – tanpa belas kasihan dan rasa simpati. Jikalau itulah keadaannya, maka apa yang harus dilakukan Datuk T adalah menyebarkan klip video ini seluas yang mungkin. Jikalau klip video tersebut dikesahkan benar, maka penontonnya semestinya akan mendesak agar Anwar berundur selepas menyaksinya. Maka berjayalah usaha untuk memusnahkan Anwar. Tetapi Datuk T tidak berbuat demikian, sebaliknya menyiarkan video tersebut sekali sahaja. Kemudian mereka mengugut agar Anwar meletakkan jawatan dengan sendiri, atau mereka akan mengedarkan kepada umum klip video tersebut. Apa perlunya Datuk T untuk bermurah hati, tidak memusnahkan Anwar sekaligus, sebaliknya memberi peluang agar Anwar berundur sambil menjaga kehormatan dirinya? Mungkin inilah jawapan yang rasional – Datuk T telah sedar sebermulanya, bahawa lelaki dalam klip video tersebut bukan Anwar. Ia terlalu senang untuk dibongkarkan. Maka pendekatan untuk memusnahkan Anwar sekaligus gagal mencapai tujuannya. Sememangnya, klip video seks ini telah memberi impak berikutan "kerjasama" yang sungguh-sungguh dari media. Semestinya Datuk T mahu memaksimakan kesan sabotajnya. Jadi, dalam keadaan di mana mereka mahu memaksimakan impak tanpa bukti yang sah, maka nampaknya Datuk T hanya boleh menggunakan pendekatan yang sedia ada – biar media bertanggungjawab menyebarkan khabar, tetapi tidak memberi peluang kepada orang lain untuk mendapatkan klip tersebut supaya segala penjelasan mahupun pembelaan diri boleh dilakukan dengan jelas dengan merujuk kepada bahan yang ada. Media menjadi perkakas BN Media yang asalnya menjadi perkakas Barisan Nasional semestinya tidak kisah untuk diperalatkan sepenuhnya. Malah media ini tetap menghebohkannya walaupun konspirasi di sebalik klip video tersebut dibongkarkan secara beransur-ansur. Fitnah yang berniat jahat ini tidak diambil tindakan – inilah yang membezakan antara Malaysia dengan negara lain yang "waras". Media arus perdana yang lain, mungkin kurang "niat jahat"-nya berbanding perkakas BN, dan telah berhenti untuk memainkan isu ini. Namun, ia tidak mengubah hakikat bahawa mereka telah dipergunakan orang lain. Anwar dan Pakatan Rakyat membalas serangan dengan menyasarkan teras tampuk kuasa negara, namun media arus perdana ini hanya mencuit pada kulit. Ini adalah perbezaan terbesar antara media arus perdana dengan media internet. Walaupun media internet juga melaporkan berita klip video ini, tetapi pada masa yang sama mengetengahkan kesangsian dalam video tersebut. Reaksi Pakatan Rakyat kemudiannya, teori konspirasi yang diketengahkan turut diberi liputan yang luas. Media arus perdana mungkin menganggap "konspirasi politik" adalah spekulasi yang belum dikenalpasti, maka ia tidak wajar dihebohkan. Persoalannya, bukankah ia juga tuduhan yang sarat dengan kesangsian untuk mengatakan lelaki dalam video tersebut adalah Anwar? Mengapa pula diheboh-hebohkan hal ini? Bukankah ini ibarat peribahasa Cina, "Menteri dibenarkan untuk membakar dengan api, tapi rakyat jelata dilarang untuk menyalakan api sebagai lampu?" Secara keseluruhannya, media arus perdana telah menjadi perkakas politik, malah adalah perkakas kepada politik yang keji dan jijik. Media mungkin dipergunakan kerana kecuaian, maklumlah dalam masa yang suntuk, ditambah pula dengan percaturan Datuk T, maka ia bolehlah dimaafkan. Tetapi seandainya tiada muhasabah kemudiannya, tidak memberi ruang kepada mangsa untuk menjawab, maka persoalannya – di manakah profesional dan etika wartawan dan editor? PR mempersoalkan, mengapa Datuk T tidak diambil tindakan undang-undang selepas mengakui bahawa dirinya menayangkan video lucah? Tiada pendakwaan setakat ini selepas polis menyoal siasat Datuk T. Setelah suspek secara terbuka mengakui dirinya melakukan jenayah, apa lagi yang sukar untuk polis? Tiada pendakwaan sehingga hari ini – bukankah ia sudah memadai untuk mengesyaki kewujudan konspirasi politik? Siapa dalang di sebalik tabir? Ada yang mendakwa cara pengendalian isu video seks ini adalah kasar, maka kemungkinan ia bukan didalangi pemerintah. Namun, seandainya sasarannya dituju kepada komuniti konservatif yang hanya terdedah kepada media arus perdana, maka ia tetap memberi kesan – sama ada pendekatan ini kasar mahupun halus. Lebih-lebih lagi, pelaksanaan konspirasi boleh di-"outsource"-kan. Mana-mana politik yang berdarjat rendah boleh ditanggung pihak yang berkenaan. Ia seolah-olah politik yang tidak memerlukan modal. Politik jijik menyelubungi negara kita sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Dari rampasan kuasa di negeri Perak, hinggalah sebaran gambar peribadi Elizabeth Wong. Dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyasarkan kerajaan PR, sehingga tragedi kematian Teoh Beng Hock, hinggalah kes liwat Anwar Ibrahim. Jelas, BN mahu meyakini rakyat bahawa PR gagal menjalankan amanah rakyat sebab gagal menguruskan hal-ehwal dirinya. Tetapi rakyat seharusnya berfikir, siapakah yang paling mungkin untuk menjadi dalang di sebalik tabir? Kebetulan klip video seks ini muncul menjelang PRU ke-13. Ia memperingatkan rakyat bahawa pilihan raya adalah penghakiman terhadap politik yang jijik. Jadi, pengundi bertanggungjawab untuk menghukum politik jijik ini dengan undinya dalam pilihan raya kali ini. *Lim Yew Chien pernah menjadi pengacara rancangan forum isu semasa, juga kolumnis MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting dari teks asal yang disiarkan pada 30 Mac 2011. |
Rasuah Yang Amat Memalukan Negara Posted: 04 Apr 2011 02:03 AM PDT PENDEDAHAN SPRM berhubung kehilangan wang negara sebanyak RM108 billion setiap tahun sungguh mendukacitakan. Sebanyak RM10 billion dipinda secara haram. Kesal dan rasa hendak marah atas apa yang berlalu. Bagi mereka yang tahu menghitung dan tahu implikasi ke atas kewangan negara atas perbuatan itu benar-benar merasa geram dan dukacita. Kenapa ini berlaku? Yang megejutkan kehilangan itu ada sangkut paut dengan Jabatan Kastam di Raja Malaysia (JKDM), yang diberi tanggungjawab mengutip pelbagai cukai untuk pendapatan negara. Jabatan ini bolehlah dianggap sebagai tangan yang menentukan berapa banyak wang negara dihimpun untuk perbendaharaan negara. Kalau mereka menyeleweng tidak amanah dan lebih mementingkan diri sendiri, jelas amanah itu sudah diabaikan. Perbuatan mereka yang terlibat bukan saja merugikan negara dan meletakkan jabatan itu ditahap yang paling rendah. Apa lagi wang yang hilang membabitkan jabatan ini bukan sedikit. Mungkin ada kalangan kita akan tertanya-tanya kenapa terjadi demikian? Kenapa begitu buruk sekali jabatan berkenaan? Apakah keperluan hidup mereka tidak mencukupi sehingga sanggup mengambil idea syaitan untuk mengenapkannya? Bila terdedahnya malapetaka akibat JKDM hari ini maka saya teringat apa yang pernah saya dengar sebelum ini. Sukar untuk dipercayai sebenarnya, tetapi bila SPRM meledakkan hari ini baru saya merasakan apa yang saya dengar itu ada benarnya, bukan sesuatu prejudis. Pernah saya mendengar seorang bekas pengarah JKDM memberi laluan kepada mana-mana pegawainya menerima rasuah asalnya perbuatan berkenaan tidak menjejaskan nama baik jabatan. Kerana keperluan untuk hidup, rasuah dibenarkan. Beliau sendiri katanya hidup mewah lebih daripada pendapatan sebagai seorang pengarah. Paling menyedihkan lagi beliau akan berbangga kalau dapat menyamun (terima rasuah) dalam angka yang besar. Yang paling mengejutkan lagi perbuatan itu diketahui oleh perdana menteri ketika itu tetapi beliau (PM) juga seakan-akan membenarkannya. Mungkin hasil penyamuan secara rasuah itu ada habuan untuk dirinya juga atau pun kepentingan-kepentingan politiknya. Jadi apakah bahana atau pun seperti mana diistilah oleh SPRM itu tangan kotor dalam jabatan berkenaan wujud atas aspirasi dan semangat dan dorongan pengarah berkenaan? Mungkin dan saya yakin kenapa ada tangan-tangan kotor begitu ialah kerana mereka mendapat blessing dan perlindungan daripada pihak tertentu. Saya percaya dan yakin perbuatan mereka sebelum ini bukan tidak boleh dihidu, tetapi kerana ada persekongkolan secara bersepadu maka mereka dibiarkan saja. Kenapa hari ini mereka dibenteras, mungkin keadaanya sudah parah dan menjadi budaya dalam jabatan berkenaan. Kita berharap atas jenayah yang berlaku itu hendaklah dipertanggungjawabkan. Dalam hal ini pihak yang perlu bertanggungjawab ialah menteri yang mengawal jabatan berkenaan. Dan sehubungan itu sekali lagi kerajaan perlu merombak keseluruh jabatan berkenaan, membersih saki baki pengkhianat negara yang berselindung di sebalik jabatan berkenaan. Isu kehilangan wang itu bukan berhenti setakat SPRM menahan 62 orang pegawai kastam saja tetapi ia perlu mendalam ke sarafnya. Saya percaya rasuah itu tidak akana menular begitu sekali kalau tidak ada pesekongkolan bersepadu dengan pihak berkuasa dalam politik. Tahniah kepada SPRM, dan kejayaan itu integriti dan keyakinan orang ramai kepada SPRM akan lebih melonjak lagi. Semoga selepas ini SPRM akan menbongkar rasuah di jabatan atau agensi kerajaan lain pula. Sumber - http://msomelayu.blogspot.com/ |
You are subscribed to email updates from Blog-list Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan